Jumaat, 19 Ogos 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


60 Ribu Ayam Disembelih SETIAP Hari di Johor DIRAGUI Halalnya!

Posted: 19 Aug 2011 03:15 AM PDT


Saya petik:
[Bernama] JOHOR BAHRU: Daripada 200,000 bekalan ayam segar yang dikeluarkan di Johor setiap hari, kesucian 30 peratus daripadanya diragui kerana ada pengusaha pusat penyembelihan tidak mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Johor (JAJ).

Penolong Pengarah Penyelidikan Unit Halal JAJ, Samsudin Paimi, berkata terdapat beratus-ratus peniaga yang memasarkan kira-kira 60,000 ayam segar setiap hari yang kesuciannya diragui.

"Malah ada penyembelihan dilakukan di tempat terbuka yang turut dimasuki anjing dan binatang lain," katanya kepada pemberita selepas serbuan terhadap dua premis penyembelihan dan pemprosesan di Jalan Kampung Sawah dan Jalan Pontian-Johor Bharu di Pontian, awal hari ini.

Dalam serbuan dari 1 pagi hingga 3 pagi itu, JAJ mendapati premis terbabit masing-masing tidak melakukan proses penyembelihan dengan kaedah ditetapkan manakala logo halal sudah tamat tempoh sejak empat tahun lalu.

Samsudin berkata JAJ khuatir dengan pertambahan permintaan terhadap ayam segar menjelang Aidilfitri, pengusaha kecil seperti itu semakin berani untuk mengaut keuntungan dengan berselindung di sebalik logo halal tamat tempoh selain tidak mengikut piawaian JAJ.

Turut membimbangkan JAJ, katanya, ialah ramai pengusaha tidak memiliki tauliah penyembelihan selain mempraktikkan kedah penyembelihan dan pemprosesan ayam sambil lewa.

"Kita tidak mahu pengguna terus tertipu dan mereka seharusnya diberi kesedaran untuk hanya memilih ayam yang disahkan halal dan suci," katanya.
 
Beliau berkata pemeriksaan akan terus dilakukan bagi melindungi kepentingan pengguna.

Samsudin berkata JAJ sudah mewajibkan pengusaha ayam di Johor membuat label yang akan diletakkan di kepak ayam yang mengandungi maklumat mengenai penyembelihan serta status halalnya.

Mengikut Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010 yang akan dikuatkuasakan bermula tahun depan, syarikat yang didapati bersalah menipu sijil halal boleh dikenakan denda sehingga RM5 juta bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM10 juta bagi kesalahan kedua. 

 P/s: Sila ambil perhatian!
 

Susulan Kes Skrip Sumpah Sokong BN, Zuraida Sedia Kemukakan Bukti dan Saksi

Posted: 19 Aug 2011 02:00 AM PDT


Saya petik:

[MK] Ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin hari ini menyahut cabaran Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memintanya mengemukakan bukti jelas berhubung dakwaan program pemutihan pekerja asing mensyaratkan mereka membaca 'skrip bersumpah' menyokong BN.
NONE 
Sehubungan itu, Zuraida akan membuat laporan polis minggu depan berhubung dakwaan tersebut bagi menyahut cabaran Ketua setiausaha KDN Tan Sri Mahmood Adam, seperti yang dilaporkan hari ini.

"Ya, kita akan membuat laporan polis. Kita sedang mengumpul saksi dan kita mempunyai bukti yang jelas.

"Sekarang kita sedang melakukan kerja-kerja untuk memantapkan dengan (mengumpul) saksi-saksi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Dalam sidang media 16 Ogos lalu, Zuraida dilaporkan mendakwa mendapat 'skrip bersumpah' yang jelas daripada anggota PKR yang menyelinap masuk ke lokasi tertentu.

Dakwanya, pendatang asing dikehendaki bersumpah untuk menyokong Umno dan BN sebagai salah satu syarat proses pemutihan itu.

NONEHelaian kertas yang didakwa mengandungi "skrip bersumpah" itu antara lainnya menyebut "saya/suami/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/Barisan Nasional (BN)".

Mengulas lanjut, Zuraida berkata beliau membuat pendedahan tersebut bagi mendapat reaksi awal dari KDN berhubung perkara itu.

Ditanya sama ada beliau sedia untuk menampilkan saksi dan bukti yang jelas, Zuraida sekali lagi menegaskan kesediaan pihaknya untuk berbuat demikian.

Sehubungan itu, Zuraida berkata akan membuat laporan polis itu di Balai Polis Ampang minggu hadapan.
P/s: Semakin menarik! Adakah bukti dan saksi yang bakal dikemukakan bakal membuat KDN dan BN terkedu?

Awas, Produk Kosmetik Derma-Rx Arbutin-R Cream BERACUN

Posted: 19 Aug 2011 01:33 AM PDT


Saya petik:
[Bernama] KUALA LUMPUR: Pengguna dinasihatkan tidak menggunakan krim jenama Derma-Rx Arbutin-R Cream yang didapati mengandungi racun yang berbahaya kepada kulit.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah Abdul Rahman, berkata produk keluaran Sepanyol itu tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia setelah ujian menunjukkan ia mengandungi racun berjadual, tretinoin dan hydroquinone. 

"Penggunaan tretinoin dan hydroquinone adalah tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Produk yang mengandungi bahan itu boleh membawa pelbagai kesan sampingan kepada pengguna dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Hydroquinone juga boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

Eisah berkata, syarikat yang bertanggungjawab terhadap produk itu diarah memberhentikan penjualan dan pembekalannya serta merta selain memanggil balik kesemua stok dari pasaran dalam tempoh 72 jam.  


Awas, SOS Ada DNA BABI!!!

Posted: 18 Aug 2011 09:10 PM PDT


Saya petik:
[HM] IPOH: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), bertindak menghantar notis pemberitahuan kepada Persatuan Hotel Malaysia dan syarikat makanan segera berhubung penemuan Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam sos jenama HP Souce dan Tabasco, sejak bulan lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff, yang dihubungi wartawan Harian Metro berkata, pihaknya sudah menghantar notis peringatan memaklumkan kepada pengamal industri makanan yang menggunakan sos jenama berkenaan baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya, aspek penguatkuasaan belum dijalankan berikutan pihaknya sedang melakukan beberapa siasatan terakhir sebelum menguatkuasakan larangan penggunaan dua jenis sos jenama terkenal itu.
"Kami belum memuktamadkan penguat kuasaan larangan itu, namun surat makluman mengenai penemuan DNA babi itu sudah diedar kepada pihak terbabit termasuk rangkaian hotel dan restoran makanan segera.

"Kami sedang menunggu arahan pihak atasan Jakim mengenai tindakan selanjutnya bakal diambil terutama dalam menguat kuasakan larangan itu," katanya. Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan sidang media khas sebaik segala siasatan berhubung larangan penggunaan sos jenama berkenaan selesai kelak.

Difahamkan, Jakim sudah mengambil sampel produk berkenaan untuk dihantar sebanyak dua kali ke Jabatan Kimia Malaysia sebelum ia disahkan terdapat DNA babi di dalamnya.
Persoalan timbul apabila pemilik jenama HP Sauce and Tabasco, HJ Heinz and Mclhenny Company, menyangkal dakwaan kedua-dua jenama itu tidak disahkan halal.

Dalam kenyataannya, syarikat itu berkata, kedua-dua jenama itu mematuhi sepenuhnya garis panduan kawal selia oleh badan pensijilan masing-masing.

HP Sauce disahkan halal oleh HAC (Halal Audit Company), iaitu pihak berkuasa pensijilan Islam di Belanda, di mana terletaknya kilang itu.

Manakala, Tabasco disahkan halal oleh INFANCA (Majlis Nutrisi dan Makanan Islam Amerika) yang juga pihak berkuasa Islam di Amerika Syarikat dan mendapat akreditasi Jakim bagi mengesahkan produk itu bagi pihaknya.

P/s: Kalau tidak silap, sos ini disediakan sebagai penambah perasa di premis yang menjual pizza. Melayu mana yang tidak makan BABI? Siapa mahu jawab?




[PANAS] WikiLeaks Dedah "Projek Mahathir": 600 Ribu Warga Mindanou dan Indonesia Didakwa Diberi Kerakyatan di Sabah

Posted: 18 Aug 2011 05:00 PM PDT


Saya petik:

[WikiLeaks] ¶6. (C)  UMNO's main Sabah-based partner party, PBS, remains  
publicly indignant about UMNO grants of citizenship and
related voting rights during the 1990s to over 600,000
foreigners (predominantly Muslims from Indonesia and
Mindanao), in return for those individuals' votes in Sabah's
state assembly elections.
Two PBS state assemblymen, Ching
Eng Leong and Samson Chin Chee Tsu, told us on October 4 that
former PM Mahathir began the initiative prior to the 1994
state assembly election, in order to ensure UMNO's political
takeover of Sabah. UMNO's control was further solidified
during the 1999 state election, as UMNO granted more
foreigners citizenship and voting rights under what came to
be known as "Project Mahathir." According to Samson, PBS
switched from its opposition party status in 2000 and allied
itself with UMNO. Ching said, "UMNO had completely taken
over by that time. They paid off our party leaders and
several assemblymen in cash, and threatened to freeze our
constituencies out of federal and state funding if we didn't
join them."
Since 2000, the state assembly has remained 100
percent controlled by the UMNO-led coalition; opposition
parties in Sabah have no elected representatives.



P/s: UMCO dan pihak dinamakan dalam laporan ini boleh menafikan hal ini. Namun, bagi orang Sabah, hal ini dapat dilihat di depan mata. Jika dakwaan pelbagai pihak tentang pemberian kerakyatan kepada warga asing rancak di beberapa negeri, maka orang di negeri terbabit pun dapat melihat perkara yang sama nanti. Jadi, kalau terbukti dakwaan ini benar, renung-renungkan dan fikir-fikirkan, siapa pengkhianat negara yang sebenar?

Cuba baca, Projek IC pun sudah ada laman sendiri di Wikipedia. Klik di sini.













Tiada ulasan: