Isnin, 1 Ogos 2011

dollah yankee

dollah yankee


Demonstrasi petang Ramadan

Posted: 01 Aug 2011 05:48 PM PDT

Rasa-rasanya lebih kurang pada sekitar tahun 1960 P.Ramlee dah mula bercakap. Maka teringat lah gurkah-gurkah akan satu adegan dalam filem "Seniman Bujang Lapok" bila 3 bujang lapok ini telah pergi ke studio filem di Jalan Ampas, Singapura untuk mencari kerja, dan berjumpa lah dengan seorang Singh yang menjadi jaga di-situ.Singh si-jaga ini telah bahasakan si-Sudin.

Dialog lebih kurang macam ni lahh.."Ini macam kalu, apa macam lu punya bangsa mahu maju?! Lu punya rezeki lu makan, dia punya rezeki dia makan laa..".

Betul lah tuu, betul sangat-sangat idea P.Ramlee tu sebab sampai hari, pada tahun 2011 ini, melayu masih lagi bersikap 'busuk-perut', iri hati, cemburu, tak boleh tengok orang lain lebih!..

Jawatankuasa Masjid buat demonstrasi sambut Ramadhan Al Mubarak. Dan, yang pasti semua 'committee' Masjid Umar Ibni Khattab di Bayan Baru ini ada lah ahli-ahli dari dan yang menyokong 'kati atau timbang'. Petang Ramadan kelmarin mereka telah memprotes, siap dengan laud hailer dan pekikan serta teriakan yang macam-macam perkataan, di-dalam kawasan masjid pulak tu.

Puncanya hanya lah di-sebabkan pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah mengeluarkan permit perniagaan pasar ramadan kepada JKKK kawasan itu untuk beroperasi di sepanjang bulan ramadan ini yang mana tapak pasar ramadan ini terletak berhadapan dengan satu lagi pasar ramadan yang di-monopoli olih AJK masjid ini, yang beroperasi di dalam pagar dalam kawasan masjid.

Sifirnya mudah...JKKK itu terdiri dari orang-orang PR, manakala 'committee' masjid itu dan peniaga-peniaga di-situ pula semuanya pengikut 'kati @ timbang'. Jadi, mereka yakni 'committee' masjid ini berpendapat yang mereka saja yang layak dan pandai untuk berniaga di-situ, orang lain tak boleh, tak layak. Mereka saja yang nak idup nak buat duit? Orang lain tak boleh!!!

Macam ni punya orang pun ada.


dollah yankee -
Percaya rezeki dan Allah Ta'ala...

Tiada ulasan: