Selasa, 2 Ogos 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Selamba Merokok Depan Anak Kena Cekup

Posted: 02 Aug 2011 12:00 AM PDT

Baru sahaja Ramadan membuka tirainya, namun sudah ada umat Islam yang mencemarkan kesucian bulan ini dengan tidak berpuasa.

Semalam dengan selambanya seorang bapa merokok sambil memandu kereta dan cermin tingkap keretanya terbuka, lebih memalukan apabila isteri dan dua anak kecilnya juga ada bersama dalam kereta.

Dua kereta peronda JAIPP yang pada ketika itu sudah setengah hari melakukan operasi pesalah Ramadan kemudiannya serta merta mengarahkan lelaki itu berhenti ke tepi untuk diperiksa.

"Maaf ustaz, saya betul-betul ingat hari ini tidak puasa, hendak ambil tindakan pun tidak mengapa sebab saya memang lupa hari ini puasa', itulah alasan seorang bapa muda setelah ditahan Pegawai Penguat kuasa Agama (PPA) Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP).

Tetapi helahnya itu hanya sementara selepas Ketua Operasi dan Penguat kuasa JAIPP, Khairul Azman Azizan bertanyakan kenapa dia tidak bekerja hari ini (semalam).

Kemudiannya bapa muda itu menjawab 'Hari ini cuti ustaz, cuti peristiwa sebab Ramadan ustaz', jawapannya yang spontan itu menimbulkan rasa lucu dalam kalangan PPA JAIPP dan wartawan akhbar ini.

Alasannya lupa hari berpuasa akhirnya 'kantoi' juga kerana pada mulanya dikatakan tidak tahu hari pertama Ramadan, namun lelaki berkenaan tahu pula waktu bercuti ketika bermulanya Ramadan.

Bapa yang juga suami seharusnya menjadi contoh kepada anak dan isteri namun, dia pula tidak berpuasa.

Beliau menggelabah ketika wartawan merakamkan gambarnya ketika disoal siasat oleh PPA.

"Tak apalah saya mengaku bersalah dan boleh ambil kad pengenalan saya," katanya.

Lebih menyedihkan kerana ketika operasi dijalankan, anak-anak lelaki berkenaan yang masih kecil bersama dengan isterinya hanya terpinga-pinga melihat keadaan bapanya yang dikelilingi PPA JAIPP.

Lelaki yang berusia awal 30-an itu kemudiannya diberikan notis atas kesalahan mengikut Seksyen 15 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1996 atas kesalahan tidak menghormati Ramadan, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau tidak lebih enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali. -SH


Kain rentang ponteng puasa di 50 lokasi

GEORGETOWN: Sebagai peringatan kepada umat Islam, khususnya 'kaki ponteng puasa' supaya berpuasa pada bulan Ramadan, kerajaan negeri akan memasang kain rentang mengenai kesalahan ponteng berpuasa di 50 lokasi di seluruh negeri.

Pengerusi Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim (kanan), berkata Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAIPP) juga mempertingkatkan operasi penguatkuasaan secara lebih tegas.

Katanya, pemasangan kain rentang itu bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Islam mengenai kemuliaan Ramadan dan kewajipan menjalani ibadat puasa.

"Bahagian penguat kuasa JAIPP akan bergerak secara serentak di seluruh negeri ini yang membabitkan lima daerah dan mengawasi kawasan tertentu selain menjalankan risikan.

"Kami juga akan menjalankan Ops Jejak untuk mengesan premis yang menjual makanan kepada orang Islam di siang hari; Ops Cegah Maksiat bagi memantau aktiviti bertentangan Islam di rumah tumpangan, hotel dan premis hiburan, manakala Ops Ramal bagi mengesan kegiatan orang Islam dalam aktiviti perjudian," katanya pada sidang media di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa JAIPP, Jaafar Ismail.

Abdul Malik berkata, pihaknya juga akan memantau mana-mana orang Islam yang sengaja memasuki premis hiburan, termasuk yang meminum arak.

"Semua kesalahan terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 15 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang. Mereka yang tidak berpuasa dan tidak menghormati bulan Ramadan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kesalahan atau aktiviti maksiat pada Ramadan untuk membuat aduan melalui laman web E-Aduan Maksiat JAIPP di penguatkuasaanjaipp.blogspot.com atau menghubungi JAIPP 019-4256917 (pulau) atau 013-4419300 (Seberang Perai)," katanya. -BH


Hebat Dari Binatang, Bapa Rogol Anak Sendiri!

Posted: 01 Aug 2011 11:25 PM PDT

Pemandu lori sawit dituduh rogol anak

IPOH – Seorang pemandu lori sawit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol anak kandungnya berusia 15 tahun antara tahun 2009 hingga 13 Jun lalu.

Bapa kepada lima anak itu mengaku bersalah terhadap tuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Isa di hadapan Hakim Julie Lack Abdullah.

Dalam pertuduhan yang dibacakan, tertuduh yang berusia 50 tahun itu mempunyai isteri dan lima anak termasuk mangsa didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah tidak bernombor, Kampung Parit, Titi Gantung dekat sini.

Perbuatan tertuduh itu bukan sahaja menyalahi hukum agama, undang-undang dan adat malah boleh menjejaskan masa depan anak gadisnya yang masih bersekolah.

Berikutan itu dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 B(1) Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara tidak kurang enam dan tidak lebih 20 tahun serta sebat.

Bagaimanapun, hasrat tertuduh untuk bebas dengan ikat jamin tidak kesampaian apabila pihak pendakwaan membantah sebarang ikat jamin ke atasnya mengambil kira faktor keselamatan mangsa.

Nadiah mempertahankan bantahan jaminan itu dengan alasan mangsa dalam kejadian itu adalah anak perempuan tertuduh sendiri dan mereka tinggal serumah.

Selain itu, mangsa yang masih dirawat di Hospital Manjung akan pulang ke rumah dalam masa terdekat dan akan dijaga oleh ibunya.

Tertuduh yang hadir dengan hanya berbaju T biru dan berseluar jeans hitam dalam rayuannya memohon agar dia dibenarkan diikat jamin sementara menunggu tarikh sebutan seterusnya.

Dia yang tidak diwakili peguam dalam sebutan semalam berkata, sebagai ketua keluarga, dia terpaksa menyara isteri dan anak-anak serta merupakan penyumbang ekonomi keluarga yang utama.

Hadir sama menemani tertuduh adalah adik perempuannya namun kelibat ahli keluarganya tidak kelihatan.

Mengambil kira kepentingan awam dan menjamin keselamatan mangsa dalam kes ini, Julie Lack membenarkan bantahan ikat jamin terhadap tertuduh sebelum menetapkan 7 September ini sebagai sebutan semula kes bagi mendengar keputusan laporan perubatan mangsa. -SH

Kes Khalwat Salim Parlan: Salim Baru Mohon Pengesahan Poligami

Posted: 01 Aug 2011 09:25 PM PDT

Salim Parlan Mohon Pengesahan Poligami

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran berpoligami dan pengesahan pernikahannya yang didakwa berlaku di selatan Thailand.

Permohonan itu difailkan oleh Salim, 51, dan wanita yang ditangkap berkhalwat dengannya, Nur Diyana Norslan, 30, pada 21 Jun lalu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini dan permohonan itu disebut pada Isnin.

Pasangan terbabit diwakili oleh peguam syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang memaklumkan bahawa beliau menerima surat daripada Pihak Pendakwaan Syarie Jabatan Agama Pulau Pinang (JAIPP) yang memohon agar prosiding ditangguhkan.

Zainul Rijal juga memberitahu, pihaknya sehingga kini masih belum menerima sebarang maklumat berhubung hasrat pihak Pendakwa Syarie JAIPP untuk menjadi pencelah dalam permohonan oleh anak guamnya.

Hasrat pihak pendakwaan tersebut telah dimaklumkan oleh Ketua Pendakwa Syarie JAIPP, Mohd Zulkhairi Aziz pada prosiding terdahulu, tetapi difahamkan belum berbuat demikian sehingga kini.

Justeru itu, Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan menetapkan tempoh sehingga 18 Ogos ini untuk pihak Pendakwa Syarie JAIPP memfailkan permohonan sebagai pencelah dalam permohonan Salim.

Salim yang merupakan bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hadir di mahkamah bersama dengan Nur Diyana, yang merupakan bekas pembantu peribadinya.

Pada 19 April lalu, pasangan berkenaan masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Pulau Pinang atas tuduhan berkhalwat yang didakwa dilakukan di sebuah hotel mewah.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 5 pagi, 16 April lalu di bilik nombor 224, sebuah hotel di Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

Salim didakwa mengikut Seksyen 27(a) Enakmen Jenayah Syariah Neheri 1996 manakala pendakwaan terhadap Nur Diyana dibuat mengikut Seksyen 27(b) enakmen yang sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum denda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Salim dan Nur Diyana difahamkan telah berkahwin di luar negara dan akan mendaftarkan pernikahan tersebut dengan pengetahuan isteri pertamanya. -mstar


Adik Ini Jadi Buta Kerana Kecuaian Hospital, Bisul Dikatakan Gigitan Nyamuk

Posted: 01 Aug 2011 07:55 PM PDT

Buta akibat bisul lambat dirawat

Gombak – Seorang kanak-kanak, Putri Nur Natashah Mirsha Muhammad Amin, 6, yang pada mulanya hanya didakwa mengalami bengkak akibat gigitan nyamuk mengalami nasib malang apabila mata kanannya kini buta.

Ibu kanak-kanak itu, Nurul Huda Ahmad, 28, berkata, keadaan bengkak pada mata Nur Natashah pada mulanya dikesan ketika dia berusia dua tahun tiga bulan iaitu pada tahun 2008.

Selepas bengkak tersebut semakin membesar, anaknya dibawa ke Hospital Selayang pada 12 Mac 2008 untuk menjalani rawatan namun, Bahagian Kecemasan di hospital tersebut memberitahu, bengkak yang berlaku berpunca daripada kesan gigitan nyamuk.

"Mereka kata tiada apa yang harus dirisaukan walaupun ketika itu anak saya meronta-ronta kesakitan," ujarnya kepada Kosmo! di rumahnya di Selayang Baru di sini semalam.

Bagaimanapun, pada petang hari yang sama, Nurul Huda datang semula ke Hospital Selayang membawa anaknya kesakitan tetapi dia masih dimaklumkan perkara yang sama.

"Tidak puas hati dengan alasan gigitan nyamuk yang diberi doktor di Hospital Selayang saya kemudian membawa anak saya ke sebuah klinik di Selayang dua hari kemudian dan doktor di klinik itu mengesahkan bahawa ia bisul dan memberi surat rujukan ke Hospital Selayang untuk membuat pembedahan membuang nanah,"
ujarnya.

Menurut Nurul Huda, ketika itu, mata anaknya sudah tersembul keluar dan keadaan di sekeliling matanya juga membengkak. -kosmo

Kes Rogol Amah: Amizuddin Fail Rayuan

Posted: 01 Aug 2011 05:32 PM PDT

Saman Malu Menteri, Blogger Fail Rayuan

KUALA LUMPUR 1 0GOS : Blogger Azimudin Ahmat yang diarahkan membayar ganti rugi RM300,000 kepada Menteri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bersabit dakwaan merogol, hari ini memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Amizudin menerusi laman sharpshooter.blogspot.com, pada 28 Disember 2010 menerbitkan artikel berserta gambar, yang mendakwa Datuk Seri Dr. Rais Yatim merogol pembantu rumahnya yang merupakan warganegara Indonesia.

"Saya telah memfailkan notis rayuan untuk kita membuat rayuan terhadap keseluruhan keputusan Yang Arif mengenai kes saman malu ini termasuklah isu gantirugi, dan termasuk kos ketiga-tiga aspek semua," kata peguam yang mewakili Azimudin, Ong Chin Wen dilobi mahkamah.

Selain ganti rugi bernilai RM300,000, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga memerintahkan Amizudin membayar kos RM100,000 kepada Rais.

Pada 1 Januari lalu, Rais memfailkan saman malu terhadap Amizudin, yang juga ahli jawatankuasa Angkatan Muda PKR Pulau Pinang, berhubung penyiaran artikel tersebut.

Mengulas perkembangan kes itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin berkata pihaknya akan memastikan kes ini mendapat pembelaan sewajarnya.

Menurutnya, perbicaraan kes ini tidak mendapat penghakiman yang tuntas ekoran kegagalan membawa saksi- saksi utama ke kandang saksi.

"Kita percaya bahawa alasan-alasan yang ada pasti nanti akan memberikan rakyat Malaysia satu pandangan tentang pendapat kes ini. Antara faktor utama ialah apabila saksi-saksi utama itu tidak dapat hadir dalam mahkamah dan ketika perbicaraan telah menolak permohonan untuk mendapatkan saksi-saksi utama dalam kes ini.

"Dari segi perspektif yang difahami oleh rakyat bahawa sebenarnya dalam perbicaraan kes ini hanyalah keterangan Azimuddin Ahmat sahaja yang diambil dan tidak berjaya dikesan ialah mereka yang disyaki menjadi mangsa dalam kes ini," katanya.

Shamsul berkata akan menggunakan saluran yang tepat untuk membantu Azimudin, biarpun sistem perundangan negara kini terikat pada tekanan politik kotor pemerintah.

"Pada saya, saya rasa ini juga perbicaraan politik, jadi ini menyebabkan politik dan pemimpin politik, jadi kita lihat kebenaran itu dikekang dengan saluran undang-undang.

"Kita juga bersedia untuk berhadapan dengan apa jua keadaan untuk menggunakan semua saluran undang-undang yang ada agar tidak ada pertikaian dari segi aspek-aspek menggunakan mahkamah dalam kes ini," katanya. -tvsnews



Ulasan GB

Allah itu Hakim Yang seadil-adilnya. Justeru perbanyakkanlah berdoa di bulan mulia ini seperti yang selalu GB nukilkan di blog ini:

Kita sebagai rakyat terbanyak hanya mampu terus berdoa kepada Allah s.w.t.

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ
وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَااجْتِنَابَهُ

1) Allahumma arinaal haqqa haqqaan, warzuqnattiba'ah,
wa arinaal bathila bathilaan, warzuqnajtinaabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.

رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ
وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً
وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathil innal bathila kaana zahuuqa

Ya Allah, masukkanlah kami dengan cara yang benar dan keluarkanlah(pula) kami dengan cara yang benar dan berikanlah kepada kami dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Kebenaran tetap akan menang mengalahkan kebatilan sepertimana janjiNya:


Firman Allah bermaksud,

Katakanlah : Telah datang yang haq (kebenaran) dan telah lenyap yang batil atau yang palsu. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap. (Al Israa' 81)


BERS✔H 2.0: Serah Segera Foto Dan Video Keganasan Polis Kepada J/K Bersih

Posted: 01 Aug 2011 02:40 PM PDT

BERSIH 2.0: Hantar kami bukti keganasan polis

BERSIH 2.0 menetapkan Rabu ini sebagai tarikh terkhir bagi penyerahan bukti mengenai keganasan dan penggunaan kuasa melampau oleh polis pada perhimpunan 9 Julai lalu.

Gabungan itu bersama NGO, Suaram sedang mengumpul kes dan bukti bagi diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang kemudiannya akan mengadakan inkuiri awam berhubung dakwaan tersebut.

"Adalah penting untuk orang ramai memberitahu pengalaman mereka supaya ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa didedahkan," kata BERSIH 2.0 dalam satu kenyataan hari ini.

Ia meminta peserta perhimpunan yang mengalami penderaan fizikal (seperti dipukul, ditendang, ditampar, dipukul menggunakan baton dan lain-lain) dan penderaan melalui kata-kata kesat serta mereka yang ditangkap atau ditahan, tampil memberi maklumat.

Aduan boleh dibuat dengan memberi maklumat di borang di dalam talian dan dihantar menerusi email kepada info@bersih.org dengan tajuk emel 9 Julai Kekerasan Polis atau faks kepada 03-7784 4978.

BERSIH 2.0 juga meminta peserta menghantar gambar dan video kejadian-kejadian berikut:

* Keadaan ketika kematian arwah Baharuddin Ahmad
* Penangkapan Muhammad Sabu
* Serangan polis yang tidak berpatutan di terowong KL Sentral
* Tangkapan dan layanan ganas oleh pegawai polis
* Tembakan air asid dan gas pemedih mata ke dalam Hospital Tung Shin


"Pihak polis telah mendedahkan gambar-gambar yang dipilih dengan hati-hati untuk memburukkan perhimpunan itu. BERSIH 2.0 dan Suaram juga sedang mengumpul bukti-bukti gambar dan video.

"Kami menghargai semua yang berkongsi maklumat yang kredibel dengan kita. Tolong sebarkan perkara ini kepada semua rakan-rakan dan ahli keluarga yang menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai." -mk

Ulasan GB

Semua pihak kena bersungguh-sungguh dan segera menyerahkan semua bahan bukti bagi mendedahkan pembohongan polis di sebalik isu siaran video versi PDRM.

Kita perlu tegas kali ini. Kita tidak lagi boleh diperbodohkan dan ditakutkan.

Kita tidak boleh lagi biarkan polis dan para menteri BN bertindak sesuka hati mereka terhadap rakyat.

Kita akan dedahkan penipuan dan runtuhkan keegoan melampau mereka. Itu guna adanya SUHAKAM.

Pengundi Hantu, Pengundi Klon, Kini Pengundi Import Dikesan Di Kota Raja

Posted: 01 Aug 2011 07:45 AM PDT

Kota Raja kenalpasti lebih pengundi 'import'

PAS mengenalpasti lebih 100 lagi nama didaftarkan sebagai pengundi di kawasan parlimen walaupun tidak menetap di situ, dakwa anggota parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud.

"Kami akan pergi ke Suruhanjaya Pilihan Raya untuk membantah lebih kurang 100 nama hari ini atau esok, kerana kami memerlukan masa untuk memanggil semua membantah bersama-sama," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, mereka apda awalnya menemui 1,000 nama, kebanyakannya orang Sabah, yang berdaftar sebagai pengundi baru di Kota Raja.

Bagaimanapun, selepas semakan oleh kakitangan Pakatan Rakyat di sekitar kawasan tersebut, mereka menemui sebahagian daripada mereka benar-benar penduduk setempat.

PAS bagaimanapun terus mempersoalkan penempatan semula melibatkan jumlah yang ramai dari kawasan lain dan kenapa mereka mahu menukar kawasan mengundi ke Kota Raja.

Pembangkang sebelum ini mendakwa bahawa Umno dan BN menjalankan tindakan itu untuk memecahkan majoriti yang dimenangi wakil rakyat Pakatan dalam pilihan raya umum lalu.

Siti Mariah berkata, loceng amaran berbunyi kepadanya apabila kemaskini terakhir daftar pemilih menyaksikan 7,260 nama akhirnya ditambah di kawasannya.

"Ini merupakan peninggkatan tertinggi pemilih antara semua kawasan pilihan raya di Selangor," katanya yang juga timbalan ketua Dewan Muslimat PAS. -mk

Ulangsiar: Najib Liabiliti Paling Besar Untuk UMNO

Posted: 01 Aug 2011 05:00 AM PDT

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah menjadi "liabiliti paling besar" kepada Umno menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

Katanya, ini kerana kegagalan Najib dalam menangani beberapa isu penting termasuk himpunan Bersih 2.0 dan yang terbaru penahanan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Ordinan Darurat.

Justeru itu, Najib kini terpaksa mencari "talian hayat" dengan menggunakan apa sahaja cara untuk terus kekal berkuasa.

"Mengapa Umno terpaksa singkirkan Najib? Sebabnya banyak dan terus menonjol. Pendeknya, Najib telah menjadi liabiliti paling besar buat Umno di ambang pilihan raya umum ke-13 ini.

"Beliau (Najib) telah menjadi seumpama Tun (Abdullah Ahmad Badawi) cuma dalam masa yang jauh lebih singkat, bagi sebuah parti yang penting ialah survival atau kesinambungan hidup parti untuk terus berkuasa," katanya.

Jelas Dr Dzulkefly, dalam tempoh tiga tahun memerintah negara Najib telah melakukan banyak perkara demi memperoleh semula kepercayaan rakyat, namun usaha itu ternyata sia-sia.

"Tempoh tiga tahun ini menyaksikan Najib berusaha keras membuktikan bahawa beliau punya wibawa dan wawasan. Beliau tidak lengah untuk meyakinkan rakyat dan pengundi, malah beliau telah cuba buktikan bahawa beliau peka kepada soalan pandangan awam sehingga sanggup mengungkapkankan bahawa era kerajaan tahu semua telah berlalu.

"Ketika itu kononnya beliau sanggup mendengar rakyat. Najib cuba perbaiki imej partinya yang tercalar kerana terlalu angkuh dengan mantranya 'Rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan', kesemua itu adalah cubaan gigih Najib untuk baik pulih persepsi (rakyat) terhadap partinya," katanya sambil menambah, Najib juga cuba mendekati rakyat melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, kegagalan Najib menangani isu-isu agama dan penyelewengan yang berlaku membuktikan anak kepada perdana menteri kedua itu merupakan seorang pemimpin yang tidak tegas dalam menguruskan negara.

"Pelbagai pergolakan politik nasional, pertentangan agama dan pertelingkahan atas garis ras atau kaum, kemelut rasuah, ketirisan serta ketirisan dalam pengurusan kewangan dan pembangunan negara, semua menyerlahkan kepemimpinan Najib sebenarnya... beliau seharusnya sedar, tetapi beliau tidak begitu, beliau semacam dirasuk sindrom penafian.

"Beliau tidak mempunyai jati diri politik yang wajar disanjungi seumpama bapanya, seorang negarawan sebaliknya kata-kata tidak cermat seperti 'you help me, I help u (anda tolong saya, saya tolong anda)', beliau sinonim dengan tabiat 'flip-flop', satu ciri yang tidak membuktikan ketegasan kerana beliau hanya mahu sokongan semua," katanya.

Menurut Dr Dzulkefly, Najib kini berhadapan dengan pelbagai cabaran getir termasuk mendapatkan semula keyakinan dan kepercayaan ahli parti Melayu terbesar itu.

Tambah beliau lagi, gesaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) agar transformasi sistem pilihan raya dilaksanakan menyerlahkan lagi betapa buruknya kepimpinan Najib.

"Kini rakyat dan pengundi yang mengalami pencerahaan minda dan kemerdekaan jiwa serta punya keberanian menyatakan segala yang salah yang dilakukan orang politik dan parti-parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang.

"Najib gagal mendepani tuntutan dan melayani desakan masyarakat sivil sekaligus meletakkan persepsi negatif terhadap diri dan kerajaannya yang semacam mahu terus melindungi yang kotor dalam sistem pilihan raya," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat berjaya menguasai Selangor, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Perak namun Perak kemudian jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) awal 2009.

Selain itu, Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN di Dewan Rakyat.

Kelmarin polis membebaskan enam pemimpin PSM termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar yang ditahan selama 28 hari sejak 2 Julai lalu tanpa sebarang syarat. -tvsnews


Mini Tsunami Sambut Najib Dan Rosmah Di Port Dickson

Posted: 01 Aug 2011 04:15 AM PDT

Port Dickson, 30 Julai -- Sebuah papan tanda tumbang dan menghempap sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Batu 4, Port Dickson ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12 tengahari Sabtu..

Ribut beserta hujan lebat itu turut menyebabkan beberapa buah kereta yang diletakkan di tepi jalan oleh orang ramai yang hadir untuk menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana yang di adakan di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap oleh beberapa batang pokok yang tumbang.



Musa Bulat, 68, menggaru kepala ketika melihat van yang di bawanya untuk menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan anaknya Mohd Ibnu Sofian di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap sebatang pokok yang tumbang ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 12 tengahari tadi.

Dia yang datang bersama 11 lagi ahli keluarganya terpaksa menunggu adiknya yang akan datang dari kampong di Kampong Paya, Pulai, Johor untuk membawa mereka pulang kerana van yang mereka naiki itu rosak teruk.




Sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Batu 4, Port Dickson dihempap sebatang pokok yang tumbang ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 12 tengahari kelmarin.

Ribut beserta hujan lebat itu turut menyebabkan beberapa buah kenderaan yang diletakkan di tepi jalan oleh orang ramai yang hadir untuk menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana yang di adakan di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap beberapa batang pokok yang tumbang.


















- batuvskayu

Pelajar Dirogol Masa Ponteng Sekolah

Posted: 01 Aug 2011 02:25 AM PDT

Dirogol ketika ponteng sekolah

MAHANG - Seorang bapa berusia 56 tahun yang dipanggil ke sekolah untuk berjumpa guru anak perempuannya berusia 16 tahun terkejut apabila dimaklumkan anaknya dirogol dua pelajar lelaki. Gambar fail.

Rahsia perlakuan sumbang itu terbongkar apabila mangsa dipanggil seorang guru lelaki untuk membuat pengakuan terhadap kejadian yang berlaku kepada diri mangsa. Bapa mangsa yang kecewa dengan kejadian itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Mahang.

Pada hari kejadian, mangsa bersama dua rakan perempuannya mengambil keputusan untuk ponteng sekolah. Mereka turut ditemani tiga pelajar lelaki lain. Setelah berbincang, mereka bersetuju untuk pergi ke sebuah rumah dalam ladang kelapa sawit.

Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dirogol dua pelajar lelaki berusia 15 tahun di hadapan seorang rakan perempuannya.


Rakan mangsa tidak berbuat apa-apa dan terus merahsiakan tentang kejadian itu. Selepas dirogol, mangsa terus balik ke rumah.

Jurucakap polis berkata, memandangkan mangsa masih di bawah umur, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. -SH

Ulasan GB

Hal seperti di atas sudah macam menjadi perkara biasa di negara ini. Anak-anak remaja yang masih bersekolah kini terdedah dengan segala macam perkara yang merosakkan yang akhirnya menyebabkan mereka sendiri terjebak di dalam gejala kerosakan akhlak.

Pendidikan agama dan pemantauan disiplin di sekolah semacam tidak lagi berkesan untuk membendung korosakan akhlak di kalangan para pelajar?

Sebabnya?

Sistem! Sistem yang dibawa oleh kerajaan UMNO BN selama lebih separuh dekad sudah tamat tarikh luputnya. Turunkan mereka dengan segera.




Tiada ulasan: