Briged Al-Akhdor LR2 |
- BN lupa tanggungjawab depa bangunkan Kedah
- Kisah Imam malik
- Inilah Wajah Penyerang Pelajar Malaysia , Yang Berpura-pura Membantu Tapi Sebenar Merompak..
- Harga Kereta Proton Di Arab Saudi ..Inilah Yang Dikatakan Rakyat Didahulukan
- Kesilapan Pengkeranian SPR melampau .Tindakan Mahkamah Dipertimbangkan ..
- Helah Jahat Umno& SPR Terbongkar Satu Persatu..
- Saya Sokong hari jumaat dijadikan hari minggu di negara ini..
BN lupa tanggungjawab depa bangunkan Kedah Posted: 16 Aug 2011 07:00 AM PDT Apabila Kedah ditawan oleh PAS Mac 2008,BN merasakan terkecualilah tanggungjawab mereka terhadap negeri Kedah. Bagi mereka PASlah yang bertanggungjawab 100 % membangunkan Kedah dan segala kelemahan jika berlaku maka PAS mesti dipersalahkan 100 %. Jadi di samping tak buat apa-apa (atau buat pun ala kadar saja) untuk bantu rakyat Kedah, BN menyerang kerajaan negeri dalam semua perkara termasuk dalam bidang yang menjadi tanggungjawab bersama antara negeri dan Pusat. Satu lagi, BN waya putuih ni selalu bandingkan antara 'apa kerajaan Pusat buat dulu-dulu di Kedah' dengan 'apa kerajaan negeri buat laa ni di Kedah'. Mana boleh banding macam tu sebab PAS/PR bukan perintah Pusat lagi sekarang. Sepatutnya depa kena banding apa kerajaan negeri BN dulu buat dengan kerajaan negeri laa buat. Pendekkan cerita MK siarkan di bawah ni petikan artikel Harakah, tulisan Zulkifli Yahaya: Baru-baru ini Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah menunaikan janjinya untuk menerbitkan buku bagi menyanggah pencapaian Kedah Sejahtera 2008 yang diterbitkan oleh Kerajaan Negeri. |
Posted: 16 Aug 2011 05:05 AM PDT Imam Malik dilahirkan di sebuah perkampungan kecil yang bernama Ashbah, yang terletak di dekat Kota Himyar jajahan Yaman. Nama aslinya ialah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir Al-Ashabally. Beliau adalah seorang ulama besar yang lahir di Madinah serta mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap dunia Islam. Ketika Imam Malik berusia 54 tahun, pemerintahan berada di tangan baginda Al-Mansur yang berpusat di Bagdad. Ketika itu di Madinah dipimpin oleh seorang gabenor bernama Jaafar bin Sulaiman Al-Hasymi. Sementara itu Imam Malik juga menjabat sebagai mufti di Madinah. Di saat timbulnya masalah penceraian atau talak, maka Imam Malik telah menyampaikan fatwanya, bahawa talak yang dipaksakan tidak sah, ertinya talak suami terhadap isteri tidak jatuh. Fatwa ini sungguh berlawanan dengan kehendak gabenor, kerana ia tidak mahu hadith yang disampaikan oleh Imam Malik tersebut diketahui oleh masyarakat, sehingga akhirnya Imam Malik dipanggil untuk mengadap kepada gabenor. Kemudian gabenor meminta agar fatwa tersebut dicabut kembali, dan jangan sampai orang ramai mengetahui akan hal itu. Walaupun demikian Imam Malik tidak mahu mencabutnya. Fatwa tersebut tetap disiarkan kepada orang ramai. Talak yang dipaksanya tidak sah. Bahkan Imam Malik sengaja menyiarkan fatwanya itu ketika beliau mengadakan ceramah-ceramah agama, kerana fatwa tersebut berdasarkan hadith Rasulullah SAW yang harus diketahui oleh umat manusia. Akhirnya Imam Malik ditangkap oleh pihak kerajaan, namun ia masih tetap dengan pendiriannya. Gabenor memberi peringatan keras supaya fatwa tersebut dicabut dengan segera Kemudian Imam Malik dihukum dengan dera dan diikat dengan tali dan dinaikkan ke atas punggung unta, lalu diarak keliling Kota Madinah. Kemudian Imam Malik dipaksa supaya menarik kembali fatwanya itu. Mereka mengarak Imam Malik supaya Imam merasa malu dan hilang pendiriannya. Tetapi Imam Malik masih tetap dengan pendiriannya itu. Kerana ketegasannya itu, dia dihukum dengan sebat sebanyak 70 kali, yang menyebabkan tulang belakangnya hampir patah. Kemudian ia berkata kepada sahabat-sahabatnya: "Aku dihukum dera begitu berat lantaran fatwa ku. Demikian Said Al-Musayyid, Muhamad Al-Munkadir dan Rabiah telah dijatuhi hukuman demikian lantaran fatwanya juga." Bagi Imam Malik hukuman semacam itu, bukanlah mengurangi pendiriannya, bahkan semakin bertambah teguh jiwanya. Ia tidak pernah takut menerima hukuman asalkan ia berada pada jalan kebenaran. Kerana memang setiap perjuangan itu memerlukan pengorbanan. Imam Al-Laits, seorang alim menjadi mufti Mesir ketika itu, saat mendengar bahawa Imam Malik dihukum lantaran fatwanya ia berkata: "Aku mengharap semoga Allah mengangkat darjat Imam Malik atas setiap pukulan yang dijatuhkan kepadanya, menjadikan satu tingkat baginya masuk ke syurga." Insya Allah. |
Inilah Wajah Penyerang Pelajar Malaysia , Yang Berpura-pura Membantu Tapi Sebenar Merompak.. Posted: 16 Aug 2011 02:15 AM PDT Polis Britain dedah wajah penyerang pelajar Malaysia. LONDON - Wajah penyerang yang merompak pelajar Malaysia, Muhammad Ashraf Haziq Rosli didedahkan akhbar-akhbar Britain semalam. Penyerang itu, Reece Donovan berusia 21 tahun dari Romford, Essex muncul kelmarin di depan majistret di sebuah mahkamah di tengah London. Dia dituduh merompak telefon bimbit Nokia dan konsol permainan Sony PlayStation milik Ashraf semasa rusuhan berlaku di London pada minggu lalu. Donovan didakwa menjadi anggota kumpulan yang menggambarkan dirinya sebagai seorang lelaki yang baik semasa dia membantu Ashraf yang berdarah selepas rahangnya dikatakan dipukul oleh sekumpulan pemuda. Namun, Donovan dikatakan berdiri di belakang Ashraf dan mengambil barang berharga bernilai £300 (RM1,465) daripada begnya. Ketika kejadian, Ashraf sedang menunggang basikal di Barking, timur London apabila dia didatangi sekumpulan orang yang dianggarkan di antara 60 hingga 100 golongan muda. Insiden itu juga disiarkan di laman YouTube. Donovan kini ditahan di sebuah penjara. - Agensi-sumber: kosmo online |
Harga Kereta Proton Di Arab Saudi ..Inilah Yang Dikatakan Rakyat Didahulukan Posted: 15 Aug 2011 11:10 PM PDT Harga Persona di Arab Saudi = SR 36,100 Harga Gen2 di Arab Saudi = SR 33,600 Harga Waja di Arab Saudi= SR 37,950 1 Saudi Riyal (SR)= RM 0.94 Maknanya harga Persona di Arab Saudi = RM 33,934 Maknanya harga Proton Gen2 di Arab Saudi = RM 32,256 Maknanya harga Waja di Arab Saudii = RM 35,673 Tetapi rakyat Malaysia bayar RM 66,799.97 untuk sebuah kereta Proton Waja di Malaysia. Sedangkan Proton itu dibuat di Malaysia. Tetapi ia RM31,126.97 lebih mahal dari Arab saudi |
Kesilapan Pengkeranian SPR melampau .Tindakan Mahkamah Dipertimbangkan .. Posted: 15 Aug 2011 09:30 PM PDT Kecewa dengan cara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangani penyelewengan dan kecelaruan dalam daftra pemilih yang didedahkan media, BERSIH 2.0 bercadang mengheret suruhanjaya itu ke mahkamah. Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan percaya apa yang dilakukan SPR dengan sewenang-wenangnya memadam atau meminda butiran pengundi sebagai tindakan yang tidak sah. "Saya tidak pasti mereka sebenarnya boleh melakukannya - hanya membuang nama dan meletakkan nama dan menukar beberapa perkara. Mereka akan dakwa bahawa mereka beroperasi di bawah peraturan-peraturan yang melayakkan mereka memperbetulkan kesilapan pengkeranian," katanya. "Tetapi ini bukan kesilapan pengkeranian ... jadi saya tidak pasti apa undang-undang yang mereka gunakan untuk melakukan pembersihan ini yang mereka kata mereka lakukan setiap hari." Ambiga merujuk tindakan SPR yang mengeluarkan nama-nama 'pengundi klon' daripada daftar pemilih setelah didedahkan oleh Malaysiakini. Pengundi klon merujuk kepada orang-orang yang mempunyai dua catatan dalam daftar pemilih, berdasarkan nama yang sama tetapi dengan nombor MyKad yang berbeza. Sebelum ini, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof menjelaskan bahawa isu dua identiti berkenaan adalah kerana kesilapan manusia apabila nombor MyKad yang dimasukkan ke dalam sistemnya. Bagi menangkis dakwaan bahawa terdapat 'pengundi hantu' dalam daftar pemilih, Abdul Aziz berkata SPR akan mengeluarkan 12,000 nama pengundi yang berumur 90 tahun dan ke atas. -mk Ulasan GB Begitu mudah alasan SPR! Kesilapan Pengkeranian katanya demi untuk menutup konspirasi yang semakin terdedah. Maruah SPR kini sudah tiada lagi. SPR sudah tidak layak untuk mengendalikan pilihanraya. Keseluruhan operasi dan tindak tanduk SPR perlu disiasat, malah pegawai-pegawai tertingginya termasuklah Pengerusi, Timbalan dan Setiausahanya. Mereka telah membuat kerja-kerja kotor sudah lama, iaiatu semenjak era Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri. Mana yang perlu ditangkap hendaklah ditangkap, yang perlu dipenjara hendaklah dipenjarakan! |
Helah Jahat Umno& SPR Terbongkar Satu Persatu.. Posted: 15 Aug 2011 07:02 PM PDT KENYATAAN Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak mahu merampas negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat dengan mengguna kan apa sahaja 'senjata', se olaholah sudah terbukti. Tindakan pemberian MyKad serta pertindihan na ma pengundi dalam daftar pemilih yang berlaku secara berleluasa di Sela ngor mungkin jalan terakhir digunakan sebagai 'talian hayat'; bagi meneruskan kuasa Najib di Putrajaya. Pemberian MyKad kepada warganegara asing se perti Kemboja dan Indonesia yang didedahkan PAS Selangor, sebenarnya telah lama berlaku. Sebab itu, pimpinan Umno Selangor diketuai Najib begitu yakin dapat merampas 38 kerusi daripada 56 kerusi Dun. Mereka sudah menjangkakan Dun mana yang boleh dirampas dan menang dengan selesa. Kaedah yang digunakan dengan pemberian MyKad serta pertindihan pe ngundi dalam daftar pemilih, memang ber tujuan mengekalkan kua sa rakus Umno-BN. Pendedahan awal akhbar Harakah awal Februari lalu, mendapati sebuah bas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya dijadikan tempat operasi bagi mengesahkan pertukaran alamat warga Sabah. Pertukaran alamat itu di akui sendiri oleh beberapa orang warga Sabah yang diarahkan oleh Umno untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13. Mereka dijanjikan tempat tinggal dan pekerjaan. Perkara itu berlaku di Seksyen 11, Shah Alam ia itu di hadapan bangunan Umno Bahagian Shah Alam. Dua minggu selepas itu, di Dun Paya Jaras berlaku sindiket pemberian MyKad kepada pendatang tanpa izin (Pati) secara berlelua sa dengan cara yang sangat meragukan. Ekoran keraguan itu Jentera Pusat Khidmat Dun Pa ya Jaras menahan ti ga warga Kemboja yang dicurigai cuba mengedar Kad Pe ngenalan kepada rakan-rakan mereka di alamat Nombor 16, Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras, jam 7.30 malam. Ketiga-tiga warga Kemboja yang dicurigai itu telah dihantar ke Balai Polis Sungai Plong, Sungai Buloh tetapi sehingga kini tiada se barang tindakan diambil. Mereka yang terlibat, dua dari Pekan, Pahang dan se orang dari Kelantan. Tiga orang yang dicurigai itu membawa beg berisi fail yang mengandungi borang JPN serta dokumen berkaitan. Sebelum itu pada Januari lalu, tindakan yang sama telah diambil kepada tiga warga Kemboja yang sedang mengedarkan MyKad kepada lebih 100 orang rakan-rakan mereka yang tinggal di kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh. Selain sindiket pemberian MyKad, jentera PAS Kota Raja dapat mengesan tindakan ketua Umno cawangan di Parlimen Kota Raja mengarahkan semua guru-guru Kemas menyediakan alamat untuk didaftarkan warga Sabah dan Sarawak. Ini bertujuan bagi membolehkan mereka mengundi di Parlimen Kota Raja. Perkara itu diakui sendiri oleh guru Kemas yang ter libat dan tidak mahu na manya didedahkan. PAS Selangor turut membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menerima pendaftaran baru pasukan Pelapis UPM sebagai pengundi pos di Seri Serdang. Pendaftaran itu menimbulkan konflik kerana mereka mempunyai kad pengenalan. Menurut Adun Sri Muda (KeADILan), Suhaimi Shaifie tindakan Umno mendaftarkan warga Sabah dalam daftar pemilih merupakan perkara biasa yang dilakukan Umno setiap kali menjelang pilihan raya. Ini dilakukan kerana kata beliau, hanya semata- mata mahu mengekalkan kuasa pimpinan Umno me megang tampuk negara. Lebih memeranjatkan, pendedahan daripada Jabatan Pilihan Raya PAS negeri Selangor mendapati daftar pemilih bertindih di temui sebanyak 11,000 di seluruh Dun negeri Sela ngor. Semakan itu ditemui apabila pemilih mempunyai kad pengenalan yang sama hanya ditukar tarikh la hir dan mereka dapat mengundi di tempat berbeza. Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan isu pertindihan pengundi dan sendiket pemberian MyKad sangat serius. Ini katanya, membuktikan bahawa BN sangat tertekan dan terdesak sehingga sanggup melakukan perkara yang mengancam keselamatan negara. Sehubungan itu, tambah beliau, PAS mendesak supaya satu sidang Parlimen diadakan segera dan Majlis Raja-raja dapat melihat isu itu lebih serius kerana ia ternyata mengancam masa depan dan keyakinan rakyat pada sistem di Malaysia. Menurut beliau, jumlah yang didedahkan sangat besar dan PAS masih menerima aduan orang ramai berkenaan isu MyKad dan pertindihan pengundi. "Isu ini perlu ditangani segera dan kita mohon supaya Yang di-Pertuan Agong tidak akan membubarkan Parlimen sehingga isu ini diselesaikan," tegasnya. Beliau menyokong supaya satu desakan baru oleh Bersih agar dapat dijadikan ukuran untuk meluluskan pilihan raya atau menangguhkan. Jika diadakan satu lagi himpunan Bersih tegas beliau dan desakan itu tidak diambil kira maka ia akan mendedahkan sistem pilihan raya di Malaysia pada suatu keadaan di mana rak yat kehilangan keyakinan. "Masalah keyakinan rakyat pada sistem pilihan raya yang melibatkan pegawai SPR juga menampakkan bahawa mereka tidak menunjukkan sikap tidak berpihak, perkara ini tidak sepatutnya berlaku," tegasnya. saya cintakan negara ini dan demi kedaulatan negara marilah kita sama2 merubah kerajaan demi rakyat dan negara.. |
Saya Sokong hari jumaat dijadikan hari minggu di negara ini.. Posted: 15 Aug 2011 05:01 PM PDT Disebabkan kesedaran masyarakat Islam Malaysia semakin meningkat berkaitan dengan kedudukan Islam di negara ini, khususnya selepas tercetus isu berkaitan dengan JAIS dan Gereja DUMC, maka Persatuan Usrah Kebajikan Profesional Malaysia (UKP) dengan ini melancarkan kempen menyokong cadangan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia supaya mengembalikan hari Jumaat sebagai cuti mingguan di negara ini. |
You are subscribed to email updates from Briged Al-Akhdor LR2 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan