Selasa, 2 Ogos 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


SPR dilapor mula lantik pegawai pengurus p'raya

Posted: 01 Aug 2011 11:25 PM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula melantik pegawai pengurus pilihan raya bagi semua kawasan pilihan raya - satu petanda bahawa pilihan raya umum mungkin diadakan tiga atau empat bulan lagi - berkemungkinan besar November depan.

Menurut laporan akhbar bahasa Cina Kwong Wah Daily hari ini, surat pelantikan bagi semua pegawai pengurus pilihan raya itu dikeluarkan dalam tempoh dua minggu lepas.

Pada kebiasaannya, pilihan raya umum diadakan tiga atau empat bulan selepas surat pelantikan pegawai pengurus pilihan raya dikeluarkan.

Laporan itu menyebut, cakap-cakap bahawa pilihan raya umum semakin hampir, sudah tersebar luas dan semua petunjuk menunjukkan semua pihak sedang membuat persediaan untuk menghadapinya.


SPR juga telah mengenal pasti tempat untuk dijadikan pusat penamaan calon manakala Jabatan Pelajaran memilih sekolah yang akan digunakan sebagai tempat mengundi.

"Sekolah-sekolah berkaitan telah diarah supaya tidak menyewakan dewan mereka pada bulan November," kata laporan itu.

Semalam akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily melaporkan bahawa semua bahagian BN di 222 kawasan Parlimen telah diminta mengemukakan senarai awal calon kepada pengerusi BN yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kepimpinan tertinggi BN secepat mungkin.

Memetik sumber, laporan itu berkata arahan itu telah dikeluarkan oleh kepimpinan BN sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.


Punca kematian Baharudin dalam sijil tidak jelas

Posted: 01 Aug 2011 10:21 PM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Peguam yang mewakili keluarga Baharudin Ahmad, yang meninggal dunia ketika perhimpunan Bersih 9 Julai lalu, berkata banyak perkara yang diragui tentang kematiannya, termasuk punca kematian yang ditulis pada sijil kematian, lapor KeadilanDaily.

"Salah satunya ialah punca kematian pada sijil Baharudin tidak dinyatakan dengan jelas," kata Ahmad Jufliz Faiza ketika dihubungi Keadilandaily.

Menurut Ahmad Jufliz, sijil kematian yang dikeluarkan pada 11 Julai itu hanya ditulis pending laboratory analysis di butiran punca kematian.

"Laporan bedah siasat hanya mengambil masa sekitar dua minggu untuk siap, namun keluarga mangsa masih lagi tidak perolehi sebarang dokumen bedah siasat," ujarnya.


Ahmad juga hairan dengan kenyataan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid pada 22 Julai lalu yang menafikan kematian Baharudin disebabkan tindakan ganas polis.

Allahyarham sebelum ini turut dikesan mengalami patah tulang rusuk, patah gigi dan luka pada bibir.

Namun polis berkata ia berpunca dari rawatan bantuan pernafasan (CPR) yang diberikan pihak polis sedangkan, laporan bedah siasat masih belum dikeluarkan oleh pihak hospital.

"Polis sepatutnya kena jalankan siasatan dan memberi kenyataan berdasarkan fakta dan bukannya berunsur politik," kata Ahmad Jufriz lagi.

Semalam, balu allahyarham, Rosni Malan memfailkan notis di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya laporan bedah siasat suaminya didedahkan kepada umum.

Keluarga mangsa juga memohon mahkamah mengarahkan majistret menjalankan inkues bagi menentukan punca kematian Baharuddin dan supaya polis mendedahkan semua dokumen berkaitan kes itu.

Rosni, 55 turut merayu orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantunya mencari kebenaran dan keadilan terhadap arwah suaminya.

Rosni dan keluarganya juga menafikan allahyarham menghidap sebarang penyakit kronik seperti mana dakwaan polis bahawa Baharuddin mati kerana komplikasi jantung.

"Terdapat banyak tuduhan yang dibuat mengenai kematian suami saya tetapi apa yang saya tahu berbeza dengan maklumat yang diterima. Suami saya sentiasa sihat sebelum ini dan tiada tanda dia mengalami apa-apa sakit yang serius," katanya seperti dilapor. - Harakahdaily


PRU-13: Misi Pertahan Kuasa Dengan Kod "71" ...SPR Dan JPN jadi tali barut Pengkianat Negara...!!!

Posted: 01 Aug 2011 09:15 PM PDT

Jelas dari sumber maklumat Website Suruhanjaya Pilihanraya sendiri dengan jelas, tiada menyatakan bahawa hanya "Warganegara Malaysia" sahaja yang ditakrifkan sebagai "layak" mendaftar sebagai pengundi dan layak mengundi setelah permohonan diluluskan.

Dalam Laman Rasmi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia juga tiada dinyatakan bahawa "Pemastautin Tetap" juga layak sebagai pengundi. Hanya "Warganegara Malaysia" sahaja layak sebagai pengundi.

Dibawah ialah contoh MyPR ataupun Kad Pengenalan Malaysia Pemastautin Tetap (Bukan Warganegara Malaysia).



Dibawah ialah deretan nombor Kad Pengenalan Pemastautin tetap Bukan Warganegara Malaysia yang dikesan telah didaftarkan sebagai pengundi di Malaysia:

Baca seterusnya disini


Najib Tidak Pernah Tawar Stadium Shah Alam - Maria Chin

Posted: 01 Aug 2011 09:09 PM PDT

SHAH ALAM 2 OGOS : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah menawarkan Stadium Shah Alam kepada sekretariat Bersih 2.0 untuk mengadakan himpunan aman rakyat menuntut penambahbaikan dalam sistem pilihan raya negara.

Ahli sekretariat Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata Najib jelas mahu kembali meraih kepercayaan rakyat dengan menyatakan beliau menawarkan stadium tersebut tetapi ditolak sekretariat.

"Itu adalah fakta, kalau dia masih nak teruskan dia ada cakap demikian bagi kita buktilah dalam media di mana dia kata (tawar stadium) Shah Alam?," tegas Maria.


Maria mengakui, Najib memang menawarkan himpunan aman tersebut dilakukan didalam stadium, namun beliau tidak sesekali pernah menamakan stadium yang dimaksudkannya, sehinggalah sekretariat berkeputusan mahu menjayakannya di Stadium Merdeka, yang terletak di Kuala Lumpur.

"Saya rasa sangat kecewa apabila beliau (Najib) memutar-belitkan kenyataan sebelum ini yang beliau (ada) tawarkan Stadium Shah Alam, dalam kenyataannya sebelum ini Najib tidak pernah menyebut atau menawarkan mana-mana stadium sehingga kami (penganjur Bersih) memutuskan memilih stadium Merdeka.

Najib harus memberitahu perkara sebenar," kata Maria. Najib semasa merasmikan Persidangan Tahunan Pemimpin Mahasiswa Malaysia Summit (MSLS) Kelima kelmarin menyatakan beliau sebenarnya mahu menawarkan Stadium Shah Alam untuk himpunan tersebut, namun ditolak.

"Kita cadangkan stadium tapi tidak diterima, mereka masih mahu turun ke jalan. "Dalam pemikiran saya, saya mahu berikan Stadium Shah Alam tapi mereka tolak," kata Najib.

Najib juga berkata, beliau menawarkan untuk himpunan aman tersebut diadakan didalam stadium ekoran ia adalah saluran yang betul dan menjamin keselamatan peserta himpunan.

"Kita mahu ia (perhimpunan) dilakukan ikut saluran yang betul, sebab itu kita tawarkan stadium. Mengapa kita tawarkan stadium? Supaya mereka boleh berucap dan tidak turun ke jalanan kerana tiada sesiapa yang boleh jamin perhimpunan di jalan tidak akan timbulkan apa-apa masalah," jelas Najib.

Mengulas kenyataan Najib itu, Maria berkata sebaik sahaja dinasihati Yang Di-Pertuan Agong (YDPA), Tuanku Mizan Zainal Abidin agar mengadakan himpunan tersebut didalam stadium, sekretariat akur dan memilih Stadium Merdeka.

Namun, tatkala itu Najib mengubah kenyataannya dan berkata, mana- mana pertubuhan yang ingin melakukan himpunan mestilah berdaftar dibawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Tindakan 'flip- flop' Najib itu mengundang pelbagai kritikan daripada 62 Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO), pemimpin Pakatan Rakyat dan rakyat marhaen.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibarhim sebelum ini menawarkan Stadium Shah Alam untuk menjayakan himpunan tersebut, namun setelah mengambil kira banyak faktor, sekretariat Bersih 2.0 memilih Stadium Merdeka. - TVS


Umno sudah tidak ada ruang bebas bersuara, dakwa bekas menteri

Posted: 01 Aug 2011 07:35 PM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir kesal kerana Umno kini sudah tidak lagi menyediakan ruang untuk memberi perbezaan pendapat, mendakwa parti kaum Melayu itu telah beralih daripada dasar-dasar dipraktikkan oleh presiden-presiden terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Abdul Razak.

Bekas menteri kerajaan pusat dan ahli Majlis Tertinggi Umno ini memberitahu The Malaysian Insider, beliau turut bimbang dengan budaya politik semasa dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) itu sambil menegaskan, ia jauh berbeza berbanding pendekatan terbuka dan telus yang cuba dibawa oleh Datuk Seri Najib Razak yang merupakan Perdana Menteri dan Presiden Umno.

"Malangnya, keadaan sudah banyak berubah dalam Umno sendiri sejak era Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn. Ketika itu ada banyak kebebasan untuk menyuarakan pandangan kami, ruang untuk perbezaan pendapat dan debat terbuka," kata beliau.


"Tetapi sekarang anda tidak ada persekitaran sedemikian," kata Kadir dengan menekankan faktor-faktor yang membawanya untuk menyertai Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

Kata beliau langakh itu akan membolehkannya memberi pandangan mengenai isu-isu semasa, yang tidak boleh dilakukan dalam Umno sendiri.

Bekas menteri pelancongan itu merujuk kepada kritikan sesetengah pihak ke atas ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah yang melahirkan pendiriannya mengenai cara pentadbiran Najib mengendalikan isu perhimpunan Bersih 2.0.

"Ia hanya satu komen, tidak bermakna beliau telah bertindak bertentangan dengan parti atau kerajaan tetapi kini ada gesaan agar beliau (Saifuddin) dipecat dari Umno," kata Kadir.

"Ini tidak berlaku pada masa-masa lalu," katanya lagi.


Seruan Ramadan Dari Najib Razak

Posted: 01 Aug 2011 06:30 PM PDT

Najib (gambar) mengingatkan semua pihak agar berbelanja secara berhemah dan tidak melakukan pembaziran sepanjang menjalani ibadat puasa di bulan Ramadan ini.

Ia selaras dengan semangat yang dianjurkan oleh Ramadan iaitu bulan yang telah disediakan Allah sebagai satu medan untuk membina kualiti keimanan serta ketakwaan.

Bloggerrakyat : Cakap tak serupa bikin…sebelum mengingatkan semua pihak, ingatkanlah bini sendiri agar tidak membazir duit rakyat. Rakyat merana menanggung kos hidup yang semakin tinggi, tetapi golongan UMNO-BN duduk bersenang-lenang.


Lagi satu, bulan Ramadan je ke yang perlu berbelanja secara berhemah dan tidak membazir? Bulan lain, adalah wajib untuk korang tibai duit rakyat sampai kering.

Dipetik dari Blogger Rakyat


Noh Gadut sertai taklimat pertahan kerajaan BN?

Posted: 01 Aug 2011 04:51 PM PDT

Setiausaha PERKASA Johor, Amir Hamzah Mohamad pada Jun lepas telah mengakui satu perjumpaan tertutup anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Tropikal Inn, Johor Bahru yang turut dihadiri 600 ahli NGO-NGO lain.

Beliau turut menyebut PERKASA Johor telah menghantar 100 orang ahlinya seluruh Johor ke perjumpaan tertutup berkenaan.

Menurutnya lagi, majlis taklimat itu turut dihadiri oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Cawangan Johor, pengerusi NGO-NGO Melayu Johor dan bekas mufti Johor yang juga penasihat Agama kerajaan Johor, Datuk Noh Gadut (gambar) bagi membincangkan berkaitan tsunami politik yang bakal dihadapi Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum (PRU) ke-13 akan datang.


Keadaan itu katanya akan menggugat kuasa Melayu (kuasa Umno) jika golongan muda terus condong kepada Pakatan Rakyat (PR).

Dalam taklimat berkenaan, setiausaha MKN Cawangan Johor mendedahkan tentang senario politik masa kini disamping menerangkan realiti sokongan rakyat kepada kerajaan dan pakatan pembangkang masa kini khususnya di Johor.

PERKASA dan Noh Gadut memang barua Umno-BN

Keadaan itu menjelaskan akan kedudukan PERKASA dan Noh Gadut yang selama sentiasa bertindak dan mengeluar kenyataan berbaur perkauman yang bias dengan parti perkauman Umno.

Kini kedudukan PERKASA diangkat sebagai antara yang bakal melakukan sesuatu bagi mempertahankan kuasa Umno-BN di negeri Johor.

PERKASA bukan lagi NGO bebas yang didakwa sebelum ini oleh pemimpin mereka, tetapi sudah menjadi sebahagian daripada Umno, cuma topeng sahaja berlainan yang dicipta khas atas nama PERKASA sebagai usaha mengelabui mata bangsa Melayu, konon berjuang atas nama Melayu.

Warkahdaily


Sistem biometrik berjaya kesan pengganas - Hishammuddin

Posted: 01 Aug 2011 04:43 PM PDT

Kemasukan anggota kanan kumpulan Jemaah Islamiah (JI) yang juga warga Indonesia, Agus Salim, ke negara ini, berjaya dikesan berikutan pelaksanaan sistem biometrik di pintu masuk negara bermula 1 Jun lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 6 Jun lalu.

Katanya, ketika itu, Agus cuba membantu menyeludup keluar seorang pengganas amat dikehendaki kerajaan Singapura iaitu Mas Selamat Kastari yang bersembunyi di Johor.

Menurutnya, pengganas itu merupakan anggota JI yang diarahkan untuk membantu menyeludup keluar Mas Selamat menerusi jalan haram yang didalangi sindiket penyeludupan manusia.


"Agus pernah ditangkap sebelum ini iaitu pada 1 Mac 2009 dan telah pun diusir ke Indonesia pada 27 April tahun yang sama, namun berdasarkan hasil siasatan dan pemantauan rapi pihak berkuasa termasuk Jabatan Imigresen, Agus telah menyusup masuk semula ke negara ini hujung tahun lalu dengan menggunakan identiti baru.

"Dia menggunakan pasport Indonesia dengan nama Abdul Halim, namun pihak berkuasa berjaya mengesan pergerakan Agus berdasarkan rekod biometrik sebelum ditahan dan diusir sekali lagi ke negara asal," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, seorang warga Sri Lanka dikenali sebagai Thirugnanasampandar Manivannan, 37, yang ditahan 12 Jun lalu di Kuala Lumpur merupakan salah seorang militan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang paling dikehendaki dan menjadi buruan kerajaan Sri Lanka.

Kedua-dua pengganas terbabit telah dihantar balik ke negara asal selepas kerajaan berpuas hati dengan hasil siasatan yang dilaksanakan pihak polis.

Hishammuddin turut merakamkan ucapan tahniah kepada pihak berkuasa khususnya polis dan Jabatan Imigresen kerana melaksanakan tugas dengan cekap sehingga dapat mengesan pengganas yang cuba menyelinap masuk ke negara ini.

"Saya juga mahu setiap gerak kerja berkaitan perjalanan, dokumen keluar masuk mereka yang datang ke negara ini dipantau dengan teliti demi untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman negara," katanya.

Tegas beliau, jenayah seumpama itu mempunyai kaitan dengan jenayah rentas sempadan yang didalangi pihak tertentu dan menjadikan wang ringgit sebagai matlamat utama.

Utusex Malaysia


Akhirnya... tamat juga sebuah Filem Hebat!

Posted: 01 Aug 2011 08:41 AM PDT

Setelah 6 orang ahli Partai Sosialis Malaysia(PSM) dibebaskan semalam, tamatlah episod "filem"BERSIH 2.0" arahan UMNO dan Kementerian Dalam Negeri(KDN).

Ahli PSM yang ditahan sejak 2hb Julai yang lalu(seminggu sebelum Perhimpunan BERSIH 2.0) mengikut Ordinan Darurat (EO) juga di sabit di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas tuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong. Namun selepas dibebaskan, mereka kemudiannya ditahan di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 kerana dikatakan terlibat dengan pihak luar dan telah diresapi anasir subversif.

Bebasnya mereka bererti segala tohmahan terhadap BERSIH adalah karut dan ciptaan UMNO dengan bantuan polis.

Menjelang BERSIH 2.0 pada 9hb Julai, pelbagai andaian dan provokasi ciptaan UMNO dan polis.


Antaranya dikatakan BERSIH di danakan oleh NGO Kristian luar negara. Seterusnya BERSIH di resapi fahaman komunis dengan dikaitkan Partai Sosialis Malaysia.

Digawatkan lagi penemuan berbotol-botol bom petrol dan parang di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor oleh polis.

Akhirnya episod "filem BERSIH 2.0" arahan UMNO/Polis ditamatkan dengan penahanan seorang lelaki Kemboja membawa bahan letupan yang dikaitkan untuk di bawa ke perhimpunan BERSIH..

Semua babak itu dibuat oleh UMNO/polis menjelang 9hb.

Selepas 9hb Julai, tiada satu pun "babak-babak" itu betul dan "real" terjadi. Semua lakonan belaka.

Hasilnya, pada 9hb lalu tiada sebijipun batu dilontar oleh rakyat, tiada satupun pasu yang dipecahkan , tiada seorangpun anggota polis berdarah kepala dan tiada satupun kereta polis terbalik dan dibakar rakyat.

Yang pasti berlaku, seorang rakyat terbunuh gara-gara aksi polis, pipi pembantu Anwar ditembak, kaki Mat Sabu patah dan ribuan rakyat digari, ditangkap, disepak, dimaki hamun, ditumbuk, ditembak gas dan pancutan air.

Amat berbeza dengan propaganda UMNO, RTM, Tv3 dan polis yang "meracuni" fikiran rakyat kononnya BERSIH 2.0 bakal "membakar" Kuala Lumpur pada 9hb lalu.

Rakyat ingin tahu....dimana polis simpan botol-botol bom petrol dan parang yang "dijumpai" dulu?

Pesan rakyat...jangan dibuang benda itu. Membazir! Bukankah ianya boleh digunakan lagi dalam "filem-filem" mendatang?

Dipetik dari - Tranung Kite


Utusan Mulakan Usaha Singkirkan Ku Li Dari Umno

Posted: 01 Aug 2011 07:44 AM PDT


USAHA untuk menendang keluar Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah memang sudah lama dijangka. Ini berikutan Tengku Razaleigh yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li itu sering kali dilihat tidak sependapat dengan pemimpin atasan Umno.

Contohnya berhubung isu royalti minyak Kelantan, Ku Li sanggup mengadakan "road show" seluruh negara bagi menjelaskan kepada rakyat Malaysia bahawa pimpinan Umno bertindak zalim ke atas negeri Kelantan yang mempunyai 95% penduduk berbangsa Melayu apabila menafikan hak royalti negeri itu.


Baca seterunya disini


MB Kedah stabil, dirawat di IJN

Posted: 01 Aug 2011 07:13 AM PDT


KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang dimasukkan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur untuk pemeriksaan jantung berada dalam keadaan stabil.

Bernama yang memetik kenyataan Setiausaha Akhbar beliau, Mohd Helmi Khalid sebagai berkata menteri besar itu yang menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN Jumaat lalu selepas mengadu sakit jantung.

"Doktor yang memeriksa beliau mendapati satu saluran ke jantungnya ada masalah (tersumbat) dan menasihatkan Menteri Besar tinggal lebih lama untuk dirawat, selain bagi menstabilkan tekanan darahnya.


"Kesihatan Menteri Besar dalam keadaan stabil sekarang, tetapi saya tidak tahu bila doktor akan membenarkan beliau keluar dari IJN," katanya.

Mohd Helmi berkata doktor juga tidak membenarkan Azizan menerima pelawat bagi mengelak gangguan terhadap proses rawatan dan membolehkan tekanan darah beliau kembali normal dengan lebih cepat.

Bagaimanapun, beliau berkata Sultan dan Sultanah Kedah serta beberapa anggota Exco kerajaan negeri itu sempat menziarahi Azizan di IJN hari ini.


TERKINI - Azizan Razak Dan Haron Din Dimasukkan Ke Hospital

Posted: 01 Aug 2011 05:27 AM PDT


Dua pemimpin tertinggi PAS, Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din dan Menteri Besar Kedah, Azizan Razak diberitakan dimasukkan ke Institiut Jantung Negara (IJN) serentak petang ini.

Kedua mereka menghadapi masalah jantung.

Dr Haron akan menjalani pembedahan kecil (injugram) sementara keadaan Azizan Razak belum diketahui tetapi dilaporkan sedikit kritikal.




Beberapa pemimpin Pas telah menziarahi kedua mereka termasuk Exco Kerajaan Selangor, Dr Hasan Ali yang terawal bergegas ke IJN.

Beberapa keping gambar keadaan mereka di IJN telah dihantar ke email saya sekejap tadi.

Sama-sama kita berdoa semoga keadaan mereka selamat dan apa juga rawatan ke atas mereka berjalan lancar.

Perkembangan lanjut akan menyusul kemudian selepas saya mendapat maklumat terperinci mengenai keadaan mereka berdua.


Pengundi Hantu Di Parlimen Kota Raja

Posted: 01 Aug 2011 05:20 AM PDT

Kota Raja kenalpasti lebih pengundi 'import'

PAS mengenalpasti lebih 100 lagi nama didaftarkan sebagai pengundi di kawasan parlimen walaupun tidak menetap di situ, dakwa anggota parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud.

"Kami akan pergi ke Suruhanjaya Pilihan Raya untuk membantah lebih kurang 100 nama hari ini atau esok, kerana kami memerlukan masa untuk memanggil semua membantah bersama-sama," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, mereka apda awalnya menemui 1,000 nama, kebanyakannya orang Sabah, yang berdaftar sebagai pengundi baru di Kota Raja.


Bagaimanapun, selepas semakan oleh kakitangan Pakatan Rakyat di sekitar kawasan tersebut, mereka menemui sebahagian daripada mereka benar-benar penduduk setempat.

PAS bagaimanapun terus mempersoalkan penempatan semula melibatkan jumlah yang ramai dari kawasan lain dan kenapa mereka mahu menukar kawasan mengundi ke Kota Raja.

Pembangkang sebelum ini mendakwa bahawa Umno dan BN menjalankan tindakan itu untuk memecahkan majoriti yang dimenangi wakil rakyat Pakatan dalam pilihan raya umum lalu.

Siti Mariah berkata, loceng amaran berbunyi kepadanya apabila kemaskini terakhir daftar pemilih menyaksikan 7,260 nama akhirnya ditambah di kawasannya.

"Ini merupakan peninggkatan tertinggi pemilih antara semua kawasan pilihan raya di Selangor," katanya yang juga timbalan ketua Dewan Muslimat PAS.


BERSIH 2.0: Hantar kami bukti keganasan polis

Posted: 01 Aug 2011 02:56 AM PDT

BERSIH 2.0 menetapkan Rabu ini sebagai tarikh terkhir bagi penyerahan bukti mengenai keganasan dan penggunaan kuasa melampau oleh polis pada perhimpunan 9 Julai lalu.

Gabungan itu bersama NGO, Suaram sedang mengumpul kes dan bukti bagi diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang kemudiannya akan mengadakan inkuiri awam berhubung dakwaan tersebut.

"Adalah penting untuk orang ramai memberitahu pengalaman mereka supaya ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa didedahkan," kata BERSIH 2.0 dalam satu kenyataan hari ini.


Ia meminta peserta perhimpunan yang mengalami penderaan fizikal (seperti dipukul, ditendang, ditampar, dipukul menggunakan baton dan lain-lain) dan penderaan melalui kata-kata kesat serta mereka yang ditangkap atau ditahan, tampil memberi maklumat.

Aduan boleh dibuat dengan memberi maklumat di borang di dalam talian dan dihantar menerusi email kepada info@bersih.org dengan tajuk emel 9 Julai Kekerasan Polis atau faks kepada 03-7784 4978.

BERSIH 2.0 juga meminta peserta menghantar gambar dan video kejadian-kejadian berikut:

Keadaan ketika kematian arwah Baharuddin Ahmad

Penangkapan Muhammad Sabu

Serangan polis yang tidak berpatutan di terowong KL Sentral

Tangkapan dan layanan ganas oleh pegawai polis

Tembakan air asid dan gas pemedih mata ke dalam Hospital Tung Shin

"Pihak polis telah mendedahkan gambar-gambar yang dipilih dengan hati-hati untuk memburukkan perhimpunan itu. BERSIH 2.0 dan Suaram juga sedang mengumpul bukti-bukti gambar dan video.

"Kami menghargai semua yang berkongsi maklumat yang kredibel dengan kita. Tolong sebarkan perkara ini kepada semua rakan-rakan dan ahli keluarga yang menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai." - Mkini


Tiada ulasan: