Ahad, 14 Ogos 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Guru Muzik Ditangkap Ketika Asyik "Ehem-ehem" dengan Patung

Posted: 14 Aug 2011 07:00 AM PDT



Seorang guru muzik ditangkap kerana melakukan aksi seks dengan patung berhampiran dengan sebuah sekolah rendah di Nashville, Tennessee di Amerika Syarikat.

Polis Spring Hill memberitahu agensi berita Nashville News 2 bahawa saksi melihat tertuduh yang dikenal pasti sebagai Daniel Torroll berusia 56 tahun melakukan aksi seks dengan patung berupa kanak-kanak yang telah ditebuk lubang.

Saksi mendakwa bahawa lelaki itu dalam keadaan telanjang dan lokasi kejadian dapat dilihat dengan jelas oleh orang ramai yang menghantar anak-anak ke sekolah rendah berdekatan.

"Saya kebetulan berada di sana. Saya tidak tahu kawasan itu ialah harta sekolah. Saya tidak akan berada di sana jika saya tahu kawasan itu ialah harta sekolah," jelas Torroll kepada Nashville News 2.

Menurut Torroll, dia mengalami gangguan kekurangan perhatian yang didakwanya memberikan kesan kepada ketidakupayaan untuk menentang dorongan seksual tertentu.

Isu Murtad: Jurublog UMCO Provok "Tentera Salib Akan Serang Malaysia"

Posted: 14 Aug 2011 05:58 AM PDT



Jurublog UMCO ialah cameleon - sekejap pejuang agama, sekejap pejuang Melayu, sekejap pengedar filem lucah - macam-macam lagi. Apa-apapun "peranan" mereka, tidak pernah dipersoal oleh pihak berkuasa. Jika adapun, semua itu hanya "lakonan". Tidak percaya? Cuba siasat, apa tindakan dikenakan kepada jurublog yang menayangkan klip lucah baru-baru ini? Ada yang dipanggil pihak berkuasa beberapa jam, kemudian kes itu senyap sunyi!!

Dalam isu murtad, pelbagai provokasi dilontarkan jurublog UMCO dalam blog masing-masing. Salah satunya, sila lihat screenshot di atas. Artikel yang berunsur fitnah dan provokasi. Tindakan begini sebenarnya akan mendorong berlakunya keganasan dan mengancam keharmonian negara! Biarpun impak penulisan mereka mendorong kebencian dan kemusnahan, ada mereka kisah?




Saudara Baru Terpaksa Masak BABI, Tidur di Kaki Lima, SALAH SIAPA? Baca!

Posted: 14 Aug 2011 01:30 AM PDT

Sekadar hiasan.

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Menyedihkan apabila seorang saudara baru terpaksa bekerja sebagai tukang masak yang menyediakan hidangan Bak Kut Teh atau makanan berteraskan daging babi di sebuah restoran di Kuala Terengganu, Terengganu kerana tiada pilihan lain bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Akibatnya, lelaki berusia 44 tahun itu hanya mampu menitiskan air mata setiap kali menjelang waktu solat kerana terpaksa menyamak untuk menunaikan kewajipannya, selain sering dihina kononnya menyamar Muslim untuk menagih bantuan.

Khalid Lim Abdullah (bukan nama sebenar) mendakwa terpaksa melakukan kerja berkenaan kerana tidak mampu melakukan tugasan lain selepas disisihkan keluarganya di Shah Alam, Selangor, selain sukar diterima bekerja di kedai Muslim akibat penampilan dan kebolehan memasaknya yang terhad.

Walaupun hanya memasak bergantung kepada permintaan, hidangan Bak Kut Teh disediakannya setiap hari kerana kebanyakan pengunjung pasti menikmati menu masakan terbabit yang didakwa mempunyai kelainan.

Kisah sedih Khalid didedahkan Pengerusi Persatuan Islam Saudara Baru Terengganu (PISBT), Mohd Jaafar Ng Abdullah yang berharap pihak berwajib dapat memainkan peranan lebih proaktif untuk membantu saudara baru bagi mengelak mereka kembali kepada ajaran lama, terutama apabila dibelenggu kemiskinan.

Bagi memastikan dakwaan Jaafar berasas, wartawan Metro Ahad menghubungi nombor telefon diberikannya dan sempat berbual dengan Khalid.

Lelaki berkenaan mengakui memeluk Islam di Shah Alam sejak tiga tahun lalu dan mendalami agama di sebuah pondok di Kelantan dan kini menetap di Terengganu.

Pada masa sama, wakil Metro Ahad di Terengganu turut menemui lelaki berkenaan dan terkejut mendapati sekujur tubuh meringkuk di kaki lima bangunan stesen bas dan sempat merakam gambarnya. Berikut luahan hati Khalid.

"HANYA Tuhan tahu perasaan saya setiap kali ketika menyediakan makanan haram itu, ada kalanya saya memasak sambil menangis namun apakan daya, itu saja yang mampu saya lakukan untuk mencari sesuap nasi.

Memang saya jijik dengan apa dilakukan tetapi biarlah apa orang lain nak kata, asalkan saya tahu apa saya buat dan biar Allah saja menghakimi saya.

Untuk pengetahuan semua, saya masih Islam dan mengamalkan ajarannya, cuma kadangkala saya rasa begitu jauh kerana masih melakukan perbuatan ditegah agama walaupun ia jelas dinyatakan dalam al-Quran.

Sebenarnya saya memeluk Islam sejak tiga tahun lalu di Shah Alam, Selangor dan selepas ditinggalkan isteri yang membawa bersama anak kami (kini berusia tiga tahun setengah), saya mendapatkan perlindungan di Terengganu.

Pada awalnya, saya menerima bantuan daripada pihak berwajib, namun ia tidak bertahan lama selepas timbul satu isu oleh agensi berkaitan.

Isu itu timbul selepas 40 saudara baru seperti saya membuat laporan polis sebelum dinasihatkan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ada antara kami menerima bantuan tidak seragam iaitu RM20, RM50 dan RM100 selepas diminta menurunkan tandatangan dan cap jari tanpa diberi resit.

Kami mengadu kepada PISBT tetapi tiada apa dapat dilakukan, menyebabkan kami membuat laporan polis namun selepas itu saya langsung tidak menerima bantuan, menyebabkan saya merayu kepada pihak pemberi bantuan supaya saya diberi pekerjaan bagi meneruskan kehidupan tetapi dimaklumkan tiada perkhidmatan mencari pekerjaan daripada jabatan terbabit.

Saya hanya tahu memasak makanan Cina, puas saya mencari kerja di restoran Melayu tetapi mereka lebih gemar mengambil pekerja dari Thailand, menyebabkan saya terpaksa hidup bergelandangan dan tidur di kaki lima masjid dengan menerima penghinaan orang ramai.

Mana tidaknya, penampilan saya yang tidak kelihatan seperti orang tempatan atau orang Melayu menyebabkan saya dihina.

Bagaimanapun, ada juga yang simpati dengan nasib saya apabila dibenarkan tidur di luar Stesen Bas Sri Tanjung, Kuala Terengganu dan jika kesejukan, saya tidur di stesen bas.

Pernah satu ketika, saya dituduh menyamar Islam ketika menunaikan solat, malah pernah juga saya ditangkap Jabatan Kebajikan Masyarakat ketika meminta sedekah... memang saya meminta sedekah tapi pernahkah mereka bertanya mengapa saya berbuat demikian? Kerana tidak tahan hidup dalam kepayahan, saya mencuba nasib di sebuah kedai makan bukan Islam dan diterima bekerja sebagai tukang masak dengan gaji RM700 sebulan serta telefon bimbit, namun walaupun sudah bekerja saya masih terpaksa bergelandangan.

Saya masih mempunyai anak, makan dan pakai anak serta saya sendiri siapa perlu tanggung? Jika saya menyewa bilik sekalipun, berapa sangatlah yang tinggal, saya bersyukur kerana mempunyai pekerjaan tetapi sedih kerana tidak mampu memiliki keluarga bahagia.

Saya menyewa bilik air RM15 sebulan manakala selebihnya digunakan untuk makan, ubat dan tambang ke tempat kerja, ada kalanya saya berjalan ke restoran.

Memang saya pernah tinggal di asrama disediakan pihak berwajib, tetapi paling lama pun hanya tiga bulan dan akan diminta keluar, dalam tempoh itu saya tidak bekerja dan hanya menerima bantuan RM50 sebulan daripada pihak berkenaan, saudara pernah bertugas di Terengganu, berapa lama RM50 boleh bertahan? 

Pada Ramadan ini, setiap kali menunaikan solat, saya menangis kerana terpaksa menyamak tangan yang menghidangkan makanan haram... saya tidak berdaya, hanya itu yang mampu saya lakukan.

Kadangkala saya bersahur dengan meneguk air sejuk tetapi bersyukur kerana makanan berbuka saya masih mengikut sunnah nabi iaitu kurma yang diberi dalam masjid.

Hendak mengikut pengerusi (Jaafar) ke Melaka, tiada sebarang janji diberikannya bagi menjamin saya mendapat pekerjaan dan saya khuatir akan menerima nasib sama, malah mungkin lebih teruk seperti dialami sekarang.

Selepas Aidilfitri, saya akan pergi pula ke pejabat agama di Selangor, tempat saya mengucap dua kalimah dan bertanyakan peluang pekerjaan di sana dan bertemu anak dan isteri yang memberi kata dua supaya kembali ke agama asal untuk diterima semula.

Saya juga ditawarkan peluang pekerjaan di Singapura dengan gaji besar secara bersyarat, tetapi setakat ini masih tidak sanggup menerima tawaran itu kerana takut hukuman Allah yang menutup pintu taubat kepada mereka yang murtad.

Saya hanya berdoa semoga keluarga saya menerima hidayah dan petunjuk daripada-Nya selain diberikan kekuatan bagi meneruskan kelangsungan hidup."

P/s: Sekali lagi timbul soal birokrasi agensi kerajaan dan pengagihan wang zakat yang tidak efektif. Setiap tahun wnag zakat dikutip, ke mana wang itu diagihkan?  Seperkara lagi mualaf ini menimbulkan isu penyelewengan wang bantuan sehingga perlu membuat laporan polis dan SPRM.



Berkaitan:
Terdedah kepada Gejala Murtad

[HM] MELAKA: Penderitaan dialami Khalid Lim Abdullah, 44, antara contoh kurangnya pembelaan daripada pihak berwajib untuk membantu golongan mualaf miskin hingga mendedahkan mereka kepada perbuatan murtad.

Akibatnya, dengan pengetahuan agama masih di peringkat awal dan mengalami dugaan berat, ada antara mereka kembali menukar agama, sama ada kepada yang asal atau baru.

Bagaimanapun, ada juga golongan mualaf sanggup menghadapi dugaan berat dan kekal Islam walaupun diburu ahli keluarga, selain dihampiri pendakwah agama lain.

Pengerusi Persatuan Islam Saudara Baru Terengganu (PISBT), Mohd Jaafar Ng Abdullah (gambar) berkata, beliau sering menerima maklumat daripada ahlinya yang didampingi pihak tertentu secara bersemuka yang menawarkan bantuan wang tunai tetapi bersyarat, iaitu perlu menghadiri kelas ceramah di lokasi tertentu berkali-kali.

"Selepas pelawaan mereka ditolak beberapa kali, golongan ini meletakkan risalah dan cakera padat (CD) ceramah dalam peti surat rumah sewa saudara baru ini dan yang peliknya, bagaimana mereka menerima maklumat golongan berkenaan.

"Sebenarnya pendekatan yang mereka gunakan adalah halus kerana ia tidak menggunakan paksaan tetapi agresif, menyebabkan golongan saudara baru ini tidak tahan dan mengadu hal kepada saya, namun tiada apa dapat saya lakukan kecuali membawa golongan ini keluar dari kawasan tertentu atau sekadar nasihat jika mengalami kesulitan, terutama bagi yang bekerjaya.


"Apapun, saya terpaksa memastikan nasib mereka terbela supaya mereka dapat meneruskan hidup sebagai orang Islam," katanya ketika ditemui Metro Ahad, di sini.


Wanita Pitam, Anak 14 Tahun Mengandung Anak Suaminya!

Posted: 13 Aug 2011 11:00 PM PDT


Saya petik:
[HM] KENINGAU: Seorang ibu yang curiga melihat anak gadisnya berusia 14 tahun gemar memakan benda masam selain perubahan saiz tubuhnya hampir pitam apabila dimaklumkan anaknya disahkan mengandung dua bulan selepas pemeriksaan di klinik kesihatan, di sini, kelmarin.

Lebih mengejutkan, gadis terbabit mendakwa kandungannya adalah hasil benih bapa tiri, yang juga suami ibunya.

Difahamkan, remaja terbabit menjadi mangsa rogol lelaki terbabit setiap kali ibu dan kakaknya tiada di rumah kerana keluar bekerja.

Difahamkan, ibu mangsa mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku berikutan perubahan tubuh mangsa, terutama perutnya yang semakin membesar, selain gemar memakan asam.

Curiga dengan perubahan itu, ibu mangsa membawa anaknya menjalani pemeriksaan di klinik dan doktor mengesahkan gadis terbabit berbadan dua.

Terkejut dengan perkara itu, ibu mangsa mendesak anaknya menceritakan apa berlaku sebelum mangsa mengaku dirogol bapa tirinya sebanyak dua kali pada Jun dan Julai lalu.

Mangsa juga mendakwa diugut supaya merahsiakan kejadian itu daripada ahli keluarga lain.

Ibu mangsa yang berang kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamed berkata, kejadian dipercayai berlaku di rumah mangsa di Kampung Kepayan Lama, Jalan Apin-Apin, sekitar Jun lalu.

"Mangsa dipaksa bapa tirinya melakukan hubungan seks ketika isteri dan kakak mangsa tiada di rumah.

"Mangsa juga diugut akan dicederakan jika menceritakan perkara itu kepada orang lain," katanya ketika dihubungi, semalam.

Zahari berkata, berdasarkan laporan dibuat ibu mangsa, polis menjalankan gerakan memburu dan suspek berjaya ditahan di rumahnya.

"Suspek kini direman bagi membantu siasatan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.

Zahari berkata, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

 P/s: Lahanat!

Pegawai Kerajaan KHALWAT: "Saya mengaku berkhalwat dan berjanji perkara ini tidak akan berlaku lagi."

Posted: 13 Aug 2011 09:30 PM PDT


Saya petik:
[HM] ARAU: "Saya minta maaf ustaz, saya janji tak buat lagi. Saya mengaku berkhalwat dan berjanji perkara ini tidak akan berlaku lagi," kata seorang wanita berusia 27 tahun yang ditahan bersama pasangannya kerana disyaki berkhalwat di sebuah bilik hotel, di sini, malam kelmarin.

Sebelum itu, anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) bersama Majlis Perbandaran Kangar (MPK) terpaksa menunggu 15 minit sebelum wanita berkenaan dan pasangannya berusia 27 tahun membuka pintu untuk pemeriksaan.

Malah, wanita itu memberi alasan tidak melakukan perbuatan terkutuk di dalam bilik itu, sebaliknya hanya menemani teman lelakinya untuk menukar pakaian.

Pasangan berkenaan yang bertugas sebagai pegawai kerajaan dikatakan baru mendaftar masuk ke hotel selepas waktu berbuka, dan lelaki terbabit sanggup datang dari Pulau Pinang untuk bertemu kekasihnya sempena cuti hujung minggu.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Jaips, Suhaimi Ahmad berkata, dalam pemeriksaan jam 11 malam itu, anggota penguat kuasa mengetuk pintu bilik yang dihuni pasangan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, mereka mengambil masa 15 minit sebelum dibuka wanita terbabit lalu anggota penguat kuasa memperkenalkan diri untuk membuat pemeriksaan.

"Wanita berkenaan mengaku berada dalam bilik bersama teman lelaki ketika disoal sebelum lelaki terbabit keluar dari bilik air tanpa memakai baju," katanya.

P/s: Bulan Ramadan! Bagi mereka, tidak ada makna apa-apa!

Udang Kara RM100 untuk Berbuka Puasa, Sanggup?

Posted: 13 Aug 2011 07:29 PM PDT


Saya petik:

CABAR SELERA... udang kara yang menjadi tumpuan pengunjung bazar Ramadan di Taman Melawati.
CABAR SELERA... udang kara yang menjadi tumpuan pengunjung bazar Ramadan di Taman Melawati.


[HM] KUALA LUMPUR: Kebiasaannya bazar Ramadan dikaitkan dengan jualan makanan murah atau sederhana tetapi lain pula di Taman Melawati, di sini, apabila sebuah gerai menawarkan udang kara bakar berharga RM100 seekor.

Keunikan itu menyebabkan gerai Botak Ikan Bakar menjadi tumpuan pengunjung bazar itu hingga pengusahanya tidak menang tangan melayan pelanggan.

Pemilik gerai, Ahmad Rahamat, 48, berkata dia menjual udang kara seberat satu kilogram pada harga RM100 selepas siap dibakar dengan ramuannya yang pasti membangkitkan selera pelanggan.

"Saya tidak menjual udang kara setiap hari, sebaliknya bergantung kepada jumlah udang yang saya berjaya dapatkan di pasar sekitar Kuala Lumpur.

"Sambutan diberi sungguh menggalakkan. Walaupun ada yang mengatakannya mahal, bagi individu yang tahu nilai sebenar udang ini, harga itu berpatutan," katanya.

Dia yang menjalankan perniagaan sejak tiga tahun lalu berkata, selain ikan bakar, dia menjual ketam, udang dan sotong bakar serta menampilkan pelbagai pilihan hidupan laut yang lain....


P/s: Hidangan yang amat menyelerakan! Tetapi tengok peket dululah!


Jurublog UMCO, Ramadan Pun Sebar Fitnah, Tayang Video Lucah

Posted: 13 Aug 2011 06:09 PM PDT



Artikel dengan tajuk yang memaparkan hujah jahil ini disertakan sebuah video klip.  Video klip ini memaparkan ceramah Nurul Izzah dan Ustaz Kazim tentang isu yang membabitkan kes fitnah liwat, video seks serta hukum Islam yang berkaitan dengan isu tersebut.

Tonton videonya di sini:



Kata tukang komen, video itu kelihatan telah diedit. Saya tidak tahulah sama ada video yang memaparkan ceramah Ustaz Kazim ini diedit atau tidak. Namun, jika mahu dikaitkan dengan kes video seks fitnah DSAI memang saya tidak setuju langsung. Bukannya taksub, tetapi jelas fitnahnya. Bagi yang mengikuti kes ini, maka anda tahulah sebab saya mengatakan demikian. Sekurang-kurangnya bacalah artikel ini: 50 Dalil Video Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara Kantoi, [Video-Wajib Tonton] Pendedahan Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara, [Wajib Baca] Persamaan dan Perbezaan Video Seks Fitnah 1999 dan 2011

Video yang memaparkan ceramah ustaz ini menjadi MODAL BESAR jurublog UMCO. Penyebaran video ini bertujuan untuk MENGHALALKAN bukti video seks fitnah yang dikaitkan dengan DSAI dengan menggunakan hujah QARINAH yang dijelaskan oleh ustaz ini. Bagaimana mahu menggunakan bukti video sedangkan video itu AMAT meragukan? Ustaz ini juga mendakwa bahawa rogol itu terletak di bawah undang-undang berkaitan dengan zina. Penjelasan ustaz ini langsung TIDAK disertakan dalil dan ayat al-Quran. Kata-kata semata-mata. Keliru dan mengelirukan! 

Apabila menyentuh tentang zina dan rogol, saya lebih yakin dan berpegang pada hujah Dr Asri seperti di bawah ini. Ada beza rogol dengan zina. Penjelasan Dr Asri ini disertakan hujah dalil, dan ayat al-Quran tertentu.
Rogol
Mungkin ada yang tidak faham sehingga menyamakan jenayah rogol dan zina. Zina adalah maksiat peribadi yang Islam berusaha menutupnya. Sebab itu diketatkan dengan empat orang saksi.

Adapun rogol adalah pencabulan terhadap individu lain tanpa rela dan kejam, maka pembuktiannya tidak seketat zina. Beza menuduh orang lain berzina dengan mendakwa diri menjadi mangsa adalah soal maruah.

Menuduh orang lain berzina mempunyai unsur menjatuhkan maruah orang lain. Sementara mendakwa diri menjadi mangsa rogol adalah mempertaruhkan maruah diri sendiri.

Secara lojiknya, sukar dilakukan melainkan dalam keadaan yang amat memaksa. Bagaimanakah mungkin seseorang mampu mendiamkan diri apabila dia dimangsakan?

Maka, dalam kes kedua qarinah (bukti kaitan) boleh dipakai seperti yang disebut dalam Surah Yusuf:
"Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu.

Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tiada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya".

Yusuf pula berkata: "Dialah yang menggoda diriku". (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:"Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang berdusta.

Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah daripada orang-orang yang benar.

Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, dia berkata: "Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya" (Surah Yusuf: ayat 25-28).

Lihat, Al-Quran menceritakan bagaimana qarinah digunakan dalam peristiwa ini...sambung di sini.

Tonton video Dr Asri yang mengupas isu video seks fitnah yang dikaitkan dengan DSAI:

 Menyentuh tentang ketulenan video, mengapa sehingga sekarang pihak polis masih tidak mengesahkan pelaku dalam video seks itu? Mereka dakwa pakar Amerika Syarikat mengesahkan pelaku 99.99 peratus mirip DSAI. Namun apabila dihubungi media, pakar-pakar ini enggan memberikan penjelasan. Malah pihak polis juga sehingga kini gagal memberikan penjelasan dan pengesahan.

Tanpa mengira dosa dan pahala, bulan Ramadan atau bulan yang lain, blog yang sama juga masih menayangkan video klip lucah fitnah yang didalangi Datuk Trio. Lihat sreenshot di bawah ini: Full version video seks Anwar Ibrahim.CLICK BELOW HERE!! Bayangkan berapa banyak dosa dia dapat setiap kali video itu ditonton orang.  DOSA? Anda fikir mereka tahu apa itu dosa? Anda fikir mereka kisah tentang dosa dan pahala?




Tiada ulasan: