Era Pasca |
- MANA BUKTI UMNO MELAWAN PENJAJAH?
- wajib baca!! ini sejarahnya!! selama ini org melayu di pinggirkan oleh bangsawan umno
- FAKTA MERDEKA YANG DI SEMBUNYI UMNOK KERANA MENJADI BARUA BRITISH
- Fakta!!! wajib baca!!! siapa pengkianat orang orang melayu!!
- Saje nak Ungkit! Surau Al Musyrikin ke Masjid Al Muhsinin?
- Mat Mongol Di Sokong Kuat Oleh Seluruh Rakyat Malaysia - Menteri Rogol Amah..
- Sejarah siapa pejuang kemerdekaan yg di tutup oleh gerombolan talibarut british.
MANA BUKTI UMNO MELAWAN PENJAJAH? Posted: 31 Aug 2011 02:10 AM PDT KALAU BETUL UMNO PEJUANG KEMERDEKAAN.. KALAU BETUL UMNO BERJUANG MELAWAN PENJAJAH BRITISH.. GUA NAK TANYA MANA FILEM MELAWAN BRITISH? KENAPA UMNO TAK KELUARKAN FILEM MELAWAN PENJAJAH BRITISH? KENAPA UMNO HANYA KELUARKAN FILEM MELAWAN KOMINIS? KENAPA JINS SAMSUDIN DIKERAH UNTUK MEMBUAT FILEM MELAWAN KOMINIS? KENAPA TIDAK DI KERAH UNTUK MEMBUAT FILEM MELAWAN PENJAJAH? BERTAHUN JINS SAMSUDIN MAKAN HASIL FILEM MENIPU DENGAN DI TANGGUNG OLEH BANK TEMPATAN..ADAKAH IA DI SOKONG OLEH PENJAJAH? ATAU FILEM INI ADALAH EDEA PENJAJAH UNTUK MENGABURI MATA ORANG MELAYU TERUTAMA ORANG UMNO YANG BODOH NAK MAMPOSS.. JELAS UMNO SAMPAI SAAT INI MASIH BERSEKONGKOL DENGAN PENJAJAH DAN PERJALAN UMNO MASIH DIATUR OLEH PENJAJAH... |
wajib baca!! ini sejarahnya!! selama ini org melayu di pinggirkan oleh bangsawan umno Posted: 31 Aug 2011 01:38 AM PDT PROJEK KETUANAN MELAYU. YG SELAMA INI ANAK MUDA TAK NAMPAK. KAH KAH KAH UMNO menganggap orang Melayu kurang cerdik dan mudah dicucuk hidung. Matlamat UMNO menyerang DAP adalah untuk menimbulkan kebencian orang Melayu terhadap DAP, dan seterus supaya menolak Pakatan. Ini adalah pakej UMNO mengajak Melayu membenci DAP, dan ia diulas untuk membuktikan UMNO sendiri tahu yang para pemimpinnya banyak omong kosong dan terlalu bergantung kepada fitnah. selebihnya klik SiNi [N/C-1] Bersama-sama Baginda sertai Churp-Churp. setiap pendaftaran akan di bayar 20-40 sen. (KLIK dan Daftar) [N/C-2] Sertai Contest NESCAFE di SINI.. Yuran Pendaftaran adalah Percuma.. Daftar Online [N/C-3] Kenali dan ketahui tentang product baru Samsung Galaxy Tab, kini Galaxy Tab versi 10.1. Jika berminat boleh beli. |
FAKTA MERDEKA YANG DI SEMBUNYI UMNOK KERANA MENJADI BARUA BRITISH Posted: 30 Aug 2011 06:29 PM PDT Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka. Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini? Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah. Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi. Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini. Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul. Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul. Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah) Apakah Onn Jaafar nasionalis? Apakah Tunku nasionalis? Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar '... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....' Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar. Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA. United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen. Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka. Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Lanchau. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British mereka TIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli. Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob. Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah. Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan. Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru. Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British. Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku. Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain. Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggil RUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong. Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong. Tukar Tiub [N/C-1] Bersama-sama Baginda sertai Churp-Churp. setiap pendaftaran akan di bayar 20-40 sen. (KLIK dan Daftar) [N/C-2] Sertai Contest NESCAFE di SINI.. Yuran Pendaftaran adalah Percuma.. Daftar Online [N/C-3] Kenali dan ketahui tentang product baru Samsung Galaxy Tab, kini Galaxy Tab versi 10.1. Jika berminat boleh beli. |
Fakta!!! wajib baca!!! siapa pengkianat orang orang melayu!! Posted: 30 Aug 2011 04:51 PM PDT KAH KAH KAH Bayangkan saudara saudari sekelian. Orang seperti Dato' Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Kapten Hussein Onn dsbnya adalah mereka yang bekerja dengan penjajah British. Setiap bulan British memberi mereka gaji di samping elaun dan kelebihan2 yang lain i.e. kereta bersupir, perkhidmatan kesihatan percuma, quaters kerajaan dalam bentuk rumah banglo dan sebagainya. Sehari pun dalam hidup pemimpin2 UMNO ini tidak pernah mereka menentang British. Mereka gembira duduk di bawah kerajaan British kerana mereka mendapat banyak kelebihan dan ganjaran wang. Di waktu pejuang2 kemerdekaan yang sebenar berhempas pulas mengumpul tenaga rakyat bagi menjatuhkan British, pemimpin2 UMNO ini sebuk dengan mesyuarat mereka, minum teh di waktu petang, menghadiri banquet bagi meraikan tuan British mereka. Tidak hairanlah apabila kemerdekaan diberikan kepada Malaysia, segala kekayaan Malaysia masih dipegang oleh British. Walaupun Malaysia terus menerus kaya selepas merdeka, tapi orang Melayu dan kaum lain terus menerus hidup dalam kemiskinan yang dahsyat. Apabila pejuang2 kemerdekaan seperti Ustaz Abu Bakar Baqir, Burhanuddin Helmi, Pak Sako, Ahmad Boestamam dsbnya disiksa, dipenjara, difitnah, dikacau oleh apparat2 British, pemimpin2 UMNO terus hidup di dalam kemewahan dan kesengangan yang selama ini mereka kecapi dari tuan British mereka. Namun, apabila kita buka buku2 sejarah masa kini, pemimpin2 UMNO yang hidup seperti orang Putih inilah yang digelar pejuang kebangsaan. PAdahal, satu hari dalam hidup mereka pun British tidak pernah memenjarakan mereka, tidak pernah memukul mereka, tidak pernah mengacau mereka. Mereka ditatang oleh British seperti dulang yang penuh dgn minyak. Begitulah jentera propaganda UMNO yang jahat. Menyenyapkan sumbangan pejuang kemerdekaan yang benar2 melalui ranjau dan duri serta menganggungkan mereka yang menjadi penjilat dan pembodek kepada British. - sumber logika. pencacai gerombolan british di anggap sebagai wira? apa bodoh bebenar rakyat malaysia tidak mampu berfikir? apa anak anak muda tidak mahukan kebenaran sejarah? apakah kita masih lagi perlu di bohongi? [N/C-1] Bersama-sama Baginda sertai Churp-Churp. setiap pendaftaran akan di bayar 20-40 sen. (KLIK dan Daftar) [N/C-2] Sertai Contest NESCAFE di SINI.. Yuran Pendaftaran adalah Percuma.. Daftar Online [N/C-3] Kenali dan ketahui tentang product baru Samsung Galaxy Tab, kini Galaxy Tab versi 10.1. Jika berminat boleh beli. |
Saje nak Ungkit! Surau Al Musyrikin ke Masjid Al Muhsinin? Posted: 30 Aug 2011 01:30 PM PDT Pada 21 Ogos lalu, Datuk Mustapha Kamal Mohd Yusof, yang dipercayai pemimpin Umno di cawangan Seputeh bersama lebih kurang 50 orang berkumpul di hadapan pusat tuisyen di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur yang didakwa oleh Media Elektronik UMNO cuba memurtadkan umat Islam berkenaan bagi membantah tindakan mengkristiankan umat Islam. Laporan itu cuba menggambarkan bahawa terdapat usaha untuk menyebarkan agama Kristian melalui kelas-kelas tuisyen, sehingga menyebabkan ahli-ahli Surau Al Musyrikin (dalam bahasa melayu: orang yang menyekutukan Allah) membantah. Pusat tuisyen tersebut terletak di kawasan setinggan yang didiami khususnya oleh masyarakat Cina dan India, bersama-sama dengan beberapa pendatang Indonesia. Ia cukup jelas bahawa qariah dan surau yang dilaporkan di TV3 itu tidak wujud. Dan pada 29 Ogos, TV3suku telah berusaha cuba cover balik dengan memberi alasan KESILAPAN TEKNIKAL. Kononnya yang wujud adalah Masjid al-Muhsinin beralamat di Taman Danau Desa, Off Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Nama Al-Muhsinin secara tidak sengaja disebut sebagai Al-Musyrikin oleh pembaca berita tersebut. Betapa bodohnya, sebutan nama mungkin boleh tersasul, tapi adakah sebutan antara MASJID dan SURAU boleh tersasul juga? Mereka yang bukan Islam pun tau bezakan antara surau dan masjid! Setahu aku, jika berlaku kesilapan teknikal, kebiasaannya TV3 akan mendapat tahu awal melalui penonton terutama dari kaw tersebut atau 'kariah surau.. errrrr... masjid yang terlibat' dan akan memperbetulkannya secepat mungkin. Tapi kenapa kali ni mengambil masa yang lama? Malah dipercayai bukti telah dipadam tapi jangan lupa, semua video laporan TV3suku telah diupload semula ke Youtube oleh mereka yang inginkan kebenaran. buktinya laporan dari Web TV3suku yang telah dipadam videonya. Kenapa? Dan sejak kejadian itu, tak pulak Media UMNO ni mainkan isu ni lagi... Fikir fikirkan lah. Allah Maha Besar, Jangan fikir dengan wang boleh menutup segalanya. Pada Jingga 13, Let's Rock In! REFORMASI!!! ALLAHUAKBAR!!!! [N/C-1] Bersama-sama Baginda sertai Churp-Churp. setiap pendaftaran akan di bayar 20-40 sen. (KLIK dan Daftar) [N/C-2] Sertai Contest NESCAFE di SINI.. Yuran Pendaftaran adalah Percuma.. Daftar Online [N/C-3] Kenali dan ketahui tentang product baru Samsung Galaxy Tab, kini Galaxy Tab versi 10.1. Jika berminat boleh beli. |
Mat Mongol Di Sokong Kuat Oleh Seluruh Rakyat Malaysia - Menteri Rogol Amah.. Posted: 30 Aug 2011 12:04 PM PDT KAH KAH KAH KAH KAH KAH MENTERI ROGOL AMAH KATA MAT MONGOL DI TERIMA MAJORITI.. RAKYAT MALAYSIA... ATAU DI BENCI MAJORITI RAKYAT MALAYSIA.. DAN ANAK ANAK MUDA? KAH KAH KAH KAH KAH KAH INI KENYATAAN SYOK SENDIRI DARI GEROMBOLAN.. YG KATANYA MASIH LAGI DI TERIMA KEJAHATAN MEREKA.. KEZALIMAN MEREKA, KEJIJIKAN MEREKA, KESOMBONGAN MEREKA.. TERHADAP RAKYAT MARHAEN DAN ANAK MUDA.. DGN SEWANG WENANGNYA MENAIKKAN HARGA BARANGAN.. DAN MEMBUNUH SISTEM DEMOKRASI DALAM NEGARA.. KAH KAH KAH KAH KAH KAH GEROMBOLAN MASIH LAGI TIDAK MEMPERCAYAI BAHAWA.. GEROMBOLAN BAKAL DI HUMBAN KE MUZIUM NEGARA.. SEBAGAI 1 DARI SEJARAH MALAYSIA KEPADA PERADABAN NEGARA.. DAN MENJADI CATATAN SEJARAH KEHINAAN YG AKAN DI PELAJARI.. DI SEKOLAH SEKOLAH NANTI.. SEBAGAI PETUALANG AGAMA BANGSA DAN NEGARA.. KAH KAH KAH logika. makin merapu rapu menteri menteri bengong umno harbi ni beb.. kah kah kah [N/C-1] Bersama-sama Baginda sertai Churp-Churp. setiap pendaftaran akan di bayar 20-40 sen. (KLIK dan Daftar) [N/C-2] Sertai Contest NESCAFE di SINI.. Yuran Pendaftaran adalah Percuma.. Daftar Online [N/C-3] Kenali dan ketahui tentang product baru Samsung Galaxy Tab, kini Galaxy Tab versi 10.1. Jika berminat boleh beli. |
Sejarah siapa pejuang kemerdekaan yg di tutup oleh gerombolan talibarut british. Posted: 30 Aug 2011 10:50 AM PDT SEJARAH TIDAK PERNAH PENIPU, TETAPI UMNO HARBI KUAT MENIPUNYA.. Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak.Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain. Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim.Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar. Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris.Beliau menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad;Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API). Mat Indera telah memilih untuk masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Revolusi Indonesia menentang Belanda.Beliau bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris.Memandangkan gerakan gerila yang sudah sedia aktif bergerak di dalam hutan ialah kumpulan orang-orang Cina dikenali sebagai Bintang Tiga,maka Mat Indera tidak punya pilihan melainkan perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza;atas dasar inilah Mat Indera dilabel sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama.Mat Indera menjadi ketua gerila PKM Melayu bagi Daerah Muar,Batu Pahat dan Melaka. Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak tidak terlibat menembak atau menyerang anggota Polis,malah sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong Bukit Kepong. Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, sebaliknya gerila-gerila Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis. Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera.Inggeris menetapkan reward $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan. Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera.Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban.Mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris. Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung,yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk jia meminumnya.Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal.Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan.Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau.Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda Inggeris. Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping.Di dalam penjara mat Indera didera.Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping.Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping. Antara cerita lain tentang Mat Indera ialah menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis sewaktu serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong.Chin Peng pernah mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai orang Melayu yang menyertai PKM akan mengikut jejaklangkahnya juga.Manakala adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan Balai Polis bukit Kepong. Manakala menurut cerita orang ,kali pertama kena tangkap,Mat Indera memberitahu yang dia hendak sembahyang dan minta izin untuk mengambil wudhuk,semase ambil air sembahyang Mat Indera dikatakan ghaib menghilangkan diri.Peristiwa kali kedua pula,Mat Indera minta hendak sentuh rumput semasa di tangkap,apabila beliau menyentu rumput,dikatakan Mat Indera sekali lagi dapat meloloskan diri secara ghaib.Akhirnya Mat Indera kecundang juga setelah terminum air kopi yang dibubuh buah kecubung. logik akal. semua org tahu siapa pejuang kemerdekaan. hanya umno apco yg menyembunyikan kebenaran kerana mereka talibarut british.. kah kah kah [N/C-1] Bersama-sama Baginda sertai Churp-Churp. setiap pendaftaran akan di bayar 20-40 sen. (KLIK dan Daftar) [N/C-2] Sertai Contest NESCAFE di SINI.. Yuran Pendaftaran adalah Percuma.. Daftar Online [N/C-3] Kenali dan ketahui tentang product baru Samsung Galaxy Tab, kini Galaxy Tab versi 10.1. Jika berminat boleh beli. |
You are subscribed to email updates from Era Pasca GROUP To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan