Selasa, 16 Ogos 2011

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Intermission Antologi : K-Pop Lemau,Gadis Meronta-Ronta dan Soal Jawab Agama

Posted: 16 Aug 2011 05:01 PM PDT

Seronok jugak sebenarnya menulis cerpen ni!

First sekali, sebenarnya..kalau kau suruh aku sambungkan cerpen2 tu,jadikan novel ke...aku mintak maaf.Semua cerpen tu aku tulis on the spot.Takde plan2.Dari dulu aku nak buat benda camni.Tapi selalunya mesti ada aje isu lain yang masuk,jadi aku decide sebelum bulan puasa hari tu..kurangkan kutuk orang Melayu UMNO dan tulis aje apa-apa cerita yang aku nak tulis.

Aku terfikir satu topik,aku tulis.Macam cerita hantu tu..sebenarnya pendek aje cerita dia,aku tak plan pun nak sambung.Tah macam mana boleh masuk ada anak beranak misteri tu aku sendiri tak sure...jadi kalau kau suruh aku sambungkan,aku takut nanti makin lama makin merepek.Aku rasa kalau aku teruskan,mesti cerita hantu akan jadi cerita cinta Munirah dan Joe..lama2 lepas tu akan bertukar jadi cerita porn.Kalau ikut satu draf awal yang aku dah tulis,memang ada scene2 asmara Joe dengan Munirah sebelum ending dia...

Standard la.Aku lelaki.Isteri aku tengah pantang.Imaginasi memang agak liar.
Orang dah kawin dan dah ada anak paham la apa aku tulis ni.

Jadi,just nak inform,kalau aku ada idea nak sambung,aku sambung...mcm cerita Razali dan anaknya tu aku dah boleh nampak sipi2 bayangan sambungan dia.Tapi cerita hantu tu habis camtu aje la...mula2 memang aku nak buat ending dia lagi panjang,tapi mana misterinya kat situ,kan?Cerita kisah cinta empat segi Diana,Daniel,Rizal dan tah apa nama karakter lagi sorang...tu aku rasa stop kat situ aje la.

Oh,dah tengok video klip terbaru kumpulan K-Pop kegemaran aku,MAX 247?
Layan la.Best.Sangat best!Best sangat!


Kau pernah dengar kumpulan K-Pop Korea nama Girls Generation?Ada orang panggil SNSD.Aku suka tengok video klip dia sahaja (come on..aku bukan gay) sebab ada sesuatu yang hipnotik mengenai sekumpulan anak gadis comel-comel menari beramai-ramai serentak.Kita boleh nampak la hasil latihan diorang walaupun vokal bila live selalu out sket.Menari memang synchro kaw-kaw.Sekarang imej diorang aku tak suka sangat sebab lebih kepada maneater punya imej.Aku suka perempuan imej cute dan bubbly,yang paling penting...tak nampak macam slut.

Pernah baca sejarah Girls Generation ni? Punyala lama diorang kena audition dan training untuk form group diorang yang makin lama makin luas pengaruh dia.Training memang teruk sehinggakan ada ahli seorang dua yang dah tarik diri sebab tak tahan.Tapi hasil dia berbaloi la kalau kita tengok.

Sekarang, cuba tengok video klip kumpulan MAX 247 kat atas tu balik. Kalau Girls Generation training bertahun-tahun baru dapat jadi macam sekarang kau cuba bayangkan...mamat2 MAX 247 ni training nanti macam mana? Nampak potential diorang nak jadi setaraf artis K-Pop international yang lain? Tak nampak? Gila besar potensi diorang ni!Dengan training main2 diorang dah hebat macam tu...BAYANGKAN POTENSI DIORANG!

Setakat Girls Generation?Wondergirls?Lee Hyori?Park Joo Bong? Celah gigi la.Orang Malaysia ni bagus,kita cepat nampak potential.Walaupun diorang artis yang training tak berapa serius pun,diorang mampu ada video klip sendiri...sebab orang kita memandang jauh ke masa depan.Potential kena rebut dan start gilap dari awal. Negara kita ada potential untuk melahirkan lebih ramai artis-artis K-Pop ni.

Orang kita senang nak appreciate talent seni yang ada..rebutlah peluang yang ada sebab aku pasti kalau kau ajak aje member kau 3-4 orang tubuh satu boyband,menari aje sket2 dan pakai costume..Insya Allah..akan ada record label ambik kau.Yang penting,bila ada band baru,industri seni makin meriah.Vokal semua tolak tepi.Kita boleh apply Autotune.

Yang penting,meriah. Kerajaan takkan ambik orang biasa yang kerja doktor,engineer atau cikgu jadi idola...diorang akan ambik artis. Jadi,salah satu langkah untuk memperbanyakkan idola adalah dengan memperbanyakkan bilangan artis. Budak-budak pandang tinggi Shahir AF tu sebab dia idola...apa perlunya lagi hormat cikgu kat sekolah,kan? Cikgu sekolah bukan Shahir! Aku suka langkah kerajaan memperluaskan industri hiburan kita.Kau cuba tengok sendiri..berapa ramai artis yang ada bisnes sendiri dan berapa ramai orang biasa yang mampu bukak bisnes?

Tak ramai...tapi ramai artis yang jadi usahawan.Siti Nurhaliza ada makeup..Zed Zaidi ada Papparich...kumpulan 4U2C dulu ada air tin brand diorang sendiri.That's the trend! Untuk jadi seseorang yang berjaya di Malaysia...become an artist or celebrity! Peluang untuk orang Melayu jadi bisnesman lebih cerah jika dia seorang artis! Nak lagi cerah? Jadi artis...masuk Pemuda UMNO....cuba tengok balik AC Mizal tahun 90 an dulu dengan AC Mizal sekarang dan compare....

Yang terakhir; isu bacaan al-Quran dekat pembesar suara.
Aku harap video ni memperjelaskan segala persoalan.


Setakat ni dah 10 cerpen. Lepas ni..ada cerita fantasi..cerita berbentuk keagamaan yang serius , selit cerita gay seround dua dan mungkin untuk last part aku nak tulis sebuah kisah cinta yang sangat epik.Sama ada aku dapat capai tahap epik yang aku nak tu....aku tak tau. Sebabnya,seperti aku tulis kat mula-mula tadi..aku akan tulis cerpen2 tu on the spot ikut suka.Takde planning,takde peraturan.

Jadi,sempena Nuzul Quran hari ini,marilah kita beramai-ramai,tanya diri sendiri...kenapa perempuan2 di awalan video klip MAX247 tu,sanggup buat macam tu (walaupun berlakon)?

Adakah sebab :

a. Mamat2 tu terlampau hensem?
b. Perempuan2 tu desperate?
c. Diorang kena paksa berlakon?
d. Benchmark untuk lelaki idaman wanita Melayu adalah lelaki seperti itu?
e. Bayaran yang diorang dapat mampu cover gaji setahun?
f. Diorang memang sincerely betul2 minat dekat MAX247?

Aku akhiri intermission ni dengan pose maut tangkap leleh kumpulan MAX247.


Nice!

Kau pernah tak rasa ada sesetengah orang tu,
kalau kau tengok muka diorang,kau rasa nak cium-cium?

Cerpen 10 : Rumah di Atas Bukit Bahagian Akhir

Posted: 15 Aug 2011 11:09 PM PDT

"Mak,ada lelaki datang.." kata Munirah sambil memandang ke bawah tangga."Dah boleh turun ke?"

"Sekejap.." sahut seseorang.Joe hanya berdiri memandang sekeliling sambil tangannya terus memegang erat tangan Munirah.Munirah senyum memandang Johan yang berkelakuan seperti orang dungu.

"Turunlah anakku.." sahut suara wanita itu selepas beberapa ketika.Joe dan Munirah melangkah ke bawah berpimpin tangan seolah-olah pasangan kekasih.

"Mak,saya suka dia ni,nama dia Johan..." kata Munirah sambil tersenyum manja menjeling Joe.Joe seolah-olah terpukau hanya mampu tersengih dan mengangguk. Mak kepada Munirah itu melangkah ke depan. Cahaya lampu yang kuning itu membuatkan suasana jadi sedikit kelam.Joe melihat mak kepada Munirah itu agak kecil orangnya.Makcik itu menghampiri Joe,lalu memandangnya ke atas dan ke bawah.

"Kau kenapa nak?Kenapa kau nak jaga Munirah?" tanya makcik itu.Munirah menggenggam erat tangan Joe.Sejuk rasa tangan Joe apabila dia dipegang begitu.Dengan tidak disedari terpacul keluar jawapan dari mulut Joe,"Ya makcik..saya sanggup jaga Munirah sehingga ke hujung nyawa saya.."

Makcik itu tersenyum lebar."Hahahaha..pandai kau Munirah.Pandai!Mari,kita duduk makan dulu..." Makcik itu mengajak Joe naik ke atas semula ke ruang tamu.

"Kau duduk di situ..." kata makcik itu mengarahkan Joe supaya duduk di meja makan. Pinggan,garfu dan sudu sudah tersedia diletakkan kemas dan cantik.Tapi cuma untuk Joe."Makcik dah makan...Munirah pun dah makan.." jawab Makcik itu apabila melihat Joe kehairanan.

Munirah mencedok nasi lalu diletakkan ke dalam pinggan Joe lalu disendukkan dua ketul ayam kari."Makan bang.." Joe terus menyuapkan nasi berlauk ayam kari itu ke dalam mulut.

...............

Rahman memandang dari luar.Dia nampak Joe sedang duduk di meja berhabuk itu sambil memegang sudu dan garfu yang sudah berkarat itu.Dia nampak Joe memasukkan sudu itu ke dalam mulutnya lalu dikunyah-kunyah karat dan debu yang sudah bertapuk entah berapa lama.

Dia juga nampak perempuan tua tadi yang menghalaunya keluar, duduk di depan Joe.

"Joe!Joe!Kau buat apa tu!" tingkap itu diketuk perlahan-lahan untuk membangunkan Joe dari lamunan.Perempuan tua itu memandang ke tingkap. Rahman pantas tunduk untuk mengelakkan diri dilihat. Rahman menjeling semula.Joe terus diam..sekali sekala dia tersenyum dan mengangguk. Ada juga beberapa ketika Joe bercakap sendirian.

"Gila hapa Joe ni..." kata Rahman,lalu dia melangkah meninggalkan rumah itu menuju ke motorsikalnya yang diletakkan di kaki bukit tersebut.

...........

Makcik dan Munirah memandang tepat ke arah Joe.Munirah tidak habis-habis memandang tepat ke arah mata Joe.Joe hanya mampu tersenyum.Tak pernah lagi seumur hidupnya ada gadis secantik ini duduk sebegini rapat dengannya.Dapat dirasa bau harum tubuh Munirah menerawang di udara.

"Kau betul Munirah?Betul kau pilih dia?" tanya Makcik.Munirah mula berang."Aku dah kata,aku suka dia!AKU SUKA DIA!KENAPA KAU NAK TANYA BANYAK KALI LAGI?"

Makcik itu tunduk."Munirah...kau anak aku.Memang salah aku buat kau jadi macam ni..kau tak payah la seksa lelaki ni nak..biarlah mak aje yang jaga kau..."

"KAU TU BETINA SIAL!SIAL!KAU LAHIRKAN AKU!KAU BUANG AKU!KAU BIAR AKU MATI!SEKARANG KAU NAK JAGA AKU!BERAMBUS KAU!AKU NAK DIA!AKU SUKA DIA!" pekik Munirah.

Makcik itu tunduk memandang lantai.Dia mencabut sebentuk cincin dari jarinya lalu diletakkan di atas meja.

"Johan..pakaila cincin tu.Itu hadiah Munirah untuk Johan.." Munirah yang baru sebentar tadi terpekik-pekik tiba-tiba bertukar lembut.Johan memandang cincin itu lalu tangannya mencapai cincin terus diletakkan dijari.

"Kau setuju jaga Munirah?" tanya makcik itu kepada Johan."...err....errr..." Johan sedikit gagap apabila ditanyakan soalan itu.Munirah menggenggam tangan Johan dengan kuat dan Johan dengan wajah tiada perasaan menjawab.."Ya,saya setuju.."

"Minta maaf dik..makcik dah sorok diri makcik dan semangat Munirah ni 43 tahun..kau la orang pertama yang ketuk rumah buruk makcik ni dan kena tegur dengan Munirah,maafkan makcik," kata makcik itu.

"BERAMBUS PEREMPUAN TUA!BERAMBUS!" Jerit Munirah.Makcik itu dengan perlahan bangun dan membawa dirinya keluar.Munirah tersenyum riang.

"Johan....jom kita main batu seremban..." pinta Munirah keanak-anakan.

..........

Rahman terjaga dari tidurnya.Dia dengar bunyi ramai orang kampung sedang bising.Dikuakkan tingap terbuka dan matanya terbeliak besar apabila melihat rumah di atas bukit itu sedang marak dijilat api. Dia menjeling jam di dinding. Tepat jam 4:35 pagi.

"Ya Allah!Joe!" Rahman berlari keluar rumah."Cepat Man..rumah tu terbakar!Orang kampung semua tengah tolong!" jerit salah seorang penduduk kampung. Dia bingkas bangun mencapai kunci motor lalu dihidupkan motor terus dipacu ke arah rumah di atas bukit.Sampai saja di sana dilihat orang ramai sudah mula berkumpul dan cuba memadamkan api.Dia nampak Makcik Rosnah,ibu Joe.

"Makcik..makcik..Johan ada balik rumah semalam?" tanya Rahman.Makcik Rosnah memandang Rahman kehairanan."Bukan dia tidur rumah kau ke Man?Dia mana balik semalam." beritahu Makcik Rosnah,mula risau.

Rahman diam. Dia hilang punca. Mana pergi kawannya,Johan?


Tiada ulasan: