Selasa, 16 Ogos 2011

jiwo kelate

jiwo kelate


Nafi arah MBPJ batal sita Gereja

Posted: 16 Aug 2011 02:29 AM PDT

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafikan tuduhan blogger Umno, Papa Gomo kononnya beliau dan beberapa Adun Selangor mengarahkan pembatalan sita Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU).

Menurut Khalid, Papa Gomo dalam blognya menyiarkan surat palsu dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkaitan kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas gereja tersebut baru-baru ini.

Ia kononnya mengandungi bukti campur tangan Khalid, Nik Nazmi, Ronnie Liu, Teresa Kok dan Elizabeth Wong dalam operasi sita tersebut.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan pemalsuan yang dilakukan Papa Gomo itu hanyalah untuk beri gambaran buruk kepada Pakatan Rakyat,”.

“Saya dan ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan membuat laporan polis di IPD Petaling Jaya, 2.30 petang ini meminta satu siasatan dijalankan terhadap Papa Gomo”, kata beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Beliau juga berkata, Papa Gomo jelas tidak melakukan persediaan sebelum melakukan penipuan apabila menyatakan lokasi GMDU terletak di Damansara Utama sedangkan lokasi sebenar rumah ibadat itu adalah di Seksyen 13, Petaling Jaya.

“Papa Gomo kata MBPJ menerima aduan daripada seorang penduduk Damansara Utama tapi yang sebenarnya gereja itu di Seksyen 13 Pataling Jaya. Nampak sangat tak study betul-betul,” katanya.
- Sumber Harakahdaily


Panggil Sidang Khas Parlimen tak perlu gopoh

Posted: 16 Aug 2011 12:13 AM PDT

Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, langkah membentuk jawatankuasa pilihan khas bagi membincangkan soal sistem pilihan raya tidak perlu terlalu tergesa-gesa memandangkan Parlimen akan bersidang mulai awal Oktober ini.

Selain itu kata beliau, sudah tiada masa untuk mengadakan sidang khas Parlimen, sebagaimana diminta oleh Pakatan Rakyat, sebelum sambutan Aidilfitri kali ini.

"Tinggal lagi dua minggu lagi sebelum Aidilfitri, kita tiada masa," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Malah kata Wan Junaidi, beliau tidak nampak "logik" sidang khas perlu diadakan sekarang memandangkan mengikut jadual asal, Parlimen akan bersidang mulai 3 Oktober.

Kerajan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober.

"Usul untuk mengadakan sidang khas perlu dikemukakan dua minggu lebih awal, dan kemudian kita memerlukan satu minggu untuk mengaturkan urusan-urusan persidangan… jadi, ia akan mengambil masa tiga minggu.

"Bulan depan ada musim perayaan (sambutan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan) dan disusuli dengan jadual sidang Parlimen yang akan bermula awal Oktober ini… jadi saya tidak nampak logik dan rasional memanggil sidang khas," kata beliau lagi.

Mengikut peraturan mesyuarat, jawatankuasa pilihan khas hanya boleh dibentuk menerusi usul yang dibawa ketika Parlimen bersidang.

"Jika kerajaan mahu membawa usul, maka mereka boleh membawa ketika hari pertama apabila Dewan Rakyat bersidang, mengambil kira faktor masa, kita tidak perlu tergesa-gesa," kata Wan Junaidi yang menyifatkan perkara yang hendak dibincang juga merupakan isu penting melibatkan kepentingan rakyat.

"Ini isu penting melibatkan rakyat, kita perlu membincangkan dengan mendalam dan membuat keputusan kolektif," katanya lagi.

Dalam kenyataan dikeluarkan pagi tadi, Ketua Pemuda Sosialis DAP Loke Siew Fook berkata, sayap itu mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam kerana ia membuktikan akhirnya pentadbiran beliau terpaksa tunduk kepada permintaan rakyat yang dijana melalui perhimpunan Bersih 2.0 bulan lalu.

"Ini merupakan kemenangan awal hasil daripada kebangkitan rakyat menuntut sistem pilihan raya yang bersih dan adil," kata Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah.

Namun katanya, Najib seharusnya memanggil sidang khas Dewan Rakyat sebelum Aidilfitri untuk menubuhkan jawatankuasa tersebut dan tanpa satu sidang khas, Parlimen terpaksa tunggu sehingga 3 Oktober untuk melaksanakan penubuhannya.

Selain itu kata beliau, lapan tuntutan asal Bersih 2.0 dijadikan sebagai asas "terma-terma rujukan" bagi jawatankuasa tersebut.


Pertemuan PAS – Gereja DUMC ditangguh

Posted: 15 Aug 2011 11:33 PM PDT

Pertemuan antara PAS dan Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya, yang dijadualkan 4 petang ini, berhubung tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas premis itu 3 Ogos lalu ditangguhkan.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya telah menerima surat daripada pengurusan Gereja Methodist Damansara Utama semalam yang meminta supaya pertemuan petang ini ditangguhkan.

"Sepatutnya hari ini ada pertemuan antara pimpinan PAS dengan Gereja Methodist Damansara Utama tapi semalam saya terima surat daripada pihak gereja menyatakan agar pertemuan itu ditangguhkan.

"Pertemuan itu ditangguhkan, sebab isu ini telah menjadi tumpuan orang dan ditafsirkan macam-macam, pihak gereja minta agar pertemuan itu ditangguhkan dulu dan tarikh baru akan ditentukan kemudian," katanya pada sidang media di sini.

Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.

Jais berkata tindakan mereka hanya bersifat pemeriksaan tetapi pengurusan gereja mendakwa agensi itu melakukan serbuan.

Pemeriksaan itu mendapat bantahan banyak pihak dan kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim meminta satu laporan daripada Jais. – Sumber The Malaysia Insider


Disebalik isu “Pemutihan Pendatang Asing”?

Posted: 15 Aug 2011 11:21 PM PDT

Benar atau tidak … tidak dapat dipastikan, tetapi kecurigaan dan syak diharuskan. Jika benar, ini sudah merbahaya kepada keselamatan negara.

Foto di bawah adalah akuan sumpah yang perlu dibaca oleh pendatang asing yang ‘diputihkan’ dan diberi taraf kewarganegaraan Malaysia. Pendatang asing diminta bersumpah supaya mengundi UMNO-BN dan menjaga rahsia.

Sila klik link ini utk melihat foto.

Setakat ini belum ada lagi pendatang asing yang tampil membuat pengakuan bersumpah seperti Umi Hafilda atau Saiful atau seperti yang dibuat oleg Geng Datuk T.

Kita akan tunggu penyiasatan selanjutnya …


FELDA kalah lagi ..

Posted: 15 Aug 2011 07:46 PM PDT

FELDA kalah lagi, kali ini kepada Bekas Timbalan Menteri dan Mahkamah mengarahkan FELDA bayar RM100 ribu

Felda dan syarikat pelaburannya Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd kalah dalam kes fitnah mereka ke atas bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Datuk Dr Tan Kee Kwong.

Dr Tan berhadapan dengan kes saman fitnah RM200 juta.
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusuf dipetik Star Online hari ini berkata kedua-dua plaintif telah gagal untuk membuktikan Dr Tan menggunakan perkataan-perkataan bersifat fitnah dalam satu penerbitan di Suara Keadilan.

Mahkamah juga mengarahkan Felda membayar kos RM100,000 kepada Dr Tan.

Bagaimanapun Felda hanya perlu membayar RM70,000 kepada defendan kerana Dr Tan juga perlu menjelaskan RM30,000 dalam bentuk kos kepada plaintif berhubung poin-poin awalan yang dibangkitkan sebelum ini.

Pada 12 Julai lalu, Peguam Dr Tan, Ranjit Singh memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa bekas timbalan menteri itu tidak akan memberi keterangan dalam saman yang difailkan oleh Felda.

Ranjit memberitahu defendan tidak mempunyai kes untuk menjawab berhubung saman Felda dan syarikat pelaburannya Felda Global Ventures Holdings.

Ranjit memberitahu mahkamah demikian selepas peguam utama Datuk Mahinder Singh Dulku yang bertindak bagi plaintifnya memaklumkan bahawa plaintif telah menutup kes itu selepas memanggil empat saksi.

Pada 25 Januari lepas, Felda dan anak syarikatnya menyaman Dr Tan berhubung satu artikel muka depan akhbar Suara Keadilan bertajuk 'Kontroversi' yang didakwa memfitnah mereka.

Artikel itu bersambung pada muka tiga dengan tajuk "Bina bangunan RM662 juta hanya libatkan tiga individu."
Plaintif mendakwa artikel itu memfinah mereka kerana perkataan-perkataan itu menunjukkan bahawa pengambilan balik dan pembinaan Menara Felda di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur akan memberi manfaat kepada kroni.

Dalam kenyataan pembelaannya, Dr Tan berkata perkataan yang dibuat atau mengandungi ulasan dan menzahirkan pendapat itu merupakan ulasan adil berhubung kepentingan awam seperti kedudukan kewangan, perbelanjaan, pengurusan dan kegiatan plaintif.

Dr Tan menafikan bahawa perkataan itu dengan cara apa pun memfitnah plaintif dan dalam konteks artikel itu, jika diambil secara menyeluruh, perkataan itu tidak bermakna atau boleh membawa makna seperti yang didakwa oleh pliantif. – Sumber The Malaysia Insider


Isu gereja: JAIS sudah siasat, buat laporan dan perlu ambil tindakan

Posted: 15 Aug 2011 09:56 AM PDT

Sebelum tidur

PAS berharap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dapat mengeluarkan hasil laporan siasatan berhubung pemeriksaan ke atas Methodist Church, Damansara Utama secepat mungkin.

Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia perlu disegerakan bagi mengelakkan kontroversi berterusan berhubung isu ini yang memberikan kesan buruk kepada masyarakat berbilang agama di negara ini.

Jais sebelum ini memberi jaminan akan mengeluarkan hasil laporan siasatannya selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Saya anggap itu tempoh masa yang lama kerana ini akan menimbulkan pelbagai kontroversi yang tidak baik kepada pelbagai pihak.

“Selagi tidak ada satu penyelesaian dan kata putus apa bentuk tindakan, maka akan timbul pelbagai kenyataan yang tidak baik yang boleh memberikan gambaran yang tidak sihat kepada masyarakat,” kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

PAS juga, katanya tetap mahu bertemu dengan Jais bagi mendapatkan penjelasan mengenai apa yang berlaku.

“Kami harap selesai siasatan, Jais sedia bertemu PAS kerana kita nak dengar dari Jais apa yang berlaku pada hari itu.

“Kami nak jumpa Jais, nak jumpa gereja, nak dengar sendiri dariapda mereka sebab Jais kata tak serbu, gereja kata serbu.Jadi nak dengar daripada kedua-dua pihak,” katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

PAS sepatutnya bertemu dengan Jais hari ini namun terpaksa dibatalkan atas nasihat Sultan Selangor.

“Memang kita minta jumpa hari ini tetapi jawapan JAIS telah pun diberikan secara bertulis, atas beberapa perkara kerana kes itu masih dalam siasatan dan atas nasihat Sultan, Jais tidak lagi bertemu dengan mana-mana pihak untuk menjaga maklumat siasatan agar tidak terlepas kepada pihak lain,” katanya.

Manakala pertemuan dengan pihak gereja akan berlangsung esok seperti yang dirancang.

Sepuluh pimpinan PAS akan terlibat dalam pertemuan dengan pihak gereja tersebut.

Mereka diketuai Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Salahudin Ayub, Setiausaha, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, AJK PAS Pusat Idris Ahmad, Dr. Siti Mariah Mahmod, Dr. Dzulkefly Ahmad, Dr. Mujahid Yusof dan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr. Abd Rani Osman. – Harakahdaily

Jangan masuk perangkap Umno
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyeru pemimpin dan ahli PAS supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan 'perangkap' Umno dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja.

"Saya dapat maklumat 'dalaman' Jais semalam (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu," ujarnya pada sidang media (Baca di sini) di pejabat PAS Terengganu, di sini hari ini.


Tiada ulasan: