dollah yankee |
Walaupun pahit,gurkah tabik juga! Posted: 22 Aug 2011 11:46 PM PDT Walaupun bulan puasa, namun ada juga gurkah-gurkah yang tak mahu miss mencuba nasib yang tak terang-terang dalam permainan 'toto jackpot'. Bila melihat petugas di kaunter itu gurkah-gurkah tekejut, sebab yang jaga ada lah pekerja dari Nepal. Mamposs..! sampaikan kerja jaga kaunter nombor ekor pun dah diambil alih warga asing. Akhirnya bila melihat kepada situasi di-'oulet sports toto' itu, maka gurkah-gurkah di 'port' terpaksa juga tabik hormat kepada kerajaan BN/umno walaupun begitu berat hati, ini kerana sebelum ini gurkah-gurkah rasa macam nak penerajang kawan yang rancang idea program 6P ini sebab banyak sangat 'loophole'. Mahu tidak mahu gurkah-gurkah di'port' terpaksa juga mengalu-alukan program 6P ini kerana setelah dibuat sedikit kajian maka sekurang-kurangnya program 6P ini, yang telah menjadi sesuatu yang menyusahkan, yang telah menjadi mala petaka selama 20 tahun berhubung dengan pendatang haramjadah kepada negara dan masyarakat kita sejak bermulanya kemasukan pertama pekerja asing awal tahun 90an dulu. Isu ini telah berlarutan terlalu lama dan program-program pengampunan sebelum ini juga semuanya telah gagal dn tak pernah berjaya. Program pengampunan kali ini yang menumpukan kepada akar kepada permasalahan iaitu dengan menawarkan untuk mendaftar semua pendatang-pendatang haram untuk memastikan mereka semua menjadi pekerja yang sah dan halal. Sepatutnya kedatangan pekerja-pekerja asing ini ke negara kita menjadi sesuatu yang menguntungkan, tetapi di mana silapnya? bila ia terus menjadi bencana dan petaka dengan kebanjiran berjuta pendatang haram yang telah menyebabkan pelbagai masaalah bukan saja kepada negara tetapi kepada diri kita juga. Dan dengan kebanjiran mereka didalam pusat-pusat tahanan dan penjara juga telah menjadikan Malaysia sebagai pusat pemerdagangan manusia yang terbaik dan terbesar. Olih itu gurkah-gurkah mahu menyarankan kepada Hishamudin auwww...supaya sebaik sahaja selesai program pengampunan ini, gurkah-gurkah mahu semua pendatang haram ini di-kepung dan di hantar pulang dengan segera, jangan lagi di-tangkap, di-kurung, kemudian di-bicarakan, kemudian baru nak dihantar pulang. dollah yankee - Sekian lama masyarakat kita telah menjadi terlalu baik kepada mereka ini... |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan