Khamis, 18 Ogos 2011

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


ZUL KULIM BAWA KISAH SAIDINA OMAR TAPI MENYESATKAN DEMI AMPU UMPORNO?

Posted: 17 Aug 2011 10:25 AM PDT

Dalam temuramah dgn Zul Nordin sewaktu demonstrasi kecil-kecilan di Masjid Negeri Selangor memprotes murtad baru2 ini, Zul Nordin telah berkata:

SOALAN WARTAWAN:Dari segi undang2 adakah salah orang Islam salah masuk gereja?

ZUL NORDIN: Saidina umar pernah dijemput masuk ke gereja, dia tidak mahu…. Dia sendiri memilih untuk tidak masuk. Jadi, saya akan ikut dan akur kepada sunnah yang dibuat oleh sahabat.

Sungguh hina dan jijik Zul Nordin mengada2kan sirah Saidina Umar RA sebegini. Hakikatnya, Umar RA telah masuk ke dalam gereja. Baginda cuma TIDAK MAHU SOLAT di dalam Gereja kerana takutkan umat selepas ini akan meruntuhkan gereja tersebut dan mendirikan masjid di atas gereja tersebut lantaran Umar RA pernah bersolat di situ.
"Amir Al Mukmin Umar bin Al Khattab dijemput oleh paderi besar Palestin yang menyambut kemenangan Islam menjatuhkan Rom Timur yang sebelumnya dikuasai oleh penganut Kristian yang berlaku zalim terhadap mereka. Khalifah Umar datang menerima jemputan dan melawat Gereja Baitul Laham.

Apabila tiba waktu sembahyang, Umar bertanya :"Di mana tempat saya bersembahyang?" Paderi besar menjawab: "Di sini sahaja (dalam gereja)". Umar menjawab: "Tidak patut bagi Umar bersembahyang di sini, nanti generasi akan datang berkata 'Umar pernah bersembahyang di sini lalu mereka mendirikan masjid di sini (dengan merobohkan gereja)".

Maka Umar pun keluar dan bersembahyang di halaman, dan bersempena dengannya didirikan masjid yang masih ada sehingga hari ini berhampiran dengan gereja yang masih ada.

Apa yang paling menarik di zaman terkini, pihak gereja itu pula melindungi mujahidin Palestin yang dikepung oleh tentera zionis Israel"
Bagaimanakah Zul Nordin mahu memperjuangkan murtad kalau sejarah para Sahabat RA pun beliau selewengkan?

Semenjak bertukar ketaatan ni, semakin menjadi-jadi kesesatan Zul Nordin. Mulanya, beliau kata tak perlu hukum Qazaf kerana teknologi moden sudah ada. Sekarang beliau kata Saidina Umar tak mahu masuk gereja.

Ataupun, adakah kemungkinan Zul Nordin telah bertukar madzhab kepada Madzhab Maliki yang menjadikan Qaul Sahabi sebagai sumber hukum? Tapi, Linkmengapa qaul Sahabi yang beliau pakai tidak betul?

Mungkin Zul Nordin terlupa hendak melihat laman web JAIS berkaitan hukum orang Islam masuk ke rumah ibadat bukan Islam. Rupanya, mengikut JAIS, masuk ke rumah ibadah bukan Islam tidak haram kecuali dalam beberapa keadaan.

Semakin Zul Nordin berusaha menyamar sebagai pejuang Islam, semakin terdedah kemunafikan serta pembohongan beliau. Semoga Allah SWT melindungi rakyat Malaysia dari kesesatan yang cuba dipromosi oleh Zul Nordin/Malaysia Waves

Tiada ulasan: