Biaqpila |
- LIN DAN TEWASKAN LIM CHONG WEI
- Zahid Hamidi Jahil hukum agama ?
- Isu larang guna mikrofon baca al-Quran, Zahid Hamidi usah main politik murahan
- LAWAK AHAD: KISAH DUIT UNTUK RENUNGAN SEMUA
LIN DAN TEWASKAN LIM CHONG WEI Posted: 14 Aug 2011 03:00 PM PDT Datuk Lee Chong Wei sudah diambang kemenangan selepas hanya memerlukan satu mata untuk membawa pulang kejuaraan dunia pertama, malangnya 'badi' Lin Dan terus menghantuinya apabila tunduk dalam perlawanan yang penuh dramatik di Arena Wembley, London semalam. Bayangan kejuaraan sudah terbayang selepas jaguh No. 1 dunia itu memegang mata perlawanan dua kali, pada kedudukan 20-19 dan 21-20 di set penentuan, malangnya Lin Dan berjaya memaksa Chong Wei melakukan kesilapan sebelum ditabalkan sebagai juara dunia buat kali keempat dengan kemenangan 20-22, 21-14, 23-21 dalam masa 1 jam, 22 minit. Kegagalan terbaru selepas enam percubaan yang mengecewakan kini memaksa Chong Wei menangguhkan persaraan kerana masih mahu mencari kejuaraan dunia pada 2013. untuk melengkapkan karier gemilangnya. "Saya akan cuba lagi pada Kejohanan Dunia 2013. Hari ini, Lin Dan bermain dengan amat baik dan dia berani mengambil risiko ketika saya mendahului 16-13. "Saya pula membuat kesilapan yang membawa padah dan sekarang saya kena rancang semula strategi sebelum menghadapi Sukan Olimpik London. "Saya tidak boleh terus kalah kepadanya seperti sekarang. Ketika ini, kami tiada pencabar lain, hanya kami berdua musuh di atas gelanggang,'' ujar Chong Wei sejurus tamat perlawanan. Badi Lin Dan dan kejohanan besar nampaknya belum mampu dibuang juara All England dua kali itu, selepas turut dikecewakan jaguh China itu pada final Sukan Olimpik 2008, final Sukan Asia 2010, malah pada separuh akhir Piala Thomas, tahun lalu. Chong Wei mengalami kekejangan serius sejurus tamat perlawanan akhir, walaupun pengusung dan kerusi roda disediakan, namun dia menggagahkan diri untuk berjalan ke bilik persalinan. "Chong Wei kalah bukan kerana dia tidak bermain baik, tetapi dalam perlawanan ini kedua-dua pemain menunjukkan satu permainan yang sangat hebat; ia adalah perlawanan kelas dunia. "Siapa yang lebih berani dalam mengambil risiko, berani buat dan kemudian menjadi, dia akan menang. Hari ini Lin Dan memang berani mengambil risiko, saya tabik kepadanya, tetapi itu Chong Wei juga bermain dengan bagus,'' kata jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock. Walaupun beraksi di gelanggang berkecuali, namun Arena Wembley bagaikan tuan rumah buat Lin Dan yang mendapat sokongan padu daripada majoriti penonton China yang memenuhi gelanggang bersejarah itu. Begitupun faktor penyokong dan suasana bingit stadium tidak menganggu fokus Chong Wei yang menunjukkan permainan meyakinkan ketika menang 22-20 dalam set pembukaan, malangnya terlalu banyak kesilapan sendiri, terutama bola yang sangkut di jaring membenarkan Lin Dan mengutip mata demi mata di set kedua untuk menang mudah 21-14. Kesungguhan Chong Wei untuk mengejar di set ketiga boleh dilihat apabila dia mempercepatkan permainannya dan bermain lebih agresif. Biarpun melakukan serangan yang sempurna dan berjaya bertahan dengan baik, namun sekali lagi kesilapan sendiri menghadiahkan kejuaraan buat Lin Dan. Chong Wei kini menyamai pencapaian jaguh veteran, Wong Choong Hann yang muncul naib juara dunia di Birmingham pada 2003. Pasangan negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pula muncul naib juara dunia di Paris, tahun lalu. kejuaraan perseorangan wanita kekal milik China buat kali kelapan berturut-turut selepas pemain No. 2 dunia, Wang Yihan menumpaskan pemain muda Taiwan, Cheng Shao Chieh 21-15, 21-10 dalam perlawanan akhir. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Zahid Hamidi Jahil hukum agama ? Posted: 14 Aug 2011 12:00 AM PDT Naib Presiden Umno DS Ahmad Zahih Hamidi jahil hukum agama.. sekurang-kurang begitulah jika berasaskan kenyataan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berhubung larangan penggunaan pembesar suara bagi bacaan al Quran pada waktu subuh di Pulau Pinang. Menteri berkenaan Datuk Seri Jamil Khir Baharom juga tidak membantah malahan menyifatkan keputusan Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang itu selaras dengan pekeliling Jawatankuasa Fatwa Negeri. Begitu juga dengan bekas mufti negeri itu, Prof Madya Dr Mohamad Asri Zainal Abidin menyokongnya. Zahid sebaliknya menghentam larangan itu malah menyifatkan ia sebagai keputusan kerajaan negeri. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil menghormatinya kerana keputusan itu selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang telah mengeluarkan surat pekeliling mengenai larangan itu pada 3 Ogos lepas. Asri menyifarkan ia adalah selaras dengan arahan Nabi Muhamamad Saw sendiri. Dr Juanda berkata amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di masjid dan surau dengan kuat adalah bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur. "Perbuatan mengganggu ini adalah haram dan berdosa," katanya sambil menegaskan: "Kami sokong kenyataan itu dan Perlis dah lama kuat-kuasakan larangan itu di masjid dan surau, walaupun kadang-kadang ada (pihak) yang larang." Menurut Dr Juanda, Jawatankuasa Fatwa Perlis telah membincang hal berkenaan sejak 30 April 2007 dan dalam garis panduan masjid di negeri itu diletakkan satu klausa: 'tidak membaca dan memperdengarkan sebarang bacaan selain azan dengan kuat sebelum dan selepas'. Keputusan itu diluluskan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Perlis, 25 Julai 2007 yg dipengerusikan oleh Tuanku Raja Muda Perlis. "Ini adalah amalan yang menepati kehendak Sunnah Nabi SAW yang sepatutnya dipatuhi oleh semua umat Islam yang cintakan Sunnah Nabi SAW yang sahih. "Pihak yang pertikai adalah jahil tentang hukum dan peranan masjid dalam Islam," katanya. Nampaknya DS Ahmad Zahidi jahil lah dalam bab ini ? "Kami menghormati keputusan itu kerana ia adalah hasil mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lepas dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu," kata Jamil. Ahmad Zahid, berkata tindakan melarang masjid dan surau menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada subuh di negeri itu tidak akan berlaku jika kerajaan negeri Pulau Pinang sensitif terhadap agama Islam. Beliau berkata, perkara itu berlaku kerana kerajaan yang memerintah negeri berkenaan adalah parti yang langsung tidak sensitif terhadap isu-isu agama Islam. Beliau berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang seharusnya merujuk fatwa itu kepada Yang Di-Pertuan Agong selaku ketua agama. "Mereka yang menjadi pemimpin parti politik hendaklah senada memberikan pendapat, jauh sekali memberi pendapat politik sebagai fatwa Islam," katanya. penangdaily KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Isu larang guna mikrofon baca al-Quran, Zahid Hamidi usah main politik murahan Posted: 13 Aug 2011 09:00 PM PDT Oleh Syed imran Awal-awal lagi saya dah jangka pasti ada pemimpin UMNO yang akan jadikan bahan politik murahan berikutan keputusan Majlis Fatwa Pulau Pinang memutuskan bahawa bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum waktu solat subuh adalah dilarang menurut hukum syarak. Tetapi saya tidak pula menyangka yang pemimpin tersebut adalah naib presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, seorang yang berlatar belakangkan pendidikan Islam.
Yang lebih mendukacitakan saya apabila Zahid mengaitkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama bagi negeri Pulau Pinang dan mempersalahkan pentadbiran negeri pimpinan Lim Guan Eng. Saya hairan kenapa Zahid tiba-tiba mempersoalkan keputusan Majlis Fatwa yang tidak berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Zahid mengaitkan pengeluaran fatwa itu dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang atau JAIPP dan kerajaan negeri. Di sinilah letak kesilapan besar oleh Zahid kerana JAIPP bukanlah badan atau pihak yang mengeluarkan fatwa tersebut tetapi hanya mengedar pekeliling fatwa berkenaan kepada semua masjid dan surau di negeri Pulau Pinang. Yang buat fatwa adalah Majlis Fatwa bukan JAIPP, oleh itu JAIPP tidak boleh dipersalahkan kerana ia tiada kuasa atau hak untuk mengeluar fatwa. Tak kan inipun Zahid tidak tahu. Zahid juga kurang bijak dan salah apabila dia menuduh kononnya larangan yang dikeluarkan oleh JAIPP adalah atas arahan pentadbiran kerajaan negeri. Amat jelas Zahid bermain politik murahan kerana pentadbiran negeri tiada kaitan dan kena-mengena dengan pengeluaran fatwa. Ini dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul Malik Abul Kassim. Sebuah NGO yang dinaungi oleh semua jawatankuasa kariah masjid seluruh Pulau Pinang diketuai oleh Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang, Datuk Seri Yusof Latif menerima dan menghormati keputusan Majlis Fatwa Pulau Pinang dan menasihati semua masjid dan surau akur akan larangan itu. Jadi, kenapa Zahid Hamidi pula yang melenting tak tentu pasal jika bukan kerana dia sengaja mempolitikkan isu. Zahid juga menuduh kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai tidak sensitif terhadap agama Islam dan ia seharusnya merujuk fatwa itu kepada Agong. Dalam pada itu, Mufti Kerajaan Negeri Perlis Dr Juanda Jaya menyokong tindakan Majlis Fatwa Pulau Pinang agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara sebelum waktu solat subuh. Perlis sokong kenyataan itu dan Perlis dah lama kuatkuasakan larangan itu di masjid dan surau, kata Dr Jaunda sambil menjelaskan bahawa mikrofon masjid hanya boleh laungkan azan waktu subuh sebanyak dua kali sahaja, pertama 30 minit sebelum subuh dan kemudian azan subuh. Saya ingin tahu daripada Zahid adakah kerajaan negeri Perlis juga tidak sensitif terhadap agama Islam .... Dr Juanda berkata ia adalah amalan yang menepati kehendak sunah Nabi Muhammad s.a.w. Sementera itu, mantan Mufti Perlis Prof. Madya Dr Mohamad Asri Zainul Abidin juga menyokong fatwa tersebut yang disifatkannya sebagai arahan nabi dan selaras dengan kehendak syarak. Dr Asri, anak kelahiran Pulau Pinang, berkata apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. http://kudaranggi.blogspot.com DD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
LAWAK AHAD: KISAH DUIT UNTUK RENUNGAN SEMUA Posted: 13 Aug 2011 06:00 PM PDT Duit RM1 telah bertemu dengan RM50 dan bertanya: RM1: Oit,lama tak nampak, mana ko pergi? RM50: Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KL naik AirAsia, lepak One Utama, konsert2..tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak? RM1 :(menjawab perlahan seraya menunduk)Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau... p/s: bilakah kali terakhir kita bersedekah kat masjid? tepuk dada..tanya iman... KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan