Isnin, 1 Ogos 2011

.

.


Susupan Petang

Posted: 31 Jul 2011 10:37 PM PDT

Kunjungan Anak Hero Umno, Atas Urusan Peribadi

Sukacita saya hendak membuat sedikit penjelasan berhubung ada bau-bau yang tidak enak yang cuba diharumkan dengan motif tersendiri bersabit kunjungan anak-anak hero Umno ke atas Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat di rumah Kelantan Jumaat lalu.

Pihak yang mencari untung mudah di sebalik laporan kunjungan itu telah membuat dakwaan melulu yang kononnya kunjungan itu sebagai satu pertemuan sulit di antara mereka dengan Nik Aziz. Kunjungan itu dimanipulasikan kononnya Tok Guru sedia untuk menerima cadangan supaya Tengku Razaleigh Hamzah menggantikan Anwar Ibrahim.

Peristiwa kunjungan Tamrin Ghaffar, Mazlan Harun, Rahim dan Nik Azmi itu telah dieksploitasikan oleh pihak yang kini 'sakit lutut' bagi mengharu birukan perpaduan kekuatan Pakatan Rakyat. Saya rasa usaha itu tidak berhasil kerana baik Nik Aziz dan Anwar serta Lim Kit Siang sangat memahami sejauh manakah keintiman dan rahsia perpaduan mereka.

Perpaduan atau kerjasama politik di antara mereka bertiga bukan diikrarkan oleh mereka, tetapi rakyat yang tidak 'ambuh' dengan UBN yang telah membuat ikrar. Ikrar rakyat bukan mudah diusaikan kerana ia tersimpul mati seolah-olah formulanya telah hilang.

Kecualilah kunjungan itu dibuat ke atas Presiden Pas Abdul Hadi Awang yang sebelum ini dikenali pasti antara pemimpin yang mahukan kepada perpaduana - unity government. Mungkin lain dan ada kebenaran tuduhan sebegitu!

Tetapi kunjungan atau perjumpaan dengan Nik Aziz yang sudah jelas dan tegas dengan keputusannya. Apa yang sudah dikunci olehnya tidak mungkin akan terbuka lagi. Makanya tidak timbul kalau Nik Aziz sedia menerima cadangan menggantikan Anwar dengan Tengku Razaleigh. Untuk apa? Kalau untuk meletakkan Tengku Razaleigh di kerusi nombor satu, anak raja Kelantan itu itu mempunyai asetnya tersendiri sekiranya seluruh rakyat kenal hati budi Tengku Razaleigh.

Kebetulan saya ada di rumah Kelantan dan mengetahui maksud kunjungan itu. Kunjungan mereka itu adalah kerana peribadi. Mereka tidak pun menyentuh dan mempersoalkan mengenai Anwar seperti mana ditimbulkan oleh agen-agen sakit lutut.

Soal peribadi itu tidak perlu rasanya untuk saya dedahkan. Sesiapa pun boleh mengunjungi Nik Aziz secara peribadi baik sebagai orang politik, tok guru atau apa. Tetapi Nik Aziz bukan mudah untuk merombak kesetiaan dan apa yang disimpulkan. Kelebihan inilah kehebatan beliau.

Seperti mana katanya usaha untuk menggantikan Anwar dengan Tengku Razaleigh tidak timbul sama sekali. Dalam pada itu beliau tidak akan menolak sesiapa juga yang hadir untuk memperkasakan Pakatan Rakyat atau lebih tepatnya berjuang untuk membebaskan rakyat dari kezaliman dan kekejaman.Kalau beliau mengira Tengku Razaleigh adalah pengganti terbaik Anwar apa salahnya.

Lagipun buat masa ini tidak timbul soal Tengku Razaleigh Hamzah akan menggantikan tempat Anwar kalau berlaku sesuatu kepada Anwar. Pakatan sendiri tidak 'kasik' dengan pemimpin dan mereka boleh mencari pengganti dari kalangan mereka. Kecualilah Tengku Razaleigh sudah sedia untuk berkerat rotan dengan Umno dan menyertai Pakatan Rakyat menerusi Ngo Amanah yang semakin mendapat perhatian itu. Kalau ini berlaku mungkin senarionya menjadi lain Tengku Razaleigh bukan saja setakat menjadi ketua pembangkang tetapi Perdana Menteri negara ini.

Sekali lagi ditegaskan angan-angan untuk menggantikan tempat Anwar bukan mudah. Seseorang yang bersih peribadi dan politik pun sukar untuk menjadi penggantinya kerana 'kebiasaan' dan kehebatan Anwar begitu tinggi dan berdarjat di mata rakyat.

Bukan kerana terlalu taksub dengan keharuman setanggi dan minyak attar Tok Guru, kalau Anwar berhajat untuk diganti atau terjadi sesuatu kepadanya mungkin Tok Guru boleh mengambil alih sementara untuk menjadi ikolis kepada Pakatan Rakyat. Dan kalau tertakdir Amanah yang dipimpin oleh tokoh penuh berintegriti itu bersama Pakatan tidak mustahil kalau Tengku Razaleigh akan dinobat menjadi PM.

Manakala kononnya ada maklumat dalaman Pakatan mengatakan usaha itu sedang dilakukan ternyata ia dibuat oleh orang sudah tidak ada kerja yang ketiduran sehingga mereka bermimpi dan mengigau yang bukan-bukan. Apakah dakwaan orang mengigau boleh dipercayai? [ttdi.kl. 4:26 pm 01/08/11]

Menyambung Posting

Posted: 31 Jul 2011 09:26 PM PDT

Ustaz Dakwa Pejabat Najib Ada Jin?

Lutut Najib Dibelah?

HARI ini perdana menteri Najib Razak menjalani pembedahan lutut. Tidak pula diketahui lutut kanan atau kiri. Lutut beliau terpaksa dibedah kerana sudah lama menghadapi masalah. Ia terjadi apabila terjatuh ketika melakukan tendangan panaliti semasa bermain fusal. Sebelum ini Najib pernah terjatuh semasa mudanya ketika bermain bola.

Cerita Najib nak belah lutut ini saya tahu dua bulan lepas lagi. Ada seorang rakan Umno memberi tahu hal ini. Isteri rakan itu baik dengan doktor yang melakukan pembedahan lutut Najib hari ini.

Kawan itu juga memberi tahu Najib akan masuk hospital pada bulan puasa. Nampaknya apa yang diberi tahu oleh kawan Umno itu betul belaka.

Walaupun pembedahan itu kecil dan Najib boleh bekerja selepas tiga hari, saya tidak fikir Najib boleh menunaikan solat seperti biasa. Jangan 'tebeng' (cuba-cuba) main dengan lutut. Najib kena sembahyang atas kerusi. Saya arif dengan perihal lututnya bila diserang gout. Sedikit sebanyak pembedahan itu menganggu amal ibadat Najib di sepanjang bulan puasa ini.

Tetapi saya tidak fikir kalau Najib hanya sakit lutut saja. Seperti mana posting sebelum ini di bawah tajuk, "Ustaz dakwa pejabat Najib ada jin" saya merasakan apa dihadapi Najib kini ada kaitan dengan makhluk halus dan bukan setakat kerana kompilasi lutut saja. Menurut ustaaz itu yang merawat Najib, memang Najib ada masalah banyak.

Masalah jin agak teruk dan sukar sikit untuk diselesaikan. Ia tidak mudah, kalau tidak kena caranya ia boleh membawa sampai ke mati. Ia lebih berat dari masalah Bersih atau pun cicin permata berlian sebesar kepada lutut. Begitu juga isu Altantuya boleh diselesaikan... tetapi masalah jin agak 'rohok' sikit. Perkara ini berlaku dan terjadi diluar pengetahuan dan hisab yakin kita. Orang-orang moden yang percaya seratus peratus kepada profesional manusia akan menolaknya. Walhal didalam Quran ada disebut akan hal ini.

Menurut ustaz yang berasal dari Pettani itu dia telah dipanggil untuk mengesan jin dalam tubuh Najib. Dalam pengesanannya ia menunjukkan bahawa Najib telah digoda ataupun diganggui oleh jin. Keadaan atau serangan jin ini menyebabkan Najib jadi hilang tumpuan dan kurang bertenaga (spritual). Najib juga yang sememangnya lemah lembut menjadi macam keduguanan saja.

"Banyak jin dalam tubuh Najib, tapi kita dah tarik keluar," begitu kata ustaz berkenaan. Katanya semasa dia merawat Najib secara Islam itu mulut Najib juga berdarah. Saya cuba tanya ustaz itu jin-jin itu angkara siapa? Ustaz itu enggan memberi tahu, tetapi tersenyum seakan memberi tafsiran berat untuk beliau lafazkan.

Selain itu dakwa ustaz itu beliau turut mengesan dan memeriksa pejabat Najib di kementerian kewangan. Katanya di pejabat itu penuh dengan jin. Bila saya tanya siapa punya angkara, menghantar jin-jin itu ke pejabat kewangan, ustaz itu memberi tahu ia dilakukan oleh berbagai jenis manusia. Paling banyak ialah mereka yang cuba melemahkan Najib untuk memberikan mereka projek. Oh...!

"Jin itu masih banyak," kata ustaz berkenaan sambil menyatakan dia akan dipanggil lagi untuk merawat Najib dari diganggu jin. Sebenarnya cerita ustaz rawat Najib ini terdedah secara tidak sengaja. Ketika dia menunjukkan gambar-gambar pembangunan sekolahnya saya ternampak ada gambar Najib bersamanya. Melihat ini menyebabkan saya bertanya dan ustaz menjawab dia ke rumah Najib.

Bila mendengar cakap ustaz itu saya teringat kepada berita Najib nak bedah lutut. Apakah kesakitan lutut Najib itu ada kena mengena dengan jin. Sebab setahu saya jin suka duduk di sendi atau pun memakan tulang. Semasa kecil dulu orang tua-tua menceritakan jin makan tulang sebab itu kalau ada tulang lembu, kerbau dan sebagainya tidak dikambus bagi memudahkan ia dimakan jin.

Apakah jin sudah mulai makan tulang lutut Najib? Hanya para bomol dan paranoma sahaja boleh menjawabnya.

Kalaulah benar dakwa ustaz itu, elok kalau Najib terus mendapat rawatan dari jin. Sakit disebabkan jin tidak boleh diselesaikan menerusi perubatan secara saintifik atau klinik. Mungkin boleh juga dicuba manalah tahu, gunakan cincin berlian sebesar kepala lutut itu. Ambil cincin bawa ke lutut atau pun masukkan ke dalam baldi ambil airnya jirus dilutut Najib.

Semasa tempat perhimpunan anak Kelantan di rantauan di Kelana Jaya Sabtu lalu saya terdengar cerita seseorang yang mengaku baik dengan adik Najib yang bernama Nazir. Katanya Nazir ada merungut kepada kawannya bahawa abangnya (Najib) dalam kesusuhan. Dia tidak menjelas lanjut apakah yang disusahkan Najib kini.

Apakah kerana lutut atau kerana cincin? [ttdi.kl.12:30 t/hari 01/08/11]

Salam Ramadhan

Posted: 31 Jul 2011 07:25 AM PDT

Selamat Menjalani Ibadat Puasa Ramadhan

Saya dan keluarga menngucapkan selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan 1432 H kepada semua penjenguk blog Merah Tinta di mana jua berada. Semoga dengan kedatangan bulan mulia ini kita dapat menghayati erti dan hakikat hidup yang sebenarnya.

Mudah-mudahan kewujudan kita di atas muka bumi ini tidak sia-sia seperti mana wujudnya makhluk lain selaras dengan taraf kita sebagai makhluk yang mulia di sisi-Nya. Wassalam.

Salam Hormat,
MSO

[wm.kl.10:28 pm 31/07/11]

Tiada ulasan: