DIALOG RAKYAT |
- Umno sasar PAS untuk lindungi kejahatannya
- Bekas komando TUDM pula dedah penipuan undi pos
- Rosmah - Demi Parti & Kerajaan, tindakan Mahkamah terhadap Pemfitnah.
- Bersih 2.0: Buat kenyataan politik bukan tugas orang No 2 SPR
- SPR: Jangan besarkan isu, tiada dunia daftar pemilihnya sempurna
- Hikmah Dari Kejadian Di Gereja
- Apa Pakatan Rakyat boleh buat untuk kita?
- Jangan sempitkan Islam dengan politik kaum
- BN tak tahu beza rusuhan ganas dengan perhimpunan aman
- Lagi PR dikesan dalam daftar pemilih SPR
- Naluri saya kuat, arwah Shamil dianiaya sebelum dibunuh- Ibu
- Warganegara baru diseru tampil, elak kerakyatan ditarik
- Najib, Rosmah muncul di mahkamah secara sembunyi, tapi enggan jadi saksi
- Umno Kedah harap daftar semua pemilih pada Sept
- 'Siapa dia yang tahu saya kalah, boleh jalanlah'
- Juadah babi: PERKASA hantar memo pada akhbar
- PAS dakwa pengundi 'klon' adalah ahli Umno
- Isu gereja: Ezam ugut 'bakar' Malaysiakini
- BERSIH: 'SPR lebih beria-ia pertahan parti pemerintah'
- Nazri Aziz: Guna akta sama hingga penjara Anwar 1999
- Semua negeri Pakatan bayar bonus
- Pencarian bantuan berakhir di pejabat Adun PAS
- Rusuhan: Hishammuddin buta hati, pekak telinga
- 'Utusan cuba lagakan saya'
- SPR lantik pegawai Wisma Putra penolong pendaftar pemilih
| Umno sasar PAS untuk lindungi kejahatannya Posted: 12 Aug 2011 03:23 PM PDT
| ||
| Bekas komando TUDM pula dedah penipuan undi pos Posted: 12 Aug 2011 03:19 PM PDT
| ||
| Rosmah - Demi Parti & Kerajaan, tindakan Mahkamah terhadap Pemfitnah. Posted: 12 Aug 2011 03:05 PM PDT Penulis : Sanggah Tok Janggut.
SEBENARNYA tidak ada sebab untuk memilih menulis tentang Rosmah Mansor kerana beliau bukanlah sesiapa,beliau bukan wakil rakyat yang dipilih melalui pilihanraya ataupun Menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri untuk bertanggungjawab terhadap mana-mana kementerian tetapi beliau hanyalah secara kebetulan isteri seorang Perdana Menteri yang sedang hebat diperkatakan oleh kawan dan lawan ketika ini.
| ||
| Bersih 2.0: Buat kenyataan politik bukan tugas orang No 2 SPR Posted: 12 Aug 2011 03:03 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR— Bersih 2.0 melahirkan pendirian "sangat kecewa" dengan cara Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar yang terus mengambil pendekatan perselisihan melampau dan hilang upaya ke arah mereformasikan pilihan raya. Oleh itu tegas Bersih 2.0, membuat kritikan politik merupakan tugas seorang timbalan pengerusi sebuah parti politik bukannya tugas yang sepatutnya sebagai seorang timbalan pengerusi SPR. "Kami telah menyatakan berulang kali bahawa matlamat Bersih 2.0 adalah untuk mencapai satu sistem pilihan raya yang bersih dan adil untuk semua rakyat Malaysia, bukannya bertujuan memburukkan mana-mana institusi atau mempromosikan apa jua agenda politik," kata Bersih 2.0 dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
"Sebaliknya SPR ternyata lebih beria-ia mempertahankan parti pemerintah daripada para pesaingnya," kata Bersih 2.0 sambil menambah, ia hanya berminat untuk melihat hasil daripada pilihan raya yang bersih. Merujuk kepada tulisan timbalan pengerusi SPR baru-baru ini, kata Bersih 2.0, jika Barisan Nasional atau mana-mana parti memenangi melalui pilihan raya yang bersih dan adil, maka matlamat "kami telah pun tercapai." "Kami berpendapat bahawa SPR dan Datuk Wira Wan Ahmad (gambar) mesti menumpukan perhatian mereka dengan melibatkan diri bersama-sama masyarakat madani bagi memperbaiki institusi-institusi awam dan bukannya terlibat dalam perang mulut dengan parti-parti politik. "Ulasan terkini yang dibuatnya mengancam kewibawaan awam berkenaan sifat 'non-partisan' SPR yang diperlukan untuk mengekalkan keyakinan orang ramai," tambah Bersih 2.0. Bersih 2.0 juga berkata. pihaknya berharap SPR menumpukan tenaganya untuk menyelesaikan masalah besar yang dihadapi daftar pemilih dalam penemuan baru-baru ini seperti "skandal Mismah" yang telah mendedahkan perkembangan yang membimbangkan mengenai pemberian hak mengundi kepada seseorang yang diragukan kewarganegaraannya. "Masalah-masalah daftar pemilih lain termasuk kejadian pengundi bernama "Kampung Baru", penyelewengan yang serius berkenaan pengundi berganda serta alamat penuh sesak dan sebagainya. "SPR sepatutnya memberi perhatian untuk membetulkan masalah ini dengan segera dan bukannya mempertahankan serta menjadikan perkara-perkara ini sebagai isu politik yang menjejaskan kewibawaan semua pihak," kata gabungan itu yang mengetuai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. Mengenai isu pengesahan biometrik, Bersih 2.0 berkata, pihaknya menganggap ia sebagai serius memandangkan laporan terkini bahawa pihak polis sedang menyiasat penyelewengan sistem biometrik yang digunakan untuk mendokumen para pekerja asing. "Lebih tepat lagi, ia merupakan kelemahan dan kesalahan yang akan membolehkan penipuan pilihan raya secara besar-besaran sekiraya hanya sistem biometrik sahaja yang digunakan untuk mencegah pengundi hantu. "Kami masih belum mendengar hujah-hujah meyakinkan tentang kenapa kaedah dakwat kekal yang lebih murah, mudah dan lebih berkesan tidak patut dipakai," katanya yang merujuk kepada salah satu daripada lapan tuntutan Bersih 2.0. Ia menambah kenyataan Wan Ahmad bahawa semua parti politik mempunyai akses yang sama rata kepada media dikeluarkan tanpa sebarang penelitian rapi. "Perbandingan penerbitan parti yang sangat terhad edarannya dengan akhbar-akhbar nasional dan khidmat penyiaran kebangsaan yang dikawal parti pemerintah adalah amat mengelirukan. "Kenyataan bahawa parti-parti pembangkang memiliki media baru juga tersasar daripada pokok permasalahannya. Malaysia yang kami hasratkan adalah di mana kesemua parti politik daripada kedua-dua belah pihak memiliki hak yang sama terhadap kesemua jenis media, tanpa ada pengecualian," katanya lagi, yang turut berkata, "bukan semata-mata hanya satu-satu parti politik saja yang berhak terhadap satu-satu jenis media." | ||
| SPR: Jangan besarkan isu, tiada dunia daftar pemilihnya sempurna Posted: 12 Aug 2011 02:55 PM PDT
Sebaliknya Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) berkata, ia hanya kesilapan teknikal yang berlaku semasa proses pendataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Bagaimanapun jelas beliau, pihaknya difahamkan Pakatan Rakyat telah menyemak semakan daftar pemilih melalui laman web JPN dan bukan Sistem Pengkongsian Maklumat Antara Agensi (Alis) yang datanya lebih lengkap dan tepat. Justeru jelas, Abdul Aziz, pihaknya telah melakukan semakan dengan Alis dan mendapati pemastautin tetap yang didakwa Pakatan Rakyat adalah warganegara yang sah serta layak untuk mengundi. "Dalam daftar pemilih kita ada lebih kurang 12.3 juta pengundi dan sudah tentu akan berlaku kesilapan sana dan sini, seluruh dunia pun ada masalah yang sama ... tiada dunia yang daftar pemilihnya sempurna. "SPR bersihkan daftar pemilih hari-hari, ada yang meninggal dunia, ada yang lucut warganegara, ada yang nama bertindan dan sebagainya ... kita lakukan semakan hari-hari dan kalau ada keraguan kita akan semak dengan JPN," katanya pada sidang media di sini. Tambah Abdul Aziz, pihaknya tidak sama sekali membenarkan pemastautin tetap didaftarkan sebagai pengundi. "Dakwaan mengatakan kita daftarkan pemastautin tetap sebagai pengundi adalah tidak benar sama sekali, SPR tidak akan benarkan pemastautin tetap sebagai pengundi jika mereka bukan warganegara. "Kalau pemastautin tetap kita akan tolak tapi kadang-kadang berlaku kesilapan ... ada yang terlepas satu dua nama," katanya. Isu daftar menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan kepimpinan Pakatan Rakyat. Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh JPN dan SPR. Pakatan Rakyat turut meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan perkara itu. Justeru tegas Abdul Aziz, SPR tidak pernah merancang untuk membenarkan kesilapan itu termasuk isu pemastautin tetap atau pengundi bertindan. "Proses (bersihkan daftar pemilih) mengambil masa yang lama kerana kita mahu pastikan orang yang kita nak potong adalah orang yang betul, kita tidak mahu salah potong orang lain (dalam daftar pemilih). "Janganlah perbesarkan kesilapan ini, semua yang berlaku ini tidak dirancang oleh SPR, SPR bukan sengaja mahu benarkan mereka mengundi dua kali, kadang-kadang akan berlaku kesilapan semasa pendataan (oleh JPN), silap letak dan kami akan semak, kalau tak betul kami akan buang," katanya menjawab segala persoalan yang timbul mengenai isu daftar pemilih. Tambah beliau, pihaknya juga memutuskan untuk memotong senarai nama pengundi yang berumur 90 tahun ke atas sekiranya mereka "tidak aktif" — yang dianggarkan seramai 12,000 orang. "Kita putuskan hari ini pengundi yang berumur 90 tahun ke atas kita akan potong, JPN akan beritahu sama ada pengundi itu aktif atau tidak. "Tapi kalau masa mengundi mereka ada datang kita akan betulkan semula, tidak aktif ini boleh berlaku macam-macam cara ... kita akan berhubung dengan JPN," katanya menambah satu pertemuan dengan Kementerian Dalam Negeri akan diadakan minggu depan bagi menaiktaraf sistem Alis. | ||
| Hikmah Dari Kejadian Di Gereja Posted: 12 Aug 2011 05:52 AM PDT MSO SEMENTARA menanti azan solat Subuh saya meracau membuka beberapa blog secara rawak. Buka punya buka terjumpa dengan satu blog yang memaparkan kronologi serbuan Jais ke atas gereja Methodist Damansara Utama beberapa hari lalu. Ada sesuatu yang diperolehi dari blog berkenaan dan ia menjawab persoalan yang tersembunyi beberapa waktu ini. Dari blog itu saya menemui 12 nama orang Islam yang dikatakan turut berada di dalam majlis makan malam harmoni yang diadakan di gereja tersebut. Saya sudah menegaskan di dalam catatan sebelum ini walaupun ada sesetengah orang seakan tidak percaya dan tidak mahu kepada serbuan itu, bahawa Jais tentu ada alasan kukuh mengapa mereka menyerbu dan membuat siasatan majlis tersebut. Hati saya tercekik tatkala membaca satu persatu nama-nama indah yang tertera pada blog berkenaan. Sedih dan hiba. Hati saya tidak menuduh apa-apa yang buruk kepada mereka, tetapi hati saya tetap bertanya-tanya kenapa mereka harus berada di majlis berkenaan yang diadakan di rumah ibadat bukan agama mereka pada saat dan waktu itu. Setiap nama Melayu sepatutnya mereka Islam. Begitulah yang kita fahami mengikut tafsir perlembagaan negara ini. Secara automatik kalau disebut Melayu ianya beragama Islam. Apakah sinonimus itu sudah pun lenyap dan musnah kini. Nama-nama indah dan cantik itu saya turunkan di sini untuk menjadi renungan kita semua. 1. Nadene Binti Che Mohd Sallah. 2. Muhammad Khairul Bin Abdullah. 3. Ina Reima Fitriza Binti Mahadzir. 4. Ade Andrian Putra Bin Mahadzir. 5. Nea Reima Mareana Binti Mahadzir. Memerhati kepada nama-nama itu ianya jelas nama Melayu asli berbau Arab .Dari nama dan bapak mereka seperti mereka adik beradik. Ada tiga yang berbinti Mahadzir dan dua yang berbintikan Abd Razak. Mungkin mereka adalah adik beradik. Disebabkan majlis itu adalah majlis menerima bantuan kemungkinan mereka terdiri dari insan yang kurang bernasib baik atau pun kehilangan ibu bapa yang dipilih untuk menerima bantuan kemanusiaan. 6. Rasyidah Binti Abd Razak. 7. Nur Umrah Binti Abd Razak. 8. Mohd Haslan Bin Bob Hasnan. 9. Faridah Binti Abdul Rahman. 10. Nur Al Ashikin Binti Shaikh Dawood. 11. Faridah Binti Abdul Latep. 12. Sahrunida Binti Assad. Pertanyaan yang merungkai kepala saya kini sudah terjawab dengan menemui nama-nama itu. Dengan adanya bukti ini, maka tidak syak lagi apa sebenarnya yang berlaku dalam majlis berkenaan. Kini menjadi tanggungjawab semua umat Islam untuk mengambil tugas dan bahagian masing-masing. Kalaulah 12 nama-nama itu terdiri dari mereka yang memerlukan bantuan, nah... pihak berwajib perlu mengambil tanggungjawab. Dalam hal ini yang paling penting ialah Baitulmal yang mempunyai wang berbillion ringgit. Bantulah mereka. Atau individu dan pemuka yang kuat Islam tolonglah mereka. Kalau tertakdir mereka sudah terpesong akidah seperti mana dicurigakan, maka menjadi tanggungjawab Majlis Agama Islam dan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) untuk menangani mereka. Harap-harap keislaman mereka masih utuh. Institusi Islam dan badan-badan berkaitan termasuknya juga NGO yang kuat Islam mereka jangan saja tahu mengkritik dan menunding jari, sebaliknya mereka juga harus bertanggungjawab. Pikullah masalah ini bersama. Menjadi kewajiban tiap daripada kita untuk menjaga akidah umat Islam. Saya sendiri ada sedikit pengalaman dan sejarah dalam soal-soal seperti ini. Sekitar tahun 1980-an ada seorang gadis Cina memeluk Islam atas kesedaran dirinya sendiri hasil dari berkawan dengan budak-budak Melayu dan mengikuti pelajaran agama di sekolah. Ibu bapa mereka marah dan cuba mengembalikan anaknya itu ke agama asalnya. Atas kemahuan gadis berkenaan dia minta dilindungkan. Melaksanakan permintaan itu adalah hak umat Islam. Kerja-kerja melindungi dan menjaga gadis inilah yang cukup mencabar dan memerlukan 'kebugisan'. Tindakan itu diambil adalah untuk menyelamatkan akidah gadis Cina berkenaan. Jadi sekarang ini setelah dikenal pasti orang-orang Islam yang berada di dalam gereja itu bukan masanya untuk kita menunding jari kepada sesiapa. Saling menyalah dan menyelar antara kita. Sapulah kekeliruan awal dan kita kembali kepada realiti. Tidak ada pihak yang terlepas dalam hal ini melainkan setiap individu Islam dan Melayu. Manakala atas dasar manusia, semua mereka yang ada perasaan kemanusiaan berhak membantu manusia lain yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh diberi tetapi bukannya diminta bayaran dengan menukar agama. Bermula dengan kejadian ini umat Islam yang merasai kecewa dan kesal atas apa yang berlaku jangan merintih menghiba. Marilah kita sepakat mempertahan dan menjaga amanah ini. Marilah kita bersatu mencari tali ikhtiar demi memelihara bangsa dan agama kita. Ada himat yang tersembunyi di sebalik kejadian di gereja itu. Kalau kita tahu membaca makna dan maksud kejadian itu kita akan mendapat iktibar daripadanya. Soal politik yang tidak ada kesudahan dan bukan jihad mutlak itu kita simpan di belakang dahulu. Maruah agama dan bangsa lebih hebat dan besar daripada maruah pertubuhan kita yang kita cipta sendiri. Agama adalah ad-den diturunkan Allah adalah agung dari segala gerakan dan siasah. Mulai sekarang kita bertawaduk dan bertafakur membela sesama kita didalam senyap yang penuh berhikmat. | ||
| Apa Pakatan Rakyat boleh buat untuk kita? Posted: 12 Aug 2011 05:51 AM PDT Oleh Muhammad Zir Jika sebelum pilihan raya umum 2008, UMNO dan Barisan Nasional sering mendabik dada, kononnya parti-parti lain tidak tahu cara mentadbir negara dan negeri. Pembohongan yang diulang-ulang selama lebih 50 tahun ini ramai juga menelannya. Setelah PRU 2008, terbukti lima negeri (termasuk Perak yang dirampas secara haram oleh BN setahun kemudian) bukan sahaja mampu mentadbir dengan baik, malah dapat mengurus negeri dengan lebih telus, cekap dan cemerlang. Pembaziran berjaya dikurangkan, lebihan bajet dicatatkan dan ramai golongan yang selama ini terbiar mula mendapat pembelaan tanpa mengira kaum dan agama. Maka kita rakyat Malaysia harus berfikir kembali, adakah hanya UMNO dan BN sahaja yang layak memerintah negara ini? Selama mana kita akan terus makan gula-gula politik UMNO-BN? Lihat dan nilai sendiri kejayaan-kejayaan negeri-negeri Pakatan Rakyat – Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan (malah, Perak dalam masa setahun berjaya melaksanakan program untuk rakyat yang gagal dilaksanakan oleh UMNO-BN selama 50 tahun). Antara kejayaan yang ketara ialah tiada (atau sekurang-kurangnya hampir tiada) rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa; pemberian dan peruntukan bantuan, tanah, sekolah, gerai, kedai dan sebagainya lebih meluas untuk semua yang layak; kelulusan kontrak dan projek melalui tender terbuka dan banyak lagi program bermanfaat untuk rakyat. Malah, petanda kejayaan yang sebenarnya ialah bukti bahawa Melayu dan Bumiputera memang berkemampuan dan layak dalam pelbagai bidang. Mereka tidak perlu bergantung kepada warna kulit dan kabel politik untuk mendapat projek. Inilah antara kecemerlangan Pakatan yang tidak memerlukan sebarang slogan atau cogan kata kerana ia adalah hakikat yang benar tentang kemampuan Melayu dan Bumiputera. Dengan itu, bayangkan jika rakyat memberi mandat kepada Pakatan untuk mentadbir Kerajaan Pusat dalam PRU ke-13 nanti. Jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan, sedikit-sebanyak kebaikan yang akan dibawakan adalah: Rakyat akan mendapat faedah menerusi:
Rakyat akan mendapat keadilan menerusi:
Perniagaan akan lebih maju menerusi:
Golongan tua dan orang kurang upaya (OKU) akan lebih terjamin menerusi:
Golongan ibu tunggal dan wanita akan lebih terbela menerusi:
Golongan muda akan mendapat peluang yang lebih menerusi:
Golongan pekerja mendapat layanan yang lebih adil menerusi:
Media massa akan menjadi lebih terbuka menerusi
Memang semua itu hanya seperti janji-janji atau manifesto politik. Jadi bagaimana mahu menilai sama ada ia akan menjadi kenyataan atau tidak? Ia tidak sukar untuk dinilai. Lihat sahaja kepada apa yang sedang berlaku di negeri-negeri Pakatan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan; segala-galanya dilaksanakan demi kepentingan rakyat, dan bukan kroni atau melalui kabel politik. Malah di Perak selama setahun, segala peruntukan untuk tanah, sekolah, perniagaan yang 'disembunyikan' oleh BN selama 50 tahun dapat dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan dengan memberikan kepada semua warga yang layak dalam masa 12 bulan sahaja. Kerajaan Pusat BN telah menyekat sebarang peruntukan tambahan untuk negeri-negeri Pakatan. Keadaan ini memaksa negeri-negeri Pakatan berjimat-cermat dan berhemah dalam perbelanjaan negeri sehingga dapat menjimat wang serta mencatat lebihan bajet. Inilah yang dikatakan dividen anti-pembaziran dan anti-rasuah yang berjaya dikumpulkan untuk dijadikan peruntukan bantuan kepada warga miskin, fakir miskin dan OKU. Dividen ini juga mampu membolehkan negeri-negeri Pakatan membayar bonus Hari Raya kepada kakitangan awam negeri. Dengan contoh-contoh kecil ini, tentunya Pakatan Rakyat mampu membuat sesuatu yang berpuluh kali ganda lebih baik untuk rakyat jika mandat diberi untuk mengambil alih Kerajaan Pusat dalam PRU akan datang. – Roketkini.com | ||
| Jangan sempitkan Islam dengan politik kaum Posted: 12 Aug 2011 05:49 AM PDT Oleh Abdul Manan Abd Razak Kini kita digemparkan lagi dengan isu yang bertujuan memisahkan keakraban erat PAS-DAP-PKR oleh media Barisan Nasional yang sudah kehabisan modal politik. Sekali lagi, isu agama, isu gereja, isu yang sengaja dibangkitkan oleh meresahkan hubungan rakyat pelbagai kaum. Namun realitinya ibarat BN cuma meludah ke langit. Sudah 54 tahun negara merdeka tetapi kemiskinan tegar khususnya di kalangan orang Melayu dan Bumiputera lainnya masih lagi tidak dapat diatasi sepenuhnya. Manakala kaum lain pyla semakin menghala ke arah kemiskinan akibat sistem ekonomi yang bocor dan kotor. Bukankah ini kesilapan BN yang tidak boleh dimaafkan? Mengikut bancian Jabatan Perangkaan, jumlah penduduk di negeri Selangor adalah melebihi 6 juta orang. Bukankah ini begitu membebankan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor untuk menanggung segala hal-hal kebajikan rakyat Selangor? Kemanakah perginya tanggungjawab kerajaan BN selama ini yang memerintah Selangor selama 50 tahun dengan hasil mahsul dan kutipan cukai negeri terkaya di negara ini? Rakyat menjalani kehidupan melarat dari hari ke hari ditambah dengan kenaikan kos hidup yang keterlaluan. Kerajaan negeri Pakatan telah berjaya mengurangkan bebanan rakyat dengan memberi air percuma dan pelbagai insentif ke arah merakyatkan ekonomi Selangor. Namun tempoh tiga tahun setengah masih lagi awal untuk mencapai matlamat yang dituju sepenuhnya. Rakyat yang masih miskin mewarisi penderitaan mereka dari corak pemerintahan BN dahulu. Untuk menutup kelemahan mereka, BN nampaknya cuba menangguk di air keruh dengan memainkan isu antara agama, dengan angkara jahat mahu melibatkan kerajaan Pakatan Selangor dengan isu peluk agama lain. Isunya ialah sumbangan bantuan kepada orang miskin, termasuk Melayu Islam yang miskin yang tidak mendapat pembelaan UMNO dan BN. Kini, disentuh perkara sensitif agama dengan kebajikan ikhlas pihak gereja yang bermurah hati memberi sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan tanpa mengira agama. Bukankah ini perlu dicontohi oleh setiap pemimpin negara ini tanpa mengira kaum? Ia adalah bantuan ikhlas. Orang Islam yang menerima bantuan itu tidak menukar agama atau telah memeluk agama Kristian. Mengapa ada pihak tergamak memutarbelitkan isu itu? Islam tidak pernah melarang kita menerima apa-apa pemberian daripada kaum lain, sebagaimana ia tidak melarang orang Islam memberi sumbangan kepada orang yang memerlukan tanpa mengira agama dan kaum. Islam mengajar kita kebaikan. Oleh itu media BN sepatutnya tidak cuba merosakkan keharmonian ini dengan tujuan politik jahat. Anggaplah aktiviti memberi sumbangan ini sebagai peluang merapatkan hubungan kaum. Jika kerajaan BN tidak mahu memberi bantuan kepada orang Islam yang miskin, mengapa mahu disalahkan jika warga Malaysia dari kaum dan agama lain yang mahu menolong umat Islam yang masih hidup dalam kemiskinan? Malah lebih baik lagi, jadikan intitusi masjid sebagai pusat menghulurkan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan tanpa mengira kaum dan agama. Ini bukan sahaja menepati fungsi masjid, malah menaikkan imej Islam di kalangan orang bukan Islam. Jangan sempitkan Islam yang syumul dengan politik kepartian kaum BN yang sememangnya sempit dan jumud. – Roketkini.com | ||
| BN tak tahu beza rusuhan ganas dengan perhimpunan aman Posted: 12 Aug 2011 05:47 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR– Yang mengganas di London adalah perusuh, sebaliknya yang bertindak ganas di Malaysia sewaktu perhimpunan aman Bersih 2.0 adalah pihak polis. Dengan itu, percubaan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk menyamakan keganasan rusuhan di United Kingdom dengan perhimpunan aman di Malaysia adalah tidak masuk akal sama sekali. Setiausaha Organisasi DAP Teresa Kok berkata rusuhan di London itu berlaku secara rambang tanpa sebarang agenda yang jelas atau spesifik melainkan menimbulkan kekacauan dan keganasan. "Di Kuala Lumpur, perhimpunan aman Bersih 2.0 mempunyai matlamat yang jelas dan telah dianjurkan secara terancang. Agenda, tarikh dan waktu bersurai telah dinyatakan secara terus-terang buat pengetahuan pihak kerajaan, polis, media dan orang awam dari awal-awal lagi. "Penganjur Bersih 2.0 telah menegaskan bahawa perhimpunan mereka adalah perhimpunan yang aman dari awal-awal lagi," jelasnya. Beliau menggariskan perbezaan ketara di antara rusuhan di London dan perhimpunan aman di Kuala Lumpur untuk pengetahuan Hishammuddin dan kerajaan Barisan Nasional yang masih belum dapat membezakan di antara yang buruk dan yang baik: * Di UK, perniagaan dan orang awam telah disamun oleh perusuh dengan kehilangan harta-benda dianggarkan bernilai berjuta-juta Sterling Pound; * Di KL, tidak ada satu pun laporan tentang kedai disamun oleh penyokong Bersih 2.0, sebaliknya, kedai-kedai yang membuka perniagaan pada 9 Julai lalu memperolehi keuntungan berikutan kehadiran ribuan rakyat di ibu kota; * Di UK, kereta dan bangunan telah dibakar dan dirosakkan oleh perusuh sehingga membahayakan keselamatan awam di samping kepulan asap yang menyesakkan nafas; * Di KL, asap yang berkepul adalah daripada tembakan gas pemedih api oleh pihak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke atas penyokong Bersih 2.0 yang berhimpun secara aman. Gas pemedih mata dan meriam air juga ditembak ke kawasan Hospital Tung Shin; * Di UK, perusuh membawa senjata seperti pisau, batu dan "molotov cocktail" untuk mencederakan orang awam; * Di KL, penyokong Bersih 2.0 hanya memakai t-shirt kuning yang diharamkan oleh Hishammuddin sendiri, dan ada antara orang ramai cedera kerana gas pemedih mata; * Di UK, perusuh secara aktif dan sengaja telah menyerang dan mencederakan anggota polis; * Di KL, polis secara aktif dan sengaja telah menembak gas pemedih mata dan meriam air terhadap peserta Bersih 2.0 yang berjalan secara aman, dan tidak pula bertindak balas apa-apa terhadap pihak polis yang bersikap agresif itu. * Di UK, polis hanya menahan 1,000 orang walau pun rusuhan ganas telah berlanjutan selama lima hari. Tetapi di KL, polis Malaysia menahan lebih daripada 1,600 orang dalam tempoh tak sampai sehari hanya kerana cuba berhimpun secara aman. "Oleh itu kenyataan Hishammudin bahawa rakyat Malaysia harus bersyukur dan berterima kasih kepada pihak polis kerana perhimpunan aman Bersih 2.0 tidak menjurus ke situasi rusuhan di UK adalah tidak munasabah. "Ia menunjukkan bahawa beliau tidak dapat membezakan di antara perhimpunan aman Bersih yang bermatlamat murni mencapai pilihan raya bersih dan adil berbanding rusuhan bakar dan samun yang berlaku di UK,: kata Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh. Beliau kesal dengan sikap Hishammuddin yang masih buta hati dan tidak insaf walau pun beratus-ratusan rakaman video membuktikan polis telah menggunakan kekerasan keterlaluan telah dimuatnaikkan ke internet untuk tontonan ramai. "Hishammuddin masih memekakkan telinganya terhadap kutukan keras oleh warga Malaysia dan komuniti antarabangsa dan masih menyokong tindakan polis. "Sehingga hari ini, sebulan telah pun berlalu, Hishammuddin dan polis masih gagal membentangkan laporan keganasan polis kepada orang ramai. "Apakah ini menunjukkan ketidakcekapan dan kelalaian Kementerian Dalam Negeri dan polis segi siasatan terhadap anggota polis sendiri?" ujarnya. Beliau menggesa Hishammuddin supaya membuka hati dan lebih berhati perut dengan mengambil iktibar daripada cara kerajaan dan polis UK mengendalikan keadaaan rusuhan yang sebenar. | ||
| Lagi PR dikesan dalam daftar pemilih SPR Posted: 12 Aug 2011 05:43 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Tiga lagi pemegang status penduduk tetap (PR) dikesan dalam daftar pemilih yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Terbaru, ia dikesan di parlimen Indera Mahkota yang diwakili Azan Ismail dari Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN). Azan memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) di kawasan itu pada 8 Mac 2008. Perkara itu didedahkan Jabatan Pilihan Raya Pas Pahang yang pada mulanya membuat semakan nama tambahan dalam senarai daftar tersebut, dan dibandingkan dengan status kewarganegaraan dalam laman Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Menurut Timbalan Pengarahnya, Mazlan Mohd Yassin, dua daripada mereka telahpun ditukar status warganegara sementara seorang lagi masih kekal dalam Daftar Pemilih bagi Suku ke 2, 2011 yang baru sahaja tamat tempoh bantahan. "Apabila diteliti didapati dua orang pemegang PR iaitu Saripah binti Yasin dan Musa bin Abdullah tersenarai dalam daftar pemilih di unit peti undi (Upu) Sungai Ular, dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Beserah. "Sementara di Upu Balok Baru dalam Dun yang sama terdapat pemilih bernama Siswanto bin Jalai, juga pemegang PR. Menurutnya, pada 2 Ogos lalu, pihaknya pergi ke pejabat SPR di Kuantan kira-kira jam 11 pagi dan ketiga mereka masih berstatus PR mengikut laman sesawang JPN. "Tetapi kira-kira pukul 3 petang nama Saripah dan Musa sudah menjadi pemegang MyKad," katanya kepada Harakahdaily. Tambahnya, nama Siswanto masih berstatus PR di laman berkenaan tetapi nama di dalam daftar pemilih SPR tetap kekal. Mazlan berkata, beliau kesal dengan kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku. "Penyelewengan ini berlaku di JPN, kerana taraf kewarganegaraan menjadi terlalu murah dan mudah hanya kerana BN mahu kekal berkuasa. "Satu lagi saya rasa tempoh semakan dan bantahan yang diberikan oleh SPR terlalu singkat. Bayangkan daftar pemilih baru dipamer pada 27 Julai dan 2 Ogos merupakan tarikh akhir untuk membantah. Ini bermakna kita cuma ada lima hari bekerja sedangkan negeri Pahang ini luas," katanya. Mazlan, selain daripada masalah PR, PAS Pahang juga mengesan banyak alamat pengundi yang meragukan iaitu jumlah pengundi pelbagai bangsa yang mendiami satu alamat yang sama. Justeru beliau berharap SPR dapat membersihkan daftar pemilihnya sebelum diwartakan untuk memelihara integriti badan tersebut. | ||
| Naluri saya kuat, arwah Shamil dianiaya sebelum dibunuh- Ibu Posted: 12 Aug 2011 05:42 AM PDT Oleh: Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR: Norhafizah Mohd Razali, 45, ibu kepada salah seorang remaja yang mati ditembak polis di Glenmarie Shah Alam November tahun lalu, tetap percaya anaknya dianiayai pihak polis sebelum dibunuh. Anaknya, Mohammad Shamil Hafiz Shapiei yang berusia 15 tahun pada masa itu ditembak mati bersama Mohd Khairul Nizam Tuah, 20, dan Mohd Hanafi Omar, 22 tahun. "Sebagai seorang ibu, naluri saya kuat mengatakan bahawa Shamil dan rakan-rakannya mati dibunuh. Selepas laporan bedah siasat, saya mula syak yang mereka telah dianiaya. "Terbukti mereka berkedudukan dalam keadaan menyerah diri, dalam keadaan mencangkung (ketika ditembak). Jadi mengapa mereka dibunuh?," soal beliau. Semalam, Norhafizah bersama dua keluarga remaja lain diwakili Hamidah Kadar, 51, iaitu ibu Mohd Khairul dan Omar Abu Bakar,58, bapa Mohamad Hanafi, membuat satu lagi laporan polis berhubung kejadian itu. Sebelum ini, laporan bedah siasat mendapati kematian berpunca tembakan jarak dekat dari sudut 45 darjah, yang menunjukkan tembakan dilepaskan ketika tiga remaja itu sedang berlutut atau mencangkung. Polis sebelum ini mendakwa kononnya ketiga-tiga remaja itu cuba merompak stesen minyak, namun Hafizah sangsi dengan dakwaan tersebut. "Langsung tiada bahan bukti yang mahu mengaitkan mereka dengan kes rompakan stesen minyak. "Anak saya, Shamil hanya mempunyai wang berjumlah 20 sen sahaja ketika diperiksa kocek seluarnya," ujar beliau. Norhafizah berkata beliau tidak akan teragak-agak untuk membawa kes pembunuhan anaknya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan akan berjumpa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri HIshamuddin Hussein dalam masa terdekat. "Walaupun pihak berkuasa cuba melengah-lengahkan masa, keluarga kami akan tetap teruskan perjuangan untuk tegakkan keadilan bagi pihak arwah Shamil. "Kami akan menemui Perdana Menteri kalau masih tak ada maklum balas (daripada polis). "(Dan) dalam masa terdekat kami akan ke Putrajaya untuk berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein," kata Norhafizah. Menurutnya lagi, beliau akan meneruskan usaha menuntut keadilan di atas kematian Shamil dan dua rakan-rakannya walaupun berdepan dengan pelbagai rintangan. "Keluarga kami akan teruskan walaupun sehingga kini masih gagal menuntut siasatan adil walaupun selepas berulang kali menemui polis di Shah Alam dan Bukit Aman. "Keluarga kami menyeru kepada pihak media untuk meneruskan liputan terhadap kes ini. Hari ini keluarga saya yang kena. Saya tak mahu ada anak-anak dari keluarga lain menerima nasib seperti saya," kata Norhafizah. | ||
| Warganegara baru diseru tampil, elak kerakyatan ditarik Posted: 12 Aug 2011 05:40 AM PDT Oleh: Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mempelawa individu-individu yang mendapat kerakyatan untuk tampil membuat pengakuan bagi mengelak digelar 'pengkhianat negara' "Saya memohon 'warganegara baru BN' untuk memaklumkan kepada kami, bagaimana caranya kamu mendapat kewarganegaraan. "Ia perlu supaya pada masa akan datang, tiada siapa yang boleh menarik semula kewarganegaraan kamu. "Ini juga bagi mengelak sebarang ugutan politik," kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah pada sidang media Sekretariat Pakatan Rakyat di Petaling Jaya, hari ini. Beliau membuat tawaran berkenaan selepas pendedahan demi pendedahan yang dibuat Pakatan Rakyat terutamanya selepas pembongkaran pemberian kewarganegaraan segera oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Nurul Izzah turut hairan bagaimana 'agen baru rakyat Malaysia' ini tersenarai dalam daftar pengundi meskipun tidak mendaftar di pejabat pos melalui prosedur biasa. Dalam pada itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut memberi jaminan bahawa penerima kerakyatan yang memberikan maklumat bagaimana mereka didaftarkan akan dilindungi. "Anda semua tidak perlu bimbang. Sebagai warganegara, sudah tentu hak kamu terjamin dan dilindungi di bawah Akta Pemberi Maklumat," jelas Izzah. | ||
| Najib, Rosmah muncul di mahkamah secara sembunyi, tapi enggan jadi saksi Posted: 12 Aug 2011 05:37 AM PDT Oleh: Ahmad Fadli
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya hadir ke mahkamah tetapi enggan memberikan kerjasama untuk ditemubual peguam Anwar. Karpal Singh yang bertindak sebagai peguam bela utama Ketua Umum KEADILAN itu berkata, kedua-duanya yang ditemui secara berasingan menyatakan mereka tidak mahu ditemuramah mahu pun menjadi saksi perbicaraan kes Fitnah II. "Kedua-duanya memberitahu mereka tidak mahu ditemubual dan juga tidak mahu menjadi saksi. "Saya tidak tahu kenapa mereka begitu takut untuk hadir ke mahkamah (dan menjadi saksi)," kata Karpal. Najib dan Rosmah hadir ke mahkamah secara senyap-senyap dan bersembunyi kerana nama mereka tiada dalam senarai saksi yang akan ditemubual hari ini. Malah, peguam Anwar juga sedikit terkejut apabila mengetahui mereka hadir ke mahkamah hari ini. "Kami tak diberikan notis (lebih awal) tentang kehadiran beliau dan isteri. "Lebih kurang lagi lima minit ke pukul tiga petang saya diberitahu polis yang PM dan isterinya sudah menunggu di bilik sebelah untuk ditemubual," kata Sankara Nair. Selain Rosmah, peguam bela Anwar menemubual bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Rodhwan Yusof petang tadi, kata Karpal. Mereka kini masih mempunyai baki enam orang saksi untuk ditemubual, kata Karpal. Mereka termasuklah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, pemilik kondominium, Haji Hasanuddin Hamid dan isterinya, serta kakak ipar beliau, dan dua orang bekas pembantu rumahnya yang kini berada di Indonesia. Sewaktu ditanya langkah seterusnya yang akan diambil peguam bela memandangkan Najib dan Rosmah enggan ditemubual, Karpal memberitahu perkara itu hanya akan diputuskan selepas semua saksi selesai ditemubual. Namun, perbicaraan tidak dapat diteruskan Isnin ini kerana baki enam saksi itu. "Kita akan minta hakim tangguh kes ke beberapa hari kemudian," kata Karpal. | ||
| Umno Kedah harap daftar semua pemilih pada Sept Posted: 12 Aug 2011 05:32 AM PDT BERNAMA Pengerusi badan perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah mahu parti tersebut menyelesaikan proses pendaftaran pemilih baru di negeri itu selewat-lewatnya bulan depan. Pada masa ini, katanya, masih ramai individu yang layak mengundi belum mendaftar sebagai pemilih dan usaha harus dipergiatkan. Berucap di majlis sumbangan moreh kepada pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Parlimen Alor Setar, hari ini, Ahmad Bashah juga mahu sistem blok yang diperkenalkan di negeri itu baru-baru ini, diperkemaskan. "Di bawah sistem ini, seorang ketua blok yang perlu menjaga 20 rumah perlu melihat dan mendapatkan segala maklumat tentang isi rumah di bawah jagaannya serta menjaga kebajikan dan keperluan mereka. "Sejauhmana pendekatan mereka dengan pengundi itulah yang akan menentukan kemenangan parti dan bila sampai hari mengundi pastikan mereka semua keluar mengundi," katanya. Pada masa yang sama, beliau mengingatkan anggota parti agar tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan nama baik Umno. "Jangan buat sesuatu yang boleh keruhkan keadaan parti sebab pilihan raya akan datang lebih mencabar dan kita kena lipat gandakan gerak kerja sebab pembangkang pun dah mula bergerak bersungguh-sungguh. "Dalam bulan puasa ini program mungkin kurang, tapi lepas puasa program kita tidak akan berhenti sehingga tiba pilihan raya dan kita kena bergerak secara lebih tersusun," katanya. | ||
| 'Siapa dia yang tahu saya kalah, boleh jalanlah' Posted: 12 Aug 2011 05:30 AM PDT Aidila Razak Ahli parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali tidak risau dengan hasil satu kajiselidik yang menunjukkan beliau mungkin kehilangan kerusi Pasir Mas di Kelantan ekoran perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu. Dalam reaksinya, presiden PERKASA itu yang membatalkan rancangan perhimpunan anti-BERSIH pada saat-saat akhir, memberitahu penyelidik tersebut "boleh jalan lah". "Siapa dia, yang tahu saya kalah... boleh jalanlah," katanya dalam teks mesej kepada Malaysiakini semalam. Ibrahim (kiri) diminta mengulas dakwaan pensyarah Universiti Monash, Wong Chin Huat bahawa beliau mungkin gagal mempertahankan kerusi Pasir Mas untuk kali keempat, selepas perhimpunan BERSIH 2.0 lalu, kerana mendakwa pengundi beralih kepada Pakatan Rakyat. Berdasarkan kepada data demografi dan pilihan raya, Wong berhujah Pakatan berpeluang memenangi 100 kerusi di peringkat pusat dalam pilihan raya umum akan datang, dengan BN kehilangan 20 hingga 30 kerusi yang dimenanginya dengan majoriti tipis pada 2008. | ||
| Juadah babi: PERKASA hantar memo pada akhbar Posted: 12 Aug 2011 05:29 AM PDT MALAYSIA KINI Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada akhbar The Star kerana menyiarkan artikel dan gambar masakan daging babi dalam sisipan juadah berbuka puasa. Memorandum itu diserahkan oleh Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris di ibu pejabat akhbar milik MCA itu di Petaling Jaya pagi ini. Katanya, walaupun harian berbahasa Inggeris itu sudah memohon maaf, tetapi pihaknya tetap menyerahkan memorandum itu supaya menjadi pengajaran kepada pengamal media lain. Semalam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilaporkan memanggil Ketua Pengarang akhbar itu bagi menyatakan tindakan itu merupakan kesalahan dan tidak sensitif. Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, kementerian memandang serius perkara itu, terutamanya kerana sisipan itu ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa. Beliau berkata akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu. | ||
| PAS dakwa pengundi 'klon' adalah ahli Umno Posted: 12 Aug 2011 04:26 AM PDT Kuek Ser Kuang Keng Ekoran pendedahan mengenai pengundi 'klon', PAS mendakwa parti itu mendapati antara mereka yang mempunyai identiti berganda dalam daftar pemilih, adalah ahli Umno.
Mereka tidak mempunyai nombor kad pengenalan lama, dan identiti berganda mereka berkongsi alamat yang sama tetapi ditulis dalam format yang berbeza. - Lesen palsu memandu; - MyKad tulen tetapi dibenarkan mengundi kerana kesilapan kecil dalam nombor MyKad; - Borang 11 untuk mengisytiharkan bahawa pengundi adalah orang yang namanya terdapat dalam daftar pemilih; dan - Cara-cara lain yang sesuai. Dalam perkembangan yang berkaitan, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu akhbar Sin Chew Daily bahawa isu identiti berganda adalah akibat kesilapan manusia ketika memasukkan nombor MyKad ke dalam sistem. Jadi mereka mendaftar sekali lagi apabila mendapat tahu nama mereka tidak ada dalam daftar pemilih, mengakibatkan terdapat dua identiti. | ||
| Isu gereja: Ezam ugut 'bakar' Malaysiakini Posted: 12 Aug 2011 04:16 AM PDT Salhan K Ahmad Bekas pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor bersumpah untuk melancarkan "perang habis-habisan" ke atas portal Malaysiakini yang didakwanya sebagai "ejen" kepada "pengkhianat Islam". "Kita sedia berperang dengan mereka," katanya lagi dalam satu perhimpunan yang diadakan selepas solat Jumaat di masjid negeri Selangor, Shah Alam hari ini. Perhimpunan anjuran kumpulan Gerakan Cegah Murtad itu diadakan ekoran kontroversi berhubung tindakan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya pada minggu lalu. "Kita akan lancarkan perang habis-habisan jika mereka tidak hentikan dengan ejen mereka -- Malaysiakini, Malaysian Insider -- yang biadap kepada JAIS, kononnya mereka menceroboh masuk gereja. "Kita beri anda amaran terakhir. Jika anda tidak hentikan sampah ini, kita akan bakar anda," katanya lagi di perhimpunan yang turut diketuai ahli parlimen bebas, Zulkifli Noordin dan exco pemuda Umno Lokman Noor Adam (bawah). Perhimpunan itu juga diadakan bagi mempertahankan agama Islam kerana "kita bukan jenis yang sanggup gadai agama Allah untuk undi," kata Ezam. Dalam masa yang sama, Ezam menegaskan bahawa beliau tidak ada masalah dengan orang bukan Islam, termasuk exco kerajaan Selangor Ronnie Liu, Teresa Kok dan Elizabeth Wong. "Kita tidak ada masalah selagi mereka sanggup hormati kepentingan kita. "Kepada yang kurang ajar, yang biadap kepada kepemimpinan Islam -- tidak ada pilihan lain melainkan perang terhadap mereka," katanya lagi di hadapan lebih 200 orang yang hadir di perkarangan masjid berkenaan. Kumpulan berkenaan turut membawa beberapa sepanduk, antaranya dengan slogan anti-pemimpin Pakatan, termasuk ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Sementara itu, Zulkifli dalam ucapannya di perhimpunan tersebut turut meminta wartawan Malaysiakini supaya "bertaubat" dan berhenti daripada daripada menjadi "barua" kepada pihak yang didakwanya sebagai "musuh Islam."
Zulkifli yang juga seorang bekas pengikut Anwar turut mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti berhubung usaha memurtadkan orang Islam yang didakwa berlaku di gereja Damansara Utama Methodist Church. Bercakap kepada media selepas itu, Zulkifli berkata beliau merancang untuk membuat laporan polis dan menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas gereja terlibat "sebab kita ada maklumat sahih bahawa ini gereja haram." Kumpulan berkenaan turut membawa beberapa sepanduk, antaranya dengan slogan anti-pemimpin Pakatan, termasuk ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Tidak ramai anggota polis dilihat berkawal di perhimpunan yang berlangsung kira-kira setengah jam itu. | ||
| BERSIH: 'SPR lebih beria-ia pertahan parti pemerintah' Posted: 12 Aug 2011 04:02 AM PDT MALAYSIA KINI BERSIH 2.0 amat dukacita melihat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus membuat ulasan yang memudarkan semangat muafakat bekerjasama ke arah pilihan raya yang lebih bersih, tetapi sebaliknya mendakwa suruhanjaya itu lebih "beria-ia mempertahankan parti pemerintah". Jawatankuasa pemandu BERSIH juga sangat kecewa dengan cara Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (kiri) yang didakwanya terus mengambil pendekatan konfrontasi melampau dan tidak produktif. "Kami telah menyatakan berulangkali bahawa matlamat BERSIH 2.0 adalah sistem pilihan raya yang bersih dan adil untuk semua rakyat Malaysia, bukannya untuk memburukkan mana-mana institusi atau mempromosikan sebarang agenda politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurutnya, BERSIH 2.0 hanya berminat untuk melihat pilihan raya yang bersih. "Sekiranya BN atau mana-mana parti menang melalui pilihan raya yang bersih dan adil, maka matlamat kami telahpun tercapai," tegas kenyataan itu lagi. Sehubungan itu, BERSIH berpendapat SPR dan Wan Ahmad mesti menumpukan perhatian mereka dengan melibatkan diri bersama-sama masyarakat madani bagi memperbaiki institusi awam dan "bukannya terlibat dalam perang mulut dengan parti-parti politik". "Ulasan terkini yang dibuatnya, mengancam kewibawaan awam berkenaan sifat 'non-partisan' SPR yang diperlukan untuk mengekalkan keyakinan orang ramai. Masalah daftar pemilih "Membuat kritikan politik merupakan tugas seorang timbalan pengerusi sebuah parti politik, dan bukannya tugas timbalan pengerusi SPR," tambah kenyataan itu. Berikutan itu, katanya, BERSIH 2.0 berharap SPR menumpukan tenaganya untuk menyelesaikan masalah besar, yang dikesan daftar pada pemilih seperti "skandal Mismah". Perkara itu, menurut gabungan NGO itu, mendedahkan perkembangan membimbangkan mengenai pemberian hak mengundi kepada seseorang yang diragukan kewarganegaraannya. "Masalah daftar pemilih lain termasuk kejadian pengundi bernama 'Kg Baru', penyelewengan yang serius berkenaan pengundi berganda serta alamat penuh sesak dan sebagainya. "SPR sepatutnya memberi perhatian untuk membetulkan masalah ini dengan segera dan bukannya mempertahankan serta menjadikan perkara ini sebagai isu politik yang menjejaskan kewibawaan semua pihak," tegas kenyataan itu lagi. Mengenai isu pengesahan biometrik, katanya, BERSIH 2.0 memandang serius laporan terbaru bahawa pihak polis sedang menyiasat penyelewengan sistem biometrik yang digunakan untuk mendokumentasi pekerja asing. "Lebih tepat lagi, ianya merupakan kelemahan yang akan membolehkan penipuan pilihan raya secara besar-besaran sekiraya hanya sistem biometrik sahaja digunakan untuk mencegah pengundi hantu. "Kami masih belum mendengar hujah-hujah meyakinkan tentang kenapa kaedah dakwat kekal yang lebih murah, mudah dan lebih berkesan tidak patut dipakai," tambahnya. 'Malaysia yang kami hasratkan' Menurutnya, kenyataan Wan Ahmad bahawa semua parti politik mempunyai akses yang sama rata kepada media, dibuat tanpa sebarang penelitian rapi. "Membandingkan penerbitan parti yang sangat terhad edarannya dengan akhbar-akhbar nasional dan khidmat penyiaran kebangsaan yang dikawal parti pemerintah adalah amat mengelirukan. "Kenyataan bahawa parti pembangkang 'memiliki media baru' juga tersasar daripada pokok permasalahannya. "Malaysia yang kami hasratkan adalah di mana kesemua parti politik daripada kedua-dua belah pihak memiliki hak yang sama terhadap kesemua jenis media, tanpa ada pengecualian," kata kenyataan itu. Oleh itu, katanya, BERSIH 2.0 menolak sepenuhnya apa sahaja perbandingan antra perhimpunan aman 9 Julai di Kuala Lumpur dengan rusuhan di United Kingdom (kiri). "Meskipun berdepan dengan tindakan keras pihak polis, berbagai rakaman video dan pengakuan saksi yang tidak terkira ramainya telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa rakyat Malaysia benar-benar mampu untuk berhimpun secara aman selari dengan hak-hak perlembagaan kita untuk sama-sama menuntut sebuah negara yang lebih demokratik dan sihat. "BERSIH 2.0 sentiasa bercita-cita agar dapat bekerjasama dengan semua institusi kerajaan dan pemimpin politik tanpa mengira wadah mereka untuk bersama-sama mewujudkan Malaysia yang lebih baik. "Kami berharap pertengkaran kecil dan kedangkalan alasan sekarang ini dapat digantikan dengan sikap yang ikhlas, berfikiran terbuka dan bekerjasama dalam semangat cintakan tanahair," katanya. | ||
| Nazri Aziz: Guna akta sama hingga penjara Anwar 1999 Posted: 12 Aug 2011 04:00 AM PDT
| ||
| Semua negeri Pakatan bayar bonus Posted: 12 Aug 2011 03:59 AM PDT
| ||
| Pencarian bantuan berakhir di pejabat Adun PAS Posted: 12 Aug 2011 03:58 AM PDT
| ||
| Rusuhan: Hishammuddin buta hati, pekak telinga Posted: 12 Aug 2011 03:54 AM PDT
| ||
| Posted: 12 Aug 2011 03:51 AM PDT
| ||
| SPR lantik pegawai Wisma Putra penolong pendaftar pemilih Posted: 12 Aug 2011 03:42 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER
Pelantikan semua pegawai itu adalah untuk mendaftarkan warganegara Malaysia di luar negara yang memenuhi syarat sebagai pengundi tidak hadir mendaftar, menurut laporan "Maklumbalas Kerajaan terhadap Laporan Tahunan Suhakam 2010" yang dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri hari ini. Laporan itu yang dipetik oleh Bernama Online berkata, warganegara Malaysia yang layak sebagai pengundi tidak hadir boleh mendaftar dengan pegawai Kementerian Luar di semua pejabat perwakilan Malaysia di luar negara. Menyentuh mengenai isu daftar pemilih Anggota Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), menurut laporan itu ATM dan PDRM dari semasa ke semasa membekalkan SPR maklumat anggotanya yang telah bersara atau menamatkan perkhidmatan atau meninggal dunia bagi membolehkan SPR mengemas kini pangkalan data sedia ada. "Bagi mengelakkan masalah nama pemilih berganda antara pemilih awam atau pun pengundi tidak hadir, Jabatan Perdaftaran Negara (JPN) telah memaklumkan kepada SPR maklumat semua anggota ATM dan PDRM yang memiliki nombor kad pengenalan awam," menurut laporan itu. "Penyaluran maklumat ini akan dilakukan secara berterusan bagi membolehkan pengemaskinian daftar pemilih dilakukan oleh SPR," menurut laporan itu. Selain itu, SPR juga melaksanakan pembersihan dan pengemaskinian daftar pemilih sepanjang tahun, terutama melalui maklumat yang dibekalkan oleh agensi-agensi kerajaan termasuk JPN, ATM dan PDRM secara jalinan 'smart partnership'. "Bagi tujuan pembersihan daftar pemilih SPR hanya akan memotong nama-nama pemilih yang disahkan sebagai meninggal dunia atau hilang layak sebagi pemilih atas sebab lucut warganegara berdasarkan maklumat sahih yang dibekalkan oleh JPN," menurut laporan itu. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
KUALA LUMPUR: Para pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) diingatkan agar tidak menjadikan PAS sebagai sasaran dalam isu membabitkan pemeriksaan Jais ke gereja GMDU bagi melindungi kejahatan mereka sendiri dari orang ramai.
BUTTERWORTH, 12 Ogos: "Saya berani tanggung risiko kerana menegakan kebenaran. Buat apa takut untuk berhadapan dengan penipuan sebab merekalah yang sebenarnya patut malu kerana bertindak sebagai pengkhianat memangkah undi pos tanpa pengetahuan si pengundi," ujar pesara komando Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Kamel Haji Omar (gambar) yang berpangkalan di Butterworth.
Oleh itu, Bersih 2.0 berkata, pihaknya amat dukacita melihat SPR terus membuat ulasan yang memudarkan semangat muafakat bekerjasama ke arah pilihan raya yang lebih bersih.
PUTRAJAYA — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan bahawa badan pengurusan pilihan raya itu sengaja membenarkan pemastautin tetap menjadi pengundi yang sah.

Dalam reaksinya, presiden PERKASA itu yang membatalkan rancangan perhimpunan anti-BERSIH pada saat-saat akhir, memberitahu penyelidik tersebut "boleh jalan lah". 

Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat, hari ini mendedahkan tiga lagi
Bagaimanapun, Malaysiakini tidak dapat mengesahkan dakwaan bahawa ketiga-tiga mereka adalah ahli Umno.
Katanya, sesetengah pengundi mungkin mendaftar dua kali kerana nombor MyKad mereka tidak betul dimasukkan semasa pendaftaran kali pertama. 
"Kita sedia berperang dengan mereka," katanya lagi dalam satu perhimpunan yang diadakan selepas solat Jumaat di masjid negeri Selangor, Shah Alam hari ini.
Dalam masa yang sama, Ezam menegaskan bahawa beliau tidak ada masalah dengan orang bukan Islam, termasuk exco kerajaan Selangor Ronnie Liu, Teresa Kok dan Elizabeth Wong.
"Saya nampak wakil daripada Malaysiakini dan Malaysian Insider di sini. Saya nak beritahu mereka, terutamanya yang Islam supaya bertaubat," katanya lagi.
KUALA LUMPURs: DAP mendesak pihak berkuasa menyiasat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz atas dakwaan salahguna kuasa dan rasuah di bawah undang-undang yang sama, yang memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999.
KUALA LUMPUR: Semua negeri Pakatan Rakyat akan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minima sebanyak RM500 kecuali Pulau Pinang yang akan membuat bayaran minima RM600.
GOMBAK: Segala penderitaan yang dirasai selama ini akhirnya terlerai juga apabila rayuan bantuan sumbangan untuk membuat perniagaan kecil-kecilan sempena Ramadhan tercapai.
Zaliha juga mempertikaikan kemanakah wang zakat yang diberikan oleh masyarakat kepada PZS untuk membantu fakir miskin.
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) kesal dengan manipulasi akhbar Umno, Utusan Malaysia yang disifatkan "membuat kesimpulan ikut suka dia" berhubung tulisan beliau bertajuk 'Pemuda PAS konsisten pertahan aqidah' yang disiar di blognya baru-baru ini.
KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak 29 April lalu telah melantik semua pegawai Kementerian Luar yang bertugas di pejabat perwakilan Malaysia di luar negara sebagai penolong pendaftar pemilih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan