Rabu, 3 Ogos 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Selepas Kantoi, SPR Ubah Status Permohonan Mismah

Posted: 03 Aug 2011 04:15 AM PDT

  
NONE
Sila lihat!
Malaysia Kini melaporkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengubah status Mismah, yang namanya telah dimasukkan dalam draf senarai pendaftaran pemilih. Hal ini berdasarkan semakan pada sistem pengesahan dalam talian SPR pada jam 2 petang hari ini.

'Status rekod' (rujuk rajah) menyatakan permohonannya untuk mendaftar sebagai pengundi adalah "dalam proses pengesahan daftar pemilih" sedangkan semalam, statusnya dilabelkan sebagai "sedang dalam pameran rang"


P/s: Jurublog UMCO mendakwa MK menipu, silalah saman MK!!!




Tahniah Kakitangan Awam Selangor, Bonus Raya RM500

Posted: 03 Aug 2011 02:00 AM PDT


P/s: Tahniah!

Ingat Wanita Murtad "Makcik Hajjah Sitt"? Jurublog UMCO Dakwa Sudah Kenal Pasti Orangnya

Posted: 03 Aug 2011 12:45 AM PDT

Sebelum ini kecoh fasal seorang pengguna Twitter/blog menyiarkan tulisan yang menghina Islam dan Nabi Muhammad.  DCM ada menyiarkan komen ringkas fasal hal ini tidak lama dahulu. Berdasarkan maklumat di blog, pelaku hanya dikenal sebagai "Makcik Hajjah Sitt" atau @sitt_alwuzura3. Kelahanatan pelaku itu dikutuk sekeras-kerasnya oleh pelbagai pihak. Malah pihak berkuasa dan SKMM berjanji akan menyiasat identiti pelaku. Sehingga kini, tiada khabar rasmi tentang usaha mengenal pasti identiti pelaku.

Sebuah blog pro-BN, Cucu Tok Selampit mendakwa sudah dapat mengenal pasti identiti pelaku. Blog itu mendakwa usaha mengenal pasti identiti pelaku berjaya dilakukan dengan bantuan  pengodam-pengodam (hackers) yang dirahsiakan identiti mereka. 

Berdasarkan tulisan di CTS, empunya blog mendakwa sudah memperoleh nama penuh, alamat, NRIC serta gambar pemilik akaun wanita anti-Islam ini. Namun, empunya blog enggan mendedahkannya buat masa ini kerana mendakwa mahu mengumpulkan maklumat terperinci serta sedang berurusan dengan Jabatan Agama Islam dan agensi-agensi yang terlibat untuk membawa wanita murtad ini ke muka pengadilan. 

Sebagai pembayang, pelaku merupakan seorang wanita muda yang berasal daripada keluarga campuran. Bapanya mualaf Cina dan ibunya Melayu. Pelaku pernah mendapat pendidikan di sekolah agama dan pernah juga melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia (UUM). Wajah graduan UUM ini boleh dikategorikan sebagai golongan cantik.



[BAHAYA] Bukan 1 @ 50, Rupa-rupanya 1 100 Warga Asing (PR) dalam Senarai Undi di Selangor

Posted: 02 Aug 2011 11:30 PM PDT


Menurut MK, PAS mendakwa telah mengesan lebih 1 000 penduduk tetap (PR) di Selangor, yang telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih dan layak mengundi. Hal ini mengukuhkan dakwaan bahawa masalah itu mungkin lebih daripada setakat 'kecuaian teknikal' Jabatan Pendaftaran Negara.


1 100 PR didaftarkan sebagai pengundi, adakah ini satu kesilapan teknikal. Siapa yang mendakwa begitu, kamu memang bingai!

Selepas mengenal pasti kehadiran orang asing dalam senarai pemilih yang yang pengundi di Selangor, badan pemantau pilihan raya Pemuda PAS negeri itu, menggesa ahli di negeri-negeri lain supaya meneliti daftar tambahan pengundi yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya itu (EC) di kawasan masing-masing.

"Di Selangor ada lebih kurang 1,100 nama penduduk tetap (PR) ini sedang dibantah oleh pihak PAS negeri dan PAS negeri-negeri lain juga diharapkan dapat meneruskan bantahan yang serupa," kata pengarah jabatan pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzah.

Semalam, PAS Wilayah Persekutuan mendakwa telah mengesan 52 kes penduduk tetap disenarai sebagai pengundi apabila mengemukakan bantahan kepada SPR Wilayah Persekutuan. Setiausaha PAS kawasan Titiwangsa, Hedzer Ibrahim berkata pada jam 3 petang, 52 penduduk tetap tersebut telah dikategorikan sebagai warganegara Malaysia.



P/s: LAHANAT!!!!

[Kemas Kini] Najib, Rosmah, Musa Hassan, dan Mohd Rodhwan Enggan Ditemu Bual Peguam DSAI Kecuali...

Posted: 02 Aug 2011 10:10 PM PDT


disepina.

Menurut TMI, Najib dan tiga orang lagi  daripada 25 saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mahu muncul di mahkamah untuk memberikan keterangan jika sepina dikeluarkan terhadap mereka.

"Mereka enggan datang ke mahkamah, untuk ditemu bual oleh (pasukan) pembela melainkan mereka diberikan sepina," kata Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden hari ini. 

Temu bual biasanya akan diadakan untuk menentukan sama ada seseorang saksi boleh digunakan untuk memberikan keterangan ketika perbicaraan
.
"Kami menerima surat pemakluman mengenai keengganan mereka untuk ditemu bual dan mereka hanya akan muncul di mahkamah jika dikeluarkan sapina," kata peguam Anwar Sankara Nair.

Mengapa kempat-empat saksi ini enggan ditemu bual secara sukarela sedangkan mereka terlibat dari awal lagi? Misalnya, Sayfool berjumpa dengan Najib dan Rosmah sebelum mengaku diliwat!

Lebih 50 Kes Penduduk PR Didaftarkan sebagai Pengundi, SPR Cuba Nafi Tingkah Laku Lahanat Ini!

Posted: 02 Aug 2011 09:00 PM PDT


Kes pendaftaran warga asing yang dikesan setakat ini lebih daripada 50. Bukan hanya 1. Jika 1 kes pun sudah menjejaskan maruah dan keselamatan negara, apatah lagi jika 50? Jika disemak dengan lebih agresif, mungkin ratusan, ribuan, puluh ribu kes seumpama ini dikesan.

Berdasarkan laporan MK, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menafikan penduduk tetap (PR) telah didaftarkan sebagai pengundi. Sebaliknya, Pengerusi SPR mendakwa kesilapan itu mungkin berpunca daripada kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Saya fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemas kini," kata Abdul Aziz.

Senarai lama? Walhal, semalam pihak media mengesan seorang PR memperoleh kewarganeraan Malaysia empat jam selepas didapati memegang status PR. SPR meletakkan kesalahan itu di atas bahu JPN.

Tanpa mengira salah siapa, kes seumpama ini tidak akan berlaku tanpa arahan pihak tertentu. Tiada kakitangan awam yang berani melakukan perbuatan lahanat ini jika tidak mendapat arahan pihak atasan. Pihak atasan pula sudah tentu tidak akan berani membiarkan hal ini berlaku tanpa mendapat arahan pihak yang lebih tinggi darjatnya dalam Kerajaan Malaysia. 

Malang betul, pihak yang diberi kuasa sejak puluhan tahun untuk mentadbirkan negara ini sanggup melacurkan keselamatan negara dan melelong kewarganegaraan semata-mata mahu mengekalkan kuasa. Jadi tidak hairanlah jika banyak pihak menganggap PRU13 sebagai PRU paling kotor dalam sejarah negara.

Tatkala portal dan blog pro-PR mendedah dan mengutuk tindakan ini, sebahagian besar media massa dan media alternatif pro-BN masih lagi mencarut dan menfitnah pemimpin PR. Mereka masih lagi memainkan isu perkauman dan mendakwa DAP sebagai petualang negara. Ada yang menulis "karangan" untuk menafikan hal ini dan memutarkan isu ini sebagai kesilapan pihak yang membongkarkannya. Lahanat! Walhal sudah terbukti siapa yang menjadi petualang negara! Jika Mismah boleh dinafikan oleh JPN, bagaimana dengan ribuan Mismah yang lain?


P/s: Di sesetengah negara, pengkhianat negara dihukum tembak/pancung/gantung sampai mati!






Ingat Kes Pelajar Dakwa Didera di Penjara Kluang? Kisah Susulannya AMAT Mengejutkan

Posted: 02 Aug 2011 07:30 PM PDT


Semalam kecoh apabila 32  pelajar didakwa didera ketika mengikuti program motivasi di Penjara Kluang. Berikuttan dakwaan itu, Jabatan Penjara telah menafikan dakwaan  pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Uda di Johor Baru bahawa mereka didera secara fizikal semasa menyertai kursus motivasi di Penjara Kluang, minggu lepas.

Ketua Pengarah Penjara, Datuk Zulkifli Omar berkata hasil siasatan awal mendapati, dakwaan para pelajar terbabit bahawa mereka ditumbuk, dipukul dan mendapat layanan di luar daripada batasan adalah tidak benar.

"Pihak kami akan memaklumkan hasil siasatan terperinci dari semasa ke semasa dan berharap dapat selesaikan kes pada 5 Ogos ini," katanya pada sidang media bersama Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud di Kementerian Dalam Negeri.

Dalam laporan akhbar hari ini, sekumpulan pelajar sekolah berkenaan mendakwa mengharungi pengalaman mengerikan apabila didera petugas program selepas menyertai kem motivasi ala banduan selama tiga hari dua malam di Penjara Kluang, mulai petang Jumaat lepas.

Mereka mendakwa bukan sahaja rambut digunting pendek ala banduan, malah turut ditempeleng, ditumbuk dan diperlakukan seperti penghuni penjara apabila ada di antara pelajar turut digari hingga mereka trauma.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata program motivasi yang dikenal sebagai Program Pencegahan Jenayah 'Price of Freedom', telahpun dilaksanakan sebanyak enam kali sebelum ini. Katanya program itu telah dilaksanakan di SMK Bandar Penawar, Kota Tinggi; pelajar-pelajar Jabatan Kebajikan Masyarakat Zon Selatan; Sekolah-sekolah daerah Bandar Tenggara; SMK Tun Syed Nasir, Johor Baru; SMK Seri Rahmad dan SMK Majidee.

"Program ini telah mendapat persetujuan daripada Pejabat Pelajaran Daerah, pihak sekolah dan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) di daerah yang berkaitan. Tiada sebarang masalah yang telah dibangkitkan dan pihak Jabatan Penjara dimaklumkan program tersebut telah memberi kesan yang baik kepada kemajuan pelajaran pelajar yang terlibat," katanya seperti dipetik oleh Bernama/TMI.

Beliau turut menjelaskan bahawa hampir keseluruhan kursus motivasi itu dijalankan di kem Kopen Training Consultant di Kluang dan sebahagian program di penjara olok-olok Penjara Kluang bagi pelajar-pelajar merasai suasana di dalam penjara.

Persoalannya, mengapa pelajar ini diberi motivasi di penjara?

Sila baca berita di bawah ini:
Pelajar memang bermasalah 
[HM] JOHOR BAHRU: Ada di kalangan 33 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Uda di sini, yang mendakwa didera ketika mengikuti kem motivasi pada 29 hingga 31 Julai lalu di Pusat Latihan Penjara Kluang, dikatakan pernah ditangkap khalwat bersama pasangan masing-masing di dalam bilik air sekolah ketika sesi pembelajaran.

Sumber Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu berkata, sebahagian besar juga dikatakan sering terbabit dalam pergaduhan.
"Pada masa sama, ada juga ditahan kerana merokok, ponteng kelas dan sekolah namun tidak dikenakan tindakan tegas oleh pengurusan sekolah.

"Ini menyebabkan ada pelajar bermasalah disiplin merasakan diri mereka kebal dan tidak dikenakan tindakan oleh sekolah jika melakukan kesalahan," katanya di sini, semalam.

Pada masa sama, katanya, dia tidak menyalahkan guru kerana ada dalam beberapa kes, ibu bapa menyerang pengurusan sekolah mendakwa anak mereka baik sedangkan hakikat sebaliknya.

Apabila ini berlaku, guru bertugas yang diserang dipercayai serik untuk berusaha membaiki kelemahan pelajar terbabit dan membiarkan mereka melakukan sesuka hati kerana ibu bapa sendiri tidak marah apabila diberitahu anak menghisap rokok atau sering ponteng.

"Sukar menjelaskan perkara ini, tetapi kejahilan ibu bapa menyebabkan anak mereka tidak mematuhi peraturan sekolah, tidak menghormati orang tua dan pada masa sama, guru dilihat membiarkan pelajar melakukan apa saja sesuka hati," katanya.

Sementara itu, bekas pelajar sekolah dikenali sebagai Man, 19, berkata, ramai beranggapan sekolah itu elit kerana lokasinya selain kejayaan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Bandar Baru Uda mencipta nama setiap tahun.

"Bagaimanapun, keadaan sekolah itu adalah sebaliknya kerana menempatkan pelajar bermasalah, malah memburukkan keadaan, pengurusan sekolah sukar mengambil tindakan tegas terhadap mereka," katanya.

Pada masa sama, Man berkata, kursus motivasi berkenaan dipilih khas bagi golongan pelajar yang degil dan sentiasa melakukan kesalahan di sekolah.

Selain itu, kursus motivasi itu didakwa dijalankan mengikut silibus yang telah ditetapkan:

Motivasi ikut silibus
[HM] PUTRAJAYA: "Siasatan awal mendapati tidak berlaku perkara di luar batas dalam kursus itu seperti pelajar dipukul, didera, ditumbuk dan sebagainya. Kami mengikut silibus dalam modul program motivasi itu.

"Bagaimanapun, kami akan meneruskan siasatan terperinci untuk menyelesaikan kes ini, termasuk mendapatkan maklumat daripada ibu bapa dan pelajar berkenaan," kata Ketua Pengarah Penjara, Datuk Wira Zulkilfli Omar.

Beliau mengulas sekumpulan 33 Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Uda mendakwa didera petugas program motivasi ala banduan selama tiga hari dua malam di Penjara Kluang.

Mereka mendakwa bukan saja rambut digunting pendek ala banduan, malah ditempeleng, ditumbuk dan diperlakukan seperti penghuni penjara, apabila ada pelajar turut digari hingga trauma.

Katanya, jika siasatan mendapati berlaku layanan seperti didakwa, Jabatan Penjara tidak teragak-agak mengambil tindakan tatatertib ke atas anggota terbabit....





Mentega Golden Churn ada DNA Babi, Digunakan Secara Meluas untuk Kek Lapis Sarawak

Posted: 02 Aug 2011 06:11 PM PDT


Saya petik:
JAKIM, JAIS sah mentega dari New Zealand tidak halal

[BH] KUCHING: Kekeliruan mengenai status mentega 'Golden Churn Creamy Butter' terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi. 

Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi. 

Mesyuarat bagi membincangkan status mentega 'Golden Churn Creamy Butter' itu berlangsung di sini petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.  

P/s: Sila ambil perhatian! Mentega ini berdasarkan laporan media lazim digunakan dalam pembuatan kek Sarawak sejak empat dekad lalu. 

Yang peliknya, Malaysia yang kononnya mahu menjadi hab halal serantau gagal memastikan makanan yang dibawa masuk ke negara ini halal atau tidak. Sepatutnya, sebelum dipasarkan, makanan yang tidak halal perlu diberi label "TIDAK HALAL" secara jelas agar orang Islam tidak membelinya. Bukan makanan HALAL sahaja diberi label, tetapi makanan tidak halal perlu diberi label. Pengilang/pengedar yang didapati mengeluarkan/mengedarkan/menjual makanan yang mengandungi unsur tidak halal perlu dikenakan hukuman yang berat.


golden churn




Sosej Pulut dan Kepingan Ikan Sah Ada Unsur BABI!

Posted: 02 Aug 2011 05:30 PM PDT


Saya petik:

TAK HALAL...sosej pulut dan kepingan ayam yang diimport dari Thailand.
TAK HALAL...sosej pulut dan kepingan ayam yang diimport dari Thailand.

[HM] KANGAR: Sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.

Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.

"Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.

"Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan," katanya.

Ibu Minta Anaknya 13 Tahun Ditahan Polis

Posted: 02 Aug 2011 04:40 PM PDT


Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Tidak tahan perangai anak lelakinya berusia 13 tahun yang gemar mencuri, melawan cakap dan memukul adik, seorang ibu nekad membuat laporan polis dan mendesak pihak berkuasa menempatkan anaknya itu di pusat pemulihan akhlak. 

Kesabaran ibu berusia 31 tahun itu hilang selepas remaja terbabit mencuri RM200 milik datuknya sebelum memecahkan cermin kereta dan menyerang ibunya dengan kayu di rumah mereka di Batu Caves di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, remaja terbabit bertindak demikian apabila mendapat tahu ibunya mengambil RM200 yang disoroknya di dalam beg dan menyerahkan semula kepada datuknya.

Sumber polis berkata, sebelum itu sebaik saja pulang ke rumah dan mendapati wang berkenaan tiada di dalam begnya, remaja terbabit bertindak ganas dengan menumbuk muka adik perempuannya 10 kali kerana menyangka adiknya mengambil wang itu.

"Akibatnya, adik perempuan remaja itu yang berusia 11 tahun cedera di muka dan badan, malah dia juga dijadikan tebusan oleh abangnya ketika meminta ibunya memulangkan semula wang RM200 yang dicurinya," katanya.

 P/s: Kes-kes sebegini sudah menjadi lumrah hari ini. Sila ambil perhatian dan ikhtibar!

Tiada ulasan: