Rabu, 3 Ogos 2011

Era Pasca

Era Pasca


(BUKTI 1000 orang) PATI - Pendatang Sah - Penduduk Tetap - Warganegara - PENGUNDI UMNO

Posted: 03 Aug 2011 01:11 AM PDT

Dalam satu sidang media tergempar sebentar tadi, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendedahkan bahawa terdapat lebih 1,000 pengundi yang berdaftar melalui cara "Mismah-Gate"!

"Mismah-Gate" merujuk kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang didaftar sebagai pendatang yang sah kemudian diberi taraf penduduk tetap (Permanent Resident - PR) dan dalam masa beberapa jam mereka akan diberi taraf WARGANEGARA MALAYSIA!!

Salahuddin mendakwa, selain Mismah yang berjaya "dikesan' menjadi warganegara hanya dalam tempoh EMPAT jam, ada juga laporan "print screen" dari daftar pemilih dari pelayan (server) Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang hanya memerlukan masa selama DUA JAM SAHAJA!!

Sidang media yang turut disertai Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Sivarasa Rasiah turut memperolehi pelbagai bukti sahih menafikan kenyataan SPR sendiri yang menuduh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)mengalami "kegagalan teknikal" beberapa jam lalu!

Islamist party PAS has claimed to have found more than 1,000 permanent residence (PR) holders in Selangor alone who have been included in the electoral roll of eligible voters, strengthening assertions that the problem may be more than a case of mere 'technical negligence' by the National Registration Department (Jalan Pulang)


[N/C-1]
[N/C-2]


[N/C-3]

Bubur Asyura Turun Temurun

Posted: 02 Aug 2011 10:13 PM PDT

Bahan-Bahan:

1 kg beras
200gm kacang hijau
1 kg santan
50 gm kerisik
satu sudu kecil serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan halba
10 keping gula melaka
10 ulas bawang merah-dimayang
5 ulas bawang putih-dimayang
1 inci halia-dimayang 500 gm jagung
100 gm gula pasir
sedikit rempah kurma,kari
2 liter air

Cara:

1.masak nasi sehingga pecah. Kacau sentiasa.
2.masukkan kacang hijau dan jagung kacau hingga kacang hijau kembang
3.masukkan bawang, kerisik, halia dan rempah serta rempah kurma. Kacau lagi

Cadangan Hidangan:

4.masukkan gula melaka dan gula
5.akhir sekali masukkan santan dan kacau sehingga adunan pekat
6.sejuk adunan dalam dulang berlapik daun pisang.

DQ:
Selamat mencuba.. Bubur Asyura nih dah macam makanan tradisi orang UTARA ketika bulan ramadhan..
Selamat beramal juga..

Maaf kesilapan tajuk dan posting kerana terlampau banyak menu nih.. hehe


[N/C-1]

[N/C-2]

[N/C-3]

KAHKAHKAH PM NAJIB DI UGUT BUNUH OLEH WANITA..

Posted: 02 Aug 2011 07:49 PM PDT

Ini adalah bukti yang diabil dari facebook isu Politik semasa.

Seorang pengguna facebook yang bernama Shamila Grape menulis kalau diberi peluang, dia sanggup membunuh PM Datuk Seri Najib Tun Razak dan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin. (SK)


[N/C-1]

[N/C-2]

[N/C-3]

renungkan wahai orang Melayu...

Posted: 02 Aug 2011 08:03 AM PDT


Gempar.. Nampaknya sah, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah berkomplot dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk sekali lagi menipu rakyat Malaysia. Terkini, selepas beberapa jam didedahkan oleh kami dan media alternatif lain berhubung dengan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MYPR berwarna merah yang telah didaftar sebagai pengundi baru. Pagi PR petang dah dapat MyKad.. Apa kes nii... Sanggupkah kita ditipu sebegini? Patutlah masing2 takut sangat dengan Pilihanraya adil dan Bersih... sebab takut tak boleh nak MENIPU.... Maruah negara digadai begitu saja... inikah namanya membela agama, bangsa dan negara. Nak memang punya pasal, sanggup buat kejer jual negara seperti ini.. Banyak lagi kita akan dedahkan selepas ini.. Tunggu...

Jika inilah senarionya, maka kita tidak hairanlah ramai penduduk tetap (PR) yang boleh mengundi setiap kali musim pilihanraya di negara kita. Selama ini ramai yang tidak mahu mendedahkannya, tapi sekarang rakyat sudah tidak bodoh seperti dulu lagi. Kenapa ini berlaku dalam sistem pentadbiran di negara kita. Mudah saja jawapannya, iaitu mereka yang berkuasa sudah tidak percaya lagi kepada rakyat sendiri. Akhirnya terpaksa menggunakan orang luar yang bertaraf penduduk tetap untuk mengundi dalam setiap kali pilihanraya. Sebab itulah kita tidak hairan SPR dan kerajaan tidak mahu sebuah pilihanraya yang bersih dan adil terlaksana di negara ini. Semuanya kerana mereka mahu menang dengan "taktik kotor" buat selama-lamanya. Kes kad pengenalan "71" ini banyak juga dijumpai di kawasan parlimen Pekan mutakhir ini. Ramai pemiliknya dikatakan dari Kemboja, Myanmar dan sebagainya. Apakah ini namanya membela negara, bangsa dan agama yang dilaung-laungkan selama ini. Agama sudahlah tergadai, negara jadi carca merba dan kini maruah bangsa juga sudah tercemar dek kerakusan pihak-pihak tertentu untuk terus berkuasa. Apakah kita sebagai rakyat mahu terus berdiam diri dengan penipuan sebegini lagi?

CucuMatKilau


[N/C-1]

[N/C-2]

[N/C-3]

Tiada ulasan: