Kerabu Bersuara ® |
- Gambar: Kertas Soalan Yang Ditanya Dalam Gereja. Apa Kejadah Soalan Ini Ditanya?
- Jangan sempitkan Islam dengan politik kaum – Oleh Abdul Manan Abd Razak
- Tanpa rasuah, Pulau Pinang pesat membangun
- Mursyidul Am Parti Gerakan Dibidas Oleh Presiden Parti
- Gambar Bingkisan Syoknya Puasa! Bersama TG Nik Aziz, Mursyid Am PAS
- Pendedahan! Kepala Surat Nazri Aziz Berhubung Isu Penarikan Saman Ke Atas Tajuddin
- Apa Maksud Gelang Oren Yang Dipakai Hishamuddin Dan Anuar Zain?
- Terkini! Gambar Penganjur Majlis Dalam Gereja Dikenal Pasti
- Ketidakadilan Pembahagian Notebook 1Malaysia
- Pertukaran saham MAS-Air Asia semakin cetus reaksi negatif
| Gambar: Kertas Soalan Yang Ditanya Dalam Gereja. Apa Kejadah Soalan Ini Ditanya? Posted: 12 Aug 2011 08:00 AM PDT salam to all cewah macam zul kulim pulak gamaknya. kami mendapat email terbaru dari sumber yang mengatakan ini soalan-soalan yang perlu dijawab oleh hadirin yang beragama Islam semasa dalam gereja. kena siasat dulu, betul ke tak kalau ianya betul, kena gereja perlu menyoalkan benda ini? apa kejadah objektifnya? ingat pemimpin pakatan, kami berjuang akidah islam melebihi dari politik kami sayangkan akidah yang suci ini. kami tidak seperti biawak yang lidahnya bercabang yang dulunya blog sebar video lucah dan sekarang menjadi blog alim mengalahkan ustaz azhar idrus. kami beri peringatan kepada semua perjuangan akidah lebih utama dari politik apabila kedua-duanya datang sekali. puak umno kami tolak awal-awal lagi dalam membincangkan bab ini. faham-faham la perangai umno! -Pembantu Admin- |
| Jangan sempitkan Islam dengan politik kaum – Oleh Abdul Manan Abd Razak Posted: 12 Aug 2011 07:00 AM PDT Kini kita digemparkan lagi dengan isu yang bertujuan memisahkan keakraban erat PAS-DAP-PKR oleh media Barisan Nasional yang sudah kehabisan modal politik. Sekali lagi, isu agama, isu gereja, isu yang sengaja dibangkitkan oleh meresahkan hubungan rakyat pelbagai kaum. Namun realitinya ibarat BN cuma meludah ke langit. Sudah 54 tahun negara merdeka tetapi kemiskinan tegar khususnya di kalangan orang Melayu dan Bumiputera lainnya masih lagi tidak dapat diatasi sepenuhnya. Manakala kaum lain pyla semakin menghala ke arah kemiskinan akibat sistem ekonomi yang bocor dan kotor. Bukankah ini kesilapan BN yang tidak boleh dimaafkan? Mengikut bancian Jabatan Perangkaan, jumlah penduduk di negeri Selangor adalah melebihi 6 juta orang. Bukankah ini begitu membebankan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor untuk menanggung segala hal-hal kebajikan rakyat Selangor? Kemanakah perginya tanggungjawab kerajaan BN selama ini yang memerintah Selangor selama 50 tahun dengan hasil mahsul dan kutipan cukai negeri terkaya di negara ini? Rakyat menjalani kehidupan melarat dari hari ke hari ditambah dengan kenaikan kos hidup yang keterlaluan. Kerajaan negeri Pakatan telah berjaya mengurangkan bebanan rakyat dengan memberi air percuma dan pelbagai insentif ke arah merakyatkan ekonomi Selangor. Namun tempoh tiga tahun setengah masih lagi awal untuk mencapai matlamat yang dituju sepenuhnya. Rakyat yang masih miskin mewarisi penderitaan mereka dari corak pemerintahan BN dahulu. Untuk menutup kelemahan mereka, BN nampaknya cuba menangguk di air keruh dengan memainkan isu antara agama, dengan angkara jahat mahu melibatkan kerajaan Pakatan Selangor dengan isu peluk agama lain. Isunya ialah sumbangan bantuan kepada orang miskin, termasuk Melayu Islam yang miskin yang tidak mendapat pembelaan UMNO dan BN. Kini, disentuh perkara sensitif agama dengan kebajikan ikhlas pihak gereja yang bermurah hati memberi sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan tanpa mengira agama. Bukankah ini perlu dicontohi oleh setiap pemimpin negara ini tanpa mengira kaum? Ia adalah bantuan ikhlas. Orang Islam yang menerima bantuan itu tidak menukar agama atau telah memeluk agama Kristian. Mengapa ada pihak tergamak memutarbelitkan isu itu? Islam tidak pernah melarang kita menerima apa-apa pemberian daripada kaum lain, sebagaimana ia tidak melarang orang Islam memberi sumbangan kepada orang yang memerlukan tanpa mengira agama dan kaum. Islam mengajar kita kebaikan. Oleh itu media BN sepatutnya tidak cuba merosakkan keharmonian ini dengan tujuan politik jahat. Anggaplah aktiviti memberi sumbangan ini sebagai peluang merapatkan hubungan kaum. Jika kerajaan BN tidak mahu memberi bantuan kepada orang Islam yang miskin, mengapa mahu disalahkan jika warga Malaysia dari kaum dan agama lain yang mahu menolong umat Islam yang masih hidup dalam kemiskinan? Malah lebih baik lagi, jadikan intitusi masjid sebagai pusat menghulurkan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan tanpa mengira kaum dan agama. Ini bukan sahaja menepati fungsi masjid, malah menaikkan imej Islam di kalangan orang bukan Islam. Jangan sempitkan Islam yang syumul dengan politik kepartian kaum BN yang sememangnya sempit dan jumud. – Roketkini.com |
| Tanpa rasuah, Pulau Pinang pesat membangun Posted: 12 Aug 2011 06:36 AM PDT Komentar Roketkini 12 OGOS – Rencana majalah antarabangsa The Economist yang terbaru mengenai Pulau Pinang dimulakan dengan ayat yang begitu teruja sekali – "jika anda akan mengalami serangan sakit jantung, biarlah ia berlaku di Pulau Pinang"! Maksudnya jelas dan mudah. The Economist mahu berkongsi pengalaman dengan warga global mengenai Pulau Pinang di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat yang menyediakan perkhidmatan perubatan yang dianggap terbaik di negara ini. Permintaan terhadap perkhidmatan pembedahan jantung di negeri itu telah meningkat dua kali ganda. Sebab-sebab kejayaan gemilang itu juga jelas dan mudah. Perkhidmatan perubatan swasta di Pulau Pinang adalah murah dan semua hospital mempunyai kelengkapan yang setaraf dengan pusat-pusat perubatan di Barat. Apa yang mahu disampaikan oleh The Economist adalah kepimpinan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang menerajui kerajaan Pakatan telah berjaya memulihkan semangat negeri yang telah merosot sejak lebih sedekad lalu. Naik turun pembangunan negeri Kejayaan asal Pulau Pinang pasca-Merdeka bermula apabila negeri itu berstatus pelabuhan bebas cukai atau zon perdagangan bebas yang telah berjaya menarik kemasukan pelabur-pelabur global yang besar seperti Intel dan Bosch dalam tahun-tahun 1970-an. Kerajaan Pusat kemudian menarik balik status bebas cukai dan Pulau Mutiara terpaksa bergantung kepada zon kilang-kilang yang kebanyakannya menawarkan peluang pekerjaan kepada pekerja tidak mahir. Pentadbiran Barisan Nasional melalui teraju Gerakan tetapi dikawal oleh UMNO gagal membangunkan Pulau Pinang secara berkesan. Walau pun kemajuan fizikal masih hebat speanjang 1980-an hingga akhir 1990-an, ia mengakibatkan keciciran di kalangan golongan miskin bandar dan penduduk luar bandar. Menjelang alaf baru, Pulau Pinang seperti tak larat membangun. Warga negeri gelisah dengan keadaan itu, dan ditambah pula dengan kemelut politik BN yang turut diburukkan dengan kepimpinan cakap tak serupa bikin Tun Abdullah Ahmad Badawi (yang juga anak negeri Pulau Pinang), penduduk Pulau Pinang mula mencari alternatif lain. Tsunami politik 2008 mengakhiri pemerintahan BN. Guan Eng dan barisan kepimpinan Pakatan membuktikan tidak ada apa-apa masalah di Pulau Pinang yang boleh dijadikan alasan mengapa negeri itu tidak boleh dibangunkan semula. Seimbang membangun Dalam masa tiga tahun sahaja, pembangunan fizikal Pulau Pinang jelas terpampang. Untuk memastikan ada keseimbangan, kepesatan pembangunan ekonomi diselaraskan dengan sumbangan dan bantuan kerajaan negeri Pakatan untuk golongan yang dipinggirkan sebelum ini. Selama lebih 50 tahun BN memerintah, ekonomi dan kebajikan orang Melayu sering diabaikan walau pun UMNO negeri lantang menjerit tentang masalah orang Melayu Pulau Pinang. Selepas 2008, Pakatan Rakyat tidak perlu menjerit atau melalak. Dasar baru serta program bermanfaat dilaksanakan serta-merta. Semua kaum dari semua agama mendapat hak yang layak diperolehi. Malah, kerajaan Pakatan telah membuktikan bahawa peniaga dan kontraktor Melayu mampu bersaing dengan kaum-kaum lain melalui amalan tender terbuka di bawah tata cara cekap, akauntabel dan telus (CAT). Usahawan Melayu dan Bumiputera termasuk kaum India Muslim tidak lagi memerlukan kabel politik UMNO untuk memohon projek. Yang perlu ada hanya kelayakan, kepakaran dan kemahiran. Dan terbukti sudah ramai antara mereka penuh berkelayakan. Pentadbiran Pakatan Pulau Pinang mendapat pujian Transparency International serta Ketua Audit Negara. Selari dengan pujian itu, datang pula pelaburan-pelaburan baru yang selama ini memencilkan diri dari Pulau Pinang sebelum 2008. Rencana The Economist menonjolkan satu aspek yang penting apabila menyebut tentang pelaburan Altera, syarikat pereka bentuk chip computer dari Amerika Syarikat yang mempunyai 1,100 pekerja di Pulau Pinang; iaitu daripada jumlah pekerja itu, 800 adalah jurutera, dan kesemuanya warga Malaysia. Ini bererti pelaburan dan industri di Pulau Pinang telah mencapai tahap pekerjaan mahir dan berteknologi tinggi. Pergantungan kepada buruh tidak mahir semakin berkurangan, dan ia membuktikan anak-anak Malaysia yang semakin berpendidikan tinggi layak menjawat status berkemahiran tinggi. Kerajan Pusat perlu contohi dasar Pulau Pinang Menurut rencana majalah antarabangsa yang berpusat di London itu, Guan Eng menjadi pemimpin pertama di Malaysia yang memperkenalkan tender terbuka yang bertujuan mereformasikan sistem BN yang telah melahirkan kronisme dan korupsi. Malah, The Economist meramalkan bahawa jika sistem terbuka yang memberi saingan sihat di kalangan usahawan diamalkan di peringkat nasional, dasar-dasar itu dapat memberi transformasi kepada cara Kerajaan Pusat mengendalikan urusan. Rencana itu turut memetik Guan Eng sebagai berkata, lebihan atau savings daripada sistem politik kabel BN yang telah dimansuhkannya itu membolehkan kerajaan negeri Pulau Pinang membelanjakannya untuk program-program sosial bagi membantu warga emas dan golongan miskin. Menurut tulisan dalam rencana itu, dasar-dasar Guan Eng bukan sahaja popular, malah usahanya menghapuskan korupsi menggembirakan pelabur asing. Tidak mengejutkan bahawa Pulau Pinang bukan sahaja telah menjadi petunjuk politik, malah ia juga adalah usaha pembangunan ekonomi yang patut dipelajari oleh semua pihak. Tidak tahu pula sama ada kerajaan BN bersedia untuk menimbang dengan baik nasihat The Economist atau kekal dengan tabiat buruk untuk tapis atau censor kandungan majalah itu tentang kejayaan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. – Roketkini.com |
| Mursyidul Am Parti Gerakan Dibidas Oleh Presiden Parti Posted: 12 Aug 2011 06:00 AM PDT berani lu bro? siapa cakap wa lembik? wa bagi amran samu lu! Tsu Koon: 'Saya tahu dalang serang saya' KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini membidas tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan kewibawaannya memimpin parti itu dan keupayaannya merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang. Sebaliknya kata Dr Koh, 'serangan' terhadap kepimpinan beliau itu didalangi pihak tertentu yang cuba mensabotaj Gerakan dan juga Barisan Nasional (BN) dalam usaha parti menawan semula Pulau Pinang daripada pakatan pembangkang. "Kita tahu siapa jadi dalang kerana siapa makan cabai dia akan terasa pedasnya. Saya tidak akan cakap apa-apa, biar tok dalang muncul sendiri jika dia mahu... apa yang penting kita tahu siapa di sebalik semua ini," katanya dipetik Bernama Online. Beliau mengadakan sidang media bagi menjawab dakwaan beberapa individu termasuk bekas pemimpin Gerakan sendiri yang dilapor berkata parti itu perlu menyingkirkan pemimpin lapuk termasuk presidennya jika benar-benar mahu menawan kembali Pulau Pinang. Mengulas lanjut, Dr Koh berkata dakwaan individu berkenaan tidak munasabah memandangkan sepanjang 18 tahun beliau meneraju Pulau Pinang sebagai ketua menteri, pembangunan dan kemajuan negeri itu meningkat daripada semua segi. Misalnya kata beliau, pelaburan dalam bidang pembuatan meningkat sebanyak RM40 bilion bagi tempoh 2000 hingga 2008 berbanding RM20 bilion bagi tempoh 1990 hingga 1999. Dr Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menegaskan tidak akan berdiam diri jika terus 'diserang'. "...kita senyap kerana menumpukan perhatian pada usaha memulihkan ekonomi dan membantu masyarakat harmoni serta memperbaiki sistem politik dalam sistem pilihan raya umum, sekiranya ada serangan lagi kami akan serang balik, tidak akan berdiam diri," katanya. Sejak kebelakangan ini, Dr Koh menjadi sasaran beberapa pihak termasuk bekas naib presiden Gerakan Huan Cheng Guan, Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang Tan Sri Tan Kok Ping, serta Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang berpandangan Gerakan perlu merombak semula kepimpinan parti jika mahu memastikan Pulau Pinang kembali ke tangan BN pada pilihan raya umum akan datang. Masing-masing juga berpandangan pemimpin Gerakan sedia ada sudah tidak relevan selain tidak melakukan apa-apa perubahan sepanjang meneraju parti itu. lu tengok gambar ni, lu sudah tahu siapa yang wa maksudkan nasihat kami buat tsu koon senang je, menatang ni kalau nak hapuskan biasa orang kat kampung bagi racun je. terus senyap, binatang ternakan pun selamat! Pssttt: kami budak kampung! |
| Gambar Bingkisan Syoknya Puasa! Bersama TG Nik Aziz, Mursyid Am PAS Posted: 12 Aug 2011 04:30 AM PDT ~OneHeart Creative Solution~ | Your needs is our Priority | We provide the following services: 1) PA systems for any event. 2) Event Manager 3) Designer 4) Printing For more details contact us at: > 017 240 5479 < oneheartcs@gmail.com |
| Pendedahan! Kepala Surat Nazri Aziz Berhubung Isu Penarikan Saman Ke Atas Tajuddin Posted: 12 Aug 2011 01:00 AM PDT sumber surat kami mendapat salinan ini melalui email dari pembaca diluar sana. nampaknya wang rakyat yang begitu banyak senang-senang saja dihapuskan dan diselesaikan dengan begitu mudah. masihkah kita mengharapkan umno dan bn untuk mentadbir wang rakyat? berapa banyak lagi wang negara akan lesap? adakah kes penarikan ini berkaitan dengan tekanan mahathir kepada kabinet najib? jawab la pengkhianat wang rakyat! kami mahu balik wang itu! kemungkinan umno dan bn dah tahu mereka akan kalah pada pru 13 nanti? sebab itu kes ini diselesaikan dalam keadaan tergesa-gesa? oh banyak persoalan timbul di mata rakyat malaysia yang cintakan negara tolak umno dan bn, harta dan khazanah rakyat akan terpelihara Pssstt: mana pejuang bangsa dan agama? kecut telor ke? |
| Apa Maksud Gelang Oren Yang Dipakai Hishamuddin Dan Anuar Zain? Posted: 11 Aug 2011 10:45 PM PDT hishamuddin gelak tak ingat dunia anuar zain kami sekadar bertanya dan mempersoalkan apa motif persamaan gelang mereka. kami tidak tahu mungkin mereka ada kenal-kenal atau pun sekadar tidak sengaja style mereka pakai gelang. kami tahu yang kami tak berapa arif dengan perkembangan fesyen lelaki macam ni dan kami rasa tak peru tahu. tepuk dada tanya iman :) -pembantu admin- Pssstt: kami budak kampung ada orang cilok ayat-ayat di atas tanpa bagi kredit? aiya. |
| Terkini! Gambar Penganjur Majlis Dalam Gereja Dikenal Pasti Posted: 11 Aug 2011 06:26 PM PDT ![]() Sophia @ Nadea Mohd Salleh Pemeriksaan ke atas premis tersebut dibuat berikutan laporan menyatakan disyaki terdapat usaha memurtadkan orang Islam di premis tersebut di mana program tersebut dianjurkan oleh Nadeane @ Sophia BT Mohd Salleh dengan No. Kad Pengenalan 790317-01-609. SiasahKini |
| Ketidakadilan Pembahagian Notebook 1Malaysia Posted: 11 Aug 2011 06:15 PM PDT Salam sejahtera; Saya bagi pihak penjaga salah seorang pelajar dari Sekolah Dato' Undang Haji Adnan, 71350 Kota, Negeri Sembilan ingin mengadu tentang ketidakadilan pihak sekolah dalam membahagikan notebook 1Malaysia kepada pelajarnya. Untuk makluman pihak tuan, guru-guru telah memilih senarai pelajar yang layak menerima notebook secara rawak. Pihak sekolah tidak mengkaji latar belakang pelajar dengan lebih teperinci. Saya berkata demikian adalah kerana ada pelajar yang berasal dari keluarga yang berkemampuan menerima telah bantuan tersebut. Penjaga kepada pelajar tersebut merupakan seorang guru manakala ibunya masih bekerja. Selain itu, ada juga pelajar yang mempunyai penjaga yang berpendapatan melebihi kelayakan yang sepatutnya telah mendapat bantuan ini. Saya bagi pihak yang prihatin ingin memaklumkan bahawa lebih ramai lagi pelajar di sekolah ini yang layak menerima bantuan notebook antaranya keluarga pelajar yang menerima bantuan PPRT tetapi malangnya mereka tdak diberi perhatian olah pihak sekolah. Jadi, dimanakah hilangnya keprihatinan guru-guru terhadap anak murid yang susah tetapi mempunyai masa hadapan yang cerah jika pada waktu ini mereka diabaikan? Diharap dengan aduan ini,pihak yang bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera kerana kita semua maklum bahawa sumbangan notebook 1Malaysia ini adalah berterusan dan tidak mahu perkara yang sama berulang lagi. Sekian.. By: ahmad diah |
| Pertukaran saham MAS-Air Asia semakin cetus reaksi negatif Posted: 11 Aug 2011 05:20 PM PDT Siasah Daily Pertukaran saham syarikat penerbangan negara dengan Air Asia mula mencetuskan pelbagai reaksi negatif yang meletakkan pentadbiran Najib dalam posisi defensif. Isu pemilikan kerajaan dan Bumiputera menjadi satu isu yang mendapat perhatian sesetengah pihak, selain kemampuan sebenar Air Asia dari segi modal. Urus niaga itu juga kelihatan dilakukan secara rahsia dan hanya diberi publisiti setelah persetujuan dicapai, tindakan yang dilihat sebagai bertujuan mengelak daripada debat dan maklum balas terhadap kewajaran urusniaga itu. Penglibatan individu tertentu, termasuk yang didakwa berpengaruh semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri juga menjadi persoalan besar. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia,DPMM, melahirkan kebimbangan amalan itu menjadi trend sehingga pemilikan kerajaan bagi pihak orang ramai akan terhakis dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, atau GLC. DPMM turut menyarakan langkah yang lebih wajar ialah perubahan dalam pengurusan Penerbangan Malaysia dan bukan pertukana saham untuk menyelamatkan syarikat yang semakin rugi itu. Walaupun isu pemilikan Bumiputera menjadi perhatian utama beberapa pihak, soal asas lain seperti monopoli dalam industri penerbangan awam juga ditimbulkan. Pemuda PAS turut mempersoalkan langkah pertukaran saham, sambil menimbulkan kebimbangan monopoli dan terhakisnya pemilikan kerajaan dalam syarikat berkaitan kerajaan. "MAS sepatutnya mengkaji dan memperbaiki prestasi akibat kerugian yang dihadapinya sebanyak RM 243.3 juta pada suku pertama tahun ini berbanding keuntungan sebanyak RM 310.60 juta untuk tahun 2010," menurut Pemuda PAS. "Dengan penjualan saham MAS kepada Air Asia akan mewujudkan monopoli dalam sistem penerbangan negara di samping merugikan rakyat. "Sifat persaingan antara syarikat penerbangan ini mungkin tidak akan wujud lagi kerana masing-masing perlu menjaga kepentingan sesama mereka. "Selain itu, apa yang sangat dibimbangkan daripada wujudnya monopoli dalam penerbangan ini adalah akan menyebabkan harga tiket melambung tinggi mengikut selera pemilik syarikat berkenaan." Beberapa blog mula mempertikaikan urus niaga itu yang didakwa sangat berat sebelah menyebelahi Air Asia dan merugikan bagi syarikat berkaitan kerajaan itu. Wartawan A Kadir Jasin dalam tulisan di blognya dengan sinis menimbulkan soal kedudukan Bumiputera dalam GLC. "Yang menarik ialah majoriti eksekutif kanan Tune Air/Air Asia adalah Melayu. Jelas syarikat-syarikat milik usahawan India Malaysia yang disenaraikan di Bursa Malaysia cenderung memberi jawatan bermakna kepada eksekutif Melayu yang berkemampuan, tidak seperti syarikat milik kaum-kaum bukan Bumiputera lain yang ambil Melayu jadi pengarah hiasan, kerani, pemandu, penghantar surat, pengawal keselamatan dan pengawal peribadi. GRO Melayu pun ramai mereka ambil," tuls Kadir. "Salah seorang ahli lembaga pengarah baru MAS adalah ketua pegawai eksekutif Astro Malaysia Holdings, Rohana Rozhan. Astro adalah sebahagian daripada empayar korporat Ananda Krishnan. "Kalau ikut Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Khazanah akan jual banyak lagi saham GLC. Khazanah akan kurangkan pegangan saham dalam lebih 30 GLC atau menjualnya terus. Harap-harap janganlah hanyut pengurus dan eksekutif Bumiputera dalam GLC." |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan