Ahad, 21 Ogos 2011

Biaqpila

Biaqpila


LAGI BLOG BERTUKAR MENJADI LUCAH

Posted: 21 Aug 2011 08:29 AM PDT



Baru-baru ini telah didedahkan beberapa buah blog politik yang dipautkan di Biaqpila terpaksa dikeluarkan pautan mereka dari bloglist ini kerana didapati mempunyai unsur lucah keterlaluan.Kini beberapa buah blog lagi telah bertukar menjadi blog lucah antaranya ialah:

http://pusatkhidmatadunpasirpanjang.blogspot.com

http://addy89bagandatoh.blogspot.com

http://beritavsnews.blogspot.com

http://sinarhairan.blogspot.com/

Antara blog yang telah dikeluarkan dari senarai bloglist sebelum ini adalah:

http://webmarhaen.blogspot.com (Angkatan Muda M@RHAEN)

http://perakian-online.blogspot.com

http://ceritapolitik.blogspot.com

Daripada pemerhatian, blog-blog ini mempunyai rekabentuk template yang serupa dan disyaki dilakukan oleh dalang yang sama.Ianya mungkin dikendalikan golongan gay kerana pengendalinya menggunakan nama Gaysex serta Gay video. Selain daripada itu terdapat pautan yang menghubungkan blog tersebut ke laman gay.

Kepada blogger yang telah membuat pautan ke blog-blog ini di bloglist masing-masing diharap dapat membuang pautan tersebut dengan segera.




KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

UMNO dah mula retak?

Posted: 21 Aug 2011 01:00 AM PDT


Pendirian terbaru pentadbiran Najib berhubung jawatankuasa pilihan khas mengenai pilihan raya semakin jelas wujudnya keretakan antara perdana menteri dan parti pimpinannya — Umno, dakwa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Sekali lagi, menurut mereka, perkembangan semasa menunjukkan ada bangkangan ke atas inisiatif Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno - kali ini membabitkan jawatankuasa pilihan khas Parlimen.

Perkembangan terbaru dalam Barisan Nasional (BN) yang memerintah telah mencetuskan kebimbangan, malah pesaingnya Pakatan Rakyat, yang percaya lebih banyak pembaharuan akan mengalami kelewatan memandangkan Najib cuba mendapatkan sokongan ketika beliau sedang berusaha mengatasi bangkangan dalam pentadbirannya sendiri.


Dalam hal ini, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu percaya tindakan Najib yang dilihat berundur ke belakang daripada inisiatifnya menunjukkan beliau sedang "membeli masa" agar perdana menteri keenam ini boleh mendapatkan sokongan kakitangan kerajaan dan pengundi atas pagar menjelang pilihan raya umum.

"Saya tidak fikir Najib dan BN serius untuk membawa pembaharuan," kata beliau kepada The Malaysian Insider selepas melancarkan kempen antiharga barang naik, menggunakan nama Protes BN, di ibu negara semalam.

"Mereka hanya membuka injap untuk melepaskan tekanan tetapi tidak serius mengadakan pilihan raya bebas dan adil. Ya, mereka cuba beli masa," kata beliau merujuk kepada kesan perhimpunan Bersih di ibu negara pada 9 Julai lalu, yang diadakan untuk menuntut pembaharuan pilihan raya.

Petang kelmarin, Najib berrkata pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan bila-bila masa dan tidak akan bergantung pada prosiding jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang dibentuk untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pilihan raya.

Jawatankuasa sembilan anggota itu akan dibentuk Oktober ini.

Bagaimanapun kata perdana menteri, oleh kerana jawatankuasa itu akan terbubar dengan sendiri bersama pembubaran Parlimen, apa sahaja pembaharuan yang boleh dilaksanakan akan diadakan terlebih dahulu.

"Pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa, tiada apa-apa kaitan dengan jawatankuasa pilihan khas Parlimen. Ada perkara yang boleh dijalankan lebih awal," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Najib mengumumkan inisiatif ini Isnin lalu.

Mohamad menambah, beberapa kumpulan dalam Umno tidak berpuas hati dengan pembaharuan Najib dan cuba mewujudkan kebangkitan ke atas kepimpinan beliau dan perikatan dipimpinnya.

Beliau menamakan pertubuhan bukan kerajaan seperti Penawar dan Amanah Merdeka yang diketuai oleh veteran-veteran Umno.

Oleh itu kata Mohamad, Najib cuba mendapatkan sokongan daripada tempat-tempat lain.

"Saya tidak fikir beliau cuba menyatukan sokongan veteran Umno tetapi membeli masa pegawai-pegawai kerajaan dan menjawab Buku Jingga (dikeluarkan Pakatan Rakyat)," kata beliau.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkongsi pendirian yang sama sambil berkata, pendirian 'flip-flop' Najib adalah satu helah politik untuk mengelirukan rakyat dan mengharapkan rakyat akan lupa.

"Ia kelihatan begitu," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Ipoh Timur ini memberitahu, Najib kemungkinan cuba untuk mengadakan inisiatif baru susulan perhimpunan Bersih 2.0 bulan lalu tetapi gagal ekoran tentangan daripada Umno sendiri.

"Beliau tidak boleh keluar daripada bangkangan, kritikan jelas daripada pihak berpendirian keras seperti Muhyiddin," kata Lim merujuk kepada timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selasa lalu, Muhyiddin berkata sistem pilihan raya semasa adalah adil dan telus, dan hanya memerlukan sedikit penambahbaikan.

"Mereka tidak boleh gembira dengan idea itu apabila mereka selama ini mempertahankan bahawa tidak ada apa-apa kekurangan dalam sistem semasa," kata Lim.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Najib cuba untuk melewatkan pelaksanaan pembaharuan pilihan raya.

Adun Seri Setia dari Selangor ini berkata, tidak munasabah bagi Najib untuk sering berubah pendirian.

"... mengatakan sesuatu hari ini dan kemudian mengubah pendirian dengan begitu cepat," kata beliau.

"Mengadakan jawatankuasa pilihan khas bermakna anda menerima adanya kepincangan dalam sistem.

"Tetapi kemudian anda mengatakan tidak perlu menunggu sehingga keputusan (laporan jawatankuasa pilihan khas), kita boleh mengadakan pilihan raya, ini tidak masuk akal. Masih ada masa sehingga akhir mandat (semasa)," kata beliau.

Mandat semasa hanya akan berakhir pada suku kedua 2013.

Nik Nazmi berkata, motif sebenar Najib dalam mengubah pendirianya hanya boleh dispekulasi, tetapi nampaknya sementara Perdana Menteri itu cuba untuk bergerak ke depan daripada episod Bersih 2.0, beliau ditarik oleh pihak lain.

"Perdana Menteri boleh kata satu dan No 2 pula boleh kata lain," kata beliau dengan merujuk kepada gandingan Najib dan Muhyiddin.


The Malaysian Insider

darisungaiderhaka

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Maut kena petir waktu guna telefon

Posted: 20 Aug 2011 09:00 PM PDT


TANAH MERAH – "Saya mahu tidur puas-puas." Itu ungkapan aneh yang diucapkan Siti Munirah Nordin (gambar), 13, pada cuti Nuzul Al-Quran Rabu lalu kepada ibunya sebelum remaja itu maut dipanah petir di bangsal berhampiran rumahnya dipercayai sedang menggunakan telefon bimbit di Kampung Belimbing di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 5.50 petang itu, Siti Munirah meninggal dunia di tempat kejadian dengan kecederaan pada muka sebelah kanan dan kesan terbakar pada telinga, rambut dan punggung.

Mayat mangsa ditemui abangnya, Mohd. Firdaus, 16, pada pukul 9 malam setelah ahli keluarganya keluar mencarinya selepas tidak pulang ke rumah untuk berbuka puasa sejak keluar pada pukul 4.30 petang.

Telefon bimbit milik ibunya yang dipinjam mangsa pula ditemui di atas tanah di bawah bangsal tersebut.

Mangsa merupakan pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing di sini.

Ibunya, Rosnah Dollah, 49, berkata, pada mulanya dia menyangka Siti Munirah pergi berbuka puasa di rumah kawannya tetapi terkejut apabila mendapat tahu kawan anaknya itu pulang ke kampungnya di Salor dekat sini.

"Sebelum kejadian, Siti Munirah sedang menggunakan telefon bimbit saya di dalam rumah dan apabila saya menegurnya kerana berbual terlalu lama, dia terus keluar dari rumah.


KOSMO


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

LAWAK AHAD: BUDAK DI DALAM

Posted: 20 Aug 2011 06:00 PM PDT


Gambaq hiasan

Seperti biasa tak kira bulan puasa atau tidak setiap bas di kuala lumpur pasti akan sesak dengan ramai orang, nak dijadikan cerita naiklah seorang wanita muda yang sedang mengandung bernama Alia. Lalu dengan sopan dia berkata kepada seorang lelaki india bernama Ravi yang sedang duduk di sebuah kerusi.

"Encik, bolehkan bagi saya duduk? Saya berdiri tak apa, tetapi budak di dalam ni..". *sambil tunjuk perut dia

Lelaki tu pun memberikan tempat duduknya kepada wanita tersebut. Kemudian lelaki itu pun mengeluarkan rokok lalu menghisap rokok, lalu wanita itu berkata,

"Encik, boleh ke encik berhenti merokok. Saya tak apa, tapi budak di dalam ni..". *tunjuk perut dia lagi

Lelaki india itu pun dgn tersipu2 membuang putung rokok tersebut. Tetapi di dalam hati membara, geram betul pada wanita itu. Dah lah aku terpaksa beri tempat duduk aku, ni dia boleh tegur aku yang sedang merokok. Macam mana aku nak pekena dia pula? *gertik hati kecil pemuda india itu

Tiba2 angin bertiup, dan terselaklah kain wanita itu, dan nampaklah pangkal pahanya yang putih melepak, maka dgn spotan lelaki itu berkata

"Cik puan, boleh tak cik puan tutup kain cik puan. Saya tak apa, tetapi budak di dalam ni tak boleh .... *sambil tunjuk ke arah seluarnya.


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK



Tiada ulasan: