Rabu, 10 Ogos 2011

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Mereka ini hendak diMurtadkan ...?

Posted: 10 Aug 2011 07:24 AM PDT

Atas: MP dari DAP dalam Surau.

Bawah: PM dalam Vatican mengadap Pop.
Mereka ini hendak diMurtadkan ...?

Memang cantik, lawa and best ...?

Posted: 10 Aug 2011 01:44 AM PDT

""Saya terfikir bagaimanakah jika negara-negara bukan Islam seperti Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara di Eropah mengambil tindakan yang sama ke atas masjid-masjid di sana.

"Kita tahu umat Islam di sana aktif berdakwah kepada bukan Islam di pelbagai tempat khususnya di pusat-pusat Islam dan masjid-masjid. Bukan Muslim dijemput datang ke masjid dan diberikan al-Quran dan risalah-risalah berkaitan Islam.

"Jika mereka memakai undang-undang seperti kita, tentu masjid-masjid akan diceroboh dan didakwa," katanya dalam satu SMS ringkas kepada Malaysiakini, petang semalam.

Dr Asri mengulas kejadian 3 Ogos lalu, apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) didakwa menyerbu sebuah majlis makan malam yang diadakan di sebuah gereja di Petaling Jaya tanpa sebarang waran.

Exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Hasan Ali bagaimanapun mempertahankan tindakan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama itu dengan alasan terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Menurut Dr Asri sebagai agama hujah, pengajaran dan dakwah Islam sepatutnya mampu menangani isu berkenaan tanpa memerlukan tindakan seumpama itu daripada JAIS.

"Bukan hendak mmpertikaikan JAIS, namun untuk renungan kita umat Islam di Malaysia; sehingga bila kita hendak bergantung dengan undang-undang?

"Ertinya, pengajaran dan dakwah kita perlu disemak semula," katanya mengakhiri SMS itu."

Sepenuhnya ...

Tiada ulasan: