bumiperak |
Serbu Gereja: Setujukah Hasan Ali jika JAIS Tangkap Lim Guan Eng? Posted: 05 Aug 2011 08:21 AM PDT PPinang 5 Julai -Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama pimpinan Pakatan Rakyat berada di dalam majlis berbuka puasa di Masjid Sungai Nibong, Pulau Pinang, petang tadi. Lim dan pengerusi masjid, imam dan kariah masjid tiada masalah memasuki masjid untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan suasana umat Islam berbuka puasa. Akan tetapi di Selangor, Hasan Ali jelas skeptikal apabila umat Islam dilarang memasuki gereja kununnya ada usaha memurtadkan umat Islam, padahal ada majlis sumbangan dan mengutip derma seperti yang dijelaskan bekas pegawai polis terkenal, Zaman Khan. Apakah sekiranya Lim dan rakan-rakannya yang bukan beragama Islam berbuka puasa di mana-mana masjid di Selangor, mahukah dia mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang sangat cekap menghidu pergerakan dan aktiviti yang mencurigakan, menangkap dan menyiasat?? Inilah padahnya apabila sesuatu maklumat tidak diperhalusi dan disahkan. Umno-APCO mesti mengucapkan "syabas dan tahniah" kerana mereka tidak perlu bersusah payah mencetuskan isu agama dan perkauman. Cukup dengan dail nombor telefon Hasan Ali dan arahkan JAIS bertindak! KUALA LUMPUR, 5 Ogos (harakahdaily): Semua pihak diseru supaya tidak membuat sebarang kenyataan provokatif mengenai isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu majlis makan malam muhibah Gereja Methodist Damansara Utama yang didakwa kononnya bertujuan memurtadkan orang Melayu. Ia juga perlu bagi menghormati bulan Ramadan daripada bercakap bohong dan menimbulkan fitnah, kata Ahli Parlimen PAS Parit Buntar Dr Muhajid Yusof Rawa. Dalam satu kenyataan hari ini, Muhajid melahirkan rasa bimbang isu Jais ini akan memburukkan keadaan hubungan antara agama di negara ini yang semakin tegang masa kini. "Kegagalan kerajaan menangani isu kalimah Allah tempoh hari berpotensi menimbulkan satu polemik baru pula. "Semua pihak turut bimbang dengan adanya pulak pihak yang ingin ambil kesempatan utk kepentingan politik sempit mereka. Memburukkan lagi situasi ialah apabila media diperalatkan untuk menimbulkan provokasi dari kenyataan puak rasis dan fanatik agama," kata beliau. Dua hari lepas, kira-kira 30 anggota pihak berkuasa Jais dan polis telah memasuki premis Gereja Methodist Damansara Utama pada jam 10 malam semasa satu majlis makan malan muhibbah diadakan. Majlis itu dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum yang turut dihadiri 15 orang Melayu Islam. Setelah menerima kritikan hebat, Exco Kerajaan Negeri Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali menjelaskan bahawa serbuan itu dibuat kerana pihak Jais menerima maklumat ada usaha mahu memurtadkan umat Islam. Namun sehingga kini, tidak dapat disahihkan apa bukti yang diterima pihak berkuasa terbabit. Disebabkan itu, Muhajid, yang juga Pengerusi Jaringan Antara Agama Asia Tenggara turut menyeru Jais untuk memberikan penjelasan secara jujur motif tindakan mereka kerana ini melibatkan premis ibadat agama Kristian yang mesti dihormati. "Ada beberapa isu yang perlu diberi penjelasan. Atas alasan apakah serbuan dibuat? Adakah waren dikeluarkan? Apakah sebenarnya berlaku dalam gereja tersebut? "Kekaburan tindakan dan penjelasan yang tidak memuaskan hanya akan memberi ruang hubungan antara agama semakin meruncing dan sekaligus menimbulkan ketegangan kaum," tambah beliau. Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata pihak kerajaan negeri akan mendapatkan nasihat DYMM Sultan Selangor sebelum mengambil tindakan seterusnya setelah menerima laporan Jais. "Sebaik menerima laporan Jais saya akan mengadap DYMM Tuanku Sultan untuk mendapat nasihat dalam menyelesaikan isu ini serta memastikan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi," kata Khalid. Khalid turut melarang semua ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dari membuat sebarang kenyataan berkenaan isu ini dan menyeru rakyat meneruskan semangat keharmonian, hormat menghormati dan tolerasi antara agama yang telah wujud sejak sekian lama di negara ini. "Seperti yang kami katakan semalam kami kesal dengan kejadian tersebut. Kerajaan Negeri yakin rakyat Selangor tidak rasa terbela dengan kejadian tersebut. "Niat dan tujuan yang baik tidak menghalalkan perbuatan yang gagal mempamerkan keadilan dan kebijaksanaan dalam memimpin masyarakat," kata beliau lagi. |
Isu Ku Li-Anwar: Dalam hidup saya tak pernah rahsia, kata Nik Aziz Posted: 05 Aug 2011 08:07 AM PDT KOTA BARU, 5 Ogos — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak pernah mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah bagi membincangkan idea melantiknya sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Nik Aziz berkata, sejarah membuktikan beliau tidak pernah berahsia dalam urusan kehidupan sehariannya. Malah tegas beliau, jika benar pertemuan itu diadakan, tiada sebab ia perlu dirahsiakn daripada pengetahuan umum. "Saya tidak tahu cerita jumpa Ku Li (timbul) dari mana, tak ada (pertemuan). Kalau ada, buat apa saya rahsia, dalam sejarah hidup saya, tidak ada rahsia, tuan-tuan tahu sendiri, tiada yang rahsia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Konsep Negara Berkebajikan tulisan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini hari ini. Kenyataan terbabit sekali gus menjawab cabaran yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang mahukan Nik Aziz (gambar) membuat kenyataan terbuka dan bukannya melalui Facebook mengenai dakwaan pertemuan rahsia tersebut. Selasa lalu, dalam laman Facebook rasminya, Nik Aziz menyifatkan khabar angin yang mengaitkan beliau terlibat dalam pertemuan rahsia dengan Tengku Razaleigh sebagai satu "lawak jenaka." Ditanya adakah dakwaan itu dibuat kerana mahu menjatuhkan PAS, Nik Aziz berkata, jawapan tersebut hanya boleh diberikan oleh individu yang membuat tuduhan tersebut. "Apa yang jelas ini perkara mengarut, saya nasihat mereka yang sebarkan berita ini, jaga akhlak. Ini bulan Ramadan, jangan sebarkan berita yang tidak benar," katanya. "Saya umur sudah (sekitar) 80, kalau sakit pun munasabahlah, (tetapi) kalau sakit menyebabkan kerja terganggu minta maaf, (sekarang) alhamdulillah, berselera makan, tetapi apabila malam berjaga lebih, timbul letih sikit," katanya. |
You are subscribed to email updates from BUMI PERAK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan