Selasa, 16 Ogos 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Selepas Nor Arlene, Adakah Gadis Ini "Hajjah Sitt al-Wuzara"?

Posted: 16 Aug 2011 07:35 AM PDT

Salinan kad pengenalan di bloh Hajjah Sitt dan individu yang dikatakan oleh 1peluru sebagai pemilik kad pengenalan di blog lahanat berkenaan.

Selepas nama Nor Arlene Tan disebut-sebut sebagai Hajjah Sitt al-Wuzara dan individu ini menafikan dakwaan itu, diikuti permohonan maaf oleh GaySec yang membuat pendedahan itu, blog yang menghina Islam dan Nabi itu membuat kiriman tentang hal ini dan maki hamumnya kepada pihak berkuasa. Dalam kiriman yang sama, Hajjah Sitt turut menyertakan salinan kad pengenalan yang kononnya adalah miliknya. Seperti biasa, gambar dan maklumat yang tertera pada kad pengenalan itu dikaburkan/dipadamkan. Sila rujuk gambar di atas. Makin hamun, individu yang menggelarkan dirinya Hajjah Sitt lahanat itu boleh dibaca di sini.

Jurublog 1peluru membuat "penyiasatan" dan memaparkan sekeping kad pengenalan yang dikatakan sama dengan kad pengenalan yang dipaparkan di blog Hajjah Sitt. 1peluru mendakwa identiti individu pada kad pengenalan itu ialah Adlin Abd Jalil. Betul atau tidak, kita tidak tahu! Tulisannya boleh dibaca di sini.

Justeru, saya setuju dengan pendapat jurublog itu agar individu dengan ADLIN ABD JALIL perlu membuat laporan polis dengan segera atas beberapa sebab:

1. Bagi membuktikan dirinya bukan Hajjah Sitt Al-Wuzara yang menghina agama Islam/Nabi sejak beberapa bulan lalu.

2. Bagi menjamin keselamatannya jika kad pengenalannya telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jika pendedahan ini benar, maka pihak berwajib perlu mengambil tindakan yang sewajarnya.


[AWAS] Peminat Kopi KUAT, Sila Perhatikan Senarai KOPI Didakwa Mengandungi "Racun"

Posted: 16 Aug 2011 06:32 AM PDT


Kementerian Kesihatan seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor. 

Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini. Kebanyakan produk haram ini dijual secara terbuka oleh peniaga warga asing.

Yang berikut ialah senarai kopi yang didakwa beracun. Kopi ini dikatakan telah diuji oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan :
  • Cafe Abang Yes,
  • Candi Gold,
  • Candy 193,
  • Extend Up Energy Drink,
  • Extremen,
  • Extrewomen,
  • Goji Guarana,
  • Goji Guarana Extra,
  • Goji More,
  • Goji Yumberry,
  • Guara Cafe,
  • HBW Ice Lemon Tea,
  • Hotton Vitality Candy,
  • Ie2 O,
  • King Cappucino,
  • Knight Cofee.
  • Kolek Cafe Power Plus,
  • Kopi Angguk,
  • Kopi Asmara,
  • Kopi Bagus AAA,
  • Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus,
  • Kopi Pahlawan,
  • Kopi Super Angguk,
  • Kopi Tenaga Tok Lebai Plus,
  • Maca Max,
  • Macagin Ginseng Candy,
  • Mentalk Candy,
  • Nexus MXP,
  • Night Cafe,
  • Red Energizer Candy For Men,
  • Royal Beverage Maqrifatun,
  • sasanergy Drink,
  • Trica Jus,
  • Tri-Max,
  • True SR,
  • vigor Candy,
  • Vitca-F,
  • Vitca-M,
  • Winnie Beauty V1,
  • XKL Sky Fruit Juice Premix.

P/s: Kalau mahu "power", cubalah cari iktiyar yang selamat. Kalau ada masalah batin, cubalah bertanya dengan doktor yang bertauliah.

Ingat Kes Pemandu Van Rogol Budak Sekolah? Mahkamah Sudah Jatuhkan Hukuman!

Posted: 16 Aug 2011 05:01 AM PDT


Saya petik:
[HM] PETALING JAYA: Tindakan seorang pemandu van sekolah yang merogol dan melakukan kelucahan melampau terhadap dua kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, termasuk anak saudaranya membawa padah apabila dia dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 13 kali sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Rozina Ayob terhadap tertuduh V Tiagarajan, 52, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah terhadap tiga pertuduhan dihadapi selepas dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan dalam sebuah van di Jalan Othman 1/12 di sini, pada 26 Julai 2010. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan dan tidak lebih 30 tahun serta boleh dikenakan sebatan, jika disabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa melakukan kelucahan melampau dan merogol seorang lagi kanak-kanak perempuan iaitu anak saudaranya di sebuah rumah di Jalan PJS 3/52 pada hari dan masa yang tidak dapat dipastikan, dua tahun lalu. Bagi kesalahan melakukan kelucahan melampau, dia didakwa mengikut Seksyen 377E yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan, jika disabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang sudah berkahwin dan mempunyai empat anak itu meminta agar hukuman ringan dikenakan ke atasnya dengan alasan menyesal dengan perbuatannya.

"Saya minta hukuman ringan kerana saya menyesal dengan perbuatan saya," katanya sambil dilihat mengalirkan air mata.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Shah Rizal Abdul Manan memohon agar hakim memberikan hukuman yang setimpal dengan kesalahan dilakukan tertuduh mengambil kira faktor mangsa adalah kanak-kanak dan perbuatan itu sebagai perbuatan yang keji.


 P/s: "Saya minta hukuman ringan kerana saya menyesal dengan perbuatan saya.". Menyesal? ANak saudara sendiri pun dia rogol, menyesal????




[Wajib Baca] KANTOI: Skrip Sumpah Pemutihan 6P Warga Asing WAJIB Sokong UMCO

Posted: 16 Aug 2011 12:20 AM PDT

Bukti!

Bagi yang mata kabur, sila baca:
 
"Assalamualaikum, wallahi, wabillahi, watawallahi"
"Saya ….dengan nama Allah berikrar dan berjanji akan taat setia  kepada Yang di Pertuan Agong, Sultan-sultan dan negara Malaysia.

"Saya/suami/isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/Barisan Nasional.

"Saya juga akan terus memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu"

"Saya berjanji akan menyimpan RAHSIA ke atas perkara  ini dan jika saya ingkar saya akan menerima padahnya"


P/s: Sudahlah menyalahgunakan kuasa untuk kelansungan politik, skrip sumpah ini turut berunsur ugutan kepada warga asing. Apa nak dikata? Habis segala-galanya dilacurkan oleh UMCO demi kuasa!



Isu Gereja/Murtad: Pope Gomo Siar Surat Tipu/Fitnah, Laporan Polis Dibuat KEADILAN dan MBPJ

Posted: 15 Aug 2011 11:30 PM PDT


Saya petik:

[KD] PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan penipuan blogger Umno, PapaGomo yang menyiarkan satu surat palsu dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di laman blognya.

Surat palsu itu berkaitan kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas gereja Damansara Utama Methodist Church awla bulan ini.

Surat itu dihitamkan di beberapa bahagian kononnya ditulis oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan MBPJ dan kini tersebar di internet.

Ia kononnya mengandungi bukti campurtangan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mengarahkan pembatalan sita gereja DUMC.

Namun, surat itu sebenarnya tidak pernah dikeluarkan bahagian itu, kata Nik Nazmi.

"Ini satu dakwaan olok-olok oleh blogger Umno yang terdesak untuk mengekalkan kuasa," kata Nik Nazmi dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat KEADILAN tengahari tadi.

Menurutnya, pembohongan paling ketara dalam surat itu adalah apabila ia mendakwa MPJ menerima aduan daripada seorang penduduk Damansara Utama tentang kewujudan gereja DUMC itu yang dianggap haram.

"DUMC terletak di Seksyen 13, PJ, jauh dari Damansara Utama," kata Nik Nazmi.

Beliau seterusnya menyifatkan blogger Umno itu sebagai kurang bijak dalam mereka cipta fitnah sedemikian rupa.

"Blogger Umno dibayar gaji mahal tapi tak buat kerja betul-betul," kata Nik Nazmi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selanjan, Elizabeth Wong yang turut disebut namanya dalam surat itu akan membawa penerbitan surat palsu itu di blog PapaGomo kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Saya bersama Nik Nazmi akan bawa perkara ini kepada SKMM.

"(Ia menunjukkan) betapa terdesaknya Umno untuk membuatkan orang marah terhadap perkara yang tidak wujud," kata Elizabeth Wong.

Difahamkan, MBPJ akan membuat laporan polis berhubung isu itu di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya pada jam 2.30 petang ini.
Versi MK: PKR akan lapor blog pro-Umno pada SKMM



P/s: Jika dibaca betul-betul, banyak lagi artikelnya berunsur fitnah. NAMUN, berdasarkan "kekebalan" blog ini menyiarkan video lucah dan pelbagai artikel berunsur fitnah, saya tidak yakin tindakan akan dikenakan kepada blog ini. Paling dasyhat pun, berita memerihalkan bahawa dia dipanggil ke balai polis untuk memberikan keterangan selama beberapa jam. Selepas itu, kes ini senyap seperti kes penyebaran video lucah baru-baru ini! Bak kata Tun Faisal, jurublog ini dibayar untuk menulis. Faham-fahamlah!







[PANAS] Sumpah Laknat Ramadan: Ummi BERSUMPAH Tidak Pernah "Ehem-ehem" dengan Baginda!

Posted: 15 Aug 2011 10:00 PM PDT


Saya petik:
[MK] Ummi Hafilda hari melafazkan sumpah laknat mendakwa dirinya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda seperti yang didakwa oleh lelaki itu.

Sumpah itu dilafazkan di mahkamah Kuala Lumpur setelah memfailkan permohonan penghakiman ingkar terhadap Baginda hari ini.

"Wallahi, Wabillahi, Watallahi...

"Saya buat sumpah ini di bulan Ramadan yang suci bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Baginda Minda.

"Jika saya menipu, maka saya akan dilaknat," katanya.

Ummi Hafilda diiringi oleh Penasihat Undang-undang Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Beliau mengemukakan permohonan itu setelah Baginda gagal menghadirkan diri di mahkamah seperti yang disyaratkan pada 8 Ogos lalu.

Menurut Mohd Khairul, Malaysiakini, yang dinamakan oleh Ummi Hafilda sebagai defenden kedua, hadir apabila kes itu disebutkan.

"Kami telah failkan dokumen berkaitan ke atas dirinya termasuk mengiklan di Harian Metro tetapi dia (Baginda) gagal hadirkan diri," katanya.
Pada 25 April lalu, Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi 13 April lalu, selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ketika ia pertama kali disebut.

Dalam saman itu beliau mendakwa Baginda dalam satu temuramah di lobi Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah serta menyerangnya secara peribadi.

Ummi Hafilda mendakwa kenyataan Baginda itu dibuat untuk memalukannya dan berniat jahat seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal serta amat tidak jujur, selain terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengakibatkan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang itu.

Mkini Dotcom Sdn Bhd pula didakwa telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah itu di lamanweb www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu.

Beliau menuntut gantirugi am RM100 juta dan perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan fitnah terhadapnya. 


P/s: Saya tidak mahu komen apa-apa. Ummi minta dilaknat jika menipu. Allah SWT itu Maha Mendengar. Tunggu dan lihat!





Isteri Hamil Lari Dari Rumah Didera Secara Fizikal dan Seksual oleh Teman Lelaki...Sampai Lunyai!!!!

Posted: 15 Aug 2011 09:07 PM PDT

Sekadar hiasan.

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Gara-gara melarikan diri daripada suami dan tinggal bersama teman lelaki, seorang wanita mengandung lima bulan berasal dari Buntong, Perak mengalami nasib malang selepas dikurung dua minggu sejak awal bulan ini selain dibelasah teman lelakinya.

Difahamkan, mangsa berusia 30 tahun berkenaan tinggal bersama teman lelakinya di Taman Gembira, di sini, selama dua hari selepas melarikan diri dari rumah suaminya di Perak. Akibat dibelasah, mangsa cedera di kepala, perut, tangan dan kemaluan.

Teman lelakinya turut mengurung dan memaksa dia menceraikan suami dengan mengugut akan membunuhnya jika berdegil.

Sumber berkata, mangsa menuruti kemahuan teman lelaki itu tinggal bersama, tetapi mencari alasan keluar rumah selepas teman lelakinya memukulnya meskipun hamil lima bulan.

"Penderitaan mangsa berterusan apabila dipaksa melayani nafsu seks teman lelaki hingga alat sulit mangsa cedera dan jika menolak akan dipukul," katanya.

Katanya, teman lelaki mangsa juga merampas semua barangan peribadi mangsa termasuk telefon bimbit, kad pengenalan, komputer riba dan kamera digitalnya selain mengugut untuk membunuh mangsa dan keluarganya jika tidak berkahwin dengannya.

"Bagaimanapun, Sabtu lalu, mangsa mendapat peluang menelefon suaminya menggunakan telefon bimbit teman lelakinya ketika lelaki berkenaan mandi dan memaklumkan kejadian malang menimpa dirinya. 

"Kira-kira jam 2.30 petang , mangsa diselamatkan dengan bantuan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields sebelum membuat laporan di Balai Polis Petaling," katanya.

 P/s: Komen saya ringkas: BINGAI!


Lelaki Belasah dan Seret Isteri dalam Keadaan BOGEL

Posted: 15 Aug 2011 05:30 PM PDT


Saya petik:
[HM] GOMBAK: Akibat menolak ajakan berbuka puasa dengan suami, seorang wanita dibelasah suaminya selain diseret dalam keadaan bogel hingga cedera di badan dalam kejadian di Kampung Nakhoda Kanan, di sini, kelmarin.

Difahamkan, sebelum ini, pasangan terbabit sering bertengkar dan mangsa yang juga suri rumah berusia 30 tahun menjadi tempat melepas geram suaminya itu.

Sumber polis berkata, pada hari kejadian, lelaki berusia 30 tahun itu mengajak isterinya berbuka puasa, tetapi mangsa menolak pelawaannya kerana mahu berbuka di rumah kakaknya menyebabkan suaminya naik angin.

Akibatnya, mangsa dibelasah sebelum diseret dari tingkat satu rumah mereka ke tingkat bawah dalam keadaan bogel.

"Mangsa menangis dan merayu suaminya tidak bertindak demikian, tetapi lelaki itu tidak mengendahkannya," katanya di sini, semalam....

P/s: Bingai! Bayangkan berapa banyak orang melihat isterinya dalam keadaan yang amat mengaibkan itu? Bingai! 



Orang Jahil dan Pentingkan Diri Ulas Isu Larangan Guna Mikrofon

Posted: 15 Aug 2011 04:20 PM PDT



P/s: Ibrahim Ali tidak faham isu ini atau mungkin sengaja buat-buat tidak faham. Inilah orang yang menggunakan agama untuk politik, menggunakan agama untuk memupuk kebencian, menggunakan agama untuk memecahbelahkan masyarakat, menggunakan agama untuk memburukkan imej Islam!



Tiada ulasan: