Khamis, 18 Ogos 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


'Imam BERSIH': Isu khutbah sengaja ditimbulkan

Posted: 17 Aug 2011 11:03 PM PDT

Imam sebuah masjid di Gelang Patah yang digantung kerja selepas ditahan dalam perhimpunan BERSIH 2.0 mempertikaikan alasan yang diberikan Majlis Agama Islam Jojor (MAIJ) berhubung tindakan itu.

Hassan Md Said, 40, mengesyaki alasan berkenaan bacaan khutbahnya sengaja ditimbulkan untuk menghalalkan tindakan menggantungnya.

"Mereka boleh kata (penggantungan) berkenaan khutbah, sedangkan semua orang kampung kata penggantungan saya disebabkan BERSIH.

"Lepas ini saya tak hairanlah kalau alasan lain keluar sama. (Contihnya) kata saya tidak datang mesyuaratlah," katanya sinis.


Penasihat MAIJ Datuk Noh Gadut dilaporkan berkata, penggantungan seorang iman baru-baru ini dibuat atas kesalahan tidak membaca teks khutbah yang disediakan majlis itu.

Tanpa menyebut nama Hassan, Noh berkata tindakan diambil terhadap imam tersebut "untuk mengundurkan diri dan ditarik balik pentauliahannya", lapor Sinar Harian hari ini.

Bekas mufti Johor itu juga dilaporkan berkata, tindakan terpaksa diambil kerana MAIJ telah beberapa kali menasihati dan memberikan banyak peluang tetapi kesalahan itu masih berulang.

'Saya bukan Mat Sabu'

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hassan - imam utama Masjid Ladang - menafikan tidak membaca khutbah yang disediakan sebaliknya hanya "menyesuaikan" dengan masalah isu setempat di kampungnya.

"Khutbah ini kadang-kadang tidak semasa dan tidak sesuai dengan tempat. Kampung saya ini kampung nelayan. Masalah orang sini masalah akidah. Di sini muktazilah, Syiah, Wahabi semua ada. Khutbah saya kenalah menyentuh perkara ini," katanya.

Menurutnya lagi, beliau sudah lebih sepuluh tahun mengambil tindakan itu tetapi tiada sebarang teguran dibuat oleh pihak majlis atau pegawainya di peringkat daerah yang dilantik.

"Kenapa sekarang baru isu khutbah ini muncul? Kenapa tidak dua tahun lalu. Betullah saya kata, majlis agama ini tidak profesionallah. Saya sekarang ini kalau dipecat pun saya redalah," katanya.

Ditanya sama ada beliau mengkritik kerajaan dalam khutbahnya, Hassan menafikannya dengan alasan "saya bukan (timbalan presiden PAS) Mat Sabu".

"Saya juga bukan hendak main politik atau hendak jatuhkan kerajaan. Cuma saya ini bukan macam imam-imam lain yang ikut saja, (mereka) bila orang datang hendak kena tabik," katanya.

Hassan - bapa kepada dua anak - itu digantung kerja tiga bulan sehingga 2 November depan atas alasan "melanggar beberapa arahan" majlis agama negeri, yang dikeluarkan melalui Pejabat Kadi Johor Bahru.

Hassan percaya tindakan itu susulan beliau antara hampir 1,700 orang yang ditangkap polis pada 9 Julai lalu. Beliau menafikan menyertai itu sebaliknya hanya datang menziarahi saudara dan melawat ibu negara.

Pengidap kencing manis serius itu percaya elaun bulanan RM750 terhadapnya juga akan dibekukan, sekali gus menyebabkan pesakit kencing manis serius itu hilang mata pencarian.


Bapa Saiful Pun Kena Liwat Jugak??

Posted: 17 Aug 2011 09:56 PM PDT

Aduan bapa Saiful dibawa pada ketua hakim

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memanjangkan aduan bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan berhubung perasaan tidak selesanya terhadap penangguhan kesnya kepada ketua hakim negara.

Sambil menegaskan akan terus memantau perkembangan kes itu, Setiausaha Suhakam Hashimah Jaafar berkata, pihaknya berharap perkara itu diteliti dan diambil tindakan sewajarnya.

Katanya, tindakan itu diambil kerana Suhakam tidak dapat menyiasat aduan Azlan Mohd Lazim kerana prosiding yang masih berjalan di mahkamah, termasuk rayuan, di luar bidang kuasanya.


"Walaupun fungsi dan kuasa suruhanjaya adalah untuk menyiasat apa-apa aduan berhubung dengan dakwaan pelanggaran hak asasi manusia, namun begitu ingin dijelaskan bahawa fungsi dan kuasa suruhanjaya adalah tertakluk kepada Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999," katanya.

Pada 3 Ogos lalu, Azlan mengadu tentang perjalanan kes anaknya berlangsung selama tiga tahun akibat perkara yang mempunyai implikasi penangguhan.

Beliau dilaporkan bercaya Mohd Saiful perlu mendapat hak untuk diadili dalam tempoh munasabah.

Dalam kenyataannya kelmarin, Suhakam turut menyangkal dakwaan bahawa suruhanjaya itu berat sebelah dalam menangani kes liwat yang didakwa terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah permohonan dibuat.


Demi Lindungi Penipuan Daftar Pemilih, Akhirnya Laman Web JPN Ditutup..

Posted: 17 Aug 2011 08:59 PM PDT


Mungkin kut aku silap, tapi bila aku type alamat http://www.jpn.gov.my/semakic/ pun tak keluar page nak semak status MyKad tu tapi terus redirect ke muka depan web JPN. CELAKA!!



Baca kat sini



Kes qazaf: Anwar mohon halang Zainul Rijal wakili tiga responden

Posted: 17 Aug 2011 08:50 PM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah memfailkan permohonan di Mahkamah Syariah untuk menghalang peguam syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mewakili tiga responden dalam kes qazaf yang melibatkan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Jelas Anwar, permohonan itu dibuat kerana Zainul Rijal yang juga Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) telah melanggar etika dan profesionalisme peguam syarie dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak sepatutnya.

Tiga pihak itu adalah Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.


"Saya telah memfailkan permohonan untuk menegah dan tidak membenarkan peguam syarie Zainul Rijal daripada bertindak ke dalam kes rayuan saya kerana beliau telah bertindak dan berkelakuan tidak profesional serta wujud percanggahan konflik kepentingan.

"Beliau juga tidak bersifat jujur dan gagal menyenggara kebebasan profesional bertentangan dengan etika peguam syarie," katanya Anwar kepada pemberita selepas memfailkan permohonan itu.


Fitnah Gereja - Papa Gomo Makin Hampir Di Sumbat Ke Penjara..

Posted: 17 Aug 2011 07:33 PM PDT

Isu gereja: Orang dalam MBPJ beri saya dokumen, kata pemblog pro-Umno

KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Pemblog Papa Gomo menafikan dia memalsukan dokumen Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berhubung dakwaan campur tangan pemimpin Pakatan Rakyat berkaitan operasi menyita premis Gereja Methodist Damansara Utama atas dakwaan ia tidak pernah diluluskan sebagai rumah ibadat.

Sebaliknya Papa Gomo berkata, dia mendapat maklumat tentang operasi itu daripada "orang dalam" MBPJ yang turut menyerahkan dokumen yang didakwa palsu itu.

"Mana ada saya palsukan, orang dalam MBPJ hantar (dokumen) itu kepada saya... saya mana pandai nak palsukan dokumen.


"Tapi kalau betul saya salah mengapa MBPJ tidak jelaskan perkara sebenar iaitu dewan (di Dream Centre) telah disalah guna sebagai gereja," katanya kepada The Malaysian Insider.

Papa Gomo, pemblog pro-Umno dalam entri di laman blognya mendakwa operasi menyita premis Gereja Methodist Damansara Utama dibatalkan setelah mendapat arahan pemimpin Pakatan Rakyat.

Dokumen dengan label "Sulit" bertajuk "Laporan Ops Sita Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya" itu dimuatkan di laman blog Papa Gomo sejak 13 Ogos lalu.

Dokumen berkenaan antara lainnya mendakwa, operasi untuk menyita gereja berkenaan telah dibatalkan selepas mendapat arahan daripada pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan tiga Exco Kerajaan Negeri Selagor Ronnie Liu, Elizabeth Wong dan Teresa Kok.

Ekoran pendedahan di blog Papa Gomo itu, ahli-ahli MBPJ termasuk Khalid telah membuat satu laporan polis terhadap Papa Gomo kelmarin.

Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan MBPJ Mohd Fauzi Maarop dalam laporan polis itu berkata tiada sebarang mesyuarat diadakan untuk mengambil tindakan ke atas premis Gereja Methodist Damansara Utama.

Papa Gomo berkata dia sedia disoal siasat oleh polis dan sanggup mempertahankan kesahihan dokumen yang diterima daripada "orang dalam" MBPJ.

"Pada saya sebagai blogger yang membawa kebebasan bersuara adalah kewajipan saya untuk menyampaikan sesuatu berita kepada rakyat.

"Dokumen tersebut dihantar kepada saya dari orang dalam MBPJ, saya yakin kesahihan apa yang dilaporkan dalam dokumen tersebut," katanya.

Beliau menambah, MBPJ harus mengambil tindakan ke atas premis Gereja Methodist Damansara Utama kerana beroperasi secara haram.

Selain itu "Papa Gomo" turut mencabar Nik Nazmi, Liu, Kok dan Wong untuk turut membuat laporan polis terhadapnya.

"Saya cabar Nik Nazmi, Ronie Liu, Teresa Kok dan Elizabeth Wong dan nama-nama lain yang disebut dalam dokumen itu untuk turut membuat laporan polis, janganlah MBPJ dan Khalid Samad sahaja yang buat.

"Terutamanya Teresa Kok dan Ronie Liu," katanya.

Gereja Methodist Damansara Utama, menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.

Jais berkata tindakan mereka hanya bersifat pemeriksaan tetapi pengurusan gereja mendakwa agensi itu melakukan serbuan.

Pemeriksaan itu mendapat bantahan banyak pihak dan kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim meminta satu laporan daripada Jais.


Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang Dibakar.. Siapa Dalang Agaknya..?

Posted: 17 Aug 2011 06:52 PM PDT

Ibu pejabat DAP Pulau Pinang yang disimbah cat merah empat hari lalu, sekali lagi menjadi sasaran dengan percubaan membakar bangunan itu. Kali ini deretan akhbar lama yang diletakkan di luar bangunan itu dinyalakan pada kira-kira jam 3 pagi.

ADUN Komtar Ng Wei Aik, yang menulis di Twitter berkata: "Ada orang cuba bakar HQ DAP Pulau Pinang sekitar jam 3 pagi. Semua suratkhabar di luar HQ dibakar. Serangan kedua selepas empat hari."

Ketika dihubungi, Ng berkata api berjaya dipadamkan oleh jiran-jiran di kawasan itu dan Jabatan Bomba kira-kira 20 minit kemudian. Bomba datang kira-kira 15 minit kemudian, setelah dihubungi oleh penduduk tempatan.


Tindakan mereka berjaya menghalang api daripada merebak ke bahagian lain bangunan itu.

"Sebiji botol dijumpai tetapi kita tidak dapat menentukan sama suspek itu menggunakan minyak tanah untuk memulakan api. Bomba telah ambil botol itu untuk diuji," katanya.

"Seorang jiran yang tinggal di hadapan bangunan nampak seseorang menaiki motosikal meninggalkan kawasan itu selepas api dinyalakan."

Ng percaya kejadian itu bermotifkan politik dan katanya, DAP akan membuat laporan polis pagi ini.

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow iakan mengadakan sidang akhbar pada jam 10.30 pagi ini bagi memberikan butiran kejadian kepada wartawan.

Ahad lalu, ibupejabat DAP di Jalan Talipon ini dan pusat perkhidmatan Ng di Lorong Seratus Tahun, disimbah dengan cat.

Pintu masuk, pagar dan lantai kedua-dua premis tersebut disimbah dengan cat oren, manakala papan tanda disimbah cat merah.

Sebuah kereta yang diletakkan di hadapan pusat perkhidmatan Ng juga turut disimbah cat.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada sidang akhbarnya semalam berkata serangan cat empat hari lalu mungkin berkaitan dengan tindakan Majlis Fatwa Pulau Pinang yang membuat larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh.


Dibogel, Ditumbuk Dan Diludah 'Polis', PSM Buat Laporan Polis..

Posted: 17 Aug 2011 05:52 PM PDT


Tiga anggota wanita Parti Sosialis Malaysia (PSM) membuat aduan rasmi kepada lembaga disiplin polis mengenai 'layanan buruk, pencabulan kuasa dan ganguan seksual" ke atas mereka semasa ditahan Jun lalu.

G Packialetchumy , P Indra dan P Jody membuat aduan di ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, dengan diiringi beberapa pemimpin PSM hari ini.

Mereka menyerahkan memorandum empat halaman bersama tujuh laporan berhubung dakwaan salah laku polis.


Wanita berkenaan mendakwa mereka dipaksa berbogel dan menanggalkan pakaian mereka kepada baju lokap di hadapan dua anggota polis lelaki di kawasan terbuka di balai polis Kepala Batas di Pulau Pinang.

Ini, kata mereka berlaku pada malam 25 Jun, di mana 31 anggota PSM ditangkap semasa dalam program jelajah parti itu. Tiga belas daripada mereka adalah wanita.

"Sebaik saja tiba di lokap, kami bergilir dibawa ke lobi. Saya nampak ada 10 anggota wanita dan dua lelaki," kata Packialetchumy yang mendakwa beliau kemudiannya diarahkan untuk menanggalkan bajunya.

Dakwanya lagi, dua anggota polis lelaki berkenaan yang berdiri kira-kira sejauh dua meter kemudiannya menjerit "Buka, kenapa tak buka?".

"Bila saya enggan buka, seorang anggota wanita mara ke depan dan tarik baju saya," kata Pakialetchumy (kanan), 40, dengan berang.

Beliau kemudiannya berselindung di belakang anggota polis wanita lain dan menukar kepada pakaian lokap itu seperti yang diarahkan.

Dalam aduannya juga, Jodie, 51, mendakwa seorang anggota polis lelaki menyepak kakinya apabila pada mulanya dia enggan mematuhi arahan itu.

Indra, 53, pula mendakwa seorang anggota polis cuba melondehkan seluarnya.

Menurut ketiga-tiga mereka, nasib yang sama juga dialami tahanan wanita lain. -mkini


Penglibatan UMNO dalam Serbuan JAIS Sudah Tidak Dapat Dinafikan Lagi?

Posted: 17 Aug 2011 05:44 PM PDT

Gegak gempita bumi Selangor apabila Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor menyuruh Dato' Mustafa Ali menarik balik tuduhan bahawa UMNO adalah dalang di sebalik penyerbuan gereja DUMC di Seksyen 13 Petaling Jaya. DAto Mohd Zin memberikan Cikgu Pa Ali 3 hari untuk menarik balik kenyataan beliau untuk mengelakkan apa-apa tindakan yang tidak diingini.

CIkgu Mustafa Ali, sebagai hujah balas, kekal dengan keputusan asal beliau dan tidak mahu menarik balik kenyataan asal beliau, yakni:

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mempertahan kenyataannya bahawa isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) adalah 'perangkap' Umno.


Tulang Besi pun nampak corak permainan blogger2 UMNO terhadap isu ini nampaknya menyokong kenyataan Mustafa Ali itu.

Persoalan yang paling besar adalah bagaimanakah bahan2 bukti yang sepatutnya rahsia dan tidak boleh didedahkan kepada umum, terlepas kepada Blogger2 UMNO?

Bahan2 bukti seperti:

1.0 Rakaman video serbuan JAIS ke atas DUMC tersebut

2.0 Laporan bertulis JAIS berkaitan serbuan tersebut yang sepatutnya hanya dibaca oleh Menteri Besar sahaja

3.0 Butiran 12 orang serta maklumat pribadi seperti nama dan nombor IC mereka serta gambar-gambar sebahagian dari mereka.

4.0 Gambar salah seorang peserta yang didakwa sebagai penganjur majlis tersebut bernama Nadea

5.0 Pemalsuan dokumen MBPJ oleh Papagomo dan rakan2

6.0 Dokumen2 yang didakwa dijumpai oleh JAIS seperti "itenerary" dan "kertas soalan kuiz" yang sepatutnya rahsia

7.0 Pengarah JAIS serta Exco Agama sendiri tidak tahu berkenaan serbuan JAIS tersebut.


dan banyak lagi

Pendek kata butiran2 yang sepatutnya dirahsiakan oleh JAIS telah menjadi bahan siaran oleh blog2 UMNO. Fenomena ini memperlihatkan hubungan rapat antara JAIS dengan UMNO, pada pendapat Tulang Besi.

Maka, kenyataan Cikgu PA itu ada asasnya. Ditambah pula sumber yang memberitahu Cikgu Pa itu datangnya dari dalam JAIS sendiri.

Cikgu Pa telah menyahut cabaran Dato' Mat Zin. Cikgu Pa anak jantan dan sanggup berentap.

Inshaalah, kebenaran akan berada di pihak Cikgu Pa.

Dipetik dari Tulang Besi


JK Khas Parlimen Hanya Untuk Kaburi Mata Orang Kampung..

Posted: 17 Aug 2011 02:56 PM PDT

Izzah Gesa Najib Timbang Semula Anggota PSC

KUALA LUMPUR 17 OGOS: Pakatan Rakyat mahu pembentukan jawatankuasa khas parlimen (PSC) yang majoritinya dibarisi wakil rakyat daripada parti pemerintah dipertimbangkan semula oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Hal ini kerana menurut ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar Ibrahim, kebiasaannya jawatankuasa-jawatankuasa khas di negara luar akan diketuai oleh pembangkang.

"Saya rujuk kenyataan media yang kita berikan semalam, kita sudah sediakan syarat rujukan sebagai jawatankuasa pilihan.

"Di mana-mana negara sama sekali pun jawatankuasa pilihan perlu dianggotai dan diketuai oleh pembangkang di sesebuah negara itu. Jadi pada pandangan awal saya, (pembentukan jawatankuasa) ini sudah tempang dan tidak mencerminkan hasrat keseriusan untuk melakukan reformasi dalam sistem pilihan raya," katanya selepas membuat lawatan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bersama Datin Seri Wan Azizah Ismail pada jam 3.30 petang tadi.


Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengadakan sidang media tergempar untuk memberitahu jawatankuasa khas parlimen yang akan ditubuhkan akan dianggotai oleh lima wakil rakyat daripada parti kerajaan, tiga pembangkang dan satu bebas.

Nazri juga memberitahu, usul mengenai pembentukan jawatankuasa tersebut akan dibentangkan ketika sidang Parlimen Oktober depan.

Dalam pada itu, Izzah menegaskan keputusan yang dibuat dalam pembentukan jawatankuasa ini adalah penting memandangkan ia merupakan satu reformasi pembaharuan dan penambahbaikan terhadap sistem pilihan raya di negara ini yang sudah tertunggak sejak sekian lama.

"Bukan kita menolak, tetapi kita bersedia bekerjasama tetapi anda pun tahu bagaimana parlimen kita berfungsi.

"Kalau majoriti daripada BN, SPR juga bergantung kepada BN, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga bergantung kepada BN, jadi bagaimanakah kita hendak pastikan ada perbezaan sedangkan tuntutan untuk melakukan reformasi sistem pilihan raya itu sudah lama dikenalpasti oleh Suhakam, sudah dikenalpasti juga oleh badan-badan lain...isunya ialah pelaksanaan,"katanya lagi.

Oleh itu beliau meminta Perdana Menteri, Najib Razak supaya beristiqamah dalam pembentukan jawatankuasa khas ini, sekali gus menilai semula tujuh syarat yang diletakkan oleh Pakatan Rakyat untuk menyokong penubuhan jawatankuasa terbabit.

"Saya menggesa sekali lagi kalau beliau (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) boleh merujuk semula perkara berbangkit ini.

"Pertamanya isu yang lebih besar sudah ada rekomendasi daripada Suhakam merujuk kepada laporan 2007 yang menyatakan ada tiga atau empat langkah yang perlu dibuat dalam reformasi pilihan raya,"ujarnya.

Dipetik dari tvs


Makin Gemuk Katak-Katak Nie.. Banyak Makan Duit Haram Kot..

Posted: 17 Aug 2011 10:20 AM PDT



14,000 pengundi 'kelahiran luar negeri' di P Pinang

Posted: 17 Aug 2011 07:19 AM PDT

PAS Pulau Pinang mendakwa telah mengesan kira-kira 14,000 pengundi 'kelahiran luar negeri' dalam senarai daftar pemilih di negeri itu dan sedang menyiasatnya, untuk mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setiausaha Pemuda PAS negeri, Afnan Hamimi Taib Azamudden (kanan) berkata mereka dikesan oleh jawatankuasa pilihan raya parti sewaktu hujung minggu.

Katanya, parti itu mempunyai sistem komputernya sendiri, yang dapat mengesan bilangan orang asing atau penduduk tetap dengan angka status negeri kelahiaran '71 'dalam kad pengenalan mereka.


"Bilangan pengundi ini dalam daftar pemilih sangat tinggi dan muncul dengan tiba-tiba. Juga, kontroversi Mismah membuat kami lebih curiga," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Baru-baru ini, Malaysiakini mendedahkan kes seseorang individu yang bernama Mismah disenaraikan sebagai pemegang PR tetapi dimasukkan ke dalam senarai kemaskini pemilih di negara ini.

Bagaimanapun, status beliau telah ditukar kepada kerakyatan sepenuhnya hanya beberapa jam selepas isu itu dilaporkan.

SPR menjelaskan kes Mismah sebagai "kesilapan teknikal" kerana Jabatan Pendaftaran Negara gagal mengemaskini data walaupun Mismah mendapat kewarganegaraan sejak Januari tahun ini.

Mismah telah menafikan berlaku sebarang penyelewengan dalam pemberian kewarganegaraan Malaysia kepadanya.

Dipetik dari Marhaen


Bukti JK Khas Parlimen Hanyalah Wayang Saja

Posted: 17 Aug 2011 06:00 AM PDT

KDN sedia jawab isu dibangkit JK khas parlimen

Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini dalam usaha merangka persiapan untuk menjawab segala isu yang mungkin dibangkitkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen kelak berhubung usaha menambahbaik sistem pilihan raya.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata KDN telah mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam dan antara isu yang dibincangkan pada pertemuan itu ialah mengenai daftar pemilih.

Beliau berkata turut dibincangkan pada pertemuan antara Ketua Setiausaha KDN Tan Sri Mahmood Adam dan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof itu ialah mengenai pembersihan pada senarai daftar pemilih sekiranya perlu.


"Saya percaya antara perkara utama yang akan dibangkitkan oleh jawatankuasa itu nanti sudah tentu mengenai daftar pemilih, jadi pertemuan itu sebagai satu langkah awal dan proaktif KDN.

"Penting untuk menyelaraskan dari segi senarai nama mereka yang telah dapat kewarganegaraan, yang meninggal dunia dan senarai yang boleh mengundi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca Kabinet di Putraja hari ini.

Hishammuddin berkata pertemuan dengan SPR itu penting memandangkan setiap kali isu pilihan raya timbul, macam-macam tuduhan tidak berasas yang menyentuh tanggungjawab KDN dilemparkan.

Sementara itu, mengenai kajian semula penapisan media, beliau berkata pegawai di bahagian-bahagian tertentu di kementerian sudahpun mengadakan pertemuan dengan beberapa ketua pengarang akhbar.

Antara cadangan yang dikemukakan ialah untuk mewujudkan majlis kawal selia antara media terutamanya di kalangan media arus perdana bagi memastikan bahan berita yang diterbitkan tidak memudaratkan masyarakat, katanya.

"Dalam masyarakat berbilang kaum seperti negara kita, proses penapisan perlu dilakukan supaya kebebasan itu tidak mutlak kerana ini (kebebasan mutlak) hanya akan mewujudkan keadaan huru-hara dan menjejaskan keharmonian dan keselamatan negara," katanya.

- Bernama


Umno politikkan bacaan al-Quran Pulau Pinang tapi bisu isu Melaka

Posted: 17 Aug 2011 05:56 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Umno sewajarnya tidak memainkan isu larangan bacaan al-Quran melalui pembesar suara di Pulau Pinang kerana keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri dan tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan negeri dipimpin Pakatan Rakyat.

Tegas Mursyidul Am PAS (gambar), pada pandangannya tidak munasabah Umno mahu 'mencari balah' dengan Mufti dalam isu yang tidak ada kepentingan politik.

"Tapi nampaknya, sangkaan saya agak tersasar. Umno yang saya lihat sudah sampai saat kejatuhannya barangkali akan cuba berpaut dengan apa jua dahan untuk mengelakkannya daripada jatuh terhempas dan patah tulang," katanya.


Menteri Besar Kelantan menambah isu yang langsung tiada kaitan dengan kerajaan negeri dipolitikkan.

"Barangkali, jika tiba-tiba terjaga di tengah malam sekalipun, perkataan yang akan terpancul keluar ialah 'DAP!'

"Dalam isu ini, saya bukan menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang, tetapi saya menyokong pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang. Buta maklumatkah golongan ini?" kata Nik Aziz lagi.

Nik Aziz menambah, isu ini sebenarnya sengaja dipolitikkan sehingga menjadi polemik.

"Saya ingin bertanya kepada Umno, sejak bila mereka beria-ia mahu mempertahankan Islam ini?

"Sebelum tangan menggapai ke atas, lihat dahulu lantai berpijak. Dasar Umno sendiri ialah kebangsaan dan sekular," katanya lagi.

Beliau juga berkata Islam tidak pernah ada dalam agenda perjuangan Umno. "Justeru, apabila kerajaan Melaka melanjutkan tempoh pusat hiburan beberapa bulan lepas, tidak ada sebarang suara yang menentang daripada Umno.

"Ada pula yang sibuk mahu menggantikan PAS sebagai pembela Islam," katanya lagi.

Nik Aziz berkata, ia sebenarnya satu pengiktirafan terhadap PAS yang telah berjuang sekian lama membela Islam. Katanya, barangkali pihak ini 'tidak tergamak' untuk menggantikan Umno untuk memperjuangkan Islam.

"Masakan tidak, bila pula pernah Umno berjuang untuk Islam?" katanya lagi.

Nik Aziz mengulangi bahawa bacaan al-Quran di pembesar suara sebelum solat Subuh bukanlah sesuatu yang diajar oleh Islam, jika ia terbukti menganggu dan ada aduan, maka sewajarnya Jawatankuasa Fatwa Negeri mengeluarkan pandangan.

"Di Kelantan dengan kebanyakan masyarakatnya Muslim mungkin tidak mengira ini sebagai satu masalah, tetapi di Pulau Pinang mungkin keadaannya berbeza. Rasulullah s.a.w sendiri pernah melarang seorang sahabat yang mengangkat suara di dalam masjid untuk berzikir sehingga mengganggu orang lain," katanya lagi.

Sehubungan itu kata Nik Aziz, "saya menyeru kepada Umno, janganlah menjadi tukang solek yang menghodohkan wajah Islam."

Katanya, Islam tertegak di atas hujah, bukan di atas emosi.

"Apa jua isu, perdebatkan dengan ilmiah bukan dengan provokasi. Sayangnya, saya lihat Umno sangat cenderung untuk menjadikan sesuatu isu sebagai kontoversi kerana dengan talian hayat inilah mereka bernyawa.

"Hakikatnya, isu perkauman dan pertembungan agama ini sengaja ditimbulkan untuk mengeruhkan suasana," kata beliau sambil menambah, "Umno mengharapkan dengan kekeruhan ini, mereka mampu muncul sebagai juara."

"Mereka lupa, hasil kerja tangan mereka ini bakal menjadikan suasana lebih tidak tenteram dan menjauhkan masyarakat daripada Islam.

"Ingatlah, dalam mengendalikan sebarang isu, ambillah pertimbangan kemuliaan bulan Ramadan yang sedang kita lalui sekarang," katanya lagi. - TMI


Kementerian Pelajaran HANCUR, Muhyiddin tak kisah

Posted: 17 Aug 2011 05:46 AM PDT



"Semakin hancur pengurusan Kementerian Pelajaran sekarang ini. Dari skim kenaikan pangkat yang tidak adil, dah boleh pula ajar balik Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, ambil 300 guru Bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat macam orang Malaysia ni tak pandai ajar BI, sistem SAPS yang mendera guru, 6 bulan guru ganti tak dapat gaji, sekolah bocor lebih 2 tahun belum baiki, ramai guru sakit jiwa dan macam-macam masalah.

Baca di sini


Tiada ulasan: