Sabtu, 13 Ogos 2011

Briged Al-Akhdor LR2

Briged Al-Akhdor LR2


Blogger umno fitnah lagi..Bulan Ramadhan dicemari

Posted: 13 Aug 2011 01:40 AM PDT


Bagai dijangka apabila Berita Harian Online menyiarkan satu laporan mengenai isu larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh melalui satu pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang ianya pasti dijadikan isu oleh Blogger Pro UMNO.

Tanpa memahami apa yang dibaca seorang Blogger Pro UMNO menabur fitnah dibulan Ramadhan ini.. Beliau cuba membuktikan kepada pembacanya bahawa beliau lebih bijak dalam hukum Islam jika dibandingkan dengan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang yang diPengerusikan oleh Mufti Pulau Pinang.

Putar belit atau Fitnah blogger itu.. "Alasan tang mana pulak yang dikatakan azan subuh mengganggu dan menyalahi syarak... kalau begitu, salahlah juga Syaidina Bilal bin Rabbah r.a sebab suaranya pagi-pagi 'mengganggu' penduduk Madinah, sehinggakan dalam satu riwayat selepas kewafatan Rasulullah s.a. w, Syaidina Abu Bakar As-Siddiq r.a melahirkan kerinduannya kepada alunan azan Syaidina Bilal r.a."

Selama ini, nampaknya UMNO-BN yang telah memerintah negara ini, telah mengganggu dan buat bising pada waktu subuh!!!

DAP gagal untuk menghapuskan azan subuh di Selangor, tetapi di Pulau Pinang, nampaknya mereka telah berjaya. Lebih aneh, fatwa berkenaan berlaku pula pada zaman DAP sebagai pemerintah negeri, tidak sewaktu Barisan Nasional menguasai Pulau Pinang.

Mungkin sudah biasa dengan kerja-kerja menyebar fitnah maka Ramadhan atau tidak ianya bukanlah menjadi satu halangan..

Blogger tersebut menunjukkan beliau tidak faham apa yang dilarang itu bila menulis "Alasan tang mana pulak yang dikatakan azan subuh mengganggu dan menyalahi syarak... kalau begitu, salahlah juga Syaidina Bilal bin Rabbah r.a sebab suaranya pagi-pagi 'mengganggu' penduduk Madinah, sehinggakan dalam satu riwayat selepas kewafatan Rasulullah s.a. w, Syaidina Abu Bakar As-Siddiq r.a melahirkan kerinduannya kepada alunan azan Syaidina Bilal r.a."

Sedangkan yang menjadi larangan ialah.. bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara dari surau dan masjid sebelum waktu subuh bukannya melaungkan Azan Subuh melalui pembesar suara..

Mesyuarat Majlis Fatwa Bilangan 2/2011, yang dipengerusikan Mufti Negeri Pulau Pinang kemudiannya telah disahkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil.3/2011 pada 6 Jun 2011 memutuskan bahawa bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara dari surau dan masjid sebelum waktu subuh adalah dilarang menurut Hukum Syara'.

Majlis Fatwa memutuskan bahawa perbuatan tersebut boleh mengganggu orang lain sama ada yang berada di dalam atau di luar masjid demi maslahah ummah. Ini berdasarkan hadis dan dalil yang berkaitan, bermaksud…

"Daripada Abi Sa'id al-Khudri berkata ia : ketika Nabi s.a.w beriktikaf ( beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda : Ketahuilah setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain dan jangan kamu mengangkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat." ( sunan Abi Daud, hadis ke 1332, juzuk 2, cet. Dar al Hadis)

Lain kali kalau tak tahu hal sebenar jangan nak tunjuk pandai.. hang puasa atau tak hari ni sedara??

Sila baca kenyataan media ini…

Kenyataan Media

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pulau Pinang

YB Abdul Malik Kassim, 12 Ogos 2011

PIMPINAN KERAJAAN NEGERI TIDAK CAMPUR TANGAN KEPUTUSAN MAJLIS FATWA NEGERI BERHUBUNG ISU LARANGAN PENGGUNAAN PEMBESAR SUARA SEBELUM SUBUH

Pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah campur tangan dalam sebarang keputusan Majlis Fatwa Negeri yang dipengerusikan oleh Mufti Negeri Sahibul Samahah Datuk Seri Haji Hassan Ahmad dan dianggotai oleh para ulamak, professional agama, serta wakil daripada istana.

Saya hanya mengetahui keputusan Majlis Fatwa berhubung larangan menggunakan pembesar suara sebelum subuh, berdasarkan laporan akhbar yang disiarkan pada hari ini.


Justeru, saya menolak dengan sekeras-kerasnya tohmahan pihak yang mengaitkan pimpinan kerajaan negeri terlibat dengan keputusan Majlis Fatwa tersebut.

Namun begitu, kerajaan Negeri Pulau Pinang menghormati keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang bil. 2/2011 yang bersidang pada 7 April 2011, mengenai hukum membaca Al-Quran sebelum subuh dengan menggunakan pembesar suara.

Mesyuarat Majlis Fatwa Bilangan 2/2011, yang dipengerusikan Mufti Negeri Pulau Pinang kemudiannya telah disahkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil.3/2011 pada 6 Jun 2011 memutuskan bahawa bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara dari surau dan masjid sebelum waktu subuh adalah dilarang menurut Hukum Syara'.

Namun, kerajaan negeri berpendirian pentadbiran masjid dan surau boleh mempertimbangkan sama ada mahu meneruskan tradisi dan amalan sedia ada atau sebaliknya, setelah menerima pemberitahuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ( JHEAIPP) tentang keputusan Jawatankuasa Fatwa.

Sungguhpun begitu, sebagai pentadbir institusi agama, mereka sewajarnya menghormati keputusan Majlis Fatwa yang membuat keputusan berdasarkan hukum Islam, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Majlis Fatwa memutuskan bahawa perbuatan tersebut boleh mengganggu orang lain sama ada yang berada di dalam atau di luar masjid demi maslahah ummah. Ini berdasarkan hadis dan dalil yang berkaitan, bermaksud…

"Daripada Abi Sa'id al-Khudri berkata ia : ketika Nabi s.a.w beriktikaf ( beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda : Ketahuilah setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain dan jangan kamu mengangkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat." ( sunan Abi Daud, hadis ke 1332, juzuk 2, cet. Dar al Hadis)

Keputusan tersebut kemudiannya telah dimaklumkan kepada JHEAIPP pada 12 Julai 2011 untuk tindakan selanjutnya.

Saya yakin, demi kepentingan politik sempit pihak-pihak tertentu akan mengambil peluang mengekploitasi keputusan majlis fatwa tersebut. Pihak berkenaan pastinya akan menabur fitnah kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang anti-Islam.

Dalam semangat Ramadan Al-Mubarak ini, demi kepentingan umat Islam, kerajaan negeri sentiasa membuka pintu rundingan dan mengalu-alukan muzakarah dan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi memartabatkan Islam di negeri bertuah ini.

Malah, saya mengalu-alukan pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa bermuzakarah dengan pihak terbabit dalam semangat saudara seagama.

Pergggh banyak betul aduan status mengundi ..SPR terus defensif

Posted: 12 Aug 2011 11:15 PM PDT

WALAUPUN momentum yang menunjukkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat http://maidoali.files.wordpress.com/2011/06/ic.jpg?w=300&h=202terus kekal sejak Himpunan Bersih 2.0, masih tetap ada kebimbangan di sana sini yang perlu diberi perhatian.

Yang paling membimbangkan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 ini ialah berita-berita di sana sini yang mendakwa ada para pendatang yang mendapat status sebagai warganegara dan terus menjadi pengundi. Ini sesuatu yang berbahaya dan sama sekali tidak dapat diterima.



Selain itu, penambahan pengundi dari luar dengan tibatiba, atau pengundi 'import' di sesuatu kawasan pilihan raya dan pelbagai lagi. Setakat ini pihak SPR belum lagi memberikan penjelasan bagaimana hal ini boleh terjadi.

Berita-berita yang sangat membimbangkan ini berlaku ketika tidak lama lagi PRU ke-13 sangat hampir. Dalam masa yang sama tuntutan Bersih 2.0 belum menerima jawapan yang konkrit daripada pihak kerajaan, khususnya Suruhan Pilihan Raya (SPR).

Dalam keadaan begini bagaimanakah rakyat boleh yakin bahawa pilihan raya umum akan datang – seperti juga pilihan raya yang lalu - akan berjalan dengan bersih, telus dan demokratik? Dengan apa yang berlaku ini, yang dilihat segalanya berjalan penuh rahsia dan sulit, menyebabkan wujud persepsi umum bahawa pilihan raya akan datang juga jauh daripada bersih dan tidak boleh diharapkan.

Itu belum lagi dengan tuntutan lapan perkara dari Bersih 2.0 yang kini 'tergantung' begitu saja. Lidah tidak bertulang berdolak-dalik, memberikan pelbagai jawapan yang negatif. Kita bimbang, lama kelamaan tuntutan Bersih 2.0 itu beransur-ansur dilupakan dan ini memang diharapkan oleh pihak tertentu supaya pelaksanaan pilihan raya akan terus begini keadaannya.

Sementara itu perlu diingat bahawa menurut kajian, dua pertiga daripada 222 kerusi Parlimen terletak di kawasan luar bandar, lebih 50 peratus pengundi berdaftar di negara ini tinggal di bandar.

Ertinya, kawasan luar bandar masih sangat perlu diberikan perhatian oleh Pakatan Rakyat, khususnya PAS, yang dijangka bertanding banyak di kawasan tersebut di samping kawasan bandar dan semi bandar.

Ada pendapat mengatakan bahawa momentum Bersih 2.0 banyak berada di dalam bandar saja, sedikit-sedikit di kawasan semi bandar. Justeru, isu Bersih 2.0, kononnya hanya isu Lembah Klang, bukan isu nasional keseluruhannya.

Walaupun pendapat ini tidak benar, wajar kita memberikan perhatian. Maknanya momentum Bersih 2.0 ini perlu dibina secara menyeluruh dari Perlis ke Johor dan juga ke Sabah dan Sarawak.

Pendukung Pakatan Rakyat sangat perlu menerangkan isu ini sejelasjelasnya kepada rakyat baik di luar bandar mahupun di dalam bandar.

Perlu dingat, memenangi hati pengundi di Sabah dan Sarawak sangat penting dalam usaha Pakatan Rakyat hendak memenangi PRU ke- 13 untuk sampai ke Putrajaya. Oleh itu, momentum Bersih 2.0 juga sangat perlu diteruskan di dua negeri itu.

Sementara itu sangat wajar usaha Pakatan Rakyat hendak membekalkan beribu-ribu VCD dan bahan-bahan penerangan mengenai Bersih 2.0 kepada mereka yang hendak pulang berhari raya di kampung untuk disebarkan di sana bagi memberikan penerangan sebenarnya senarion politik yang berlaku sekarang.

Selama ini rakyat luar bandar mungkin mendapat maklumat daripada media yang dikuasai parti pemerintah saja, menyebabkan hal sebenar yang berlaku di ibu negara 9 Julai lalu tidak diketahui oleh mereka.

Bagaimanapun, tidak semua rakyat di luar bandar ini hanya mendapat maklumat daripada TV, radio dan akhbar yang dikuasai Umno-BN. Ini kerana sudah ramai anak-anak muda di luar bandar menggunakan internet dan mendapat maklumat melalui YouTube, blog, web-site, twitter, Facebook dan sebagai.

Ini bermakna sebahagian rakyat luar bandar, khususnya generasi muda, mendapat maklumat bukan daripada saluran media tradisional.

Dalam hal ini usaha Pakatan Rakyat membekalkan CD dan akhbar alternatif serta bahanbahan maklumat lain masih sangat diperlukan supaya maklumat tersebut dapat diketahui secara meluas.

Bagaimanapun saya tertarik dengan kenyataan Naib Presiden KeADILan, Nurul Izzah Anwar yang menegaskan bahawa pemimpin politik perlu menyedari hakikat bahawa isu-isu asas masih kekal prominen, walaupun optimis dengan peningkatan penyertaan orang awam seperti yang dilihat pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai.

Isu-isu global, katanya, seperti keadaan ekonomi yang semakin buruk akan memberi kesan kepada Malaysia, terutama kepada rakyat, di samping isu lain.

Kepada saya isu kenaikan harga barang keperluan harian yang sangat menekan kehidupan rakyat akan memberi kesan kepada PRU ke-13 nanti. Isu ini adalah 'isu hidup mati' rakyat Malaysia daripada golongan berpendapatan rendah.

Walaupun kerajaan Umno- BN sudah mula memberikan wang dan sebagainya kepada rakyat luar bandar, khususnya kepada warga Felda, ada berjutajuta lagi rakyat miskin yang tidak mendapat perhatian sama ada di bandar mahupun di luar bandar.

Keluhan pemandu teksi, pekebun kecil, keluhan nelayan kecil, keluhan peniaga kecil di tepi jalan, buruh kasar mengenai belanja hidup yang melambung tinggi dijangka memberi kesan dalam PRU ke-13 nanti. Rakyat yang tidak tahan lagi dengan kenaikan harga barang dijangka akan menterjemahkan kekecewaan mereka melalui peti undi dalam pilihan raya akan datang.

Sementara itu, Bridget Welsh, seorang profesor bersekutu dalam bidang sains politik di Universiti Pengurusan Singapura pula percaya bahawa keputusan pemilihan yang akan datang, akan ditentukan oleh golongan atas pagar, yang beliau anggarkan kira-kira 40 peratus daripada pengundi berdaftar.

Beliau berkata, ia juga akan bergantung kepada trend mengundi di kalangan pengundi Melayu dan India dan juga trend di Sabah dan Sarawak - yang dianggap sebagai 'deposit tetap' BN.

Welsh juga menegaskan perlunya reformasi sistem pilihan raya, yang menurutnya, tidak memberi peluang yang sama rata untuk pengundi berdaftar menjalankan hak-hak mereka.

Dalam perkembangan terkini, anggota Parlimen Pakatan Rakyat menuntut Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak memanggil sidang tergempar Parlimen untuk membincangkang isu pertukaran status penduduk tetap (PR) kepada warganegara dengan sekelip mata.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub berkata mereka akan menghantar surat dalam masa terdekat kerana mendakwa perkara 'khianat' itu 'mengancam keselamatan dan kedaulatan negara'.

"Kami beri masa seminggu kepada perdana menteri untuk menjawabnya," katanya dalam sidang akhbar bersama ahli Parlimen Pakatan di di Ibu pejabat Pakatan di Petaling Jaya beberapa hari lalu.


Pertukaran saham MAS-Air Asia semakin cetus reaksi negatif

Posted: 12 Aug 2011 09:30 PM PDT

Pertukaran saham syarikat penerbangan negara dengan Air Asia mula mencetuskan pelbagai reaksi negatif yang meletakkan pentadbiran Najib dalam posisi defensif.

Isu pemilikan kerajaan dan Bumiputera menjadi satu isu yang mendapat perhatian sesetengah pihak, selain kemampuan sebenar Air Asia dari segi modal.



Urus niaga itu juga kelihatan dilakukan secara rahsia dan hanya diberi publisiti setelah persetujuan dicapai, tindakan yang dilihat sebagai bertujuan mengelak daripada debat dan maklum balas terhadap kewajaran urusniaga itu.

Penglibatan individu tertentu, termasuk yang didakwa berpengaruh semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri juga menjadi persoalan besar.

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia,DPMM, melahirkan kebimbangan amalan itu menjadi trend sehingga pemilikan kerajaan bagi pihak orang ramai akan terhakis dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, atau GLC.

DPMM turut menyarakan langkah yang lebih wajar ialah perubahan dalam pengurusan Penerbangan Malaysia dan bukan pertukana saham untuk menyelamatkan syarikat yang semakin rugi itu.

Walaupun isu pemilikan Bumiputera menjadi perhatian utama beberapa pihak, soal asas lain seperti monopoli dalam industri penerbangan awam juga ditimbulkan.

Pemuda PAS turut mempersoalkan langkah pertukaran saham, sambil menimbulkan kebimbangan monopoli dan terhakisnya pemilikan kerajaan dalam syarikat berkaitan kerajaan.

"MAS sepatutnya mengkaji dan memperbaiki prestasi akibat kerugian yang dihadapinya sebanyak RM 243.3 juta pada suku pertama tahun ini berbanding keuntungan sebanyak RM 310.60 juta untuk tahun 2010," menurut Pemuda PAS.

"Dengan penjualan saham MAS kepada Air Asia akan mewujudkan monopoli dalam sistem penerbangan negara di samping merugikan rakyat.

"Sifat persaingan antara syarikat penerbangan ini mungkin tidak akan wujud lagi kerana masing-masing perlu menjaga kepentingan sesama mereka.

"Selain itu, apa yang sangat dibimbangkan daripada wujudnya monopoli dalam penerbangan ini adalah akan menyebabkan harga tiket melambung tinggi mengikut selera pemilik syarikat berkenaan."

Beberapa blog mula mempertikaikan urus niaga itu yang didakwa sangat berat sebelah menyebelahi Air Asia dan merugikan bagi syarikat berkaitan kerajaan itu.

Wartawan A Kadir Jasin dalam tulisan di blognya dengan sinis menimbulkan soal kedudukan Bumiputera dalam GLC.

"Yang menarik ialah majoriti eksekutif kanan Tune Air/Air Asia adalah Melayu. Jelas syarikat-syarikat milik usahawan India Malaysia yang disenaraikan di Bursa Malaysia cenderung memberi jawatan bermakna kepada eksekutif Melayu yang berkemampuan, tidak seperti syarikat milik kaum-kaum bukan Bumiputera lain yang ambil Melayu jadi pengarah hiasan, kerani, pemandu, penghantar surat, pengawal keselamatan dan pengawal peribadi. GRO Melayu pun ramai mereka ambil," tuls Kadir.

"Salah seorang ahli lembaga pengarah baru MAS adalah ketua pegawai eksekutif Astro Malaysia Holdings, Rohana Rozhan. Astro adalah sebahagian daripada empayar korporat Ananda Krishnan.

"Kalau ikut Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Khazanah akan jual banyak lagi saham GLC. Khazanah akan kurangkan pegangan saham dalam lebih 30 GLC atau menjualnya terus. Harap-harap janganlah hanyut pengurus dan eksekutif Bumiputera dalam GLC."

Husam Musa :3 saman lagi menyusul ,akhbar watan dah kantoi

Posted: 12 Aug 2011 07:50 PM PDT


Kes saman yang sedang dalam perbicaraan melibatkan YB Dato' Husam Musa sebagai plaintif yang telah bertindak menamakan Utusan Melayu (M) Berhad, Azran Fitri Rahim selaku wartawan yang menulis berita dan Ketua Pengarang Mingguan Malaysia sebagai defendan.

Kes yang telah difailakan pada tahun 2010 itu adalah ekoran daripada tersiarnya artikel dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 22/11/2009 berkaitan isu perletakan jawatan YB Dato' Haji Husam Musa kononya ekoran kemelut dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) pada masa itu.

YB Dato' Haji Husam bertindak menyaman penulis artikel, ketua pengarang dan akhbar iaitu Utusan Melayu (M) Berhad yang telah menfitnah dan dengan niat jahat mahu menjatuhkan serta merendah-rendahkan reputasi beliau. Beliau juga berpandangan artikel itu adalah tidak berasas, palsu dan ditulis sembrono dalam maksud memberikan persepsi negatif. Saman ini juga dilakukan ekoran artikel itu dengan sengaja mahu merendahkan reputasi dan nama baik beliau.

Tuntutan saman ini boleh mensabitkan bayaran gantirugi sebanyak RM 10 juta termasuk kos tindakan. Penfailan saman ini telah dibuat oleh Tetuan Asri Musa& Co dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur dan perbicaraan masih berjalan sehingga sekarang.

Dalam kes yang sama juga YB Dato' Haji Husam juga telah menfailakn saman kedua terhadap The New Straits Times Press (M) Bhd, dua wartawan iaitu Shuhada Elis dan Nik Imran Abdullah serta penyunting Syed Nadzri Syed Harun dan ketua penyunting Zainal Arifin Mohammed Isa.

Saman ini dibuat ekoran artikel dalam NST bertarikh 23/11/2009 berkaitan perletakan jawatan YB Dato' Haji Husam Musa dalam Kerajaan Negeri kelantan. Artikel itu telah dengan sengaja mahu menjatuhkan dan merendah-rendahkan reputasi beliau disamping ia bersifat fitnah, tidak berasas, palsu dan ditulis secara sembrono.

Tuntutan saman ini juga boleh disabitkan bayaran gantirugi sebanyak RM 10 juta termasuk kos tindakan. Kes ini juga telah dibuat oleh Tetuan Asri Musa & Co dalam Mahkamah Tinggi Malaya Di Kuala Lumpur.

Saman ketiga pula telah difailkan terhadap artikel yang telah dibuat oleh seorang blogger dalam blog ruangbicarafaisal.blogspot.com atas tajuk "Husam Dan Tamrin balun Balak Kelantan RM 15 Juta". Ekoran artikel yang mengandungi unsur fitnah dan tidak berasas itu telah disiarkan dalam blog milik Faisal Rahban pada pertengahan tahun 2009.

Walaubagaimana pun setelah dipanggil untuk penfailan kes di mahkamah, Faisal Rahban tidak mengaku blog rbf online adalah milik beliau dan dengan segera telah membuang posting artikel tersebut dalam blog beliau. Namun rangkaian (link) melalui blog-blog lain masih mnegekalkan sumber sebagaimana dipetik daripada blog ruangbicarafaisal.

Jika benar bukan Faisal Rahban yang dipanggil dan beliau tidak mengakui pemilik dan penulis artikel fitnah tersebut, persoalannya kenapa secara tergesa-gesa artikel itu dihilangkan dari tempat asalnya setelah Faisal Rahban dipanggil ke mahkamah untuk pengesahan. Ia jelas menunjukkan sifat sebenar Faisal Rahban, pemilik blog rbf online yang mempunyai agenda menjatuhkan reputasi dan kredibiliti YB Dato' Haji Husam Musa. Ia juga membongkarkan sikap sebenar Faisal yang tidak bertanggungjawab dan kaki fitnah.

Usaha saman masih diteruskan dan semestinya penulis kaki fitnah seperti Faisal Rahban dan yang lain-lain, yang mempunyai modus operandi yang sama iaitu fitnah dan jatuhkan reputusai ini perlu dihentikan dengan tindakan sewajarnya.

Keyakinan janji Allah bahawa mereka yang suka menabur fitnah akan diisytihar bankrap di Akhirat nanti pasti benar-benar akan berlaku. Tindakan berdepan secara undang-undang pula hanyalah usaha dakwah mengalang mereka dari terus menabur fitnah kerana nabi apabila ditanya bagaimana caranya mahu membantu mereka yang zalim. Maka jawab nabi Sallallahu Alaihi Wasallam "tegahlah mereka daripada terus melakukan kezaliman".

Terharu melihat sokongan ramai: Chon Kai rasa penahanannya "berbaloi"

Posted: 12 Aug 2011 05:16 PM PDT

Terharu melihat sokongan ramai:
Chon Kai rasa penahanannya "berbaloi"


Di luar dugaan, rakyat jelata tanpa rasa takut tampil untuk menyatakan bantahan mereka terhadap kerajaan, sepanjang tempoh penahanan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) - sehingga mereka dibebaskan. Sokongan yang melambak ini amat terharu buat Choo Chon Kai, antara enam orang tahanan di bawah Ordinan Darurat (EO6), sehingga menganggap penahanan terhadap dirinya adalah "berbaloi"!

Choo Chon Kai (gambar kanan) agak terkilan apabila diberitahu oleh peguamnya pada 7 Julai, bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 akan diadakan di dalam stadium. Beliau bimbang keputusan ini bakal menggagalkan perhimpunan BERSIH 2.0, lantas memberi tamparan terhadap gerakan demokrasi di Malaysia.

Beliau yang diputuskan dari semua saluran maklumat sungguhpun resah dengan apa yang berlaku pada 9 Julai, namun tetap enggan bertanya pegawai polis ataupun SB (anggota cawangan khas) mengenai perhimpunan tersebut. "Kerana saya sedar, mereka tidak akan memberitahu apa yang berlaku sebenarnya. Ada yang berkata kepada saya, hanya 20 orang ditangkap, dan Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS) terjatuh dari motorsikal," katanya.

Sehinggalah Setiausaha Agung PSM, Arutchelvan dibenarkan untuk mengunjunginya pada 15 Julai, membawakannya khabar yang cukup memberangsangkan Chon Kai, meskipun masih berada dalam tahanan. 50 ribu peserta menembusi sekatan polis dalam bandar, malah Marina Mahathir, anak mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad juga turun ke jalan raya.

"Saya teruja dengan khabar itu. Dengan tiba-tiba, bersemangat semula..." katanya ketika diminta untuk menyifatkan perasaannya pada ketika itu, dalam satu wawancara bersama MerdekaReview, pada 7 Ogos 2011.

Petugas bank sanggup menunggu

Bagaimanapun, kejayaan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 tidak membebaskan EO6 serta-merta, malah ada suara yang mempertikaikan Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan kerana tidak mensyaratkan agar EO6 dibebaskan sebelum bersetuju untuk berhimpun di stadium. Ambiga (gambar bawah) menghadiri candle light vigil menuntut pembebasan EO6 hampir setiap malam, malah mendakwa BERSIH 2.0 hanya akan menyambut kejayaannya setelah EO6 dibebaskan.

Apakah mereka yang masih ditahan itu "tersinggung" apabila pembebasan mereka tidak dijanjikan terlebih dahulu, sebelum BERSIH 2.0 mengangguk kepada perhimpunan dalam stadium?

"Itu tidak mustahak," jawab Chon Kai secara terus-terang, malah beberapa kali menegaskan, "Yang penting, perhimpunan BERSIH 2.0 berjaya diadakan!"

Meskipun sedikit "ralat" kerana gagal turut serta dalam perhimpunan BERSIH 2.0, namun segala-galanya terubat apabila Chon Kai diceritakan oleh rakan seperjuangannya, bagaimana masyarakat umum menghulurkan tangan dan menyuarakan sokongan mereka sepanjang penahanan EO6.

"Saya terperanjat dengan apa yang telah dilakukan dalam tempoh sebulan itu. Bayangkan, lebih 600 laporan polis dibuat untuk membantah penahanan EO6 dalam masa satu hari. Sebelum ini ada pihak juga membuat laporan polis untuk membantah perhimpunan BERSIH, jadi mereka sedar betapa susahnya nak mengerah tenaga untuk melakukan kerja-kerja itu. Namun, parti yang kecil seperti kami mampu melakukannya. Pengadu bertindak atas inisiatif sendiri, bukan kerana menerima wang..." sindirnya secara berlapik.

Apa yang lebih terharu buat Chon Kai, dan juga rakan-rakan seperjuanganya adalah, sokongan daripada rakyat jelata terhadap parti politik yang namanya mungkin tidak dikenali sebelum ini. Chon Kai diceritakan bagaimana PSM perlu mengumpul RM192 ribu dalam masa dua jam, untuk mengikat jamin 24 tahanan (RM8,000 setiap orang) pada 4 Julai 2011, di Mahkamah Majistret/Seksyen Butterworth.

"Mereka sengaja melengah-lengahkan sehingga kira-kira jam 4.30 petang. Maknanya, seandainya wang gagal dikumpulkan sebelum bank tutup pada jam 5 petang, maka 24 orang tahanan tersebut perlu meringkuk satu malam lagi di lokap. Namun, kami diberitahu petugas bank, 'Jangan risau, kami sanggup menunggu, kerana kami sokong kamu semua!'"

"Dan petugas bank itu terdiri daripada pelbagai kaum..." katanya, yang masih terharu dengan adegan itu. Choo Chon Kai mengisahkan semula cerita-cerita ini kepada MerdekaReview. "Mereka sokong dengan tindakan mereka. Peguam kami, Edmund Bon, lampu pejabatnya masih menyala, dan ramai stafnya masih bekerja untuk permohonan habeas corpus kami, pada awal pagi, ketika Arul pergi untuk menyerahkan dokumen yang diperlukan."

Ini belum termasuk kira-kira 5,000 orang doktor swasta di seluruh negara yang tampil menuntut pembebasan ahli parlimen Sungai Siput Jeyakumar Deveraj; Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) juga membuat kenyataan... semua ini berlaku buat kali pertama, kata Chon Kai.

"Candle light vigil hampir setiap malam, kenyataan bersama, petisyen dan sebagainya... Tekanan yang begitu besar ke atas kerajaan. Malah, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin juga melalui twitternya membantah penahanan Jeyakumar Deveraj!"

Mengapa tidak dibebaskan serta-merta selepas 709?

Jika itulah tekanannya, mengapa EO6 tidak dibebaskan serta-merta selepas 709?

Menurut analisa Choo Chon Kai, banyak faktor, terutamanya "arus yang menderas di bawah permukaan" menjurus kepada keadaan sebegitu. Beliau berkata, polis dan kerajaan BN menerima tamparan sengit pada 709, kerana dengan segala sekatan yang dilakukan, mereka gagal menghalang kemaraan rakyat. Justeru itu, seandainya mereka terus dibebaskan sehari selepas 709, maka ia satu tamparan lagi untuk polis.

Chon Kai meramalkan arahan penangkapan terhadap aktivis PSM itu datang dari pimpinan atasan. Dua bas, dengan satu dari Utara dan satu dari Selatan, ditahan dengan alasan yang sama, iaitu disyaki memiliki senjata. Padahal, mereka telah menerima satu sms, mendakwa PSM akan mencetuskan huru-hara, malah maklumat nombor plat bas mereka turut dinyatakan dalam sms tersebut.

"Kedua-dua bas kami ditahan dengan tuduhan yang amat berat, mustahil ia berlaku secara 'kebetulan'. Kemungkinan besar arahan untuk menahan kami datang dari pimpinan atasan," kata Chon Kai.

Beliau selanjutnya berkata, siasatan dimulakan dengan Seksyen 122 Kanun Keseksaan, iaitu melakukan kesalahan jenayah memerangi Yang di-Pertuan Agong. Mengikut logik, polis seharusnya menggeledah rumah dan pejabat tahanan, kerana ia tuduhan yang serius, katanya.

"Namun ia tidak berlaku dalam tujuh hari pertama selepas kami ditahan. Ini bermakna polis sendiri tidak percaya tuduhan sebegitu!" katanya sambil ketawa. Beliau mengulas kemudian, bahawa tuduhan yang berat itu dikenakan untuk menakut-nakutkan orang ramai, supaya tidak berani tampil menyokong tahanan.

Mengapa pula PSM dijadikan sasaran? "Kerana PSM sebuah parti yang kecil. Seandainya PAS disasarkan, mungkin ia mengundang kesan sebaliknya, kerana ramai yang akan bangkit menyatakan bantahan. Mungkin kerajaan menganggap dengan parti yang kecil sebegitu, ditambah pula tuduhan yang berat, mereka berjaya menghalang penyertaan rakyat, dengan ketakutan yang cuba disemaikan."

Chon Kai meneruskan, "Tapi kesemua ini tidak berlaku! Rakyat tetap menyertai candle light vigil, malah perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan dengan kehadiran yang begitu memberangsangkan!"

Satu ujian terhadap anutan politiknya

Chon Kai menjangkakan dirinya bersama rakan seperjuangannya yang lain akan ditahan lebih lama. "Mereka menyemak rekod kami ke luar negeri. Asalkan kami pernah melawat selatan Thai, kami akan dikaitkan dengan Parti Komunis Malaya (PKM). Untuk regim ini, mereka sanggup mencari pelbagai alasan untuk menghalalkan penahanan ke atas kami. Masakan T-shirt pun boleh dijadikan senjata, apa lagi yang tidak boleh?"

Chon Kai menekankan, penangkapan mereka sebermulanya, dan pembebasan mereka di penghujungnya - kesemuanya adalah keputusan politik! Untuk dirinya, penahanan ini adalah satu ujian - sejauh manakah dirinya yakin dengan anutan politiknya. Chon Kai yang kini semakin yakin dengan perjuangannya berkata, "Melihat kepada kesedaran dan kebangkitan rakyat, penahanan ke atas diri saya selama 30 hari itu, berbaloilah!"

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

Tiada ulasan: