Sabtu, 13 Ogos 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Larangan Guna Pembesar Suara: Perlis Juga SOKONG & Khir Jamil TIDAK BANTAH Fatwa Pulau Pinang

Posted: 13 Aug 2011 03:56 AM PDT


Ahmad Zahid Hamidi, kalau tidak pandai agama, jangan memandai-mandai. Katanya, "Saya amat dukacita fatwa yang dikeluarkan oleh JHEAIPP yang selama ini tidak ada sebarang kajian dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai larangan itu." Inilah sikap orang UMCO yang menggunakan agama untuk meraih sokongan dan mengelirukan orang. Sila abaikan kenyataan jahilnya!

Sila baca berita di bawah ini. Saya petik:
[MK] Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di masjid dan surau dengan kuat adalah bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur.

"Amalan pasang mikrofon kuat waktu sebelum subuh adalah bertentangan dengan sunah Nabi SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur. Perbuatan mengganggu ini adalah haram dan berdosa," katanya dalam satu pesanan SMS kepada Malaysiakini.

Sehubungan itu, Dr Juanda berkata pihaknya menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.

"Kami sokong kenyataan itu dan Perlis dah lama kuat-kuasakan larangan itu di masjid dan surau, walaupun kadang-kadang ada (pihak) yang larang," katanya.

Menurut Dr Juanda, Jawatankuasa Fatwa Perlis telah membincang hal berkenaan sejak 30 April 2007 dan dalam garis panduan masjid di negeri itu diletakkan satu klausa: 'tidak membaca dan memperdengarkan sebarang bacaan selain azan dengan kuat ssebelum dan selepas'.

Keputusan itu juga telah diluluskan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Perlis pada 25 Julai 2007 yg dipengerusikan oleh Tuanku Raja Muda Perlis.

"Mikrofon (di) masjid hanya boleh laungkan azan waktu subuh sebanyak dua kali sahaja iaitu azan pertama 30 minit sebelum subuh dan kemudian azan subuh.

"Ini adalah amalan yang menepati kehendak Sunnah Nabi SAW yang sepatutnya dipatuhi oleh semua umat Islam yang cintakan Sunnah Nabi SAW yang sahih.

"Pihak yang pertikai adalah jahil tentang hukum dan peranan masjid dalam Islam," katanya.

Hormati keputusan
Mengulas perkara yang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dipetik Bernama berkata pihaknya menghormati keputusan yang dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang itu.

"Kami menghormati keputusan itu kerana ia adalah hasil mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lepas dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu," katanya selepas menghadiri majlis Iftar Perdana Bersama Asnaf dan penyampaian bantuan Ramadan di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur malam semalam.

Berita Harian semalam melaporkan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengeluarkan larangan selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri itu kerana amalan berkenaan dikatakan bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid. 


P/s: Spin UMCO tidak menjadi!


Penggodam GaySec AKUI Nor Arlene Tan BUKAN "Hajah Sitt Al Wuzara"

Posted: 13 Aug 2011 02:36 AM PDT


Saya petik:

[GaySec.Org] assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

kami mengaku informasi yg kami terima dari pelbagai sumber (anonymous) ini tidak disemak terlebih dahulu dimana akhirnya informasi tersebut telah membawa kepada rujukan yg salah terhadap mangsa (Arlen Tan) dan bukan target kami yg sebenarnya.

Dikesempatan ini kami ingin memohon maaf kepada Arlen Tan dan pihak2 penyokong beliau. Kami amat berasa kesal atas apa yang berlaku. Namun begitu kami amat berharap agar Arlene boleh mendapatkan kaunseling dari Jabatan Agama Islam mengenai kekeliruan agama yg dihadapinya.

Berkenaan dgn ops3 ini pula..kami tidak akan melepaskannya (release) secara umum. Dimana ianya tidak bersifat peribadi pada individu2 tertentu, tetapi lebih menjurus kepada pertubuhan sesebuah organisasi dan pergerakan tertentu.
Apakah ada kena mengena dgn isu2 yg berbaur keagamaan pada masa kini? Jangan beri kami jawapan anda..simpan dan jgn berikan sebarang spekulasi sendiri. Biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.

Dengan penuh rasa rendah diri sekali lagi kami memohon maaf pada Arlene Tan atas bala yg diterima olehnya berpunca dari kecuaian kami.

Terima kasih kepada Fanpage Pendedahan Ekslusif Siapa Sebenarnya Sitt Al Wuzara yg mana kami boleh sifatkan mereka mengenali siapa sitt yg sebenarnya?.....


P/s: Sudah terbukti pendedahan yang dibuat SALAH dan penggodam itu pun sudah memohon maaf. Semoga kejadian ini menjadi pengajaran kepada semua.




Lina Joy MURTAD di Wilayah Persekutuan, Jajahan Kerajaan Pusat, Syabas UMCO!!!!

Posted: 13 Aug 2011 12:15 AM PDT





Saya petik:

[Malaysia Waves] This is to certify that AZLINA BT JAILANI (LINA) child of JAILANI BIN SHARIFF and his wife KALTHUM BIN OMAR born at Selangor date of Birth 08 January 1964 was baptized in CHURCH OF OUR LADY FATIMA-BRICKFIELDS KL on the 11 May in the year of our Lord 1998.

In the Name of the Father
and the Son
and of the Holy Spirit

Duty of Parents & Godparents You are responsible that this child be educated in the Faith, furthermore, it is your duty to bring up this child to live the Faith by observing God's Commandment as Christ taught us, namely loving God and your neighbor. Godparents are to help parents in their duty as Christian mothers and fathers.

Godfather: S.S. Santiago
Godmother: Rosy Doraisamy
Minister of Baptism: Joseph A. Pereira

Stamp of Church:
Church of Our Lady Fatima,
Jalan Sultan Abdul Samad,


Di atas adalah sijil baptis Lina Joy. Kelihatan Lina Joy menjadi murtad di Wilayah Persekutuan (Jalan Sultan Abdul Samad). Saya tidak hairan kerana di Wilayah Persekutuan, murtad tidak menjadi kesalahan. Dengan kata lain, di Wilayah Persekutuan, UMNO telah menghalalkan murtad.

Buktinya? Sila rujuk kepada Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Pesekutuan) 1997 (Akta 559). Akta tersebut tidak meletakkan murtad sebagai salah satu yang dianggap jenayah

Siapa yang luluskan akta ini? Bukan Ambiga, bukan Bar Council, bukan Gereja Methodist. Yang luluskannya ialah UMNO.

Maka, tak hairanlah Lina Joy yang berasal dari Selangor memilih Wilayah Persekutuan untuk murtad.

Terima kasih UMNO kerana memudahkan murtadnya Lina Joy.

Kita juga jangan lupa bagaimana Muhyiddin Yaasin menukar hari cuti di Johor dan Perlis dari hari Jumaat kepada hari ibadah agama Kristian.
Tulang Besi


P/s: Masih tidak percaya bagaimana sikap UMCO terhadap murtad? Ada pemimpin mereka menggunakan agama untuk kepentingan politik semata-mata. Kalau mereka sayang akan agama sudah lama undang-undang pencegahan murtad dikuatkuasakan di negara ini.


Berkaitan:
 
 
 

WAYANG!

Posted: 12 Aug 2011 11:10 PM PDT


P/s: Orang sudah muak dengan WAYANG ini!


[Wajib Baca] Dr Asri SOKONG Fatwa Mufti PP tentang Larangan Guna Pembesar Suara Baca al- Quran Sebelum Waktu Subuh

Posted: 12 Aug 2011 07:45 PM PDT


Saya petik:
[Minda Tajdid] Saya amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat. Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan;

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa'id al-Khudri:
"Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: "Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat" (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga mengganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:
"Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid..dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini..boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya". (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).
Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:
"Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar". ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).
Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

Maka, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Umat Islam Pulau Pinang sepatutnya menyokong keputusan ini, dan saya menyokongnya.

 P/s: Apa lagi cara/alasan media pencacai, NGO barua, jurublog UMCO mahu "spin" isu ini demi keperntingan UMCO dan BN?


Pemuda Mengamuk Bunuh Bapa, Tikam Ibu

Posted: 12 Aug 2011 06:45 PM PDT


Saya petik:

DI SINI...Mohd Nor menunjukkan tempat kaki mangsa dibuang suspek.
DI SINI...Mohd Nor menunjukkan tempat kaki mangsa dibuang suspek.
[HM] KUALA NERANG: Hanya kerana seekor kucing, seorang warga emas maut manakala isterinya cedera akibat ditetak di kepala oleh anak mereka yang mengalami masalah mental.

Kejadian amuk itu berlaku di Kampung Pasir Putih, Mukim Tualak di sini ketika keluarga berkenaan sedang bersiap-siap untuk berbuka puasa kira-kira jam 7.15 malam kelmarin.

Saman Sirun, 60, yang cedera teruk di kepala dan tangan serta putus pergelangan kaki kanan mati dalam perjalanan ke hospital manakala isterinya, Hasnah Abdul Majid, 51, menerima lima jahitan di belakang kepala dan kini dirawat di Hospital Kuala Nerang.

Menantu mangsa, Mohd Nazrin Zainon, 32, berkata, suspek yang juga abang iparnya berusia 33 tahun baru pulang dari Jitra selepas membeli pakaian untuk persiapan Aidilfitri sebelum balik ke rumah dalam keadaan tergesa-gesa dengan menaiki Proton Iswara.

"Selepas balik dia terus mengejar kucing yang berkeliaran dalam rumah dan pada masa sama ternampak dia memarahi anak-anaknya kerana membuat bising.


Berkaitan:

Campak Kaki Mangsa ke Luar
[HM] KUALA NERANG: Hanya selepas seorang jiran memukul tangannya dengan sebatang kayu, barulah lelaki yang menetak bapanya berhenti daripada terus menyerang mangsa dalam kejadian amuk di Kampung Pasir Putih, Mukim Tualak, di sini, kelmarin.

Mohd Khairul Shamsudin, 28, berkata ketika kejadian dia tidur di rumahnya yang terletak kira kira 100 meter dari lokasi kejadian sementara menunggu waktu berbuka puasa sebelum terdengar suara orang menjerit dan bergaduh.


Mohd Khairul berkata, dia bergegas ke rumah jirannya sebelum terkejut apabila melihat mangsa dalam keadaan terbaring berlumuran darah di lantai rumah berkenaan dengan kedua-dua tangan terkulai dan kaki terputus.

"Suspek yang duduk setentang dengan bapanya kemudian mengangkat parang cuba melibas leher mangsa terbaring di lantai rumah.


"Tetapi, saya sempat memukul tangan suspek dengan sebatang kayu yang dicapai di kawasan berhampiran menyebabkannya mengerang kesakitan dan membatalkan niat terus menetak bapanya lalu berundur ke belakang sambil parang digenggam kemas," katanya...

Polis Buru Suspek
[HM] KUALA NERANG: Polis masih melancarkan gerakan memburu seorang lelaki menetak bapa kandungnya hingga mati selain mencederakan ibunya dengan sebilah parang dalam kejadian amuk di Kampung Pasir Putih, Mukim Tualak, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Ku Yaacob Ku Hamad berkata, suspek dipercayai mengalami masalah mental berang apabila tindakannya memarahi anak saudaranya membuat bising ketika menunggu waktu berbuka puasa ditegur adik ipar berusia 32 tahun dan bapanya berusia 65 tahun.

Menurutnya, berang dengan teguran itu, suspek pergi mengambil parang di dapur rumah sebelum menetak kepala, tangan kanan dan kiri serta kaki kanan mangsa daripada paras buku lali sehingga putus.
"Suspek menyerang ibunya dengan menetak belakang kepala wanita berusia 51 tahun itu sehingga cedera sepanjang 10 sentimeter sebelum melarikan diri.

"Bapa suspek yang parah dibawa ke Hospital Sultanah Bahaiyah (HSB) untuk rawatan, bagaimanapun meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kira-kira jam 8.30 malam.

"Ibunya pula dirawat di Hospital Kuala Nerang akibat cedera di belakang kepala dengan menerima lima jahitan dan sudah dibenarkan keluar, tengah hari tadi (semalam)," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Menurutnya, polis menjumpai kaki mangsa di bahagian luar dapur rumahnya dipercayai dibuang oleh lelaki terbabit .

"Usaha mengesan suspek masih lagi dijalankan dan kita percaya dia masih lagi berada di kawasan kampung itu dengan bersembunyi di dalam semak berhampiran. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


P/s: Sadis dan tragis. Moralnya, jika ada ahli keluarga yang mengalami masalah mental, buatlah sesuatu!

Susulan Wanita Dirogol. Disamun, Disimbah Asid, Angkara Bekas Suami

Posted: 12 Aug 2011 05:58 PM PDT


Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Lelaki bertopeng yang merogol, menyamun dan menyimbah sejenis cecair ke atas seorang wanita ketika hendak berbuka puasa di Seksyen 2, Wangsa Maju di sini, dua hari lalu, disyaki bekas suami mangsa sendiri.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan yang dihubungi semalam berkata, bekas suami mangsa ditahan ketika menziarahi bekas isterinya itu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) beberapa jam selepas kejadian.

Katanya, hasil soal siasat, lelaki itu mengaku melakukan perbuatan berkenaan dipercayai bermotifkan dendam akibat masalah rumah tangga mereka. Pasangan itu bercerai setahun lalu.

"Wanita berusia 32 tahun itu tinggal bersendirian dan ibu tunggal kepada tiga orang anak berusia tiga hingga 11 tahun yang berada dalam jagaan bekas suaminya.

"Siasatan lanjut ke atas cecair yang digunakan untuk menyimbah muka mangsa didapati sejenis bahan peluntur," katanya.

Katanya, polis turut menjumpai rantai leher milik mangsa yang dicuri lelaki terbabit ketika dia ditahan.
Semalam, Harian Metro melaporkan seorang wanita yang baru pulang ke rumahnya selepas membeli juadah berbuka di bazar Ramadan di Seksyen 2, Wangsa Maju, di sini, dirogol, disamun dan disimbah sejenis cecair oleh seorang lelaki bertopeng.

Difahamkan, sebaik tiba di rumah, mangsa membuka kunci pintu rumahnya tanpa menyedari seorang lelaki sudah menceroboh masuk dan bersembunyi.

Selepas meletakkan juadah berbuka di dapur, mangsa masuk ke bilik untuk menukar pakaian sementara menunggu waktu berbuka dan ketika itu lelaki terbabit yang bertopeng menghampiri mangsa dan merogolnya. Selepas ditinggalkan dalam keadaan kesakitan mangsa menjerit meminta pertolongan dan jeritannya didengari jiran yang kemudian membawanya ke HKL.
 P/s: BIngai!



[Spin Master] Utusan Sembunyikan Fakta Bahawa PM dan Rosmah ENGGAN Ditemu Bual di Mahkamah.

Posted: 12 Aug 2011 05:00 PM PDT


Saya petik sedikit kenyataan putar belit Najib:
  • Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri hadir di Kompleks Mahkamah, semalam untuk ditemu bual pasukan peguam bela Anwar Ibrahim.
  • Beliau berbuat demikian kerana menghormati keputusan hakim.
  • Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed berkata, penglibatan Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam kes liwat dianggap sebagai campur tangan DAP.

[UM] KUALA LUMPUR 12 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau hadir di mahkamah hari ini kerana menghormati keputusan hakim walaupun pelbagai pihak menganggap ia taktik Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melengahkan perbicaraan kes liwat itu.

Perdana Menteri berkata, walaupun bergelar pemimpin nombor satu negara, tetapi sebagai rakyat Malaysia, beliau wajib menghormati keputusan hakim kerana yakin mampu membantu mahkamah merungkai siapa sebenarnya yang berada di pihak benar.

"Saya menghormati keputusan hakim. Sebagai rakyat Malaysia, saya hormat, tidak kira apa juga jawatan saya. Sebab itu saya hadir ke majlis itu dan telah menyatakan pendirian saya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini, hari ini.

Ditanya apa antara perkara yang beliau maklumkan, Najib berkata, ia tidak perlu didedahkan kepada umum kerana beliau telah menyampaikan apa yang patut disampaikannya kepada barisan peguam bela Anwar, selain tertakluk kepada haknya sebagai saksi.

"Itu tak payahlah. Saya telah sampaikan mengikut hak dan saya tahu apa hak saya. Saya telah sampaikan kepada barisan pihak peguam bela Anwar. Anwar pun ada di sana sekali dan saya dapat peluang berjumpa dengannya," katanya.

REALITINYA, K-E-C-U-T:
Najib, Rosmah Tolak Ditemu Bual Jadi Saksi Kes Liwat Anwar 
[Mstar] KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor memaklumkan kepada pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Imrahim bahawa mereka menolak untuk ditemu bual atau saksi dalam kes liwat, menurut ketua pasukan peguam Karpal Singh pada Jumaat.

Najib dan Rosmah tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada pukul 2.55 petang untuk bertemu pasukan pembelaan berkenaan iaitu Karpal, S.N. Nair dan Datuk Param Cumaraswamy sebelum meninggalkan kompleks terbabit setengah jam kemudian.

Saksi-saki lain yangmuncul ialah bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof dan pelilik kondominium Hasanuddin Abd Hamid dan isteri, Noor Sham Abdul Hamid.
Karpal bercakap kepada pemberita pada pukul 5.40 petang selepas menemu bual mereka...


P/s: Berani kerana benar, kecut kerana...!!!


[Video] Apa Kena-Mengena Larangan Guna Pembesar Suara Baca al-Quran dengan Penyatuan Umat Islam? Apa Hujah Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan?

Posted: 12 Aug 2011 04:00 PM PDT


Saya petik:
Larangan baca al-Quran guna pembesar suara waktu Subuh boleh jadi isu pecah belah umat Islam

[BH] KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan meminta Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang menimbangkan sehalus-halusnya larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu Subuh di masjid dan surau di negeri itu kerana ditakuti mendatangkan kesan kepada penyatuan Umat Islam di negara ini.

Pengerusinya Prof Datuk Dr Abd Shukor Husin, berkata larangan itu sebenarnya tidak perlu diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri, sebaliknya ditentukan mengikut budi bicara dan disesuaikan dengan keadaan sesuatu tempat. 

Beliau berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri seharusnya mengadakan perbincangan dulu bersama mufti di negeri lain melalui Majlis Agama Islam kerana larangan itu dibimbangi akan menjadi asas hukum kepada larangan sama di negeri lain.

Katanya, pertemuan dengan masyarakat setempat perlu diadakan bagi memperoleh kata sepakat sama ada mereka bersetuju jika dilaksanakan larangan itu atau tidak.

"Sepatutnya tak payah keluarkan fatwa dulu, fatwa itu harus berhemah dan berhikmah, kena kaji sama ada tempat itu memerlukan larangan atau tidak, kerana bila sudah difatwakan ia akan menjadi isu yang boleh menjadi punca masyarakat Islam tidak bersatu.

"Contohnya satu kes masjid berdekatan dengan hospital, bila nak masuk waktu solat, imam baca al-Quran sehingga mengganggu pesakit, jadi mereka jumpa dengan mufti dan larangan itu boleh dipertimbangkan mengikut kawasan," katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini semalam.
 
Akhbar ini, semalam melaporkan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengeluarkan larangan selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri itu kerana amalan berkenaan dikatakan bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Mengenai tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang memutuskan larangan itu adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abi Sa'id al-Khudri menerusi kitab Sunan Abi Daud, Abd Shukor berkata sabda itu diiktikaf oleh Nabi Muhammad SAW bertujuan untuk tidak mengganggu bacaan al-Quran yang dibaca oleh jemaah lain pada waktu sama di masjid.

"Sama juga ketika membaca khutbah, jika kita berbual di belakang adalah dilarang, tetapi masjid sekarang kosong ketika waktu sebelum subuh jadi kita kena mengimarahkan dengan bacaan al-Quran.

"Dan bacaan al-Quran di satu kawasan yang majoritinya diduduki umat Islam tanpa ada faktor penghalang adalah digalakkan," katanya.

Katanya, beliau ada menghubungi Jawatankuasa Fatwa Negeri, tetapi sehingga kini masih tidak dapat maklum balas daripada pihak berkenaan berkaitan hal terbabit.
 
Sementara itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Azwanddin Hamzah menggesa supaya Jawatankuasa Fatwa Negeri menarik balik larangan berkenaan sebelum badan itu mengambil tindakan.

"Kita sudah membaca al-Quran sebelum waktu subuh berpuluh-puluh tahun lamanya dan tidak sepatutnya baru sekarang ia ditimbulkan," katanya.  



Sampai habis berita di atas saya baca, Pengerusi Majlis Fatwa ini tidak memberikan penjelasan kaitan larangan membaca al Quran dengan pembesar suara dengan penyatuan umat. 

Fatwa yang dimaksudkan bukannya melarang umat Islam membaca al-Quran pada waktu Subuh. Jika fatwa berbunyi demikian, maka ayuh, semua kita bangkit menentangnya. Namun, fatwa yang dikeluarkan hanyalah meminta bacaan tersebut tidak menggunakan pembesar suara dan larangan itu HANYA untuk waktu Subuh. 

Pulau Pinang terutamanya di kawasan bandar, penghuninya terdiri daripada pelbagai bangsa. Bayangkanlah jika pembesar suara digunakan, apakah perasaan penduduk bukan Islam yang lain? Adakah anda mahu mereka menyumpah setiap kali mereka berasa terganggu. Islam itu agama yang aman, selamat, dan penuh dengan kasih sayang.

Perlu diingat, kerajaan negeri memberikan pertimbangan kepada pentadbiran surau atau masjid untuk melaksanakan fatwa itu. Maknanya, ada budi bicara dalam hal ini. Mungkin bagi surau dan masjid di kawasan pedalaman, arahan yang berkaitan boleh diabaikan.

Secara peribadi, saya agak terganggu apabila majlis keagamaan agama lain dijalankan di kawasan perumahan. Pernah suatu hari, ada jiran yang baru berpindah menjalankan upacara keagamaan di rumahnya. Dengan pelbagai macam bau, mereka juga memasang audio mantera keagamaan terlalu kuat sehingga menyebabkan jiran yang lain terganggu. Itu waktu siang, bukan pada waktu Subuh atau malam. 

Poinnya, perasaan yang sama dirasakan oleh penduduk bukan Islam yang lain jika kita berbuat demikian. Di sinilah perlunya tolak ansur dalam hidup bermasyarakat. Sikap begini sebenarnya mendekatkan lagi orang bukan Islam kepada agama kita. Mereka mengganggap Islam itu agama yang penuh dengan hikmah. Cuba fikirkan, adakah mereka akan mendekati Islam, jika sikap umat Islam membuatkan mereka menyampah dan menjauhi Islam. Siapa yang rugi?


P/s: Sikap UMCO mempromosikan Islam di negara ini mempengaruhi jumlah orang bukan Islam memeluk agama suci ini. Yang sedihnya, sikap yang sama juga mempengaruhi orang Islam meninggalkan agama sendiri.


Sila dengar penjelasan di bawah ini:




Tiada ulasan: