Ahad, 21 Ogos 2011

.

.


Sesudah Subuh

Posted: 20 Aug 2011 04:23 PM PDT

Menyubuhi Tuhan Di Masjid Baiturrahman

TENGAH hari ini saya dan teman akan meninggalkan bumi Tanah Rencong ini setelah berada di sini kira-kira 72 jam. Alhamdulilah semua kerja dan niat sudah disempurankan sebaik mungkin.

Baru sekejap tadi saya dan Radzi telah menyubuhi Tuhan di masjid Baiturrahman di banda Aceh. Masjid yang menjadi sebutan dan kunjungan sesiapa saja kalau datang ke Aceh. Masjid terindah dan penuh dengan makrifat tersendiri.

Banyak keistimewaan dan keunikan masjid ini telah ditulis pelawat. Yang nyata setiap orang memandang atau mendirikan solat didalamnya akan merasai nikmati yang tidak tersebut. Setiap yang merenung dan menyinggahnia mempunyai kenangan dan nikmat tersendiri. Datanglah...

Suasananya tuh, macam di masjidi Haram di Makkah. Ada aura masjidi Haram di sini. Apa lagi di bulan Ramadhan Kareem ini, makin meriah. Bazar atau Pasar Aceh yang berada di sebelahnya akan hidup sepanjang hari. Waktu petang membawa ke senja pasar ini akan penuh dengan pengujung yang datang untuk mendapat berbagai jenis barang dari pakaian, emas dan sebagainya. Untuk mengenali budaya dan ragam orang Acerh pio - singga dan masuklah ke pasar ini.

Manakala suasana malam pula ia makin meriah. Deretan gerai akan dibangunkan di sekitar masjid yang menjual pelabagai barangan alat ibadah. Sebaik selesai sembahyang jemaah akan menyerbut ke gerai-gerai yang berderatan di sekitar masjid yang seluas kira-kira 10 km persegi itu.

Sesuatu yang istimewa dan tidak terdapat di tempat kita ialah sireh yang sudah diadunkan untuk terus dimakan. Orang Aceh pemakan sireh nombor satu tidak kira kecil atau tua. Lebih 30 gerai menjual sireh kedapatan di sisi Pasar Aceh berdekatan pintu masuk ke masjid. Sireh yang sudah siap dikapurkan dan dimasukkan ramuan tersedia untuk dibeli dan terus dimakan sambil berjalan. Satu piak sireh berharga sekitar Rp3,000 sekitar RM1.20.

Sesiapa yang ke Aceh kalau tidak makan sireh tidak lengkap. Kononnya kata orang Aceh sireh ini juga snap yang membantu awet muda dan sesiapa yang memaknnya khususnya remaja dan anak dara akan kelihatan lebih jelita dan belengas. Tidak percaya cubalah.

Masjid berusia ratusan tahun ini senantiasa hidup dan meriah sepanjang masa. Tadi masa solat Subuh terdapat kira-kira 500 jemaah. Ini merupakan jemaah yang tetap. Apa yang menariknya dan perlu dilakukan di negara setiap kali masuk waktu Solat ianya akan disiarkan secara langsung menerusi radio ke seluruh Aceh.

Setelah hari setelah usai sembahyang Subuh diadakan ceramah atau pengajian agama. Sebenarnya bukan saja untuk solat Subuh tetapi soal-solat lain juga diadakan siaran secara langsung yang dipacarkan oleh RRI - Radio Ruplik Indonesia. Siaran ini keudara hingga ke Seboga, Pekan Baru di Riau.

Tenunya dengan adanya siaran langsung itu aktivti ceramah dan pengajian dapat diikuti oleh orang ramai. Rasanya perkara ini juga patut dilaksanakan di negara kita. Bukan saja semasa solat Jumaat tetapi solat-solat lan juga. Kerajaan atau agensi termasuk GLC boleh menaja siaran untuk tujuan ini.

Siaran langsung itu boleh dipilih dari mana-mana masjid yang aktif dan umarah saja. Rasanya inilah antara aktiviti yang boleh ditiru dari Aceh untuk Malaysia yang mana hampir separuh dari tanahnya pernah dijajah oleh Aceh. Berhenti di sini dulu, ngantuk. [ba.indonesia 7:30 am 21/08/11]
Caption: Masjid Baiturrahman waktu Subuh.

Tiada ulasan: