DUNIACACAMARBA |
- [Wajib Baca] Peguam: Bukti Pendakwa Raya Tidak Lengkap, Diubah Suai, Apa Kata Pakar DNA?
- [Wajib Baca] Tolak Hukum Allah dan Menghalalkan yang Haram Pun MURTAD, "Tumbukan" Padu Kena Muka UMCO!
- Drama Liwat II: Makmal DNA Jabatan Kimia TIADA Kelayakan Antarabangsa
- [PANAS] Khalid Samad CABAR Pope Gomo. Mari Tengok Kejantanannya!
[Wajib Baca] Peguam: Bukti Pendakwa Raya Tidak Lengkap, Diubah Suai, Apa Kata Pakar DNA? Posted: 25 Aug 2011 05:00 AM PDT Pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa bukti yang dibawa ke mahkamah oleh pendakwa dalam kes Fitnah II sebenarnya tidak lengkap dan diubah suai, lapor KD. Hal ini diketahui melalui saksi kelima peguam bela, iaitu pakar molekul genetik, Dr Brian McDonalds dari Australia. Dr McDonalds dalam keterangannya memberitahu mahkamah, calitan kapas yang diambil dari tubuh pengadu, Sayfool sepatutnya terus diletakkan di atas slaid kaca dan diteliti di bawah mikroskop selain disimpan di dalam botol plastik oleh pegawai penyiasat. Penelitian di bawah mikroskop itu menurut Dr McDonalds, membolehkan doktor atau saintis mengetahui terus sama ada calitan yang diambil itu merupakan calitan air mani atau pun tidak. Tindakan pegawai penyiasat, Jude Pereira menyimpan sampel itu di pejabatnya selama dua hari pada suhu bilik juga menimbulkan keraguan kerana bukti mungkin diubah suai dan tercemar. Peguam kepada Anwar, Sankara Nair ketika mengulas berkata, langkah itu sepatutnya dilakukan kerana langkah itu adalah prosedur biasa dalam mana-mana kes serangan seksual. Namun, katanya, dalam kes Fitnah II ini langkah itu tidak pula dibuat. "(Sepatutnya) boleh tengok terus, untuk tahu samada (sampel) mengandungi air mani atau tidak. "Pada peringkat itu, ia kepunyaan siapa tidak penting kerana ia boleh diketahui kemudian. "Di Malaysia, kita tidak lakukan perkara ini tetapi di Australia mereka buat," kata Sankara ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Dalam kenyataannya pada sebelah petang, Dr Brian MacDonalds mempertikai kandungan DNA yang tinggi dalam sampel air mani yang dianalisis Jabatan Kimia Malaysia. Menurutnya, sampel air mani yang berada di dalam rektum seorang lelaki selama lebih 56 jam sebelum calitan air mani itu diambil dengan putik kapas sepatutnya mempunyai kandungan DNA yang sudah merosot. (Saiful diperiksa pada 28 Jun, 2008 – selepas lebih dua hari dari masa kejadian liwat didakwa berlaku pada 26 Jun 2008). Ditambah pula bukti disimpan selama lebih dua hari oleh pegawai penyiasat Jude Pereira di pejabatnya pada suhu bilik dan tidak disejukbekukan, sampel itu sepatutnya sudah tidak boleh digunakan kerana terdapat kemungkinan bukti sudah dicemari bakteria lain yang tumbuh, kata Dr MacDonalds. Hal ini berlawanan dengan laporan Ahli Kimia, Dr Seah Lay Hong yang mendapati terdapat banyak DNA 'segar' sewaktu beliau menganalisis sampel dari HKL yang diserahkan Jude Pereira. Perkara ini, kata Sankara Nair, adalah tidak tepat dan tidak masuk akal. Hal ini meyakinkan Sankara dan pasukannya bahawa bukti itu diubah suai sebelum bukti tersebut sampai ke Jabatan Kimia untuk dianalisis. "Kerana itu kami katakan ia (mungkin) diubah suai. Bagaimana ia diubah suai, kami tidak tahu tetapi kami yakin ia diubah suai. "(Lebih meragukan), Dr Seah sendiri sewaktu memberikan keterangan dahulu enggan memberikan penjelasan terperinci bagaimana beliau menganalisa sampel itu. "Beliau juga enggan menerangkan bagaimana kit ujian yang digunakan," kata Sankara. |
Posted: 25 Aug 2011 01:04 AM PDT Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan umat Islam perlu diberi penjelasan mengenai pengertian murtad kerana ramai yang tidak faham, tetapi mendakwa murtad hanya apabila menganuti Kristian lapor TMI. Katanya, pengertian murtad bukan hanya melibatkan pertukaran agama umat Islam kepada agama lain tetapi perkara-perkara lain. "Murtad ini bukan orang Islam masuk Kristian sahaja tetapi mereka yang menolak hukum Allah, menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal dan lain-lain," katanya dipetik Harakahdaily. Jelas Tuan Ibrahim, perbuatan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya juga boleh menyebabkan seseorang umat Islam murtad. Beliau menambah, undang-undang sahaja tidak mampu untuk mencegah kegiatan murtad tetapi memerlukan ilmu kerana ia berkait dengan iman seseorang. "Undang-undang tak boleh kawal kerana murtad boleh disembunyikan," ujarnya. Justeru, kata beliau, proses untuk mendapatkan ilmu ke arah itu hendaklah disuburkan di kalangan umat Islam. Beliau juga menggesa ulama supaya memainkan peranan bagi memberi kefahaman kepada umat Islam mengenai perkara itu. "Kita perlu memahami gejala murtad ini dalam skop yang sebenar, jangan dalam skop yang sempit," ujarnya. Tambah Tuan Ibrahim, ulama juga seharusnya berperanan dalam perkara-perkara yang melibatkan perbuatan diharamkan oleh Allah. "Mufti jangan hanya menyatakan berjudi itu haram tetapi meluluskan lesen judi adalah haram," ujarnya. P/s: Orang UMCO jangan buat-buat lupa bagaimana pemimpin dan ahli parti anda mempersenda hukum hudud dan menyokong judi di Malaysia. Jangan lupa bekas Presdien anda juga pernah menghina nabi. |
Drama Liwat II: Makmal DNA Jabatan Kimia TIADA Kelayakan Antarabangsa Posted: 24 Aug 2011 11:21 PM PDT Saya petik: [KD] KUALA LUMPUR: Makmal DNA Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya hari ini didapati tidak mempunyai akreditasi antarabangsa sewaktu menganalisa sampel kes Fitnah II. |
[PANAS] Khalid Samad CABAR Pope Gomo. Mari Tengok Kejantanannya! Posted: 24 Aug 2011 07:18 PM PDT Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad sudah memulakan langkah untuk menyaman pemblog pro-Umno Papa Gomo berhubung isu kontroversi Gereja Methodist Damansara Utama-Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) lapor TMI. Sehubungan itu Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor mencabar Papa Gomo agar mendedahkan butiran penuh tentang dirinya untuk meneruskan "perjuangan." "... bagi memulakan 'perjuangan' ini, saya ingin memohon supaya Papa Gomo menyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat penuhnya supaya dapat saya minta peguam saya untuk menyaman beliau dalam isu ini. "Maka saya berharap agar rakannya yang membaca blog saya boleh menyampaikan permohonan saya ini kepadanya," kata Khalid dalam entri terbaru blognya. Khalid menambah, sekiranya tiada jawapan daripada Papa Gomo, maka semakin jelas "bravadonya juga merupakan satu pembohongan." "Namun, ia tidak bererti bahawa saya tidak boleh dapatkan segala maklumat yang saya perlukan daripada sumber lain dan oleh itu, tidak bererti bahawa dia akan semestinya terlepas. "Hanya saya ingin memberinya peluang untuk dirinya membuktikan 'keberaniannya'; itupun kalau beranilah," kata Khalid lagi. Dalam entrinya, Khalid juga menulis, sepertimana kebanyakkan persoalan lain berhubung dengan isu Gereja Methodist Damansara Utama, dakwaan Papa Gomo bahawa "saya menghalang gereja berkenaan disita oleh MBPJ merupakan satu pembohongan." "Dia mendakwa bahawa saya pada 11 Ogos telah menghubungi MBPJ dan menghalang operasi menyita gereja tersebut sejurus sebelum pihak penguat kuasa MBPJ dan polis bersiap sedia untuk melakukannya. "Walau bagaimanapun, pembohongan semasa bulan Ramadan yang mulia tidak merupakan masalah bagi pihak Umno dan budak suruhan mereka. Mereka menganggap ke-Melayuan mereka adalah perisai yang menjadikan mereka kebal terhadap kemurkaan Allah! Apalah hendak dibandingkan satu pembohongan berbanding hadiah mangkuk tandas? Akhlak mereka amat membinggungkan," katanya lagi. Katanya, laporan polis 16 Ogos oleh Fauzi jelas mendedahkan sifat pembohong golongan terbabit terutamanya Papa Gomo. "Saya difahamkan bahawa walaupun pembohongannya telah terdedah, Papa Gomo tetap mempertahankan kenyataannya dan menyatakan kesanggupan dirinya untuk berjuang habis-habisan. Baguslah jika begitu, kerana saya pun berpendirian sedemikian," katanya lagi. Sebelum ini Pope Gomo dengan bongkaknya menulis: P/s: Sekarang kita lihat Pope Gomo ini anak jantan, betina, atau bapok, auww! Kalau dia gagal menyahut cabaran YB Khalid, maka anda boleh gelarkan pencacai UMCO ini betina atau bapok! Pope ingat kata-kata YB Khalid ini: saya ingin memberinya peluang untuk dirinya membuktikan 'keberaniannya'; itupun kalau beranilah." |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan