Ahad, 7 Ogos 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Hadi: Hasan Ali akan kekal Exco, isu gereja masalah negeri

Posted: 07 Aug 2011 03:36 PM PDT



Hadi: Beliau (Hasan) akan terus jadi Exco, kita tidak bincang dalam mesyuarat.
KUALA LUMPUR— Ekoran kontroversi membabitkan serbuan ke atas sebuah gereja Rabu lalu, PAS menegaskan parti Islam itu tidak mempunyai sebarang masalah dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan beliau akan kekal di jawatan itu.

Hasan merupakan pengerusi yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam.

Selain itu tegas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pihaknya juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan kerajaan negeri Selangor yang dipimpin Tan Sri Khalid Ibrahim sambil menyifatkan kontroversi yang berlaku adalah "masalah negeri."

"Ia masalah negeri, kita juga sebahagian daripada negeri, kita tidak terima teori kemungkinan (masalah dengan Hasan)... kemungkian dah banyak, ada juga kemungkinan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menggantikan (Datuk Seri) Najib (Razak).

"Beliau (Hasan) akan terus jadi Exco, kita tidak bincang dalam mesyuarat," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat di sini.

Hasan juga merupakan salah seorang ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Dalam mesyuarat itu, Hasan telah memberikan penjelasan berhubung tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya, Rabu lalu.

Pada kejadian malam Rabu itu, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis Gereja Methodist Damansara Utama tanpa waran kira-kira 10 malam.

Bagaimanapun tindakan Jais itu mendapat kritikan banyak pihak.

Namun Hasan mempertahankan atas alasan ada bukti pihak terbabit mahu memurtadkan umat Islam.

Beliau menegaskan maklumat yang diterima menunjukkan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan malam tadi.

Tambah beliau, pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan "al-Quran" dan "doa" diselitkan.

Hasan menambah seramai 12 orang beragama Islam telah menghadiri majlis tersebut tetapi tiada tangkapan dibuat. Mereka disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Khalid memutuskan untuk menghadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat menyelesaikan perkara itu.

Hasan dalam laporan Mingguan Malaysia hari ini berkata, beliau sanggup dipecat demi mempertahankan Islam.

UMNO pecat Tengku Razaleigh?

Posted: 07 Aug 2011 04:19 AM PDT

PASPB

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9c2q5JHqBLOkQSQY8M4GwWNK7bgQBFk7MWUxPN8mgwIBizJj3S8nAy2XwumKRsPVwN_PU6yJD1JklwytsS_yA80jAuP08N-S5MWVR5c_fQgiN-mUCOXLee5C1-BnPavl1cFgf-WZS8-4/s1600/Ku+Li.jpg


Jikalau di fikirkan perkara yang paling praktikal yang UMNO boleh lakukan ialah memecat Tengku Razaleigh dari UMNO. Jikalau dilihat, UMNO ibarat menatang minyak yang penuh terhadap ahli parlimen Zahrain Hashim dan mengabaikan pemimpin veteran dan berpengaruh seperti Tengku Razaleigh.

Jadi, jika Tengku Razaleigh membentuk sebuah organisasi seperti Amanah, mengapa UMNO dan Zahrain perlu rasa terganggu? Apakah ianya perasaan iri hati sahaja sedangkan veteran UMNO itu yang hampir dilupakan serta tidak menikmati penghormatan yang sepatutnya dalam UMNO?


Tengku Razaleigh sebenarnya boleh menjadi satu-satunya orang yang boleh menyelamatkan Malaysia daripada perniagaan rakus dan oligarki politik.

Walaupun Pakatan Rakyat sudah tentu mengalu-alukan Tengku Razaleigh untuk bersama dengan mereka, mereka juga mungkin sedar akan pendirian veteran UMNO ini.

Tengku Razaleigh tidak mungkin meninggalkan UMNO. Itu mungkin insentif di sebalik serangan getir dan dakwaan Zahrain Hashim terhadap Pakatan Rakyat dan Tengku Razaleigh. Beliau telah mencabar Tuan Guru Nik Aziz supaya bersumpah bahawa tidak bertemu dengan Tengku Razaleigh bagi tujuan mengajaknya menyertai Pakatan Rakyat.

Namun Tuan Guru Nik Aziz memberi kata-kata sinis, bahawa Zahrain adalah sampah dan tidak perlu layan seranganya. Satu-satunya cara untuk berhujah dengan Zahrain dengan memberitahu beliau perjumpaan benar-benar berlaku.

Kenapa Zahrain perlu iri hati dengan Pakatan Rakyat sekiranya rundingan dengan Tengku Razaleigh benar-benar berlaku? Apakah matlamat mereka untuk menjatuhkan kerajaan yang memerintah sekarang dan melakukannya melalui cara yang tidak demokratik?

Ia adalah ini sikap yang lebih berhikmah apabila pembentukan Amanah yang dipelopori oleh Tengku Razaliegh yang bertujuan untuk menjadi institusi 'check and balance' dalam kerajaan.

Dan ianya dikatakan sikap agresif dan paranoia pemimpin UMNO. Jika kuasa dipegang oleh perasuah yang menjadikan badan kehakiman, pasukan polis seperti budak suruhan mereka sudah pasti kerajaan seperti ini wajib di singkirkan.

Dipetik daripada blog Addin

BN makin lemah di Selangor

Posted: 07 Aug 2011 04:14 AM PDT

PASPB

Walaupun Umno berkeyakinan boleh menawan semula Selangor pada pilihan raya umum akan datang, namun MCA melahirkan rasa bimbang untuk menang, kata pemimpin parti itu. Mendakwa kepimpinan Ketua MCA Selangor Datuk Donald Lim yang tidak serius, seorang pemimpin parti itu menjangkakan sebilangan besar barisan hadapan MCA akan keluar dengan mengatakan parti tidak akan dapat mengekalkan kerusi-kerusi yang dimenangi. "Kita sepatutnya belajar tetapi ia tidak berlaku. Malah MCA pun belum pun ada satu pusat operasi pilihan raya. "Pemimpin kita tidak turun padang, berjumpa rakyat.

Pengundi tidak tahu rupa mereka dan calon-calon kita belum tentu lagi boleh menang," kata seoran pemimpin negeri MCA yang tidak didedahkan namanya kepada The Malaysian Insider.

Pemimpin itu berkata tidak seperti MCA, ahli Umno disemarakkan lagi dengan tsunami politik yang berlaku sejak pilihan raya umum 2008 dan mereka kini aktif mendaftarkan pengundi untuk mendapatkan sokongan.

Pemimpin itu menjelaskan BN mempunyai 879 pusat daerah mengundi di Selangor dan telah melantik satu jawatankuasa yang mana setiap mereka ditugaskan untuk mengenalpasti pengundi dalam setiap kawasan.


"Dengan sistem ini, pemimpin boleh menumpukan kepada pengundi yang khusus sebagai contoh 100 rumah dan Umno telah bekerja kuat, menganjurkan program dan menemui rakyat, mendengar rungutan dan memberikan bantuan kebajikan. "Tapi bagi MCA, kita mungkin berjuang untuk memenangi kembali dua kerusi — Kuala Kubu baru dan Sungai Pelek," katanya.


Bagaimanapun pemimpin veteran ini berkata satu anjakan mungkin boleh berlaku dan menyenaraikan empat kerusi yang boleh dimenangi MCA — Balakong, Sekinchan, Teluk Datuk dan Kajang — kesemua kerusi parti itu tewas dengan majoriti yang kecil pada pilihan raya umum 2008.


"Tapi kita perlu mengharapkan kualiti setiap calon. Kita tidak boleh tewas dalam kerusi yang kita tanding sebelum ini. Dan kita mesti meletakkan calon tempatan," katanya. Seorang lagi pemimpin MCA juga berkata, kecewa dengan ahli parti dan jurang antara calon dan pengundi, langkah itu akan memberi kesan kepada parti itu.

Sementara itu, seorang pemimpin MCA memberitahu The Malaysian Insider bahawa calon-calon MCA yang tewas pada pilihan raya umum 2008 telah menutup pusat perkhidmatan mereka dan tidak berusaha untuk mendapatkan semula sokongan.

The Malaysian Insider difahamkan ahli strategi Umno menjangkakan akan berlaku meningkatan terhadap sokongan orang Melayu dari 50 peratus pada 2008 kepada hampir 65 peratus, parti itu akan menang sekurang-kurangnya 25 daripada 35 kerusi negeri.


Tetapi ia tidak cukup untuk Barisan Nasional (BN) bertukar kerajaan dengan Pakatan Rakyat dengan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) — satu usaha yang baik dilakukan BN untuk menghadapin pilihan raya umum ke-13, yang mungkin akan diadakan selepas Hari Raya.

Menurut seorang pemimpin BN, ahli strategi Umno telah berkata MCA boleh mendapat sekurang-kurangnya tiga daripada 14 kerusi sementara MCA boleh menyumbangkan satu daripada tiga kerusi yang membolehkan BN hanya memperoleh 29 kerusi.

"Tapi ia boleh mengurangkan majoriti dalam kerajaan. Sasaran kita untuk menang sekurang-kurangnya melebihi 40 kerusi," kata Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus kepada The Malaysian Insider.


Beliau bagaimanapun mengakui sukar untuk mendapatkan sokongan BN dan berkata, "kami harap MCA boleh lakukan keajaiban." Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang ini berkata BN memerlukan sekurang-kurangnya 30 peratus undi Cina untuk membantu gabungan itu memperoleh kemenangan dengan majoriti selamat di Selangor.

"Pada pilihan raya lalu, ia tidak mencecah 20 peratus. Jika kita boleh dapat 30 peratus dan ke atas, terutamanya di kawasan pinggir bandar dan luar bandar, kita boleh menang. Tapi kerusi di bandar kita memerlukan sekurang-kurangnya 50 peratus... itu sukar," katanya.

Menurut Ketua Penerangan MCA Selangor Datuk Yap Pian Hon, BN memerlukan 35 peratus undi Cina jika mahu mendapatkan kemenangan selesa walaupun di kerusi yang majoriti orang Melayu.


"Ini sebab Selangor unik... dalam banyak kerusi, walaupun majoriti orang Melayu tapi pengundi Cina besar. Jadi Umno memerlukan pengundi Cina untuk menyokong mereka," katanya.

Berdasarkan perangkaan dari pilihan raya umum 2008, seramai 1.5 juta pengundi berdaftar di Selangor, dengan Melayu sebanyak 50.7 peratus sementara Cina 34.7, India 13.9 peratus dan lain-lain 0.6 peratus. Pada pilihan raya umum 2008, MCA tewas terus dengan hanya memenangi dua daripada 14 kerusi yang ditandingi.

Umno mendapat 18 kerusi daripada 35 kerusi yang ditandingi sementara Gerakan dan MIC bertanding empat dan tiga kerusi namun gagal memenagi sebarang kerusi. Sementara gabungan DAP, PKR dan PAS yang menguasai negeri terkaya itu dengan 36 kerusi./tmi

“Kalau DAP untuk Cina sahaja, mungkin saya kurang berminat dengannya”

Posted: 07 Aug 2011 04:12 AM PDT

Roketkini.com


Wawancara Roketkini dengan Hannah Yeoh

Hannah Yeoh adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya merangkap Bendahari DAP Selangor. Beliau adalah antara wakil rakyat muda DAP yang gigih berusaha membantu serta menyuarakan keperluan rakyat. Kenali beliau melalui wawancara bersama penyelaras Roketkini Mazir Ibrahim.

Boleh saudari ceritakan sedikit bagaimana mula melibatkan diri dalam politik secara aktif.


Saya belajar di Australia dan balik ke Malaysia pada tahun 2003. Saya belajar dalam bidang undang-undang dan kemudian balik ke sini untuk berkerja. Kemudian saya bertemu dengan Edward Ling yang sekarang merupakan Setiausaha Politik saya.

Kami dari sekolah yang sama, bila kita berjumpa dan keluar makan sama-sama, kita selalu bincang tentang hal-hal awam dan keadaan dinegara kita. Pada masa tu saya, baru bekerja dan sedang sibuk nak beli kereta sebab keadaan pengangkutan awam kita teruk.

Dalam pada masa tu mula timbul banyak persoalan kenapa banyak sangat cukai yang rakyat kena bayar tapi mutu pengangkutan awam masih teruk. Harga kereta pun mahal dengan pelbagai cukai yang dikenakan.

Akhirnya dia ajak saya untuk mendaftar jadi pengundi, sebab untuk bantu mengubah keadaan ini kita kena mengundi. Jadi saya pun mendaftar.

Kemudian, kawan-kawan bagi tahu Tony Pua (sekarang Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP) sedang nak buka pusat khidmat masyarakat di Damanasara, jadi mereka perlukan profesional muda untuk bantu.

Masa itu saya tak tahu sangat tentang DAP sebab dalam minda saya, apa saja tentang DAP adalah berkenaan dengan Cina dan paling bermasalah bagi saya ialah nak bertutur dalam bahasa Cina. Saya tak pandai berbahasa Cina, I cannot speak Mandarin, jadi persepsi untuk pertama kali itu tak begitu baik pada DAP.

Kemudian setelah jumpa Tony Pua, barulah kami rasa boleh relate dengan dia sebab Tony berbahasa Inggeris, kami sama-sama young working professionals. Lepas itu baru saya join jadi ahli DAP, ahli biasa saja.

Masa saya mula bantu dia, saya cuma sekadar tolong untuk majlis perasmian pusat khidmat dia. Saya cuma in charge dalam urusan makan minum untuk acara itu. Itu saja yang saya buat pada masa itu.

Bila pilihan raya 2008 datang, saya nak mengundi kali yang pertama. Kemudian dapat tahu DAP perlukan seorang calon wanita untuk bertanding di Subang Jaya, maka saya telah dipilih untuk bertanding.

Dengan kelulusan saudari, pernah jadi peguam?

Saya belajar di University Tasmania. Sebenarnya selepas habis belajar, saya practice kelulusan saya itu. Saya dapat kerja di Australia di salah sebuah firma undang-undang.

Tapi ada sedikit masalah di sana kerana saya warganegara Malaysia, di sana ada sedikit isu bagi mereka kerana ada aduan tentang warganegara Australia yang ramai menganggur. Jadi mereka kata mengapa ambil saya bekerja. Jadi perlantikan saya agak bermasalah bagi firma itu.

Pada masa yang sama ibu bapa saya minta saya pulang dan kerja di Malaysia. Saya pun pulanglah.

Kenapa sertai DAP?

M asa mula-mula masuk sebab nak sokong kawan saya Edward. Dan kami dalam bidang yang sama, jadi memang niat saya nak membantu dia. Saya tak ada cita-cita dalam politik. Kebetulan bapa saya sangat menghormati Lim Kit Siang dan Karpal Singh. DAP pun parti pelbagai kaum. Sebab itu saya rasa selesa masuk DAP. Kalau DAP untuk Cina sahaja, mungkin saya kurang berminat dengannya.

Masa bertanding dalam PRU 2008, apa agenda saudari?

Pada masa itu saya sangat geram dengan rasuah. Kalau korupsi berjaya dikawal, sudah tentu rakyat dapat nikmati faedah yang lebih dalam semua aspek, contohnya pengangkutan awam. Itu perkara pertama.

Kemudian pada masa yang sama saya tengok berjuta-juta ringgit wang rakyat digunakan untuk projek yang tak berfaedah, contohnya di Subang Jaya sendiri, kerajaan BN belanjakan lebih RM3 juta projek Milleneum Park hanya untuk hias roundabout dengan burung-burung replika.

Kemudian projek bangunan 3C, itu pun lebih RM30 juta lebih dibelanjakan. Tapi tidak bermanfaat secara maksima untuk masyarakat Subang Jaya. Jadi, orang ramai memang geram dengan situasi itu.

Kalau kita memandu di sekitar bandar Subang Jaya, kita akan dapat tengok selalu sangat mereka tukar pasu-pasu bunga di setiap jalan-jalan di Subang Jaya. Semuanya membazir. Jadi niat saya, jika saya menang kita nak pastikan kita tak akan gunakan duit rakyat untuk kerja-kerja yang membazir ini. Itu agenda saya, nak bantu urus dana PBT (pihak berkuasa tempatan), wang rakyat itu untuk tujuan yang lebih berfaedah.

Bagaimana kerjasama yang diberikan oleh pihak kerajaan tempatan setelah menjadi YB?

Ok, saya tak nafikan ada sedikit masalah. Ahli majlis sekarang berdasarkan lantikan mengikut kuota parti dan NGO. Masalahnya ada segelintir yang tidak begitu berfungsi dengan betul. Mereka tak begitu memberi kerjasama dengan MP dan ADUN. Jadi ia beri kesan kepada tugas dan tanggungjawab kita untuk rakyat.

Saya lihat ini berpunca dari rasa tanggungjawab yang kurang, kerana mereka tidak dipilih secara langsung oleh rakyat menerusi pilihan raya tempatan, maka mereka tidak begitu memikirkan kesan kepada rakyat secara langsung. Jika berlaku masalah seperti kelembapan mengambil tindakan, maka kita ADUN yang banyak dipersalahkan.

Apa pendirian saudari tentang idea untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan?

Saya memang menyokong pilihan raya tempatan ini. Tapi kita sedar juga tentang kerisauan orang ramai termasuk ahli parti kita sendiri kerana mereka takut jika yang menang itu orang dari parti BN. Kesannya masih sama, iaitu tak banyak yang akan berubah. Maknanya banyak kerja dan perancangan kerajaan tak dapat berjalan dengan lancar. Ini memang kebimbangan yang berasas.

Sekarang pun bila kita urus pihak berkuasa tempatan, masih ada yang tak bagi kerjasama. Jadi memang sukar dan perlukan masa untuk kaji dan laksanakan perkara ini. Kita memang mahu ia dilaksanakan, tapi isunya bagaimana kita nak elak masalah rumit itu dari berlaku.

Mungkin kita boleh buat pemilihan di peringkat Yang Dipertua atau Datuk Bandar dahulu. Untuk Ahli Majlis tidak perlu buat masa ini. Mungkin itu boleh jadi penyelesaian awal yang berperingkat-peringkat. Jadi kita harap cadangan ini dapat digerakkan pada masa akan datang.

Masalah kedua dalam hal kerjasama antara kita dan PBT ini ialah masalah pengurusan bajet. PBT selalu kata tak ada bajet untuk buat pembangunan. Mereka sebenarnya ada hasil menerusi cukai, tapi mereka cuma memperuntukkan bajet hanya 5 peratus sahaja untuk pembangunan tempatan. Jadi ia terlalu sikit.

ADUN dan MP kita tiada suara dalam PBT. YDP atau Datuk Bandar control semuanya. Namun, tidak semualah, masih ada Ahli Majlis dan YDP yang ikhlas beri kerjasama kepada kita.

Kita sudah cadangkan untuk mereka menstruktur semula bajet mereka. Kita dah minta mereka kurangkan bajet untuk program-program yang kurang memberi manfaat dan salurkan untuk tujuan pembangunan bagi masyarkat setempat, tapi mereka tak endah. Struktur perbelanjaan PBT masih seperti zaman kerajaan BN dulu, jadi nak buat pembaharuan agak payah.

Bagaiman dengan hubungan dan kerjasama dengan masyarakat awam, khususnya menambah ahli dan sokongan kepada DAP?

Memang kita rekrut ahli yang benar-benar ikhlas nak bantu parti dan dari mereka yang berkualiti. Kita pun galakkan semua ahli untuk bercakap lebih dari satu bahasa. Malah dalam mesyuarat dalam parti sudah mula guna pelbagai bahasa terutamanya bahasa Malaysia dan Inggeris.

Semua ini masyarakat dah tahu, selain masyarakat yang dah mula berubah, parti DAP juga turut berubah mengikut peredaran zaman. Ini menunjukkan DAP benar-benar ikhlas berjuang untuk semua rakyat Malaysia. Itu penting untuk ubah imej DAP sebagai parti pelbagai kaum. Apatah lagi persepsi yang dibina oleh UMNO-BN kepada DAP sangat buruk.

Apa pendapat saudari tentang sokongan golongan muda khususnya profesional Melayu, mungkin di peringkat saudari sendiri?

Setakat ini kita dah buat banyak program baik dengan kerjasama antara parti-parti Pakatan Rakyat dan masyarakat tempatan. Malah baru-baru ni kita bantu program untuk anak muda Melayu seperti program Rock the Vote. Sambutannya sangat bagus sekali.

Memang kita akui, agak sukar nak ubah persepsi orang Melayu tentang DAP, malah kita pun tak salahkan mereka sebab persepsi ini dah dibentuk begitu lama oleh UMNO. Ia macam dah sebati.

Contohnya kawan saya sendiri, dia Melayu dan saya ajak dia masuk DAP. Bagi diri dia, dia tak ada masalah langsung, tapi masih teragak-agak bila mereka fikir tentang persepsi jiran dan keluarga mereka.

Ini jelas menunjukkan, orang Melayu memang nak berubah, tapi disebabkan propaganda UMNO itu terlalu kuat dan lama sampai mempengarahi minda keluarga mereka hingga melihat DAP sebagai parti 'demon', anti-Melayu dan sebagainya. Ini memang realitinya. Dan syukur, kita sekarang ada Roketkini untuk membantu mengubah persepsi buruk itu. Kita harap, ianya mampu dilaksanakan.

Bagaimana jika ada kalangan Melayu muda yang hendak membantu saudari dari segi aktiviti politik?

Bagi saya sendiri, kita memang mahukan 'internship' di kalangan mereka dari semua kaum. Jadi mereka boleh datang dan berbincang bagaimana kerjasama itu dapat membantu parti dan juga pelatih itu.

Cuma mereka kena faham bahawa DAP parti yang kecil, dan kita banyak beroperasi di kawasan bandar dan sub-urban yang mana kawasan campuran kaum. Jadi cabaran itu akan lebih lagi. Dan kita harap mereka ikhlas nak bekerjasama dengan kita.

Apa yang saudari harapkan untuk perubahan politik pada masa akan datang?

Pertama sekali saya amat berharap khususnya pada orang Melayu supaya jangan rasa insecure dengan DAP. Mereka kena lebih yakin. Kerana DAP parti pelbagai kaum, itu dasar dan prinsip parti dan ia tak akan berubah sampai bila-bila, kita bela nasib dan keperluan semua kaum apatah lagi kaum Melayu.

Kita jangan mudah termakan propaganda UMNO-BN tentang DAP. Mereka boleh kata apa saja yang mereka mahu kerana sekarang media milik mereka, undang-undang mereka yangg kuasai. Jadi kita kena ingat bahawa kami di DAP tidak ada kemampuan untuk semua tu.

Jadi, apa saja keburukan yang digambarkan oleh mereka biarlah dirujuk kepada DAP sendiri. Jangan mudah percaya fitnah. Tanya terus kepada DAP. Saya harap agenda DAP untuk membela nasib rakyat akan dapat difahami oleh semua warga Malaysia.

DAP bersiap sedia jika PRU diadakan hujung tahun ini

Posted: 07 Aug 2011 04:10 AM PDT

Roketkini.com


KUALA LUMPUR – DAP sedang bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya umum diadakan pada bila-bila masa, khususnya jika Parlimen dibubarkan akhir tahun ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata krisis ekonomi Amerika Syarikat yang turut menjejaskan iklim ekonomi Malaysia mungkin akan memaksa kerajaan Barisan Nasional untuk mengadakan PRU lebih awal.

"Lebih-lebih lagi perhimpunan aman Bersih 2.0 serta pendedahan mengenai proses pilihan raya yang tidak bersih akan memberi tekanan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk mengadakan PRU lebih awal," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Menurutnya, DAP telah membuat persiapan awal termasuk mengadakan rundingan pembahagian kerusi dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat.

Selain itu, DAP juga mengadakan bengkel dan seminar di kalangan pemimpin dan ahli untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi PRU ke-13 akan datang.

Guan Eng berkata tohmahan dan fitnah terhadap DAP yang semakin menjadi-jadi membuktikan UMNO dan BN semakin kehilangan arah dalam usaha mengekalkan kuasa mereka.

Menurutnya, fitnah perkauman yang disebarkan dalam media termasuk klip-klip video di internet amat berbahaya kerana ia boleh memberi kesan buruk terhadap hubungan antara kaum.

Katanya, tohmahan kononnya DAP anti-Melayu oleh UMNO dan DAP anti-Cina oleh MCA menunjukkan taktik kotor BN untuk membangkitkan kebencian rakyat terhadap parti itu yang menolak perkauman.

"Saya telah katakan bahawa saya bukan anti-Melayu atau anti-Cina, saya hanya anti-rasuah," katanya.

Dalam sidang akhbar yang sama, Guan Eng mengumumkan penyertaan tokoh akademik Prof Dr Ariffin Omar ke dalam DAP sebagai usaha menguatkan lagi parti yang terbuka kepada semua kaum.

"Usaha menarik ahli bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi menarik mereka dari kalangan Melayu. Kita telah dan akan terus berusaha untuk mengajak semua orang termasuk Melayu menyertai DAP.

"Kita faham betapa sukarnya usaha menarik orang Melayu kerana lebih 50 tahun propaganda UMNO dan BN telah dibuat untuk menakutkan orang Melayu daripada menyertai mana-mana parti yang memperjuangkan hak dan peluang saksama untuk semua.

"Kita perlu berusaha lebih gigih lagi untuk memecahkan tembok penghalang perpaduan ini," tambah beliau.

Kepimpinan Rosti lemah, gagal memartabat pendidikan Unisel

Posted: 07 Aug 2011 04:08 AM PDT

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPURl Bekas Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Datuk Rosti Saruwono yang meletak jawatan secara mengejut baru-baru ini, sebenarnya gagal memartabat perkembangan ilmu sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri.

Malah, Pengarah Biro Pendidikan KEADILAN, Abas Awang berkata beberapa penyelewengan didakwa berlaku yang memerlukan siasatan segera, sekali gus menunjukkan Rosti seorang pentadbir yang lemah.

Pada kenyataan media, Abas berkata, Rosti juga gagal menyatupadukan kepimpinan Unisel dan tindak tanduknya terlalu memihak kepada parti tertentu.

Tidak hairanlah, katanya, Rosti pada 20 Julai lalu membatalkan program mahasiswa di saat-saat akhir dengan alasan rapuh.

"Beliau gagal membezakan ahli politik berjawatan kerajaan dengan ahli politik berjawatan politik," kata bekas Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan itu.

Program itu dibatal atas alasan ia dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Ironinya, Unisel adalah institusi pengajian tinggi (IPT) milik kerajaan negeri.

"Jika yang ada jawatan dalam kerajaan Selangor dihalang ke majlis sesebuah organisasi milik kerajaan negeri, apa guna jadi pentadbir negeri," katanya.

Abas turut mempertikai dakwaan kononnya pemecatan tiga pegawai Unisel dibuat atas arahan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, sebaliknya disebabkan faktor prestasi mereka.

Mereka ialah Bahagian Pendaftar, Rokmaa Mat; Dekan Fakulti Perniagaan, Prof Dr Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran, Halid Hasbullah Boestamam.

Katanya, pelantikan mereka yang dibuat ketika Menteri Besar Selangor adalah Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, tidak melalui prosedur hingga menyebabkan kakitangan lain tidak berpuas hati.

"Bagaimana prestasi Pendaftar (Rokmaa Mat) sejak dilantik? Pelantikan Rokmaa tidak melalui proses sewajarnya.

"Begitu juga Halid selaku Pengarah Pemasaran yang sejak memegang jawatan, kemasukan pelajar baru jatuh mendadak. Di Fakulti Perniagaan pula banyak desas desus wujud masalah dalaman," katanya.

Beliau berkata, sikap Rosti terserlah ketika diwawancara bersama Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khalid Nordin di TV3 bagi menghentam Pakatan Rakyat.

Sedangkan, katanya, tiada wakil kerajaan Selangor dipanggil ke wawancara lebih 10 minit itu untuk mempertahan diri dari fitnah mereka.

Wanita Mati Dikerat : Lapan Ditahan Bantu Siasatan

Posted: 07 Aug 2011 04:04 AM PDT

TVS NEWS


KUALA LUMPUR : Polis menahan lapan lelaki warga asing semalam bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat wanita dikerat di sebuah unit pangsapuri di Ampang, Rabu lepas dan menemui sejenis alat yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan kejam itu.

Tujuh dari lapan lelaki itu ditahan dalam serbuan kira-kira 12.20 tengah malam semalam di sebuah rumah, yang terletak dalam blok yang sama dengan lokasi pembunuhan kejam itu, manakala seorang lagi di sebuah hotel di Jalan Ampang kira-kira dua jam kemudian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata, alat tersebut yang ditemui ketika serbuan dilakukan di rumah suspek bagaimanapun bukanlah sejenis senjata.

Bagaimanapun, alat itu dipercayai digunakan untuk membunuh dan mengerat mangsa.

Katanya, suspek berumur antara antara 26 hingga 38 tahun merupakan pekerja pembersih di kawasan apartment tersebut, pekerja restoran serta pekerja hotel dan telah menetap di Malaysia antara dua minggu hingga satu tahun.

Kesemua mereka di tahan reman sehingga Sabtu depan.

Mengulas lanjut berhubung pemilik rumah tempat mayat wanita tersebut ditemui, Mohd Adnan berkata polis telah mengambil keterangan dari pemilik unit pansapuri itu yang merupakan seorang warga tempatan.

Polis mendapati pemilik rumah itu tidak mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

Manakala hubungan antara kanak-kanak yang turut ditemui dengan mangsa, beliau berkata ia masih dalam proses patalogi serta motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Rabu lepas, polis menemui keratan tubuh dan organ manusia termasuk usus dalam beberapa beg plastik serta dalam mangkuk tandas di sebuah unit di tingkat lima Pangsapuri Astaria, Taman Kosas, Ampang.

Selepas siasatan awal, polis mengesahkan kesemua beg plastik itu mengandungi keratan mayat seorang wanita warga asing berumur 30 an dan seorang kanak-kanak lelaki yang dianggar berusia antara lima dan enam tahun.

Mahasiswa Lancar Kempen 'Jom Baca Media Alternatif'

Posted: 07 Aug 2011 04:03 AM PDT

TVS NEWS


KUALA LUMPUR : Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini melancarkan kempen 'Jom Baca media Alternatif di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) bermula jam 2 petang tadi.

Sekretariat Media SMM, Ahmad Shukri Kamarudin berkata, kempen itu dibuat menjurus ke arah untuk menjadikan media alternatif sebagai sumber maklumat utama kepada rakyat di negara ini.

Selain itu katanya, ia bertujuan mendidik rakyat untuk mengutamakan kesahihan berita, mendedahkan mereka kepada persepsi yang lebih terbuka, dan memberi peluang kepada rakyat melihat realiti Malaysia berdasarkan dimensi yang berbeza.

Semalam, SMM telah menganjurkan Flash Mob sekitar Kuala Lumpur untuk mempromosikan kempen itu.

Menurut Ahmad Shukri, peserta yang terlibat telah memakai baju khas yang tertera alamat laman sesawang media altetnatif di Malaysia, sambil melakukan edaran risalah dan buah tangan kepada warga kota.

Pelancaran kempen 'Jom Baca Media Alternatif' diadakan pada hari ini dengan siri wacana 'Mahasiswa Selamatkan Rakyat' yang akan memfokuskan kepada isu pembinaan loji nadir bumi Lynas.

Tambah Ahmad Shukri, Sasterawan Negara, Datuk A Samad turut diberi penghormatan pada majlis tersebut sekali gus ikon perjuangan rakyat untuk melancarkan program itu.

SMM terdiri dari beberapa pertubuhan mahasiswa. Antaranya Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA), Pro Mahasiswa Nasional (PRO M), Kumpulan Anak Muda Independen (KAMI) & Malaysian Student & Youth Democratic Movement (DEMA).

Tokoh Akademik Sertai DAP

Posted: 07 Aug 2011 03:58 AM PDT

Ditulis oleh Naeem Raffi


KUALA LUMPUR : Tokoh akademik dan pakar sejarah budaya Prof Dr Ariffin Omar hari ini mengumumkan penyertaannya ke dalam DAP sekali gus meneruskan perjuangan menentang politik perkauman dan menggalakkan hubungan erat antara kaum.

Beliau menyertai DAP atas keyakinan bahawa parti itu bukan sahaja ditegakkan atas dasar berbilang kaum tetapi juga mengamalkan politik yang menolak perkauman.

"Pemilihan parti ini bagi saya ialah kerana ia tidak mementingkan kaum sebaliknya berorientasikan kaum dan mewakili semua kaum"katanya.

"Selama lebih 30 tahun saya aktif dalam gerakan hak asasi manusia serta menentang korupsi dan salah guna kuasa serta menggalakkan amalan demokrasi," katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Dr Ariffin, 62, adalah pensyarah di Universiti Pertahanan Malaysia, Kuala Lumpur.

Beliau yang dilahir dan dibesarkan di Pulau Pinang bersekolah di St Xavier's Institution, sebelum ke Universiti Sains Malaysia untuk memperolehi ijazah sarjana muda (B.A.).

Beliau melanjutkan pengajian tinggi di Singapore University dengan memperolehi ijazah sarjana (M.A.). Setelah mengajar di USM, beliau memasuki Australian National University untuk memperolehi ijazah doktor falsafah (PhD) pada 1991.

Beliau terkenal sebagai salah seorang pengasas gerakan hak asasi manusia dan kebebasan bersuara Aliran pada 1977.

Karya beliau yang terkenal serta menjadi rujukan kolej dan universiti antarabangsa ialah Bangsa Melayu: Malay Concepts of Democracy and Community 1945 – 1950 terbitan Oxford University Press, 1993.

Beliau juga adalah pengarang buku Revolusi Indonesia dan Bangsa Melayu: Runtuhnya Kerajaan-Kerajaan Melayu Sumatera Timur pada Tahun 1946 (2001, USM Press) yang memaparkan kajian tentang kejatuhan pemerintahan diraja di Sumatra Timur pada 1946, dan buku Bumiputra Policies: Dynamics and Dilemmas (2004, Kajian Malaysia) mengenai masalah negara yang berlaku akibat kerajaan mengenepikan keadilan sosial di Malaysia.

Dr Ariffin yang juga seorang Fulbright Fellow di University of Utah, Amerika Syarikat, kini sedang menulis buku mengenai hubungan antara kaum dan kebebasan beragama di Malaysia.

Turut hadir dalam sidang akhbar itu adalah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Ketua Pemuda DAP Anthony Loke, Setiausaha Antarabangsa DAP Liew Chin Tong dan Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Zairil Khir Johari.

Medan perang politik M'sia beralih ke internet

Posted: 07 Aug 2011 03:56 AM PDT

BERNAMA


Sejajar dengan perkembangan global dan kemajuan teknologi komunikasi maklumat (ICT), medan perang politik di Malaysia turut berubah dan kini telah beralih ke Internet.

Perkembangan ini mendorong pelbagai pihak menggunakan Internet untuk menyebarkan maklumat berkaitan politik, seolah-olah tiada apa yang boleh menyekat mereka daripada berbuat demikian.

NONEBenarkah keadaan ini tidak boleh dikawal? Sesetengah pemerhati media berpendapat ia memang tidak boleh disekat atau dikawal.

"Tiada siapa boleh menapis maklumat yang dihantar melalui Twitter, Facebook atau YouTube," kata anggota Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Ti Lian Ker.

Mesej boleh dihantar kepada pembaca di seluruh dunia hanya dengan satu klik dan tiada siapa yang boleh mengawal kandungannya, katanya lagi.

"Perkara inilah yang memeningkan kepala para pengawal selia dan kerajaan kerana pengguna dan penghantar sesuatu mesej boleh menyembunyikan identiti masing-masing," katanya lagi.

Ti berpendapat setakat ini kebanyakan masalah berkaitan Internet tidak ditangani dengan sewajarnya.

Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr Jeniri Amir pula berpendapat begini: Langkah kerajaan mengetatkan kawalan terhadap media tradisional mendorong semakin ramai orang memburu apa yang mereka anggap sebagai "kebenaran" melalui berita dalam talian dan ini membuka ruang kepada media dalam talian minor menguasai pendapat umum."

NONEBeliau berkata, malah, Barisan Nasional (BN) sendiri menggunakan
khidmat beberapa penulis blog untuk mengimbangi keadaan berat sebelah di Internet, walaupun langkah ini tidak memberi kesan seperti yang diharapkannya kerana hujah yang dikemukakan kumpulan penentangnya lebih mendapat sokongan.

"Lagipun, penyerang kerajaan secara dalam talian ini kelihatan lebih tersusun sebagai sebuah kumpulan yang bekerja untuk parti pembangkang dan mereka memanfaatkan isu tertentu, tidak kira sama ada betul atau tidak," kata beliau kepada Bernama.

Tindakan kumpulan itu, kata beliau, menyebabkan sesetengah golongan muda pengguna Internet menerima dengan mudah segala apa yang mereka baca secara dalam talian dan ini menutup ruang untuk berhujah secara rasional dan beradab.

"Medan perang" ini turut merebak ke kawasan pengundi Melayu di kampung kerana walaupun mereka tidak tahu menggunakan Intenet, tetapi mereka dimaklumkan oleh anak masing-masing yang cekap menggunakan kemudahan IT tentang perkara yang mereka baca dalam talian, termasuk pelbagai khabar angin, cerita separuh benar dan, malah cerita yang sengaja diada-adakan untuk memburukkan imej kerajaan.

Dr Jeniri mengambil perhimpunan haram 19 Julai di Kuala Lumpur sebagai contoh.

"Cerita dan visual tentang orang biasa yang mengambil bahagian dalam perhimpunan itu disebarkan dengan meluas untuk menggambarkan mereka sebagai wira, manakala klip video yang mengandungi kepalsuan pula disiarkan melalui YouTube. Ini merupakan cabaran besar yang perlu dihadapi BN," katanya.

Beliau berkata walaupun Internet boleh dijadikan alat untuk menyebarkan maklumat, tetapi majoriti rakyat Malaysia perlu belajar menggunakannnya secara wajar, khususnya berkaitan penyebaran mesej politik kerana terdapat keperluan untuk mengadakan perbincangan secara rasional dan menilai sesuatu pendapat secara seimbang.

"Jika sesetengah pengguna Internet terus menyelewengkan konsep demokrasi, pihak berkuasa tidak akan mempedulikan kenyataan biadab mereka, manakala pengundi yang matang pula akan menolak mereka apabila menyedari bahawa sebelum berkuasapun, kumpulan ini sudah berperangai hodoh," katanya.

Ahli akademik ini berkata "medan perang" Internet juga boleh membawa seseorang ke arah yang betul atau tidak betul kerana, sebagai contoh, oleh kerana terdapat begitu banyak maklumat, kebanyakan orang akan hanya mengikut pendapat ramai apabila mereka tidak dapat membezakan sama ada sesuatu maklumat itu betul atau palsu.

"Umpama orang yang kehilangan arah di lautan, mereka akan hanya mengikut orang lain dengan harapan akhirnya mereka akan menemui daratan atau sekurang-kurangnya, tidak keseorangan ketika berenang ke pantai. Ini menunjukkan mereka tidak mampu berfikir atau membuat penghakiman sendiri," katanya.

Selain itu, kata beliau, ramai orang menganggap semua maklumat yang mereka terima sebagai ilmu yang berguna.

ummo youth pc 100306 abdul rahman dahlanBeberapa ahli politik berpendapat kebanyakan orang terus mempercayai apa yang disiarkan melalui Internet tanpa usul periksa kerana menganggapnya betul serta berkongsi maklumat itu dengan rakan masing-masing pula.

Seperti kata Anggota Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan, kini kebenaran semakin sukar untuk dilihat dan manusia semakin sukar
menerima pendapat serta pendekatan orang lain dan tidak boleh bertolak ansur.

"Pada era maklumat ini, manusia perlu melatih diri masing-masing supaya berfikir dan membuat analisis sebelum menerima sesuatu maklumat yang dihidangkan kepada mereka.

"Sebelum mempercayai sepenuhnya, kita perlu ajukan soalan, mengenal pasti dengan jelas jenis mesej yang diterima dan, jika perlu, mendapatkan pengesahan mengenainya," katanya.


Ambiga: Terima kasih PSM6

Posted: 07 Aug 2011 03:52 AM PDT

Aidila Razak


Pengerusi gabungan menuntut pilihan raya adil dan bersih, BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga berterima kasih kepada PSM6 - yang baru dibebaskan selepas ditahan selama 28 hari di bawah Ordinan Darurat - kerana kekuatan dan ketabahan mereka telah meniup semangat gabungan tersebut menjadikan perhimpunan 9 Julai satu kenyataan.

psm thanksgiving dinner 060811 s ambigaBerucap di majlis kesyukuran PSM di ibunegara malam tadi, Ambiga
berkata, pihaknya begitu sedih di atas penahanan mereka menjelang perhimpunan tersebut diadakan.

"...dan ketika itu kami menerima mesej dari mereka yang ditahan: "Teruskan perhimpunan pada 9 Julai. Kami tetap bersama anda, kami tidak takut ".

Ambiga berkata, PSM6 menanggung bahang perhimpunan BERSIH tetapi tegasnya semangat mereka tidak pernah luntur dan sentiasa memperlihatkan ketabahan mereka dalam yang kritikal itu.

Kira-kira 300 hadirin memenuhi Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) untuk meraikan 'superhero' mereka - ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael D Jeyakumar; timbalan presiden PSM, M Sarasvathy; ketua pemuda, R Saratbabu, ketua PSM cawangan Bayan Baru, Choo Chon Kai, pemimpin PSM Sungai Siput, M Sukumaran dan setiausaha cawangan tersebut, A P Letchumanan.

Bermula dengan nyalaan lilin selama sejam, menuntut pemansuhan Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), majlis tersebut dimeriahkan dengan persembahan dari wakil masyarakat sivil.

psm thanksgiving dinner 060811 Sugu and choo chon kaiMeraih sorakan gemuruh ialah persembahan petikan gitar pengarah Suaram, Kua Kia Soong, dengan para hadirin mengiringi beliau menyanyikan lagu yang diadaptasi dari Sepanyol, dengan korusnya yang berbunyi: "Rakyat yang bersatu tidak akan dapat dikalahkan" .

Jelas 'kuasa rakyat' menjadi tema majlis tersebut dengan para penceramah mengingatkan hadirin bahawa tekanan rakyat terhadap kerajaan telah membawa kepada pembebasan PSM6 pada 29 Julai, selepas 28 hari dalam tahanan.

Bagi pengerusi PSM Dr Nasir Hashim, sokongan rakyat menjadi inspirasi dan satu penegasan terhadap kuasa aktivisme akar umbi yang menjadi asas penubuhan parti sosialis itu.

"(Pihak berkuasa) gagal untuk menahan (PSM 6) lebih lama, kerana mereka telah membuat kesilapan. Mereka sangka kita sebuah parti kecil, tetapi kita mempunyai sejarah aktivisme dan kita mempunyai rakan-rakan yang baik.

"Ikat jamin (untuk 24 yang ditangkap pada 24 Jun) adalah RM8,000,
(berjumlah RM192,000), tetapi kita berjaya mendapatkan wang untuk mengikatjamin mereka kerana adanya perpaduan... Kita kini bersatu, dan jika anda sentuh kita, kita (semua) akan bertindak balas," katanya disambut tepukan gemuruh.

Turut berucap ialah timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu, yang naik ke pentas bertongkat ekoran kecederaan yang dialami semasa perhimpunan BERSIH 2.0.

psm thanksgiving dinner 060811 s arutchelvanSambil mendakwa wujudnya 'double standard' dalam penguatkuasaan
polis, Mohamad berkata, tiada seorang pun guru silat ditangkap sedangkan mereka telah berikrar sanggup "menumpahkan darah" menentang BERSIH 2.0.

"(PSM 6) dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong... dan apa senjata mereka? baju-T," katanya disambut gelak ketawa hadirin.

Turut mendapat pujian ialah setiausaha agung, S Arutchelvan (atas) "yang tidak pernah mengenal erti takut".

Gaza: Misi Muslim Care berjaya sampaikan bantuan

Posted: 07 Aug 2011 03:51 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Walaupun pelbagai rintangan dihadapai untuk sampai ke sempadan Rafah, pasukan Misi ke Gaza anjuran Muslim Care Malaysia berjaya memasuki Gaza bagi menghantar bantuan sempena Ramadhan pada 28 Ogos 2011.

Zulkefli Mohd Nani, Ketua Misi ke Gaza merangkap Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia memaklumkan bahawa Muslim Care juga menyediakan prasarana dan peralatan bagi menubuhkan sebuah kilang roti bagi membangunkan ekonomi muslimah di Gaza sewaktu misi tersebut.

Misi itu turut disertal Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Presiden Muslim Care Mat Arifin Ismail, anggotanya Zakaria Abdul Latif, Hj Zulkifli Wahijan, Ust Reduan Md Nor, Halim Redzuan, Ahmad Safuan Ujar, kesemuanya dari Muslim Care, wakil PAS Selangor Izham Hashim, Zahari dari Cakna Palestin.

Mereka bertolak ke gaza bermula 27 Julai lalu dan selamat pulang ke tanah air 2 Ogos lalu.

Sewaktu di Gaza, misi turut berpeluang mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Ismail Haniyeh dan bertemu dengan 11 ahli parlimen Gaza.

Di samping itu, misi ini turut menyediakan sebuah makmal komputer untuk sebuah sekolah menengah di Khan Younis yg tidak pernah mempunyai makmal komputer di sekolah tersebut sebelum ini.

Disamping itu anggota misi juga telah berjumpa sendiri anggota keluarga yang ada dikalangan ahli keluarga mereka sedang dipenjarakan di penjara Israel.

(Gambar: Anggota misi bergambar selepas menyediakan makmal komputer di sebuah sekolah menengah di Khan Younis)

Menurut Zulkefli Nani, mereka dimaklumkan bahawa ada diantara tahanan tersebut yang telah 34 tahun dipenjarakan di Israel, lebih lama dari Neson Mandela yang dipenjarakan selama 29 tahun.

Selain itu pasukan misi ini juga turut memberikan bantuan kewangan dan makanan kepada anak-anak yatim, ibu-ibu tinggal serta warga miskin di Gaza di mana misi ini telah pergi terus ke rumah-rumah warga miskin bagi menyampaikan bantuan tersebut.

Dengan sumbangan yang telah diberikan oleh penderma melalui Muslim Care, mereka juga mengadakan majlis berbuka puasa selama 7 hari dianjurkan di masjid-masjid di sekitar Gaza dengan sumbangan tersebut.

Selain itu juga masyarakat dan kanak-kanak yg kurang berkemampuan juga akan diberikan pakain baru sebelum Aidil Fitri nanti melalui sumbangan yang dihulurkan Muslim care.

Menurut Zulkefli lagi, walaupun sempadan Rafah dikatakan telah dibuka oleh Kerajaan Mesir, hakikatnya sekatan ke atas Gaza masih berterusan dan umat Islam masih terus dihimpit kemiskinan di Gaza.

Beliau menegaskan bahawa bantuan kepada umat Islam di Gaza mesti diteruskan kerana "humanitarian aide" dari NGO luar ini adalah penghubung nyawa bagi ramai warga miskin.

Di Gaza, Muslim Care telah menandatangani perjanjian dengan Emaar Association sebuah NGO kebajikan yg akan melaksanakan beberapa program bagi pihak Muslim Care di Gaza kelak.

Untuk perancangan seterusnya, Muslim Care berhasrat membina sebuah Masjid di sebuah kawasan penduduk miskin berdasarkan permintaan umat Islam di sana dan juga mencari dana bagi membaiki rumah keluarga-keluarga dhoif di Gaza, Palestin.

Sebanyak USD180,000 diperlukan bagi menjayakan bantuan seterusnya.

Kepada mereka yang mahu memberi sumbangan kepada rakyat palestin, bolehlah berbuat demikian melalui Tabung Muslim Care melalui Akaun Maybank Muslim Care (Viva Palestina) 5644-902-111-59.

Jais: Isma persoal media cuba beri imej negatif

Posted: 07 Aug 2011 03:46 AM PDT

Harakahdaily


BANGI: Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) berpendapat Jais perlu meneruskan siasatan jika badan itu mendapati wujud kes gereja terlibat dalam kegiatan menyebarkan agama bukan Islam di kalangan orang Islam seperti yang dilaporkan dalam satu kejadian di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya.

Isma juga meminta supaya pihak-pihak lain tidak mempolitikkan perkara ini yang boleh mengganggu siasatan Jais.

"Isma mahu Jais meneruskan siasatan tanpa diganggu oleh mana-mana pihak kerana ia bertepatan dengan bidang tugas Jais dan undang-undang. Kes ini berkait dengan isu sensitif di sisi perlembagaan dan umat Islam dan tidak sepatutnya dijadikan isu politik," kata Presiden Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman dalam satu kenyataan di sini.

Isma juga, katanya mempersoal laporan sesetengah media yang dari awal lagi cuba memberi imej negatif seolah-olah Jais telah menceroboh kesucian rumah ibadat telah melakukan sesuatu yang tidak beretika dan keluar daripada lunas undang-undang.

Sehubungan itu, tambahnya Isma menyeru agar pemimpin-pemimpin umat Islam lebih prihatin terhadap apa-apa bentuk pencabulan terhadap kehormatan agama mereka.

"Saya kesal terhadap sesetengah pemimpin yang seolah-olah hilang ghirah (sensitiviti) terhadap agama sendiri bahkan lebih bersikap ingin membela agama lain atas dasar hak asasi atau menjaga keharmonian antara agama," kata beliau lagi.

Beliau juga menyatakan kebimbangan terhadap sikap toleransi yang berlebihan sama ada kerana faktor politik atau faktor lain kerana ia akan membawa kepada sindrom 'kedayusan' di kalangan umat Islam sehingga tidak bertindak apa-apa walaupun kehormatan Islam dan umatnya dicabul di hadapan mata.

Katanya, gejala murtad sama ada dengan memasuki agama lain atau tidak lagi beragama adalah satu jenayah yang mengancam keselamatan negara di sisi Islam.

Sebagai umat Islam, jelasnya perbuatan itu sama seperti menconteng arang di muka sendiri dan mencabar maruah dan kehormatan agama Islam.

Tambahnya, Isma mendukung hubungan harmoni antara kaum dan agama di negara yang berbilang bangsa ini tetapi bertegas dari aspek pelaksanaan undang-undang dan mempertahankan martabat agama dan maruah bangsa.

Pakatan rangka bajet 'Kesejahteraan Untuk Semua'

Posted: 07 Aug 2011 03:45 AM PDT

Nazri Abdullah


PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan membentangkan belanjawan mereka sebagai alternatif kepada Bajet 2012 yang akan diumumkan perdana menteri Oktober ini.

Malah ianya akan dibentang lebih awal berbanding yang akan dibentang Datuk Seri Najib Razak, kata anggota jawatankuasa Pakatan Rakyat, Dr. Dzulkefly Ahmad.

Selain Dzulkefly, wakil PAS dalam jawatankuasa merangka belanjawan Pakatan Rakyat itu adalah Timbalan Yang Dipertua PAS Negeri Sembilan, Dr. Rosli Yaakob.

PKR pula diwakili Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua manakala DAP diwakili Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong.

Selain mereka, pakar dalam pelbagai bidang dari pelbagai latar belakang turut dijemput memberi pandangan kepada jawatankuasa ini.

Bercakap pada sidang media di pejabat seketariat Pakatan Rakyat di sini tengah hari ini, Dr Dzulkefly berkata tema bajet pakatan itu adalah "Kesejahteraan untuk Semua".

Tiga terasnya pula adalah bagi meningkatkan pendapatan rakyat, pembangunan ekonomi mampan dan keadilan sosial serta keadilan dari sudut pengagihan wang negara kepada rakyat.

"Meningkat pendapatan rakyat ini bermaksud rakyat boleh berbelanja dan ada duit dalam poket," katanya.

Antara penumpuan juga katanya adalah kepada 60 peratus isi rumah yang mempunyai pendapatan di bawah RM1,500 sebulan.

Tambahnya lagi, bajet Pakatan juga mahu melihat kaedah yang dapat mengeluarkan rakyat negara ini dari perangkap kepada golongan berpendapatan sederhana atau Middle Income Trap.

Bagaimanapun, belanjawan ini katanya bukanlah bayangan belanjawan sepenuhnya tetapi lebih kepada pendekatan strategik, seperti dikeluarkan Pakatan pada 2008.

Menurutnya lagi, bajet Pakatan Rakyat menampilkan pendekatan merakyat, berbeza dari kerajaan yang dilihat lebih menumpukan kepada projek berskala besar seperti diumum Najib pada belanjawan 2011 lalu.

Beliau merujuk kepada peruntukan besar kerajaan untuk projek Menara Warisan serta projek My Rapid Transit (MRT) dan beberapa projek berskala besar lain.

Selain itu, bajet kali ini juga jelas ahli parlimen Kuala Selangor itu, akan turut mengambil kira faktor kemelut ekonomi global akibat krisis ekonomi Amerika dan Eropah.

Fomca akui juadah berbuka lebih mahal

Posted: 07 Aug 2011 03:44 AM PDT

Rizal Tahir


KOTA BHARU: Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) dan Persatuan Pelindung Pengguna Kelantan (Pelindung) mengakui berlaku peningkatan harga makanan pada Ramadan ini.

Timbalan Presiden Fomca, Ahmad Othman berkata, kenaikan harga makanan berlaku berikutan harga bahan mentah meningkat sekarang.

"Oleh itu saya berharap kerajaan memantau harga makanan yang dijual sebagai juadah berbuka puasa. Harga kuih muih contohnya akok yang sebelum ini boleh dibeli tiga biji RM1, namun sekarang hanya dua biji RM1.

"Begitu juga kerabu kaki ayam hanya sekadar empat sudu berharga RM5. Ini membebankan pengguna jika tidak pandai berjimat cermat," katanya yang juga Pengerusi Pelindung.

Menurutnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna perlu memantau gerai-gerai jualan di Bazar Ramadan bagi memastikan peniaga mengenakan harga yang berpatutan.

Selain itu pihak berkuasa tempatan juga perlu memantau dengan memastikan premis menjual juadah Ramadan menjaga kebersihan dan beroperasi secara sah.

Ahmad juga menasihatkan orang ramai memasak sendiri juadah berbuka bagi mengurangkan bebanan kewangan keluarga.

Bagaimanapun beliau berkata, berdasar kepada pemerhatian didapati bazar-bazar Ramadan di Kelantan tetap meriah biar pun harga juadah berbuka terasa mahal berbanding tahun lepas.

"Masyarakat di Kelantan yang gemar berbelanja kadang-kadang tidak kisah sangat harga yang dibayar sehingga ada peniaga mengambil kesempatan mengaut keuntungan lebih," katanya di sini.

Beliau juga menasihatkan umat Islam menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk berjimat-cermat.

Sesi daftar pelajar baru IPTA diteruskan meskipun masih suasana Aidilfitri

Posted: 07 Aug 2011 02:28 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

TEMERLOH — Sesi pendaftaran penuntut baru Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) minggu pertama bulan depan akan diteruskan walaupun masih dalam suasana perayaan Aidilfitri.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ia bagi memastikan keseluruhan aktiviti dan jadual pengajian pada sesi akademik tersebut tidak terjejas.

"Pada kita (Kementerian Pengajian Tinggi), kita hendak teruskan pada tarikh tersebut sebab sukar juga kalau kita lambatkan nanti, ada yang lain-lain juga yang akan lambat," katanya selepas merasmikan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan peringkat Pahang di Kampung Paya Luas di sini.

Dipetik Bernama Online, beliau bagaimanapun berkata, pihak universiti boleh menganjakkan sesi berkenaan pada tarikh lain mengikut kesesuaian masing-masing.

"Ada masanya universiti ini kreatif, dia mungkin lambatkan sehari dua, selepas itu ada kelas ganti, ia tidak menjadi masalah besar... terserahlah kepada universiti masing-masing sama ada teruskan pada jangka masa yang ditetapkan, namun demikian saya rasa kita dah puas berhari raya beberapa hari," katanya.

Saifuddin berkata, setakat ini, pihaknya juga tidak menerima sebarang aduan atau sungutan daripada ibu bapa dan pelajar mengenai tarikh pendaftaran berkenaan.

Kementerian Pengajian Tinggi sebelum ini mengumumkan penyelarasan kalendar akademik IPTA negara yang menyaksikan tarikh pendaftaran pelajar baru dianjakkan dua minggu ke hadapan pada setiap sesi akademik berbanding pada Jun sebelum ini.

Di bawah kalendar baru, kementerian telah menetapkan tarikh pendaftaran pelajar baru bagi sesi akademik 2011/2012 pada 25 Julai, namun sedikit perubahan dilakukan di mana sesi pendaftaran pelajar baru ditetapkan pada minggu pertama September 2011 berikutan tempoh kuliah yang singkat antara sesi pendaftaran sehingga cuti Aidilfitri.

Adnan nafi rombak Exco Kerajaan Negeri

Posted: 07 Aug 2011 02:26 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER




BENTONG — Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menafikan dakwaan pihak tertentu yang kononnya akan berlaku rombakan pada barisan exco kerajaan negeri.

Adnan berkata semua anggota exco kerajaan negeri telah menjalankan tugas dengan baik dan komited.

"Soal rombakan exco tidak timbul sama sekali, saya berpuas hati dengan semua anggota exco dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di negeri ini yang komited dalam menjalankan tugas mereka," katanya kepada pemberita di sini sebagai mengulas dakwaan pihak tertentu terutamanya parti pembangkang yang mendakwa akan berlaku rombakan berikutan kegagalan exco-exco tertentu dalam menjalankan tugas mereka.

Dipetik Bernama Online, Adnan berkata tindakan pihak tertentu itu hanyalah untuk memberi gambaran buruk kepada kepimpinan kerajaan negeri.

"Ia adalah merupakan permainan politik pembangkang yang bertujuan untuk mengelirukan rakyat," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu diberi lebih tumpuan: "Kita akan bekerja keras bagi mengukuhkan lagi kedudukan BN di Pahang.

"Iklim politik kini sudah berubah, pandangan golongan muda, cerdik pandai dan lain lain perlu diambil kira. Kita tidak boleh selesa dan yakin namun kena berusaha dan bekerja keras bagi mempertahankan kerusi yang ada serta berusaha untuk merampas semula kerusi yang dimenangi pembangkang," katanya.

Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan BN Pahang mahu semua anggota parti dan wakil rakyat BN menjalankan perkhidmatan dengan jujur dan ikhlas bagi membela nasib rakyat.

Terdahulu beliau yang juga anggota DUN kawasan Pelangai menyampaikan bantuan wang zakat dan hamper kepada kira kira 1,000 fakir miskin, warga emas, ibu tunggal dan anak anak yatim di kawasan berkenaan di Kampung Simpang Pelangai, di sini.

Isu gereja: PAS mahu jumpa Jais, pihak gereja

Posted: 07 Aug 2011 02:23 AM PDT

TERKINI


Hadi berkata PAS memutuskan untuk terus ke medan agar mampu mengungkai situasi sebenar. — Foto fail


KUALA LUMPUR — PAS hari ini mengambil pendirian untuk mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Gereja Methodist Damansara Utama bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai kotroversi terbaru.

Jelas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pertemuan dengan kedua-dua agensi itu akan dibuat dalam tempoh terdekat untuk mengungkai situasi sebenar yang berlaku ekoran tindakan Jais menyerbu majlis makan malam muhibah di gereja itu.

"Kita bincang isu Selangor dan buat keputusan untuk terus ke medan yang mana kalau kita lihat ia sengaja dijadikan isu oleh Barisan Nasional (BN) untuk tutup isu Himpunan Bersih 2.0.

"PAS akan bertemu dengan Jais dan gereja secara terus untuk mendapatkan penjelasan dan selesaikan masalah ini,"katanya selepas pada sidang media di sini.

Beliau terlebih dahulu mempengerusikan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat.

Tambah Hadi, Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali telah memberikan penjelasan berhubung dakwaan program anjuran Harapan Komuniti bertujuan untuk memurtadkan umat Islam.

Hasan, sebelum ini mempertahankan tindakan Jais melakukan serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Rabu lalu dengan alasan pihaknya telah dimaklumkan perkataan "al-Quran" dan "doa" diselitkan, mendakwa ada bukti mahu memurtadkan umat Islam.

"Hasan Ali telah memberikan penjelasan dan beliau bersetuju dengan cadangan kita (untuk adakan pertemuan dengan Jais dan gereja).

"Bila (maklumat daripada) media tak cukup kita perlu turun ke medan... tidak timbul masalah bukt,i sebab itu kita akan jumpa terus dengan kedua-dua pihak," kata Hadi.

Tambah Ahli Parlimen Marang ini, PAS terpaksa mengadakan pertemuan dengan Jais dan Gereja Methodist Damansara Utama sebagai langkah selamat selain dapat memberi keadilan kepada semua pihak termasuk Hasan.

Surat permohonan untuk mengadakan pertemuan dengan Jais dan gereja akan dihantar esok melalui Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

"Kita mahu dapatkan penjelasan kedua-dua pihak, mesti daripada orang yang berkenaan daripada pihak Jais dan gereja sendiri... laporan media tak cukup.

"Hasan Ali sudah jelaskan dan beliau juga dapat laporan itu setelah (serbuan) berlaku, sebab itu kita mahu dapatkan gambaran (sebenar) daripada kedua-dua pihak," katanya Hadi.

Walaupun diasakan dengan pelbagai soalan berhubung tindakan Jais itu, Hadi bagaimanapun menekankan pihaknya mahu mendapatkan maklumat daripada kedua-dua pihak terlebih dahulu.

"Kita akan bertemu dengan kedua-dua pihak, pendirian ini sama... jadi tidak timbul sokong siapa yang penting penjelasan dulu, bagaimana dibuat, siapa yang bertindak... dah jumpa baru kita tahu.

"Kita perlukan penjelasan secara langsung, bukan daripada media," katanya.

Pada malam Rabu lalu, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis gereja itu tanpa waran kira-kira 10 malam.

Bagaimanapun tindakan Jais itu mendapat kritikan banyak pihak.

Tambah Hadi: "Semua perkara akan jelas selepas berjumpa dengan pihak gereja."

Ekoran kontroversi itu Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan untuk menghadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat menyelesaikan perkara itu.

Beliau berkata langkah itu akan diambil sebaik sahaja menerima laporan Jais, yang turut akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor.

Asri: Bukan haram umat Islam terima bantuan agama lain

Posted: 07 Aug 2011 02:21 AM PDT



Asri berkata semua pihak tidak patut menyalahkan penganut Kristian yang menghulurkan bantuan. — Foto fail


KUALA LUMPUR— Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan "bukan sesuatu haram" jika umat Islam menerima bantuan daripada mana-mana penganut agama lain termasuk Kristian sekiranya terpaksa berbuat demikian.

Bekas mufti Perlis berkata sikap umat Islam yang enggan menghulurkan bantuan sesama mereka menyebabkan ramai golongan miskin terpaksa bergantung kepada orang bukan Islam.

"Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang Muslim menerima bantuan daripada bukan Muslim. Apatah lagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat. Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak Muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.

"Jika dibincangkan di sudut bantuan, pada asasnya kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu," kata beliau sambil menambah, mana-mana bantuan dibenarkan selagi mengikut peraturan dan undang-undang.

Tegas Asri, beliau difahamkan umat Islam yang hadir dalam satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya, Rabu lalu adalah untuk mendapatkan bantuan yang gagal dilaksanakan agensi agama Islam melalui pemberian zakat.

Jelas beliau, kemungkinan umat Islam yang hadir itu "terpengaruh" dengan agama Kristan disebabkan sikap baik penganutnya membantu mereka.

"Difahamkan bahawa orang-orang Islam yang hadir, terutama ibu-ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin.

"Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal. Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa 'jatuh hati' dan 'terhutang budi'," katanya.

Asri berkata demikian sebagai respons terhadap laporan dua akhbar berbahasa Malaysia hari ini yang mengatakan pihak gereja menawarkan wang tunai, makanan dan tempat tinggal kepada umat Islam.

Akhbar Berita Harian edisi semalam di bawah tajuk "Sogok wang gadai akidah" melaporkan ada pihak yang berselindung disebalik pertubuhan amal dengan menawarkan pelbagai bantuan kepada umat Islam seterusnya meminta mereka keluar daripada agama itu

Selain itu, akhbar tabloid Harian Metro juga mengatakan perkara sama di bawah tajuk di muka depan "Kami diberi Bible versi Melayu."

Akhbar itu mendakwa penganut Kristian menggunakan "pendekatan lembut" untuk menarik umat Islam.

Kontroversi ini berlaku selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama.

Pada malam Rabu lalu, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis gereja itu tanpa waran kira-kira 10 malam.

Bagaimanapun tindakan Jais itu mendapat kritikan banyak pihak.

Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mempertahankan atas alasan ada bukti pihak terbabit mahu memurtadkan umat Islam.

Tambah Asri, semua pihak tidak sepatutnya menyalahkan penganut Kristian yang menghulurkan bantuan, sebaliknya persoalan itu ditanya kepada diri sendiri.

Jelas beliau, sekiranya wang zakat digunakan secara telus mustahil umat Islam perlu meminta bantuan daripada penganut agama lain.

"Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta 'sedekah' kepada orang lain? Mengapa kerenah biokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri. Untuk mendapatkan RM100 hingga RM200 pun, begitu banyak kerenahnya.

"Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih. Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak? Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan mualaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah Muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan daripada umat Islam khususnya zakat?" soalnya.

Justeru Asri meminta supaya tidak bersangka buruk kepada pihak yang bersedia menghulurkan bantuan kepada umat Islam.

"Janganlah jika kita gagal membantu sedangkan kita mampu tapi kita menyalahkan orang lain yang membantu. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan. Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik.

"Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim? Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?," katanya.

Malaysia Hari Ini Akan Ada Parti Baru Lagi....... Parti MISMAH ( Malaysia Ini Sudah Mahu Hancur ).. Benarkah??

Posted: 06 Aug 2011 05:20 PM PDT

PENDEDAHAN dibuat oleh sebuah portal berita yang dilabelkan pro-pembangkang oleh media taksub kepada pemerintah mengenai 'salah teknik' berhubung status seorang insan bernama Mismah (mungkin pendatang tanpa izin – (Pati) dari Indonesia) yang dikorek dan digali didapati dengan mudah mendapat hak kerakyatan di negara ini, telah mengaluributkan kantor Jabatan Pendaftran Negara (JPN).

NONE

Apa yang anih lagi dalam siasatan protal berita berkenaan Mismah dinaikkan taraf sebagai warganegara ini dari status sebagai penduduk tetap kepada waganegara dalam tempoh empat jam saja.

Empat jam sebelum itu (menurut pengesanan menerusi online JPN) menunjukkan Mismah adalah pemegang Mykad sebagai penduduk tetap dengan MyPR (merah) bernombor: 640704715238, tetapi empat jam kemudian telah dinaikan taraf sebagai pemegang Mykad berwarna biru sebagai warganegara Malaysia yang layak mengundi. Fantastik dan hebat sungguh sistem pendaftaran JPN negara ini.

Mungkin juga dikala portal berita berkenaan membuat penyiasatan proses mengup-gradkan penduduk tetap sedang diproses!

Paling mengejutkan lagi dia telah disahkan sebagai pengundi berdaftar di negara ini. Malahan pengesahan beliau sebagai pengundi baru masih lagi dalam edah beliau pemegang MyPR berwarna merah. Apabila beliau sudah berdaftar sebagai pengundi dalam erti kata lain Mismah akan menjadi seorang pemilih setaraf dengan warganegara asal negara ini. Inilah yang menajkubkan dan menyebabkan sesuatu yang tidak kena kepada keselamatan negara.

Hari ini Ketua Pengarah JPN, Jariah Mohd Said telah membuat penjelasan agak penjang lebar juga. Kepantasan penjelasan itu semacam pengarah itu dalam ketakutan kini seolah-olah kerja jahat dilakukan oleh jabatannya terbongkar.

Jangan main-main kalau proses berkenaan 'terlalu' salah teknik kemungkinan Jariah akan dikenakan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Memberi atau meluluskan pendatang asing atau warganegara asing menjadi warnegara ini tanpa prosuder yang betul satu kesalahan. Satu maklumat dalaman yang sampai kepada saya memang ada kegiatan memproses pendatang haram untuk diberikan kad pengenalan dan didaftarkan sebagai pengundi.

Jariah menafikan yang taraf dan status Mismah dari pemegang kad merah kepada kad biru berubah dalam masa empat jam.

Jelasnya, Mismah telah memegang kad merah, menjadi penduduk tetap (PR) sejak 17 Julai 1982 manakala permohonannya menjadi warganegara diluluskan pada 31 kjanuari 2011 setelah 29 tahun menjadi penduduk tetap. Jadi menurut Jariah dari catatan rekodnya adalah tidak betul kalau taraf kewargangeraan Misamah berubah dalam tempoh empat jam.

Persoalan kini siapa yang betul dan berbohong dalam hal ini. Siasatan protol berita berkenaan bersumberkan kepada online JPN sendiri dan juga online SPR yang bohong? Apakah online berbohong? Kalau portal berita itu berbohong maka tindakan tegas perlu diambil kerana apa didedahkan memalukan negara. Kejadian itu seolah-olah pentadbiran kita macam pentadbiran di zaman sebelum merdeka yang menggunakan semuanya dibuat secara manual.

Bagi memberi penjelasan berhubung perkara itu Jariah juga turut memberitahu sejak 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011 Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dikepalai oleh Hishamuddin Hussein telah meluluskan 29,290 orang daripada 72,334 orang pemohon untuk mendapat wargenegara ini dalam tempoh tersebut. Ini bermakna purata dalam tempoh lebih kurang dua tahun itu seramai 1,126 orang menjadi warganegara ini pada setiap bulan.

Sayang Jariah tidak mengecerkan jumlah berkenaan mengikut rupa paras atau pun ethnik para pemohon yang diterima sebagai warganegara itu. Kalau tidak kita boleh kira kaum atau ethnik mana yang ramai diterima sebagai warganegara ini. Kalau boleh beliau juga perlu perincikan mengikut ethnik atau bangsa yang memohon untuk menjadi warganegara ini daripada jumlah terbaki dari 72,334 orang itu.

Kelulusan permohonan itu menurut Jariah dibuat mengikut Perkara 19 Perlembagaan Negara di mana mereka adalah warga asing yang bermastautin di Malaysia tidak kurang 12 tahun.

Berbalik kepada kes Mismah tadi ia sungguh memalukan. Walaupun ia adalah salah teknik tetapi kejadian itu menunjukkan kelemahan sistem keselamatan kita terutama menerusi talian online. Tidak seharusnya kesilapan itu berlaku sehingga ia akan dijadikan hujah atau bukti bagi menunjukkan beberapa kepincangan dalam pentadbiran khusunya JPN dan juga SPR berlaku.

Mungkin ramai yang berfikiran seperti saya, soal teknikal atau kesilapan manusia dalam kes Mismah itu hanya alasan saja. Mungkin sesuatu yang buruk sedang berlaku dalam kedua agensi itu JPN dan SPR. Boleh jadi juga selain Mismah itu masih banyak "Mismah" di Malaysia yang sudah diproses permohonan mereka. Apa dibimbangkan apakah selepas ini akan ada pula parti MISMAH. - Malaysia Ini sudah Mahu Hancur!

Adalah sesuatu yang mendukacitakan kalau kelajuan proses terhadap Mismah-Mismah menjadi warganegara itu kemudian didaftar sebagai pengundi ia dibuat berselindung angenda tertentu yang berpaksakikan kepada nafsu amarah. Malang sungguh. Perkara ini perlu dibimbang oleh semua rakyat negara ini. Setiap dari kita perlu berjaga-jaga dan kakitangan kerajaan yang diberitanggung hendak bertanggungjawab dan kalau perlu membantah, bantahlah. Ingat masa depan negara dan bangsa.

Kita tidak menolak untuk menerima mereka yang layak untuk menjadi waranegara ini, luluslah jika mereka sudah memenuhi syarat-syrat yang ditentukan. Tetapi kalau mereka diproses hanya untuk memenuhi kehendak golongan tertentu - menjadi pengundi hantu alangkan malangnya.

Demokrasi negara kita sudah buruk dan sudah cemar. Pilihan raya kita sudah kotor dan sudah busuk. Kalau kekotoran dan kecemaran itu ditambah dengan kejadian-kejadian yang tidak sepatutnya, semisalnya mendaftarkan pendatang asing sebagai pengundi, ia sesuatu yang sungguh jijik dan satu kemalangan kepada negara ini.

Mungkin keburukan dan kejahatan lain boleh dimaafkan tetapi kalau membenarkan orang asing bagi menentukan nasib dan masa depan negara ini sungguh celaka jawabnya. Ini bermakna masa depan negara dan pemimpin kita turut ditentukan sama oleh orang luar. Apalah bezanya keadaan dengan zaman penjajah yang mencampuri semua urusan hidup kita satu masa dulu? Merdeka ini yang kita banggakan tidak membawa apa-apa makna kalau kita tetap memperhambkan kepada kuasa asing.

Dengan mengambil kes Mismah yang dianggap terpencil itu ia boleh mengesahkan beberapa perkara yang diragui dan dipertikaikan sebelum ini. Antaranya; 1. Mengesahkan memang ada pendaftaran pengundi di kalangan Pati untuk menjadi pengundi, 2. Keselamatan negara sudah tidak terjamin lagi, dan 3. JPN dan SPR sedang berganding bahu membantu ke arah kebusukan dan kekotoran.

Rumusan dari segala itu, jelas tuntutan dan desakan Bersih terhadap lapan perkara itu ada kebenarannya dan semua rakyat perlu memberi sokongan dan kerajaan pula untuk tidak makin pupus wibawaanya perlu sedar dan mengambil peduli atas desakan bersih itu.

Apapun hujan Abdul Aziz Yusuf kononnya biometerik sebagai option terbaik untuk membersihkan pilihan raya ia adalah satu helah dan dalih mentah saja dalam usaha SPR yang dianggap sebagai salah satu komponan BN untuk mempertahankan BN dalam pilihan raya ke-13 nanti.

Kisah Sedih Pertunangan Ally Iskandar Hanya Separuh Jalan... Ally Kembali Single...

Posted: 06 Aug 2011 05:11 PM PDT

SEDAKA SEJAHTERA

Cerita mengenai putus tunang Ally Iskandar telah heboh sejak beberapa minggu lepas, Kini pengesahan berita ini telah dibuat oleh Ally sendiri. Ally telah bertunang pada Februari lalu dan kini kisah putus tunangnya sedang hangat di media hiburan kita.

Ally iskandar sudahpun mengesahkan yang beliau telah memutuskan pertunangannya dengan Nur Aishah berikutan tiada keserasian diantara mereka.

"Saya harap, tiada spekulasi atau pandangan buruk yang berlaku kerana saya dapat tahu, ada orang menganggap saya sengaja mahu mengikut jejak Fahmi untuk memutuskan pertunangan ini,

Kami telah berusaha untuk menyelamatkan pertunangan kami tetapi tidak mencapai kata yang positif sehingga membuatkan kami mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan,

Saya tak nafikan masalah ini meninggalkan kesan besar buat saya dan ia amat menyedihkan. Daripada dibiarkan melarat, lebih baik keputusan memutuskan pertunangan dibuat secara baik,"

Tegas Ally juga mereka berdua masih bertegur dan berkawan baik seperti biasa, Ally akan meneruskan tugasnya seperti biasa dan cuba melupakan hal peribadinya itu. Walaupun kejadian itu memberi satu impak besar buat diri Ally kerana sangkaannya untuk membina rumahtangga semasa usia semakin ke senja itu meleset sama sekali.



Diharapkan Ally bersabar dengan ujian yang menimpanya, kepada peminat diluar sana yang mahu jadi teman hidup Ally, peluang dibuka sekarang!

Hasan Tidak Patut Jinakan Diri Dengan Utusan

Posted: 06 Aug 2011 05:10 PM PDT

MSO


HARI ini ada dua berita yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia (MM) yang saya merasakan penyiarannya bermotif politik yang sangat jelas, bukan atas semangat kebebasan bersuara ataupun menempati prinsip-prinsip journalisme. Dua berita itu ialah, penegasan Exco Selangor Hasan Ali yang mengatakan dia rela dipecat demi kepentingan akidah umat Islam. Berita berkenaan disiarkan di muka hadapan di jadikan headline dengan judul "Saya rela dipecat."

Berita kedua di sebelah dalam mengenai kenyataan Timbalan Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Antara lain berita itu melaporkan Nik Abdul menggesa supaya pemimpin Islam sepakat dalam isu akidah. Berita itu dibawah tajuk "Pemimpin Melayu perlu bersatu dalam isu akidah."

Kalau dibaca kepada tajuk laporan itu tidak menyeleweng ia merupakan pendirian dan sikap yang terpuji dan hasanah. Misalnya Hasan sedia untuk dipecat oleh parti dan juga digugurkan dari jawatan Exco kerana tindakannya itu. Ini bermakna beliau yakin dengan apa yang dilakukan. Laporan itu juga memberi gambaran Hasan adalah hero dalam membela Islam di Selangor.

Saya setuju atas ketegasan dan tanggungjawab Hasan. Sesiapa pun dan pada bila-bila masa tidak boleh bertolak ansur dalam soal agama atau akidah. Bila ada unsur cuba merosakkan keimanan orang Islam ia hendaklah diperangi habis-habisan. Apa lagi kalau orang itu mempunyai kuasa. Dalam konteks ini peranan dan tanggungjawab menjaga kesucian agama lebih penting dari menjaga kuasa politik.

Benar begitu. Kerana Allah dan Nabi menuntut menjaga kesucian dan maruah itu. Tahap penjagaan bukan saja setakat kena pecat dari jawatan hatta walaupun terpaksa menggadai nyawa sekalipun. Kerana mati di dalam agama adalah amti syahid. Kebanyakan para tabin dan sahabat Rasulullah s.a.w. syahid kerana mempertahankan kesucian agama Islam. Dan semua kita merindui syurga akhirat.

Bagaimana pun di sini satu perkara yang Hasan kena fikirkan dan orang lain juga; dalam konteks Hasan itu bukankan dia bersuara itu dari kuasa politik? Maksudnya kedudukkanya itu terhasil dari kuasa politik. Setelah partinya menang kemudian membentuk kerajaan PR Selangor lalu melantik beliau sebagai Exco? Kuasa politiklah yang melantik beliau dan beliau berada di situ adalah kerana politik.

Kita faham perlantikan itu amanah yang perlu dipikul. Satu tanggungjawab yang bukan boleh dimain-mainkan. Tetapi apa yang perlu diawasi ialah beliau harus bijaksana dalam melaksanakan tanggungjawab menerusi kuasa itu. Tanggungjawab Exco dalam membela agama bukan setinggi tanggungjawab Mufti yang dilantik khas oleh Sultan yang mempunyai bidang kuasa mutlak ke atas agama. Perlantikan Hasan adalah perlantikan menerusi instrumen politik.

Di sini kepentingan politik (kuasa) itu tidak kurang peri mustahaknya. Hasan tidak boleh bercakap seperti hari ini dan nilai suaranya tidak sehebat hari ini kalau beliau tidak seorang anggota Exco. Kalau tidak percaya cuba.. Hasan bercakap atas kapasiti dan kediriannya sebagai Hasan atau sebagai seorang fasilitator atau moderator yang handal. Nescaya kenyataanya tidak ada nilai langsung. Dia tidak pun akan diberikan ruang prime di akhbar berkenaan.

Apa yang saya hendak katakan di sini, maslahat mendapat kuasa politik (seperti hari) ini dan maslahat hendak menjaga agama itu sama penting. Jadi apabila Hasan mengatakan dia sanggup digugur atau dipecat adalah satu kenyataan yang merugikan dirinya dan merugikan umat Islam seluruhnya kandati pemecatan demi agama. Dari sudut lain kenyataan itu ada nada angkuh dan sombong.

Untuk menunjukkan keberanian dalam menegakkan kebenaran Hasan tidak perlu menjawab pertanayan soalan wartawan yang dipetik dari satu andaian direka-reka oleh manusia yang rosak akidah politik itu. Wartawan MM itu melontarkan pertanyaan itu setelah mementik andaian dibuat oleh seorang bloger yang juga ahli Parlimen yang kini demam akan kehilangan kerusi.

Sepatutnya Hasan tidak melayani persoalan itu dengan mengeluarkan pengakuan sejujur itu. Beliau boleh berhenti setakat mengatakan sekiranya parti merasakan tindakannya tidak benar dan bertentangan, terserah kepada parti. Tetapi apabila beliau meluahkan pengakuan begitu seolah beliau mencabar partinya dan meletakkan beliau dalam keadaan 100 peratus betul. Sikap merasakan kita betul, hebat dan tepat adalah bukan sifat mazmumah.

Kita memahami perasaan pejuang seperti Hasan. Dia mahu membela Islam dan bangsa. Mungkin luahan itu dilayani kerana kekecewaannya kepada parti yang tidak menyokongnya. Itu tidak menjadi masalah, sebagai pemimpin dan orang mukmin Hasan sudah terlepas dari dosa. Mempertahankan kesucian agama dalam bentuk itu adalah kewajiban umum (fardu kifayah). Hasan harus merasa senang kerana usaha itu telah memerdekakan orang lain dari menanggung dosa. Tindakannya sudah mendapat pahala.

Hasan tidak boleh mengharap segala masalah selesai dalam satu malam saja. Kain tidak akan kering kalau disidai di hari senja. Kuasa politik yang ada kepadanya adalah sedikit saja. Beliau sangat mengharapkan keberanian dan conscience beliau terhadap Islam beliau disokong oleh umat Islam lain. Tetapi apabila ada rakan sendiri yang skeptikal dengan usahanya inilah menyebabkan beliau kecewa dan sanggup untuk diambil tindakan oleh parti.

Semua yang Hasan lakukan itu betul, dari nawaitu kepada syariahnya. Cuma silapnya Hasan di sini menggunakan wadah milik parti lawan untuk meluahkan kekecewa dan membela diri. Sepatut beliau sedar akan realiti itu. Hasan boleh berkawan dengan wartawan atau penerbit, tetapi Hasan tidak boleh menerima atau berkawan dengan akhbar berkenaan yang ada agendanya sendiri. Inilah yang saya nampak satu kesilapan Hasan.

Apa yang hendak saya huraikan dan persoalkan di sini kenapa Hasan dan juga Nik Abduh memberi ruang kepada akhbar berkenaan untuk memberi semangat dan membela kepada mereka. Iya, mungkin kerana akhbar lidah parti tidak bersedia berkerjasama, memberi siaran kepada Hasan. Tetapi Hasan harus pandai menilai mana lebih menguntungkan dirinya dan politiknya dari MM yang menyiarkan kenyataan bersifat adu domba dengan akhabr lidah parti yang tidak menyiarkan kenyataanya, dan terlepas dari adu domba?

Kenyataan atau berita Hasan hari ini sudah tentu akan menjadi perhatian. Saya sangat merasakan tindakan MM memberi ruang begitu besar adalah untuk memerangkap Hasan dan juga Pas. Akhabr itu sudah tahu yang Pas akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa hari ini. Mesyuarat itu tidak akan terlepas membincangkan soal serbuan gereja oleh Jais itu. Jadi apa yang diharap akhbar berkenaan mesyuarat Pas itu akan menghimpit Hasan. Kemuncak harapannya ialah Hasan akan terpelanting dan kalau itu berlaku maka berjayalah akhbar berkenaan mencaing-caingkan Pas agar memudahkan Umno merampas Selangor.

Sama ada sedar atau tidak cara Hasan itu telah membantu musuhnya sendiri. Kalau kebetulan pula ada ahli jawatankuasa yang berkepala panas, mereka akan mengusulkan apa-apa cadangan yang boleh membawa kepada kemusnahan Hasan dalam politik dan juga Pas. Tetapi saya berdoa berkat Ramadhan al Mubarak ini tidak adalah apa-apa yang tidak baik dalam mesyuarat itu kelak.

Saya lihat kemesraan Hasan dengan akhbar Umno itu bukan hari ini saja, tetapi sudah lama. Beberapa isu-isu lain sebelum ini memperlihatkan akan kejinakan Hasan dengan akhbar itu. Hasan senang dan selesa menggunakan wadah berkenaan. Sikap Hasan ini bertentangan dengan partinya yang kurang selesa dengan akhbar itu.

Kemesraan inilah yang memberi liabiliti kepada Hasan. Menyebabkan parti mencurigai beliau. Betapa baik, ikhlas dan molek hasrat Hasan dan kenyataannya dalam akhabr itu, ia tetap akan diprejudis kerana ia disiarkan oleh akhbar itu. Walhal sepatutnya itu hak Hasan, tetapi itulah hukum alam yang patut diketahui oleh Hasan. Selagi beliau berada dalam jelumun politik beliau tidak akan terlepas dari hukum dan peraturan klasik itu. Politik itu penuh dengan persepsi dan sedikit sangat realitinya.

Untuk tidak terus dibaham delima dan rasa serba salah dan berdosa, elok kalau Hasan membuat mahabsah. Istikharah. Kalau sudah tidak betah untuk mengikut lenggang lengguk perlarian politik, bersaralah dengan baik. Undur saja secara sukarela dan carilah wadah yang lebih harmoni dan bukannya meminta parti untuk bertindak ke atas kita.

Tetapi saya percaya, kehandalan dan kehebatan Hasan dalam pancak mempertahankan agama selepas ini tidak sebesar kuasa yang dimilikinya kini. Tidak percaya cubalah buat. Sudah banyak sejarah pejuang-pejuang agama (mujihidin) yang berada atas landasan politik, yang sebelum ini tersebut, tersohor tetapi setelah terkehel dari rahang politik mereka diam membisu menjadi ular air yang kesirnaan bisa.

Sesungguhnya hukum karma dalam buana politik sangat menakutkan. Tepatlah kata bidalan, politik itu membeliti seluruh sendi-sendi kehidupan. Politik itu bagaikan ular sawa yang sentimental menjerut dan mematahkan tulang temulang mangsanya sehingga lemah longlai

Tidak izin walau ceroboh seinci

Posted: 06 Aug 2011 05:07 PM PDT



Dr Ahmad Zahid Hamidi

DIKATEGORIKAN sebagai kawasan paling sensitif ekoran ancaman Kumpulan Abu Sayyaf yang berlaku di Pulau Pandanan dan Pulau Sipadan sejak lebih sedekad lalu, Pulau Danawan kini diberikan perhatian penuh oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, menerusi ATM, kerajaan menyalurkan bantuan tidak kira di bandar, luar bandar atau pulau-pulau termasuk rakyat atau bukan rakyat selagi mereka berada di bumi Malaysia.

"ATM juga akan sentiasa mengawasi perairan ini dan tidak akan mengizinkan walaupun seinci tanah pun diceroboh oleh pihak asing," katanya tegas.

Ahmad Zahid berkata, ia adalah jaminan rasmi Kerajaan kerana selain menjaga keselamatan dan memantapkan benteng pertahanan, kawasan-kawasan yang agak jauh dari bandar perlu diberikan keprihatinan dari segi pembangunan infrastruktur.

"Atas dasar kemanusiaan, kita membantu tanpa mahukan sanjungan atau pujian. Apa yang dilakukan ini tidak disalahtafsirkan. Keprihatinan kami adalah ikhlas.

"Sejak 2005 sehingga kini tiada insiden membabitkan kumpulan bersenjata yang memasuki atau bergerak aktif di sekitar perairan Timur Sabah," katanya.

Jelasnya, para penduduk di kawasan perairan dapat menjalani kehidupan dan aktiviti harian dengan bebas tanpa gangguan yang boleh mengancam keselamatan mereka.

Sementara itu, Panglima Angkatan Bersama, Laksamana Madya Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman pula berkata, pulau-pulau di perairan Timur Sabah merupakan aset penting negara.


Laksamana Madya Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman.

"Amat penting bagi semua kawasan dikawal seketatnya daripada ancaman luaran mahupun dalaman demi menjaga keamanan negara," katanya.

Ahmad Kamarulzaman berkata, Op Pasir melibatkan semua aset di bawah Kementerian Pertahanan terdiri daripada Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara di bawah Markas Tugas Angkatan Bersama 2 (MTAB2).

"Pendekatan bersama merupakan konsep penggabungan aset daripada ketiga-tiga perkhidmatan bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan operasi tersebut.

"Pada masa yang sama, kita mengadakan kerjasama dengan agensi penguat kuasa lain seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM)," katanya.

Op Pasir juga meliputi inisiatif konsep rondaan mesra dan program bertanya khabar berikutan kepentingan menjalin hubungan dengan masyarakat setempat.

Selain itu, ATM melaksanakan program khidmat masyarakat atau Program Jiwa Murni bagi membantu masyarakat setempat khususnya di kawasan pedalaman secara berterusan dan konsisten.

Petani Di Empat Kawasan Mada Rugi RM1.2 Juta Akibat Bena Perang

Posted: 06 Aug 2011 05:06 PM PDT

BERNAMA

JITRA: Petani di empat kawasan di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) kerugian kira-kira RM1.2 juta apabila sawah padi seluas 211 hektar diserang penyakit bena perang.

Kawasan paling teruk terjejas ialah Jitra dengan 132 hektar, diikuti Kota Sarang Semut (55 hektar), Kangar (15 hektar) dan Pendang (9 hektar).

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharum berkata serangan penyakit itu menyebabkan hasil petani jatuh sebanyak 60 peratus.

Penyakit bena perang ini dipercayai berpunca daripada penggunaan racun perosak berlebihan yang telah memusnahkan 'sahabat ladang 'seperti labah-labah, katanya kepada pemberita, di sini Sabtu.

Mohd Johari berkata 'sahabat ladang' amat penting bagi menghalang pembiakan serangga bena perang daripada peringkat awal.

"Petani diharap memberi perhatian kepada tanaman mereka dan membuat pemantauan berterusan selain mengikuti nasihat Mada agar serangan bena perang tidak berulang," katanya.

Mohd Johari yang ditemui selepas meninjau sawah padi yang diserang bena perang di Kampung Pida 3, Tunjang dekat sini, berkata masalah serangan penyakit boleh diatasi dengan lebih berkesan jika petani menyertai Estet Padi kerana pengurusannya dilakukan secara sistematik.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) B2 Sanglang, Md Nor Hamzah pula berkata racun yang dibekalkan Mada mungkin tidak menepati piawaian sehingga gagal membunuh serangga perosak.

Ini kerana katanya, serangan serangga bena perang itu berlaku dengan pantas, sekalipun petani menggunakan racun mengikut kadar yang ditetapkan Mada.

Justeru, Md Nor berharap kerajaan meneliti semula racun perosak yang dibekalkan bagi memastikan penggunaan bahan itu berkesan membendung pembiakan ben perang. -

Wanita Pertama Kena Tangkap Tak Puasa Di P.Pinang

Posted: 06 Aug 2011 05:03 PM PDT

BUTTERWORTH: Seorang wanita dan dua yang lain telah ditangkap kerana tidak berpuasa dan makan di tempat awam secara terbuka pada bulan Ramadan.

Wanita tersebut seorang pekerja kilang memberi alasan 'datang bulan' kerana tidak berpuasa dan menjadi wanita pertama yang ditahan kerana tidak berpuasa di negeri ini tahun ini.

Bagaimanapun, wanita tersebut sebenarnya menipu dan akhirnya mengaku kepada pegawai-pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri bahawa dia sebenarnya tidak berpuasa kerana lapar.

Namun begitu, wanita tersebut dan yang lain ditangkap bukan kerana tidak berpuasa tetapi kerana makan di tempat awam pada bulan puasa.

Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan, Jaafar Ismail berkata, tiga orang yang ditahan itu didapati sedang makan di bawah Jambatan Pulau Pinang, Prai, pada lebih kurang jam 2.30 petang Sabtu.

"Walaupun mereka sedang menikmati makan tengah hari di bawah jambatan tetapi aksi mereka dengan mudah boleh dilihat oleh orang awam," tegasnya.

Jaafar berkata, kakitangan penguatkuasa Jabatan Agama Islam sering kali membuat rondaan di bawah jambatan tersebut kerana ia telah menjadi lokasi popular untuk mereka yang tidak berpuasa makan di siang hari.

Katanya, ketiga-tiga mereka akan didakwa di bawah Seksyen 15 (b) Enakmen Jenayah Syariah yang boleh membawa kepada hukuman denda sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

Tiada ulasan: