Sabtu, 13 Ogos 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


UMNO Terkedu. Perlis Dah Lama Kuatkuasa Larangan Pembesar Suara Waktu Suboh

Posted: 13 Aug 2011 01:10 AM PDT

Larang pembesar suara: Perlis sokong Pulau Pinang

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di masjid dan surau dengan kuat adalah bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur.

Amalan pasang mikrofon kuat waktu sebelum subuh adalah bertentangan dengan sunah Nabi SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur. Perbuatan mengganggu ini adalah haram dan berdosa," katanya dalam satu pesanan SMS kepada Malaysiakini.

Sehubungan itu, Dr Juanda berkata pihaknya menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.

"Kami sokong kenyataan itu dan Perlis dah lama kuat-kuasakan larangan itu di masjid dan surau, walaupun kadang-kadang ada (pihak) yang larang.


"Mikrofon (di) masjid hanya boleh laungkan azan waktu subuh sebanyak dua kali sahaja iaitu azan pertama 30 minit sebelum subuh dan kemudian azan subuh.

"Ini adalah amalan yang menepati kehendak Sunnah Nabi SAW yang sepatutnya dipatuhi oleh semua umat Islam yang cintakan Sunnah Nabi SAW yang sahih," katanya.

Hormati keputusan

Mengulas perkara yang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dipetik Bernama berkata pihaknya menghormati keputusan yang dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang itu.

"Kami menghormati keputusan itu kerana ia adalah hasil mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lepas dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu," katanya selepas menghadiri majlis Iftar Perdana Bersama Asnaf dan penyampaian bantuan Ramadan di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur malam semalam.

Berita Harian semalam melaporkan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengeluarkan larangan selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri itu kerana amalan berkenaan dikatakan bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Akhbar milik Umno itu juga memetik pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Datuk Abd Shukor Husin, berkata larangan itu ditakuti mendatangkan kesan kepada penyatuan Umat Islam di negara ini

Sebaliknya, kata beliau, larangan itu sebenarnya tidak perlu diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri, sebaliknya ditentukan mengikut budi bicara dan disesuaikan dengan keadaan sesuatu tempat.

"Sepatutnya tak payah keluarkan fatwa dulu, fatwa itu harus berhemah dan berhikmah, kena kaji sama ada tempat itu memerlukan larangan atau tidak, kerana bila sudah difatwakan ia akan menjadi isu yang boleh menjadi punca masyarakat Islam tidak bersatu.

"Contohnya satu kes masjid berdekatan dengan hospital, bila nak masuk waktu solat, imam baca al-Quran sehingga mengganggu pesakit, jadi mereka jumpa dengan mufti dan larangan itu boleh dipertimbangkan mengikut kawasan," katanya dipetik Berita Harian. -mk

Setan Bertopeng Itu Bekas Suaminya

Posted: 12 Aug 2011 11:20 PM PDT

Angkara bekas suami

KUALA LUMPUR: Lelaki bertopeng yang merogol, menyamun dan menyimbah sejenis cecair ke atas seorang wanita ketika hendak berbuka puasa di Seksyen 2, Wangsa Maju di sini, dua hari lalu, disyaki bekas suami mangsa sendiri.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan yang dihubungi semalam berkata, bekas suami mangsa ditahan ketika menziarahi bekas isterinya itu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) beberapa jam selepas kejadian.

Katanya, hasil soal siasat, lelaki itu mengaku melakukan perbuatan berkenaan dipercayai bermotifkan dendam akibat masalah rumah tangga mereka. Pasangan itu bercerai setahun lalu.

"Wanita berusia 32 tahun itu tinggal bersendirian dan ibu tunggal kepada tiga orang anak berusia tiga hingga 11 tahun yang berada dalam jagaan bekas suaminya.

"Siasatan lanjut ke atas cecair yang digunakan untuk menyimbah muka mangsa didapati sejenis bahan peluntur," katanya.

Katanya, polis turut menjumpai rantai leher milik mangsa yang dicuri lelaki terbabit ketika dia ditahan.

Semalam, Harian Metro melaporkan seorang wanita yang baru pulang ke rumahnya selepas membeli juadah berbuka di bazar Ramadan di Seksyen 2, Wangsa Maju, di sini, dirogol, disamun dan disimbah sejenis cecair oleh seorang lelaki bertopeng.

Difahamkan, sebaik tiba di rumah, mangsa membuka kunci pintu rumahnya tanpa menyedari seorang lelaki sudah menceroboh masuk dan bersembunyi.

Selepas meletakkan juadah berbuka di dapur, mangsa masuk ke bilik untuk menukar pakaian sementara menunggu waktu berbuka dan ketika itu lelaki terbabit yang bertopeng menghampiri mangsa dan merogolnya. Selepas ditinggalkan dalam keadaan kesakitan mangsa menjerit meminta pertolongan dan jeritannya didengari jiran yang kemudian membawanya ke HKL.

Sementara itu, dalam kes berasingan, polis menemui mayat bayi lelaki yang tersangkut pada perangkap sampah di sungai berhampiran Kampung Puah Bahagia, di sini, kira-kira jam 4 petang semalam.

Menurut Zakaria, siasatan awal mendapati bayi lelaki itu dipercayai dibuang sebelum ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan.

"Polis belum mengenal pasti usia dan tempoh bayi terbabit dibuang dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya. -hm


Setan Bertopeng : Samun, Perkosa & Simbah Asid Wanita Tunggu Berbuka!!

KUALA LUMPUR: Bukan saja dirogol dan disamun, malah wajahnya turut disimbah sejenis cecair dipercayai asid menyebabkan mangsa berdepan risiko kemungkinan buta dan kini terlantar menerima rawatan di hospital.

Itu nasib yang menimpa seorang wanita bujang dan tinggal bersendirian selepasnya rumahnya dicerobohi seorang penjenayah bertopeng, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa yang berusia 32 tahun baru pulang ke rumahnya di Seksyen 2, Wangsa Maju, di sini, selepas membeli juadah untuk berbuka puasa di bazar Ramadan berhampiran.

Menurut sumber polis, sebaik tiba di rumah, mangsa membuka kunci pintu rumahnya tanpa menyedari seorang lelaki menceroboh masuk dan bersembunyi.

"Selepas meletakkan juadah berbuka di dapur, mangsa masuk ke bilik untuk menukar pakaian sementara menunggu waktu berbuka dan ketika itu lelaki terbabit yang bertopeng menghampiri mangsa dan merogolnya," katanya. -hm


Apabila Presiden GERAKAN Turut Panggil Zahrain "Katak"

Posted: 12 Aug 2011 10:15 PM PDT

Buktikan saya tidak lagi releven menerajui parti.

Cabaran itu dilontarkan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon terhadap pihak yang mengkritik kepimpinannya di Pulau Pinang, demikian lapor TV3 di dalam siaran berita utamanya malam tadi.

Presiden GERAKAN itu mendakwa beliau tahu siapa dalang yang disifatkannya "katak politik".

"Pada asalnya saya ingat tak perlu jawab sebab mereka ini katak, tapi sudah jadi satu pattern dan saya nampak corak dan kita memang tahu siapa jadi puppet master atau dalang di belakang. GERAKAN giving warning to this puppet master and all this puppet that if they continue to sabotage GERAKAN and sabotage Barisan Nasional expecially in Penang they will be held resposible."

Sidang medianya itu khusus bagi menjawab dakwaan beberapa pihak yang mempertikaikan reputasi serta kredibilitinya dalam meneraju BN Pulau Pinang.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang selama 18 tahun itu didakwa 'liabiliti' kepada parti.

Antaranya, bekas Naib Presiden GERAKAN, Huan Cheng Guan, ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim, ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng dan Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang, Tan Sri Tan Kok Ping.

Bagi Tan Sri Koh, individu berkenaan 'buta' kerana tidak melihat perjuangan serta sumbangannya ketika menerajui Pulau Mutiara.

TAN SRI DR KOH TSU KOON/PRESIDEN GERAKAN:

"Over the last 18 years under me Penang has develop tremendously. Look at investment coming in, no doubt Chong Eu lay the foundation with RM4 bilion investment in the 80's and we manage to push RM20 bilion in the 90's and then RM40 bilion in years up 2000 late."

(Selama 18 tahun Pulau Pinang di bawah pentadbiran saya, Pulau Pinang sudah membangun dengan baik sekali, anda boleh lihat pelaburan berterusan. Tidak dinafikan asas pelaburan RM4 bilion diletakkan oleh (Tun) Lim Chong Eu pada 80an dan kami mampu untuk meningkatkan kepada RM20 bilion lagi pada 90an, kemudian RM40 bilion lagi pada akhir tahun 2000.)

Tumpuannya kini terarah kepada usaha memulihkan ekonomi dan memperbaiki sistem politik pada pilihanraya umum akan datang.

Namun, tegasnya, tidak akan berdiam diri dan membiarkan dirinya terus diserang.


Rakyat tidak mahu Tsu Koon

Kepemimpinan BN negeri perlu dirombak jika mahu rampas Pulau Pinang

KUALA LUMPUR: Rakyat Pulau Pinang mahu perubahan daripada kerajaan DAP, tetapi tidak ada pilihan kerana mereka juga tidak mahukan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon terus menerajui kepemimpinan negeri itu.

Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim berkata, Barisan Nasional (BN) perlu merombak kepemimpinan parti itu jika ingin merampas kembali Pulau Pinang daripada pembangkang termasuk menggantikan Tsu Koon yang ternyata sudah ditolak rakyat sejak pilihan raya umum 2008.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan merasa selesa dan tidak mempunyai saingan sekiranya Tsu Koon terus kekal menerajui BN negeri kerana bekas Ketua Menteri itu kini sudah tidak relevan dan hilang taring. - Zahrain Hashim, Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru. "Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan merasa selesa dan tidak mempunyai saingan sekiranya Tsu Koon terus kekal menerajui BN negeri kerana bekas Ketua Menteri itu kini sudah tidak relevan dan hilang taring.

"Rakyat sedar dengan kepemimpinan Guan Eng yang dikatakan zalim, perkauman dan pembohong itu tapi mereka dalam dilema kerana yang mahu menggantikannya juga bermasalah, " katanya kepada media di sini, semalam.

Tsu Koon yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menerima pelbagai kritikan kebelakangan ini kerana dianggap sebagai liabiliti kepada BN untuk merampas semula Pulau Pinang berikutan sentimen tidak berpuas hati terhadapnya semakin memuncak di kalangan rakyat negeri.

Zahrain berkata, BN mempunyai ramai pemimpin berkebolehan serta mempunyai faktor boleh menang dan mereka seharusnya diberi ruang bagi mengelakkan Guan Eng terus kekal serta membentuk dinasti pemerintahannya.

"Saya bercakap perkara ini sebagai seorang pemerhati dan melalui maklum balas rakyat di Pulau Pinang. Bagi saya, Tsu Koon sudah tidak laku.

"Tidak kira UMNO, MCA atau MIC untuk menggantinya, pokoknya mestilah seorang seorang pemimpin yang diterima rakyat," katanya. -BH

Undi Pos Memang Talian Hayat UMNO BN

Posted: 12 Aug 2011 08:10 PM PDT

Bekas komando TUDM pula dedah penipuan undi pos

Butterworth: 12 Ogos: "Saya berani tanggung risiko kerana menegakan kebenaran. Buat apa takut untuk berhadapan dengan penipuan sebab merekalah yang sebenarnya patut malu kerana bertindak sebagai pengkhianat memangkah undi pos tanpa pengetahuan si pengundi," ujar pesara komando Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Kamel Haji Omar yang berpangkalan di Butterworth.

Beliau ketika menceritakan detik-detik yang berlaku pada pilihan raya umum ke-10 iaitu tahun tsunami politik Malaysia 1999 menjelaskan, undi pos memang talian hayat Umno dan Barisan Nasional (BN) seandainya rakyat berpaling tadah tidak menyokong parti pemerintah.

Jelasnya, semua itu berlaku di hadapan matanya sendiri ketika diberikan amanah menjaga uncang undi pos sebelum dibawa ke tempat pengiraan.

Menurut Mohd Kamel (gambar), tidak dinafikan memang tiada penipuan ketika dihari pengundian secara pos kerana ada wakil parti yang bertanding tetapi ianya berlaku setelah uncang berkenaan dikumpul untuk dibawa di hari pengundian sesuatu pilihan raya sebenar.

"Di hari tersebutlah pegawai dan orang pangkat bawah bertungkus lumus buat kerja memangkah kertas undi yang tiada bertuan atau lebihan kertas undi kerana si pengundi berpindah tempat kerja atau tidak datang menunaikan amanah kepada negara," tambahnya.

Contohnya, kata beliau satu uncang itu patut diisi 1,500 pengundi pos tetapi yang datang mengundi sekitar 1,000 orang sahaja. Maka, lebihan 500 undi lagi dipangkah oleh individu lain.

Beliau terkejut apabila melihatnya sendiri setelah kembali dari tugasan mengambil uncang undi pos daripada pasukan lain seperti tentera laut dan darat di sebelah pulau untuk dikumpul di pangkalan TUDM, Butterworth. -HD


Ulasan GB

Senang cakap, memang UMNO BN - SPR itu penipulah!

Dan setiap kemenangan yang diasaskan dengan penipuan itu tiada berkatnya dan adalah kemenangan yang rapuh. UMNO BN hancur selepas ini. Satu dunia akan saksikannya.

Khalid Abu Bakar, Timb IGP Wajar Ditempelak Kerana "Jahil"

Posted: 12 Aug 2011 06:10 PM PDT

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyifatkan tindakan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar menyamakan rusuhan di Britain dengan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu sebagai "jahil."

Beliau yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, rusuhan yang berlaku di Britain disebabkan oleh masalah yang berlaku di negara itu dan ia tidak boleh disamakan dengan perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di ibu negara baru-baru ini.

"Pada saya apa yang dikatakan itu menunjukkan kejahilan yang ada pada Timbalan Ketua Polis Negara yang mana beliau tidak faham apa yang berlaku di sana (Britain) dan ia tidak boleh disamakan dengan demonstrasi Bersih 2.0.

"Kalau kita lihat rusuhan yang berlaku di Britain disebabkan masalah ketiadaan peluang pekerjaan yang mana ramai yang menganggur, namun ia tidak terjadi di Malaysia di mana kita masih banyak peluang pekerjaan," katanya.

Malah Nurul Izzah turut menyelar kenyataan yang dikeluarkan Khalid dan didakwa ia adalah sangat tidak bertanggungjawab.

"Himpunan Bersih 2.0 adalah untuk menuntut reformasi pilihan raya, ia bukan rusuhan dan apa yang dikatakan Timbalan Ketua Polis itu sangat tidak bertanggungjawab.

"Beliau tidak boleh bandingkan rusuhan dengan demonstrasi, saya terkejut apabila beliau berkata demikian... inilah masalah kalau ikut telunjuk politik," katanya.

Semalam Khalid menerusi laman sosial Facebooknya berkata, rusuhan-rusuhan yang berlaku di Britain dan bandar-bandar utama lain adalah satu "mimpi ngeri" sekiranya polis tidak dapat menghalang demonstrasi jalanan.

Jelas beliau, walaupun terpaksa menyuaraikan Himpunan Bersih 2.0 dengan gas pemedih mata dan meriam air namun apa yang penting polis berjaya mengelak insiden-insiden yang tidak diingini.

"Ia adalah mimpi ngeri, sebab itu kita menghalang demonstrasi jalanan. Ia sepatutnya dihalang untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini," katanya.

Rusuhan terburuk di Britain dalam tempoh puluhan tahun berlarutan ke hari keempat hari ini apabila gerombolan pemuda mengganas di Manchester dan kawasan perindustrian tengah England tetapi keadaan di London agak tenang selepas 16,000 anggota polis dikerahkan untuk membendung keganasan.

Di Manchester, perusuh memecah masuk dan mencuri barang kedai serta menghalau jurugambar dari tempat kejadian dalam keganasan terburuk di bandar raya ketiga terbesar di Britain itu dalam tempoh 30 tahun. -TMI



Ulasan GB

Rasanya dah betul ler tu apa yang dikatakan oleh YB Nurul Izzah.

Di London, apa yang berlaku ialah rusuhan.

Di Kuala Lumpur, apa yang berlaku ialah perhimpunan aman.

Yang merusuh semasa 9 Julai lalu bukannya mereka yang berhimpun tetapi pihak polis yang melakukan "rusuhan", "keganasan" dan "kekejaman". Satu dunia tahu. Al-Jazeera turut melaporkan begitu.

Yang melakukan kerosakan dan keganasan di London pula ialah para perusuh itu - di Kuala Lumpur ada bezanya - siapa yang melakukan kerosakan dan keganasan? Jawablah!


Demi Pertahankan Kuasa, UMNO BN Sanggup Jual Negara

Posted: 12 Aug 2011 03:20 PM PDT

Tindakan kerajaan melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendedahkan pihak mereka telah mendaftar hampir 100,000 warga asing sebagai warga negara segaligus sebagai pengundi merupakan tindakan bahaya kerana menjual negara sendiri.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, berkata kerana ingin kekal memerintah negara, kerajaan sanggup berbuat demikian melalui JPN.

Menurutnya, warga asing yang datang ke negara ini berbagai jenis serta latarbelakang hidup yang berbeza.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung SPR dan JPN yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berikutan pelbagai pendedahan dibuat oleh pemimpin Pakatan Rakyat di seluruh negara berhubung pendaftaran warga asing sebagai pengundi, pertindihan kad pengenalan dan berbagai lagi.

"Kalau di Singapura, kerajaan negara itu menapis terlebih dahulu mengikut kehebatan mereka khususnya dari golongan professional contohnya sebagai ahli sukan.

"Namun ianya berbeza di negara kita ni semuanya pakai ambil tangkap muat saja tanpa mengenali status individu warga asing terbabit asalkan boleh jadi pengundi pada mereka,"ujarnya .

Tegasnya, kenapa tiba-tiba sahaja mereka telah difaftarkan sebagai warga negara dan terus sebagai pengundi sekiranya tidak ada pihak tertentu mengaturkan usaha itu.

Menurut Husam, mereka hanya berminat untuk menjadi warga Negara dan bukannya sebagai pengundi, tetapi tiba-tiba pula mereka didaftarkan sebagai pemilih.

Menurutnya lagi, hasil maklumat yang diperolehi pihak tertentu menemui warga asing dari negara Bangladesh, China dan sebagainya dengan membawa borang untuk diisi sebagai warganegara tanpa menyelidiki latarbelakang golongan itu sama ada penjenayah atau sebaliknya.

Beliau menambah, konspirasi itu begitu membahayakan negara ini kerana ianya boleh mengancam keselamatan dan kestabilan negara pada masa akan datang.

Sehubungan itu parti-parti politik khususnya dari Pakatan Rakyat perlu merangka gerakerja yang lebih terkehadapan bagi menangani perkara ini
.

"Ianya tidak begitu sukar memandangkan JPN sendiri telah mengakuinya sebelum ini berhubung pendaftaran terbabit,"ujarnya.

Beliau juga turut melahirkan dukacita di atas kegagalan JPN membuat kenyataan berhubung jumlah warga asing mengikut negara di samping tempoh permohonan sebagai pemilih sebelum ianya disahkan.

Katanya rakyat Malaysia perlu membuat bantahan berhubung perkara itu kerana ianya merupakan tindakan bahaya.

Najib PM Terakhir: Faktor Rosmah & Pola Sarawak Petanda BN The End

Posted: 12 Aug 2011 08:00 AM PDT

Saya cuma nak tegur PM, kata penulis buku 'Najib Perdana Menteri Terakhir'

Buku "Najib Perdana Menteri Terakhir" tulisan seorang ahli Umno. — Foto Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Penulis buku "Najib Perdana Menteri Terakhir" berkata beliau menghasilkan buku setebal lebih 300 halaman hanya untuk menegur agar Datuk Seri Najib Razak membetulkan segala kelemahannya selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno sebelum keadaan menjadi parah.

Buku 25 bab ini dikeluarkan ketika kepimpinan Najib masuk tahun ketiga dan spekulasi menyebut pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa.

Petang ini, Najib mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato' Onn.

Malah buku ini berada di pasaran ketika timbul desas-desus Umno berhadapan dengan masalah dalaman, yang telah pun dinafikan oleh beberapa pemimpin kanan parti itu.

Minggu lalu, Persatuan Bekas-bekas Wakil Rakyat Umno (Penawar) juga menafikan laporan blog bahawa pihaknya telah memutuskan untuk meminta Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

"Saya hanya menulis untuk menegur Datuk Seri Najib selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri. Saya tidak mengkritik parti.

"Apa yang saya sampaikan cuma pandangan dan suara akar umbi dan rakyat.. saya cuma menyampaikan demi kepentingan parti," kata Shahbudin Husin (gambar) ketika ditanya mengapa menghasilkan buku yang dilihat sebagai tindakan mengkritik presiden parti sendiri.

Pemerhati melihat kritikan dalam bentuk buku ini muncul dalam tempoh singkat berbanding ketika kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi memimpin Umno dari 2003 hingga 2009.

Shahbudin, bekas naib ketua Pemuda Umno Wangsa Maju bertanya, "apa ruang yang saya ada untuk memberikan pandangan?"

"Dulu saya pernah memegang jawatan dalam bahagian, kami boleh sampaikan fikiran. Saya fikir ini cara untuk membawa pandangan dan suara rakyat kepada kepimpinan, kepada Datuk Seri Najib... saya tidak mengkritik Datuk Seri Najib, cuma menegur beliau," kata beliau yang juga bekas ahli jawatankuasa Umno Wangsa Maju.

Shahbudin juga mengakui bahawa beliau bersedia untuk menghadapi sebarang tindakan disiplin jika parti memutuskan demikian.

"Saya cuma nak selamatkan parti. Ini penting," katanya yang berusia awal 40-an.

Buku ini dengan tajuk penuh "Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN The End, Najib Perdana Menteri Terakhir..." dua tahun selepas Najib menjadi perdana menteri keenam.

Shahbudin merupakan memegang jawatan naib ketua Pemuda Umno dari 2004 hingga 2008.

"Sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib melakukan banyak kelemahan, disebabkan oleh kepimpinan, masalah yang disebabkan oleh isterinya (Datin Seri Rosmah)... ini orang bercakap, orang di bawah bercakap.

"Harapan saya ialah Datuk Seri Najib akan melakukan perubahan, membawa perubahan... jika tidak berubah, rakyat akan mengubah. Kata-kata ini beliau gunakan sebelum ini, saya harap beliau akan berubah, ini yang saya cuba sampaikan dalam buku saya," kata beliau sambil menambah, "saya lebih sayangkan parti, bukannya individu."

Di bahagian Bingkisan Penerbit, Shahbudin yang merupakan wartawan sebelum aktif dalam Umno berkata, "sudah lebih dua tahun Najib menjadi Perdana Menteri, namun Umno dan kerajaan yang dipimpinnya belum lagi menunjukkan tanda-tanda positif dari segi penerimaan rakyat."

"Jika dihitung, luahan rasa kecewa, tidak yakin malah keraguan lebih banyak kedengaran berbanding sanjungan dan keyakinan," kata Shahbudin.

"Umno dan kerajaan yang diterajui Najib dipertikai hampir dari semua sudut sebenarnya," kata beliau lagi sambil menggariskan alasan-alasan atas perkembangan itu.

"Dari kepimpinan yang terlalu bertolak ansur dan tidak tegas, Melayu rasa dipinggirkan, barisan Kabinet yang diragui, pentadbiran dibayangi skandal dan rasuah, ekonomi yang lembab, pelabur menjauhkan diri, harga minyak, gula dan barang naik, cenderung kepada dasar kronisme dan nepotisme sehinggalah kepada isu campur tangan isteri dan penglibatan beberapa pegawainya yang didakwa rasuah dan salah guna kuasa, semuanya menjurus kepada semakin meningkatnya ketidakyakinan rakyat terhadap beliau," kata penulis.

Beliau menambah, "tidak pernah dalam sejarah Malaysia, seorang Perdana Menteri diragui rakyat sebegini rupa," kata Shahbudin yang turut menolak andaian bahawa beliau dipengaruhi pihak-pihak tertentu dalam Umno agar menghasilkan buku politik ini.

"Tidak, tidak. Saya jumpa orang, hanya merangkumkan pandangan orang dalam bentuk analisis, malah ada yang berkata 'mengapa tidak beritahu awal, ada lagi input boleh diberikan'," katanya lagi.

"Ini menunjukkan ramai hendak memberi pandangan. Saya simpan untuk buku kedua saya," katanya lagi.

Shahbudin berkata, setelah lebih dua tahun menjadi Perdana Menteri dan pilihan raya umum ke-13 pula semakin menghampiri ambang pintu, "buku ini lahir dikira tepat waktunya untuk dijadikan sedikit pedoman buat rakyat negara ini."

Buku ini terdiri daripada 25 bab, termasuk yang bertajuk Sarawak Pemangkin Kejatuhan BN, Jangan Bimbang Jika Umno Tumbang, Menteri-menteri Yang Gagal, 1Malaysia Jadikan Melayu Kelas Kedua?, Juara Rakyat Program Syok Sendiri, Pengundi Muda-KJ Perlu Jadi Menteri, Rosmah Punca Rakyat Tolak Umno, Tun Siti Tak Menyibuk, Melayu Hilang Kuasa Atau Umno Hilang Kuasa, dan Najib Bukan 'Fighter'.

Shahbudin yang sedang menghasilkan buku kedua bertajuk "Kesilapan-kesilapan Najib" juga berkata, buku pertamanya bukan bertujuan memperlekeh Umno dan pemimpinnya dan bukan juga berupa pemberoan dividen percuma kepada pembangkang.

"Buku ini lahir tidak lain atas inisiatif sebagai rakyat Malaysia dan juga sebagai pembayar cukai yang sentiasa inginkan perubahan dan kebaikan untuk rakyat dan negara ini.

"Rakyat adalah keutamaan buku ini," katanya lagi. -TMI

Sebenarnya, Najib Lemah Zahir Dan Batin

Posted: 12 Aug 2011 06:10 AM PDT

Najib lemah zahir dan batin

Seperti mana kebanyakan rejim dihujung usia, penguasa nombor satu akan menjauhkan rakyat dengan fakta sebenar.

PETALING JAYA: Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin menganggap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai seorang pemimpin yang lemah dari segi zahir dan batin.

Beliau berkata Najib lemah zahir dan batin dalam bab pertahankan kedaulatan negara dan juga aspek pertahankan syarikat kepentingan negara.

"Terbaru pertukaran saham MAS dan Air Asia jelas menunjukkan kelemahan pengurusan syarikat negara. MAS dan AirAsia bertukar-tukar saham. Sebab saham AirAsia mahal dan saham MAS murah.

"Tune Air iaitu syarikat induk AirAsia mendapat 20.5 peratus saham MAS manakala Khazanah Nasional Bhd, syarikat induk MAS pula dapat 10 peratus saja saham AirAsia.

Pertukaran saham itu bernilai hampir RM2 bilion berdasarkan harga AirAsia RM3.95 seunit Jumaat lalu dan saham MAS RM1.60 seunit. Khazanah masih pegang 49 peratus saham MAS
.

"Percaya dan yakinlah jika Najib kekal berkuasa, dia yang berkiblat pengurusan ekonomi pasaran terbuka sepenuhnya pasti akan terus menggadaikan pegangan dan kawalan negara terhadap syarikat strategik," kata Badrul Hisham yang juga dikenali dengan panggilan Chegu Bard.

Dari aspek masa depan ekonomi negara kemampuan kabinet Najib untuk memacunya juga diragui apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nor Mohamed Yakcop memberitahu wartawan Jumaat lalu yang krisis kewangan Eropah dan kemerosotan ekonomi Amerika Syarikat tidak akan memberi kesan kepada ekonomi Malaysia. Ini jawapan ahli politik dangkal yang fikir politik domestik semata-mata.

"Adakah Menteri ini melihat kejatuhan harga saham di Bursa Malaysia, kemerosotan import oleh Amerika, kejatuhan pengeluaran perindustrian dan kenaikan harga barang pengguna tidak jejas ekonomi negara?

"Kita harus ingat respon menteri ini apabila ditanya mengenai pengucupan ekonomi negara pada 2009 tetapi sebelum itu kita mensasarkan pengembangan. Menteri boleh jawab 'tak sangka'. Adakah kabinet Malaysia diurus oleh bomoh atau ahli nujum yang hanya pakai jangkaan apa yang akan jadi seterusnya?
," tanya CheguBard.

Itu belum diambil kira bagaimana Najib lemah mempertahankan tanah strategik negara dari 'dirampas' Singapura.

Najib hanya peduli imej

CheguBard berkata, seperti mana kebanyakan rejim dihujung usia. Penguasa nombor satu akan menjauhkan rakyat dengan fakta sebenar. Rakyat akan disajikan dengan pelbagai cerita putar belit media.

"Dikhabarkan Najib mempunyai 11 pegawai media. Berapa banyak peruntukan rakyat untuk bela 11 orang pemuja Najib ini. Hampir semua mereka mempunyai pejabat dan kemudahan sendiri dengan menggunakan dana rakyat. Baru-baru ini laporan media online mendedahkan Najib telah menggunakan sejumlah wang untuk membiayai laporan media luar negara agar beliau dilihat positif.

"Najib harus sedar jika sebelum dia menjadi Perdana Menteri orang sering perkatakan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai kuat tidur dan menantunya Khairy Jamaluddin mengawal kerajaan. Kesempatan ini digunakan oleh orang Umno sendiri untuk menyingkirkan Abdullah.

"Kini lebih hebat lagi imej Najib dikenali sebagai seorang yang lemah zahir dan batin.

Bukan sahaja lemah mengendali negara dan pertahankan hak negara malah lemah mengawal isterinya sendiri. Bukan merupakan misteri lagi apabila setiap peringkat Umno menghebohkan cakap-cakap rahsia terbuka mengenai pelbagai perangai Rosmah Mansor.

"Seorang anak muda Cina mendahului senarai kroni ciptaan Rosmah. Ramai yang cakap kalau Najib lulus (sesuatu projek atau peruntukan) belum tentu dapat tapi kalau Rosmah lulus tentu dapat kerana Najib pasti akur," ujar CheguBard lagi.

CheguBard berkata Najib meminta rakyat berjimat dan dalam pada masa yang sama imej mewah Rosmah terus menghantui negara. Rosmah bukan sahaja akan jadi faktor kejatuhan Najib tetapi dia mampu memainkan peranan Imelda Marcos yang menjadi antara punca utama kejatuhan rejim Presiden Ferdinand Marcos di Filipina dahulu. -FMT


Najib, Rosmah muncul di mahkamah tapi untuk bagi tahu tak mahu ditemubual dan jadi saksi

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya hadir ke mahkamah tetapi enggan memberikan kerjasama untuk ditemubual peguam Anwar.

Karpal Singh yang bertindak sebagai peguam bela utama Ketua Umum KEADILAN itu berkata, kedua-duanya yang ditemui secara berasingan menyatakan mereka tidak mahu ditemuramah mahu pun menjadi saksi perbicaraan kes Fitnah II.

"Kedua-duanya memberitahu mereka tidak mahu ditemubual dan juga tidak mahu menjadi saksi.

"Saya tidak tahu kenapa mereka begitu takut untuk hadir ke mahkamah (dan menjadi saksi)," kata Karpal.

Najib dan Rosmah hadir ke mahkamah secara senyap-senyap dan bersembunyi kerana nama mereka tiada dalam senarai saksi yang akan ditemubual hari ini.

Malah, peguam Anwar juga sedikit terkejut apabila mengetahui mereka hadir ke mahkamah hari ini.

"Kami tak diberikan notis (lebih awal) tentang kehadiran beliau dan isteri.

"Lebih kurang lagi lima minit ke pukul tiga petang saya diberitahu polis yang PM dan isterinya sudah menunggu di bilik sebelah untuk ditemubual," kata Sankara Nair.

Selain Rosmah, peguam bela Anwar menemubual bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Rodhwan Yusof petang tadi, kata Karpal.

Mereka kini masih mempunyai baki enam orang saksi untuk ditemubual, kata Karpal.

Mereka termasuklah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, pemilik kondominium, Haji Hasanuddin Hamid dan isterinya, serta kakak ipar beliau, dan dua orang bekas pembantu rumahnya yang kini berada di Indonesia.

Sewaktu ditanya langkah seterusnya yang akan diambil peguam bela memandangkan Najib dan Rosmah enggan ditemubual, Karpal memberitahu perkara itu hanya akan diputuskan selepas semua saksi selesai ditemubual.

Namun, perbicaraan tidak dapat diteruskan Isnin ini kerana baki enam saksi itu.

"Kita akan minta hakim tangguh kes ke beberapa hari kemudian," kata Karpal. -TMI


Ulasan GB

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Kebenaran tetap kebenaran. Bahawa kemenangan UMNO BN di masa lalu adalah kemenangan yang penuh kepalsuan dan penipuan - bermula di Pekan - dan setiap sesuatu yang bertunjangkan dengan kerapuhan akan tumbang tersembam ke bumi.

UMNO BN akan berputih tulang beputih mata, rakyat tidak selamanya boleh diperbodohkan lagi. Tumbangnya UMNO BN bakal menjadi realiti - akibat kroni dan korupsi.

BSKL Menjunam : Persatuan Pengguna Saran Najib Ambil Ikhtibar

Posted: 12 Aug 2011 04:47 AM PDT

Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disarankan agar mengkaji semula kelemahan diri hingga menyebabkan kerugian ratusan bilion ringgit yang dialami pelabur di Bursa Kuala Lumpur (BSKL) sejak Jumaat lalu.

Malah menurut Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Dr Jacob George, kerugian yang dialami pelabur itu juga didakwa berpunca daripada keengganan dari pelabur terus melabur di Malaysia berikutan bimbang dengan agenda politik yang dimainkan Umno-BN.

Sehubungan itu, Dr Jacob berkata, antara faktor utama yang menyebabkan kejatuhan nilai mata wang luar ke dalam negara adalah dari segi 'Foreign Direct Investment' (FDI) sekaligus mengakibatkan kerugian besar kepada semua sektor dalam indusrtri pada waktu ini.

Walaupun (negara) stabil politiknya, kewangannya, pemerintah dan sebagainya tetapi apa yang dibaca di dalam surat khabar tentang politik-politik fitnah, caci, mengugut menjadi satu masalah yang begitu besar," katanya memberitahu Tv Selangor.

Menurut Dr Jacob lagi, melalui kajian yang dilakukan oleh pihaknya beliau mendapati pelabur mengikuti perkembangan semasa negara, terutamanya terhadap media aris perdana yang lantang mengutarakan berita yang langsung tidak memberi manfaat kepada Malaysia.

"Ini daripada sisatan kita sendiri, bila kita jumpa pelabur-pelabur mereka selalunya membaca surat khabar berhubung analisis ekonomi kedalaman dan daripada itulah mereka nak cuba untuk melabur tetapi kita mendapati sejak tahun 2008 politik negara kita menjadi seperti 'kanak-kanak di tadika',"
jelasnya.

"Ini adalah gambaran yang telah diberi kepada pelabur-pelabur."katanya.

Justeru itu, beliau memberi contoh negara serantau yang berdekatan dengan Malaysia iaitu Singapura yang telah mengambil pendekatan mengubah dasar mereka dengan begitu drastik atas kehendak rakyat yang inginkan dasar yang lebih mesra rakyat dan lebih terbuka.

Jelasnya, begitu juga di Indonesia yang kini mengamalkan konsep yang lebih matang dan tidak dikuasai oleh pemerintah sahaja.

"Contohnya Indonesia, hari ini kedudukan kewangan Indonesia akan naik dengan begitu tinggi sebab negara mereka nampak sebagai satu negara yang kuat,walaupun dulu mempunyai masalah bom dan sebagainya.

Mereka telah pulihkan ekonomi dan politik mereka serta menunjukkan politik yang matang di mana instituisi kerajaan dan sebagainya tidak dikongkong," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak peranan media prokerajaan dalam memainkan peranan dalam memfitnah negara sendiri.

Katanya, ini kerana disebabkan retorik politik untuk orang-orang kampung yang tidak boleh menerima kenyataan itulah politik di negara kita kini semakin tercemar.

Ujar Dr Jacob lagi, tindakan pentadbiran Najib memberikan taraf kewarganegaraan penuh kepada rakyat asing untuk dijadikan pengundi hantu jelas menunjukkan bahawa Malaysia kini lebih senang mengamalkan 'politik sarkas' dan mengakibatkan pelabur asing keluar melabur ke negara-negara serantau seperti Filipina, Vietnam, Kemboja dan Indonesia.

Tegas Dr Jacob lagi, antara isu-isu yang menjadi ikutan pelabur asing adalah dasar kerajaan yang sering kali berubah, apatah lagi dasar itu dibuat demi kepentingan politik semata.

"Ini akan membawa begitu banyak masalah di masa akan datang sebab polisi-polisi dan dasar-dasar yang kita nak buat adalah 'short-term' dan mempunyai kaitan dengan agenda politik. Pemimpin kita perlu tahu semua itu kerana mereka bukan budak kecil kerana dasar-dasar yang hendak dicapainya juga bukan untuk politik dan untuk satu-satu parti tetapi untuk negara."
tegasnya.

Malah katanya, jika keadaan seperti itu akan berterusan ia boleh mengakibatkan rakyat hidup dalam keadaan sengsara serta hilang pekerjaan berikutan terlalu banyak syarikat akan ditutup.

"Bila FDI dan pelabur kita keluar ke Vietnam, Thailand akan menyebabkan banyak syarikat-syarikat akan ditutup dan keluar dari negara kita dan akan mewujudkan masalah pengganguran."katanya.

Ujarnya lagi, kegawatan ekonomi akan berlaku jika tiada pemulihan yang dibuat oleh kerajaan, seperti yang berlaku pada tahun 1998.

Malah, kerajaan juga tidak wajar menyembunyikan kenyataan sebenar terhadap apa yang berlaku terhadap kedudukan ekonomi negara.

Tambahnya, beliau turut memuji pendekatan yang diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan Selangor dalam mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan strategi serta dasar yang lebih prihatin serta mendatangkan keuntungan kepada rakyat ekali gus menarik minat dan keyakinan para pelabur.



Tiada ulasan: