Jumaat, 5 Ogos 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


BERSIH 2.0, Pemandu teksi rugi kerana Polis (Video)

Posted: 04 Aug 2011 11:38 PM PDT


VIDEO ini tidak akan sekali-kali pernah keluar di mana-mana media pengampu United Malays No Otak, Umno. Gerombolan songkok tinggi mahu rakyat fikir perhimpunan aman BERSIH 2.0 telah merugikan peniaga, pemandu teksi, dan orang ramai di Kuala Lumpur.

Tanya kambing, kambing pun tahu bahawa kerugian yang ditanggung oleh mereka yang terlibat adalah disebabkan oleh tindakan Polis menutup jalan-jalan masuk ke Kuala Lumpur.

Saksikan sendiri rakaman pengakuan Pengerusi Pemandu Nadi Negara yang menjelaskan bahawa pemandu teksi mengalami kerugian pada 9 Julai 2011 yang lalu akibat sekatan pihak Polis.




Propaganda murahan digunakan untuk menyekat jalan-jalan masuk ke Kuala Lumpur. Propaganda bom petrol botol plastik dan parang digunakan, kemudian tutup cerita bom petrol, tutup cerita parang. Siapa punya parang, siapa punya bom petrol dah tak perlu siasat sebab alamat barang-barang ini dijumpai pun tak wujud kah kah kah

ReJaM© "Berita parang dan bom petrol bagaikan tak pernah muncul..."

Rosmah lebih menonjol dari Najib - Penganalisis Politik

Posted: 04 Aug 2011 11:07 AM PDT

SATU perkara yang tidak dapat dinafikan bahawa Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak lebih menonjol berbanding dirinya sendiri.

Jika kita lihat, di kaca-kaca televisyen dan media-media arus perdana umumnya, seolah-olah Rosmah Mansorlah yang memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Hal ini turut dipersetujui oleh seorang penganalisis politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling. Beliau berkata orang melihat Rosmah sebagai lebih menonjol dari Najib sendiri [FMT].


Inilah perkara pelik tetapi benar yang sedang berlaku di dalam Malaysia yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Timbalan Perdana Menteri dilihat kini bagaikan tunggul kayu.

Rosmah Mansor akan menggantikan Najib untuk menghadiri majlis-majlis rasmi yang tidak dapat dihadirinya. Sepatutnya tugas ini digalas oleh timbalan perdana menteri.

Lihat sendiri maksud tersurat di dalam gambar di bawah ini, siapakah Perdana Menteri? Najib atau Rosmah?



Bandingkan pula dengan gambar di bawah ini. Lihat mesej jelas yang tersurat disampaikan atara kedua-dua gambar.


Barangkali selepas ini Ketua Polis Negara boleh mewakilkan isterinya untuk menangkap penjenayah.

ReJaM© "Mungkin Rosmah Mansor nak bertanding di Parlimen Pekan..."

Bakal besan Rosmah Mansor ada kaitan dengan Mafia Russia?

Posted: 04 Aug 2011 08:20 AM PDT

ISTERI Perdana Menteri, Rosmah Mansor terus-menerus menimbulkan kontroversi. Kali ini nama beliau tersiar di dalam media Indonesia dengan dakwaan yang lebih keras.

Rosmah Mansor dikatakan bakal berbesan dengan Maira Nazarbayev dari Kazakhstan yang dikatakan mempunyai watak boros seperti Imelda Marcos. Tambah menggemparkan, media Indonesia itu mendakwa bakal besan Rosmah itu ada kaitan dengan Mafia Russia. Rosmah Mansor juga didakwa selalu keluar bersama bakal besannya itu [Kompas].



Jika berita ini dikeluarkan dari media-media alternatif dalam negara, tentu sekali mudah untuk United Malays No Otak mengatakan bahawa ia merupakan fitnah Pakatan Rakyat yang mahu memburukkan Kerajaan Rosmah Mansor.

Namun berita ini keluar dari media berpengaruh Indonesia. Adakah media Indonesia sudah digodam oleh Pakatan Rakyat?

ReJaM© "Tiada angin masakan pokok bergoyang..."

Tiada ulasan: