Selasa, 16 Ogos 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Qaryah Ramadhan Kelantan: 3000 kali khatam al-Quran

Posted: 16 Aug 2011 07:14 AM PDT

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/298129_273371429343783_100000127833512_1299011_4632905_n.jpg

bersama tadarus Al Quran

3000 kali khatam setakat ini

Allahuakhbar!

Gambar: TG Nik Aziz Bersama Pimpinan PAS Kelantan Di Markas Dun Ayer Lanas

Posted: 16 Aug 2011 05:00 AM PDT

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/293678_2346013132691_1320915691_32809020_1992626_n.jpg

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/299593_2346015292745_1320915691_32809022_7295388_n.jpg

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/295944_234845746559181_100001012710443_686220_1887468_n.jpg


Bismillah. Sedang berada di Ayer Lanas, Jeli ; mesyuarat badan perhubungan PAS, tadarus dan iftor bersama-sama pimpinan PAS seluruh negeri Kelantan. Malam ini selepas solat tarawih insya-allah akan berceramah di hadapan bilik gerakan DUN Ayer Lanas, Jeli bersama-sama YB Dato Nasaruddin Daud, YB Dato Mohd Amar Abdullah dan YB Dr Fadzli Hassan. Semua dijemput hadir.

https://www.facebook.com/nikaziz

Saya Tidak Mengadakan Hubungan Seks Itu

Posted: 16 Aug 2011 04:30 AM PDT

Ummi Hafilda hari melafazkan sumpah laknat mendakwa dirinya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda seperti yang didakwa oleh lelaki itu.

Sumpah itu dilafazkan di mahkamah Kuala Lumpur setelah memfailkan permohonan penghakiman ingkar terhadap Baginda hari ini.

"Wallahi, Wabillahi, Watallahi...

"Saya buat sumpah ini di bulan Ramadan yang suci bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Baginda Minda.

"Jika saya menipu, maka saya akan dilaknat," katanya.

Ummi Hafilda diiringi oleh Penasihat Undang-undang Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Sidang DUN Perak seperti main-main

Posted: 16 Aug 2011 03:06 AM PDT



IPOH, 16 OGOS – Kerajaan Barisan Nasional telah menghina dan mempersendakan sidang Dewan Undangan Negeri Perak semalam dengan hanya memperuntukkan dua jam sahaja untuk bersidang.

Timbalan Pengerusi DAP Perak V. Sivakumar berkata ia adalah satu sejarah yang memalukan di negeri itu kerana niatnya sekadar memenuhi syarat birokrasi, iaitu perlu diadakan sidang dalam tempoh enam bulan.

"Dalam ucapan Yang Dipertua DUN, Datuk R. Ganesan menyebut bahawa sidang DUN kali ini diadakan semata-mata untuk memenuhi syarat tempoh enam bulan di antara mesyuarat-mesyuarat Dewan.

"Beliau seharusnya berasa malu menbuat kenyataan seperti itu seolah-olah kerajaan BN tidak berminat untuk membincangkan masalah rakyat," katanya.

Sivakumar yang juga Adun Tronoh mengakui memang terdapat syarat enam bulan itu tetapi ia mendedahkan hipokrasi BN kerana takut untuk membincangkan isu-isu kepentingan rakyat di Perak.

"Undang-undang Tubuh Negeri Perak mahu memastikan bahawa sekurang-kurangnya Dewan Negeri bersidang dalam enam bulan supaya masalah rakyat boleh dibincangkan secara panjang lebar.

"Tetapi, Menteri Besar (Datuk Seri Zambry Abdul Kadir) dan pimpinan BN telah memanipulasi undang-undang itu hanya sekadar memenuhi syarat. Adakah kerajaan BN mengatakan bahawa di negeri Perak tidak ada masalah langsung untuk diketengahkan dalam Dewan yang mulia itu?" katanya.

Beliau menambah, tindakan BN jelas menggambarkan golongan pengecut yang tidak berani menghadapi wakil-wakil dari Pakatan Rakyat yang hendak membawa masalah rakyat ke forum tertinggi itu.

Menurutnya, BN mencari helah untuk melarikan diri daripada tanggungjawab selepas merampas kuasa kerajaan negeri daripada Pakatan secara tidak sah pada 2009.

"Apa guna kita ada pilihan raya dan wakil rakyat jika persidangan Dewan Negeri hanya diadakan untuk setengah hari sahaja? Sekali lagi kerajaan BN telah mencemarkan demokrasi di Perak," ujarnya.

Sementara itu, Menteri Besar Perak yang dipilih oleh rakyat dalam PRU 2008, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin hari ini telah membuat laporan polis di sini terhadap kenyataan Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof, yang memberi amaran kepada wakil-wakil rakyat Pakatan di Perak.

Amaran Zakaria disiarkan dalam akhbar Sinar Harian di bawah tajuk "Jaga adab" di mana Zakaria dipetik sebagai berkata, "saya harap ahli-ahli Dewan menjaga tingkah laku ketika membentangkan suara rakyat. Sekiranya berlaku provokasi, kita akan atasi sebaik mungkin".

Menurut Nizar, kenyataan Zakaria melanggar serta bertentangan dengan Kanun Keseksaan (Akta 574) perkara 124 kerana bersifat melampau dan keterlaluan.

"Sekaligus Zakaria mengenepikan Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak (Perlembagaan Perak), Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Tetap DUN yang mana saya dan semua ADUN telah mengangkat sumpah memelihara dan mendukungnya.

"Sebagai wakil rakyat dan ahli dewan, saya juga tertakluk kepada semua perkara yang terkandung di dalam Peraturan Tetap Dewan bagi mentadbir perjalanan mesyuarat termasuk adab, tatasusila, peraturan persidangan dewan serta tingkah laku kami," katanya.

Beliau yang juga Adun Pasir Panjang berkata kenyataan Zakaria mengesahkan bahawa sejak rampasan kuasa oleh UMNO-BN pada bulan Februari 2009, kesemua persidangan DUN Perak telah dicerobohi oleh polis dengan kehadiran begitu ramai anggota serta kenderaan polis.

Nizar turut mengingatkan bahawa polis telah masuk dan menceroboh DUN Perak pada 7 Mei 2009 sewaktu Sivakumar, selaku Speaker Dewan pada waktu itu, sedang mengendalikan persidangan.

Menurutnya, Sivakumar telah diheret dan diangkat serta digulingkan oleh anggota polis dan beliau telah dikunci selama satu jam di bilik belakang Dewan sementara Adun-Adun Pakatan Rakyat dikasari oleh polis di dalam Dewan.

"Semua ini ditonton oleh media, rakyat, Orang-orang Besar Negeri, pengarah-pengarah kerajaan negeri dan Persekutuan. Siapa yang sebenarnya biadap bila Datuk Zakaria menyuruh kami "Jaga adab"?

"Kenyataan (Zakaria) ini juga menimbulkan keluh-kesah dan berupa ugutan serta pencerobohan terhadap bidang kuasa kami sebagai wakil rakyat," tambahnya.

Beliau menggesa Zakaria supaya menarik balik kenyataanya dan memohon maaf kepada rakyat dalam tempoh bulan Ramadzan ini serta menasihatkan beliau berhenti menjadi perkakas UMNO-BN. – Roketkini.com

Terkini! Blog Papagomo Tipu Dokumen Campur Tangan Pemimpin PR Halang Sita Gereja?

Posted: 15 Aug 2011 11:30 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiZEenmmWgvracB4nsQkVJGkalYl63yWsm7xH-3jElp7U04ASrmlWSC4Ns2XJz2OEw7wHlJnumyWji7rWWv_NosAH8JlptUBDFGlkYQw2cJqJvrbGHmygjI0kr3-Zc1HDPfHkJY2ktYe24/s1600/report+mbpj1.JPG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQAJGxY1ECk-80PwfhBAxrwwg3Bk-mN-0cyCf3RPaq1-Yaxmf3VcFAqLtTNsl_5ep6cLhmz2zif2CwSnb7_BfIS7xqg25XEJmkxiGCTzKoZ4Ju9kni6pGKpBUOlWd2MRV0n8mu3G9zi6k/s1600/report+mbpj2.JPG



-Pembantu Admin-

Papa jahat tau

Dan di bawah ni merupakan penafian dari nama-nama yang kononya mereka terlibat dalam campur tangan hal tersebut. Semoga Allah tunjuk kat kita jalan kebenaran.


Isu gereja: KEADILAN dedah penipuan blogger Umno


PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan penipuan blogger Umno, PapaGomo yang menyiarkan satu surat palsu dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di laman blognya.

Surat palsu itu berkaitan kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas gereja Damansara Utama Methodist Church awla bulan ini.

Surat itu dihitamkan di beberapa bahagian kononnya ditulis oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan MBPJ dan kini tersebar di internet.

Ia kononnya mengandungi bukti campurtangan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mengarahkan pembatalan sita gereja DUMC.

Namun, surat itu sebenarnya tidak pernah dikeluarkan bahagian itu, kata Nik Nazmi.

"Ini satu dakwaan olok-olok oleh blogger Umno yang terdesak untuk mengekalkan kuasa," kata Nik Nazmi dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat KEADILAN tengahari tadi.

Menurutnya, pembohongan paling ketara dalam surat itu adalah apabila ia mendakwa MPJ menerima aduan daripada seorang penduduk Damansara Utama tentang kewujudan gereja DUMC itu yang dianggap haram.

"DUMC terletak di Seksyen 13, PJ, jauh dari Damansara Utama," kata Nik Nazmi.

Beliau seterusnya menyifatkan blogger Umno itu sebagai kurang bijak dalam mereka cipta fitnah sedemikian rupa.

"Blogger Umno dibayar gaji mahal tapi tak buat kerja betul-betul," kata Nik Nazmi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selanjan, Elizabeth Wong yang turut disebut namanya dalam surat itu akan membawa penerbitan surat palsu itu di blog PapaGomo kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Saya bersama Nik Nazmi akan bawa perkara ini kepada SKMM.

"(Ia menunjukkan) betapa terdesaknya Umno untuk membuatkan orang marah terhadap perkara yang tidak wujud," kata Elizabeth Wong.

Difahamkan, MBPJ akan membuat laporan polis berhubung isu itu di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya pada jam 2.30 petang ini.

Mursyidul Am Baru Parti PAS Bidas Nik Aziz

Posted: 15 Aug 2011 11:00 PM PDT

Amalan Islam bakal tergadai

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Satu demi satu amalan agama dan tradisi umat Melayu Islam di negara ini bakal tergadai sekiranya tiada pihak mahu mempertahankannya semata-mata kerana mengejar kepentingan politik pihak tertentu.

Dalam isu terbaru berkenaan larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara yang disokong oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perkara itu jelas membuktikan undi rakyat adalah lebih penting daripada mempertahankan akidah Islam.

Justeru katanya, adalah lebih baik pemimpin Pas menukar slogan perjuangan mereka kepada 'Berjuang Demi Undi' yang memberi maksud 'Aku mesti menang walaupun Islam kalah'.

''Nampaknya hujan sudah naik ke langit. Agaknya Menteri Besar Kelantan dan pemimpin Pas lain tidak lagi berhasrat menggunakan pembesar suara apabila memberi tazkirah atau program qiyamullail di masjid atau surau walaupun jumlah jemaah ramai," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bermesyuarat 7 April lalu memutuskan, membaca al-Quran dengan pembesar suara di masjid dan surau adalah dilarang mengikut hukum syarak.

Dalam pada itu, Presiden Ikatan Muslim Malaysia, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, jabatan agama Islam negeri perlu membuat penelitian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang fatwa.

Katanya, selagi tidak mendapat bantahan besar masyarakat termasuk penduduk bukan Islam, amalan Islam harus diteruskan.

''Kita perlu teliti apakah sebab-sebab yang mendorong larangan itu dibuat, adakah sebab itu merupakan sebab hakiki atau tidak mahu Islam lebih tinggi atau terdapat sebab lain? Ulama tidak boleh mengeluarkan fatwa hanya kerana berdasarkan andaian," katanya.

Gambar: Nurul Seksi Dalam Iklan Salam AidilFitri

Posted: 15 Aug 2011 08:12 PM PDT

http://i965.photobucket.com/albums/ae131/rotikaya/nurul-iklanraya.jpg

nak cari makan boleh, tolong tahu batas dan sensitif dengan agama

jangan jahil!

bulan ramadhan ni

elok ke pakai macam tu berlatar belakang masjid, rumah Allah

Isu Murtad: Pendekatan UMNO Berbanding PAS

Posted: 15 Aug 2011 07:58 PM PDT


Dalam soal menangani persoalan murtad yang hangant diperkatakan dewasa ini, pendekatan UMNO dan PAS jelas berbeza. Bagi UMNO, sekiranya mereka berkuasa, maka yang menimbulkan persoalan ini akan ditahan di bawah ISA. Sekiranya mereka tidak berkuasa, seperti di Selangor ketika ini, mereka akan mengapi-apikan semangat orang Melayu supaya bertegang leher dengan pihak Gereja dan dengan masyarakat Kristian secara keseluruhannya.

Bagi PAS, samada berkuasa atau sebaliknya, masalah murtad perlu ditangani dengan usaha mengukuhkan pemahaman Islam di kalangan ummat Islam itu sendiri. Pendidikan Islam mesti diwajibkan di kalangan ummat Islam dari peringkat sekolah rendah lagi. Sekolah agama rakyat dibantu dan jangan dicekik dan ditindas sepertimana yang dilakukan UMNO. Kuliyyah agama diperbanyakkan dan institusi Masjid dan Surau dihidupkan semula setelah ianya diusaha untuk dimatikan oleh UMNO. Masalah murtad adalah masalah keyakinan yang tergugat oleh kerana kurangnya ilmu. Maka pemantapan ilmu adalah kaedah yang paling penting.

Pada masa yang sama usaha kebajikan di kalangan ummat Islam dan rakyat ditingkatkan supaya tiada yang terdesak atas kesempitan hidup sehingga sanggup menukar agama mereka. Sepertimana maksud Hadith 'Ke fakiran membawa kepada kekufuran'. Maka dihayati konsep Negara BERkebajikan dengan tindakan bersepadu dari kesemua pihak. Untuk memaksimakan manfaat bantuan kepada rakyat, maka rasuah dan pembaziran ditegah sama sekali. Bukan PAS yang membelanjakan RM 65 Juta untuk mengubah suai kediaman mana-mana pemimpin. Duit sebegitu banyak lebih wajar digunakan untuk menyelesaikan masalah kebajikan rakyat. Dan begitu juga dengan RM 12 Billion yang dilenyapkan di PKFZ dan bebagai lagi kebocoran yang berlaku.

Apa yang lebih penting ialah contoh yang dizahirkan dari segi perwatakan pemimpin. Kesederhanaan, ketaatan kepada perintah Allah dan sikap yang adil kepada semua yang menzahirkan kebenaran dan ketinggian Islam. Bukan hanya sekadar retorika tetapi dizahirkan dalam kehidupan politik dan masyarakat secara praktiknya. Sehingga bukan sekadar yang Islam yang telah goyang keyakinannya tertarik kembali, tetapi yang bukan Islam pun akan turut sama hormat dan menghargai.

Pada masa yang sama, sambil itu semua perkara di atas dilaksanakan, dalam suasana percaya mempercayai dan hormat menghormati, maka pihak bukan Islam turut diingatkan akan perjanjian yang termaktub di dalam perlembagaan bahawa usaha memurtad orang Islam ditegah dan dilarang demi menjaga keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama yang terdapat di negara kita.

Maka adalah jelas, kaedah PAS lebih menyeluruh dan bersepadu dan ia bukan sekadar untuk mengambil kesempatan politik semata-mata. Heboh dicanang apabila ingin diambil kesempatan, tetapi pada masa yang lain berusaha merosakkan ummat Islam melalui fahaman sekular dan assobiyyah. Pendekatan PAS adalah pendekatan penyelesaian yang ikhlas dan bukan bertujuan mengambil peluang untuk menyerang lawan.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Hebahan: Facebook Terbaru TG Presiden PAS

Posted: 15 Aug 2011 04:36 PM PDT

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/223644_146911642060629_146911248727335_268364_4822560_n.jpg

Assalamualikum, FB ini dibangunkan semula selepas FB terdahulu mengalami masalah, kini berada di Tanah Suci Mekah Al Mukaromah,menunaikan ibadat Umrah, InsyaAllah akan kembali ke Tanahair pada 19 Ramadhan.


Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

sila sebarkan kepada semua untuk mendapatkan maklumat terkini dan penting terus dari TG Haji Hadi.

Tiada ulasan: