DIALOG RAKYAT |
- Ambil tanah Chinatown: K'jaan berganjak
- Sultan S'gor terkejut penubuhan majlis syura
- Khir Toyo: Tiga menteri mahu saya dipenjarakan
- JK Khas: Pemuda PAS sokong pendirian Pakatan
- Tentera diminta ganding bahu selesai gejala sosial
- KDN akan saman Ketua Wanita PKR
- Panel khas: Kami mahu jaminan konkrit Najib tiada PRU, kata PAS
- MAS rugi bersih RM527 juta suku kedua
- Hadi Awang: PAS sedia hadapi saman fitnah Umno
- Kes liwat Anwar: Sampel sperma dari dubur Saiful tak ‘layak’ dijadikan bukti
- Diktator Akan Jatuh Satu Persatu
- UMNO SELANGOR MARA, UMNO PULAU PINANG BAGAIMANA?
- DUA PENGAJARAN DARIPADA KEJATUHAN GADDAFI
- Permohonan maaf Najib ditolak editor Kompas
- Bersih 2.0 : Pelajar Tajaan Yayasan Terengganu di Mesir Diberi Surat Tunjuk Sebab
- Tiada Kecederaan Pada Dubur Saiful-Pakar
- Dr Osman : Saiful Memang Ada Beritahu Plastik Dimasukkan Ke Dalam Duburnya
- Pakatan tak wajar persoal panel khas, kata timbalan menteri
- Doktor Pusrawi ubah laporan perubatan Saiful, dakwa pendakwa raya
- Kes liwat: Pakar forensik dakwa laporan HKL periksa Saiful cacat
- JK Parlimen berbagai parti buat p'raya
- Kerap kemalangan: Penduduk mahu jalan dilebarkan
- Pakatan Rakyat mengalu-alukan BN mencontohi polisi ekonominya
- Hancurnya Mitos Najib? Lebihan perbelanjaan operasi yang ketara
- Amy (Search) terkejut Nabila mahu cerai
Ambil tanah Chinatown: K'jaan berganjak Posted: 23 Aug 2011 06:39 AM PDT Hazlan Zakaria Akibat tekanan daripada masyarakat Cina dan campur tangan MCA, kerajaan akhirnya menarik balik keputusannya sebelum ini untuk mengambil alih sebidang tanah di sekitar Jalan Sultan, Kuala Lumpur untuk projek prasarana My Rapid Transit (MRT) yang bernilai berbilion ringgit. Perkara itu diumumkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek selepas bermesyuarat dengan pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar di pejabat suruhanjaya itu di Kuala Lumpur hari ini. Menurut Chua, sebagai kompromi, kerajaan akan mendapatkan hak milik strata bagi hartanah yang terletak 100 kaki di bawah tanah yang diperlukan untuk pembinaan terowong MRT itu, manakala bangunan dan tanah di atas tanah berkenaan kekal di tangan pemilik sekarang. Walau bagaimanapun, penduduk mungkin diminta mengosongkan bangunan mereka selama tempoh enam bulan atau lebih, ketika kerja-kerja membina terowong dijalankan. Kerajaan juga, katanya akan memperkukuhkan beberapa bangunan warisan yang juga akan terbabit dengan pembinaan di bawah tanah itu. Pada 11 Ogos lalu, MRT Prasarana Negara Bhd, yang akan memiliki dan mengendalikan projek berkenaan, pada taklimat mediannya berkata kerajaan tidak akan berganjak dengan keputusan untuk mengambil-alih tanah di sepanjang Jalan Sultan bagi pembinaan terowong bawah tanah kerana penjajarannya sudah ditetapkan. Sementara itu, Bernama melaporkan projek MRT berkenaan kemungkinan dimulakan menjelang Januari tahun depan dan siap pada 2016,. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sultan S'gor terkejut penubuhan majlis syura Posted: 23 Aug 2011 06:34 AM PDT MALAYSIA KINI Sultan Selangor amat terkejut dengan cadangan penubuhan majlis penasihat syura bagi menyelesaikan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC). Setiausaha sulit kepada baginda Datuk Mohamad Munir Bani berkata, apa yang berlaku, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyembah maklum hasratnya membawa mufti negeri bagi bertemu pihak gereja. Menurut Mohamad Munir (kiri) lagi, sultan tidak menghalang hasrat Khalid memanggil gereja tetapi menasihatkan timbalan mufti dijemput sekali. "Oleh yang demikian, isu tentang DYMM Sultan Selangor menitahkan atau menasihatkan kerajaan negeri Selangor menubuhkan majlis penasihat syura adalah tidak benar," kata Mohamad Munir. Semalam, Khalid berkata, idea penubuhan majlis tersebut dicadangkan oleh Sultan Selangor hasil perbincangan mereka minggu lalu. Menurutnya, majlis itu akan mengkaji isu membimbangkan masyarakat Islam dan komuniti bukan Islam Selangor untuk dibangunkan garis panduan demi memastikan hormati menghormati dan harmoni pelbagi kaum dan agama terus terpelihara. 'Dialog tak pernah diperkenan' Dalam kenyataannya hari ini, Mohamad Munir berkata, Sultan juga berpendirian, majlis penasihat syura atau badan berbentuk dialog berkaitan agama "tidak pernah diperkenankan". Ini kerana, tambahnya, selain JAIS, negeri itu mempunyai Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan jabatan mufti negeri. JAIS pada 3 Ogos lalu dilaporkan 'menyerbu' majlis makan malam di DUMC. Tindakan kontroversi itu mengundang kritikan banyak pihak pihak apabila JAIS didakwa tidak mempunyai waran. Paderi kanan DUMC Daniel Ho antaranya mendakwa, JAIS masuk ketika majlis sedang diadakan, merakamkan video dan gambar serta tidak menunjukkan salinan aduan bila diminta. Selepas lebih seminggu kejadian itu, JAIS akhirnya bersuara dengan menegaskan tiada serbuan dibuat terhadap DUMC, sebaliknya hanya membuat "pemeriksaan untuk memastikan kehadiran orang Islam". Pengarah JAIS Marzuki Hussin berkata, perundingan dengan penganjur di luar dewan majlis membuktikan tuduhan JAIS membuat serbuan, kekasaran serta pecah masuk hanya "tohmahan liar" semata-mata. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Khir Toyo: Tiga menteri mahu saya dipenjarakan Posted: 23 Aug 2011 06:26 AM PDT MALAYSIA KINI Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri sekarang sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah. Dalam blognya hari ini, Dr Khir yang menulis mengenai 'memohon ampun dan maaf' sempena semangat Ramadan, berkata beliau tidak akan mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan kerana tidak mendapat bukti yang sahih. Namun katanya, beberapa sumbernya sangat boleh dipercayai. "Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya," tulisnya. Dr Khir baru-baru ini diarah membela diri berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu. Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa. "Seorang menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan. Kebodohan pemimpin Beliau juga mengingatkan ketiga-tiga menteri berkenaan, agar menumpukan kerja mereka membantu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan terutama membabitkan potfolio masing-masing. Menurut spekulasi Dr Khir yang juga ADUN Sungai Panjang tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
JK Khas: Pemuda PAS sokong pendirian Pakatan Posted: 23 Aug 2011 06:25 AM PDT
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tentera diminta ganding bahu selesai gejala sosial Posted: 23 Aug 2011 06:21 AM PDT
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
KDN akan saman Ketua Wanita PKR Posted: 23 Aug 2011 06:19 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER PUTRAJAYA — Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan saman terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin (gambar), ekoran dakwaannya bahawa Program 6P sebagai muslihat kerajaan menyeludup pengundi bagi pilihan raya akan datang. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong berkata tindakan itu merupakan langkah kedua yang diambil kementerian setelah laporan polis dibuat terhadap Zuraida di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam pagi ini. "Saya dengan ini memberi sokongan penuh kepada keputusan Jabatan Imigresen Selangor yang hari ini telah membuat laporan polis terhadap Yang Berhormat Zuraida sebagai langkah pertama sebelum tindakan lanjut diambil sebagai susulan," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. "Tindakan ini adalah bukti bahawa kerajaan telus dan tidak berkompromi dalam dasar mempertahankan kedaulatan Negara." Minggu lepas, Zuraida dipetik sebagai berkata, hasil siasatan PKR mendapati kerajaan mensyaratkan pendatang asing tanpa izin (PATI) supaya membaca 'skrip bersumpah' dengan menyatakan sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai sebahagian proses pemutihan. Pada skrip itu, tertulis teks "Saya/suami/isteri/anak-anak tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/BN". Justeru, Zuraida menyelar Program 6P sebagai muslihat jelas kerajaan untuk menyeludup pengundi sekaligus melabelkannya sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negara. Dipetik Bernama Online, Lee berkata sebelum ini, pihaknya sudah berulang kali meminta Zuraida mengemukakan bukti terhadap dakwaannya itu namun sehingga kini, tiada. "Sebab itu, Jabatan Imigresen membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan terhadap dakwaan yang dibuat oleh Yang Berhormat Zuraida," katanya. Lee berkata dakwaan yang dibuat oleh Zuraida adalah tuduhan berat kepada kerajaan kerana Program 6P hanya bertanggungjawab mengambil data biometrik untuk rasional keselamatan negara dan setiap PATI didaftarkan tanpa sebarang syarat. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Panel khas: Kami mahu jaminan konkrit Najib tiada PRU, kata PAS Posted: 23 Aug 2011 06:18 AM PDT KUALA LUMPUR — PAS menegaskan pihaknya tidak akan terpengaruh dengan "janji" Putrajaya berhubung jawatankuasa pilihan khas Parlimen pembaharuan pilihan raya, sebaliknya mahu jaminan konkrit bahawa tiada pilihan raya umum ke-13 selagi melaksanakan cadangan panel itu. Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) berkata perkara yang lebih penting bukan penubuhan jawatankuasa itu tetapi jaminan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Tegas beliau: "PAS mahu satu jawapan konkrit dan jaminan daripada Najib bahawa pilihan raya umum ke-13 hanya akan diadakan dengan melaksanakan cadangan pembaharuan yang diputuskan jawatankuasa khas ini. "Adakah tidak akan berlaku pembubaran (Parlimen) sebelum jawatankuasa ini selesai menjalankan tugas? Adakah cadangan pembaharuan ini akan dilaksanakan dalam pilihan raya umum ke-13, jika tiada jaminan (daripada Najib) tiada makna jawatankuasa ini," katanya kepada The Malaysian Insider. Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian ini, sekiranya Najib tidak dapat memberikan jaminan itu PAS akan menolak untuk sertai jawatankuasa itu. "Sama ada jawatankuasa khas ini dirangka daripada tuntutan Bersih 2.0 ia bukan perkara penting . . . yang penting Najib mesti berani mengatakan jawatankuasa ini akan laksanakan cadangan pembaharuan dan hasil jawatankuasa ini. "Saya desak Najib beri satu pendirian tegas dan jaminan jawatankuasa ini akan berfungsi dan laksanakan cadangan yang dikemukakan," katanya. Tambah Salahuddin, beliau juga berkata mana-mana cadangan yang tidak boleh dilaksanakan pada pilihan raya umum ke-13 kerana perlu meminda Perlembagaan Persekutuan "ia boleh dirunding." "Mana-mana yang boleh dilaksanakan dalam pilihan raya umum ke-13 dilaksanakan dan mana-mana yang tidak boleh kerana libatkan pindaan kita boleh berunding," tegasnya. Jumaat lalu Najib berkata, pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya. Bersih 2.0 juga menggesa pilihan raya umum ke-13 tidak wajar diadakan selagi syor-syor jawatankuasa pilihan khas Parlimen berkaitan sistem pilihan raya tidak dilaksanakan sepenuhnya. Pakatan Rakyat akan memutuskan pendirian sama ada mahu menyertai jawatankuasa itu esok, dengan beberapa pemimpin utama berkata kemungkinan akan memulaukan jawatankuasa itu jika tidak memenuhi syarat perikatan tersebut. Jawatankuasa pilihan khas Parlimen akan dibentuk rangka kerjanya berdasarkan lapan tuntutan Bersih 2.0. Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pihaknya berkemungkinan akan menarik diri sekiranya tiada jaminan daripada Najib. "Ada kemungkinan PAS dan Pakatan Rakyat akan menarik diri kerana Najib memberikan gambaran jawatankuasa ini tidak terikat dengan pilihan raya umum, kalau tak sedia nak buat pembaharuan buat apa nak tubuhkan jawatankuasa khas ini. "Rakyat mahu kerajaan buat pembaharuan sebelum pilihan raya umum ke-13, isunya sekarang bukan jawatankuasa ini tapi jaminan kerajaan bahawa akan melaksanakan cadangan pembaharuan nanti," katanya. Jelas beliau, pendirian rasmi akan diputuskan esok dalam mesyuarat Pakatan Rakyat. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
MAS rugi bersih RM527 juta suku kedua Posted: 23 Aug 2011 06:17 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Syarikat penerbangan negara, Kumpulan Malaysia Airlines (MAS), mencatat kerugian bersih RM527 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun lalu, dengan kos bahan api yang tinggi dikatakan sebagai penyumbang utama kerugian itu. Kerugian itu bagaimanapun lebih rendah berbanding kerugian bersih sebanyak RM535 juta pada suku yang sama pada 2010, kata syarikat itu menerusi satu kenyataan di sini. Menurut laporan Bernama Online, syarikat penerbangan itu berkata kos bahan api terus memberi impak terbesar kepada operasi kumpulan berkenaan, meningkat 41 peratus berbanding RM1.102 bilion kepada RM1.55 bilion pada suku kedua 2011, mengimbangi hasil dan perolehan bagi tempat duduk mengikut kilometer (RASK). Dalam makluman berasingannya kepada Bursa Malaysia di sini, MAS melaporkan kerugian sebelum cukai juga berkurangan kepada RM509.411 juta pada suku terbabit berbanding kerugian sebelum cukai RM532.591 juta pada suku yang sama pada 2010. Perolehan pada suku kedua meningkat kepada RM3.485 bilion, lapan peratus melebihi RM3.213 bilion pada 2010 manakala perolehan penumpang mencatatkan pertumbuhan sembilan peratus kepada RM2.086 bilion, berbanding RM1.912 bilion sebelumnya. Lembaga Pengarah juga sudah mengenal pasti keutamaan dan memberi tumpuan terhadap langkah jangka pendek. "Pertama, kami akan memberi tumpuan untuk menyediakan kepimpinan yang mantap bagi memacu MAS, dan proaktif mengisi jawatan pengarah urusan/ketua pegawai eksekutif dan pengurusan kanan utama yang lain," katanya. Bekerja bersama-sama dengan Jawatankuasa Eksekutif (Exco) yang baru dua minggu lepas, syarikat penerbangan nasional itu berkata inisiatif pemulihan akan dilaksanakan untuk mengembalikan keuntungan dan mula mengumpul rizab tunai. Inisiatif serta-merta termasuk pengurusan kapasiti yang lebih baik, pelaksanaan harga dinamik bagi meningkatkan pulangan dan perolehan dan mengkaji semula produk dan keduduan jenama. Kajian semula peniagaan Firefly ialah memberi tumpuan terhadap operasi dari Subang dan menjajarkan perniagaan Firefly supaya menumpukan kepada perkhidmatan premium serantau, turut dalam senarai itu. Dalam jangka panjang, Exco akan mengkaji menjayakan pelan strategik untuk mengembalikan keuntungan. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Hadi Awang: PAS sedia hadapi saman fitnah Umno Posted: 23 Aug 2011 06:15 AM PDT TERKINI THE MALAYSIAN INSIDER KUALA TERENGGANU — PAS bersedia menghadapi saman fitnah yang bakal dikemuka Umno berhubung isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya awal bulan ini. Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, Umno berhak berbuat demikian dan PAS pula berhak mempertahankan kenyataan pemimpinnya. "Ikut dia (Umno) . . . dia nak saman itu hak dia, hak kita membela diri," katanya dipetik Bernama. Hadi ditemui selepas penangguhan sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini. Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan, beliau bersedia untuk bertemu Umno di mahkamah. Mustafa berkata, beliau tidak akan memohon maaf atau menarik balik dakwaan dilemparkan terhadap Umno sebelum ini. Sebaliknya beliau dengan tegas mempertahankan dakwaannya itu. Umno Selangor berkata pihaknya akan memfailkan saman RM10 juta terhadap Mustafa berhubung dakwaan kononnya parti itu memainkan peranan dalam tindakan Jais ke atas pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu. Awal minggu lalu, Mustafa dalam satu sidang media di Kuala Terengganu mendakwa Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama. Beliau juga mengatakan Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja itu. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kes liwat Anwar: Sampel sperma dari dubur Saiful tak ‘layak’ dijadikan bukti Posted: 23 Aug 2011 01:26 AM PDT KUALA LUMPUR — Pakar forensik Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata spesimen sperma diambil dari bahagian dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti dalam kes liwat kerana keadaannya telah terjejas dan hanya diperoleh 56 jam selepas hubungan seks didakwa berlaku. Dr David Wells mendakwa sampel-sampel DNA yang diperoleh tidak mungkin sesuatu yang "bermakna" dan adalah penting ia telah dihantar untuk tujuan analisis dengan segera. "Selepas satu tempoh yang lama, sampel tidak berada dalam keadaan baik," kata beliau di mahkamah hari ini. Sebelum ini, mahkamah diberitahu bahawa spesimen DNA Saiful diperoleh 56 jam selepas perbuatan seks iaitu ketika dia pergi ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan perubatan pada 28 Jun 2008 dan kemudian membuat laporan polis. Mahkamah juga pernah diberitahu bahawa spesimen DNA disimpan 43 jam lagi dalam kabinet oleh pegawai penyiasat Supt Jude Pereira sebelum ia dihantar kepada ahli kimia kerajaan untuk dianalisis. Dr Wells menekankan dalam borang perubatan Saiful mengatakan terdapat darah dalam dubur, namun keputusan pemeriksaan mendapati sebaliknya. Beliau juga berkata borang itu tidak diisi dengan lengkap. "Ia mesti diisi untuk menunjukkan semua pemeriksaan. Saya keliru dengan bahagian penting yang hilang," kata Dr Wells. Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya, Saiful di sebuah kondominium di Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Beliau boleh dijatuhkan hukuman sehingga 20 tahun penjara jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan tetapi hukuman sebat tidak akan dijalankan kerana faktor umur. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Diktator Akan Jatuh Satu Persatu Posted: 23 Aug 2011 01:01 AM PDT MSO Ya Wahhab: TUMBANGNYA Muammar Gaddafi semalam bolehlah diibaratkan "anugerah Lailatu qadar" kepada puak pemberontak dan juga rakyat Libya yang anti Gaddafi. Kejayaan pemberontak semalam menawan Tripoli sudah hampir sah kini Gaddafi tidak mempunyai kekuatan lagi untuk mempertahankan kekuasaa yang dimilikinya selama lebih 40 tahun. Laporan media Barat menceritakan hampir seluruh bandar Tripoli yang menjadi kubu pertahanan terakhir presiden Libya itu sudah ditawan oleh puak pemberontak. Beberapa orang anaknya yang menjadi tentera elit melindungi diri dan kepentingannya juga sudah ditawan dan ada yang menyerah diri. Rakyat Libya di mana saja mereka berada sudah merayakan kejatuhan Muammar Gaddafi itu. Mereka bersorak sambil membakar gambar Gaddafi dan memusnahkan legasi Gaddafi. Bagaimana pun nasib Gaddafi masih belum menentu apakah beliau masih berlindung di kediamannya di Bab al-Aziziyah ataupun beliau sudah lolos ke luar negara. Wujud berbagai versi mengenai nasib presiden berusia 69 tahun itu. Bagaimana pun berita kedudukannya dijangka akan dapat ditentukan beberapa jam lagi. Apakah Gaddafi akan menghadapi nasib sama dengan Saddam Hussein yang diberkas oleh tentera Amerika ditempat perlindungannya di bawah tanah? Nampaknya peristiwa kejayaan Amerika menangkap Saddam hidup-hidup akan berulang ke atas Gaddafi. Kalau ini berlaku bermakna Gaddafi juga akan menghadapi tali gantung senasib dengan Saddam. Selalunya sejarah yang menimpa diktator sama. Sejak mula meletus pemberontakkan terhadap Gaddafi saya sudah membayangkan peristiwa itu akan berulang. Setakat hari ini ternyata bayangan itu benar. Gaddafi yang kelihatan mulanya ampuh mempertahankan diri akhirnya terpaksa akur kepada tekanan dunia dan penglibatan Amerika. Kejatuhan diktator Iraq dan terbaru Libya itu adalah di atas usaha Amerika. Melihat keadaan yang berlaku di Libya kini umat Islam berada di dua persimpangan dan jadi serba salah. Atas prinsip menegakkan kebenaran dan keadilan umat Islam merasakan tindakan Gaddafi sebagai diktator dan pembunuh manusia lain satu yang zalim, perlu disanggah. Justeru tindakan menjatuhkannya menerusi pemberontakkan disokong. Tetapi dalam konteks kedaulatan sesebuah negara itu apa yang berlaku di Libya atau Iraq itu sesuatu yang sungguh menjijiknya kerana ia didalangi oleh kuasa besar dunia, Amerika Syarikat. Tidak ada hak atas apa jua alasan untuk negara lain mencampuri urusan negara lain. Negara lain hanya boleh bersimpati dan memberi bantuan kemanusiaan bukan bantuan ketenteraan. Walau apa pun yang berlaku di dalam kedua buah negara itu Amerika tidak sepatutnya campur tangan. Apa lagi atas alasan prinsip kemanusiaan itu hanya bohong dan dongeng berlaka. Apa yang perlu disedari Amerika tidak akan berbuat begitu kalau bukan 100 peratus bukan demi kepentingannya. Apa yang Amerika cari dan harapkan di Libya sama dengan apa yang diimpikan di Iraq untuk menguasai telaga minyak. Amerikanlah yang menjadi dalang di sebalik pemberontakkan di kedua buah negara itu. Baik di Iraq atau di Libya kini dan di beberapa buah negara lain kedudukan dan peranan Amerika sangat jelas. Amerika tidak turun sendiri secara fizikal tetapi berlindung di sebalik gerakan tertentu menghasut dan memberi semangat kepada rakyat negara berkenaan agar bercakaran sesama sendiri. CIA adalah agen utama Amerika yang melaga-lagakan di antara satu sama lain. Semua negara harus belajar dan mengetahui peranan dan sikap syaitan Amerika ini. Kita tidak setuju dengan penbunuh manusia dilakukan Saddam dan Gaddafi, tetapi apakah kita bersetuju dengan penjajahan dan penguasan Amerika ke atas negara yang penduduknya umat Islam? Saddam mempertahankan kedudukannya sehingga membunuh manusia lain kerana ingin melindungi negara dari dikuasai oleh Amerika Yahudi. Begitu juga dengan Gaddafi yang kini dalam keadaan genting. Seburuk-buruk dan sejahat umat Islam yang menentang puak yang tidak sealiran dengannya namun mereka tetap Islam dan masih juga bersyahadat kepada Allah dan Rasullullah. Keduanya- Saddam dan Gaddafi mengambil jalan dimurkai Allah atas alasan untuk mempertahankan kedaulatan negara mereka. Mereka tidak mahu kuasa asing menjajah mereka sekali lagi. Cuma silapnya Saddam dan Gaddafi, mereka mengambil jalan kejam membunuh rakyat sendiri yang berbeza pendapat untuk menentang kemungkaran. Itu saja kesilapannya. Kalaulah mereka tidak mengambil jalan itu mengnyahkan sifat diktator dari diri mereka, bersikap adil dan saksama kepada rakyat mereka tidak akan menjadi hina, sebaliknya akan dipuja rakyat sepanjang masa. Dunia Islam akan mengagungkan mereka sebagai mujahid moden. Mulanya mereka sudah berada atas landasan dan perjuangan betul tetapi kerana gagal mengawal nafsu akhirnya membawa kemusnahan kepada mereka. Kita kena insaf bahawa orang-orang rakus atau para diktaro seperti Gaddafi dan Saddam akan jatuh seorang demi seorang. Mereka hanya dapat berkuasa sekitar 40 hingga 60 tahun saja. Belum ada sejarah diktator dapat menguasai atau hidup selama 100 tahun. Di Malaysia kita bernasib baik kerana tidak mempunyai diktator moden seperti Saddam dan Ghadafi. Tidak ada pemimpin yang bersifat diktator tulen. Cuma apa yang kita milik ialah sebuah parti yang bersifat diktator bernama Umno. Yakin dan percayalah diktator bernama Umno juga akan terguling dan bergelimpangan disepak rakyat suatu masa nanti sekiranya Umno tidak mengambil iktibar atas apa yang berlaku ke atas Saddam, Gaddafi dan Hosni Mubarak di Mesir itu. Ingat Umno juga sudah lama berkuasa dan melaksanakan kediktator shipnya ke atas rakyat negara ini. Jika Umno tidak segera bertaubat Umno akan diguling rakyat keadaanya mungkin lebih parah dari nasib dialami Saddam, Hosni dan Gaddafi. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
UMNO SELANGOR MARA, UMNO PULAU PINANG BAGAIMANA? Posted: 23 Aug 2011 12:57 AM PDT MTamin MD Akhirnya UMNO Selangor mengotakan katanya. Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed menegaskan, pihaknya akan menyaman Setiausaha Usaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali sebanyak RM10 juta, berikutan kenyataan Mustapha yang menuduh UMNO mendalangi pemeriksaan JAIS ke atas sebuah gereja di Damansara Utama. Kata Mohd Zain, tindakan itu diambil selepas Mustafa enggan memohon maaf secara terbuka seperti yang diminta Umno Selangor dalam kenyataan yang dikeluarkan 16 Ogos lepas. "Sempena dengan semangat Ramadan, kami bersedia memaafkan namun Mustafa angkuh malah mendakwa mempunyai dokumen membuktikan Umno Selangor menjadi perancang pemeriksaan gereja terbabit. "Jadi, tindakan saman adalah yang terbaik bagi mempertahan maruah Umno Selangor yang difitnah," katanya dalam sidang media di Shah Alam hari ini. Mohd Zin berkata Umno Selangor melantik Tetuan Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak untuk menjalankan proses perundangan itu. Langkah UMNO Selangor ini sesungguhnya sangat dialu-alukan. Soal menang atau kalah adalah perkara yang lain. Namun apa yang penting ialah ketegasan dalam mengotakan kata-kata. Sayugia diingat bahawa antara sebab kenapa reputasi UMNO terjejas teruk ke belakangan ini ialah kerana ketidaksungguhannya mematahkan serangan-serangan lawan. Jadi, kesungguhan UMNO Selangor ini sedikit sebanyak tentu mampu membantu memulihkan reputasi itu. Ia juga akan memberi peringatan kepada pihak-pihak yang menuduh supaya lebih berhati-hati. Soal sama ada pihak yang mendakwa itu benar-benar mempunyai bukti atau tidak biarlah mahkamah yang memutuskannya. Yang penting, UMNO Selangor yakin ia berada di pihak yang benar. Kita tungguhlah pula apa yang akan terjadi di Pulau Pinang. Apakah Badan Perhubungan UMNO Negeri itu akan mengambil langkah segarang UMNO Selangor. 18 Ogos lalu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman meminta Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya menarik balik kenyataannya yang didakwa cuba mengaitkan isu perkauman dengan insiden simbahan cat di pejabat DAP. Jika tidak, kata Zainal Abidin, tindakan undang-undang akan diambil. Dalam reaksi balasnya, Guan Eng mencabar UMNO Pulau Pinang supaya tidak bertangguh menyamannya. Sejak itu UMNO Pulau Pinang. Kita berharap diam itu adalah diam-diam ubi, bukannya diam-diam masuk gear gostan.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
DUA PENGAJARAN DARIPADA KEJATUHAN GADDAFI Posted: 23 Aug 2011 12:45 AM PDT RONTOG DAILY Di satu sisi, dia menaja pergerakan pengganas tetapi dia juga mengecam keras serangan 11 September ke atas WTC. Dia dikenali sebagai diktator yang cukup keras cengkamannya, tetapi dia juga memandu bulldozer bagi merobohkan tembok untuk membebaskan tahanan-tahanan politik. Dia seorang nasionalis Arab tetapi dia menolak peranan Liga Arab. Itulah sebahagian daripada imej-imej yang saling bertentangan yang terdapat pada Muammar Gaddafi, pemerintah yang ditamatkan pemerintahannya oleh kebangkitan rakyat selepas 42 tahun berkuasa di Libya. Kini, pemerintahan Gaddafi berakhir. Dunia akan dikenang dengan seribu satu cara. Di mata sebilangan orang dia mungkin diktator, tetapi pada sebahagian yang lain dia kekal menjadi salah seorang ikon dalam perjuangan menentang pengaruh Barat. Segalanya terserah, mengikut di mana orang yang mengenang dan menilai itu berdiri. Menggelarkan dirinya 'raja bagi segala di Afrika', Gaddafi menjadi nama yang cukup besar di benua itu untuk tempoh yang lama, terutama dalam melontarkan pandangan dan pendirian kontroversinya terhadap dominasi Barat. Dilahirkan pada tahun 1942 di kawasan gurun di bahagian tengah Libya, Gaddafi yang berdarah Badwi merupakan anak kepada seorang pemimpin tempatan yang pernah dipenjarakan kerana menentang penjajah Itali. Darah perjuangan dan 'pemberontak' bapanya terbukti meresap kuat di tubuh Gaddafi. Pada usia mudanya lagi dia telah disingkirkan daripada sekolah tinggi kerana mengetuai satu tunjuk perasaan. Kemudian, dia dikenakan tindakan disiplin semasa menganggotai tentera kerana menggerakkan penubuhan pasukan revolusi dalam pasukan tersebut. Pada tahun 1967, ketika baru berusia 27 tahun, Gaddafi yang berpangkat kapten muncul mengetuai sekumpulan pegawai tentera yang menggulingkan Raja Idris. Bermula dari saat itu, Gaddafi yang terkenal sama ada dengan pakaian tentera atau jubah Badawinya mengambil alih kuasa – dan menjadi simbol anti-Barat di kalangan negara-negara Dunia Ketiga. Sejak mula memegang tampuk kuasa, Gaddafi menampakkan kegarangannya. Dia melakukan banyak pembaharuan. Pangkalan tentera Amerika Syarikat di Libya ditutup. Lebih 20,000 tentera Itali yang masih ditempatkan di negara itu selepas pendudukan 1911-41 dihantar pulang. Sektor perniagaan dimilik negarakan. Libya diisytiharkan sebagai 'Jamahiriya', atau 'republik rakyat'. Jawatankuasa rakyat dibentuk di peringkat kerajaan tempatan dan ia bertanggungjawab pada 'Kongres Rakyat', sebuah badan yang berperanan seperti parlimen. Gaddafi mengetuai kerajaan tanpa satu bentuk perlembagaan khusus, sebaliknya dia berpandukan 'Buku Hijau' yang mengandungi idea-idea dan falsafah politiknya sendiri. Ada lagi, dia juga menabalkan dirinya sebagai kolonel, kedudukan paling tinggi dalam angkatan tentera. Seperti kebanyakan diktator, Gaddafi memastikan tiada siapa boleh menyainginya dan di bawah pemerintahannya juga tidak terdapat sebarang sistem yang jelas mengenai bakal penggantinya. Hanya pada tahun-tahun kebelakangan dia dikatakan membentuk salah seorang anaknya Seif al-Islam, yang berpendidikan Barat, sebagai bakal pengganti. Dalam menyuarakan pendapat, Gaddafi berpegang penuh pada prinsip kebebasan bersuara. Dia melontarkan pandangannya tanpa tapisan. Dia mengkritik Liga Arab kerana gagal memainkan peranan dalam konflik Palestin-Israel dan juga dalam menangani konflik di Iraq. Dan dia juga tidak pernah teragak-agak mengkritik kuasa-kuasa besar dunia, khususnya Amerika Syarikat. Tetapi agak malang, di dalam negara sendiri, Gaddafi tidak menghormati prinsip kebebasan bersuara itu. Mulut rakyat dipekup. Kerajaan pimpinannya mengharamkan sebarang pergerakan atau pertubuhan pembangkang. Ramai yang membuka mulut dihumban ke penjara. Namun pada tahun 1988, Gaddafi memeranjatkan umum apabila bertindak membebaskan tahanan-tahanan itu. Dia sendiri memandu bulldozer untuk meranapkan tembok penjara Tripoli bagi tujuan pembebasan tersebut. Ironinya tindakan itu tidak pula membawa Libya ke era baru. Rakyat terus dikekang daripada bangkit menyuarakan pendapat yang bertentangan dengan semangat dan roh kerajaan. Di sebalik cengkamannya, perkara yang tidak boleh disangkal ialah Gaddafi membelanjakan hasil minyak Libya yang melimpah ruah itu untuk pembangunan negara. Terlalu banyak sekolah, rumah sakit, rumah-rumah kediaman dan infrastruktur dibina di Libya dengan skala yang diakui oleh kebanyakan penganalisis politik dan ekonomi 'sebagai tidak pernah dilihat dilaksanakan oleh mana-mana negara lain di Mediterranean. Dengan perkataan lain, banyak pihak mengakui, Gaddafi membawa Libya keluar dari kelompok salah sebuah negara paling mundur dan miskin ke sebuah negara 'maju' mengikut ukuran di benua Afrika. Bagaimanapun kesilapan Gaddafi ialah agihan kekayaan minyak itu tidak sampai ke akar umbi secara sama rata. Lebih satu pertiga penduduk Libya hidup dalam kemiskinan walaupun sebelum meletusnya perang saudara enam bulan lalu negara itu menghasilkan hampir 1.6 juta tong minyak sehari. Ketidaksamaan agihan kekayaan juga boleh dilihat apabila kebanyakan hasil kekayaan negara hanya dinikmati oleh wilayah-wilayah tertentu, misalnya ibu negara, Tripoli sedangkan bahagian-bahagian lain, seperti di timur – tempat bangkitnya gerakan pemberontakan – tercicir jauh di belakang. Lama berkuasa juga menjadikan Gaddafi terlepas pandang pada banyak perkara, termasuk menyangka dirinya masih popular sedangkan bibit-bibit penentangan yang tersemai sejak lama terus membara ibarat api di dalam sekam. Dan apabila api itu marak, dia sudah tidak sempat berbuat apa-apa. Dua perkara yang boleh dipelajari daripada naik dan jatuhnya Gaddafi ialah, pertama, pemerintah, di mana pun juga tidak harus alpa walau sedikit pun dalam menangani kehendak dan keperluan rakyat kerana kesilapan-kesilapan kecil, apatah yang besar, jika dilakukan secara berterusan, boleh membawa padah. Pengajaran kedua yang harus direnung, ialah tidak semua revolusi, reformasi atau apa juga seumpamanya, akan membawa rakyat ke syurga dalam erti kata sebenar. Gaddafi, semasa mula mengambil alih kuasa, menjanjikan langit dan bumi kepada rakyat Libya. Tetapi bagaimana penghujungnya? "Dia bercita-cita membina sebuah negara yang ideal, tetapi dia menjadikan Libya sebuah negara yang tidak memiliki komponen-komponen untuk melayakkannya menjadi negara dalam erti kata sebenar. Sesungguhnya kuasa rakyat adalah sistem yang palng tidak berguna di dunia. Ia sering menukarkan revolusi menjadi gerakan mengumpulkan harta kekayaan," kata Saad Djebbar, seorang penganalisa dari Universiti Cambridge. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Permohonan maaf Najib ditolak editor Kompas Posted: 23 Aug 2011 12:43 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Permohonan maaf yang dituntut Pejabat Perdana Menteri ke atas akhbar berpengaruh Indonesia, Kompas pada mulanya ditolak editor akhbar itu yang bertegas untuk mempertahankan artikel mereka, khusus berhubung kegiatan kongsi gelap yang dilakukan besan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Perkara itu dinyatakan Malaysiakini, berdasarkan sumber yang diperolehnya. Ahad lalu akhbar berpengaruh Indonesia itu memohon maaf kepada Najib berhubung laporan yang diterbitkan mengenai diri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Artikel bertajuk 'Istri PM Najib dan Cincin 24 Juta Dollar' itu antara lain melaporkan pembelian berlian bernilai RM24 juta oleh Rosmah dan mendakwa bakal besan Najib dan Rosmah, Maira Nazarbayev, mempunyai hubungan dengan "mafia Rusia". Manakala skandal pembunuhan kejam Altantuya yang dikaitkan dengan Najib, turut disiarkan dalam artikel berkenaan. Berikutan timbul kebimbangan ia bakal menjejaskan reputasi Najib, dua penasihat perhubungan tidak rasmi perdana menteri dan salah seorang daripadanya dikaitkan dengan konglomerat Indonesia, meminta Kompas untuk meminta maaf. Menurut sumber Malaysiakini, dua penasihat itu mengancam mengugut Kompas dengan tindakan undang-undang, tetapi ini juga gagal untuk menundukkan akhbar Indonesia yang berpengaruh itu. Kompas, bagaimanapun bersetuju membuka ruang kepada Najib menjawab dan menangkis segala tuduhan dengan menghantar editor antarabangsa, Jimmy Harianto bagi menemubual Najib di Putrajaya pada Khamis lalu. Bagaimanapun pada Ahad lalu, agensi berita nasional Bernama melaporkan Kompas telah meminta maaf kepada Najib. Menurut Malaysiakini, tidak jelas mengapa Kompas membuat pusingan 'u' pada saat akhir, tetapi sumber berkenaan memberitahu keputusan itu dibuat dalam 'situasi luar biasa'. Namun, Kompas juga tidak membuat permohonan maaf secara penuh apabila ia menyiarkan permohonan itu pada perenggan 10 di halaman 10 akhbar berkenaan bertajuk 'PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Selain menerbitkan penafian Najib, akhbar itu juga tidak menyatakan dakwaan dalam artikelnya tidak benar. Malah Kompas juga tidak menarik semula balik artikel, yang didakwa menghina Najib dan isterinya itu. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bersih 2.0 : Pelajar Tajaan Yayasan Terengganu di Mesir Diberi Surat Tunjuk Sebab Posted: 23 Aug 2011 12:41 AM PDT TVS NEWS KUALA TERENGGANU : Pelajar tajaan Yayasan Terengganu di Mesir yang terlibat dengan perhimpunan Bersih 2.0 di negara itu pada 9 Julai lepas, akan diberikan surat tunjuk sebab. Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said berkata, jika penjelasan yang diberikan tidak memuaskan, maka biasiswa mereka akan ditarik balik. "Kita hantar mereka untuk belajar di Mesir dengan syarat-syarat tertentu seperti tidak melibatkan diri dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. "Kita tidak menyekat mereka terlibat dalam politik tetapi kalau mereka gagal dalam pelajaran, ia merugikan pelajar itu sendiri," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini hari ini ketika menjawab soalan lisan Datuk Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam) yang mewakili Datuk Harun Taib (Pas-Manir), yang mahukan penjelasan sama ada kerajaan negeri dapat mengesan rakyat negeri itu yang menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. Ahmad berkata, mengikut laporan, terdapat 200 orang penyokong Pas Terengganu turut menyertai perhimpunan itu di Kuala Lumpur. Abdul Wahid kemudian bangun mencelah dengan berkata ia bukan 200 orang, tetapi seramai 313 orang Terengganu yang menyertai perhimpunan Bersih pada hari berkenaan. Kepada soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Rhu Rendang), Ahmad memberitahu dewan bahawa kerajaan negeri menuntut RM2.1 bilion wang royalti petroleum dari kerajaan pusat dan setakat ini kerajaan pusat telah bersetuju membayar sebanyak RM1.7 bilion secara berperingkat-peringkat. "Sehingga bulan Ogos ini kerajaan negeri telah menerima sebanyak RM200 juta," katanya. Persidangan disambung esok. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tiada Kecederaan Pada Dubur Saiful-Pakar Posted: 23 Aug 2011 12:40 AM PDT Ditulis oleh Hadri Yaziz KUALA LUMPUR : Bekas doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohamed Osman Abd Hamid hari ini mengesahkan bahawa tiada kecederaan pada dubur pengadu Saiful Bukhari Azlan ketika beliau hadir ke hospital itu pada 28 Jun 2008. Osman yang mengambil tempat di kandang saksi sesi pembelaan memberitahu mahkamah bahawa sewaktu memeriksa Saiful, beliau mendapati keadaan dubur adalah normal tanpa sebarang kecederaan. Namun katanya Saiful bertegas menyatakan bahawa beliau diliwat. "Dia (Saiful) terus bercakap kepada saya dan katanya melibatkan VIP dan dia berada berasa takut," kata Osman di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah. Justeru Osman berkata pihaknya mencadangkan supaya Saiful merujuk kepada hospital kerajaan dan membuat laporan polis. Osman walau bagaimanapun berkata beliau memasukkan protoskop ke dalam dubur Saiful untuk memeriksa kecederaan. Timbalan Pendakwaraya Datuk Yusof Zainal Abiden mengambil giliran menyoalbalas Osman dengan bertanyakan adakah sodomi berlaku sekiranya plastik dimasukkan ke dalam dubur, Osman berkata tidak. Terdahulu Dr Osman ada memberitahu, Saiful telah mengadu kepadanya bahawa beliau merasa sakit di dalam lubang duburnya selama beberapa hari dan kelihatannya seperti ada bahan "plastik" dimasukkan. Oleh itu, Yusof mendakwa Osman tidak bertanyakan soalan spesifik kepada Saiful tentang kejadian diliwat memandangkan beliau tidak berpengalaman tentang hal tersebut. "Saya tanya sekiranya dia buasir, pendarahan dubur. Tapi saya tidak tanya apa telah terjadi," ujar beliau. Kini giliran pakar forensik dan ahli patologi, Dr David Wells disoalbalas oleh peguambela Sankara Nair. David berkata sepanjang kariernya beliau telah mengendalikan banyak kes tentang serangan seksual, penderaan kanak-kanak dan sebagainya. Mahkamah Tinggi di sini hari ini akan mendengar keterangan daripada Osman dan dua pakar patologi forensik, Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald. Perbicaraan kes fitnah liwat dua ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memasuki hari kedua, akan menyaksikan ketiga-tiga mereka memberikan keterangan masing-masing. Mereka sebelum ini telah bersama-sama pihak pembelaan sejak awal perbicaraan dan telah mendengar keterangan daripada pihak polis, doktor Hospital Kuala Lumpur dan ahli kimia. Anwar semalam yang memilih untuk untuk membaca satu kenyataan dalam kandang tertuduh, mungkin juga terpaksa berhadapan pemeriksaan balas. Lazimnya, keterangan dari kandang tertuduh oleh seseorang tertuduh tidak boleh diperiksa balas. Walau bagaimanapun, Yusof memberitahu mahkamah, bahawa beliau "teringin sangat untuk memeriksa balas Anwar". "Saya perlu mengkaji kes-kes yang lalu kerana saya teringin sangat untuk memeriksa balas Anwar, yang dalam pembelaannya semata-mata memberi kenyataan politik," kata Yusof. Anwar, dalam kenyataan sepanjang 32 halaman semalam menafikan bahawa beliau mempunyai hubungan seks dengan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1 Kondominimum Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008. Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Dr Osman : Saiful Memang Ada Beritahu Plastik Dimasukkan Ke Dalam Duburnya Posted: 23 Aug 2011 12:36 AM PDT Ditulis oleh Hadri Yaziz KUALA LUMPUR : Pengadu dalam kes fitnah liwat ke II ke atas Ketua Pembangkang, Saiful Bukhari Azlan ada memberitahu bahawa objek seperti plastik dimasukkan ke dalam duburnya sama seperti yang tertera dalam laporan perubatan, kata bekas doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohamed Osman Abdul Hamid. Dr Osman juga setuju dengan Ketua Pendakwaraya, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden bahawa Saiful ada memaklumkan padanya bahawa beliau diliwat oleh seorang VIP namun bertegas bahawa Saiful ada mengakui objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya. Saiful datang ke Pusrawi pada 28 Jun 2008, dua hari selepas beliau didakwa diliwat oleh Anwar. Dia mengadu kepada Dr Osman bahawa beliau mengalami kesakitan pada duburnya. Dr Osman yang menjalani pemeriksaan pada dubur Saiful bagaimanapun mendapati tiada kesan koyakan atau berdarah di kawasan berkenaan dan ketika itu katanya, Saiful memberitahunya dia diliwat dengan objek plastik dimasukkan ke duburnya. "Saya ada catatkan ini selepas Saiful beritahu saya selepas pemeriksaan dijalankan dan ada masukkan sebuah protoskop," katanya. Menjawap soalan Yusof, Osman berkata memasukkan plastik bukan meliwat. Beliau juga menafikan bahawa nota perubatan itu ditambah kemudiannya. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pakatan tak wajar persoal panel khas, kata timbalan menteri Posted: 23 Aug 2011 12:35 AM PDT KUALA LUMPUR— Datuk Saifuddin Abdullah meminta Pakatan Rakyat menyertai jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai pembaharuan sistem pilihan raya yang bakal ditubuhkan Oktober ini. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini berkata, tindakan pemimpin Pakatan Rakyat yang mempersoalkan keikhlasan pentadbiran Najib sangat dikesali. "Pembangkanbg desak Barisan Nasional (BN) macam-macam, kini bila BN cadangkan jawatankuasa pilihan khas Parlimen... kenapa pula nak pulaukan. "Saya harap Pakatan Rakyat terima dan sertai jawatankuasa pilihan khas Parlimen ini. Saya juga harap jawatankuasa ini membincangkan melangkaui tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0)," kata ahli Majlis Tertinggi Umno ini kepada The Malaysian Insider. Saifuddin (gambar) menambah: "BN, Pakatan Rakyat dan Bebas wajar dibenarkan membawa pemikiran-pemikiran yang bernas untuk bukan sekadar memperbaiki sistem pilihan raya sahaja tetapi juga keseluruhan amalan demokrasi di negara ini." Pakatan Rakyat akan memutuskan pendirian sama ada mahu menyertai jawatankuasa itu esok, dengan beberapa pemimpin utama berkata kemungkinan akan memulaukan jawatankuasa itu jika tidak memenuhi syarat perikatan tersebut. Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan bila-bila masa dan tidak akan bergantung pada prosiding jawatankuasa pilihan khas Parlimen. Bersih 2.0 sebelum ini berkata jawatankuasa pilihan khas Parlimen tidak akan bermakna sekiranya pilihan raya umum ke-13 diadakan sebelum pembaharuan sistem pilihan raya dilakukan. Najib juga meminta pihak-pihak yang mempertikaikan jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai pembaharuan sistem pilihan raya agar tidak meragui keikhlasan kerajaan meskipun kemungkinan pilihan raya umum ke-13 diadakan lebih awal. - menambah pentadbirannya komited mahu melakukan reformasi pilihan raya. Jelas Saifuddin, pentadbiran Najib ikhlas untuk menubuhkan jawatankuasa pilihan khas itu selain komited untuk melakukan reformasi pilihan raya. "Ini penting dalam mewujudkan amalan politik baru bagi mematangkan demokrasi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat. "Saya beranggapan bahawa jawatankuasa ini perlu melihat sistem pilihan raya kita dengan holistik, ia perlu mengkaji perkara-perkara dasar dalam sistem pilihan raya dan amalan demokrasi kita termasuk menilai sejauh mana kita melaksanakan beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan pilihan raya dan demokrasi," katanya. Mengakui bukan semua tuntutan Bersih 2.0 boleh dilaksanakan sebelum pilihan raya umum ke-13, namun Saifuddin menegaskan Putrajaya perlu melaksanakan mana-mana tuntutan atau perkara yang "boleh disegerakan." "Oleh kerana jawatankuasa ini perlu melihat sistem pilihan raya secara holistik maka mana-mana perkara yang boleh dijalankan dengan segera, perlulah dilaksanakan segera iaitu dalam pilihan raya umum ke-13. "Tetapi mana-mana perkara yang memerlukan perubahan yang besar contohnya (melibatkan) pindaan Perlembagaan Persekutuan maka ia mungkin tidak sempat dilaksanakan sebelum pilihan raya umum ke-13," katanya. Justeru kata Ahli Parlimen Temerloh ini, beliau berharap Pakatan Rakyat tidak menjadikan keengganan Putrajaya mahu melaksanakan semua tuntutan sebagai alasan untuk tidak menyertai jawatankuasa itu. "Dalam hal ini saya rasa jawatankuasa perlu menetapkan rancangan pelaksanaannya dulu, seandainya apabila tempoh (mandat) Parlimen telah tamat dan masih ada perkara yang belum diputuskan maka pilihan raya umum ke-13 tetap akan diadakan. "Memang tidak boleh jamin semua kerja-kerja jawatankuasa ini akan siap sebelum April 2013... sesiapa pun tidak boleh jamin," katanya. Bagaimanapun jelas Saifuddin, beliau juga meminta semua pihak termasuk Pakatan Rakyat agar bertenang sehingga jawatankuasa pilihan khas itu ditubuhkan. Ini kerana jelas beliau fungsi dan tugas jawatankuasa itu hanya akan diketahui selepas ia ditubuhkan. Ditanya mengenai keanggotaan jawatankuasa itu, Saifuddin berkata "ia adil" kepada semua pihak termasuk Pakatan Rakyat. "Keanggotaan jawatankuasa ini adalah adil, definisi adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. "Dalam Dewan Rakyat BN lebih daripada Pakatan Rakyat dan Bebas, jadi komposisi lima (BN), tiga (Pakatan Rakyat) dan satu Bebas adalah adil," katanya. Jawatankuasa pilihan khas Parlimen akan dibentuk rangka kerjanya berdasarkan lapan tuntutan Bersih 2,0. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, perkara itu dipersetujui selepas mengadakan pertemuan dengan wakil dari Dewan Rakyat, Jabatan Peguam Negara dan kedua-dua pengerusi dan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Doktor Pusrawi ubah laporan perubatan Saiful, dakwa pendakwa raya Posted: 23 Aug 2011 12:33 AM PDT KUALA LUMPUR ─ Pendakwa raya kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh seorang pegawai perubatan telah mengubah laporan perubatan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008. Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menyerang kredibilti bekas doktor hospital Pusrawi Dr Muhd Osman Abd Hamid ─ individu yang melakukan pemeriksaan ke atas Saiful selepas dia membuat laporan polis terhadap Anwar. Osman memberitahu mahkamah bahawa Saiful mengadu sakit di bahagian duburnya dan tidak boleh membuang air besar selama seminggu sebelum pemeriksaan dilakukan. Doktor itu menambah, dia mendapati dubur Saiful "sihat dan normal". Osman kemudiannya berkata Saiful mendakwa dia diserang di bahagian dubur, dengan merujuk kepada 'satu plastik', tetapi Yusof dengan segera membantah. Apabila ditanya lebih lanjut, bekas pegawai perubatan Pusrawi itu kemudiannya berkata selepas pemeriksaan Saiful memberitahu dia "diliwat dan satu plastik dimasukkan." Pada ketika ini, Yusof menyatakan "kemasukan plastik" tidak dinyatakan dalam laporan perubatan asal Saiful dan Osman menambah, ia dicatatkan oleh pihak polis tahun lepas. Pendakwa utama menyifatkan Osman sebagai "lelaki yang mudah diperdaya" dan menyatakan bahawa doktor itu telah bersetuju untuk menandatangani pengisytiharan undang-undang (SD) di atas permintaan peguam yang dia tidak kenali. Osman bersetuju akan perkara itu dan berkata ketika itu dia "begitu takut." "Anda seorang lelaki yang mudah diperdaya, anda percaya semua yang orang kata. Anda akan melakukan apa sahaja untuk semua orang, sebab itu saya katakan pengertian plastik yang dimasukkan ke dalam dubur itu ditambah kemudian. Saiful menafikan berkata begitu. "Saya katakan dia tidak kata apa-apa mengenai plastik," kata Yusof. Namun Osman menegaskan Saiful berkata begitu. MENYUSUL LAGI | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kes liwat: Pakar forensik dakwa laporan HKL periksa Saiful cacat Posted: 23 Aug 2011 12:31 AM PDT KUALA LUMPUR ─ Seorang pakar forensik mencabar keputusan dan penemuan pemeriksaan perubatan kendalian Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan menegaskan laporan perubatan itu adalah kecacatan. Saksi kedua pasukan pembela Dr David Wells memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa laporan disediakan oleh doktor HKL ─ Dr Mohd Razali Ibrahim, Dr Siew Sheue Feng dan Dr Khairul Nizam Hassan tidak tepat. Ketiga-tiga mereka merupakan doktor di HKL yang memeriksa Saiful pada 28 Jun 2008 selepas mendakwa diliwat oleh seorang ahli pemimpin politik berprofil tinggi. "Saya tidak mendapat keyakinan apa yang penyedia (laporan) sebenarnya katakan," kata Dr Wells. Dr Wells juga tidak bersetuju dengan rumusan laporan mengatakan tiada penemuan "konklusif" mengenai persoalan sama ada terdapat sebarang penembusan di bahagian dubur atau rektum Saiful. "Laporan itu seharusnya menyebut 'tiada penemuan klinikal'. Perkataan konklusif meninggalkan keraguan sama ada terdapat penembusan ataupun sebaliknya," kata beliau. Beliau juga menimbulkan persoalan mengenai percanggahan antara laporan proforma dan laporan pemeriksaan perubatan ke atas Saiful. MENYUSUL LAGI | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
JK Parlimen berbagai parti buat p'raya Posted: 23 Aug 2011 12:30 AM PDT
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kerap kemalangan: Penduduk mahu jalan dilebarkan Posted: 23 Aug 2011 12:24 AM PDT
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pakatan Rakyat mengalu-alukan BN mencontohi polisi ekonominya Posted: 23 Aug 2011 12:22 AM PDT
Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat mengalu-alukan kesedaran terlewat oleh Barisan Nasional mengenai betapa peripentingnya membantu golongan yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Disebalik topeng projek-projek infrastruktur mega yang dijulang dan digemari oleh kerajaan Barisan Nasional ialah sebuah Negara Malaysia yang sebenarnya amat sederhana pencapaiannya. Beratus billion telah dihabiskan untuk berbagai rancangan induk dan projek mega tetapi hakikatnya:
Aspek paling penting dalam Bajet Alternatif Pakatan Rakyat 2012, dengan judul yang tepat sekali iaitu Kesejahteraan Untuk Semua, ialah:
Sekiranya diberi peluang oleh rakyat, Kerajaan Persekutuan Pakatan Rakyat akan merombak secara menyeluruh dasar-dasar kerajaan BM ini agar dapat meningkatkan pendapatan boleh guna 60% dari rakyat Malaysia kepada satu keadaan di mana mereka boleh membangunkan satu kehidupan yang mengangkat martabat manusia dan meningkatkan kedudukan kewangan mereka juga. Ini secara langsungnya akan meningkatkan penggunaan domestik dalam satu cara yang mampan; seperti makna pepatah Inggeris iaitu "air yang pasang akan mengangkat kedudukan semua bot". Menteri Kewangan Kedua Ahmad Husni Hanadzlah (gambar kiri) semalam mengumumkan yang (PEMANDU) telah ditugaskan untuk mengkaji langkah baru membantu meringankan kos sara hidup meningkat bagi yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 setiap bulan. Ini ialah kali ketiga dalam satu bulan, Kerajaan Barisan Nasional telah terpaksa memberi reaksi kepada pengumuman-pengumuman ekonomi oleh Pakatan Rakyat dengan meniru cadangan-cadangan yang diutarakan. Dua peristiwa yang lain sebelum ini ialah pengumuman satu lagi NKRA yang baru mengenai kos sara hidup SELEPAS Pakatan Rakyat mengadakan Perundingan Meja Bulat yang dipengerusikan oleh Anwar Ibrahim mengenai inflasi; dan siaran blog Perdana Menteri Najib Tun Razak pada 10 Ogos 2011 mengenai kos sara hidup Pengakuan oleh Husni dan Kerajaan Barisan Nasional bahawa mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 memerlukan bantuan ialah satu kenyataan jelas tentang kegagalan Barisan Nasional mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi dan BN tidak mengendahkan nasib 60% rakyat Malaysia dalam merangka polisi ekonomi mereka. Satu rangkakerja polisi yang baru nyata amatlah diperlukan untuk membantu majoriti 60% rakyat Malaysia biasa untuk menjalani taraf hidup yang berkualiti dengan kurang daripada RM3,000 setiap bulan. Adalah dijangkakan modifikasi tempelan oleh PEMANDU itu tidak akan mengakibatkan banyak perubahan kerana PEMANDU hanya mempunyai jangkamasa 2 minggu sahaja untuk mengeluarkan rangkakerja polisi yang baru tersebut. Ekonomi berpaksikan kroni BN mestilah memberi laluan kepada satu rangka kerja ekonomi bersifat berpaksikan rakyat. Rangkakerja Bajet Pakatan Rakyat "Kesejahteraan Untuk Semua" termasuklah mengurus cabaran-cabaran dasar berikut: 1. Meningkatkan pendapatan dan produktiviti
2. Meningkatkan pendapatan bolehguna Bajet Alternatif Pakatan Rakyat akan mengkaji empat perbelanjaan besar untuk keluarga-keluarga yang bergelut dengan kos sara hidup yang meningkat dan mengkaji peranan kerajaan dalam meningkatkan pendapatan boleh guna melalui penyampaian perkhidmatan awam lebih efektif dan efisien:
Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat telah menyatakan rangkakerja kami mengenai monopoli beras oleh BERNAS, oligopoli gula dan MAS / kartel syarikat penerbangan Air Asia yang dimudahcarakan oleh GLCs. Lebih banyak butiran pada sektor lain akan ditampilkan pada bulan September ini dengan butiran penuh terkandung di dalam dokumen akhir belanjawan alternatif nanti. * Kenyataan media oleh Dr Dzulkifli Ahmad, Liew Chin Tong dan YB Tian Chua dari Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Hancurnya Mitos Najib? Lebihan perbelanjaan operasi yang ketara Posted: 23 Aug 2011 12:20 AM PDT
Najib Razak yang belum genap dua tahun menyandang jawatan Perdana Menteri berkemungkinan besar berdepan dengan kemelut ekonomi dunia untuk kali kedua. Seandainya dugaan ini menjadi realiti, maka "suasana feel good" yang diwujudkan Najib melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) mungkin akan melenyap dalam sekelip mata. Untuk Najib, ia mungkin persimpangan yang penting dalam kemuncak hayat politiknya. Ini kerana ia bakal menentukan sama ada "mitos Najib" akan dilanjutkan atau menuju kehancuran.
(*Sehingga musim pertama 2011) Keadaan ini tidak diperbaiki, sebaliknya lebih ketara selepas Najib menyandang jawatan PM pada tahun 2009. Misalnya, perbelanjaan operasi sebenar kerajaan Najib mencatat RM152.2 bilion pada tahun 2010, mencatat lebihan sejumlah RM13.9 bilion dari anggaran Belanjawan 2010 (RM138.3 bilion), atau bersamaan lebihan 10.1%. *Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Amy (Search) terkejut Nabila mahu cerai Posted: 23 Aug 2011 12:18 AM PDT PETALING JAYA - Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy ternyata terkejut dengan keputusan anaknya, Nabila Huda, 27, yang ingin memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, selepas tiga tahun berumah tangga.
- Kosmo |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan