Khamis, 25 Ogos 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Bakat Jalanan Yang Hebat!

Posted: 25 Aug 2011 02:50 AM PDT


Di bawah terik panas matahari , lelaki tanpa kaki kiri ini, duduk bersila di atas tanah. Dia kemudian membongkok badannya dengan perasaan yang mendalam dan penuh konsentrasi menggunakan kapur di tangannya, dia melakarkan "Mona Lisa".

Apabila pejalan kaki mencampakan wang ke dalam kotak kadbod yang disediakannya, lelaki ini akan sentiasa berhenti melukis, dan memberikan tunduk hormat sebagai penghargaan.

"Mona Lisa ini dilukis seperti benda yang sebenar!" Demikian puji setiap pejalan kaki yang berhenti dan melihatnya!

Lelaki yang berasal dari Shandong ini dikenali sebagai Cong Langui, dan berumur hampir separuh abad.

Lantaran kaki kirinya diserang "tumor tulang" dan dipotong tatkala dia berusia 16-tahun, beliau mula mengajar dirinya sendiri untuk melukis sebagai sumber mencari rezeki. Ya, dia adalah pelukis jalanan berkaki satu yang telah 20 tahun yang lalu, menjelajah ke lebih daripada 20 wilayah dan bandar-bandar di seluruh negara. Menghadapi hari ribut yang kencang, dia hanya mampu menyelinap di bawah cucur atap kedai-kedai, dan bermalam di hotel-hotel murah kecil.

"Mona Lisa" adalah karyanya yang terbaik, dan yang lain daripada ini, dia juga mahir dalam lukisan harimau dan kaligrafi dalam tujuh bahasa Cina, Inggeris, Jerman, Perancis, Rusia, Arab, dan Korea.Anda boleh lihat sendiri peri hebatnya lelaki ini melukis melalui rakaman berikut :

RM1.4 bilion gula-gula menggilakan Rakyat 1Malaysia

Posted: 24 Aug 2011 11:54 PM PDT

Walaupun hasil minyak yang berjaya dikutip oleh Kerajaan semenjak zaman Tun Hussein Onn adalah dianggarkan RM456 billion,Idris Jala, yang mengepalai Pemandu, satu unit khas di Jabatan Perdana Menteri pernah mengumumkan Malaysia boleh bankrap menjelang 2019 jika pemberian sabsidi kepada rakyat tidak dihentikan!

Ekoran itu, kerajaan Umno/BN telah menarik kembali pemberian subsidi gula bernilai RM116 juta dan rakyat disuruh kurangkan makan gula kerana pengidap diabetics dalam negara semakin meningkat!

Rakyat disuruh merubah gaya hidup - tetapi Najib lupa nak nasihatkan isterinya sendiri si Rosmah yang sakan berbelanja mewah beli cincin berlian dan gelang tangan yang nilainya puluhan juta RM.Bertuahnya Rosmah mendapat peruntukan dari suaminya, RM111 juta 'Permata' yang dikendalikan olehnya.

Ini semua gara-gara kerana kononnya kerajaan tidak mampu menampung kos subsidi yang semakin meningkat.Dan penarikan subsidi ini menyebabkan harga gula dan barangan lain keperluan rakyat kini menggila naik!Kenaikan tarif letrik bukan sahaja melibatkan kenaikan bil penggunaan tetapi juga melibatkan kenaikan kos pengeluaran barangan pengguna. Begitu juga dengan kenaikan harga diesel akibat penarikan subsidi baru-baru ini.

Tetapi dengan tidak semena-mena, tanpa perbincangan dan kelulusan di Parlimen, Najib telah meluluskan RM1.4 bilion bantuan kebajikan masyarakat melalui Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) tahun ini. Ah – satu lagi projek tergesa-gesa Najib menggula-gulakan rakyat agar rakyat jadi gila-gila menyokong rejim Najib! Pertanda PRU-13 sudah semakin hampir!

Bukan main hebuh lagi pegumuman tersebut dibuat!Tapi apalah sangat jumlah RM1.4 billion itu dibandingkan dengan peruntukan RM19 bilion setahun kepada syarikat IPP seperti YTL Corporation Berhad, Malakoff Corporation Berhad dan Genting Sanyen? Tapi yang peliknya,tarif elektrik di negara kita makin meningkat. Bukankah tujuan pemberian subsidi itu untuk mengurangkan beban rakyat?

Apakah rasionalnya pemberian RM1.4 bilion subsidi ini? Adakah untuk kepentingan negara atau bagi kepentingan survival Umno/BN?

Kalau benar sebagaimana kata Najib bahawa langkah itu kerana mahu menegakkan keadilan sosial dalam negara,kerajaan sepatutnya

* Luluskan tuntutan CUEPACS dan MTUC gaji minimum RM900 sebulan
* Hentikan projek pembaziran RM5 bilion Menara Warisan 100 tingkat.
* Hentikan subsidi untuk penjana kuasa bebas sebanyak RM19 bilion
* dan lain-lain...


Tiada ulasan: