Rabu, 3 Ogos 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Panas! Persatuan Kontraktor Melayu Penang kecam MCA!

Posted: 02 Aug 2011 01:20 PM PDT

HANCUR luluh berantakan propaganda yang dijaja ke sana ke mari oleh United Malays No Otak, Umno selama ini bagi menggambarkan kononnya kerajaan Pulau Pinang sebagai kerajaan yang meminggirkan kontraktor Melayu dan hanya mengutamakan kontraktor cina.

Propaganda ini hancur selepas satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Wanita MCA Puan Tan Cheng Liang baru-baru ini. Ketua Wanita MCA itu mendakwa Kerajaan Pulau Pinang anti cina pulak kah kah kah rujuk sini [kontraktor cina].

Bagaimana pun, kenyataan Nyonya MCA itu dibidas dengan kecaman oleh si "empunya diri" yang terlibat iaitu Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang, PKMPP.

Nyonya MCA itu dikecam kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman. Sebaliknya PKMPP mempertahankan pentadbiran Guan Eng dan menyifatkan pemberian kontrak di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang dilakukan secara adil dan tidak mengetepikan kaum lain [TMI].


Propaganda Guan Eng pinggirkan kontraktor Melayu sudah hancur berkecai, United Malays No Otak, Umno harus mencipta propaganda baru untuk menarik sokongan Melayu Pulau Pinang. Barangkali United Malays No Otak boleh buat propaganda Guan Eng pinggirkan mamak pulak.

ReJaM© "Jahat betul Guan Eng! Dia hanya mengutamakan kontraktor Arab kah kah kah..."

PM lemah, NGO Umno desak Najib letak jawatan

Posted: 02 Aug 2011 11:39 AM PDT

NAMPAKNYA kemelut kepimpinan di dalam Barisan Nasional sudah sampai ke fasa terakhir bom jangka. Hanya menunggu masa ia diletupkan. Gerakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dari dalam sudah dapat dihidu.

Terbaru persatuan yang dianggotai bekas wakil rakyat Umno, PENAWAR sudah memulakan langkah mendesak Najib untuk meletakkan jawatan. Ini berikutan Najib dikatakan lemah dan tidak dapat menyelesaikan beberapa masalah termasuk masalah negara. Isu kelembapan ekonomi dan kurang minat pelabur untuk datang melabur ke negara ini juga dijadikan penyebabnya [MSO]



Gerakan menjatuhkan Najib nampaknya semakin aktif. Jika sebelum ini Najib berjaya menggulingkan Imam Hadhari dari kerusi orang nombor satu Malaysia, kini sampai pula gilirannya digulingkan.

Pastinya ada seorang pemimpin Umno yang sangat gembira melihat kejatuhan kerajaan Rosmah Mansor ini. Siapakah orang itu? rujuk sini [Facebook].

ReJaM© "Siapakah bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke 7?"

Iklan Ramadhan didakwa berunsur perkauman di 8TV

Posted: 02 Aug 2011 06:23 AM PDT



JIKA diimbas kembali kepada tahun-tahun yang sudah, pasti ada sahaja iklan-iklan yang dikritik hebat kerana terdapat unsur-unsur yang tidak disenangi oleh sebilangan masyarakat di negara ini.

Kali ini giliran Channel 8TV mendapat kritikan hebat berhubung sebuah iklan Ramadhan yang disiarkan di stesen televisyen tersebut. Difahamkan, iklan ini menggambarkan seolah-olah orang bukan Islam di negara ini tidak pandai menghormati bulan Ramadhan.

Bagaimana pun, Iklan Ramadhan yang didakwa mengandungi unsur perkauman atau rasis itu sempat ditayangkan seketika sebelum siarannya ditarik balik berikutan bantahan dan kritikan banyak pihak. Saksikan dan nilailah sendiri.



ReJaM© "Selamat menggandakan ibadah di bulan Ramadhan yang mulia ini..."

Tiada ulasan: