Anak Sungai Derhaka |
- Apa yang Tak Bebas, Tak Adil ?? - Timbalan Pengerusi SPR
- Maksiat menjadi-jadi di Kulim..
- 5 Bekas Pemimpin PKR sedia jadi saksi kes Anwar
- BN sedang menjual negara
- Lagi 'pengundi klon' dikesan
- Najib, Rosmah tetap perlu hadir ke mahkamah – Karpal
- Koh Tsu Koon 'Biawak Hidup' buat GERAKAN?
- Pengundi hantu: SPR salahkan JPN
- Status PR tidak boleh jadi pemilih - SPR
- Rusuhan di London : Tiada Pelajar Malaysia terbabit?
- Serbuan JAIS : Apa kata Dr. Maza (Video)
| Apa yang Tak Bebas, Tak Adil ?? - Timbalan Pengerusi SPR Posted: 10 Aug 2011 08:22 AM PDT Timbalan Pengerusi SPR melepaskan geramnya setelah dibelasah oleh Ambiga.. macam tak puas hati pasal kalah berdebat saja orang tua ni.. Wan Ahmad Wan Omar Pihak-pihak tertentu mendakwa pilihan raya di negara ini tidak bebas dan tidak adil. Mereka yang berkenaan telah menang dalam pertandingan merebut kerusi-kerusi baik di Dewan Rakyat atau pun di Dewan Undangan Negeri. Kita tanya mereka apa yang tidak bebas dan peringkat mana yang mereka kata tidak adil? Mereka mendakwa pilihan raya tidak adil berasaskan beberapa andaian dan persepsi dan sebagainya yang mereka tidak pernah dapat membuktikannya di mahkamah melalui petisyen-petisyen pilihan raya sama ada selepas pilihan raya umum (PRU) ataupun pilihan raya kecil (PRK). Pengundi hantu Mereka mendakwa 'pengundi hantu' yang telah mengundi dalam pilihan raya, tetapi mereka tidak pernah membuktikan siapa dan di mana pengundi hantu yang telah mengundi. Dalam semua petisyen pilihan raya yang difailkan di Mahkamah Tinggi sebelum ini atas alasan pengundi hantu, semua petisyen telah ditolak kerana mereka gagal memberi bukti prima facie dakwaan tersebut. Apa pun, dakyah ini digunakan dalam setiap pilihan raya. Malah golongan ini pernah menahan kenderaan yang membawa pengundi dari luar kawasan yang hendak pulang mengundi kerana menuduh mereka pengundi hantu. Mereka enggan menerima penjelasan SPR bahawa pengundi dari luar kawasan yang balik untuk mengundi pada hari mengundi di tempat dia disahkan mendaftar adalah pengundi sah yang berhak untuk mengundi di sisi undang-undang. Daftar pemilih kotor Mereka menuduh SPR tidak membersihkan Daftar Pemilih kerana mengandungi nama pemilih-pemilih yang telah meninggal dunia dan rekod-rekod berganda. SPR telah berkali-kali memberi penjelasan bahawa pembersihan Daftar Pemilih Induk (DPI) dilakukan berterusan di mana nama-nama pemilih yang meninggal dunia di keluarkan selepas pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Begitu juga nama-nama yang hilang kelayakan seperti dilucutkan taraf warganegara, yang disabit hukuman mahkamah dan sebagainya. Orang ramai perlu menerima hakikat bahawa tidak dapat dielakkan DPI ini akan berterusan mengandungi nama-nama pemilih yang telah meninggal dunia kerana nama-nama mereka hanya boleh dipotong selepas pengesahan oleh JPN. Apabila berlaku kematian, jikalau waris pemilih tidak melaporkan ke JPN untuk sijil kematian, rekod JPN tidak dikemas kini. SPR membuat semakan terus dengan rekod JPN melalui sistem ALIS (Agency Link-Up System). Jika rekod di JPN tidak menunjukkan pemilih meninggal dunia namanya tidak akan dipotong. Bagi memastikan pemotongan nama pemilih atas sebab kematian tidak disalah guna oleh sesiapa bertanggungjawab mengemas kini Daftar Pemilih, SPR perlu menetapkan dasar supaya pemotongan nama pemilih yang meninggal dunia hanya boleh dilakukan selepas pengesahan oleh JPN. Walaupun kematian berlaku sepanjang masa, tetapi nama-nama mereka yang meninggal dunia tidak boleh dipotong sewenang-wenang daripada Daftar Pemilih tanpa pengesahan JPN. Faktor ini yang menyebabkan nama-nama pemilih yang telah meninggal dunia akan berterusan kekal dalam Daftar Pemilih. Tempoh kempen Mereka mendakwa pilihan raya tidak adil kerana tempoh kempen yang pendek. Justeru, Bersih 2.0 menuntut tempoh kempen minimum 21 hari diberikan dalam pilihan raya. Rakyat perlu sedar bahawa pilihan raya di negara ini tidak memerlukan tempoh kempen yang panjang kerana Malaysia tidak seperti beberapa negara lain yang mereka gunakan sebagai contoh. Malaysia hanya mempunyai 12 juta pengundi jika dibandingkan dengan Indonesia (140 juta pengundi meliputi beribu buah pulau dengan tahap komunikasi yang masih lemah); Filipina (40 juta pengundi dengan kawasan penduduk di lebih 5,000 buah pulau); Thailand (40 juta pengundi) dan India (750 juta pengundi). Malaysia juga mempunyai infrastruktur komunikasi dan ICT yang baik dan canggih. Tempoh kempen yang panjang akan memerlukan bajet kempen yang besar yang merugikan semua pihak. Tempoh kempen panjang juga membebankan pihak polis yang perlu menjaga ketenteraman awam sepanjang tempoh parti-parti politik berkempen. Selain itu, parti-parti politik di negara ini sebenarnya telah berkempen berterusan sepanjang tahun melalui ceramah dan cara-cara lain yang mereka lakukan di seluruh negara. Undi pos Mereka mendakwa pengundian pos tidak adil sedangkan mereka sedar bahawa dalam mana-mana pilihan raya baik PRU atau PRK, undi tentera atau undi polis juga berpihak kepada mereka. Jika undi pos memihak kepada parti kerajaan maka itu pilihan pengundi. Mereka membuat andaian dan persepsi yang tidak dapat dibuktikan di mahkamah. Ada pihak yang menuntut supaya sistem pengundian pos dimansuhkan, walhal mereka sedar bahawa pengundian pos adalah perlu kerana para anggota tentera perlu berada di dalam kem setiap masa kerana tidak sesuai jika mereka keluar dari kem untuk mengundi bersama pengundi-pengundi awam pada hari mengundi. Begitu juga anggota polis yang perlu bertugas pada hari mengundi untuk menjaga keselamatan perjalanan pilihan raya, mengurus lalu lintas dan ketenteraman awam. Media Mereka juga mendakwa pilihan raya tidak adil kerana media dikatakan tidak bebas dan mereka tidak mendapat akses kepada media awam. Mereka perlu sedar bahawa semua pihak bebas berkempen sepanjang masa termasuk perbuatan menyebar fitnah dan tohmahan melalui akhbar-akhbar parti yang tersebar luas di sana sini. Selain itu aktiviti berkempen dan perbuatan memanipulasikan isu yang berterusan dilakukan oleh portal media baru. Untuk makluman mereka, SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan media supaya melakukan itu dan ini kerana media tidak di bawah kuasa SPR. Hak pemilik media untuk memberi ruang atau liputan yang lebih kepada mana-mana pihak yang mereka sokong perlu dihormati. Bagi media awam, ia tertakluk kepada dasar di bawah kementerian kerajaan yang memerintah. Kementerian berkenaan yang menetapkan dasar pengurusan media awam. Walaupun terdapat dakwaan mengatakan bahawa media arus perdana dilihat berpihak kepada parti kerajaan iaitu Barisan Nasional, parti-parti pembangkang masih mendapat ruang kebebasan media apabila Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan permit yang diperuntukkan di bawah Akta Percetakan dan Penerbitan 1984, untuk mereka menghebahkan manifesto dan maklumat mereka menerusi akhbar parti masing-masing. Di samping itu, parti pembangkang juga telah mendapat keuntungan daripada kemunculan arus media baru yang secara umumnya banyak mendukung ideologi dan pemikiran berpihak kepada mereka. Walau bagaimanapun, isu akses kepada media awam atau swasta dijangka isu yang akan berterusan dipersoalkan oleh parti-parti politik dan aktivis politik yang menentang parti kerajaan di negara ini. Lidah Rasmi UMNO |
| Maksiat menjadi-jadi di Kulim.. Posted: 10 Aug 2011 01:36 AM PDT Apa nak jadi dengan budak-budak di Kulim ni?? Kulim?? Ni kawasan Zul Kulum tu kan?? apa dia buat? dari sibuk nak jadi saksi kes DSAI lebih baik dia balik Kulim berdakwah kat budak-budak ni.. KULIM - Masalah sosial remaja semakin membimbangkan setiap hari. Sebelum ini, Sinar Harian pernah membongkar aktiviti menghidu gam dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan di sekitar kawasan jirat Cina di Taman Cendana sehingga mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan (PBT). Gambar fail. Semalam, Sinar Harian membuat pemantauan di sekitar kawasan itu sekitar jam 1 pagi dan menemui kawasan tersorok dipercayai digunakan remaja untuk melakukan hubungan seks. Dari tinjauan dibuat mendapati, banyak seluar dalam dan coli wanita dibuang di kawasan itu. Apa lebih menjijikkan apabila kondom yang sudah digunakan bertaburan di kawasan itu. Pegawai Agama Daerah Kulim Kedah, Sheikh Radzi Abdul Mutalib berkata, ibu bapa seharusnya dipertanggungjawabkan sekiranya ada dalam kalangan anak mereka terlibat dalam masalah seumpama ini. "Ibu bapa terlalu banyak melimpahkan kemewahan kepada anak-anak mereka. Selain itu, anak juga diberikan telefon bimbit yang canggih di mana mereka boleh memuat turun pelbagai aksi lucah di dalamnya," katanya. Dari tangkapan dibuat oleh Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) terhadap pasangan yang melakukan maksiat selalunya adalah pelajar. Beliau tidak menafikan pelajar lelaki dan perempuan hari ini lebih cenderung untuk menjalinkan hubungan cinta dari menimba ilmu pelajaran. Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Elyas Saad berkata, bagi pelajar Tingkatan Lima dan Tiga khususnya, mereka seharusnya mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) semakin hampir. "Baru-baru ini, dua laporan polis dibuat apabila dua pelajar perempuan yang masih menuntut dirogol oleh teman lelaki mereka. Dari maklumat saya terima, kedua-dua mangsa ini sering melihat aksi lucah dalam telefon bimbit. Ini merangsang mereka untuk melakukan perlakuan tidak bermoral. "Saya meminta PBT memantau perlakuan sumbang yang dilakukan oleh pelajar sekolah yang sering berkeliaran di pasar raya bersama teman lelaki masing-masing," katanya. Sinar Harian |
| 5 Bekas Pemimpin PKR sedia jadi saksi kes Anwar Posted: 10 Aug 2011 01:02 AM PDT Kelima-lima bekas Ahli PKR yang mendakwa diri mereka adalah rapat dengan Anwar melebihi Wan Azizah tiba-tiba terhegeh-hegeh mahu menjadi saksi kes tuduhan liwat itu beranggapan, tindakan peguam bela Penasihat PKR mahu menemu ramah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah suatu yang tidak relevan kerana kedua-dua mereka tidak ada kena mengena dengan kes tersebut. Tak ada kena mengena? Bagaimana pula Najib dan Rosmah boleh dikatakan oleh mereka sebagai tidak ada kena mengena sedangkan di awal perpicaraan lagi nama Najib dan Rosmah telah timbul ? Jika mereka tidak ada kena mengena untuk apa pihak Polis merakamkan kenyataan mereka? Kes liwat: Polis rakam kenyataan Najib, Rosmah KUALA LUMPUR, 11 Mac — Kenyataan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya telah direkodkan oleh seorang pegawai polis yang menyiasat dakwaan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan Jun 2008. Pegawai penyiasat DSP Jude Pereira berkata Saiful, yang menuduh Anwar meliwatnya pada 26 Jun 2008, ada bertemu dengan perdana menteri dua hari sebelum kejadian. "Beliau (Jude) ada kenyataan ... daripada kedua-dua mereka," kata Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden kepada pemberita selepas perbicaraan hari ini. Yusof merujuk kepada Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Jude berkata beliau ada mengambil kenyataan Rosmah pada 17 Julai 2008 tetapi tidak mengatakan bila menemui Najib. "Dia (Saiful) ada menemui sebelum 26 hari bulan, pada 24 (Jun 2008), untuk mengadu mengenai beberapa insiden sebelum itu," kata Jude hari ini tanpa menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan insiden-insiden itu. Jude juga tidak mengatakan kandungan kenyataan yang diambil daripada Najib dan Rosmah. "Apa sebenarya berlaku antara 26 hingga 28 (Jun)?" soal peguam Anwar, Karpal Singh. "Dia (Saiful) menemui beberapa (orang) ... mengadu kepada Rahimi (Osman), Ezam (Mohd Noor)," kata DSP Jude, yang merujuk kepada beberapa ahli dan pemimpin PKR. Karpal juga bertanya sama ada Saiful ada bertemu dengan Rosmah dan Datuk Mumtaz Jaafar, bekas atlet yang dikatakan pembantu rapat Rosmah. "Mumtaz ada, betul? Rosmah?" soal Karpal. "Tak pasti sangat," kata DSP Jude. "Najib Tun Razak?" soal Karpal. "Tidak. Selepas insiden itu, tidak," DSP kata Jude. "Anda mengambil satu kenyataan daripada Datin Rosmah?" soal Karpal. "Ya," kata DSP Jude. – The Malaysian Insider Berita berkaitan.. 5 bekas pemimpin PKR, setiausaha sulit sedia jadi saksi kes Anwar KUALA LUMPUR 9 Ogos - Lima bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) menawarkan diri untuk menjadi saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Rata-rata mereka beranggapan, tindakan peguam bela Penasihat PKR mahu menemu ramah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah suatu yang tidak relevan kerana kedua-dua mereka tidak ada kena mengena dengan kes tersebut. Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, beliau sedia menawarkan diri untuk dipanggil menjadi saksi kepada kes liwat Anwar. "Jika Perdana Menteri dan isteri boleh dipanggil oleh peguam bela untuk menjadi saksi jadi mengapa saya tidak boleh dipanggil sebab saya lebih tahu siapa sebenarnya Anwar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu membenarkan permohonan pembelaan kes liwat Anwar untuk menemu ramah kesemua 15 saksi termasuk Perdana Menteri dan isteri. Bagaimanapun, temu ramah itu tertakluk kepada persetujuan saksi-saksi terbabit. Mohamad Ezam berkata, mahkamah adalah medan untuk menjawab segala fitnah bahawa beliau dan rakan-rakan lain tinggalkan Anwar kerana habuan, sebaliknya Anwar ditinggalkan oleh mereka kerana haram berketuakan seorang peliwat. Bekas Naib Presiden PKR, N. Gobalakrishnan yang turut bersetuju menawarkan diri sebagai saksi kes liwat Anwar berkata, orang yang rasa bersalah pasti akan bertindak melengah-lengahkan perbicaraan kes yang sedang dihadapinya. "Maka sebab itu Anwar mahu Perdana Menteri dan isteri menjadi saksi supaya beliau boleh politikkan keputusan mahkamah di dalam dan luar negara seterusnya memburuk-burukkan sistem kehakiman negara," katanya. Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin pula berkata, beliau juga tertanya-tanya mengapa Anwar tidak memanggilnya sebagai saksi untuk perbicaraan kes liwatnya itu. "Teman (saya) bersedia bila-bila masa. Malahan teman cabar Anwar dan Karpal Singh supaya memanggil teman sebagai saksi. Tak sabar teman nak ke mahkamah memberi keterangan. "Persoalannya, kenapa teman dan rakan-rakan PKR lain tidak dipanggil menjadi saksi sedangkan kami tahu sedikit sebanyak malah ada yang terlibat secara langsung dalam kes itu," katanya. Dua orang bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan Muhamad Rahimi Osman turut menyatakan kesediaan menjadi saksi di dalam kes liwat tersebut. Anuar berkata, sebagai bekas kakitangan yang telah berkhidmat kira-kira 12 tahun beliau amat mengenali, memahami dan mengetahui kecenderungan Anwar dalam segala segi. Segala pergerakan Anwar katanya, juga amat diketahuinya kerana sebagai setiausaha sulit, beliau bertanggungjawab menjaga keperluan Penasihat PKR itu. Rahimi ketika dihubungi mempersoalkan jika Perdana Menteri dan isterinya boleh dipanggil menjadi saksi mengapa beliau yang merupakan bekas kakitangan Anwar tidak ditawarkan berbuat demikian. "Saya lebih tahu siapa sebenarnya Anwar. Bagi saya Anwar hanya mahu mempolitikkan kes ini. Jika Anwar berani, panggil saya ke mahkamah dan saya boleh ceritakan bagaimana cubaan Anwar memfitnah Perdana Menteri dan isteri di dalam kes ini,'' ujarnya. Lidah Rasmi UMNO |
| Posted: 10 Aug 2011 12:11 AM PDT KOTA BHARU, 10 Ogos: Tindakan kerajaan melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendedahkan pihak mereka telah mendaftar hampir 100,000 warga asing sebagai warga negara segaligus sebagai pengundi merupakan tindakan bahaya kerana menjual negara sendiri. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar), berkata kerana ingin kekal memerintah negara, kerajaan sanggup berbuat demikian melalui JPN. Menurutnya, warga asing yang datang ke negara ini berbagai jenis serta latarbelakang hidup yang berbeza. Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung SPR dan JPN yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berikutan pelbagai pendedahan dibuat oleh pemimpin Pakatan Rakyat di seluruh negara berhubung pendaftaran warga asing sebagai pengundi, pertindihan kad pengenalan dan berbagai lagi. "Kalau di Singapura, kerajaan negara itu menapis terlebih dahulu mengikut kehebatan mereka khususnya dari golongan professional contohnya sebagai ahli sukan. "Namun ianya berbeza di negara kita ni semuanya pakai ambil tangkap muat saja tanpa mengenali status individu warga asing terbabit asalkan boleh jadi pengundi pada mereka,"ujarnya . Tegasnya, kenapa tiba-tiba sahaja mereka telah difaftarkan sebagai warga negara dan terus sebagai pengundi sekiranya tidak ada pihak tertentu mengaturkan usaha itu. Menurut Husam, mereka hanya berminat untuk menjadi warga Negara dan bukannya sebagai pengundi, tetapi tiba-tiba pula mereka didaftarkan sebagai pemilih. Menurutnya lagi, hasil maklumat yang diperolehi pihak tertentu menemui warga asing dari negara Bangladesh, China dan sebagainya dengan membawa borang untuk diisi sebagai warganegara tanpa menyelidiki latarbelakang golongan itu sama ada penjenayah atau sebaliknya. Beliau menambah, konspirasi itu begitu membahayakan negara ini kerana ianya boleh mengancam keselamatan dan kestabilan negara pada masa akan datang. Sehubungan itu parti-parti politik khususnya dari Pakatan Rakyat perlu merangka gerakerja yang lebih terkehadapan bagi menangi perkara ini. "Ianya tidak begitu sukar memandangkan JPN sendiri telah mengakuinya sebelum ini berhubung pendaftaran terbabit,"ujarnya. Beliau juga turut melahirkan dukacita di atas kegagalan JPN membuat kenyataan berhubung jumlah warga asing mengikut negara di samping tempoh permohonan sebagai pemilih sebelum ianya disahkan. Katanya rakyat Malaysia perlu membuat bantahan berhubung perkara itu kerana ianya merupakan tindakan bahaya. Harakahdaily |
| Posted: 09 Aug 2011 10:03 PM PDT Sebelum ini timbul dakwaan wujudnya 'pengundi hantu', kemudian penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi - dan sekarang lebih banyak 'pengundi klon' pula muncul dalam daftar pemilih. Sekurang-kurangnya tujuh pengundi didapati telah 'diklonkan' dalam daftar pemilih dengan nama dan kad pengenalan lama yang sama tetapi dengan nombor Mykad berbeza. Menurut maklumat yang diperolehi daripada sistem pengesahan di lana web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), nama-nama berkenaan muncul dua kali dalam daftar pemilih. Ini menimbulkan tanda tanya sama ada mereka itu layak mengundi sebanyak dua kali. Dalam kes pertama nombor kad pengenalan lama 1479323 yang dimasukkan ke dalam sistem SPR itu menunjukkan dua kemasukan di bawah nama Sa'ad bin Samsudin tetapi dengan dua nombor Mykad yang berbeza - 380913105681 dan 510913105553. Laman web itu juga menunjukkan lelaki berkenaan mempunyai dua hak mengundi iaitu di Parlimen Titiwangsa dan Parlimen Setiawangsa. Kerusi Titiwangsa dimenangi oleh Allahyarham Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali dari PAS, yang meninggal dunia bulan lalu. Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Titiwangsa Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata pihaknya mendapati empat kes yang hampir sama di kawasan itu, membabibitkan: 1. Shodah binti Abdul Rahman (IC lama: 4802777, dua kali didaftrakan di Titiwangsa) 2. Mohamad bin Ismail (IC lama: 8370614, satu didaftarkan di Titiwangsa dan satu lagi di Setiawangsa) 3. Anderson a/l P Arputhanathan (IC lama: A0831847, satu didaftarkan di Titiwangsa dan satu lagi di Setiawangsa) 4. Chellamah a/p Murugesu (IC lama: 7877951, satu didaftarkan di Titiwangsa dan satu lagi di Setiawangsa) Berdasarkan maklumat pembaca, Malaysiakini juga mengesan dua pengundi seumpama itu di Perak dan Terengganu. Mohd Rashid bin Ismail (IC lama: 6397062) - mempunyai dua pendaftaran di kerusi parlimen Taiping (Mykad: 620108086991) dan kerusi bersebelahannya di parlimen Bukit Gantang (Mykad: 620108086713). Apabila kedua-dua nombor Mykad dimasukkan dalam sistem online Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), keputusannya menunjukkan bahawa kad pertama telah diambil manakala kad kedua sedia untuk diserahkan di pejabat JPN Kuala Lumpur. Pengundi kedua - Sulong bin Jalil (IC lama: 6290844) - juga mempunyai dua pendaftaran di kerusi negeri Ajil di bawah parlimen Hulu Terengganu tetapi dengan dua nombor Mykad berasingan - 611110015143 and 611110115371. Malaysiakini sedang berusaha menghubungi SPR dan JPN untuk mengulas perkara ini. |
| Najib, Rosmah tetap perlu hadir ke mahkamah – Karpal Posted: 09 Aug 2011 09:54 PM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tetap perlu hadir ke mahkamah untuk ditemubual peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum mahkamah bersidang 15 Ogos depan. "Kedua-dua mereka tetap perlu hadir. Pada bila-bila masa mereka bersedia untuk ditemubual, kita akan temubual mereka," kata peguam Anwar, Karpal Singh ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini. Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincangan dengan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan pihak pendakwa bagi membolehkan Anwar hadir semasa temubual dengan saksi yang dipanggil pembela. Selepas mendengar hujah kedua pihak, hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan Anwar dibenarkan hadir sewaktu temubual saksi tersebut dijalankan. Sehubungan itu, menurut Karpal, peguam akan menemubual 10 saksi hari ini di Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Namun, nama Najib dan Rosmah tidak ada dalam senarai pihaknya hari ini. Semalam adalah hari pertama temubual saksi berlangsung dengan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rohwan Yusof dipanggil untuk ditemubual. Pendakwa raya kemudian menangguhkan temubual itu dengan alasan Anwar turut sama hadir sewaktu temubual berlangsung. "(Hari ini) Hakim mengarahkan beliau (Anwar) boleh hadir, dan beliau akan berada di sana. "Dalam kes ini beliau adalah orang yang dituduh dan beliau ada hak untuk berbuat demikian," kata Karpal. Karpal seterusnya menegaskan sekali lagi kerenah Pendakwa Raya melengah-lengahkan sesi temubual ini adalah bukti jelas bahawa Pendakwa Raya sebenarnya yang melambat-lambatkan perbicaraan. Malah, penentuan samada perbicaraan akan berlangsung seperti dijadualkan minggu depan juga bergantung kepada samada pendakwa raya mampu membawa saksi-saksi yang diminta peguam bela ke mahkamah untuk ditemubual, kata Karpal. "Pendakwa raya melambat-lambatkan perbicaraan, bukan kami. Kami hanya boleh sambung perbicaraan hanya apabila semua saksi selsesai ditemubual oleh kami. "Saya ingin jelaskan kami tidak melambat-lambatkan perbicaraan.(Malahan), kami mahu sambung perbicaraan terus pada hari Isnin. "Dan sekarang saya sendiri tidak faham kenapa mereka membantah kehadiran Datuk Seri Anwar semalam," kata Karpal. http://www.keadilandaily.com/?p=18558 |
| Koh Tsu Koon 'Biawak Hidup' buat GERAKAN? Posted: 09 Aug 2011 08:59 PM PDT Kalau Najib dikatakan kini menjadi liabiliti buat UMNO/BN kerana sikap lebih sudu dari kuah isterinya Rosmah, Koh Tsu Koon pula dianggap sebagai liabiliti besar atau dalam lain ayat 'Biawak Hidup' buat GERAKAN. Beliau dianggap sudah hilang 'taring' kerana semakin tidak mendapat sokongan dalam partinya sendiri sehingga dilihat menjadi liabiliti besar Barisan Nasional (BN) dalam usaha merampas semula Pulau Pinang daripada pembangkang. ''Kita boleh tanya Tsu Koon, berapa kali beliau turun semula ke Pulau Pinang untuk berjumpa rakyat selepas kalah di Parlimen Batu Kawan pada pilihan raya umum lalu.' kata Tan Tee Beng.. Kata aku pula "Kita boleh tanya pimpinan PR, berapa kali mereka turun semula ke kawasan di menangi mereka untuk berjumpa rakyat selepas menang di Parlimen pada pilihan raya umum lalu.' Koh Tsu Koon sudah hilang 'taring'? BUTTERWORTH 9 Ogos – Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dianggap sudah hilang 'taring' kerana semakin tidak mendapat sokongan dalam partinya sendiri sehingga dilihat menjadi liabiliti besar Barisan Nasional (BN) dalam usaha merampas semula Pulau Pinang daripada pembangkang. Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng berkata, bukan menjadi satu rahsia lagi wujud kumpulan besar dalam parti itu yang mahu melihat perubahan kepimpinan berikutan prestasi Tsu Koon yang jatuh merudum selepas Pulau Pinang jatuh ke tangan pembangkang. ''Saya bercakap sebagai penduduk dan pengundi di Pulau Pinang, masyarakat boleh menilai prestasi Tsu Koon selama 18 tahun sebagai Ketua Menteri dan kini dia hilang seolah- olah sudah tidak mahu pulang. ''Jadi saya tidak hairan kenapa kini wujud gelombang anti-Tsu Koon dalam parti Gerakan sendiri. Ini gambaran betapa ahli kecewa ekoran kegagalan beliau untuk menggerakkan usaha bersungguh-sungguh merampas semula Pulau Pinang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Dalam pilihan raya umum lalu, BN negeri yang diketuai Tsu Koon mengalami kekalahan teruk apabila hanya berjaya mempertahankan 11 kerusi manakala 29 kerusi berjaya dikuasai pakatan pembangkang. Tee Beng yang juga bekas Naib Pengerusi Pemuda Gerakan berkata, kekalahan tersebut sepatutnya dijadikan iktibar oleh Tsu Koon dengan bekerja lebih keras untuk memenangi hati rakyat tetapi keadaan sebaliknya berlaku apabila pemimpin itu dilihat tidak menyerlah. ''Keputusan memberinya jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga adalah satu kesilapan dan kita patut tanya apa sumbangan yang signifikan daripada beliau setakat ini? Orang yang kalah tetapi diberi jawatan, rakyat akan menjadi kecewa. ''Kalau inilah orang (Tsu Koon) yang mahu dijadikan ketua BN untuk merampas semula Pulau Pinang, maka BN sebenarnya sudah tewas sebelum berperang," tegasnya. Menurut Tee Beng, beliau membuat teguran tersebut secara ikhlas untuk melihat Gerakan menjadi kembali kuat malah bapanya, Tan Gim Hwa sendiri juga merupakan antara pengasas parti itu sebelum kedua mereka dipecat pada tahun 2000. Tee Beng menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 2007 tetapi meletak jawatan pada Mac tahun lalu kerana hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan pembangkang selain kecewa dengan sikap Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang didakwanya gila kuasa. Singkir pemimpin lapuk dalam Gerakan BUTTERWORTH 9 Ogos - Parti Gerakan perlu dirombak sepenuhnya jika Barisan Nasional (BN) mahu merampas semula Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang. Bekas Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan berkata, ketika rata-rata parti komponen BN sudah dibarisi kepimpinan baru, Gerakan pula masih diterajui pemimpin 'lapuk'. Oleh itu, kata beliau,,,,,,,, jika tiada langkah drastik dibuat, hasrat parti itu menakluki semula Pulau Pinang hanya menjadi satu angan-angan kosong. ''Ini bukan perkara baru malah saya sudah bangkitkan sejak dua tahun lalu. Parti ini perlu dirombak sepenuhnya daripada pemimpin-pemimpin lapuk yang tidak mampu menyumbang secara berkesan kepada parti dan rakyat Pulau Pinang. ''Pemimpin seperti (Presiden Gerakan), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan (Pengerusi Gerakan negeri), Datuk Dr. Teng Hock Nan perlu berundur kerana mereka bukan lagi pemimpin pilihan rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini. Akhbar hari ini memetik kenyataan bekas Naib Pengerusi Pemuda Gerakan, Tan Tee Beng yang berpendapat bahawa Tsu Koon perlu disingkirkan jika Gerakan serius untuk merampas semula Pulau Pinang daripada pembangkang. Cheng Guan berkata, pucuk pimpinan BN perlu campur tangan bagi memulihkan sokongan rakyat terhadap Gerakan termasuk memastikan parti tersebut dipimpin oleh muka baru yang lebih berkarisma. ''Sebab ramai percaya rakyat bukan tidak mahu menyokong Gerakan tetapi mereka tidak mahu pemimpin-pemimpin ini masih berada dalam parti. Pendek kata, mereka ini adalah pemimpin yang gagal. ''Dalam hal ini, ada baiknya kita renung kembali kritikan keras Penasihat Gerakan, Tun Dr. Lim Keng Yaik terhadap Tsu Koon, semua kritikan itu mempunyai asas dan pucuk pimpinan BN perlu melakukan sesuatu mengenainya," tambahnya. Beliau menarik perhatian bagaimana rakyat mahu menyokong Gerakan sekiranya Tsu Koon tidak menunjukkan minat untuk membantu rakyat malah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga dilihat tidak lagi turun padang selepas tewas dalam pilihan raya umum lalu. ''Kita boleh tanya Tsu Koon, berapa kali beliau turun semula ke Pulau Pinang untuk berjumpa rakyat selepas kalah di Parlimen Batu Kawan pada pilihan raya umum lalu. ''Jadi pemimpin inikah yang mahu memimpin BN merampas semula Pulau Pinang? Bagi saya ia hanyalah satu angan-angan," katanya. Lidah Rasmi UMNO |
| Pengundi hantu: SPR salahkan JPN Posted: 09 Aug 2011 08:20 PM PDT Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan kononnya terdapat tiga 'pengundi hantu' dalam daftar pemilihnya seperti yang didedahkan baru-baru ini. Sebaliknya, SPR berkata pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) - di mana suruhanjaya itu bergantung ketika mendaftar pengundi, - telah memasukkan butiran ketiga-tiga pengundi berkenaan. Walau bagaimanapun, suruhanjaya itu gagal menjelaskan mengapa laman web JPN tidak menunjukkan keputusan carian bagi ketiga-tiga mereka apabila semakan dibuat. "Kami baru semak melalui sistem ALIS (Agency, link-Up System) JPN. Kami mempunyai semua butiran bersama-sama dengan gambar (tiga pengundi)," kata pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof (kiri) dalam satu SMS. Ditanya mengenai perbezaan maklumat dengan laman web JPN, Abdul Aziz menasihati wartawan Malaysiakini untuk mendapatkan jawapan tersebut daripada JPN. ALIS adalah pangkalan data yang digunakan oleh SPR bagi mendaftarkan pengundi dan mengesahkan identiti mereka yang berpotensi menjadi pengundi. JPN juga mengendalikan sebuah laman web yang membolehkan orang ramai menyemak status dokumen pengenalan dengan memasukkan nombor pengenalan mereka. Sebelum ini, berdasarkan maklumat pembaca, Malaysiakini membuat semakan ke atas tiga nama yang dikatakan sebagai pengundi yang layak dalam daftar pemilih di sistem pengesahan di laman SPR, tetapi tidak dapat mengesan butiran mereka di laman web JPN. Mereka adalah Farhana binti Abdul Rashid (MyKad: 840505715012), Basri Buru bin Alimin (Mykad: 250622715425) and Soessje Scwanne Jetty Silvana Groeneveld (Mykad: 380424715016). Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Aziz mengakui bahawa pendaftaran pengundi yang bernama 'Kg Baru' adalah satu kesilapan, dan bahawa SPR telah memperbetulkan kesilapan itu berikutan laporan Malaysiakini semalam. "Rekod itu telah dipinda - nama (individu) berkenaan ialah Noraini binti Abdullah," katanya. Semakan melalui sistem pengesahan dalam talian SPR juga mengesahkan perkara itu. Malaysiakini |
| Status PR tidak boleh jadi pemilih - SPR Posted: 09 Aug 2011 06:33 PM PDT SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyangkal tuduhan sesetengah pihak kononnya terdapat 1,597 pemegang status pemastautin tetap (PR) dalam senarai daftar pemilih. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf menegaskan pihaknya tidak akan meluluskan permohonan sesiapa saja berstatus PR menjadi pengundi dalam pilihan raya. "Kita menyaring setiap permohonan untuk menjadi pemilih dengan amat teliti menerusi 33 kriteria, yang salah satu darinya ialah taraf atau status pemohon," katanya. Menurutnya, sesiapa yang memohon untuk menjadi pemilih mesti menunjukkan kad pengenalan biru dan kad pemastautin tetap warna merah tidak akan dipertimbangkan dalam apa cara pun. Beliau diminta mengulas kenyataan pihak pembangkang mengenai status PR yang nama mereka tersenarai dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan SPR berakhir 2 Julai lalu. Katanya, pihak membuat tuduhan tidak boleh berpandukan nama-nama PR yang terdapat dalam laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sebab maklumat di situ kemungkinan belum dikemas kini. "Di SPR, sekiranya ada sebarang keraguan mengenai status pemohon, kita akan segera merujuk kepada JPN, kita kena teliti setiap kriteria sebelum meluluskan dan mempamerkan daftar pemilih. "Kita menyemak dan membetulkan nama pemilih setiap hari, jadi sekiranya ada pihak tidak puas hati sila datang untuk membuat semakan dengan SPR, sebab kita terbuka," katanya. Ditanya mengenai Mismah yang dalam rekod JPN berstatus pemastautin tetap, tetapi dalam sistem SPR dia telah didaftarkan sebagai pengundi baru, Abdul Aziz menjelaskan "Rekod dalam laman web JPN mungkin tidak dikemas kini, pembangkang tidak boleh merujuk hanya kepada rekod JPN, sebab itu kena semak dengan kita untuk mendapatkan penjelasan," katanya. Sinar Harian |
| Rusuhan di London : Tiada Pelajar Malaysia terbabit? Posted: 09 Aug 2011 09:46 AM PDT Baca kedua-dua berita dibawah dan bezakan kenyataan Anifah Aman dengan laporan berita yang kedua.. Anifah Aman kata tiada pelajar Malaysia terbabit dalam rusuhan di London.. Berita yang kedua pula adalah sebaliknya.. Adakah Anifah Aman bercakap ikut suka dia semata-mata untuk menyedapkan hati keluarga pelajar Malaysia di London atau beliau memang tidak tahu apa sebenarnya berlaku di sana? Jika beliau tidak tahu apa yang berlaku disana.. beliau sebenarnya sedang makan gaji buta.. dasar pemimpin UMNO!! Berbohong dah jadi amalan mereka.. Tiada rakyat Malaysia terbabit rusuhan di London: Anifah Aman KOTA KINABALU: Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam rusuhan di London yang tercetus pada hujung minggu lalu, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman. Beliau berkata, rakyat Malaysia sebenarnya tiada sama sekali di kawasan itu. "Saya mendapat laporan daripada Pesuruhjaya Tinggi kita di sana, Datuk Zakaria Sulong bahawa rakyat kita terutamanya pelajar, sedang bercuti. "Sebahagian besar daripada mereka sudah pulang ke tanah air, namun saya menasihati rakyat Malaysia di kawasan berhampiran supaya tidak pergi ke kawasan tertentu," katanya selepas majlis berbuka puasa kementeriannya di sini, malam tadi. Rusuhan dan samun tercetus Sabtu lalu di Tottenham di Utara London susulan tunjuk perasaan berhubung kematian Mark Duggan, seorang penduduk tempatan berkulit hitam yang berusia 29 tahun, selepas ditembak polis dua hari sebelum itu. Bagaimanapun, Anifah berkata, keadaan masih selamat untuk ke Britain. Namun, menasihati rakyat Malaysia supaya menjauhkan diri dari Tottenham iaitu sebuah kawasan dengan kadar pengangguran yang tinggi dan diselubungi isu perkauman buat sementara waktu. - BERNAMA Laporan dari The Malaysian Insider - Seorang pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) jurusan Perakaunan sebuah kolej di London tercedera ringan dalam rusuhan di kota itu semalam. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bagaimanapun, pelajar itu, Asyraf Hazlan, 20-an, tidak kritikal dan hanya cedera di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital. "Pelajar ini tidak terlibat dalam rusuhan, tetapi beliau diserang oleh sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarah rakannya untuk berbuka puasa di utara London. "Beliau kemudian dipukul dan dirompak, tetapi telahpun dibawa ke hospital untuk rawatan, di mana beliau perlu menjalani pembedahan untuk merawat kecederaan itu," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama warga kementerian berkenaan dan agensi di bawahnya, di Institut Kemajuan Desa (Infra). Dipetik Bernama Online, Mohd Shafie berkata keluarga mangsa, yang berasal dari Selangor, telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut. Beliau berkata Mara turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan pelajar di kawasan berisiko tinggi di kota itu ke sebuah penempatan di Leicester Square bagi menjamin keselamatan mereka. |
| Serbuan JAIS : Apa kata Dr. Maza (Video) Posted: 09 Aug 2011 09:35 AM PDT Dengar, fahamkan dan sebarkan.. Politik.. politik juga, soal akidah jangan dipandang mudah... |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










Tiada ulasan:
Catat Ulasan