DIALOG RAKYAT |
- September semakin hampir, siasatan Scorpenes merisaukan Najib
- Tindakan tegas jika gagal asingkan barangan tidak halal
- Jururawat dan bayi dalam kandungan maut
- Pra-gaya politik acuhan?
- Dr Koh sedia lawan pihak pertikai kepimpinannya
- Azmil Mustapha nafi menghina Agong
- Kementerian diminta kaji hapus satu tol l'raya Cheras-Kajang
- PAS: Ketidakikhlasan BN semarak semangat himpunan BERSIH 3.0
- 621 guru Pasti terima tunggakan
- KITA Letak Calon Di Selangor, Kelantan: Zaid Ibrahim
- Pemandu Diarah Kaji Langkah Bantu Golongan Berpendapatan Bawah RM3,000
- RASUAH DAN KEBOCORAN PINTU MASUK NEGARA
- PKR GESA 'SULTAN ZAKARIA’ MOHON MAAF
- Lapor SPR jika sangsi daftar pemilih
- Tiada kompromi kelayakan pengundi - Hishammuddin
- 2,919 kes penyakit tangan, kaki dan mulut dilapor hingga 13 Ogos
- Akhbar Kompas mohon maaf kepada Najib dan keluarga
- Najib gula-gulakan warga Felda untuk tutup isu sebenar
- Kenapa JANGAN SOKONG UMNO
- Politik negara makin kotor
- Harga Rumah Semasa Tahun 2011 Semakin Melonjak Naik?
- Bersih 2.0 : Kerajaan Patut Akui Kesilapan- Kit Siang
- PAS Tidak Mahu Sertai PSC, Kekal Desak Suruhanjaya Diraja
- PAS Tidak Mahu Sertai PSC, Kekal Desak Suruhanjaya Diraja
- Najib Zahirkan Keretakan Umno- Mat Sabu
September semakin hampir, siasatan Scorpenes merisaukan Najib Posted: 21 Aug 2011 03:13 PM PDT Chiifen Hiu, Malaysia Chronicle Sembilan tahun yang lalu pada tahun 2002, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah Menteri Pertahanan, Malaysia telah membeli dua kapal selam serang diesel-elektrik Scorpene dari syarikat Perancis DCNS. Ia merupakan sebahagian daripada usaha untuk menaik taraf angkatan tentera laut Malaysia. Ini telah mencetuskan rantaian peristiwa termasuk rasuah, pembunuhan dan seks persis plot sebuah novel terlaris dipasaran. Suatu penyiasatan dijalankan ke atas perjanjian yang berlaku pada tahun 2002 oleh seorang hakim penyiasatan yang dilantik oleh Perancis bertujuan untuk "mendapatkan kebenaran sekitar komisen", mengikut kata ahli kumpulan hak asasi manusia Suara aktivis Rakyat Malaysia (Suaram), Kua Kia Soong. Masa sudah semakin hampir untuk pembongkaran kes melalui penyiasatan pihak Perancis. Pada bulan September, Najib dan kerajaan akan berada di bawah penelitian terperinci bukan sahaja untuk rasuah yang dikatakan yang telah dibayar sebagai "komisen" kepada pegawai kerajaan semasa jualan tetapi lebih sensasi lagi kerana pembabitan beliau dalam pembunuhan penterjemah Mongolia, Altantuya Sharibuu pada tahun 2006. Semasa penjualan dua kapal selam, sebanyak 114 juta euro telah dibayar sebagai "yuran" oleh DCNS kepada syarikat perunding Perimekar Sdn. Bhd, di mana pemegang saham utama syarikat itu adalah isteri rakan rapat Najib, penganalisa politik Abdul Razak Baginda. Altantuya, yang mempunyai hubungan sulit dengan Baginda, telah mendapat tahu tentang perkara ini dan menuntut 500,000 euro dari Baginda, satu tindakan yang membawa kepada kematian beliau. Yang lain, seperti yang kita tahu, masih lagi diselubungi misteri. Garis masa Berikut adalah garis masa ringkas untuk kejadian yang berlaku melibatkan jual beli Scorpene: Pada bulan Oktober 2006, warganegara Mongolia Altantuya Sharibuu telah ditembak di kepala dan diletupkan dengan bahan letupan C4 di Shah Alam. Ini telah mencetuskan perbicaraan sensasi dan siasatan ke atas pemimpin-pemimpin atasan Malaysia dan pegawai-pegawai kerajaan. Baginda dan dua pegawai polis, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, Polis Tindakan Khas Malaysia dan pengawal peribadi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditangkap kerana membunuh. Pada bulan Jun 2008, Raja Petra Kamarudin dalam akuan bersumpah telah mengimplikasikan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah Mansur dalam pembunuhan Altantuya. Pada bulan Julai 2008, penyiasat persendirian P. Balasubramaniam hilang sehari selepas beliau memfailkan akuan bersumpah yang mendedahkan kaitan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Altantuya dan penglibatannya secara langsung dalam penyiasatan pembunuhan Altantuya. Bala juga mendakwa bahawa Najib pernah mempunyai hubungan seks dengan mangsa, dan Baginda telah mendapatkan Altantuya sebagai kekasih dari Najib. Pada 31 Oktober 2008, Baginda telah dibebaskan daripada dakwaan bersubahat untuk membunuh penterjemah Mongolia, yang telah mempunyai hubungan sulit dengannya. Pada 3 Februari 2009, Sirul merayu kepada mahkamah untuk tidak menjatuhkan hukuman mati ke atasnya kerana dia adalah "kambing hitam yang dikorbankan" untuk melindungi orang-orang yang tidak boleh dinamakan. Pada bulan April 2009, dua anggota polis tindakan khas menerima hukuman mati kerana didapati bersalah membunuh jelitawan Mongolia. Pada bulan Mac 2010, pegawai-pegawai undang-undang Perancis melancarkan siasatan terhadap penjualan kapal selam Scorpene pada2002 atas permintaan Suaram. Bulan lalu, peguam Perancis William Bourdon yang diupah oleh Suaram, dihantar pulang dari Kuala Lumpur selepas memberi ucapan pada majlis makan malam Suaram di Pulau Pinang pada hari Khamis. Gajah di dalam bilik Dengan penyiasatan semakin hampir, siri peristiwa dan tindakan yang meragukan oleh kerajaan Malaysia, kes ini tidak lagi boleh diketepikan atau dikatakan sebagai kebetulan semata-mata. Saling pertindihan antara kematian dan Altantuyadan skandal Scorpene tidak mudah untuk dilepas pandang. Dengan banyaknya misteri yang masih menyelubungi kes ini, penting digariskan hubungan antara pembunuhan Altantuya dan skandal Scorpene, serta penglibatan Najib dan Razak dalam kedua-dua peristiwa di atas tidak kekal sebagai 'gajah di dalam bilik'. Mungkin dengan bermulanya penyiasatan ke atas " Operasi Scorpene" pada bulan September, kebenaran di sebalik pembunuhan Altantuya dan sejauh mana amalan rasuah dalam kerajaan kita akhirnya akan diketahui orang ramai. - Malaysia Chronicle | ||
Tindakan tegas jika gagal asingkan barangan tidak halal Posted: 21 Aug 2011 03:12 PM PDT Pengusaha yang gagal mematuhi peraturan itu boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Perihal Dagangan. KUCHING: Tindakan tegas akan diambil terhadap pengusaha yang gagal mengasingkan kedudukan barangan tidak halal sehingga boleh menimbulkan keraguan di kalangan pelanggan Muslim di negeri ini. Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) Negeri, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, pengusaha yang gagal mematuhi peraturan itu boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Perihal Dagangan. "Pagi tadi kita mendapat aduan daripada seorang pelanggan yang memberitahu bahawa ada sebuah pasar raya di sini yang mencampur adukkan makanan tin halal dan tidak halal di kedudukan rak yang sama yang menimbulkan keraguan kepada pengguna mengenai halalnya," katanya. Menurut Uzir, denda RM100,000 dan penjara tiga tahun bagi peniaga perseorangan dan denda RM250,000 kepada syarikat atau penjara tiga tahun yang dikenakan jika didapati bersalah. Katanya, PDNKK telah mengarahkan pihak pengurusan pengusaha itu untuk mengambil tindakan segera untuk mengalihkan kedudukan barangan-barangan itu di tempat sepatutnya. "Biasanya di setiap pasar raya, mereka ada menyediakan tempat untuk menempatkan produk-produk tidak halal dan halal bagi memudahkan para pelanggan terutamanya di kalangan umat Islam membuat pilihan barangan," katanya. Oleh itu, katanya pihaknya akan terus membuat pemantauan terhadap permis perniagaan itu dalam masa terdekat ini. Kata Uzir, ini merupakan kes pertama yang dilaporkan mengenai kejadian itu di bandaraya ini. Tag: Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) Negeri, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman, | ||
Jururawat dan bayi dalam kandungan maut Posted: 21 Aug 2011 03:10 PM PDT MALAYSIA KINI Kemeriahan Aidilfitri mungkin tidak akan dirasai oleh seorang pegawai polis apabila beliau kehilangan isteri bersama anak dalam kandungan berusia tujuh bulan, dalam satu kemalangan di Kilometer 65 Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan, semalam. Insp Mohd Nor Idham Ali Mat Nor, 27 dari Cawangan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kota Bharu, Kelantan kehilangan isteri Noor Edlina Ahmad Bakhari, 36, ketika mereka dalam perjalanan dari Kota Bharu ke rumah ibu suaminya di Taman Sri Kluang, Johor pada pukul 3.30 petang. Hasrat Noor Edlina yang merupakan seorang jururawat di Hospital Kota Bharu untuk berbuka puasa dan bercuti bersama keluarga mentuanya itu bagaimanapun musnah apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu Mohd Nor Idham terbabas ketika tiba di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata, siasatan awal mendapati kereta tersebut terbabas ke bahagian kiri jalan akibat hilang kawalan sebelum merempuh tiang elektrik. Katanya kereta itu kemudiannya masuk kembali ke jalan dan berpusing beberapa kali sebelum berhenti akibat terlanggar sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan. Beliau berkata kesan hentaman yang kuat akibat kemalangan tersebut menyebabkan mangsa yang berada di tempat duduk penumpang bahagian hadapan cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. "Pemandu Myvi hanya mengalami kecederaan ringan manakala pemandu sebuah lagi kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes itu masih dalam siasatan manakala mayat mangsa telah dituntut oleh ahli keluarganya di Hospital Pekan awal pagi tadi," kata Yahaya kepada pemberita di Pekan. Sementara itu, ibu mentua mangsa, Salbiah Abdullah, 50, berkata beliau tidak mengetahui tentang kepulangan anak dan menantunya itu kerana mereka mahu membuat kejutan kepadanya memandangkan panggilan telefon daripada Mohd Nor Idham beberapa hari lepas memaklumkan bahawa hanya beliau sahaja dapat bercuti bagi menyambut hari raya Aidilfitri. "Saya meminta agar dia pulang bersama-sama isterinya pada hari mereka cuti bekerja dan tidak kisah jika mereka sampai ke kampung walaupun selepas hari raya pertama bagi mengelak mereka terburu-buru," katanya. "Anak saya juga masih trauma atas pemergian isteri yang baru dinikahinya Febuari lalu dan bakal cahaya mata pertama yang masih berada dalam kandungan di depan matanya sendiri," katanya.- Bernama | ||
Posted: 21 Aug 2011 03:08 PM PDT Hazlan Zakaria PENDAPAT Masih samar di balik tabir sejarah, tujuan Sukarno mahu Ganyang Malaysia sekitar 1963. Ada telahan yang dia mahu jadi jagoan, ganti kuasa Eropah yang bagaikan sireh pulang ke gagang, bak diktator Uganda Idi Amin yang mencanang kebangkitan imperialisme tempatan. Ataupun, adakah ianya pra-gaya politik acuhan? Ada pemikir yang percaya Sukarno menggunakan konflik yang terus dinamakan Konfrontasi itu, untuk mengacuh rakyat Indonesia pasca-kemerdekaan, daripada masalah ekonomi, sosial and politik dalaman. 'Serangannya' terhadap Malaysia dijadikan umpan melencong kemarahan rakyat. Apa pun ceritanya, rancangan beliau makan diri apabila Partai Komunis Indonesia (PKI), yang julungnya menyokong pelanggaran kedaulatan negara baru Malaysia, akhirnya mengkhianati beliau, ironisnya menggunakan kelengkapan yang diberi untuk Ganyang Malaysia, untuk melawan Sukarno. Sementara ABRI, Angkatan Bersenjata Republik Indonesia, yang hanya suam-suam dalam menyokong Konfrontasi terhadap Malaysia, sekaligus mengambil alih tampuk pemerintahan, selepas menngalahkan cubaan rampasan kuasa komunis. Dalam kata lain, permasalahan yang cuba diumpan keluar Sukarno, akhirnya kembali memakan dirinya sendiri. Bak kata orang dulu-dulu, senjata makan tuan. Tapi pemimpin Indonesia itu tidaklah bersendirian di Asia mahupun di dunia. Ada lagi yang memakai acuan politik acuhan seperti beliau. Untuk mencari contohnya, kita cuma perlu menyingkap sekitar bangunan-bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur, mahupun istana-istana yang tersergam indah di Putrajaya. Kecacatan sistem p'raya Sebagaiman laporan sumber-sumber bebas, politik acuhan memang menjadi polisi kerajaan Malaysia pimpinan BN. Sesuatu yang terang- benderang dilakukan daripada tragedi May 13 ke Ops Lallang, sehinggalah pertuduhan yang komunis dan juga anasir asing, menjadi dalang disebalik kumpulam pro-pembersihan dan pemantapan pilihanraya, Bersih. Acuan terbabit terus diikuti dalam telahan yang mengkritik sebagai pengkhianat, sesiapa yang menelanjangkan pemalsuan undi dalam tentera, dan juga cubaan mencucuh isu-isu sensitif perkauman dan agama oleh NGO, blog dan juga media massa, dalam genggaman BN, semuanya untuk menutup kecacatan sistem pilihanraya dewasa ini. Tujuan rejim BN boleh dipantau sesiapa yang mahu berfikir secara rasional. Terdesak untuk menangani rentetan tentangan rakyat, terhadap pemerintahan basinya yang sudah 53 tahun itu, pihak yang memegang kuasa perlukan alasan untuk menindas rakyat yang celik dan menghuru-harakan mereka yang masih lagi dilitupi mata dek propaganga BN. Semua ini tidak asing bagi sesiapa yang pernah menonton file produksi Hollywood, Wag The Dog. Apa yang terjadi di Malaysia adalah tersimpul sama tatkala. Ekornya (BN) sedang cuba untuk menggoyangkan badannya (rakyat), sementara kutu-kutu (NGO, blog, media massa kawalan BN) cuba menggeletek rakyat supaya dibuai tidur dan leka. Pendekar-pendekar propaganda BN persis mengamuk, dalam cubaan mecalit hitam mereka yang melawan ketidakadilan kerajaan. Nescaya NGO, media dan blog yang dipipit BN pula, memain peranan mengaburi kebenaran dan menelingkupi mata rakyat. Tetapi, seperti yang terpaksa ditelan pahit oleh Sukarno, politik acuhan adalah pilihan salah bagi strategi jangka panjang. Kemarahan rakyat sekali dibakar boleh juga makan tuan, semangat membara yang dijana boleh menjurusi keadilan, bukan kebathilan yang BN harapkan. Isu domestik rakyat Adalah lebih munasabah jika Pak Sukarno bergerak pantas menyelesaikan isu domestik rakyat ketika itu, bukannya mencucuh api kemarahan mereka. Suatu pengajaran pahit bagi beliau, tetapi bila mana sudah agak terlambat. Bak kata-kata Perdana Menteri Britian ketika perang dunia ke dua, Sir Winston Churchill: "Seseorang tidak sepatutnya membelakangi sesuatu bahaya dan cuba melarikan diri darinya. Jika anda berbuat demikian, bahananya akan berlipat kali ganda. Tapi jika bahaya tadi dihadapi dengan pantas dan tanpa gentar, bahananya hanya akan tinggal separuh." Inilah pengajaran yang patut dipelajari oleh kerajaan pimpinan BN. Cubaan untuk membelakangi dan melarikan diri dari permasalahan rakyat sudah lapuk dek zaman dan cubaan mengaburi mata rakyat juga semakin kurang berjaya, sedikit demi sedikit makin terungkai ikatan propaganda. Pihak berwajib mesti berkerja untuk menyelesaikan masalah rakyat, itupun jika mereka masih lagi mahu pegang tampuk kuasa dan ikhlas menebus tanggungjawab sebagai kerajaan yang diberikan kepercayaan oleh undi rakyat. | ||
Dr Koh sedia lawan pihak pertikai kepimpinannya Posted: 21 Aug 2011 03:03 PM PDT MALAYSIA KINI Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bersedia untuk 'berperang' dengan pihak tertentu sekiranya mereka terus mempertikaikan kewibawaannya memimpin parti itu terutama di Pulau Pinang. Beliau berkata pihak berkenaan di dalam dan luar parti itu yang membidas kepimpinannya adalah mereka yang tidak berpuas hati, sering membantah serta melakukan tindakan yang mencemarkan nama baiknya. "Tunggulah kalau ada serangan lagi kita akan mempertimbangkan strategi (melawan semula) dan melaksanakan strategi itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Gerakan negeri Perak, di Ipoh hari ini. Beliau mengulas sasaran beberapa pihak termasuk ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang mendakwa Koh sudah tidak lagi relevan untuk memimpin Gerakan di Pulau Pinang dan dilihat sebagai liabiliti kepada parti itu. Mengenai dakwaan Gerakan kini semakin "karam" di bawah kepimpinannya, Koh berkata parti itu sedang dibina semula selepas tsunami politik pada 2008 dan proses pembinaan semula itu menuntut lebih banyak semangat, kesabaran dan masa. Katanya parti itu mendapat semangat dan galakan apabila 27,000 ahli baru termasuk empat anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas telah menyertai parti itu di seluruh negara sejak pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008. Ketika ditanya adakah beliau mendapat sokongan dalam parti dan Barisan Nasional (BN), Koh berkata sokongan itu hanya dapat diuji apabila pemilihan parti diadakan dan enggan membuat spekulasi. Selain Zahrain, Koh juga menjadi sasaran bekas naib presiden Gerakan, Huan Cheng Guan dan Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang Tan Sri Tan Kok Ping, yang berpendapat kepimpinan parti itu perlu diganti jika mahu memastikan Pulau Pinang kembali semula ke tangan BN pada pilihan raya umum akan datang. Terdahulu itu, ketika berucap merasmikan persidangan itu, Koh berkata Gerakan kini menjadi sasaran untuk melemahkan dan "menguburkan" parti itu termasuk dirinya sendiri. "Saya percaya, itu adalah agenda untuk melihat (perjuangan) Gerakan berakhir. Jika Gerakan tidak relevan mengapa serang Gerakan," katanya. Beliau berkata semua anggota parti perlu meneruskan khidmat kepada rakyat dan tidak perlu pandai "bermain wayang". Katanya Gerakan perlu mendedahkan janji kosong pembangkang selepas mengambilalih pemerintahan negeri dan pada masa sama BN perlu menunaikan janji semasa pilihan raya umum lalu jika tidak mahu 'dihukum' rakyat. Bernama | ||
Azmil Mustapha nafi menghina Agong Posted: 21 Aug 2011 03:02 PM PDT MALAYSIA KINI Pelakon yang kini menjadi pendakwah, Azmil Mustapha, menafikan beliau menyampaikan ceramah berbaur hasutan politik supaya rakyat membenci Yang di-Pertuan Agong ketika memberi tazkirah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang. Mingguan Malaysia melaporkan pelakon filem Ali Setan itu sebagai berkata beliau terkejut apabila laporan polis dibuat oleh bilal masjid berkenaan pagi kelmarin, mengatakan beliau ada mengeluarkan kenyataan sedemikian. "Saya tidak mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan, apatah lagi menghina Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu tidak berasas kerana ai tiada kena mengena dengan politik. "Saya bukan sahaja tidak pernah mengundi pada pilihan raya umum, malah tidak berdaftar dengan mana-mana parti politik di negara ini," katanya dalam laporan Utusan tersebut. Sebaliknya, jelas Azmil, tazkirah yang disampaikannya di masjid tersebut adalah berasas kepada ayat-ayat al-Quran. Menurutnya, antara perkara yang disampaikannya ialah umat Islam wajib mengutamakan Allah berbanding manusia, tidak kira siapa orang itu. Sementara itu, ketua polis daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya sedang meneliti laporan polis yang dibuat. Menurutnya, setakat ini, siasatan masih di peringkat awal dan beliau meminta orang ramai memberi peluang kepada pihak polis untuk menyiasat kes itu secara terperinci. | ||
Kementerian diminta kaji hapus satu tol l'raya Cheras-Kajang Posted: 21 Aug 2011 02:58 PM PDT MALAYSIA KINI Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Kementerian Kerja Raya mengkaji kemungkinan memansuhkan satu daripada dua tol di Lebuh Raya Cheras-Kajang di Hulu Langat. Beliau berkata kajian itu perlu dibentang kepada Jemaah Menteri untuk perincian sebelum kerajaan memutuskan isu yang menjadi keluhan penduduk di sekitar kawasan itu. "Saya sebut perkara ini sebab saya nak gambarkan kepada tuan-tuan bahawa apabila disebut 'Rakyat didahulukan,' kita benar-benar nak buat apa sahaja supaya rakyat merasakan beban mereka lebih ringan lagi dengan usaha kerajaan. "Berhubung Tol Grand Saga, saya akan minta Menteri Kerja Raya untuk mengkaji perkara ini dengan mendalam, dan dibawa kepada mesyuarat Jemaah Menteri untuk dikaji kalau sekiranya kita mampu berbuat sesuatu berhubung dengan masalah tol tersebut," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor di Dataran Usahawan, Batu 14, Pekan Hulu Langat hari ini. Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih Datuk Johan Abd Aziz, yang juga Ketua Umno Bahagian Hulu Langat. Najib berkata beliau perlu mengkaji setiap permohonan yang dikemukakan kepadanya dengan lebih mendalam sebelum membuat sebarang keputusan. "Saya tak nak sebut ini (lulus) sebab ia libatkan implikasi kewangan yang besar, jadi kalau terus saja saya umum, saya tahu tepukan yang kuat akan kedengaran, tetapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab, saya akan kaji dahulu dengan mendalam, dan tunggulah masanya, kalau ada apa-apa pertimbangan yang baik, ia akan diumumkan," katanya. Dalam ucapan beliau di depan lebih 5,000 orang, Najib turut memberi jaminan kerajaan akan menimbang untuk menaik taraf Hospital Kajang yang beroperasi lebih 100 tahun dan kini semakin uzur serta tidak mampu menampung ramai pesakit berikutan pertambahan bilangan penduduk di kawasan berkenaan. Perdana Menteri membuat pengumuman itu berikutan permohonan ADUN Semenyih kerana penduduk sekitar cukup terbeban apabila perlu membayar dua tol kendalian syarikat konsesi Grand Saga Tol Sdn Bhd, yang masing-masing pada kadar RM0.90 dan RM1.10 dalam jarak dua kilometer. Najib, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, berkata rakyat negara ini perlu bersyukur kerana kerajaan yang diterajui Barisan Nasional terbukti berkesan membawa perubahan seperti menangani isu ekonomi ketika beberapa negara maju, termasuk Amerika Syarikat, mengalami krisis. "Ini bererti kalau kita tanya rakyat Malaysia, semuanya merasakan (keadaan) akan bertambah baik dan mereka mempunyai keyakinan serta perasaan bahawa jika kerajaan meneruskan hala tuju dan perancangan berdasarkan perancangan induk seperti GTP (Program Transformasi Kerajaan), ETP (Program Transformasi Ekonomi) dan RMK-10 (Rancangan Malaysia Kesepuluh), insya-Allah masa depan mereka akan bertambah baik," katanya. Najib berkata keadaan ini cukup berbeza dengan negara maju lain yang mana peruntukan serta pencen rakyatnya dipotong, selain terpaksa bergantung kepada bantuan negara lain untuk menyuntik sumber kewangan bagi menyelesaikan kemelut ekonomi yang dihadapi. "Tapi di Malaysia, bukan sahaja boleh bayar gaji, bonus separuh bulanpun boleh diberi kepada penjawat awam dan pesara kerajaan, malah yang tak bekerja dan sedang menimang cucu juga diberi bayaran RM500... inilah bertuahnya hidup di bumi Malaysia di bawah kerajaan Barisan Nasional," katanya. Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada fakir miskin, anak yatim dan warga emas, selain komputer riba 1Malaysia kepada penduduk terpilih dari kawasan Parlimen Hulu Langat. Najib kemudian menunaikan solat Maghrib di Masjid Hishamuddin Alam Shah sebelum berangkat ke Masjid Jamek Kampung Pasir Baru, Semenyih yang terletak kira-kira 25 kilometer dari sini untuk solat Isyak dan Terawih, serta moreh bersama jemaah. Bernama | ||
PAS: Ketidakikhlasan BN semarak semangat himpunan BERSIH 3.0 Posted: 21 Aug 2011 02:46 PM PDT MALAYSIA KINI Pakatan Rakyat akan bermesyuarat Rabu ini untuk membuat keputusan bersama terhadap ketidakikhlasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN melakukan reformasi sistem pilihanraya sebelum pilihan raya umum ke-13. Ia ekoran kenyataan perdana menteri bahawa pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak perlu menunggu keputusan jawatankuasa khas parlimen mengenai reformasi pilihan raya. Menurut ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS juga akan mengadakan mesyuarat khas bagi menimbang penyertaan dalam Jawatankuasa Khas Parlimen, kerana berpendapat, ianya tidak membawa sebarang makna setelah perdana menteri membuat kenyataan sedemikian. Sambil menyuarakan kekesalan PAS, beliau berkata: "Kenyataan tersebut membuktikan sikap sebenar kerajaan terhadap tuntutan rakyat agar sistem pilihanraya yang bersih dan adil dapat diwujudkan, sebelum PRU akan datang. "Tujuan utama Jawatankuasa Khas ini ialah merumus satu sistem pilihanraya yang adil dan bersih, setelah pelbagai kelemahan dibongkar. "Apa guna dibentuk jawatankuasa Khas, sekiranya kerajaan sudah memberikan bayangan jelas bahawa pilihanraya umum akan diadakan sebelum jawatankuasa itu menyiapkan laporan dan sekaligus memberikan petanda yang jelas bahawa sememangnya kerajaan BN tidak bersedia untuk menerima dan memperbaiki kelemahan yang ada," katanya Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini. Menurutnya, adalah mustahak bagi rakyat bahawa inisiatif mengatasi kelemahan dan hilangnya keyakinan mereka terhadap sistem pilihanraya yang ada kini diperbetulkan terlebih dahulu supaya satu perjalanan sistem pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia dapat dijalankan. "Sekiranya tidak, apa gunanya rakyat mengundi sekiranya keputusan pilihanraya bukan keputusan yang membayangkan hasrat mereka sebenar di akar umbi, tetapi hasrat pengundi hantu dan warga asing yang berlambak untuk memenangkan calon parti tertentu," tambahnya. Tegasnya, kerajaan harus menyedari kemarahan rakyat dan tuntutan dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 baru- baru ini. "Sikap kerajaan yang menolak diadakan pilihanraya sebelum sistem diperbaiki sudah tentu akan mengundang kemarahan rakyat dan tahap kebolehpercayaan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus merosot. "Keadaan ini sangat tidak baik bagi negara, dan terutamanya kerajaan memerintah dan tidak mustahil parti- parti dalam Pakatan Rakyat akan menarik diri ekoran kenyataan Perdana Menteri. "Ketidakikhlasan kerajaan Barisan Nasional ini juga dijangka akan mempercepatkan bantahan rakyat, justeru menyemarakkan semangat untuk himpunan BERSIH 3.0 diadakan," tambahnya. PAS, tegasnya, ingin tegaskan bahawa kerajaan tidak patut dan sememangnya "ia amat tidak bertanggungjawab untuk membubarkan Parlimen dalam keadaan mereka sedar bahawa sistem pilihanraya negara kita sememangnya tempang berhadapan dengan kelemahan dan kepincangan yang pelbagai. "Sila memperbaiki dahulu beberapa kelemahan yang utama, barulah diadakan pilihanraya ke 13, demi rakyat, untuk rakyat dan kerana rakyat," katanya. | ||
621 guru Pasti terima tunggakan Posted: 21 Aug 2011 02:03 AM PDT
| ||
KITA Letak Calon Di Selangor, Kelantan: Zaid Ibrahim Posted: 21 Aug 2011 02:02 AM PDT MSTAR ONLINE KOTA BARU: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) bercadang meletakkan calon di Selangor dan Kelantan pada pilihan raya umum akan datang, kata Presidennya Datuk Zaid Ibrahim. Bagaimanapun, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata beliau tidak dapat menentukan jumlah calon dan kerusi yang akan ditandingi di kedua-dua negeri itu. "Setakat ini, kita hanya mengenal pasti dua negeri iaitu Selangor dan Kelantan untuk diletakkan calon KITA dalam pilihan raya kali ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan hari raya kepada orang kurang upaya di sini, Ahad. Bekas Anggota Parlimen Kota Baharu itu berkata beliau sendiri belum dapat menentukan sama ada akan bertanding di kawasan Parlimen itu atau di luar Kelantan. Menyentuh cadangan penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen untuk menambah baik sistem pilihan raya di negara ini, Zaid berkata semua pihak harus memanfaatkan penubuhan badan itu dan tidak mengambil kesempatan untuk kepentingan mana-mana pihak. Pembangkang juga tidak harus membuat tuntutan tidak munasabah dalam mengutarakan perasaan tidak puas hati dengan perjalanan proses pilihan raya di negara ini, sehingga tidak ada jalan penyelesaian, katanya lagi. - BERNAMA | ||
Pemandu Diarah Kaji Langkah Bantu Golongan Berpendapatan Bawah RM3,000 Posted: 21 Aug 2011 01:59 AM PDT MSTAR ONLINE IPOH: Kerajaan mengarahkan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) untuk mengkaji langkah membantu golongan berpendapatan di bawah paras RM3,000 untuk berdepan masalah kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata keputusan itu diambil pada perbincangan Kabinet baru-baru ini, yang berpendapat satu mekanisme perlu diwujudkan bagi membantu golongan tersebut. "Sehingga kini Pemandu sedang memperincikan kajian ini untuk dirumuskan dalam satu pangkalan data menerusi sebuah makmal khusus yang ditubuhkan bagi tujuan ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Teman 1Azam, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta penyampaian bantuan sempena Aidilfitri, Ahad. Beliau berkata makmal itu akan mengemukakan rumusan kajian dalam tempoh dua minggu, dan diserahkan kepada Kementerian Kewangan sebelum diperincikan semula untuk dimasukkan ke dalam Bajet 2012. Katanya, apa yang penting, inisiatif itu akan mencapai matlamat membantu golongan sasar mengurangkan beban mereka, dan kerajaan memandang serius perkara tersebut kerana Kabinet mendapati rakyat berpendapatan di bawah RM3,000 menerima kesan besar ekoran kenaikan harga barang. - BERNAMA | ||
RASUAH DAN KEBOCORAN PINTU MASUK NEGARA Posted: 21 Aug 2011 01:58 AM PDT Oleh : SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA ISU KEMASUKAN pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Malaysia bukanlah perkara baru. Peluang pekerjaan di negara ini menjadi daya tarikan kepada pekerja asing untuk merebut peluang mencari rezeki. Walau bagaimanapun, kemasukan warga asing tanpa kawalan dan penguatkuasaan boleh menyebabkan pelbagai gejala negatif selain masalah pemerdagangan manusia. Antaranya kaitan dengan pertambahan kadar jenayah, permasalahan sosial, pertembungan budaya dan aspek kesihatan. Namun begitu, tidak kurang pula wujudnya pihak tertentu yang mengambil kesempatan daripada kebanjiran kemasukan PATI dengan perlakuan rasuah dan penyelewengan yang mereka lakukan. Menyedari wujudnya ruang dan peluang perlakuan rasuah dalam isu kemasukan PATI ke negara ini, SPRM mengambil tindakan menjalankan operasi terhadap kebocoran pintu masuk negara. Sebelas Kertas Siasatan (KS) telah dibuka bagi tujuan siasatan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan enam KS dibuka bagi tujuan siasatan bawah Seksyen 41 Akta SPRM 2009. Antara tindakan operasi yang dijalankan adalah ke atas maklumat berhubung kemasukan warga Indonesia tanpa permit perjalanan yang sah. Mereka telah dikehendaki oleh dalang-dalang tertentu untuk membayar sejumlah wang kepada pegawai Imigresen sebagai jaminan agar tiada masalah timbul khususnya di pintu masuk Pelabuhan Klang.
"CORRUPTION Ranges From Active Involvement To Passive Negligence, And It Is Often The Lubricant That Allows Victims Be Selected, Transported And Held Against Their Will".
Daripada pemerhatian risikan SPRM Selangor, dianggarkan 1,000 hingga 1,500 orang PATI masuk ke negara ini setiap hari. Anggaran juga mendapati kira-kira 35% daripada jumlah ini telah membayar wang rasuah antara RM70.00 hingga RM100.00 seorang bagi mengelakkan prosedur pemeriksaan imigresen. Kebanyakan mereka ini yang masuk ke Malaysia semata-mata hendak mencari peluang pekerjaan. Kadar bayaran levi pekerja asing oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) adalah antara RM360.00 hingga RM1,800.00 setahun mengikut sektor pekerjaan. Manakala yuran pemprosesan pas lawatan (kerja sementara) adalah antara RM60.00 hingga RM110.00 seorang. Anggapan dengan menggunakan bilangan pendatang tersebut dan purata bayaran yuran pas lawatan (kerja sementara) serta levi yang sepatutnya dikenakan adalah RM800.00, Kerajaan dianggarkan boleh mengalami kerugian mencecah RM86.4 juta setahun akibat daripada ketidakpatuhan prosedur imigresen yang berpunca daripada amalan rasuah. Menurut laporan berita BERNAMA bertarikh 23 Mac 2010, Menteri Dalam Negeri menganggarkan kira-kira RM171 juta dibelanjakan ke atas pengurusan tahanan dan pengusiran PATI dalam tahun 2009. Kos makan sahaja bagi tahanan di 13 depoh tahanan seluruh negara boleh mencecah RM341,881.00 sehari. Akibat kebanjiran PATI ini Kerajaan terpaksa menanggung kos-kos lain yang sukar dianggarkan daripada aspek keselamatan, implikasi sosial dan perkhidmatan kesihatan. Melalui tindakan SPRM untuk membanteras gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan dalang kemasukan PATI, didapati wujudnya segelintir pegawai Jabatan Imigresen yang hidup mewah dengan wang haram apabila terdedahnya penglibatan mereka yang menerima sogokan sehingga RM60,000.00 sebulan di Jeti Penumpang Pulau Ketam. Ini adalah antara punca yang menyebabkan pintu masuk negara mudah dibolosi PATI. Malah terdedah perlakuan rasuah mereka sehingga terdapat penguatkuasa yang dipercayai dibayar sehingga RM2,000.00 sehari untuk memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram. Ini termasuklah bagi melepaskan warga asing yang pasportnya mempunyai cap palsu atau tiada sebarang dokumen perjalanan. Hasil tindakan operasi yang dijalankan, seramai sebelas orang pegawai dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan tujuh orang awam telah ditangkap. Sembilan daripada pegawai JIM yang ditangkap bertugas di Jeti Penumpang Pulau Ketam, manakala dua lagi adalah pegawai yang bertugas di Jeti Port Dickson. Secara keseluruhannya sebanyak RM231,608.36 nilai wang tunai atau dalam akaun simpanan pegawai tersebut telah disita. Jumlah nilai aset yang disita adalah berjumlah RM117,400.00. Kejayaan membanteras kebocoran pintu masuk negara dalam operasi yang dijalankan ini adalah hasil risikan dan operasi khas yang dijalankan di pelabuhan atau pintu masuk. Hasil siasatan, operasi dan pendedahan mengenai gejala rasuah dalam kalangan pegawai Imigresen ini telah menyebabkan satu langkah drastik dilakukan JIM iaitu dengan melakukan rombakan besar-besaran. Antara tindakan yang diambil adalah dengan menukarkan dua puluh anggota dan pegawai yang bertugas di Pelabuhan Klang ke cawangan lain. Rombakan ini dilakukan bagi memastikan 'jalinan rangkaian' antara pegawai Imigresen dengan dalang-dalang yang membawa masuk PATI ke Malaysia dapat dihentikan. Dalam masa yang sama, JIM dan SPRM mengadakan perbincangan bagi mengenalpasti kelemahan dalam sistem dan prosedur yang membuka ruang dan peluang gejala rasuah hingga menyebabkan 'pencerobohan' berlaku di pintu masuk negara oleh anggota penguatkuasa undang-undang di negara ini. | ||
PKR GESA 'SULTAN ZAKARIA’ MOHON MAAF Posted: 21 Aug 2011 01:52 AM PDT Oleh: HAFIZ JAMAIL TINDAKAN Adun Gum Gum, 'Sultan' Zakaria Edris mengkebumikan jenazah ibu saudaranya, Hajjah Maskunah Binti Pangiran Badarun di hadapan kiblat Masjid Darul Aman, Kampung Gum-Gum, Batu 16, Sandakan tahun lalu adalah dosa besar dan menggesa beliau meminta maaf secara terbuka di dalam akhbar tempatan dan di masjid berkenaan pada sembahyang hari raya Adil Fitri tahun ini. Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Citra Masadi, berkata demikian setelah melawat masjid berkenaan baru-baru ini bagi mengesahkan dakwaan ahli jemaah dan Tim Pemantau AMK PKR Sabah bahawa kubur berkenaan telah dipindahkan. "Walaupun kubur ibu saudaranya telah dipindahkan baru-baru ini, namun Zakaria tetap berdosa kepada Jemaah Masjid ini termasuk saya yang pernah bersembahyang di masjid ini tanpa mengetahui bahawa terdapat kuburan di hadapan kiblat masjid tersebut," ujar Citra yang turut menyokong tindakan mantan Ketua Penerangan AMK PKR Sabah, Zainuddin Hassan membuat bantahan rasmi yang disiarkan di Sabahkini.net melalui artikel bertajuk 'Sultan' Zakaria Sesatkan Umat Islam Gum-Gum? PINDAH.....Tiada lagi kuburan di kawasan yang ditunjukkan anak panah. Sehubungan itu, sebagai Umat Islam, Citra mendesak Zakaria memohon maaf secara terbuka di akhbar tempatan dan di masjid berkenaan sempena sembahyang Aidil Fitri tahun ini; serta mengadakan kenduri kifarat untuk menebus kesilapan beliau mengkebumikan jenazah ibu saudaranya sehingga umat Islam menanggung dosa ketika sembahyang di masjid berkenaan mengikut fatwa yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa mendirikan sembahyang di masjid yang ada kubur (di dalam atau persekitarannya) adalah HARAM. Memandang masjid adalah Rumah Allah, maka kata Citra, sebarang tindakan atau amalan yang dilakukan di masjid berkenaan hendaklah mengikut syariat dan undang-undang Islam; tanpa membeza martabat antara Adun atau rakyat jelata; hatta 'Sultan' sekalipun. "Oleh kerana amalan ini adalah amalan Orang Yahudi, maka Zakaria sewajarnya membetulkan aqidahnya dan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan saksi yang sah kerana dikhuatiri beliau kufur kepada Allah," ujar Citra yang menggesa agar Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) tidak gentar menguatkuasakan undang-undang bagi mengelakkan kejadian yang serupa berlaku lagi di Sabah. Setelah bertahun lamanya, Umat Islam menanggung dosa kerana sembahyang mereka tidak sah, maka dosanya tidak dapat diampunkan Allah melainkan memohon maaf secara terbuka daripada umat Islam yang dizaliminya selama ini. | ||
Lapor SPR jika sangsi daftar pemilih Posted: 21 Aug 2011 01:47 AM PDT SINAR HARIAN PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggesa mana-mana pihak yang sangsi dengan daftar pemilih melaporkan kepada badan itu supaya tindakan segera dapat diambil. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, kerjasama amat diperlukan untuk mengenal pasti dan membersihkan daftar tersebut. "Saya tahu ramai yang berminat (bersihkan daftar pemilih). Jika ada maklumat maklumkan kepada kami supaya ia dapat dikenal pasti. Kenapa tidak kita membersihkannya bersama-sama?. "Jangan terus hebahkan dalam blog dan akhbar hanya disebabkan satu atau dua kes dan memperbesarkannya sekali gus mendakwa tiga perempat daftar pemilih SPR itu kotor," katanya. Katanya, adalah tidak adil untuk menghukum SPR dengan sewenang-wenangnya sedangkan perkara yang dinyatakan masih belum dibuktikan sahih. "Ini dapat dilihat dalam laporan Sinar Harian kelmarin yang membuktikan dua kad pengenalan itu dimiliki individu berbeza. "Sama macam kes Mismah, kerana mustahil untuk seseorang memperoleh warganegara dalam masa empat jam," katanya. Kelmarin, Sinar Harian mendedahkan individu mempunyai nama sama adalah dua yang berbeza dan masing-masing berasal dari tempat berlainan. | ||
Tiada kompromi kelayakan pengundi - Hishammuddin Posted: 21 Aug 2011 01:45 AM PDT UTUSAN ONLINE PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berkata, kerajaan mempunyai pendirian yang jelas dan tegas dalam soal kelayakan untuk berdaftar sebagai pemilih dalam pilihan raya. Beliau berkata, walaupun proses permohonan kewarganegaraan, permit masuk dan daftar lewat kelahiran diselesaikan dengan segera melalui penambahbaikan sejak lebih dua tahun lalu, ia tidak melibatkan perubahan dasar dan syarat-syarat peruntukan undang-undang serta peraturan sedia ada. Kementerian juga mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengemas kini rekod-rekod warganegara Malaysia yang sah dan berdaftar sebagai pengundi awal minggu lalu, selaras dengan cadangan kerajaan untuk menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama | ||
2,919 kes penyakit tangan, kaki dan mulut dilapor hingga 13 Ogos Posted: 21 Aug 2011 01:44 AM PDT BERITA HARIAN ONLINEKUALA LUMPUR: Sebanyak 2,919 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di seluruh negara hingga 13 Ogos dan tiada kematian dilaporkan setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman. Beliau berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 66.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 8,769 kes. Dr Hasan berkata, lima negeri mencatatkan kes paling banyak ialah Sarawak dengan 914 kes, diikuti Selangor (513 kes), Johor (300 kes), Perlis (300 kes) dan Pulau Pinang (263 kes). Dr Hasan berkata, jangkitan virus itu adalah ringan dengan simptom demam diikuti ruam melepuh pada tangan, kaki, mulut dan lidah selain mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, muntah, cirit-birit dan kurang selera makan. Beliau menasihatkan ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak yang mempunyai tanda jangkitan supaya membawa segera anak ke klinik, mengamalkan kebersihan dan tidak membawa anak ke tempat awam. - BERNAMA | ||
Akhbar Kompas mohon maaf kepada Najib dan keluarga Posted: 21 Aug 2011 01:41 AM PDT BERITA HARIAN ONLINE JAKARTA: Akhbar Kompas hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya atas satu laporan yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang berunsur fitnah. Permohonan maaf itu adalah berkaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang dinafikan kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta, yang sebenarnya tidak pernah dipesan oleh Rosmah. Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan mengenai bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan kononnya mempunyai hubungan dengan mafia Rusia. Permohonan maaf itu terkandung di perenggan 10, muka surat 10 akhbar berkenaan dalam satu laporan bertajuk "PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia", tulisan wartawan kanan Kompas Jimmy S. Harianto. Harianto yang dihubungi Bernama pada Jumaat lalu berkata, beliau sendiri menyampaikan permohonan maaf secara lisan kepada Najib apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya pada Khamis. Semasa pertemuan itu Najib menyatakan rasa terperanjat dengan laporan Kompas pada 4 Ogos itu. "Saya terperanjat dengan laporan itu. Sebab faktanya, saya tahu itu tidak benar sama sekali," Najib dipetik akhbar itu dalam tulisan Harianto hari ini. "Apa lagi hal ini berkaitan nama Ketua Kerajaan negara jiran, yang mana hubungan kita amat penting sekali," kata Najib. Pada pertemuan dengan Najib itu, Harianto turut mengadakan wawancara khas dengan Perdana Menteri berkaitan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia. Najib yang ditanya mengenai harapan Malaysia kepada Indonesia sebagai negara jiran dan Pengerusi Asean kali ini berkata, beliau mengharapkan hubungan dua hala yang sangat akrab, ibarat hubungan dua negara jiran yang mempunyai warisan yang sama dan erat daripada segi sejarah. "Hubungan budaya, agama, dan hubungan kekeluargaan (Najib keturunan ke-11 daripada Kerajaan Gowa, Sulawesi Selatan). "Sudah tentu hubungan Malaysia dan Indonesia ini diasaskan atas faktor yang lebih istimewa dan lebih unik, dan kita harus menterjemahkan apa yang kita warisi ini sebagai legasi dalam bentuk hubungan pada konteks masa kini. Saling memberi manfaat kepada kedua-dua bangsa," Najib dipetik sebagai berkata. Perdana Menteri juga percaya isu pertikaian sempadan maritim kedua-dua negara akan dapat diselesaikan namun kedua-dua pihak harus ada kompromi jika mahu mencari penyelesaian politik berhubung isu itu. Mengenai demokrasi, Najib menjelaskan bahawa demokrasi yang diamalkan di Malaysia adalah sistem yang sudah melalui proses evolusi namun prinsipnya jelas sekali bahawa tidak ada sebarang kekebalan, walaupun kepada parti pemerintah. "Bila ada pilihan raya, parti pemerintah senasib dengan parti pembangkang. Nasib di tangan rakyat, tak berlaku sebarang manipulasi untuk menentukan kesahihan dari perolehan suara. Undi ditentukan oleh rakyat," kata Najib. Yang selalu menjadi polemik ialah definisi keterbukaan kerana kerajaan mempunyai pendapatnya sendiri mengenai perkara itu dan parti pembangkang ada pendapatnya juga, namun prinsip utamanya ialah hak rakyat untuk memilih kerajaan secara adil dan bebas. "Demokrasi berlaku di Malaysia. Parti pemerintah pernah kalah di peringkat negeri dan memang belum pernah di peringkat pusat," Najib menjelaskan. Mengenai peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, Perdana Menteri berkata, rakyat kini semakin yakin dengan BN berdasarkan keputusan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, namun parti itu tidak menjadikan keputusan-keputusan itu sebagai ukuran mutlak. Oleh itu BN terus berusaha dengan segala upaya membentangkan agenda dan program yang dapat memberi kepuasan dan keyakinan kepada rakyat. "Bukan sahaja dengan (membentangkan) program kerajaan, program ekonomi, tetapi juga program yang menyentuh rakyat. Program yang memberi kelegaan dan kepuasan kepada rakyak, terutama dalam konteks fenomena inflasi global - hubungan dengan kenaikan harga makanan dunia. "Ini semua adalah isu-isu yang perlu kita tangani. Dan yang tak kurang penting ialah menjaga komunikasi dengan rakyat," kata Najib. - BERNAMA | ||
Najib gula-gulakan warga Felda untuk tutup isu sebenar Posted: 21 Aug 2011 01:38 AM PDT Oleh DRS KHALIL IDHAM LIM Saya ingin mengeluarkan kenyataan berhubung laporan berhubung pengumuman Perdana Menteri untuk mengagihkan sejumlah wang sebagai duit raya kepada para peneroka felda sebagaimana yang dilaporkan media baru-baru ini. Laporan tersebut menyebut bahawa sebenarnya Peneroka berhak memperoleh sehingga RM458,000 bagi kerugian selama 15 tahun akibat penipuan Kadar Gred Perahan Asas (OER) kelapa sawit yang lebih rendah dari nilai asal. Didalam laporan ini juga mengulas bahawa Kes ini sudah dibawa ke mahkamah oleh 766 peneroka Felda di Serting (tuntutan RM2 juta) & 964 peneroka di Jengka (tuntutan RM458,000). Ini bermakna jumlah wang yang berhak diperoleh melebihi 'gula-gula' daripada Najib. Sepatutnya warga felda wajar mendapat kilang mini pemproses gula-gula, bukannya gula-gula dari Perdana Menteri sempena musin perayaan yang bekal tiba tidak lama lagi. Jumlah RM200 sehingga RM400 yang diperuntukkan langsung tidak masuk akal memandangkan kerugian selama 15 tahun yang telah dialami oleh seluruh warga felda disebabkan oleh kelemahan urus tadbir Umno-Bn sendiri. Setidak-tidaknya mereka (UMNO BN) perlu bertanggung jawab bukannya berbohong dan persenda hak warga Felda. UMNO BN tidak ikhlas terhadap para peneroka Felda, kerajaan sedaya boleh mahu menutup isu yang sebenarnya, kekayaan felda tidak sampai kepada warga Felda kerana ada pihak yang telah mengambil kesempatan terhadap "cash money" yang ada dalam badan berkanun ini. Justeru saya berpendapat bahawa perubahan perlu berlaku untuk kestabilan jangka masa panjang berhubung isu felda yang tidak pernah selesai Negara kita adalah sebuah negara yang kaya dengan pelbagai sumber dan hasil bumi , malah Malaysia adalah diantara antara Negara yang boleh membangun dengan memberdayakan aspek pertanian, khazanah ini telah diabaikan . BN ternyata gagal untuk mengurusnya secara baik dan amanah. Kesannya Malaysia bergantung harap kepada sumber pertanian dari Negara jiran dan kita tidak mampu mengawal kenaikan harga makanan. Umno-BN telah diberikan peluang begitu lama, selama 53 tahun sepatutnya Malaysia telah maju dalam aspek ini bagi memacu kemajuan Felda dan seluruh warganya. PRU 13 adalah medannya dimana seluruh warga Felda perlu tolak BN dan beri undi kepada Pakatan Rakyat untuk melakukan perubahan ke arah kemajuan mutlak, bukannya terus menerima gula-gula dan untung yang tidak seberapa dari Najib Razak. | ||
Posted: 21 Aug 2011 01:27 AM PDT Oleh Sofi Wahab 1) Dasar Umno tidak meletakkan Islam sebagai TERAS PERJUANGAN Perlembagaan Umno : FASAL 3 – Asas & Tujuan UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara. 3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara. Umno meletakkan Perlembagaan Negara sebagai undang-undang tertinggi sebab itulah jika apa-apa sahaja termasuk hukum Islam bercanggah dengan perlembagaan negara maka ia TERBATAL. Islam hanyalah setakat doa di majlis dan tidak diletakkan di tempat sepatutnya. Dalam Umno Islam diletakkan dibawah Biro Agama yang setaraf dengan Biro Kebajikan, Biro Pertanian dan sebagainya. Sebaliknya PAS meletakkan Islam memerintah (mengawal dasar parti) iaitu Institusi Majlis Syura Ulama'. 2) Dasar Umno yang pragmatik (ikut suasana). Mana yang boleh untung akan diikuti dan diamalkan seperti penubuhan bank Islam dan sebagainya sebaliknya apa yang dilihat tidak menguntungkan seperti pengharaman riba, penghapusan pusat perjudian, pusat maksiat dan sebagainya tidak dilaksanakan. 3) Islam hanya kuda tunggangan Umno di mana ia boleh dipakai dan dibuang bila-bila masa. Contohnya bila pemimpin atau isteri pemimpin melawat negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu mereka pakai penutup kepala (masih tidak tutup aurat) tetapi bila balik ke Kuala Lumpur tudung kepala sudah hilang. 4) Akhlaq pemimpin mereka yang mengaibkan di mana ramai yang ditangkap rasuah dan mempunyai skandal dengan wanita (tau-taulah sendiri siapa). 5) Matlamat masuk Umno ialah untuk mengumpulkan kekayaan dan pangkat bukannya untuk membela agama dan rakyat. Sebab semasa pemilihan Umno mereka sanggup menghabiskan wang sehingga jutaan ringgit untuk menang sehingga ramai yang disabitkan dengan rasuah. 6) Umno tidak membela agama. Contohnya isu murtad dipolitikkan sedangkan sebelum ini Umno memandang sepi tentang pendedahan ratusan ribu umat Islam murtad. Malah Umno tidak pernah menyokong usul tergempar PAS di Parlimen yang mahukan undang-undang murtad digubal dan dikuatkuasakan. 7) Orang Agama (Ulama') Umno hanya kupang tembaga yang peranannya hanyalah untuk menjadi peluru melawan PAS, baca doa, tahlil dan sebagainya. Tidak berani mempertahankan yang hak dan mencegah kebatilan yang dilakukan oleh pemimpin Umno dan partinya. 8) Dasar Umnoputera bukan bumiputera akhirnya menggagalkan pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB). Ianya hanya menindas sesama bangsa hanya kerana berlainan ideologi. Kekayaan negara yang berlegar di kalangan kroni mereka sahaja. 9) Diskriminasi terhadap kerajaan yang sebangsa dan seagama di Kelantan dan Terengganu (1999-2004) dalam hal royalti petroleum. 10) Khianat kepada bahasa Melayu dengan memperkenalkan PPSMI dan akhirnya sedar selepas ditekan hebat oleh PAS. 11) Politik khianat bangsa sendiri dengan mementingkan kuasa. Contohnya tidak menambah kerusi Parlimen Melayu di negeri-negeri kuat PAS pada persempadanan semula kawasan parlimen pada 2004. Contohnya tiada penambahan di Terengganu pada tahun tersebut. 12) Umno mengajar rakyat dengan budaya rasuah sewaktu kempen pilihanraya malah dalam pemilihan Umno sendiri sehingga ramai pemimpinnya dibuktikan kaki rasuah. 13) Umno dilanda penyakit nyanyuk seperti yang dikatakan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam 14) Umno sudah busuk sampai ke usus sukar untuk diubati seperti kata Tun Mahathir 15) Kewujudan Perkasa (Perkasam) sebagai kumpulan pendesak Melayu membuktikan Umno gagal membela Melayu. 16) Merestui malah menggalakkan industri judi di mana pendapatan hasil cukai judi ialah RM2.3 bilion. Pusat judi terbesar di Asia Tenggara terletak di Genting Highland. 17) Institusi Melayu iaitu Felda digunakan untuk menindas peneroka. Wang Felda susut sebanyak RM1.35b pada 2009. Wang sebanyak itu dihabiskan untuk tanam semula RM2b, membina bangunan Felda (RM662juta) dan basmi kemiskinan di Sabah (RM253juta). 18) Umno tidak bijak memerintah sehingga hutang negara meningkat kepada RM362b. 19) Membazirkan wang rakyat RM77juta setahun mengupah Syarikat Yahudi Apco. Jika wang sebanyak itu digunakan untuk membina rumah rakyat berharga RM30,000 sebuah maka sebanyak 2566 buah rumah dapat dibina dan diberikan secara percuma atau dengan bayaran minima kepada rakyat miskin. 20) Umno mengamalkan rasuah dan gagal mengatasi masalah tersebut sehingga RM28bilion duit rakyat hilang. Mereka mengabui mata rakyat dengan istilah ketirisan bukan rasuah dan penyelewengan. 21) 53 tahun merdeka masalah akhlaq dan moral semakin parah. Statistik tahun 2009 menunjukkan 17,303 orang ANak HARAM dilahirkan. Ini bermakna 48 orang anak haram dilahirkan setiap hari dan 2 orang pada setiap jam. Bermakna setiap tahun ada sekurang-kurangnya 34,606 orang penzina (ini yang berzina dan mengandung sahaja). 22) Membiarkan ketagihan arak dikalangan rakyat sehingga rakyat membelanjakan RM1.7bilion untuk membeli arak dan berada dalam ranking ke 10 di dunia.23) Tanah rezab Melayu telah susut dari tiga juta hektar pada 1957 kepada 1.7 juta atau 44 peratus sahaja sekarang. 24) Mengamalkan semangat perkauman sempit dan mengapi-apikan semangat perkauman ini sehingga menimbulkan suasan tidak senang di kalangan rakyat berbilang kaum 25) Mengeksploitasi isu sensitif berkaitan agama Islam demi kepentingan politik seperti isu gereja, isu murtad dan sebagainya. Sumber : Taklimat isu-isu penerangan. | ||
Posted: 20 Aug 2011 11:29 PM PDT Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD PAS menyifatkan keadaan politik negara semakin kotor dengan tindakan pemimpin Umno dan BN mempergunakan penjawat awam bagi mempertahankan kuasanya. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata PAS tetap mempertahankan cara perjuangan melalui demokrasi dan pilihan raya.M enurutnya, penjawat awam seperti pasukan keselamatan telah disalahgunakan oleh pemerintah Umno dan BN untuk melawan PAS. "Kita memilih cara perjuangan kita dengan cara demokrasi. Walaupun ahli PAS selalu dihadapkan dengan tindakan fizikal seperti di tahun 60-an, kita dihadapkan dengan Pasukan Tahan Lasak."Tetapi pimpinan kita tetap tidak mengubah cara perjuangan iaitu tetap dengan demokrasi dan pilihan raya. "Politik negara kita makin hari makin kotor, makin hari makin kotor. Sekarang pemerintah hadapkan penjawat awam (polis) melawan kita. "Ini kita yakin, kita tidak akan terjebak dan kita akan terus melawan musuh politik kita iaitu lawan kita adalah pemerintah Umno-BN," tegasnya ketika berucap merasmikan majlis Pelancaran Operasi Tawan Besut (OTB) 4+1 di Dewan Haji Salleh, Alor Lintah, Jertih, baru-baru ini. Justeru katanya, PAS tetap tegas tidak mengubah cara perjuangan bagi menentang Umno-BN selain dari pendekatan demokrasi dan pilihan raya. "Kita tidak ubah cara kita tetap kita lawan Umno dan BN. Itu lawan politik kita. Walaupun penjawat awam digunakan, kita akan hadap perkara itu secara individu atau secara parti tetapi hadap kita dengan Umno-BN," jelasnya. Mohamad yang cedera dilutut akibat rempuhan kereta polis bagi menghalang himpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) tetap bersemangat. Katanya, pasukan keselamatan telah didoktrinkan bahawa penganjuran Bersih 2.0 bertujuan menjatuhkan kerajaan Melayu. Sebab itu, kata beliau pihak polis yang mengejar peserta himpunan Bersih 2.0 memaki hamun dengan ungkapan 'barua' Hindu kerana mahu menjatuhkan kerajaan Melayu. "Kita lihat bagaimana menjelang Bersih 2.0 dan saya yakin pasukan keselamatan didoktrin bahawa mereka yang keluar sertai Bersih 2.0 ini adalah hendak menjatuhkan kerajaan Melayu. "Sebab itu, bila polis kejar peserta Bersih 2.0 dia (polis) maki kamu kononnya jadi "barua Hindu," mahu menjatuhkan kerajaan Melayu, bodoh dan sebagainya," ujar Mohamad Sabu. Ertinya, kata beliau pasukan keselamatan yang sepatut menjaga keselamatan rakyat telah disalahgunakan untuk menjaga Umno. Menurutnya, di Asia Tenggara ini hanya dua buah negara sahaja lagi yang pasukan keselamatan digunakan untuk menjaga parti pemerintah iaitu Myanmar dan Malaysia. Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pengerusi Cabang PKR Besut, Ariffin Abas, Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing dan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Dr Bala Chandran. | ||
Harga Rumah Semasa Tahun 2011 Semakin Melonjak Naik? Posted: 20 Aug 2011 11:23 PM PDT Apabila sebut sahaja topik realiti harga rumah semasa di Malaysia hari ini, ramai yang akan garu dan geleng kepala. Terutamanya harga rumah semasa di sekitar Kuala Lumpur & Selangor. Tapi….tapi ada juga yang senyum sampai ke telinga melihat situasi sekarang ini. Adakala ramai yang beranggapan harga rumah yang ditawarkan ketika ini amat menakutkan dan tak masuk akal. Persoalannya, mampukah rakyat biasa bersedia membelinya pada harga yang luar biasa? Okey kami berikan contoh dan situasi harga rumah di Kuala Lumpur & Selangor. Antaranya :
Takkan tiada harga rumah yang mampu milik? Ada tu memang ada. Anda boleh cuba mencari dan mendapatkannya di sekitar :
Kadang-kadang mentaliti sekarang ini walaupun tak semuanya, tetapi sebilangan mahukan rumah yang mampu milik tetapi dalam pada masa yang sama bercita-cita besar mahu lokasinya di tengah-tengah Kuala Lumpur, baru urban katanya. Kalau di Bukit Belacan tak mahu, katanya "tempat jin bertandang". Kalau MRT dah siap nanti, lagi mencanak-canak naik harga rumah di sekitarnya. Itu sebabnya ramai ejen hartanah yang mengambil peluang ini :
Kadang-kadang spekulasi yang melampau-lampau juga penyebabnya. Nah, kami bawakan satu contoh kepada anda. Lihat iklan harga rumah semasa untuk dijual : Harga rumah RM370,000, padahal 2 tahun lepas baru (2009) bernilai RM250,000. Spekulasi juga memainkan peranan harga rumah dilihat pada angka, jauh daripada harga pasaran sebenar. Kalau nak beli rumah, langkah-langkah yang perlu dilakukan antaranya ialah :
Ada yang kata jangan ambil keputusan supaya jangan membeli pada waktu sekarang, betulkah begitu?
Ya….kami faham dan rakyat Malaysia juga ada yang faham hartanah tidak boleh statik sahaja. Itu faktanya. Kalau hartanah masih bersifat statik, siapa yang nak buat rumah selepas ini? Siapa yang nak melabur bagi urusniaga jual beli rumah selepas ini? Yang pentingnya harga rumah adalah aset rumah adalah simpanan yang paling menguntungkan selepas emas. Keuntungan cukai pun kerajaan ambil banyak daripada pasaran hartanah di Malaysia. Tetapi…………..tetapi, dalam pada masa yang sama perlulah ada satu dasar yang mampu membantu golongan yang berpendapatan serdahana yang bekerja di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur dan Selangor memiliki rumah sendiri yang lebih selesa pada harga yang berpatutan. Adakala rakyat terpaksa "berkorban" untuk tinggalkan cita-cita kediaman yang penuh dengan impian dek kerana tak berkemampuan. Jadi sudah tibanya kerajaan Malaysia bertindak serius memantau daan melakukan sesuatu tindakan melihatkan keadaan harga rumah semasa sekarang ini walaupun hakikatnya, kerajaan sampai ke hari ini belum lagi berkemampuan untuk mengawal waima harga ayam sekalipun. P/S : Kami tetap menaruh harapan dan keyakinan yang kerajaan mampu melakukan sesuatu….untuk membantu rakyatnya sendiri. | ||
Bersih 2.0 : Kerajaan Patut Akui Kesilapan- Kit Siang Posted: 20 Aug 2011 11:22 PM PDT TVS NEWS KUALA LUMPUR : Ketua Parlimen Nasional DAP Lim Kit Siang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghentikan permainan wayang dan dolak-dalih mereka selama dua bulan dengan mengaku bahawa Kerajaan Barisan Nasional silap dalam menangani himpunan aman Bersih 2.0 9 Julai lalu. Kit Siang, dalam kenyataan medianya semalam sempena ulangtahun 'Yellow Saturday' ke enam menyatakan, pengharaman kerajaan terhadap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 patut dihentikan selain semua tuduhan terhadap lebih 1,600 demonstran digugurkan serta-merta. "Tindakan keras kerajaan dan polis pada Himpunan Bersih 2.0 benar-benar membawa publisiti dan imej buruk kepada Malaysia dalam tempoh singkat Najib sebagai Perdana Menteri. "Malah, Perdana Menteri perlu menunjukkan penghargaan kerana Himpunan Aman Bersih 2.0 mengumpulkan kira-kira 50 ribu rakyat Malaysia tidak kira bangsa, agama, umur dan jantina merupakan pertunjukan terbaik dan paling menonjol dalam konsep 1 Malaysia," kata Kit Siang yang juga ahli parlimen Ipoh Timur. 9 Julai lalu, puluhan ribu rakyat Malaysia hadir berhimpun untuk menyokong tuntutan reformasi pilihan raya tersebut di ibu negara. Bagaimanapun, kerajaan pusat dan polis telah bertindak ganas dalam menyuraikan perhimpunan itu dan seolah-olah cuba 'melenyapkan' perkara tersebut pada paparan media arus perdana. Malah seorang peserta turut terbunuh pada hari tersebut dan beberapa yang lain cedera akibat tindakan Polis. Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah pembersihan senarai undi, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah pilihan raya dan menghentikan politik kotor. Oleh yang demikian, Kit Siang tidak mahu BN terus berselindung dengan hujah pilihan raya negara ini adil dan kemenangan di lima buah negeri Pakatan Rakyat merupakan buktinya. Menurut Kit Siang, kenyataannya ialah perkara itu bukan jawapan kepada aspirasi rakyat Malaysia yang berdiri teguh di belakang tuntutan Bersih 2.0. "Respon mudah dan benar terhadap hujah itu ialah jika tidak kerana sistem pilihan raya yang tidak telus, lebih lima negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan di peringkat Nasional, mungkin hampir menggantikan kerajaan BN di Putrajaya," tegas beliau. | ||
PAS Tidak Mahu Sertai PSC, Kekal Desak Suruhanjaya Diraja Posted: 20 Aug 2011 11:20 PM PDT TVS NEWS KUALA LUMPUR : Kenyataan terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyebabkan PAS tawar hati untuk turut serta dalam Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya yang bakal ditubuhkan Oktober depan, kata Salahuddin Ayub. Sebaliknya ujar beliau, PAS akan terus berpegang supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi memastikan perjalanan dan pengendalian pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini. "Walaupun sebelum ini PAS amat berhati-hati untuk memberikan sebarang komitmen kepada jawatankuasa khas parlimen yang dicadangkan oleh (Perdana Menteri, Datuk (Seri) Najib (Razak) itu, tetapi kenyataan terbaru Najib telah membunuh minat kami untuk memberikan perhatian kepada jawatankuasa tersebut," kata beliau dipetik dari portal Malaysiakini. Najib sebelum ini berkata, pilihan raya umum akan diadakan pada bila-bila masa sahaja tanpa terikat dengan keputusan PSC. "Kenyataan yang angkuh itu menguatkan keyakinan PAS bahawa Najib hanya melepaskan batuk di tangga apabila mengumumkan cadangan menubuhkan jawatankuasa itu dan hakikatnya beliau dan Umno tidak pernah serius dalam mendepani tuntutan reformasi pilihan raya negara ini," kata Salahuddin, semalam. Mengenai usaha untuk menghubungi badan-badan di peringkat antarabangsa mengenai tuntutan rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih, ahli parlimen Kubang Kerian itu menyatakan, perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat. Beliau menjelaskan, usaha itu adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat antarabangsa mengenai tunturan rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih dalam negara ini. "Kesedaran mengenai tuntutan itu perlu diperluaskan sehingga ke peringkat antarabangsa," kata Salahuddin. Bersih 2.0 sebelum ini mengemukakan lapan tuntutan ke arah memperbaiki perjalanan dan pengendalian pilihan raya negara ini. Antara lapan tuntutan tersebut ialah supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. | ||
PAS Tidak Mahu Sertai PSC, Kekal Desak Suruhanjaya Diraja Posted: 20 Aug 2011 11:20 PM PDT TVS NEWS KUALA LUMPUR : Kenyataan terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyebabkan PAS tawar hati untuk turut serta dalam Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya yang bakal ditubuhkan Oktober depan, kata Salahuddin Ayub. Sebaliknya ujar beliau, PAS akan terus berpegang supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi memastikan perjalanan dan pengendalian pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini. "Walaupun sebelum ini PAS amat berhati-hati untuk memberikan sebarang komitmen kepada jawatankuasa khas parlimen yang dicadangkan oleh (Perdana Menteri, Datuk (Seri) Najib (Razak) itu, tetapi kenyataan terbaru Najib telah membunuh minat kami untuk memberikan perhatian kepada jawatankuasa tersebut," kata beliau dipetik dari portal Malaysiakini. Najib sebelum ini berkata, pilihan raya umum akan diadakan pada bila-bila masa sahaja tanpa terikat dengan keputusan PSC. "Kenyataan yang angkuh itu menguatkan keyakinan PAS bahawa Najib hanya melepaskan batuk di tangga apabila mengumumkan cadangan menubuhkan jawatankuasa itu dan hakikatnya beliau dan Umno tidak pernah serius dalam mendepani tuntutan reformasi pilihan raya negara ini," kata Salahuddin, semalam. Mengenai usaha untuk menghubungi badan-badan di peringkat antarabangsa mengenai tuntutan rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih, ahli parlimen Kubang Kerian itu menyatakan, perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat. Beliau menjelaskan, usaha itu adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat antarabangsa mengenai tunturan rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih dalam negara ini. "Kesedaran mengenai tuntutan itu perlu diperluaskan sehingga ke peringkat antarabangsa," kata Salahuddin. Bersih 2.0 sebelum ini mengemukakan lapan tuntutan ke arah memperbaiki perjalanan dan pengendalian pilihan raya negara ini. Antara lapan tuntutan tersebut ialah supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. | ||
Najib Zahirkan Keretakan Umno- Mat Sabu Posted: 20 Aug 2011 11:18 PM PDT TVS NEWS KUALA LUMPUR : Perkembangan terbaru dalam arena politik negara membuktikan bahawa adanya keretakan dalam pentadbiran Perdana Menteri, Najib Razak dakwa Pakatan Rakyat. Kenyataan Najib yang menyatakan pilihan raya akan diadakan pada bila-bila masa sahaja membuktikan ada pergolakan dalaman yang gagal disembunyikan gagasan itu. Malah ia disusuli oleh perkembangan semasa terdapatnya halangan atau bantahan daripada pimpinan di bawah Najib ke atas inisiatif perdana menteri itu yang membabitkan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai reformasi pilihan raya. Menurut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Pakatan katanya yakin, Najib akan melakukan lebih banyak pembaharuan dalam PSC yang akan dilewatkan pelaksanaannya memandangkan beliau perlu mendapatkan sokongan terlebih dahulu dan berusaha mengatasi bantahan dalam pentadbirannya sendiri. Portal The Malaysian Insider yang memetik Mohamad melaporkan, beliau percaya tindakan Najib yang dilihat berundur ke belakang daripada inisiatifnya, menunjukkan beliau sedang "membeli masa" agar Perdana Menteri keenam itu boleh mendapatkan sokongan kakitangan kerajaan dan pengundi atas pagar menjelang pilihan raya umum. "Saya tidak fikir Najib dan BN serius untuk membawa pembaharuan," kata beliau selepas melancarkan kempen antiharga barang naik, menggunakan nama Protes BN, di ibu negara semalam. "Mereka hanya membuka injap untuk melepaskan tekanan tetapi tidak serius mengadakan pilihan raya bebas dan adil. Ya, mereka cuba beli masa," katanya lagi merujuk kepada kesan perhimpunan Bersih di ibu negara pada 9 Julai lalu, yang diadakan untuk menuntut pembaharuan pilihan raya. Kelmarin, Najib berkata pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan bila-bila masa dan tidak akan bergantung pada prosiding jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang dibentuk untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pilihan raya. Jawatankuasa PSC itu akan dibentuk Oktober ini. Bagaimanapun kelmarin, Perdana Menteri memberitahu oleh kerana jawatankuasa itu akan terbubar dengan sendiri bersama pembubaran parlimen, apa sahaja pembaharuan yang boleh dilaksanakan akan diadakan terlebih dahulu. "Pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa, tiada apa-apa kaitan dengan jawatankuasa pilihan khas parlimen. Ada perkara yang boleh dijalankan lebih awal," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. Namun menurut Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, tindakan Najib ini menyebabkan beberapa kumpulan dalam Umno tidak berpuas hati dengan pembaharuan Najib dan cuba mewujudkan kebangkitan ke atas kepimpinan beliau dan perikatan yang dipimpinnya. Beliau menamakan pertubuhan bukan kerajaan seperti Penawar dan Amanah Merdeka yang diketuai oleh veteran-veteran Umno. Oleh itu kata Mat Sabu, Najib cuba mendapatkan sokongan daripada tempat-tempat lain. "Saya tidak fikir beliau cuba menyatukan sokongan veteran Umno tetapi membeli masa pegawai-pegawai kerajaan dan menjawab Buku Jingga (dikeluarkan Pakatan Rakyat)," kata beliau. Sementara itu, ahli parlimen Ipoh Timur memberitahu, Najib kemungkinan cuba untuk mengadakan inisiatif baru susulan perhimpunan Bersih 2.0 bulan lalu tetapi gagal ekoran tentangan daripada Umno sendiri. "Beliau tidak boleh keluar daripada bangkangan, kritikan jelas daripada pihak berpendirian keras seperti Muhyiddin," kata Lim merujuk kepada timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Selasa lalu, Muhyiddin menegaskan sistem pilihan raya semasa adalah adil dan telus, dan hanya memerlukan sedikit penambahbaikan. "Mereka tidak boleh gembira dengan idea itu apabila mereka selama ini mempertahankan bahawa tidak ada apa-apa kekurangan dalam sistem semasa," kata Kit Siang. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan