Rabu, 3 Ogos 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


WASPADA: DNA Babi Di Dalam Makanan

Posted: 03 Aug 2011 01:30 AM PDT

Golden Churn ada DNA babi

JAKIM, JAIS sah mentega dari New Zealand tidak halal

KUCHING: Kekeliruan mengenai status mentega 'Golden Churn Creamy Butter' terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.

Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.

Mesyuarat bagi membincangkan status mentega 'Golden Churn Creamy Butter' itu berlangsung di sini petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi. -BH


Kesan DNA babi

TAK HALAL... sosej pulut dan kepingan ayam yang diimport dari Thailand.


KANGAR: Sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.

Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.

"Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.


"Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan," katanya. -HM


Usaha Untuk Halang Dr Jeyakumar Tanding PRU13?

Posted: 03 Aug 2011 12:58 AM PDT

PSM6 didakwa, mohon dibicarakan

Enam aktivis PSM yang dibebaskan daripada tahanan mengikut Ordinan Darurat minggu lalu telah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth kerana memiliki dokumen subversif.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan ataupun pertuduhan pilihan Seksyen 48 (1) akta yang sama.

Aktivis yang dikenali sebagai 'PSM 6' itu juga menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 29(1) Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) kerana didakwa memiliki dokumen 'subversif'.

Hakim Kamal Hisham Mohd Tajuddin menetapkan jaminan pada RM8,000 setiap seorang sementara menunggu perbicaraan kes bermula 10 hingga 14 Oktober ini.

Keenam-enam mereka adalah ahli parlimen Sungai Siput Dr Jeyakumar Devaraj dan aktivis PSM yang lain iaitu Choo Chon Kai, Sarat Babu, M Sarasvathy, M Sukumaran, serta A Letchumanan.

Mereka akan dibicarakan bersama 24 aktivis PSM lain yang telah didakwa sebelum ini.

Menurut peruntukan Seksyen 48, mana-mana orang yang didapati bertindak bagi pihak ataupun mewakili sesebuah pertubuhan haram dengan membawa bersama mereka 600 salinan risalah boleh dihukum maksimun lima tahun penjara ataupun denda RM5,000, atau kedua-duanya.

Sementara Seksyen 43 pula memperuntukkan seseorang yang menjadi ahli, menghadiri mesyuarat atau membantu sebuah pertubuhan haram boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun atau didenda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Tuduhan yang sama juga dikenakan ke atas 24 aktivis lain yang dithana di Sungai Dua, Pulau Pinang ketika dalam perjalanan ke program jelajah 'Udah Bersaralah' pada 25 Jun lalu.

Semua 30 aktivis itu pada mulanya dituduh cuba melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong tetapi ia kemudiannya digugurkan. Mereka didakwa pula menjadi ancaman kepada kenteteraman awam.

Polis kemudian mendakwa keenam-enamnya ditahan kerana "peranan utama" mereka pada perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu. Semua mereka dibebaskan pada 29 Julai
.

Ulasan GB

Ramai berpersepsi bahawa tindakan KDN mengheret PSM6 ke mahkamah adalah langkah pihak parti pemerintah untuk menghalang Dr Jayekumar daripada bertanding di dalam PRU13 nanti.

Di dalam PRU12 lepas, Dr. Jeyakumar Devaraj (PKR) telah memperolehi 16,458 undi mengalahkan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu (BN) yang menerima 14,637 undi sementara calon Bebas Nor Rizan Onn menerima 864.

Melihat kepada perkembangan mutakhir dimana Najib melantik Presiden MIC sebagai menteri penuh, ia disifatkan oleh pemerhati politik sebagai sebahagian usaha Najib untuk memenangi hati kaum India. MIC pula menggunakan kesempatan itu untuk meraih semula sokongan masyarakat India kepada MIC yang hilang sewaktu PRU!@ yag lepas dan meminta BN tidak mengiktirafkan parti-parti kaum India yang lain seperti PPP dan IPF.

Justeru, penangkapan dan pendakwaan anggota PSM ini dilihat lebih bersifat politik bukan di atas isu keselamatan negara seperti didakwa polis.

Shuhardi: 'Saya Memang Pengsan Terhidu Gas'

Posted: 02 Aug 2011 10:58 PM PDT

Polis merakamkan kenyataan Shuhardi Mat Isa yang dilapor didakwa berlakon sebagai Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan 9 Julai lepas.

Menurut Shuhardi, lima anggota polis, termasuk seorang berpangkat inspektor, daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi mengunjungi rumahnya di Taman Ixora, Bandar Baru Salah Tinggi pada jam 11.30 malam tadi.

"Saya ditanya pelbagai soalan ketika disiasat hampir tiga jam. Saya jawab semua soalan," katanya sambil memberitahu sesi itu hampir tiga jam bermula jam 11 malam hingga 1.30 pagi.

Kelmarin, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis menyiasat perkara itu setelah menerima dua laporan di IPD Dang Wangi dan Cheras, bawah seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Laporan mengenainya juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Multimedia iaitu kesalahan yang melibatkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

Shuhardi, seorang peserta dalam perhimpunan itu dikatakan dimanipulasi sesetengah pihak dengan mendakwa dia Allahyarham Baharudin yang dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

'Saya memang pengsan'

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Suhardi berkata beliau ditemani anggota keluarga dan tanpa kehadiran peguam ketika sesi itu berjalan.

Ditanya tentang tempoh soal-siasatnya yang lama, Shuhardi menjelaskan, sepanjang sesi itu, beliau ditanyakan secara terperinci tentang penyertaannya daripada mula hingga akhir.

Pada hari itu, katanya, beliau dua kali pengsan sekitar Jalan Pudu, Kuala Lumpur akibat terlalu banyak terhidu gas pemedih mata.

"Bila saya sedar, saya berada di bahagian kecemasan Hospital Tung Shin. Kemudian anggota keluarga saya datang ambil," katanya.

Beliau menafikan berlakon sebagai Baharudin atau cuba menipu orang ramai.

"Saya memang pengsan pada hari itu," katanya yang juga setiausaha agung Persatuan Usahawan, Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop).

Shuhardi bagaimanapun tidak jelas beliau disiasat bawah peruntukan dalam seksyen apa. -mk

Kajian Dapati Pengguna Internet Explorer Miliki IQ Yang Rendah

Posted: 02 Aug 2011 09:25 PM PDT

New York, Amerika Syarikat (AS) - Satu kajian baharu mendapati para pengguna perisian Internet Explorer (IE) adalah bodoh kerana mereka memiliki purata tahap kecerdasan intelektual (IQ) cuma 80, lapor sebuah akhbar semalam.

Internet Explorer (IE) yang mula digunakan pada awal 1990-an merupakan sistem operasi komputer popular ciptaan firma Microsoft yang diterajui bilionair, Bill Gates.

Kajian tersebut dilakukan oleh firma perunding Kanada, AptiQuant yang menguji 101,326 orang berusia 16 tahun dan ke atas dari pelbagai negara termasuk AS, Kanada, Britain, Australia serta New Zealand.

Mereka diminta mengambil ujian IQ manakala sistem operasi dan lokasi komputer mereka direkodkan menerusi alamat protokol Internet (IP).

Kajian mendapati mereka yang menggunakan IE rata-ratanya hanya memiliki IQ cuma sekadar 80.

Menurut skala IQ, kepintaran manusia normal ialah 100 manakala angka 80 dan ke bawah menunjukkan seseorang itu mengalami terencat akal.

Kajian sama mendapati pengguna sistem operasi Firefox atau Google Chrome memiliki IQ melepasi tahap normal iaitu sekitar 110.

Pengguna sistem operasi Opera atau Camino dikategorikan sebagai paling bijak dengan tahap IQ sekitar 120.


Kajian tersebut merumuskan bahawa IE masih popular dalam kalangan jutaan pengguna kerana ia mudah dan seseorang itu tidak memerlukan IQ yang tinggi untuk menggunankannya. - Agensi

MYKAD: Lelong, Lelong... Mudah & Murahnya Pemberian Taraf WARGANEGARA

Posted: 02 Aug 2011 07:50 PM PDT

MyPR-MyKad: PAS dakwa sindiket dilindungi BN hadapi PRU-13

KUALA LUMPUR, 3 Ogos — PAS mendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menukar status kewarganegaraan dalam kadar yang cepat sambil menyifatkan ia dilakukan oleh "sindiket" yang dilindungi Barisan Nasional (BN) demi mengekalkan kemenangan pada pilihan raya umum ke-13.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, langkah JPN "membenarkan" pemastautin tetap menukar status kepada warganegara adalah amat tidak bertanggungjawab.

Selain itu, beliau percaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut terlibat dalam "sindiket" itu.

"Perbuatan ini amat tidak bertanggungjawab dan saya tidak tahu bagaimana JPN boleh menukar status pemastautin tetap dalam tempoh hanya beberapa jam.

"Saya percaya ia dilakukan oleh sindiket, yang mana SPR, JPN dan sindiket ini yang beri laluan (untuk menukar status) selain diberi perlindungan oleh BN,"
katanya kepada The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini menambah, pihaknya masih mengumpulkan maklumat lanjut mengenai perkara itu sambil menambah, ia juga berlaku di negeri-negeri lain sebagai persediaan BN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan penghujung tahun ini.

"Bagaimana seorang pemastautin tetap yang memegang kad pengenalan merah (MyPR) boleh tukar status dalam masa yang singkat? Sudah pasti ia dilakukan oleh sindiket yang mendapat perlindungan daripada kerajaan untuk menjadikan mereka ini sebagai pengundi.

"Kita ada bukti ... dan kita juga sedang mengumpulkan maklumat lanjut mengenai perkara ini, kita juga akan semak daftar pemilih untuk pastikan perkara yang sebenar," katanya.

Tambah Salahuddin, tindakan menukar status kewarganegaraan membuktikan BN adalah parti yang tidak bermaruah dan sanggup menang dengan apa jua cara termasuk "permainan kotor."

Semalam PAS Wilayah Persekutuan mendedahkan telah mengenal pasti 52 nama dalam daftar pemilih yang mana kesemua mereka adalah pemastautin tetap tetapi bertukar status apabila disemak dalam sistem SPR.

Kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya Wilayan Persekutuan Abdul Halim Hassan, pihaknya telah menyemak status kesemua individu itu pada sebelah pagi dalam sistem JPN dan ia mengatakan mereka adalah pemastautin tetap.

Bagaimanapun apabila menyemak di pejabat SPR Wilayah Persekutuan pada sebelah petang, kesemua pemegang kad pengenalan MyPR itu bertukar kepada warganegara dan boleh mengundi.

Perkara sama juga pernah dibangkitkan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor dan Kelantan berhubung pengundi hantu dan pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

Selain itu, Pakatan Rakyat juga mendakwa BN mendaftarkan warga asing sebagai rakyat negara ini melalui operasi "MyDaftar."

Sementara itu, Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilasasi Dewan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kaiat menegaskan, sistem biometrik yang diperkenalkan SPR tidak harus dilaksanakan "penipuan dan penyelewengan" telah berlaku di peringkat dasar.

"SPR cadang sistem biometrik tapi apa yang kita tahu data pengundi akan diambil daripada sistem data JPN, kalau JPN boleh menukar status kewarganegaraan jadi apa lagi yang kita boleh haramkan dengan sistem biometrik ini?

"Apa jaminan sistem biometrik ini kalau JPN boleh memanipulasikan status kewarganegaraan yang mana pemastautin tetap boleh bertukar kepada warganegara dalam masa yang sangat singkat ... beberapa jam sahaja," katanya.

Bagaimanapun beliau berkata Putrajaya masih mempunyai masa untuk melakukan perubahan dengan melaksanakan lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

"(Kerajaan) masih ada masa ... masih ada masa untuk buat perubahan, tuntutan Bersih 2.0 perlu dilaksanakan sekiranya kerajaan benar-benar serius mahu buat perubahan.

"Kerajaan perlu lakukan reformasi agensi kerajaan secara besar-besaran," kata Suhaizan.

Jelas beliau, pihaknya setakat ini telah mengenal pasti ribuan pemastautin tetap telah bertukar status kewarganegaraan dengan Selangor mencatat jumlah tertinggi.

"Kita ada semua maklumat ini, kita ada beribu nama pemastautin tetap ini, seluruh Semenanjung Malaysia ada dan setakat ini kita masih belum menerima maklumat tentang sabah dan Sarawak.

"Apa-apa pun kita akan terus mengumpulkan maklumat dan saya minta agar kerajaan serius," katanya. -TMI


[Video] 8TV Siarkan Iklan Rasis Dibidas, Iklan Ditarik Balik

Posted: 02 Aug 2011 05:00 PM PDT

Ramadan: Ekoran kecaman, Media Prima tarik balik iklan rasis

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Ekoran tekanan daripada orang ramai, Media Prima Bhd memutuskan untuk menggugurkan iklan sempena Ramadan, yang disifatkan banyak pihak sebagai berbaur rasis dan mencetuskan rasa kurang senang di kalangan rakyat pelbagai kaum.

Ketua pegawai operasi Media Prima Ahmad Izham Omar mengumumkan keputusan itu menerusi Twitter ekoran kritikan pelbagai pihak sejak awal hari ini.

"OK kawan-kawan. Kami menarik balik iklan itu. Terima kasih atas keprihatinan anda," kata Ahmad Izham dalam mesejnya yang dikeluarkan menerus Twitter pada pukul 3.40 petang tadi.

Ahmad Izham kelihatan mengambil ringan isu ini dengan mengubah topik perbincangan tujuh minit kemudian.

"Dan, sekarang perkara lebih penting ... adakah satu seksyen bunyi hon lebih baik berbanding empat trombon? Atau hanya tiga trombon sudah memadai?" tulis beliau lagi.

Awal hari ini, bekas ketua eksekutif 8tv ini cuba meredakan keadaan dengan meminta orang tidak membesarkan iklan berkenaan yang menasihatkan bukan Islam supaya bersopan ketika bulan Ramadan.

Diterbitkan sebagai pengumuman perkhidmatan publik menerusi 8tv, tiga iklan menggambarkan seorang budak perempuan 'Cina' makan secara terbuka, mengenakan pakaian kurang sopan dan kurang beradab ketika Ramadan seolah-olah mencetuskan kurang senang di kalangan umat Islam.

Umat Islam di negara ini berpuasa sejak semalam selama sebulan.

Iklan-iklan itu mengesyorkan agar bukan Islam menjauhkan diri daripada tingkah laku sedemikian dan mahu mereka memahami dan menghormati bulan Ramadan.

Tahun ini, Media Prima berhadapan dengan kritikan apabila menyiarkan iklan sempena Aidilfitri, didakwa membawa gambaran dan mesej penganut Kristian.

Iklan itu turut ditarik balik ekoran kritikan orang ramai khususnya kalangan Muslim. -TMI


Ramadan ads: Of armpits and morality

Local station 8TV has come out with Ramadan advertisements that appear to be condescending to a particular race.

PETALING JAYA: A local television station has come out with Ramadan advertisements that appear to be condescending to a particular race.

Released as public service announcements (PSA) on YouTube, the 8TV advertisements depict a socially-inept Chinese woman embarrassing others at a Ramadan Bazaar.

Each PSA then comes with a moral lesson, with the woman instantly changing her ways to suit the advertisement's message.

In one episode, the woman dressed in a sleeveless singlet openly showed her armpits to passers-by while she fiddled with a bunch of bananas. The armpits, however, were censored.

"Wow, I feel like I'm the centre of attention! I love it! And I love you all!" she says, as people around her avert their eyes.

The video is then slapped with a message that says: "Do not wear tight and revealing clothes."

A few seconds later, the woman is then seen clad in a baju kurung, with a complete change of attitude.

A message that says "Do wear appropriate attire" then shows up on the screen.

Another episode shows the same Chinese woman eating cakes straight out of a hawker's table, with the accompanying message: "Do not be greedy and eat in public."

A third PSA highlights the apparent lack of manners, with the Chinese woman caressing a female seller's arms, humming as she says: "I love you, makcik."

Proceeding to slap a Malay male hawker selling watermelons on the shoulder, she then loudly exclaims: "Pakcik, ada diskaun kah? (Uncle, do you have a discount?)"

When FMT called 8TV for comment, a spokesperson said that the station would respond within a matter of minutes.

However, FMT noticed that the PSAs were removed from YouTube less than 10 minutes later.

(The user who originally posted the videos was known by the nickname "SanRandhawa".)

Queried in a later call about the videos' disappearance, the same spokesperson said: "We're not very sure. Sometimes we get complaints from Facebook telling us to take off the videos."

The spokesperson then declined any further comment.

CEO: Don't over-analyse

However, Media Prima chief operating office Ahmad Izham Omar tweeted later in the day that the TV station was retracting the Ramadan ads.

"Ok guys. We're pulling out the ads. Thank you very much for your concern," he said under his Twitter handle, AhmadIzhamOmar.

He said this after telling his Twitter followers not to "overanalyse" the controversial 8TV ads.

"Chill guys. Don't overthink the ads. Its written, produced and directed by a multi-racial team. If you overanalyse, anything will be bad," Ahmad tweeted.

PAS MP: Ads in bad taste

PAS' Kuala Selangor MP Dzulkefly Ahmad said that the three ads were done in "bad taste".

"The ads have been done in bad taste. It is giving negative publicity to Muslims, and not enhancing the good will to Muslims," he told FMT.

He added that Media Prima owed the public an apology over the matter.

He also referred to last year's TV3 Hari Raya advertisement in September, which portrayed Santa Claus in a Muslim setting. After a public outcry, TV3 withdrew the clip.

Dzulkefly said the 8TV advertisements gave viewers the impression that Muslims were coercing non-Muslims into adhering to their practices.

He said that if non-Muslims wanted to follow Muslim principles, especially during Ramadan, they were free to or not to do so.

"If they want to give you that respect out of their good will, it's their choice," he said.

Umno Kota Belud MP Abdul Rahman Dahlan however advised the public to put the episode behind them, especially with Media Prima taking off the ads.

"A society which is able to laugh and poke fun at itself is a confident, open and matured society," he said. He added that Malaysians had bigger things to worry about.
"Media Prima seems to have taken the ads off the air. I hope everyone will let it rest," he said.

Wholly Umno-owned Media Prima controls the TV3, 8TV, ntv7 and TV9 television stations. It also owns the Fly FM, Hot FM and One FM radio network.

Facebook criticism

Meanwhile, 8TV has also come under fire from its fans, with many of them criticising the station's released PSAs on its Facebook page.

One fan known as Azrul Mohd Khalib said that the station's ads were tinged with racism.

"I am a Muslim who is also fasting. I see no need for these ridiculous ads which have a racist tone. This being a holy month too."

"It is an insult to Muslims. But it is especially insulting to those who are non-Muslims," he wrote, demanding (at the time) for 8TV to retract the ads.

Angie Teoh, another 8TV fan however, was convinced that the damage was already done.

"I was totally insulted by your so-called PSA ads. Your pulling the now doesn't mean a thing."

"It is not an overnight process to produce them and a decision was made to air them," she said, calling for the company to make a public apology.

Another fan, Shamyl Othman was incensed with the ads, which he said trivialised the importance of the holy month of Ramadan.

"8TV, your Ramadan PSAs are dumb and insulting to both non-Muslims and Muslims. All three should be taken off the air."

"Not only are they done in bad taste on so many levels, but they are totally irrelevant and trivialises the significance of Ramadan," he said.





Parlimen Tak Patut Bubar Selagi Kepincangan Proses Pilihanraya Tidak Dibersihkan

Posted: 02 Aug 2011 03:45 PM PDT

Jangan bubar Parlimen: Mahfuz

Parlimen tidak sewajarnya dibubarkan selagi kepincangan yang wujud di dalam proses pilihan raya tidak diatasi sepenuhnya.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, berikutan perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan 9 Julai lalu, semakin banyak kepincangan dalam proses pilihan raya yang terdedah.

Menurutnya, situasi itu membuktikan bahawa dakwaan Bersih 2.0 mengenai kepincangan dalam pilihan raya adalah benar dan ia turut diakui Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

"Disebabkan SPR sendiri mengakui (wujudnya kepincangan), saya ingin meminta pilihan raya tidak diadakan dan Parlimen tidak boleh dibubarkan selagi semua (kepincangan) proses ini tidak diatasi.

"Maknanya, kita mahu pilihan raya umum akan datang adalah pilihan raya yang betul-betul demokratik," katanya kepada Sinar Harian, sewaktu menghadiri majlis pertemuan dengan masyarakat di kawasan Pokok Sena, malam kelmarin.

Mahfuz, yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, beliau bersependapat dengan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga yang menyatakan tuntutan Bersih 2.0 bukan bertujuan melihat parti mana yang menang.

"Yang penting kemenangan itu adalah benar-benar telus, bersih dan demokrasi, demi kepentingan rakyat," katanya.


Haram jika Najib panggil PRU-13 tanpa reformasi pilihan raya, kata Nurul

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Pemimpin Pakatan Rakyat meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengadakan pilihan raya umum ke-13 tanpa melakukan pembaharuan pilihan raya yang dituntut rakyat termasuk janjinya Ahad lalu.

Ahad lalu, Najib berkata beliau juga komited untuk menangani isu pengundi hantu menjelang pilihan umum ke-13 — salah satu aspek yang ditekankan oleh pembangkang selama ini.

Kata Perdana Menteri, sistem biometrik yang akan diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menjadi kaedah terbaik mengatasi perkara itu yang sentiasa dibangkitkan oleh pembangkang.

Justeru kata Najib, pentadbirannya juga mahu memastikan agar transformasi pilihan raya dilakukan SPR.

Sehubungan itu tegas Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar (gambar), adalah tidak bermoral dan haram bagi Najib untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 tanpa melaksanakan refomasi pilihan raya yang perlu bagi memastikan pilihan raya yang bersih dan adil.

"Pilihan raya yang bersih dan adil merupakan prasyarat di dalam sistem demokrasi yang moden; ke arah mereleasasikan mandat sebenar daripada para pengundi untuk memilih kerajaan yang memerintah hari ini.

"Oleh itu, saya ingin menyatakan bahawa jika YAB dan BN dipilih secara bebas dan adil sebagai kerajaan, maka menjadi tanggungjawab saya untuk berkhidmat sebagai pembangkang yang setia kepada negara," kata beliau yang juga Ahli

Parlimen Lembah Pantai dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Nurul Izzah juga berkata, sebagai peringatan dan imbauan sejarah, rakyat tidak pernah memilih Najib sebagai perdana menteri dan oleh itu, peluang untuk melaksanakan reformasi pilihan raya menyeluruh ini merupakan peluang terbaik untuk menerima mandat dari rakyat untuk memerintah.

"Pelaksanaan reformasi pilihan raya yang berani ini juga memberi isyarat bahawa YAB (Najib) tidak lagi terbuka kepada ugutan oleh elemen-elemen pelampau berhaluan kanan yang telah menyekat refomasi untuk Malaysia yang lebih baik.

Wakil rakyat penggal pertama ini berkata Najib juga perlu menyelami hati nurani dengan menyedari bahawa pelaksanaan reformasi sistem pilihan raya akan memastikan beliau mendapat pengesahan daripada rakyat bukan daripada mereka yang ingin merampas "takhta politik YAB."

Katanya, dengan melaksanakan tanggungjawab moral ini, YAB secara efektif memenuhi syarat-syarat di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

"Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB sekurang-kurangnya kerana menyenaraikan refomrasi pilihan raya sebagai perkara yang memerlukan tindakan segera dan secara jujur berharap YAB akan melaksanakan lapan tuntutan yang dibuat oleh Bersih 2.0 sebelum pilihan raya umum ke-13," kata beliau lagi. -TMI


Konspirasi SPR & JPN. Daftarkan Pendatang Asing Sebagai Pengundi

Posted: 02 Aug 2011 08:07 AM PDT

Pengundi baru: Pagi tadi PR, petang ini warganegara

Kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia nampaknya telahpun menjadi warganegara.

Dia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran pendaftarannya sebagai pengundi, direkodkan.

Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.

Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.

Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang - pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum. -mk


PR didaftar sebagai pengundi

Meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berulang kali menjamin bahawa tiada warga asing dibenar berdaftar sebagai pengundi, sistem pengesahan Jabatan Pendafaran Negara dan SPR menunjukkan sebaliknya.

Seorang pemegang status penduduk tetap (PR) diterima sebagai pengundi baru di Ijok, kawasan yang disandang Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.



Malaysiakini dimaklumkan oleh pembaca bahawa PR bernama "Mismah" didaftarkan dalam daftar pemilih tambahan sekarang dan sedang dipamer kepada awam untuk diteliti.

Semakan dalam melalui sistem pengesahan dalam talian JPN dan SPR mengesahan dakwaan itu.



Sistem JPN yang membenarkan pengguna menyemak status individu dengan memasukkan nombor kad PR, menunjukkan Mismah (640704715238) seorang penduduk tetap.

Bagaimanapun, nombor sama yang disemak di sistem SPR mendapati Mismah pengundi baru.
-mk


Ulasan GB

Memang binatang punya kerja. Membuat kerja-kerja penipuan untuk memenangkan rejim BN yang ternyata korup.

Tidak mengapa. Kamu-kamu di dalam SPR dan JPN akan diheret nanti ke muka pengadilan. Jangan harap rakyat akan melepaskan kamu-kamu semua.

p/s Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai Ketua Pembangkang perlu pro-aktif di dalam isu sebegini dengan membuat keputusan segera tentang langkah yang perlu diambil sebelum nasi menjadi bubur, sebelum PR dikalahkan dengan penipuan.

Perlu lantik Jawatankuasa adhoc PR khusus dan komprehensif untuk hal ini.

Berdasar bukti-bukti yang sedia ada, SPR dan JPN perlu diheret ke muka pengadilan sesegera munkin.



Najib Tipu Rakyat Lagi, Tak Pernah Pun Tawarkan Stadium

Posted: 02 Aug 2011 07:20 AM PDT

Najib Tidak Pernah Tawar Stadium Shah Alam - Maria Chin

SHAH ALAM 2 OGOS : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah menawarkan Stadium Shah Alam kepada sekretariat Bersih 2.0 untuk mengadakan himpunan aman rakyat menuntut penambahbaikan dalam sistem pilihan raya negara.

Ahli sekretariat Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata Najib jelas mahu kembali meraih kepercayaan rakyat dengan menyatakan beliau menawarkan stadium tersebut tetapi ditolak sekretariat.

"Itu adalah fakta, kalau dia masih nak teruskan dia ada cakap demikian bagi kita buktilah dalam media di mana dia kata (tawar stadium) Shah Alam?," tegas Maria.

Maria mengakui, Najib memang menawarkan himpunan aman tersebut dilakukan didalam stadium, namun beliau tidak sesekali pernah menamakan stadium yang dimaksudkannya, sehinggalah sekretariat berkeputusan mahu menjayakannya di Stadium Merdeka, yang terletak di Kuala Lumpur.

"Saya rasa sangat kecewa apabila beliau (Najib) memutar-belitkan kenyataan sebelum ini yang beliau (ada) tawarkan Stadium Shah Alam, dalam kenyataannya sebelum ini Najib tidak pernah menyebut atau menawarkan mana-mana stadium sehingga kami (penganjur Bersih) memutuskan memilih stadium Merdeka.

Najib harus memberitahu perkara sebenar," kata Maria. Najib semasa merasmikan Persidangan Tahunan Pemimpin Mahasiswa Malaysia Summit (MSLS) Kelima kelmarin menyatakan beliau sebenarnya mahu menawarkan Stadium Shah Alam untuk himpunan tersebut, namun ditolak.

"Kita cadangkan stadium tapi tidak diterima, mereka masih mahu turun ke jalan. "Dalam pemikiran saya, saya mahu berikan Stadium Shah Alam tapi mereka tolak," kata Najib.

Najib juga berkata, beliau menawarkan untuk himpunan aman tersebut diadakan didalam stadium ekoran ia adalah saluran yang betul dan menjamin keselamatan peserta himpunan.

"Kita mahu ia (perhimpunan) dilakukan ikut saluran yang betul, sebab itu kita tawarkan stadium. Mengapa kita tawarkan stadium? Supaya mereka boleh berucap dan tidak turun ke jalanan kerana tiada sesiapa yang boleh jamin perhimpunan di jalan tidak akan timbulkan apa-apa masalah," jelas Najib.

Mengulas kenyataan Najib itu, Maria berkata sebaik sahaja dinasihati Yang Di-Pertuan Agong (YDPA), Tuanku Mizan Zainal Abidin agar mengadakan himpunan tersebut didalam stadium, sekretariat akur dan memilih Stadium Merdeka.

Namun, tatkala itu Najib mengubah kenyataannya dan berkata, mana- mana pertubuhan yang ingin melakukan himpunan mestilah berdaftar dibawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Tindakan 'flip- flop' Najib itu mengundang pelbagai kritikan daripada 62 Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO), pemimpin Pakatan Rakyat dan rakyat marhaen.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibarhim sebelum ini menawarkan Stadium Shah Alam untuk menjayakan himpunan tersebut, namun setelah mengambil kira banyak faktor, sekretariat Bersih 2.0 memilih Stadium Merdeka. -tvsnews




Rakyat Sudah Tidak Takut, Malah Bangga Dapat Serta BERS✔H 2.0

Posted: 02 Aug 2011 05:24 AM PDT

Dari Ops Lalang ke 709: Suasana ketakutan hilang...

Perhimpunan BERSIH 2.0 membuka lembaran baru gerakan sosial negara kita. Rakyat ghairah berkongsi kisah 709, sama ada di warong mamak mahupun di alam siber. Kini, keenam-enam orang tahanan di bawah Ordinan Darurat telah dibebaskan. Persoalannya, adakah bahang gerakan sosial ini akan dikekal hangat, ataupun dibubuhkan noktah begitu sahaja?

Pemerhati politik, Tang Ah Chai menganggap sama ada gerakan ini dikekalkan atau tidak, bergantung kepada sikap kerajaan (untuk menekan atau tidak gerakan ini) dan pertubuhan masyarakat sivil (lebih proaktif untuk mengekalkan kehangatan gerakan ini).

Tang berkata, sebelum ini, kerajaan dan polis telah memaklumkan bahawa tindakan akan diambil terhadap peserta perhimpunan BERSIH 2.0 dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM). Seandainya Peguam Negara mendakwa mereka ke mahkamah, maka aktiviti akan dipergiatkan untuk menunjukkan "solidariti" kepada mereka. Selain itu, gerakan ini boleh dikekalkan, seandainya BERSIH 2.0 mengutarakan halatuju reformasi yang jelas - maka rakyat mempunyai ruang untuk melibatkan diri dan menyatakan sokongan mereka.

Perkembangan gerakan BERSIH 2.0 sepanjang tempoh dua bulan ini memperlihatkan banyak perkembangan yang positif, terutamanya apabila rakyat tidak lagi diselubungi rasa takut, menurut pengamatan beliau. Tang Ah Chai membandingkan 709 dengan Operasi Lalang pada tahun 1987, yang mana suasana ketakutan tidak lagi menyelubungi masyarakat. Apa yang wujud adalah suasana ketakutan yang cuba ditimbulkan kerajaan.

Beliau menambah, rakyat menjadi takut dan berdiam diri ketika Operasi Lalang. Pimpinan pertubuhan cuba larikan diri ke luar negeri, sebagai alasan untuk mengelakkan diri daripada menyatakan pendirian. Terlalu sedikit yang sanggup menyatakan pendirian, apatah lagi sokongan. Kini, rakyat secara terbuka menyatakan hasrat untuk turun ke jalan raya, malah berkongsi pengalaman dirinya berdemonstrasi dengan rakan-rakan mereka.

"Peserta melihat penglibatan dirinya sebagai satu kebanggaan. Mereka menulis di Facebook, berkongsi dan berbincang isu ini dengan kawan dan ahli keluarga. Mereka mengambil peluang berkongsi kebanggaan dirinya untuk berada dalam perhimpunan tersebut, malah sudi berkongsi dengan nama dirinya yang sebenar," kata Tang Ah Chai.

Beliau berkata, puluhan ribu turun ke jalan raya meskipun polis dan kerajaan mencuba sedaya upaya untuk menyekat kemaraan rakyat, di samping penangkapan secara besar-besaran. Ini menunjukkan bahawa rakyat telah membebaskan diri daripada ketakutan, malah melihat perhimpunan ini sebagai manisfestasi patriotisme. Mereka melihat diri mereka menyumbang untuk memajukan negara. Jelas, ini satu kemajuan gerakan sosial jika dibandingkan dengan Operasi Lalang, 24 tahun yang lalu.

Menggarap imaginasi rakyat

Tang Ah Chai mengulas, selepas perhimpunan BERSIH 2.0, mana-mana perhimpunan yang diadakan mengundang reaksi yang positif dari kalangan rakyat, misalnya perhimpunan untuk menyatakan ketidakpuasan terhadap laporan Suruhanjaya Diraja siasatan kematian Teoh Beng Hock, perhimpunan mendesak pembebasan EO6 dan sebagainya. Usaha ini menampakkan kuasa rakyat di tempat masing-masing, dan ia juga berupa kemajuan yang besar.

Beliau berkata, cabaran terbesar gerakan sosial adalah untuk memastikan agar peserta kekal melibatkan diri. Daripada pengamatan beliau sepanjang beberapa minggu ini, beliau mendapati rakyat mula komited untuk terus menyertai aktiviti seumpama ini.

"Setiap orang mahu melakukan sesuatu. Setiap orang merasai sesuatu yang tidak kena dalam sistem kita - bukan sekadar Suruhanjaya Pilihan Raya, atau sistem pilihan raya. Maka setiap tindakan rakyat adalah proses untuk mencari jalan keluar, sama ada untuk dirinya atau negaranya," analisanya.

Beliau menganggap lapan tuntutan BERSIH 2.0, dan pimpinannya, terutamanya Ambiga Sreenevasan berjaya menggarap imaginasi ramai. Malah selepas perhimpunan, dua dialog antara Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga dengan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar, menambah keyakinan rakyat terhadap BERSIH 2.0.

Tang Ah Chai berkata, Ambiga berjaya mengolah tuntutan BERSIH 2.0 dengan fakta dan rasional, mendedahkan kepincangan yang wujud dalam SPR. Tindakan ini dengan sendirinya menyanggah tuduhan kerajaan bahawa peserta perhimpunan adalah perusuh, dan mengikut pemimpin mereka secara buta tuli, segala-galanya akan melabuh tirai setelah tamatnya perhimpunan. Sebaliknya, BERSIH 2.0 menyatakan dengan tegas pendiriannya untuk mereformasikan sistem pilihan raya.

Berbanding dengan BERSIH 2.0, PERKASA dan Pemuda UMNO memberi persepsi "buat kecoh", malah gagal menandingi imej bagaikan badut. Tang Ah Chai menganggap ini sebagai peluang pendidikan, untuk rakyat membezakan pendirian dan tindakan antara BERSIH 2.0, PERKASA dan Pemuda UMNO.

Usaha kekalkan kehangatan

Ketika membicarakan kejayaan BERSIH 2.0, Tang Ah Chai menganggap ia didorong halatuju reformasi yang jelas dan tuntutan yang konkrit. Lapan tuntutan yang dikemukakan adalah nyata - boleh diputuskan segera sama ada untuk melaksana atau tidak. Misalnya, SPR boleh memutuskan segera sama ada tempoh kempen boleh dipanjangkan kepada 21 hari.

Selain itu, perhimpunan BERSIH memberi kesempatan untuk tunjuk perasaan di jalan raya, mengamalkan hak asasi untuk berhimpun - dan bukan lagi sekadar demokrasi luaran seperti menulis surat untuk menyatakan ketidakpuasan. Lebih-lebih lagi, apabila golongan profesional dan tokoh agama tampil untuk memberi sokongan, ia amat memberangsangkan generasi muda.

Meskipun BERSIH 2.0 agak berjaya dalam hal ini, namun Tang Ah Chai menganggap ia harus merangkumi gerakan sosial dari bidang yang berlainan, saling membantu untuk menguatkan dan memantapkan lagi gerakan itu. Justeru itu, kuasa masyarakat sivil akan semakin matang jikalau budaya ini berkembang. -MR

Ulasan GB

Apabila rakyat sudah tidak takut maka ia satu permulaan bagi satu era baru... iaitu keruntuhan penjajahan.

Rakyat telah dijajah sekian lama oleh rejim BN dengan menanamkan perasaan TAKUT di dalam minda rakyat. Dengan ISA, dengan Ordinan Darurat, dengan keganasan polis, dengan lagak SPRM, dengan kehitaman institusi kehakiman, dengan ugutan menteri-menteri terutama Menteri Dalam Negeri & Menteri Pengajian Tinggi, dengan penipuan PM dan TPM.

UMNO BN memperbodohkan sekalian rakyat sepertimana mereka telah memperbodohkan ahli mereka. Mereka masih berada di era jahiliyah, di era zaman purba. Menggunakan undang-undang rimba untuk menyekat kebangkitan rakyat.

Inilah seruan GB berkali-kali: JANGAN TAKUT. Itulah kekuatan dalaman yang perlu ada JIKA kita inginkan perubahan.


Di Kulim, Seorang Pemuda Dibunuh Kerana Kutuk Kenalan Wanita Di Facebook

Posted: 02 Aug 2011 03:15 AM PDT

Perkenalan Maut

KULIM: Gara-gara mengutuk kenalan wanita dalam laman sosial facebook (FB), seorang lelaki mati selepas dua hari dimasukkan ke Hospital Kulim (HK) akibat koma kesan pendarahan dalam kepala akibat dihentak dengan topi keledar dalam satu pergaduhan di Taman Tiram, Lunas, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 8 malam, Mohd Amran Romli, 20, dikatakan diserang dua abang wanita itu di sebuah pasar raya di taman berkenaan.

Akibat kejadian itu, mangsa dikejarkan ke HK dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dua hari sebelum mangsa meninggal dunia kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 8 malam di belakang pasar raya di taman berkenaan.

Katanya, dua lelaki terbabit yang berusia 25 dan 26 tahun tidak puas hati selepas melihat mangsa mengutuk hal peribadi keluarga mereka. -hm


Kutuk di Facebook undang padah

Lelaki maut dibelasah abang kenalan wanita

KULIM: Akibat mengutuk hal peribadi keluarga kenalan wanitanya melalui laman sosial Facebook, seorang lelaki dibelasah hingga mati menggunakan topi keledar oleh dua lelaki yang dipercayai abang wanita itu.

Mangsa, Mohd Amran Romli, 20, dimasukkan ke Hospital Kulim selepas kejadian jam 8 malam, Jumaat lalu, di Taman Tiram, Lunas dekat sini, dan disahkan mati akibat pendarahan dalaman kepala, kelmarin.

Mohd Amran dikatakan diserang dua lelaki iaitu abang kepada kenalan wanitanya, masing-masing berusia 25 dan 26 tahun di belakang sebuah pasar raya di taman itu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh, berkata dalam pergaduhan itu kepala mangsa dihentak dengan kuat menggunakan topi keledar oleh suspek, menyebabkannya pengsan dan dikejarkan ke Hospital Kulim.

"Mangsa mengenali wanita itu melalui Facebook, tetapi selepas berhubung melalui laman berkenaan beberapa lama, hubungan mereka mula menghadapi masalah.

"Sejak itu mangsa dikatakan sering mengganggu kenalan wanitanya melalui Facebook, selain turut mengutuk hal peribadi keluarganya. Wanita itu kemudian mengadu perbuatan mangsa kepada dua abangnya.

"Sebaik mengetahui hal itu, abang wanita terbabit merancang satu perjumpaan dengan mangsa di belakang sebuah pasar raya untuk menyelesaikan masalah itu.

Bagaimanapun, berlaku pertengkaran dan mangsa dihentak dengan topi keledar sebelum pengsan," katanya ketika di hubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia petang kelmarin akibat perdarahan di kepala.

Kedua-dua suspek ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh. -BH


Tiada ulasan: