Selasa, 23 Ogos 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Panas!! Pengarah Pelajaran Kelantan Kempen Untuk BN?

Posted: 23 Aug 2011 08:25 AM PDT

Ramai guru di sini mengeluh panjang kerana dipaksa hadir pada program Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bersama pemimpin Umno di sebuah sekolah baru-baru ini. Lebih mengejutkan lagi mereka dikehendaki menandatangani kedatangan di majlis yang dinamakan sebagai 'makan colek' di dewan sebuah sekolah menengah. Program berkenaan diadakan jam 10 hingga 12 malam yang menyaksikan pengarah JPN, pemimpin Umno menghentam kerajaan negeri, PAS dan membangkitkan semula isu Ladang Rakyat. Guru terbabit yang enggan nama didedahkan memberitahu beliau terpaksa hadir kerana perlu menandatangani kedatangan pada majlis berkenaan. "Kalau tidak dipaksa hadir berapa kerat sangat guru-guru di sini yang mahu datang.


Namun kerana terpaksa saya datang juga biar pun sudah agak lewat malam. "Tidak pernah berlaku lagi dalam sejarah seorang pengarah datang berkempen secara terang-terangan berceramah bersama pemimpin Umno di sini," katanya. Beliau yang berpengalaman mengajar di luar Kelantan memberitahu terkejut dengan kerenah politik begitu kuat menguasai sektor pedidikan di negeri ini.Sedangkan katanya banyak negeri tempat beliau mengajar pengarah naik pangkat bukan kerana politik, sebaliknya kelayakan.

"Di negeri ini saya diberitahu mereka yang menguasai JPN sejak 1990 dilantik kerana ihsan politik dan bukan kelayakan sebenar. "Sebelum ini saya hanya dengar rakan-rakan yang menceritakan situasi itu, namun apabila balik mengajar di negeri sendiri barulah saya tahu kerenah politik begitu dahsyat," katanya.

Menurutnya selepas pengarah berceramah, Timbalan Ketua Umno Gua Musang, Datuk Nozula Mat Diah pula berucap dengan menggunakan peluang menghentam PAS dan kerajaan negeri. JPN Kelantan sekarang diketuai Hussain Awang difahamkan berasal dari Machang.

Seorang lagi guru mendakwa dalam ucapan di majlis berkenaan Hussain merayu guru-guru yang hadir memastikan keluarga mereka menyokong Umno dan BN pada pilihan raya akan datang. Program makan colek itu difahamkan pada peringkat awal mengundangkan Tengku Razaleigh Hamzah, namun beliau digantikan Nozula.

Politik Umno menguasai JPN begitu ketara ketika di bawah Datuk Shafie Ismail dan Rahman Ali. Kedua-dua pengarah terbabit dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan. Malah ketika JPN di bawah Shafie guru-guru dipaksa menandatangani kedatangan hadir pada program bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ambil Iktibar Kejatuhan Gaddafi - Zainal Kling

Posted: 23 Aug 2011 08:22 AM PDT

Oleh SUSAN ALBERT KASSIM

PETALING JAYA: Parti pemerintah dinasihatkan supaya mengambil iktibar daripada kejatuhan pemerintahan Muammar Gaddafi agar peristiwa serupa tidak berlaku di negara ini.

Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, fenomena yang melanda negara Timur Tengah itu sepatutnya membuka mata pemerintah bahawa rakyat kini menuntut sistem demokrasi dalam pentabdiran sebuah negara.

Sehubungan itu, beliau memberitahu parti pemerintah haruslah bersedia mengadakan pilihan raya dan membiarkan rakyat menentukan pemimpin yang mereka inginkan untuk mentadbir negara.

"Pemerintah tidak boleh mengukuhkan undang-undang sendiri kerana rakyat sudah menentukan keinginan mereka... malah kekuatan tentera dan polis juga tidak dapat menghalang kehendak rakyat," katanya ketika dihubungi mStar Online, Selasa.

Menurut Zainal, rakyat pada zaman sekarang sudah dapat berfikir secara rasional dalam memperjuangkan kebenaran dan keadilan di negara ini.

Bagaimanapun, beliau percaya pemberontakan sedemikian tidak mungkin akan berlaku di Malaysia kerana pada kebiasaannya sistem demokrasi berparlimen telah diamalkan sejak sekian lama.

"Tempoh untuk mengadakan pilihan raya masih ada sehingga April 2013... jadi saya rasa rakyat tidak akan memberontak," katanya.

Pada Isnin, rejim Gaddafi yang sinonim dengan pemerintahan kuku besi akhirnya tumbang selepas lebih enam bulan krisis berlaku di Libya.

Sekumpulan pemberontak berjaya menawan hampir seluruh bandar Tripoli tetapi nasib pemimpin Libya itu masih menjadi tanda tanya.

Mengulas mengenai insiden itu, Zainal berkata, masyarakat di Libya melakukan pemberontakan secara besar-besaran kerana ingin menghapuskan rejim autokratik yang diamalkan Gaddafi selama 42 tahun dan menegakkan sistem demokrasi.

"Peristiwa itu ibarat gerakan pembebasan terhadap kongkongan oleh pemerintah yang pada asalnya menghapuskan pemerintahan beraja. Gaddafi bertindak sebagai raja untuk memerintah negara itu dan menurunkan kuasa kepada anak-anaknya," ujarnya yang juga ahli akademik.

Susulan kekacauan yang menimpa negara pengeluar minyak terbesar dunia itu, beliau berkata harga minyak di pasaran dunia dijangka naik.

"Pengeluaran minyak akan tergendala akibat kekacauan itu tetapi jika pengambilalihan kuasa berjalan lancar, situasi tersebut mungkin mempengaruhi keadaan harga minyak di pasaran dunia," tambahnya

Anwar Assails Malaysian Officials, Court

Posted: 23 Aug 2011 07:21 AM PDT


http://www.blogger.com/img/blank.gif
From The Wall Street Journal


By JAMES HOOKWAY

Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim used his ongoing sodomy trial Monday to deliver a stinging attack accusing the judge and the government of Prime Minister Najib Razak of using a "show trial" to destroy his political career and extinguish any threat to the mostly Muslim nation's ruling party.

Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim smiled as he arrived at the courthouse for his trial on sodomy charges in Kuala Lumpur on Monday. Mr. Anwar is fighting the charges.

Quoting liberally from Shakespeare, Nelson Mandela and the Quran from the dock, Mr. Anwar read for an hour from a prepared text, saying his political rivals cooked up charges that he violated Malaysia's sodomy laws by having sex with a former male aide three years ago.

"It is a vile and desperate attempt at character assassination," Mr. Anwar said. "They can do all they want to assassinate and sully my character and threaten me with another 20 years in jail, but mark my words: They won't be able to cow me into submission."

Mr. Najib and judicial officials didn't respond to messages seeking comment Monday. Mr. Najib previously has denied any involvement in the case against Mr. Anwar, saying the charges against the 64-year-old opposition leader were filed independently by his former aide, 26-year-old Saiful Bukhari Azlan. People familiar with the government's thinking also say Mr. Najib is concerned that the international community doesn't appreciate that Malaysia's judiciary has become more independent in recent years and the government sometimes loses cases.

In a telephone interview with The Wall Street Journal prior to Monday's court proceedings, Mr. Anwar said he was dismayed at how debate over how to modernize this multiethnic country and make its economy more competitive internationally had degenerated into a series of sex allegations. Besides the sodomy trial, some of Mr. Anwar's political opponents also suggested he was featured in a grainy video clip released on the Internet hugging a woman who his opponents claimed is a prostitute. Mr. Anwar and his family have denied he is the man pictured in the film.

"It's really very telling how low they are willing to go," Mr. Anwar said, without specifying who he was referring to.

Mr. Anwar was arrested and charged with sodomy in 2008, a few months after his three-party opposition alliance won control of several key states in hotly contested elections and broke the ruling National Front's customary two-thirds hold on Parliament.

Mr. Najib, the 58-year-old aristocratic son of Malaysia's second prime minister, became the country's leader in 2009 and set about trying to reassert the National Front's dominance. The coalition built around Mr. Najib's United Malays National Organization party has controlled Malaysia since independence from Britain in 1957. To attract voters from ethnic minorities, he began rolling back Malaysia's extensive system of race-based affirmative action policies that are designed to give an economic leg-up to the less prosperous majority Muslim Malay population by offering, among other things, subsidized loans and quotas at top universities. Mr. Najib also opened the way to more foreign investment in the financial sector and other businesses.

Although Mr. Najib doesn't have to call elections until 2013, many analysts say they expect him to call early polls if it provides him with an advantage.

The multiethnic opposition continues to command considerable support, however, and Mr. Najib last week pledged to consider ways to change the country's election laws in response to a massive demonstration of more than 20,000 people on the streets of Kuala Lumpur in July. That protest march, which included Mr. Anwar, himself a Muslim Malay, was forcibly broken up by police equipped with water cannons and tear gas.

In his speech Monday—which Mr. Anwar read from the dock instead of from the witness stand in order to avoid cross-examination from prosecutors—the opposition leader accused the judge of allowing DNA evidence that Mr. Anwar's camp alleges is contaminated to be admitted.

Mr. Anwar also said his accuser, Mr. Saiful, was being manipulated by rival politicians. Mr. Saiful couldn't be reached for comment.

This isn't the first time Mr. Anwar, a former deputy prime minister, has accused Malaysia's powerful leaders of manufacturing sex allegations to silence him. In 1998 he was charged with sodomizing two male aides and later convicted after challenging former leader Mahathir Mohamad. That conviction was overturned in 2004 and Mr. Anwar was freed after spending six years in prison. Mr. Mahathir denies fabricating a case against Mr. Anwar.

This time, Mr. Anwar said he expects the court to press for a conviction as quickly as possible. "They want to wrap things up quickly," he told the Journal.

Tukar saham MAS-Air Asia bukti transformasi ekonomi Najib gagal

Posted: 23 Aug 2011 06:02 AM PDT


Perkembangan terkini syarikat penerbangan MAS merupakan petunjuk jelas bahawa transformasi ekonomi Najib telah gagal, kata Pengarah Strategi dan Politik KEADILAN, Rafizi Ramli.

20.5% peratus saham dalam MAS kini dimilki AirAsia dan 10% saham AirAsia pula dimiliki Khazanah Nasional Berhad selepas pertukaran saham MAS-AirAsia beberapa minggu lalu berlaku.

"Ini merupakan petunjuk awal bahawa Program Transformasi GLC gagal memandangkan pemulihan MAS dianggap sebagai petunjuk utama usaha tersebut," kata Rafizi kepada pemberita di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Beliau menambah sejak akhir-akhir ini, Najib juga ghairah menjadikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai pembiaya kepada projek mega yang menggunakan dana awam.

Namun, pada masa yang sama projek ini tidak dikawal selia kerana ia tidak disenaraikan sewaktu pembentangan belanjawan negara.

"Kerajaan begitu ghairah untuk memasarkan laporan penunjuk prestasi utama (KPI) kepada rakyat. Sementara GLC disalahguna dalam mewujudkan pertalian kartel politik perniagaan dengan menggunakan hasil cukai rakyat," kata Rafizi.

Mengulas lanjut pertukaran saham MAS-Air Asia, Rafizi menjelaskan tindakan itu bersifat jangka pendek dan kabur terutamanya aspek kesan masa depan industri pengangkutan udara negara.

Ia akan mewujudkan dominasi dengan mangsa utama industri penerbangan domestik adalah rakyat Malaysia dan operator lapangan terbang negara, MAHB.

"Malaysia tidak pernah mempunyai dasar pengangkutan udara atau undang-undang yang mengawalselia pembangunan industri pengangkutan udara.

Jadi, adalah mustahil untuk melihat kemunculan pemain baru untuk mencabar monopoli AirAsia.

Manakala Air Asia akan menggunakan kelebihannya sebagai monopoli penerbangan tunggal negara bagi memenuhi kehendaknya dari MAHB yang sebelum ini terbantut, kata Rafizi.

"Penyertaan Air Asia dalam keputusan penting melibatkan MAS akan membuka ruang kepada pertembungan kepentingan yang lebih besar.

"Adakah seseorang itu boleh membahagikan keutamaannya kepada dua pihak dalam satu masa?" tanya Rafizi.

Panas! Khir Toyol Tidak Puas Hati Kepada 3 Menteri Yang Ingin Beliau Dipenjaraka!

Posted: 23 Aug 2011 05:00 AM PDT

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dan Kisah 3 Menteri

1. Alahamdulillah kita berada dalam 10 hari terakhir di bulan Ramadhan. Semoga segala ibadah dan amal kebajikan kita dilimpahi rahmat dan rahim dari Allah s.w.t.

2. Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini seiring dengan semangat Ramadhan dan Syawal, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada para sahabat pembaca dan pengikut blog ini tidak kira muslim atau apa agama sekalipun jika ada saya tersalah tulis, terkasar sanggahan atau tidak menyiarkan sesetengah komen yang tidak berapa sesuai mahu pun terlepas siar komen yang tidak berapa molek.

Kesalahan dan kesilapan Lampau

3. Saya juga ingin mengambil kesempatan ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Selangor sekiranya terdapat kelemahan, kesilapan dan kekurangan sepanjang pentadbiran saya selama lapan tahun dari 2000 - 2008.

4. Sebagai manusia biasa yang bekerja selama 18 jam sehari sudah tentu banyak kekurangan dan juga keterlanjuran budi bahasa yang mungkin menyakitkan hati seseorang.

5. Sebagai Menteri Besar juga pasti ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan-keputusan saya buat. Saya tidak mungkin dapat memuaskan hati semua orang dalam membuat keputusan kerana apa sahaja keputusan yang hendak dibuat selalunya terdapat pelbagai pandangan dan hujahan. Namun sebagai Menteri Besar saya perlu membuat keputusan yang difikirkan baik untuk masa depan negeri biar pun tidak disukai sebahagian orang.

Setinggan

6. Saya juga ingin mengambil kesempatan memohon maaf kepada sebahagian yang belum mendapat penempatan semula yang dijanjikan. Saya telah berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan isu ini namun masa tidak begitu mengizinkan kerana berlaku perubahan pentadbiran. Saya hanya berharap pentadbiran sekarang berusaha menyelesaikan isu-isu setinggan yang masih tertunggak ini demi kesejahteraan penduduk Selangor.

7. Saya juga tahu dalam usaha menyelesaikan isu setinggan ini terdapat pihak tidak berpuas hati dan menganggap saya zalim. Percayalah saya melakukan yang terbaik untuk menyeslesaikan isu ini. Saya tidak fikir ada cara lebih baik untuk menyelesaikan isu setinggan yang begitu kronik di Selangor pada tahun 90-an dan alaf baru.

8. Namun kepada mereka yang berkecil hati, marah dan menganggap saya zalim, saya pohon maaf kerana itu jelas kelemahan saya sebagai manusia yang tidak mungkin mampu memenuhi kehendak semua orang.

Kakitangan Kerajaan

9. Saya juga ingin mengambil kesempatan memohon maaf kepada seluruh kakitangan kerajaan negeri jika ada terkasar bahasa, meninggi suara, mahu pun memarahi saudara/ saudari sekalian semasa di bawah pentadbiran saya lalu.

Kisah Tiga Menteri

10. Ketika saya memohon maaf kepada semua orang, saya juga mengambil kesempatan semangat ramadhan tahun ini untuk memaafkan sesiapa sahaja merasakan mereka perlu memohon maaf kepada saya kerana apa sahaja sebab.

11. Namun sebagai manusia biasa saya juga ada kelemahan yang tidak mungkin dapat saya maafkan seseorang yang membuat fitnah terhadap saya. Percayalah walau berapa kali beliau mengerjakan umrah belum tentu Allah mengampunkan dosa beliau atas kesalahan terhadap manusia yang lain jika manusia tersebut tidak memaafkan beliau.

12. Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi Menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya.
Saya tidak mendedahkan nama menteri-menteri ini kerana tidak mendapat bukti yang sahih sungguhpun beberapa sumber saya sangat boleh dipercayai.

13. Seorang Menteri dilaporkan berkata kepada dua orang Menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang Menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.

14. Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini. Namun jika pun ada usaha-usaha untuk mempengaruhi kehakiman, saya masih percaya dengan kebebasan dan integeriti institusi kehakiman. Selebihnya, saya percaya saudara/saudari terutamanya para peguam boleh membuat penelitian terhadap fakta-fakta kes saya di mahkamah dan membuat penilaian sendiri.

15. Cuma saya hendak mengingatkan ketiga-tiga Menteri ini agar menumpukan kerja mereka membantu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan terutama membabitkan potfolio mereka sendiri.

16. Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor. Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah.

17. Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau? Apakah beliau fikir rakyat mahukan pemimpin UMNO dihukum atau mereka mahu melihat keadilan ditegakkan?

18. Pada hemat saya majoriti rakyat terutamanya di Selangor mahu melihat keadilan undang-undang ditegakkan tidak kira ia di pihak UMNO mahu pun di pihak parti-parti lain.

19. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Reformasi segera atau BERSIH 3.0

Posted: 23 Aug 2011 02:57 AM PDT


Riduan Mohd Nor

Pemuda PAS menyokong pimpinan Pakatan Rakyat yang bertegas tidak akan menyertai jawatankuasa khas parlimen yang dibentuk kerajaan kerana ia sekadar gimik politik perdana menteri semata-mata.

Bagi Pemuda PAS penubuhan jawatankuasa yang tidak tertakluk dengan tarikh pilihan raya umum ke- 13 tidak akan membawa apa-apa makna terhadap sistem pilihan raya yang sedang dibualkan sekarang.

Pemuda PAS mahukan kerajaan konsisten terhadap semua lapan tuntutan BERSIH dan tidak bersikap retorik dalam menghadapi kemarahan rakyat.

Jika pilihan raya umum dilangsungkan dalam keadaan jawatankuasa khas parlimen tidak sempat membuat apa-apa resolusi, apakah maknanya penubuhan jawatankuasa ini? Ini lebih membawa maksud penghinaan terhadap parlimen itu sendiri.

Tidak ada ertinya Pakatan duduk dalam jawatankuasa itu jika semua tuntutan tidak dilaksanakan dalam pilihan raya umum nanti. Pemuda PAS mempersoalkan bilakah kerajaan akan melaksanakan reformasi pilihan raya jika pada pilihan raya depan tidak sempat dilaksanakan?

Adakah kerajaan mahu rakyat menunggu sehingga pilihan raya umum ke-14, atau lebih lama dari itu? Ini membuktikan bahawa Datuk Seri Najib Razak sendiri tidak ikhlas dalam melakukan usaha pemulihan sistem pilihan raya.

Jawatankuasa khas parlimen sekadar tempelan bagi mengambil hati rakyat yang masih terluka.

DPPM mengingatkan kerajaan bagaimana sistem pilihanr aya di Malaysia menjadi bahan ketawa masyarakat antarabangsa - daftar pemilih yang meragukan; pengundi klon di mana-mana; pemastautin tetap mendapat hak kewarganegaraan sekelip mata dan diberikan kelayakan mengundi; serta undi pos yang terdedah tembelangnya dengan beberapa pendedahan bekas anggota tentera.

Apakah alasan paling konkrit untuk diberikan melainkan reformasi keseluruhan dalam sistem pilihan raya?

Rakyat keseluruhannya amat mengharapkan perubahan drastik dan total dalam sistem pilihan raya yang semakin pincang. Sistem pilihan raya di Malaysia sudah tidak dipercayai lagi untuk dijadikan sandaran.
Menunggu sehingga selepas pilihan raya umum ke-13 akan menghilangkan kesabaran rakyat. Pemuda PAS bimbang rakyat akan melakukan sendiri reformasi tersebut tanpa menunggu pilihan raya.

Pemuda PAS mengingatkan kerajaan bahawa zaman retorik politik sudah berlalu kerana rakyat semakin cerdik membaca permainan politik BN.

Tiga bulan yang dijanjikan oleh BERSIH masih ditagih dan masa semakin suntuk buat kerajaan BN melakukan usaha.

Laksanakan segera reformasi pilihan raya sebelum pilihan raya ke-13 jika tidak mahukan hukuman rakyat dalam BERSIH 3.0.

Riduan Mohd Nor merupakan ketua penerangan Pemuda PAS.

Surat terbuka buat Dr Maza

Posted: 22 Aug 2011 11:55 PM PDT


Oleh HUDZAIFAH AL-YAMAN


Bismillahirrahmanirrahim. Dimulai surat ini dengan doa, mudah-mudahan Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) beroleh kasih sayang Allah SWT hendaknya, dan terus istiqamah melagang perjuangan Islam di muka bumi ini, tanpa secuit pun rasa takut kepada makhluk; atau secalit rasa curiga diserang pelbagai sudut. Firman Allah SWT: "Dan mereka tidak merasa takut selain kepada Allah." (At-Taubah: 18)

Dr Maza, membaca dan meneliti pandang sisi tuan mutakhir ini, khususnya mengenai korelasi antara isu murtad dan isu agihan zakat, membuat saya semakin tertanya-tanya.

Persoalannya ialah, apakah rahsianya menyebabkan agihan zakat di negara ini tidak berkesan dalam menangani isu-isu kemiskinan dan sejauh manakah inisiatif yang telah dilakukan demi memperbaiki keadaan.

Dr Maza, tuan menyatakan di Malaysia ini ada 14 jabatan agama. Ya, itu bermakna Malaysia juga mempunyai 14 pusat zakat dan 14 orang mufti. Wang zakat terkumpul mencecah billion ringgit saban tahun.

Sayangnya, kenapakah masih ramai umat Islam yang tidak tersantuni dengan dana zakat. Ingin rasanya saya bertanya kepada seorang mufti demi seorang mufti, apakah yang berlaku di sebalik tirai zakat di setiap negeri.

Namun, sayugianya saya juga ingin menanyakan soalan yang sama terlebih dahulu kepada Dr Maza. Bukankah dahulu tuan adalah seorang mufti juga, yang menjabati kondisi mufti di Perlis Darus Sunnah?

Maka, kala Dr Maza sendiri menjawati jawatan mufti, apakah tindakan konstruktif anda dalam memperbetulkan segala ketempangan ini, khususnya dalam pengurusan zakat di Malaysia, atau paling minimal di Perlis Darus Sunnah, negeri Dr Maza paling "berkuasa?"

"Amat besar kemurkaan Allah, bagi sesiapa yang mengatakan apa yang tidak dikerjakannya." (As-Saff: 3). Justeru, jujurnya saya berharap dan amat yakin, pastinya Dr Maza tidak sesekali termasuk ke dalam kategori di atas.

Lalu, dengan harapan dan keyakinan yang sama, pastinya Dr Maza juga boleh memberikan penjelasan saksama, secara ditil dan komprehensif, apakah gendalanya yang menyebabkan amalan zakat khususnya aspek agihan zakat masih di takuk lama, termasuklah di Perlis Darus Sunnah.

Kami, para golongan awam ternanti-nanti penjelasan Dr Maza dalam hal ini, sesungguhnya! "Maka, bertanyalah kamu sesuatu perkara kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahuinya." (An-Nahl: 43).

Dr Maza, sebagai bersifat adil dan tidak bias, saya memaksa diri membuat sedikit kajian dan gelintaran. Lalu, saya dapati di Malaysia ini, keunikannya bukan sekadar dengan 14 orang mufti dan 14 jabatan agama segala; tetapi juga unik justeru semua urusan agama ditadbir berbeza-beza oleh negeri. Padanlah harga zakat fitrah pun berbeza juga, sedangkan kita ini semuanya dalam satu Malaysia.

Maka, saya tidak fikir Dr Maza, seorang cendekiawan yang amat cakna dengan keadaan; tidak menyedari senario ini. Pastinya Dr Maza punya kenalan di sektor undang-undang yang arif perihal perlembagaan negara, buat menjelaskan kepada Dr Maza apakah implikasinya kepada amalan zakat apabila wujudnya pengasingan kuasa agama mengikut negeri.

Secara umumnya, pastilah sukar bagi disatukan kendaliannya, kerana masing-masing punya wewenang tersendiri. Pastilah besar juga kesannya kepada isu-isu agihan zakat, bukan?

Ya, saya yakin pasti ada kesan. Antaranya, negeri masing-masing tertakluk kepada undang-undang zakat sendiri. Bila zakat dikutip, pasti setiap negeri mengutamakan negerinya sendiri.

Apa yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan juga, tidak semestinya menjadi ikutan negeri. Saya tidak fikir, Dr Maza terlepas pandang semua hal ini.

Apa yang saya risaukan, ketidak selarasan ini mengakibatkan ada negeri yang maju dalam pengurusan zakat dan ada yang mundur dan jauh ketinggalan.

Apabila Dr Maza menembak dengan peluru penabur, maka tembakan Dr Maza akan berterabur dan menyimbah merata-rata, kerana pastinya peluru penabur Dr Maza tidak bermata dan tidak ada deria rasa.

Bagi saya yang tidak sealim Dr Maza, pastilah situasi ini tidak bersifat adil bagi sesetengah negeri yang telah berusaha sebaik daya memperkasakan pengurusan zakat.

Ini kerana, jika dilihat kepada Pusat Zakat Pulau Pinang sendiri, tempat Dr Maza bermastautin dan mencari rezeki, pengurusan zakatnya adalah antara yang terbaik di Malaysia.

Saya tidak tahulah, jika Dr Maza tidak mempunyai hubungan yang baik dengan pusat zakat ini. Namun, berdasarkan apa yang saya baca dan saya amati, Pusat Zakat Pulau Pinang telah melaksanakan pelbagai pendekatan demi memastikan pengagihan zakat dibuat secara telus, berkesan dan sistematik.

Bahkan, di samping Pulau Pinang, Selangor juga dilihat antara negeri yang maju pengurusan zakatnya.

Berdasarkan paparan berita di laman sesawang Lembaga Zakat Selangor (saya fikir Dr Maza patut selalu singgah di portal mereka, klik sahaja di www.e-zakat.com.my), pelbagai mekanisme agihan mereka jalankan. Secara jujur dan sedar, saya fikir mereka juga layak dianggap negeri termaju pengurusan zakatnya – sama ada kutipan mahu pun agihan.

Apa yang menjadi masalah, adalah beberapa buah negeri yang tidak begitu terurus rapi organisasi zakatnya. Dan seperti yang saya nyatakan di atas, sebagai mantan mufti di Perlis Darus Sunnah selama beberapa tahun, apakah tindakan konstruktif Dr Maza untuk memperkasakan institusi zakat di sana?

Bukankah Dr Maza orang paling besar dalam membuat kata putus dalam urusan fatwa? Maka, apakah fatwa-fatwa berkaitan zakat yang boleh dianggap terbaik dalam menanggapi keperluan asnaf zakat di Perlis Darus Sunnah?

Harus kita ingat, Perlis adalah negeri kecil. Namun, dalam negeri sekecil Perlis pun masih ramai orang miskin. Apakah susah bagi Dr Maza mempengaruhi pihak pengurusan zakat di negeri yang beliau sendiri menjadi muftinya untuk membuat perubahan mendasar, yang mampu mendatangkan kebaikan secara holistik kepada umat Islam khususnya asnaf zakat dan paling utama, Dr Maza mampu meninggalkan satu legasi sebagai contoh nyata pengurusan terbaik di Malaysia kepada semua pihak.

Inilah namanya, medan menyatakan pandangan tidak sama dengan medan merealisasikan harapan. Sebagai seorang pemikir, ada moleknya Dr Maza berfikir dan memberikan saranan dan cadangan, agar pengurusan zakat di Malaysia dapat diselaraskan.

Bagi saya seorang awam, amat susah menerangkan bila seorang Cina bukan Muslim menanyakan soalan: "You orang Islam, apa pasal dalam you punya agama, ada banyak beza...satu negeri kata rokok haram, satu negeri kata halal, itu saham sini haram, sana negeri kata halal, sana negeri kata boleh, sini negeri kata no..."

Dr Maza, inilah secebis keluhan kami orang awam yang hanya berpandukan panduan para ulama dan umara dalam kehidupan. Hanya kepada Tuhan kami berserah, tempat kami menggantung harapan.

Ampun maaf andai ada kekhilafan. Salam Ramadan daripada saya dan semoga Dr Maza terus istiqamah menabur ilmu dan menyemai bakti di Malaysia, tanpa ada sebarang keraguan, tanpa segaris ketakutan dan tanpa sekelumit anasir berkepentingan. Wallahua'lam.

Panas! Kompas tak tarik balik: Muslihat di sebalik permohonan maaf dengan Najib

Posted: 22 Aug 2011 08:34 PM PDT

Kuek Ser Kuang Keng

Ahad lalu, harian terkenal Indonesia Kompas memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berhubung laporan yang diterbitkan mengenai dirinya dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Namun, permohonan maaf itu didapati hanya diselitkan dalam satu wawancara dengan Najib. Malaysiakini juga difahamkan bahawa ia juga dilakukan pada saat-saat terakhir oleh pengurusan tertinggi Kompas.

Artikel pedas, yang menjadi kontroversi itu bertajuk 'Istri PM Najib dan Cincin 24 Juta Dollar'. Ia disiarkan pada isu Kompas 4 Ogos lalu tetapi dengan mudahnya boleh dilayari di versi Internet di Malaysia.

Nooryana Najwa Najib and Daniyar NazarbayevAntara lain, artikel itu mengaitkan Rosmah dengan pembelian kontroversi sebentuk cincin bernilai RM24 juta, dan mendakwa bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayev, mempunyai hubungan dengan "mafia Rusia".

Maira Nazarbayev dari Kazakhstan adalah ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang telah bertunang dengan Nooryana Najwa, anak gadis Najib dan Rosmah.

Kompas juga dalam laporannya itu menyifatkan Rosmah sebagai menjalani "kehidupan yang penuh kontroversi", dan mengaitkannya dengan Perimekar, syarikat yang dikatakan telah menerima komisen jutaan ringgit berikutan penjualan kapal selam Scorpene.

Menurut penulis, perjanjian yang mencurigakan itu antara faktor yang membawa kepada pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Menyedari artikel berkenaan mampu memberi kesan dan menjejaskan reputasi Najib, dua penasihat perhubungan awam tidak rasmi Najib - seorang daripada mereka dikaitkan dengan konglomerat Indonesia - bertindak segera mententeramkan keadaan - dengan meminta Kompas memohon maaf.

Menurut sumber Malaysiakini, permohonan maaf yang dituntut oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada mulanya ditolak oleh editor Kompas yang bertegas mempertahankan artikel mereka, khususnya berhubung dakwaan kegiatan kongsi gelap Maira, yang juga boleh dilayari secara meluas di Internet.

Dua penasihat itu kemudiannya mengancam mengugut Kompas dengan tindakan undang-undang, tetapi ini juga gagal untuk menundukkan akhbar Indonesia yang berpengaruh itu.

Kompas, bagaimanapun bersetuju membuka ruang kepada Najib untuk menjawap dan menangkis segala tuduhan dengan menghantar editor antarabangsa, Jimmy Harianto bagi menemubual Najib di Putrajaya pada Khamis lalu.

Bagiamanapun pada Ahad lalu, agensi berita nasional Bernama mengesahkan bahawa Kompas telah meminta maaf kepada Najib.

Setakat ini, mengapa Kompas membuat pusingan U pada saat-saat terakhir belum jelas tetapi menurut sumber, keputusan berkenaan telah dibuat dalam keadaan "situasi luar biasa".

Namun, akhbar itu jelas tidak membuat permohonan maaf secara penuh - ia boleh diibaratkan sebagai 'permohonan maaf separuh'.

Malah, permohonan maaf itu diselitkan pada perenggan 10 di halaman 10 akhbar itu dalam laporan yang bertajuk 'PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia'.

Artikel wawancara dengan Najib itu memetik perdana menteri Malaysia itu menafikan dakwaan dalam artikel Kompas sebelum ini dan diikuti dengan permohonan maaf satu ayat yang berbunyi: "Atas pemberitaan tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan Keluarga."

Selain menerbitkan penafian Najib, akhbar itu juga tidak menyatakan bahawa dakwaan dalam artikelnya itu adalah tidak benar. Malah Kompas juga tidak menarik semula balik artikel, yang didakwa menghina Najib dan isterinya itu.

Namun, di Malaysia, media arus perdana mencanang-canangkan permohonan maaf itu dan menyiarkannya di halaman utama mereka.

RUJUK

Istri PM Najib dan Cincin 24 Juta Dollar

Egidius Patnistik | Kamis, 4 Agustus 2011 | 08:18 WIB

http://stat.k.kidsklik.com/data/photo/2011/08/04/0817346p.jpg

Datin Sri Rosmah Mansor, istri Perdana Menteri Malaysia Mohamad Najib bin Tun Haji Abdul Razak dituduh punya cincin berlian senilai 24 juta dollar AS.

DALAM sepekan terakhir terjadi saling serang dan pembelaan antara media kubu oposisi dan media pro-pemerintah terkait kepemilikan cincin berlian senilai 24 juta dollar AS (setara Rp 203 miliar) dengan Datin Sri Rosmah Mansor, istri Perdana Menteri Malaysia Mohamad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Jumat (29/7), Datin Sri Rosmah Mansor muncul dan mengungkapkan bantahan di harian berbahasa Inggris, The Star, yang menyatakan tuduhan itu adalah fitnah dan tidak berdasar. Sejumlah foto pemberitahuan bea cukai (Kastam Malaysia) atas impor cincin berlian senilai lebih dari 24 juta dollar AS dari pialang berlian kelas dunia, Jacob and Co, di New York, AS, dan nama pengekspor atas nama Datin Sri Rosmah Mansor beredar luas di internet. Bantahan Datin Rosmah menghiasi halaman favorit di situs Thestaronline.com. Rosmah menduga ada pihak yang memanfaatkan namanya dikaitkan dengan cincin berlian yang harganya selangit itu.

Perusahaan Jacob and Co yang namanya dikaitkan dengan berlian ratusan miliar rupiah itu pun dikenal kontroversial. Penulis di situs Themalaysianinsider.com, Yow Hong Chieh, mencatat, Jacob Arabo, seorang Yahudi asal Uzbekistan, pemilik Jacob and Co, berulang kali ditangkap aparat karena diduga terlibat pencucian uang hasil kejahatan.

Kontroversi Datin Rosmah

Kehidupan Datin Sri Rosmah Mansor memang penuh kontroversi. Perusahaan Rosmah, Perimekar Sendirian Berhad (Sdn Bhd), diketahui Parlemen Malaysia menerima uang jasa 100 juta euro (sekitar Rp 1,2 triliun) atas pembelian kapal selam Scorpene buatan Perancis.

Pertengahan Juli, pengacara Perancis, William Bourdon, yang mewakili sejumlah aktivis pro-Demokrasi Malaysia, menggugat Perimekar Sdn Bhd atas dugaan suap dan korupsi dalam kasus kapal selam Scorpene. Ia ditahan imigrasi Malaysia, lalu dideportasi. Tindakan itu memicu protes dari penggiat hak asasi manusia di Malaysia, seperti lembaga Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Kasus pembelian kapal selam Perancis, pesawat tempur jet Rusia, dan persenjataan lain diduga mengakibatkan pembunuhan model asal Mongolia, Altantuya Shaarribuu, bulan April 2006. Altantuya, putri seorang profesor di Ulan Bator, diketahui memiliki hubungan khusus dengan Abdul Razak Baginda, penasihat pribadi PM Najib Razak.

Altantuya yang fasih berbahasa Rusia dan sejumlah bahasa asing, menurut pihak oposisi, mengerti betul seluk-beluk pembelian senjata yang digunakan Angkatan Tentera Diraja Malaysia itu. Karena menuntut terlalu banyak, akhirnya ia ditembak mati, lalu tubuhnya diledakkan. Situs berita Singapura, Channelnewsasia.com, pada 9 April 2009 melaporkan, dua polisi, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, dijatuhi hukuman mati karena menjadi eksekutor Altantuya. Namun, auktor intelektualis dan dugaan korupsi pembelian senjata tidak pernah disidangkan hingga pihak oposisi Malaysia mengajukan gugatan di Pengadilan Paris, Perancis.

Kontroversi lain yang melingkupi Datin Rosmah adalah hubungannya dengan calon besan bernama Maira Nazarbayev asal Kazakhstan. Maira Nazarbayev yang memiliki gaya hidup ala Imelda Marcos konon memiliki kaitan dengan Organisatziya atau mafia Rusia. Maira Nazarbayev kerap bepergian bersama Datin Rosmah.

Mungkinkah kasus cincin berlian 24 juta dollar AS ini nanti menjadi pintu perubahan dan demokratisasi Malaysia? Hanya rakyat Malaysia sendiri yang menentukan. (Iwan Santosa)

RUJUK


PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia

Gambar: YAB Tuan Guru menyampaikan sumbangan kuih raya kepada pasukan keselamatan

Posted: 22 Aug 2011 07:59 PM PDT

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/319425_10150270252397592_358919387591_8267075_2531274_n.jpg

YAB Tuan Guru menyampaikan sumbangan kuih raya kepada pasukan keselamatan yang bertugas pada hari raya di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darul Naim sebentar tadi.


Bismillah.. Alhamdulillah, hari ini sempat bersahur bersama anak mukim Masjid Pangkal Kalong, Ketereh. Sebentar lagi insya-allah akan menghadiri majlis penyampaian kuih hari raya kepada anggota-anggota keselamatan yang bertugas pada hari raya di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. Sesungguhnya setiap amalan yang baik termasuklah menjaga keselamatan negara tetap tergolong dalam ibadah jika dilakukan dengan hati yang tulus ikhlas...

Blog Kerabu Bersuara Memohon Maaf Kepada Najib Dan Rosmah?

Posted: 22 Aug 2011 06:58 PM PDT

Minta maaf: Rais mahu blog Malaysia ikut langkah Kompas

KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Semua pemblog wajar mengikut langkah akhbar Indonesia, Kompas yang memohon maaf berikutan laporan memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya yang disiarkan 4 Ogos lalu — antara lain berkaitan dengan isu cincin AS$24 juta.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pemblog atau sesiapa sahaja yang menimbulkan isu seperti ini sepatutnya berbuat perkara yang sama memandangkan perkara ini boleh menjejaskan reputasi seseorang yang berjawatan tinggi dalam sesebuah negara.

"Mereka yang telah menulis seperti Kompas itu di tanah air kita, sama ada pemblog atau mereka yang sengaja menimbulkan isu-isu ini harus berbuat sama seperti Kompas.

"Tapi keadaan dunia hari ini berapa orang sangatlah yang hendak tampil dan mohon maaf, sehingga diseret mungkin barangkali baru hendak pohon maaf," katanya dipetik Bernama Online malam tadi.


kepala hotak lu gua nak jadi penjilat bontot! lu boleh la rais!

Anak Gaddafi: ‘Bapa saya sihat di Tripoli’

Posted: 22 Aug 2011 06:55 PM PDT

TRIPOLI, 23 Ogos — Saif al Islam, anak lelaki pemimpin Libya Muammar Gaddafi yang ditangkap oleh pemberontak dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa, tiba di sebuah hotel dihuni koresponden-koresponden asing di sini awal pagi ini.

Koresponden BBC Matthew Price berkata, Saif yang ditanya seorang pemberita lain sama ada Muammar sihat dan berada dalam keadaan baik di Tripoli, menjawab: "Sudah pasti." — Reuters 

Beberapa Kesilapan Yang Dilakukan Semasa Berpuasa Ramadhan Bab Akhir

Posted: 22 Aug 2011 05:52 PM PDT

Oleh : Mufti Brunei

6) Berlebih-lebihan ketika berbuka puasa

Dalam kegembiraan menanti waktu berbuka, umat Islam kadangkala tidak menyedari bahawa mereka telah melanggar etika sepertimana yang dianjurkan Islam.
Salah satu kesilapan yang sering berlaku di kalangan umat Islam ialah berlebih-lebihan ketika berbuka puasa, baik dalam penyediaan juadah berbuka mahupun ketika menikmatinya.

Adakalanya waktu berbuka itu menjadi seolah-olah pesta makan. Sebenarnya sepanjang bulan Ramadhan, umat Islam digalakkan untuk memakan makanan yang berkhasiat semasa berbuka dan bersahur bagi tujuan mendapatkan kekuatan dan kesihatan yang membolehkan mereka menjalani ibadat puasa dengan baik. Namun begitu, sudah menjadi tradisi, para suri rumah akan menyediakan aneka juadah bagi hidangan berbuka tanpa menitikberatkan nilai dan kuantiti pemakanan.

Adakalanya, disebabkan terlalu banyak hidangan yang tidak habis dimakan, akhirnya terbuang begitu sahaja. Perkara seumpama ini tidak sehaluan dengan kehendak Islam. Selain itu, amalan berbuka puasa di hotel-hotel dan restoran-restoran juga seakan menjadi 'trend' kini. Terdapat banyak hotel dan restoran yang menawarkan hidangan bufet untuk berbuka puasa.

Memandangkan tawaran ini dikenakan kadar bayaran, sesetengah orang beranggapan mereka perlu makan dan minum seberapa banyak yang mungkin agar berbaloi dengan wang yang
dikeluarkan dan akhirnya mengakibatkan makan dan minum secara berlebihan.
Berlebih-lebihan ketika berbuka boleh membawa kepada pembaziran dan mengundang penyakit. Islam amat melarang umatnya melakukan pembaziran sebagaimana firman Allah Ta'ala:

Tafsirnya:

"Janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."


(Surah al-Isra': 26-27)

Allah Subhanahu wa Ta'ala juga berfirman:

Tafsirnya:

"Dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orangorang yang melampaui batas."

(Surah al-A'raf: 31)

Kadang-kadang apa yang berlaku kepada setengah orang, oleh kerana terlalu asyik menikmati juadah sungkai dan menjadi terlalu kenyang menyebabkannya merasa sukar dan malas untuk
menunaikan sembahyang dan pergi ke masjid.Oleh itu, umat Islam seharusnya bijak dan pandai mengawal diri agar situasi sedemikian ini tidak menyalahi konsep Ramadhan.
7) Bersikap malas dengan alasan berpuasa

Sesungguhnya ibadat puasa itu adalah kekuatan, jihad, kemenangan dan kerajinan di dalam perbuatan mahupun pekerjaan, bukannya kelemahan, kekalahan, keletihan, kemalasan dan 'batu loncatan' untuk lari dari tanggungjawab.

Memang tidak dinafikan bahawa dengan berpuasa sedikit sebanyak akan mengurangkan tenaga tubuh badan kita disebabkan badan tidak mendapat zat yang mencukupi kerana tidak makan dan minum di siang hari.

Namun begitu, hal ini bukanlah sebagai alasan untuk bersikap tidak produktif, bermalasan dan menghabiskan masa dengan banyak tidur, melakukan aktiviti-aktiviti yang melalaikan dan siasia seperti bermain 'game', bermain dam, menonton program hiburan sepanjang hari agar tidak terasa letih menjalani puasa.

Kajian saintifik banyak menemukan keputusan positif mengenai puasa dan hikmah di sebalik puasa itu sendiri. Antaranya, kajian biologi mendapati otak tidak dapat berfungsi dengan baik ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan.

Apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktivitiaktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan. Penyelidikan psikologi pula membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang.

Ujian pernah dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi markah yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

8) Melebihkan mengaut keuntungan dunia berbanding keuntungan akhirat

Tidak dinafikan apabila Ramadhan tiba para peniaga tidak kira dalam apa jua jenis perniagaan akan sibuk mengambil peluang untuk mendapatkan pendapatan yang lebih.

Namun bagi umat Islam yang sedang berpuasa janganlah terlalu ghairah merebut peluang untuk mengaut keuntungan pendapatan dan mensia-siakan peluang yang ada untuk mengaut ganjaran
pahala yang berganda-ganda. Islam tidak melarang umatnya berusaha mencari rezeki, bahkan
menggalakkan umatnya menceburi bidang perniagaan. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam pernah ditanya mengenai pekerjaan yang paling baik, Baginda bersabda:

Maksudnya:

"Pekerjaan seseorang yang dilakukan dengan tangannya sendiri dan setiap jual beli yang baik."

(Hadits riwayat ath-Thabrani)

Namun, di dalam perniagaan ada adab dan batas-batasnya. Jangan kerana berniaga dan ingin mendapatkan keuntungan lebih, seseorang yang sedang berpuasa melakukan kesilapan seperti
meninggalkan sembahyang disebabkan terlalu sibuk, bercakap bohong atau menipu dan bersumpah palsu demi melariskan barang jualan.

Kerana terlalu sibuk juga, seseorang itu tidak meluangkan masa untuk menghayati dan menghidupkan bulan Ramadhan dengan amalan-amalan yang sepatutnya dilakukan di bulan ini seperti menambah-giatkan amal ibadat, membaca ayat-ayat suci alQur'an, berzikir dan memperbanyakkan doa tatkala berpuasa.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)."

(Surah al-Jumu'ah:10)

Ayat di atas menjelaskan, Allah tidak menghalang seseorang mencari sebanyak mana pun dari nikmatNya, tetapi jangan sekalikali mengabaikan suruhanNya.

9) Tidak mengawal kemarahan

Marah merupakan sifat semulajadi manusia yang terjadi apabila merasa tidak puas hati atau tidak senang akan sesuatu. Sifat ini adalah normal bagi setiap orang. Akan tetapi jika tidak terkawal, ia boleh membawa padah, kemudharatan atau kesan negatif terhadap diri individu itu sendiri mahupun masyarakat di sekelilingnya. Marah ada jenis dan peringkatnya. Di dalam keadaan berpuasa, menahan marah adalah sesuatu yang amat dituntut, kerana puasa itu membawa maksud menahan segala hawa nafsu termasuklah juga nafsu amarah.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:

"Puasa itu penjaga (perisai), maka janganlah dia berkata-kata buruk dan janganlah berbuat bodoh. Jika dia dimusuhi atau dicaci maki oleh seseorang maka katakanlah:
"Sesungguhnya aku ini sedang berpuasa" dua kali …"

(Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Orang yang tidak dapat mengemudi kemarahan dan gagal menanganinya itu tergolong dalam orang yang melampaui batas dan orang yang lemah. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:

"Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah".

(Hadits riwayat al-Bukhari)

Umat Islam yang berpuasa dengan betul sudah pasti akan dapat mendisiplinkan hawa nafsu mereka dan dapat meletakkan diri mereka jauh dari segala godaan termasuk godaan syaitan yang ternyata boleh memarakkan nafsu amarah.

Kelebihan orang yang boleh menahan amarahnya, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menjanjikan kepadanya syurga sebagaimana firmanNya:

Tafsirnya:

"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amalamal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;""Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orangorang yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."

(Surah Ali-'Imran: 133-134)

Sebagai kesimpulan, memandangkan ibadat puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan, umat Islam hendaklah menjaga dan memelihara kesempurnaannya agar ianya diterima Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Oleh kerana itu, umat Islam yang berpuasa hendaklah sentiasa berusaha untuk mendapatkan kesempurnaan ini dengan menghindar dan mengelak dari berlakunya sebarang kesalahan atau kesilapan yang boleh mencacatkan ibadat puasa tersebut iaitu dengan memberi lebih perhatian dan tidak mempermudah-mudahkannya, di samping meninggalkan segala perkara yang
dilarang dan melakukan segala perkara yang diwajibkan dan disunatkan ketika berpuasa.

Sonia Gandhi, Rahul Gandhi

Posted: 22 Aug 2011 03:11 PM PDT


Oleh Tan Sri Abdullah Ahmad

India menyambut hari kemerdekaan yang ke 64 minggu lepas. Sama tua dengan Anwar Ibrahim adalah demokrasi yang terbesar di seluruh alam. Masa parti Kongres memerintah tamat 2014, Barisan Nasional/Umno 2013. Kedua-dua pilihan raya umum mungkin berlaku lebih awal. Di Malaysia mungkin kesaat akhir!

Sonia Gandhi kelahiran Itali, pemalu, tidak suka menonjolkan diri adalah balu Perdana Menteri Rajiv Gandhi yang dibunuh, menantu Perdana Menteri Indira Gandhi yang juga diassassinasikan adalah Presiden Parti Kongres yang antara pengasasnya moyang Rajiv.

India menyambut hari kemerdekaan yang ke 64 minggu lepas. Sama tua dengan Anwar Ibrahim adalah demokrasi yang terbesar di seluruh alam. Masa parti Kongres memerintah tamat 2014, Barisan Nasional/Umno 2013. Kedua-dua pilihan raya umum mungkin berlaku lebih awal. Di Malaysia mungkin kesaat akhir!

Sonia Gandhi kelahiran Itali, pemalu, tidak suka menonjolkan diri adalah balu Perdana Menteri Rajiv Gandhi yang dibunuh, menantu Perdana Menteri Indira Gandhi yang juga diassassinasikan adalah Presiden Parti Kongres yang antara pengasasnya moyang Rajiv.

Tok Rajiv, Pandit Nehru Perdana Menteri India yang pertama. Kini Sonia gering. Sedang berehat di Amerika Syarikat (AS) selepas pembedahan (operations) yang berjaya di sebuah hospital yang dirahsiakan juga penyakitnya. Di India, kesihatan pemimpin politik juga status perkahwinan, sex life adalah 'off-limits' yakni tidak menjadi isu seperti kelaziman di Barat.

Di negara kita pula seks, kesihatan, private lives kalau pun tidak menjadi isu besar seperti di Barat tidak juga macam India! Dalam pemerhatian saya, penyakit barah sosial dan kurang iltizam wujud di India dan di negara kita: rasuah di merata dan di semua peringkat. Pemimpin anti rasuah India Anna Hazare, yang ditahan kerana memimpin gerakan demonstrasi anti rasuah, telah dibebaskan.

Jangan-jangan pula selepas demonstrasi Bersih ada 'copycat' demonstrasi antirasuah. Rasuah isu teragung dan wajar dikendali dan dihapuskan atau paling minima dikurangkan secepat mungkin.

Di India, parti pembangkang mengganggu sesi parlimen yang sedang bersidang dengan lakonan protes (theatrical protests) meluah perasaan benci, dendam kesumat yang mendalam dan lama terhadap menteri dan pemerintah.

Suasana diperkuatkan oleh satu poll nasional yang kesimpulannya: kredibiliti pemerintah (Parti Kongres dan sekutunya) telah menurun, rosak kerana beberapa skandal besar. Pengkritik, sekutu dan penyokong pemerintah pula mengadu tentang wujudnya vacuum (kekosongan) dalam kepimpinan parti dan pemerintah. Tiada arah hala tuju, tanpa semangat yang ketara dan memberangsangkan.

Tiada iltizam di kemuncak kepimpinan. Sepatutnya Sonia jadi PM tetapi dia terang Speaking, 'shrewd by not appointing herself PM though she has twice delivered power to the Congress – dia politikus pintar mempunyai pertimbangan betul tidak jadi PM walaupun dia dua kali memenangi pilihan raya umum bagi partinya'. Bayangkan jika situasi sama wujud di Malaysia.

Tiada ulasan: