Ahad, 7 Ogos 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Kemas Kini] Tanah Runtuh di Tanah Rata Cameron Highland

Posted: 07 Aug 2011 06:11 AM PDT


Saya petik:
[BH] CAMERON HIGHLANDS: Lima rumah di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Tanah Rata di sini, ditimbus tanah runtuh dalam kejadian jam 5.45 petang tadi.

Sumber polis mengesahkan setakat ini satu mayat ditemui manakala dua lagi cedera dan kini dirawat di Hospital Hajah Kalsom, Tanah Rata. 

Dipercayai lebih ramai mangsa terperangkap berikutan tiga daripada lima rumah berkenaan ditimbus sepenuhnya dan nasib penghuninya belum diketahui. 

Pasukan penyelamat kini bertungkus lumus mencari mangsa. 

Kemas Kini:
Tiga Terbunuh, Tiga Cedera Dan Tiga Hilang Dalam Tanah Runtuh

CAMERON HIGHLANDS, 8 Ogos (Bernama) -- Tiga wanita terbunuh manakala tiga lagi, dua lelaki dan seorang wanita, cedera parah dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Brinchang di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kejadian berlaku kira-kira 5.45 petang semasa hujan lebat.

Ketiga-tiga mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti manakala yang cedera ialah Bah Anjang Besar a/l Alang, 39, Serry Priary a/p Saari, 15, dan Ali Hassan, 50.

Tiga lagi mangsa dikhuatiri tertimbus terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita.

Pasukan bomba menemui mayat mangsa pada kira-kira 6.15 petang manakala dua yang cedera parah berjaya dikeluarkan kira-kira 20 minit kemudian.

Mayat wanita dan dua yang cedera itu telah dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata di sini.

Mangsa ketiga yang cedera, Ali dijumpai oleh pasukan penyelamat kira-kira 11.25 malam tadi dan telah dimasukkan ke hospital sama.

Dua lagi mangsa yang terkorban dijumpai pada kira-kira 12.25 tengah malam dan 12.35 tengah malam.

Wan Mohd Zahari berkata tiga buah rumah terbabit dalam kejadian itu.

Lebih 100 anggota polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam dengan bantuan penduduk menjalankan usaha mencari sehingga tengah malam tadi.

Perkampungan berkenaan terletak kira-kira 2 km dari jalan Brinchang ke Tanah Rata dan pasukan penyelamat terpaksa berjalan kaki masuk ke kawasan kejadian.

Susulan Kes Wanita Dikerat 15, Lapan Lelaki Ditahan

Posted: 07 Aug 2011 05:05 AM PDT


Saya petik:
[TVS] KUALA LUMPUR : Polis menahan lapan lelaki warga asing semalam bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat wanita dikerat di sebuah unit pangsapuri di Ampang, Rabu lepas dan menemui sejenis alat yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan kejam itu.

Tujuh dari lapan lelaki itu ditahan dalam serbuan kira-kira 12.20 tengah malam semalam di sebuah rumah, yang terletak dalam blok yang sama dengan lokasi pembunuhan kejam itu, manakala seorang lagi di sebuah hotel di Jalan Ampang kira-kira dua jam kemudian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata, alat tersebut yang ditemui ketika serbuan dilakukan di rumah suspek bagaimanapun bukanlah sejenis senjata.

Bagaimanapun, alat itu dipercayai digunakan untuk membunuh dan mengerat mangsa.

Katanya, suspek berumur antara antara 26 hingga 38 tahun merupakan pekerja pembersih di kawasan apartment tersebut, pekerja restoran serta pekerja hotel dan telah menetap di Malaysia antara dua minggu hingga satu tahun.

Kesemua mereka di tahan reman sehingga Sabtu depan.

Mengulas lanjut berhubung pemilik rumah tempat mayat wanita tersebut ditemui, Mohd Adnan berkata polis telah mengambil keterangan dari pemilik unit pansapuri itu yang merupakan seorang warga tempatan.

Polis mendapati pemilik rumah itu tidak mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

Manakala hubungan antara kanak-kanak yang turut ditemui dengan mangsa, beliau berkata ia masih dalam proses patalogi serta motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Rabu lepas, polis menemui keratan tubuh dan organ manusia termasuk usus dalam beberapa beg plastik serta dalam mangkuk tandas di sebuah unit di tingkat lima Pangsapuri Astaria, Taman Kosas, Ampang.

Selepas siasatan awal, polis mengesahkan kesemua beg plastik itu mengandungi keratan mayat seorang wanita warga asing berumur 30 an dan seorang kanak-kanak lelaki yang dianggar berusia antara lima dan enam tahun.

Isu Orang Islam Terima Bantuan Kristian: "Ke Mana Perginya Duit Zakat Kita?"

Posted: 07 Aug 2011 04:26 AM PDT


Saya petik:
[MindaTajdid] Saya belum ingin mengulas tentang serbuan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya seperti yang disiarkan oleh berita beberapa hari ini di sudut tindakan serbuan' itu.

Cumanya, sepertimana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah.

Saya ingin menyentuh tentang orang Islam yang hadir di majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka.

Difahamkan bahawa orang Islam yang hadir, terutama ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal. 

Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa 'jatuh hati' dan 'terhutang budi'. Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan;

1. Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta 'sedekah' kepada orang lain?

2. Mengapa kerenah biokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri. 

Untuk mendapatkan RM100-200 pun, begitu banyak kerenahnya. Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih.

Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak?

3. Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan muallaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah Muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan dari umat Islam khususnya zakat?!

4. Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang Muslim menerima bantuan daripada bukan Muslim. Apatah lagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat. 

Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.

5. Jika dibincangkan di sudut bantuan, pada asasnya, kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu. 

Selagi mengikut peraturan dan undang-undang, seseorang boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa terbatas dengan agama atau bangsa. 

Janganlah jika kita gagal membantu – sedangkan kita mampu - kita menyalahkan orang lain yang membantu.

6. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan. 

Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik. Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim? 

Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?

Maka, banyak persoalan perlu masyarakat Muslim tanya diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Tabiat menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah kita! - Prof Madya Dr. Asri



P/s:  Apabila timbul isu ini, UMCO selaku pemerintah sejak puluhan tahun, badan yang mengurus zakat, Jabatan Kebajikan, dan agensi yang berkenaan yang sepatutnya berasa MALU. UMCO siang malam bercakap soal Melayu dan Islam, namun gagal memastikan kebajikan orang Melayu dan Islam terbela. Perkara ini bukan baru berlaku, tetapi sudah terjadi sejak sekian lama. Najib bersembang dan bergebang tentang projek transformasinya bernilai berbilion RM, namun perkara asas ini tidak mampu ditangani sejak dahulu lagi.

Seperkara lagi, jangan mudah terpedaya dengan taktik UMCO, isu ini sengaja diperbesarkan untuk menutup pelbagai isu yang membabitkan mereka seperti projek pemberian KP dan salah laku semasa BERSIH 2.0, perang saudara UMCO, dll.





Tiada ulasan: