Selasa, 23 Ogos 2011

Biaqpila

Biaqpila


BAPA TOLAK 3 ANAK KE DALAM KOLAM

Posted: 23 Aug 2011 03:00 PM PDT

3 beradik mati lemas dipercayai ditolak bapa ke dalam kolam air

KLUANG: Tiga kanak-kanak meninggal dunia dipercayai akibat lemas selepas ditolak ke dalam sebuah kolam takungan air oleh bapa mereka dalam kejadian di Ladang Lambak/Elaeis, Jalan Mengkibol, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Fawzi Arshad berkata dua kanak-kanak perempuan berumur tiga dan lima tahun serta adik lelaki mereka, berusia dua tahun, dipercayai ditolak ke dalam kolam kira-kira 500 meter dari rumah mereka pada 7.30 malam.

"Ketiga-tiga beradik itu dipercayai dibawa ke kolam berkenaan oleh bapa mereka yang berumur 29 tahun dengan alasan untuk memancing ikan sebelum ditolak dan mati lemas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, di sini, hari ini.

Mohd Fawzi berkata pusat kawalan IPD Kluang menerima maklumat kejadian itu daripada orang awam pada 10.20 malam sebelum meminta bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat Kluang bagi melakukan gerakan mencari dan menyelamat mangsa.


Beliau berkata mayat kesemua kanak-kanak yang lengkap berpakaian itu ditemui kira-kira satu setengah jam kemudian.


Katanya polis kemudian berjaya menahan bapa kanak-kanak terbabit di rumahnya malam tadi, yang merupakan pemandu traktor di ladang berkenaan yang cuba membunuh diri dengan meminum racun.

Lelaki itu katanya turut berada di bawah pengaruh alkohol dan kini ditempatkan di Hospital Kluang untuk rawatan.

"Polis sedang menyiasat motif kejadian mengapa lelaki itu sanggup menolak anaknya ke dalam kolam yang menjurus kematian. Bedah siasat terhadap tiga kanak-kanak terbabit akan dilakukan hari ini untuk mengetahui punca kematian sebenar," katanya.

Menurut Mohd Fawzi polis sudah merekodkan keterangan ibu kanak-kanak itu yang berumur 23 tahun bagi membantu siasatan dan polis sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk menahan reman suaminya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

ARTIS KOMEDI NEGARA DIGILAI WANITA?

Posted: 23 Aug 2011 07:39 AM PDT


Mungkin kerana sifat semulakadi mereka yang sememangnya lucu, menghibur dan menggamatkan suasana, beberapa pelakon komedi menjadi kegilaan gadis serta para peminat wanita hingga sanggup bercinta serta berkahwin dengan mereka.Antara artis komedi yang terpanas di pasaran ialah Salleh Yaakob atau lebih dikenali sebagai 'Abang Jem..I follow' dan Tauke dari kumpulan lawak, Jambu, yang dikatakan sedang hangat berpacaran dengan beberapa orang wanita.

Salleh Yaakob, 49, terbukti menjuarai carta pelakon komedi paling panas apabila mencukupkan kuota kahwin empat setelah bernikah dengan isteri terbarunya, Samihah Sheikh Amy, yang sedang menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam dan baru berusia 25 tahun.

Salleh mula berkahwin dengan isteri pertamanya pada tahun 1980 dan kemudiannya meminta izin dengan isterinya itu untuk berkahwin dengan isteri keduanya pada tahun 1989.

Bagaimanapun, setelah berkahwin dengan isteri kedua, Norlizah Mamat, 46, jodohnya dengan isteri pertamanya itu tidak panjang dan ditakdirkan bercerai.

'Abang Jem' kemudiannya berkahwin dengan isteri keduanya, Norraha Hamat, 42, dan kemudian menambah isteri ketiga dengan mengahwini Noorfara Wahida Sulaiman, 32.

Hasil dari keempat-empat perkahwinan itu, penyampai radio Sinar FM yang terkenal itu dikurniakan 11 orang anak, manakala isteri keempatnya belum lagi melahirkan anak untuk melengkapkan sedozen zuriatnya.

Menariknya, Salleh turut memberikan tips untuk lelaki yang ingin menambah isteri untuk berlaku jujur kepada pasangan mereka dan meminta izin seikhlasnya dari isteri masing-masing sebagaimana yang diamalkannya selama ini.

Berlainan pula kisahnya dengan Tauke dari kumpulan lawak terkenal, Jambu, yang sedang menghadapi masalah dengan isterinya sekarang.

Menurut laman web hiburan terkenal, Beatifulnara.com, meskipun masalah dengan isterinya itu belum selesai, Tauke sedang asyik berkasih dan berkepit dengan seorang gadis, serta tanpa segan silu mengaku mempunyai ramai teman wanita.

Terbaru, laman blog hiburan tersebut turut memuatkan gambar Tauke bersama seorang gadis berusia 24 tahun dan berasal dari Johor, yang dikatakan sebagai kekasih terbarunya.

Menurut Abang Nara, kekasihnya itu telah menukar statusnya di Facebook kepada 'sedang berhubungan cinta' dengan pelawak yang beridentitikan warna merah jambu tersebut.

Malah, dikatakan juga bahawa hubungan mereka sangat rapat bagaikan 'belangkas' apabila sering menemani Tauke ke lokasi pergambaran.

'Beruntung' betul pelakon komedi di zaman sekarang berbanding beberapa selebriti lain yang tidak panjang jodoh mereka walaupun dikurniakan Tuhan dengan wajah yang kacak, contohnya Jimmy Shanley yang baru berpisah dengan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25.

Bagaimanapun, kepada lelaki diluar sana, harapnya bekalkan diri dengan ilmu penuh di dada sebelum berumahtangga, khususnya asas agama yang kuat, kerana bukan mudah untuk melayari bahtera perkahwinan.

Bak kata pepatah, 'jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga'!

kl-today



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Lawak yg kena keluaq modai

Posted: 23 Aug 2011 12:00 AM PDT



DEY MACHA!!!
INILAH WAJAH DUIT RAYA TERBARU
SEMPENA RAYA TAHUN NI
STOK TERHAD...
KAT MALAYSIA CUMA ADA SEKEPING JE
TU PUN UNTUK TUJUAN BUAT LAWAK
PASAI GUA TENGOK HANGPA SEMUA MENGANTUK
PETANG-PETANG MACAM NI
PANTANG DUDUK SIKIT TERLELAP
KAH! KAH! KAH!

GELAK-GELAK JUGAK BEB
DI MUSIM-MUSIM RAYA MACAM NI
ELOK JAGA ANAK-ANAK KITA
JAGA DOK PERABIH DUIT BELI MERCUN
TAKUT SAT LAGI KENA PERABIH DUIT PULAK NAK BERUBAT
TENGOK GAMBAQ NI...NGERI BEB...



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Umno Semakin Hilang Punca,Saat Terbaik Tawan Putra Jaya

Posted: 22 Aug 2011 09:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

UMNO kini terumbang-ambing untuk mencari isu baru yang boleh digunakan bagi memburukkan imej PR. Setakat ini kesemua isu yang dibawa oleh Umno gagal samasekali dan kebanyakannya memakan diri sendiri.
 PRU ke 13 nanti, satu-satunya PRU yang paling selesa untuk PR menguburkan Umno/Bn dan kita hanya perlu bekerja lebih kuat lagi agar segala maklumat dan tipu daya mereka disampaikan kepada seluruh rakyat.


Umno cuba bermain dengan isu JAIS memasuki gereja kononnya untuk menggambarkan Kerajaan PR Selangor di bawah PKR gagal tangani isu murtad. Apabila Kerajaan Negeri Selangor bertindak pantas dengan menyerahkan siasatan kes ini kepada JAIS dan tidak melatah dengan mainan politik Umno, maka gagal lagi helah parti sekular ini. Kerajaan Negeri Selangor merujuk isu ini kepada Sultan Selangor selaku Ketua Agama, dan dibentuk pula Majlis Syura yang melibatkan Mufti Selangor, maka bertambah kecewa Umno untuk terus bermain dengan isu yang dianggap kontroversi ini.

Tindakan bijak PAS yang tidak terperangkap dengan helah Umno untuk memecahbelahkan hubungan di antara Exco Agama Dr Hassan Ali dengan pimpinan PAS serta Kerajaan Negeri Selangor tentunya mengecewakan Umno. Akhirnya isu ini menjadi basi dan tidak lagi sehangat awalnya. Apa yang timbul, Umno dipersalahkan kerana lebih 50 tahun mereka memerintah negara ini namun parti ini tidak pernah serius dengan gejala murtad. Tidak kurang dari dua atau tiga kali PAS pernah usulkan di Parlimen agar Undang-Undang Murtad ini dipinda, namun Umno tidak pernah peka dan sensitif. Sekarang, Umno cuba untuk menjadi hero membela Islam kononnya.

Timbul pula isu melarang penggunaan pembesar suara sewaktu membaca Al-Quran diwaktu Subuh di P.Pinang. Umno terus menonjolkan diri untuk menjadi juara membela Islam di P.Pinang pula. Zahid Hamidi secara tiba-tiba bersuara di dalam hal ini dengan menggunakan akalnya yang cetek di dalam membicarakan soal hukum agama. Beliau mahu menunjukkan kehebatannya dalam aspek hukum mengatasi Majlis Fatwa P.Pinang. Perangkap tidak menjadi, rupa-rupanya larangan tersebut telah lama dikuatkuasakan di Perlis sebuah negeri di bawah Umno. Gagal lagi Umno di dalam isu ini.

Jelas, Umno semakin terdesak tambahan pula apa yang mereka cuba rahsiakan selama ini terbongkar. Skandal SPR dan JPN ternyata meresahkan Umno kerana kesemua bukti yang didedahkan oleh PR tentang salah laku dan ketidak kecekapan badan ini amat sukar ditangkis lagi. Najib akhirnya terpaksa akut untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas di Parlimen untuk menangani isu yang sudah terbongkar ini. Namun, putar belit Najib terserlah apabila menyebut PRU akan diadakan tanpa mengira apa jua yang dilakukan oleh Jawatankuasa Khas ini nanti. Ertinya, Jawatankuasa Khas yang ingin ditubuhkan tersebut hanya topeng semata-mata untuk meredakan tekanan yang dihadapi oleh SPR dan JPN.

Harus kita ingat, tiada apa lagi yang boleh kita percaya dari mulut Najib. Kita harus fokus untuk terus bekerja kuat meyakini rakyat bahawa negara ini lebih selamat jika Umno/Bn dapat disingkirkan dari Putrajaya. Inilah saat paling baik buat PR, dan jangan lepaskan peluang ini. Jangan benarkan Umno bernafas walaupun sesaat./wfauzdin.blogspot.com



DD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

PAS akan dedah bukti, Umno main peranan operasi Jais

Posted: 22 Aug 2011 06:00 PM PDT


Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD

Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali menyeru pemimpin dan ahli PAS supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan "perangkap" Umno dalam isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Gereja Methodist D a m a n s a r a U t a m a (GMDU).

"Saya dapat mak lumat 'dalaman' Jais (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Daman sara Utama, Petaling Jaya itu," dedahnya pada sidang media di Pejabat PAS Terengganu, Isnin lalu.

Turut sama Pesuruhjaya dan Setiausaha PAS Negeri, Mohd Abdul Wahid Endut dan Yahaya Ali. M u s t a f a b e r k a t a , oleh kerana maklumat 'dalaman' itu tersangat boleh dipercayai, maka mendedahkannya ekoran timbul pelbagai tafsiran tentang operasi yang dilakukan Jais itu. Beliau bersedia mendedahkan maklumat itu kepada Pengarah Jais dalam pertemuan yang akan diadakan nanti.

"Kami akan dedah maklumat- maklumat ini kepada beliau. Ini bergantung kepada Jais, jika esok dia hendak berjumpa kita dedah esok, hendak jumpa bila pun, insya-Allah," ujarnya.

Sepatutnya, kata beliau pemimpin PAS mengadakan perjumpaan dengan Jais pada Selasa 16 Ogos lalu, tetapi pihak Jais memberi jawapan tidak dapat bertemu kerana dinasihati oleh Tuanku Sultan Selangor berdasarkan surat jawapannya kerana penyiasatan Jais belum lagi selesai.

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata, baginda "menasihatkan" Jais agar tidak bertemu dengan mana-mana pihak bagi menjaga maklumat siasatan daripada terlepas.

"Memang kita minta berjumpa, tetapi jawapan Jais telah pun diberikan secara bertulis, atas beberapa perkara (alasan) kerana kes itu dalam siasatan.

"Dan atas nasihat Tuanku Sultan, untuk Jais tidak lagi bertemu mana-mana pihak supaya menjaga, supaya maklumat siasatan itu tidak terlepas kepada pihak lain," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Mahfuz berkata, PAS masih berharap dapat bertemu Jais selepas jabatan itu menyelesaikan penyiasatannya.

"Kami tetap harap temu, (kita) nak dengar dari pihak Jais... Kita nak tau apa sebenarnya berlaku. Nak jumpa Jais, gereja (tanya) apa yang berlaku pada hari itu.

"(Sebab) itu kita nak jumpa, Jais kata tak serbu, pihak gereja dan NGO kata serbuan, (sebab) itulah kita nak jumpa," ujarnya.

Tegasnya, siasatan perlu diselesaikan segera bagi meredakan isu tersebut dari timbulnya pelbagai spekulasi yang tidak sihat khususnya dalam kehidupan masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Dalam perkembangan berkaitan, Mustafa memberitahu, PAS juga menerima surat daripada pihak Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) 15 Ogos lalu, meminta pertemuan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Dalam suratnya menyatakan ianya terpaksa ditangguhkan kerana isu ini sudah menjadi terlalu umum dan mendapat pelbagai tafsiran daripada pelbagai pihak.

"Sebab yang diberikan isu ini sudah menjadi t e r l a l u u m u m dan ditafsirkan macam-macam," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, Selasa, 16 Ogos lalu.

Ditanya harapan PAS terhadap pertemuan tersebut, Mustafa ber kata ianya bag i m e n d e n g a r penjelasan da ripada semua pihak.

"Oleh kerana tidak bertemu lagi, jadi tidak ada kesimpulan lagilah," katanya.

Pertemuan yang sepatutnya berlangsung di GMDU 4 petang 16 Ogos itu, melibatkan sembilan pimpinan PAS termasuk beliau.

Mereka diketuai Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Salahudin Ayub, Ketua Penerangan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, AJK PAS Pusat Idris Ahmad, Dr Siti Mariah Mahmod, Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Mujahid Yusof dan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman.

DD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: