Rabu, 17 Ogos 2011

.

.


Catatan Petang

Posted: 17 Aug 2011 02:07 AM PDT

Musafir Ramdhan Ke Tanah Rencong

Ya Jabbaar: Insya-Allah pemusifaran Ramdhan saya tahun ini akan diteruskan ke Tanah Rencong – Aceh Jumaat ini. Menjadi semacam rutin pula setiap kali tiba Ramadhan hati terpanggil untuk menjenguk tanah yang ditimpa tsunami tahun 2004 itu.

Apa lagi saat tibanya hari lebaran hati semakin terasak-asak untuk ke sana. Saat ini lambaian tangan anak-anak yang kehilangan ibubapa dan keluarga (si yatim piatu) kerana tsunami sudah memenuhi ruangan mata. Satu-satu wajah kudus yang mulus masuk menyelinak ke dalam mata mengiring perasaan dan jiwa ke sana. Hati juga mulai sebak kekangenan.

Wajah yang teduh, wajah yang bersih menari-nari meminta agar mendatangi mereka. Datanglah pak..mampirlah pak... "pior" (singgah)lah pak melihat kami. Iya, mereka bukan sangat memerlukan keperluan mewah, tetapi cukup untuk meraikan mereka dengan memegang tanagn dan mengusap-usap kepalanya.

Bagi mereka hadiah, huluran sampul di dalamnya berisis RM10 atau RM20 sudah satu yang besar yang tidak mampu dibalas dengan kata-kata dan ucapan terima kasih. Apa lagi kalau membawa mereka ke kedai membeli baju atau aksesori diri untuk raya, mereka merasakan tidak terbayar nilainya. Kalau tidak bersalah dengan adab mahu mereka menyembah ke kaki si pemberi sebagai tanda syukur mendalam.

Semuanya boleh menghilangkan kerinduan kepada keluarga saat menjelang lebaran. Kenangan bersama ibu, ayah dan keluarga yang sudah lama terpisah sedikit sebanyak akan padam kalau mereka dibawa atau dirai.

Saat paling menyedih dan menyayatkan hati ialah pada waktu berbuka puasa. Mereka menginsafi akan nasib diri. Walau masih kecil di mana mereka memerlukan layanan ibu, tetapi mereka berdisiplin. Mereka akan duduk tertib di hadapan hidangan. Saling bantu membantu, menceduk kuah atau pun mengambil lauk, teratur dan mesra pula mereka membahagi sesama mereka, sedikit sama sedikit banyak sama banyak.

Ketika inilah air mata saya tidak tertahan terseka di birai kemudian menitis dengan lajunya. Apa yang mengetik perasaan ialah mengingatkan bagaimana kalau ia berlaku ke atas diri anak-anak sendiri yang masih kecil?

Jumaat ini saya akan ketamui mereka untuk kesekian kalinya. Kandati mereka sudah berganjak sais, besar panjang namun masih memerlukan belaian dan kasih syanag. Kesan tsunami sangat terhujam ke dalam jiwa mereka dan ia memerlukan rawatan secara berterusan sehinggalah mereka dewasa dan mandiri.

"Selamanya tak akan terlupa pak... sehingga kini saya ternampak macam mana ayah dan ibu saya dihayutkan air.. saya hanya mampu menjerit... kalau saya tidak dipegang saya juga mahu mengikut ibu dan ayah biar semuanya habis ditelan tsunami" demikian keluhan si bocak yang ini sudah berusia 11 tahun. Pengucapan itu menjadikan saya terasa luluh hati dan luruh jantung.

Kata-kata inilah turut meninggalkan kesan di hati saya yang menyebabkan saya tidak akan terpisah bersama mereka. Walaupun sibuk saya tetap berikhtiar untuk ke Aceh bagai di sampai sedikit sumbangan yang termampu dibuat. Biarlah tidak banyak tetapi yang penting tanda kita mengingati akan kesedihan mereka itu juga kesedihan kita. [ttdi.kl. 1:11 pm 17/08/11]

Gurauan Rabu

Posted: 16 Aug 2011 11:29 PM PDT

Pendedahan Berani
Daftarkan Pasukan Beruniform
Sebagai Pengudi Parti Kerajaan

Ya Aziz: SEORANG pesara tentera, Kamarulzaman Ibrahim 53 hari ini membuat pendedahan berani dan mengejutkan bagaimana beliau telah memangkah kertas undi atas arahan pegawai pemerintah sehingga lengguh tangan.

Dalam pendedahan yang dibuat di ibu pejabat Pas Jalan Raja Laut bersama tiga pesara tentera lain, Kamarulzaman memberi tahu kerja itu dilakukan semasa beliau bertugas sebagai keranai di kem Terendak Melaka.
Nah sekarang semakin jelas bahawa sistem pilihan raya di negara ini tidak telus dan adil. Sudah lama pihak oposisi meminta supaya proses atau pengundian pos dimansuhkan kerana ia jelas tidak adil, namun ia tetap tidak dipedulikan.

Kalau mengikut Kamarulzaman itu, undi Pos langsung tidak membawa apa-apa kesan kerana ia dipangkah bukan atas pilihan individu sebaliknya dipangkah secara borong.

Prinsip demokrasi satu rakyat satu undi sudah lama dinodai. Jadi macam mana Mohd Aziz Yusuf dan Wan Ahmad Wan Omar hendak berdolak dalih lagi dalam hal ini. Mungkin esok Aziz dan Wan Ahmad juga akan berdalih dengan mengatakan mereka juga menjalankan tugas menurut 'pegawai pemerintah'.

Pegawai atau manusia yang tidak ada maruah akan berbuat apa-apa saja untuk menjaga temboloknya. Manusia seperti ini kalau disuruh jalan seperti itik dan melompat seperti katak akan dilakukannya.

Sebaliknya dengan pendedahan demi pendedahan mengenai kepincangan SPR dan juga penyelewengan yang dipertahankan sejak zaman Rashid Ahmad itu sudah cukup untuk Pengerusi SPR, timbalan dan setiausaha mengambil tanggungjawab meletakkan jawatan. Kalaupun mereka tidak malukan kepada manusia tetapi malulah kepada lembu dan kerbau.

Di sini saya nak cadangkan kalau SPR gagal kawal undi pos, gagal berlaku adil dan telus, ubahlah saja undang-undang di mana anggota Tentara, Polis atau mana-mana pasukan beruniform kerajaan termasuk juga di pejabat PM dan Bank Negara didaftarkan terus sebagai pengundi wajib parti kerajaan.

Di mana dalam peraturan ini mereka tidak perlu datang mengundi tetapi nama mereka terus dikira sebagai pengundi parti kerajaan. Cara ini rasanya lebih senang dan tidak menyaktikan hati. Dalam persidangan Parlimen yang akan datang ini usul pindaan akta SPR untuk menjadi pegawai kerajaan beruniform sebagai pengundi wajib kepada parti kerajaan boleh dipertimbangkan. Apa kata? [ttdi.kl 2:48 pm 17/08/11]

Merentasi Hari

Posted: 16 Aug 2011 08:17 PM PDT

Umno Dalangi Jais, Mustapa Tidak Minta Maaf

Ya Mumaimin: [kemaskini] ISU masuk tanpa izin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke gereja Methodist Damansara Utama sudah dipolitik oleh pihak-pihak tertentu. Isu ini mudah diratah oleh pihak-pihak berkepntingan untuk manfaat politik mereka tanpa mengkaji atau pun mendapatkan maklumat sebenarnya.

Bukan saja parti politik Pas dan Umno yang dilihat terdedah dengan isu ini tetapi Ngo-Ngo berorentasikan agama dan kaum juga cepat bingkas untuk mengambil bahagian sama dalam isu ini. Agak mengilankan sedikit boleh dikatakan semua Ngo menunjukkan sikap berpihak mereka dalam hal ini dengan cuba menyalahkan Pas.

Pas diletakkan dalam keadaan bersalah apabila parti itu mengambil pendekatan lunak dan terbuka terhadap apa yang berlaku. Sesetengah pemimpin Pas meragui apa yang berlaku itu sebagai tektik Umno hendak memusnah atau pun damegkan Pas sebagai parti Islam. Sebenarnya tuduhan itu agak rakus dan kurang cermat.

Ini sedikit sebanyak ada salah Pas. Saya sudah mengatakan Pas seharusnya tidak memerlukan siasatan mengenai apa yang berlaku. Pas boleh mendapat maklumat daripada Exco agama yang berkebetulan ahlinya. Lagi pun Exco iaini Hasan Ali sudah jelaskan kepada Pas duduk perkara sebenarnya. Apa bila ada ahli yang terus mahu menyiasat sendiri dengan mengadakan perjumpaan dengan pihak gereja ia menunjukkan Pas tidak percaya kepada ahlinya sendiri.

Dalam soal ini sentimen dan dendam politik hendaklah diketepikan dan semua pihak menghalakan kepada satu tujuan - iaitu untuk membela Islam. Sepatutnya perbezaan pendapat dalam mencari kemenangan tidak mengaitkan atau dikaitkan dengan soal-soal agama, kerana soal agama adalah soal spritual bukan politik.

Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali pula telah mendakwa tindakan Jais itu sebagai didalangi oleh Umno. Tentunya Umno akan merasa marah dan tercabar dengan apa dibayangkan Mustapa Ali. Mustapa pula menurutunya ada info-info dan maklumat mengenai peranan Umno itu.

Mustapa dalam satu kenyataan sebelum ini membayangkan sebuah parti Melayu terbesar ada berperanan terhadap Jais untuk menimbulkan isu-isu berkaitan politik yang dikira memberi untung kepada parti berkenaan. Adalah dipercayai bayangan Mustapa itu tertuju kepada Umno.
Pendirian Mustapa itu menunujukan dakwaan beliau itu bukan main-main. Semestinya beliau tidak akan membuat kenyataan itu sekiranya tidak ada bukti jelas. Mustapa mungkin tahu bahananya kalau ia sekadar iseng-isengan saja dalam hal ini. Dia boleh dihadap ke mahkamah oleh Umno.

Setiausaha Umno Selangor Mohd Zain Abdullah dalam satu kenyataanya memberi tempoh tiga hari supaya Mustapa meminta maaf. Bagaimana pun Msutapa dengan tegas mengatakan dia tidak akan memohon maaf kerana apa yang diucapkan itu ada kebenarannya.

Di sini salah satu bukti menunjukkan Umno terlibat dalam gerakan Jais seperti mana disebut Mustapa itu apabila akhbar milik Umno, Utusan Malaysia sangat ke depan dalam isu ini. Cara akhbar Umno itu mendedahkan isu-isu yang ada hubung kait dengan Jais jelas dan nyata akan maksudnya. Mungkin dari sini antara bukti yang diguna pakai oleh Mustapa.

Seharusnya pertelingkahan dan tuduh menuduh dalam isu agama ini tidak berlaku. Pas tidak perlu menuduh Umno dan Umno pula tidak perlu cuba memburukkan Pas kononya membela pihak gereja. Ngo berdemonstrasi mempertahankan tindakan Jais seharusnya tidak disulami dengan tindakan mengecam mana-mana pemimpin Pas atau pemimpin kerajaan Selangor. Cara dan tindakan buruk itu bukan memudahkan penyelesaian tetapi merumitkan lagi.

Sekali lagi mungkin kerana kerenah itulah menyebabkan Mustafa beranggapan ia ada kena mengena dengan Umno.

Apa yang patut berlaku dalam isu gereja atau pun aktiviti cuba memurtadkan orang Islam ini kedua parti duduk semeja berbincang macam mana hendak mengatasinya. Kalau perlu pemimpin tertinggi Pas duduk bersama pemimpin Umno bersama Mufti dan pihak berkuasa lain duduk. Sebab amanah dan tanggungjawab menjaga agama ini bukan hak sesiapa.

Selagi isu itu ditangani secara berasingan maka ia tidak dapat dielakkan akan timbul prejudis yang akhirnya menyebabkan kedua pihak akan terus dipisahkan oleh jurang menggerunkan. Dalam hal ini juga Pas tidak perlu terlalu menjaga hati rakan-rakan politik lain yang tidak beragama Islam kerana bimbangkan kepada kepentingan politik. Isu agama hendaklah dilihat terpisah dari isu politik.

Tidak timbul mana-mana pihak baru ingin menerima hakikat atas apa yang berlaku setelah Jais membawa ke mahkamah. Mahkamah itu urusan lain. Di sini apa yang pentingnya setiap dari umat Islam harus bertanggungjawab menjaga kesucian agama Islam. Sama ada apa benar berlaku murtad atau tidak di gereja berkenaan, umat Islam perlu senantiasa berada dalam keadaan berwaspada dengan segala kemungkinan.

Telah termaklum lama sebelum ini antara sebab kenapa pertahanan akidah dan politik kita rapuh dan mudah dibolosi musuh ialah kerana tidak wujudnya persefahaman sesama kita. Sengketa menjadi ruang dan lubang yang sering diambil kesempatan oleh musuh. [ttdi. 12:11 t/hari 17/08/11]

Mula Bicara

Posted: 16 Aug 2011 06:29 AM PDT

Najib Perlu Tegas dan Konsisten

Ya Mu'min: BARANGKALI kali ramai yang masih belum sedar yang Najib Razak sejak akhir-akhir ini semacam hilang fokus. Dia kurang kosentrasi terhadap apa yang dikatakan. Apakah Najib juga sudah dihinggap penyakit 'mumai' atau mudah lupa? Saya percaya penyakit ini tidak ada kena mengena dengan pembelahan lututnya diawal puasa lalu.

Kenyataannya akhir-akhir ini kurang kemas dan boleh berubah-buah. Dia seolah-olah berfikir selepas mengeluarkan kata-kata, bukan berfikir sebelum mengucap sesuatu. Inilah menyebabkan ada orang beranggapan Najib semakin lemah dan tidak tegas dengan apa yang diucapkan. Kalau begini caranya macam mana Najib hendak menghabiskan tempoh pertama perkhidmatannya sebagai perdana menteri. Sebab itu sudah ada kedengaran sinisan-sinisan mengatakan Najib lebih lemah daripada Abdullah Badawi.

Kelonggaran kenyataan Najib ini bukan saja menjejaskan wibawa beliau sebagai Perdana Menteri. Tetapi ia juga turut mencalar balarkan kerajaan dan bangsa Melayu. Sikap beliau yang terlalu bertolenrasi dengan keadaan kerana kepentingan politik puak, yang tidak sepatut beliau berbuat begitu inilah menyebabkan dalamn Umno sendiri sedang menggerakan satu plan untuk menjatuhkannya. Tidak dapat disembunyikan lagi ada herakan senyap dalam Umno untuk menumbangkan Najib sebelum tiba masanya.

Ada cerita tersebar gerakan menjatuhkan Najib ini sedang rancak bergerak. Proses itu bukan semasa pemiliha Umno tahun depan, tetapi ia bergerak sekarang ini juga dan tekanan kuat pada hujung tahun ini. Najib sudah menyedari ini dan beliau sedang berkira untuk menghalangnya menggunakan keadah apa? Persidangan Parlimen pada bulan Oktober nanti dikatakan ada cerita yang tidak enak untuk Najib. Sejauh mana ia benar atau hanya ombong kosong sama-sama kita tunggu.

Kelonggoran kata-kata dan ucapan Najib ini terbukti dalam beberapa keputusan yang beliau buat. Misalnya mengenai himpunan Bersih. Mulanya dia beriya mahu membenarkan himpunan itu diadakan di stadium negara. Tetapi setelah melihat gerakan Bersih kuat melanda dan menjadi arus beliau menarik balik.

Beliau berselindung di sebalik daun pisang dengan menyerahkan perkara kepada polis. Penyerahan tanggungjawab itu kepada polis ia menggambarkan betapa seorang persana menteri terkial-kial dalam membuat sesuatu keputusan penting seperti Bersih itu. Sebenarnya kenapa Bersih menjadi satu gelombang dan isu ialah kerana kelemahan Najib dalam membuat keputusan dan tindakan ke atasnya.

Terbaru ialah kenyataan Najib berhubung cadangan untuk membentuk jawatan kuasa khas terpilih di peringkat Parlimen untuk tujuan membersihkan sistem pilihan raya. Cadangan itu jelas menunjukkan Najib mengiya apa yang diperjuangkan Bersih selama ini. Bila beliau ingin sistem piliha raya dibersih bermakan proses itu kotor. Najib mengakui yang pilihan raya di negara ini cemar dan busuk.

Anihnya belum pun sempat jawatan kuasa berkenaan ditubuh hari ini beliau mengeluarkan kenyataan baru yang mendakwa sistem pilihan raya negara ini sememanya bersih. Cuma katanya pembersihan dan pembaikpulihan perlu diadakan dari masa ke semasa. Apakah erti dan makna kata-kata Najib Razak itu?

Nampak sekali Najib tidak konsisten dan tegas di dalam hal ini. Beliau tidak bijak dan sekaligus menunjukkan dolak dalih beliau dengan kata-katanya sendiri. Kalau benar sistem pilihan raya kita bersih untuk apa ditubuh jawatankuasa lagi. Apakah Najib hanya ingin bermuka-muka dan bersandiwara dengan tuntutan rakyat itu? Begitukah?

Adalah lebih baik kalau Najib mengakui awal-awal bahawa pilihan raya negara ini tidak bersih dan telus. Kalau Najib membuat pengakuan itu orang akan melihat keikhlasan dan gentlemennya beliau sebagai seorang pemimpin. Tetapi bila sekali begitu, sekali begini orang tahu bahawa Najib tidak ilkhlas dan tidak ada wisdom sebagai seorang pemimpin. Beliau juga semacam tidak sedar dan faham apa yang diucapkan.

Najib tidak patut amalkan sikap berdolak dalih dan sorong tarik begitu. Serorang pemimpin apa lagi PM beliau perlu tegas dan konsisten dengan kenyataan. Najib perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku dan tidak cuba mencari kambing hitam begitu kalau beliau mengharapkan orang segan dan menghormati beliau.

Belajar berterus terang dan mengaku kelemahan yang sedia ada. Najib tidak akan dilihat berdosa kalau dia mengaku kelemahan selama ini kerana bukan beliau yang asaskan. Penerusan segala kebejatan yang bergeliwat kini adalah hasil dari pemimpin terdahulu. Saya cukup yakin Najib akan dihormati kalau dia mengakui hakikat sebenarnya dan jangan cuba berselindung di sebaling sehelai daun. Kalau beliau telus dan tulus juga beliau akan mendapat simpati rakyat seluruhnya. Sebaliknya dengan apa yang beliau amalkan kini menyebabkan rakyat menyempah.

Najib perlu segera hentikan sikap dolak dalih dan memberi kenyataan longgar. Najib kena jaga wibawa dia sebagai pemimpin. Kalau Najib mengamalkan sikap tidak tegas atau pun longgar dengan kenyataannya beliau akan terus mengalami krisis penghakisan nilai sebagai perdana menteri. Najib kena faham fenomena ini akhirnya menyebabkan beliau akan jatuh dan tumbang disebabkan kelemahan dirinya sendiri.

Kita tidak mahu mendengar orang bercakap di serata tempat mengatakan perdana menteri kita seorang yang lemah apa lagi seorang suami yang dikontrol oleh isterinya. Kata-kata dan bualan itu sungguh memalukan. [wm.kl.9:44 pm 16/08/11]

Tiada ulasan: