Isnin, 15 Ogos 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


SPR balang oksigen terakhir BN

Posted: 14 Aug 2011 11:37 PM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) SPR belum digunakan tetapi sudah huru-hara seperti tersilap masuk data, salah maklumat, maklumat tidak sama dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan sebagainya.

"Cuba bayangkan jika perkara ini tidak didedahkan oleh Pakatan Rakyat, maka isu ini akan menjadi barah negara yang paling merbahaya sedangkan ini melibatkan pemilihan pimpinan negara untuk masa depan rakyat di negara ini," katanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, ini bermakna, baik macam mana tawaran Pakatan Rakyat kepada rakyat, ia tidak bermakna kerana masalah daftar pemilih yang meragukan.


"Bagaimana perkara ini boleh berlaku, seperti kes Mismah dalam masa empat jam sudah bertukar menjadi warga negara dan layak untuk mengundi. Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui kesilapan teknikal," katanya.

Pada hal menurut SPR, katanya mereka sentiasa membuat semakan menggunakan Sistem Perkongsian Maklumat Antara Agensi (ALIS) untuk mengemas kini daftar pemilih dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Kalau kemas kini, kenapa kes Mismah dan yang lain-lain lagi boleh berlaku.

Beliau berkata, satu perkara yang pelik apabila SPR turut memotong senarai nama pengundi berumur 90 tahun ke atas yang kesemuanya seramai 12,000 orang jika mereka didapati tidak lagi aktif.

"Persoaalannya peraturan mana SPR gunakan sewenang-wenang boleh membuang senarai nama tidak aktif. Bukankah ini bertentangan dengan Perkara 14 Peraturan-Peraturan Pilihanraya 1981?" soalnya.

Tambahnya, paling kelakar lagi jika mereka yang nama dipotong datang pada hari pilihanraya, SPR akan membetulkan semula.

Soalnya lagi, atas asas apa pula pengundi yang dipotong hendak datang mengundi sedangkan namanya sudah dipotong.

"Bukankah ini mendedah kepada penyelewingan untuk hantu-hantu berkeliaran pada hari mengundi?" soalnya.

Justeru, ujarnya rakyat mengharapkan SPR jangan menjadi kuda tunggangan Umno.

Menurutnya, tipu muslihat akan terdedah satu demi satu, kerana sekarang zaman IT bukan zaman Ashabul Kahfi.

Pakatan Rakyat, tegasnya akan menggunakan kepakaran yang ada untuk mendedahkan ketempangan sistem pilihan raya yang berlaku di dalam negara ini kerana BN mengetahui SPR adalah balang oksigen terakhir untuk mereka. - Hrkh


Kaji Semula Prosedur Kerakyatan

Posted: 14 Aug 2011 10:14 PM PDT

Kerajaan digesa meneliti semula prosedur pengeluaran sijil kerakyatan kepada warga asing kerana jumlah yang didaftarkan dalam tempoh tiga tahun lalu menunjukkan angka yang amat mengejutkan, sehingga 29,000 orang.

Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya khuatir sekiranya kerakyatan dikeluarkan terlalu mudah, Malaysia mungkin menjadi "syurga pelbagai kelompok" yang tidak menguntungkan, malah membeban dan merugikan negara.

"TERAS memberi perhatian kepada sungutan wujudnya penganugerahan kerakyatan dikaitkan dengan politik.


"Kelulusan kerakyatan akan pincang jika berlaku pertimbangan politik menjadi kriteria untuk pihak tertentu mahu memastikan pengundi memihak kepada mereka," katanya.

Mengulas dakwaan kepincangan dalam sistem pilihan raya, seperti didedahkan PAS, Azmi dalam kenyataannya hari ini berkata,TERAS percaya kesangsian banyak pihak mengenai isu itu adalah berasas.

"Ada yang berpendapat bahawa suatu kecenderungan pihak tertentu pada masa ini mengeluarkan kad pengenalan adalah disyakki berkait dengan PRU (pilihan raya umum) 13.

"Kesangsian ini akan bertambah meluas bila mana terdapat mereka yang memperolehi kad pengenalan dalam masa yang sangat sengkat membolehkan mereka mendaftar sebagai pengundi," katanya.

Di samping mempersoal kualiti warga asing yang diterima, TERAS menuntut penjelasan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sama ada pengeluaran sijil kerakyatan dan pemberian kad pengenalan untuk warga asing ditapis berdasarkan kelayakan dan syaratyang ketat.

"Sementara bagi mereka yang telah didapati layak untuk mendapat kad warga negara di Malaysia, kami berpendapat sangat perlu proses melulus permohonan diteliti agar ia memberi manfaat kepada negara dari segi sosio-ekonomi dan pembangunan dalam jangka pendek mahupun jangka panjang," katanya. - Malaysiakini


Melaka Bina Bangunan Dengan Duit Zakat ??

Posted: 14 Aug 2011 09:08 PM PDT

SPRM dakwa bina bangunan dengan wang lebihan zakat?

Salah seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa duit lebihan zakat digunakan untuk membina bangunan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Menurut Pegawai itu fakta ini diperolehi dari Mufti Melaka sendiri.

Beliau berkata demikian semasa perbincangan pihaknya dengan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Adly Zahari di Ibu Pejabat SPRM Melaka di Alai minggu lalu.

Persoalan yang timbul di sini ialah :-

1) Benarkan bangunan itu dibina dengan wang lebihan zakat?

2) Benarkan dakwaan bahawa Mufti menyatakan bangunan itu dibina dengan wang lebihan zakat?


3) Benarkan wang zakat negeri Melaka berlebih kerana tidak ada lagi asnaf yang layak menerima zakat sedangkan bilangan orang miskin masih ramai, anak-anak kita yang belajar di dalam dan di luar negara masih ramai yang tiada bantuan, orang-orang yang berjuang Fi Sabilillah masih ramai dan lain-lain.

4) Halalkan wang zakat digunakan untuk tujuan membina bangunan dan jika ianya dibenarkan ia tergolong asnaf yang mana satu?

Persoalan ini timbul ekoran 'follow up' yang dilakukan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Adly Zahari terhadap laporan yang dibuat oleh PAS pada bulan Februari lalu terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Kita sebagai rakyat mengharapkan SPRM menyiasat perkara ini, malangnya SPRM meminta PAS pula menyiasatnya keraan menurut SPRM mereka tidak menemui sebarang penyelewengan dan salah satu pihak terbabit.

SofiWahab


Seronok Sangat Ke Bila Utusan Meloya Petik Kenyataan Kita??

Posted: 14 Aug 2011 08:32 PM PDT

Nasrudin terus desak pimpinan Pas

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Sambil menegaskan bahawa masalah murtad adalah isu akidah yang melepasi sempadan politik, Dewan Pemuda Pas Pusat sekali lagi mendesak pucuk pimpinan parti itu supaya membuat pendirian rasmi berhubung isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Ketuanya, Nasrudin Hassan (gambar) berkata, akidah adalah soal masa depan ummah yang akan dihisab di akhirat kelak dan perlu ditangani oleh seluruh umat Islam di negara ini, khususnya yang diamanahkan menjadi pemimpin.

Katanya, murtad kini menjadi ancaman serius kepada kemuliaan agama Islam di Malaysia dengan data Mahkamah Syariah menunjukkan seramai 863 individu Islam telah memohon untuk menukar status agama mereka sejak 2000 hingga tahun lalu.


Beliau mengulangi pendirian Dewan Pemuda Pas Pusat menyokong penuh tindakan JAIS memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama selepas mendapat maklumat terdapat cubaan memurtadkan 12 individu Islam walaupun dikecam pihak tertentu dalam parti berkenaan.

Nasrudin juga tidak berganjak daripada pendirian terdahulu yang tegas tidak mahu menggadaikan maruah Islam hanya kerana kepentingan politik, apabila terus berikrar untuk menjadi benteng mempertahankan akidah umat Islam.

"Kami bersedia memberi kerjasama kepada semua pihak untuk menjadi benteng mempertahankan akidah umat Islam dan kita konsisten dalam perkara ini. Komitmen ini selaras dengan dasar perjuangan Pas," kata Nasrudin dalam blognya, http://www.eperjuangan.com, hari ini.

Sejak beberapa hari lalu, Nasrudin menjadi mangsa terbaru selepas Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali yang dikecam pemimpin Pas pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana beliau mengeluarkan kenyataan keras mahu mempertahankan akidah umat Islam sekalipun dengan darah dan nyawa.

Dalam pada itu, bagi memastikan masalah murtad tidak menjadi barah kepada umat Islam pada masa hadapan, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat itu mendesak agar kerajaan meluluskan Akta Murtad dengan segera dan menjadikan mata pelajaran Pengajian Islam sebagai subjek wajib lulus. - Utusan


Saya Banyak Makan Duit Haram Sebab Tu Saya Bodoh - Zahrain Hashim

Posted: 14 Aug 2011 06:09 PM PDT

Kalau sudah makan duit haram inilah jadinya.

Zahrain si katak lompat yang dibeli maruahnya oleh Najib Altantuya nampaknya terpaksa mencari isu untuk terus "hidup dan bernyawa" macam seorang lagi yang nak "bakar" Malaysiakini, Ezam Senatak.

Ketakutan Zahrain timbul apabila Timbalan Menteri Luar Jerman, Werner Hoyer mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di kediaman Duta Jerman di Malaysia.

Yang menjadi persoalannya, mengapa Hoyer berjumpa dengan Anwar dan bukan Najib Altantuya atau paling koman, Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay?


Mengapa Zahrain tak marahkan Hoyer, sebaliknya marahkan pula Nurul Izzah yang turut hadir dalam majlis tersebut?

Sememangnya Zahrainlah yang buta dalam politik dan istilah hubungan diplomatik.

Dengan wang RM2 dia hendak membeli sebuah kelab golf di Pulau Pinang yang melondehkan tembelang sebenarnya selama ini.

Perangai Umno-APCO memang cocok dengan ahli parlimen Bayan Baru ini.

Menipu, putar belit dan cuba memperlekehkan orang lain padahal sebenarnya membodohkan diri sendiri.

Hoyer boleh jumpa sesiapa saja yang dia mahu, Nurul Izzah boleh tulis dalam blognya bahawa pertemuan tersebut akan menjalinkan hubungan diplomatik lebih erat.

Maka apa yang dikatakan Nurul Izzah sememangnya benar.

Kesemua negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia adalah BERHAK untuk bertemu dengan wakil KERAjaan atau pembangkang, bagi mendengar pandangan kedua-dua pihak, untuk melihat sesuatu isu dari dua sudut pandang.


Itu baru dikatakan hubungan diplomatik.

Wakil negara asing bebas berjumpa sama ada pemimpin KERAjaan atau pembangkang, bila-bila masa saja yang dia mahu, di mana saja yang mereka mahu.

Tetapi Zahrain dengan kebodohannya terus menempelak Nurul Izzah seolah-olah Nurul Izzah tak berfikir sebelum menulis di laman blognya.

Soalannya, apakah Zahrain sudah berfikir sebelum mengeluarkan kenyataannya?

Mengapa Zahrain tak mempersoalkan kenapa Emir Qatar, Sheikh Jabar al Ahmad al Sabah menjemput Anwar ke negaranya sebagai penasihat ekonomi dan sistem kewangan Islam setiap dua bulan?
Kenapa Zahrain tak marah Nurul Izzah apabila Anwar bertemu dengan Perdana Menteri Turki, Recip Tayyip Erdogan di Istanbul?

Atau sememangnya dia hanya membodohkan dirinya dengan menulis satu hujah dangkal, hanya Umno-APCO sahaja yang layak berjumpa dengan wakil negara asing, yang menyerlahkan kejumudannya sendiri?


Rasanya, "pembelian" Najib Altantuya dalam banyak-banyak "katak", Zahrain lah yang paling MERUGIKAN Bukannya nak membantu Najib Altantuya, malah memalukannya tak pasal-pasal.

Sekali lagi, inilah bahananya makan duit haram, lebih kurang dengan si Gobalakrishnan yang terus "senyap" lepas dapat RM1.4 juta kah kah kah...

JolokJolok


Hadoi.. Lawak Lagi.. Pecah Perut La Gelak Kalau Macam Ni..

Posted: 14 Aug 2011 04:45 PM PDT

Perkasa ambil alih tugas Pas

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini secara rasmi mengumumkan mengambil alih tugas Pas untuk menjadi benteng mempertahankan kesucian agama Islam.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, keputusan tersebut terpaksa dibuat walaupun badan itu bukan pertubuhan politik kerana Pas yang selama ini mendakwa parti Islam dan pernah bercita-cita mahu menubuhkan negara Islam, gagal berbuat demikian.

Menurut Ibrahim, sejak bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas tidak lagi mementingkan soal agama, sebaliknya apa yang dikejar oleh parti itu adalah undi, sehingga sanggup membisu dan menghalalkan apa sahaja perbuatan yang dilakukan oleh musuh Islam.


''Perkasa dengan rasminya mulai hari ini akan mengambil alih tugas Pas dalam membela dan mempertahankan agama Islam. Ini kerana Pas sekarang bukan lagi sebuah parti yang berteraskan Islam. Ia sanggup menghalalkan apa sahaja demi undi.

"Walaupun Perkasa bukan sebuah parti tetapi kami memutuskan untuk mengambil tanggungjawab tersebut kerana dewasa ini kesucian agama Islam sedang diancam dari pelbagai sudut oleh musuh-musuh agama," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Antara bukti Pas memperjudikan agama demi 'membeli' undi adalah tindakan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang melarang penggunaan pembesar suara untuk bacaan al-Quran dan kuliah agama di masjid.

Pada masa sama, beliau berkata, Nik Abdul Aziz serta pucuk pimpinan Pas sehingga sekarang juga gagal menyatakan pendirian menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama yang dikatakan cuba memurtadkan 12 individu Islam.


Akhbar Star Buat Taik, Tok Guru Pulak Disalahkan.. Banganglah Ko Brahim..

Posted: 14 Aug 2011 09:02 AM PDT

Pertubuhan Hak Melayu, PERKASA, hari ini mengecam akhbar The Star sebagai musuh Islam, kerana menyiarkan artikel dan gambar masakan daging babi dalam sisipan juadah berbuka puasa.

perkasa burn the star 140811 ibrahim aliPresiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali (kanan) menegaskan beliau tidak menerima penjelasan bahawa ia adalah satu kesilapan.

"Kita semua tahu siapa editor the Star," katanya sambil menyifatkan tindakan tersebut sebagai menguji had toleransi orang Islam.


Bercakap selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi PERKASA di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur, Ibrahim bertegas kesilapan The Star adalah "cabaran terang-terangan" terhadap Islam.

Beliau yang juga ahli parlimen Pasir Mas menuduhkan akhbar harian berbahasa Inggeris itu secara "konsisten menyerang Islam".

Oleh itu, tegas Ibrahim, adalah perlu bagi PERKASA "menuntut semula peranan sebagai pembela Islam", dengan menuduh PAS telah gagal memainkan peranan tersebut.

Ahli parlimen bebas itu juga mendakwa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri tidak lagi mengambil berat tentang Islam dan kini lebih tertarik dengan undi dan akan berkompromi terhadap apa saja.

Dalam satu majlis kecil selepas itu, Pemuda PERKASA membakar nashkah akhbar the Star.


Kisah Sulaiman Anak Lelaki Taib Mahmud

Posted: 14 Aug 2011 07:23 AM PDT

Anak Taib Mahmud Bebas Dari AIDS

Sulaiman anak bongsu kepada Menteri Besar Sarawak Taib Mahmud disifatkan sebagai kaki joli dikatakan sedang menyelam bersama anak remajanya di sebuah resort yang terletak di Sabah. Seorang peloncong dari Sarawak mengatakan yang dia boleh mengecam anak Taib yang "manja" itu. Desas desus yang telah lama didengar sama sekali tidak benar kerana dia nampak bersemangat dan sihat. Sudah berbulan lamanya cerita tentang Sulaiman 43 tahun telah tersebar yang beliau menghadapi AIDS dan kini berada dalam kemurangan disebabkan terlantar di katil.

Penduduk di mana Sulaiman kini seorang Ahli Parlimen Kota Semarahan tidak puas hati kerana beliau tidak pernah turun padang. Selepas memenangi kerusi itu pada tahun 2008, beliau pernah cuba menjadi Timbalan Menteri Pelancongan tetapi rakan-rakan beliau memberitahu yang beliau telah jemu dengan jawatan berkenan kerana beliau menganggap ia membosankan. Sejak kematian ibunya, Laila Taib, yang disayangi akibat kancer paru-paru pada April 2009, beliau tidak lagi bergiat dalam arena politik.


Bapanya menerangkan bahawa anaknya masih bersedih atas kematian ibunya. Kenyataan itu membuatkan orang Sarawak tertanya mengapa seorang anak muda yang hidupnya suka bergembira masih mentangisi kematian ibunya setelah enam bulan berlalu. Beliau jugak dikatakan mempunya suka berfoya-foya dan mempunyai ramai teman wanita diseluruh pelusuk dunia.

Walaupun beliau mempunyai akal yang waras untuk meletak jawatan dalam Kabinet, kelibat beliau tidak pernah kelihatan di Semarahan. Dengan melteak jawatan di parlimen, orang-orang Sarawak kini mempersoalkan mengapa beliau masih menerima gaji seorang ahli parlimen.

Gaji itu sememangnya hanya segintil bagi Sulaiman kerana bapanya memiliki harta yang tidak mungkin akan habis. Pada realitinya ramai penduduk Samarahan hanya kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Samarahan Diserahkan kepada Bekir

Dilahirkan dalam salah satu keluarga yang terkaya di dunia kehidupan Sulaiman menjadi impian setiap insan. Hidupnya penuh dengan kemewahan, kereta sports, arak dan perempuan. Apa yang dia harus peduli tentang orang miskin di Samarahan, yang kebanyakan hidup dalam keadaan yang daif? Adakah dia akan melawat meraka, berjabat tangan dengan mereka dan memancing undi mereka? Mengapa dia harus berpeluh dalam terik mentari untuk memberi ceramah dalam Bahasa Ingerris dalam khemah yang sesak lagi panas kepada penduduk kampong sedangkan dia boleh besenang lenang dengan duit yang dimiliki.

Pada 2008 Sulaiman menunjukkan belangnya apabila dalam proses berkempen sistem bunyi rosak dan acara pada hari itu tertangguh. Tidak puas hati dengan kejadian yang menimpa dirinya Sulaiman hanya duduk merajuk dan bapa saudaranya Mohamad Ali Mahmud, adun untuk Muara Tuang besama ahli PBB yang lain bertegur sapa dengan penduduk tempatan.

Sulaiman jugak tidak mengambil endah untuk bertegur dengan penyokongnya di belakang khemah. Ramai yang percaya bahawa banyak wang ringgit telah "dilaburkan", dikawasan itu yang diwarisi oleh Sulaiman dari bapanya tetapi adalah sesuatu perkara yang mustahil jika ia jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Calon PBB layak juga tidak berani untuk bertanding kerana mereka tahu kawasan itu milik Taib.

Pada majlis-majlis rasmi sebelum beliau menghilangkan diri dari dunia politic, isteri beliau Anisa Hamidah Mahmud anak kepada George Chan jarang membuat penampilan dan jika ada meraka tidak akan bersama. Anisa can berada di satu penghujung sambil melihat suaminya sibuk melayan tetamu. Mereka tidak lagi berusaha untuk membuktikan mereka adalah sepasang suami isteri.

Pertembungan Anak dan Ayah

Mengikut seorang kenalan, Sulaiman mengambil keputusan untuk meninggalkan Sarawak selepas berdebat hebat dengan bapanya apabila ibunya sedang sakit tenat. Taib melihat potensi Sulaiman sebagai waris kepada jawatan Ketua Menteri kerana Sulaiman yang paling bijak di antara empat orang adik beradiknya namun dia juga yang paling suka berjoli. Sulaiman tidak pernah mengambil endah soal hidupnya. Adalah sesuatu perkara yang sedih bahawa seorang yang dianugerahkan dengan kebijaksaan merosakkan hidupnya dengan kereta mewah, arak dan perempuan.

Bapa Sulaiman yang marah kerana cadangannya di tolak anak lelakinya mengambil keputusan untuk membuang negeri darah daginya sendiri. Kerja beliau di Samarahan diserahkan kepada bapa saudaranya Ali dan seorang daripada setiausaha politiknya, Idris Buang. Sulaiman jugak tidak hadir apabila bapanya berkahwin dengan seorang rupawan Ragad Waleed,28 pada bulan January tahun ini.

Walaupun masih muda hidup Sulaiman telah dipenuhi dengan kontroversi. Sikap panas baran beliau juga telah menyusahkan diri beliau pada tahun 2003 disebabkan beliau melepaskan geram ke atas seorang personaliti TV. Beliau juga pernah disenaraikan sebagai Lembaga Pengarah syarikat Cahaya Mata Sarawak Bhd millik keluarganya selama tiga tahun dan beliau juga pernah menyandang jawatan Pengarah Bank RHB. Melihat sikap Sulaiman yang endah tak endah Bank Sentarl menyuruh beliau untuk melepaskan jawatan tersebut. Apabila meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri, bapa beliau memberi seribu satu alasan untuk anaknya.

Seorang rakan mengatakan yang selepas Sulaiman enggan menerima sebarang pekerjaan politik, sebidang tanah yang luas 269 ekar bernilai RM 291,000 setiap ekar(satu ekar bernilai RM 1-RM 5million) nama Sulaiman tidak tercatat. Tetapi abang beliau Mahmud Abu Bekir mendapat 52%, sementara dua kakak beliau Jamilah dan Hanifah, isteri beliau Anisa dan seorang kroni Chung mendapat 12% setiap seorang. Tanah itu dibahagi kepada mereka pada 1 per lima harga pasaran.

Hidup Seorang Kaki Joli

Anak ketiga daripada empat orang adik beradik perempuan, Anisa berkahwin dengan Sulaiman dalam tahun 90an. Hasil perkahwinan mereka dikurnaikan seorang putera dan tiga orang puteri. Anisa dipercayai pernah dipukul suaminya jika dia bersuara tentang Sualaiman bermain kayu tiga. Pernah sekali kerana tidak tahan dengan sikap suaminya yang ringan tangan, dia terpaksa berlari pulang ke rumah ayahnya untuk bertenang.

Selepas Sulaiman dibuang negeri ke Kanada oleh bapanya, Anisa dinasihatkan untuk tidak meminta cerai tetapi berpindah ke Kanada. Seluruh Sarawak tahu akan cerita ini. Persoalannya adakah air yang dicincang tidak akan putus atau Anisa bertahan semata mata kerana harta kekayaan sumainya.

Walaupun sudah sekian lama merana Anisa membawa dir bersama-sama anaknya untuk memulakan kehidupan baru di Kanada dan suaminya terus dengan cara hidupnya yang daus. Percutian menyelam ke Sabah itu adalah perkara yang julung kali berlaku kerana Sulaiman tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebai seorang ayah kepada anak-anaknya.

addin


“Selamat tinggal UMNO, BN, Buat selamanya!”

Posted: 14 Aug 2011 06:42 AM PDT

Bahtera BN sudah sampai ke penghujung jalan, dan sudah tidak keruan. Layarnya sudah putus di terbangkan angin, manakala lantainya sudah banyak yang pecah-pecah. Erti kata lain, ia sudah hampir benar tenggelam.

MCA sudah tinggal nama dan sejarah, sebegitu dengan MIC, Gerakan sudah tidak bergerak lagi, manakala parti serpihan lain, sudah tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja lagi. Kini PPP bergerak mengikut arus kebangkitan rakyat. Yang kononnya nampak kukuh hanyalah UMNO, itupun kerana berada di persada kuasa.

Ternyata benarlah telahan banyak pihak, bahawa parti yang berasaskan kepada perkauman sempit sudah tidak relevan dan ketinggalan zaman. Parti berasaskan bangsa sudah menjadi kuno, lapuk dan tidak diterima rakyat lagi. Rakyat sudah mula mengenali bahawa Malaysia dikongsikan bersama dengan bangsa-bangsa yang lain.


Rakyat hanya mahu melihat Malaysia ditadbir oleh kerajaan yang adil dan saksama untuk semua puak dan kaum. Justeru, yang paling relevan sepanjang zaman sudah tentulah parti yang memperjuangkan keadilan semua pihak. Dan yakinlah, bagi umat Islam, bahawa Islam adalah agama yang paling adil.

Berhijrahlah kepada Pakatan Rakyat yang lebih toleransi kaum dan memperjuangkan keadilan semua pihak. Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang diperintah sudah membuktikan bahawa semua kaum mendapat pembelaan yang sewajarnya. Masa ini adalah yang terbaik buat memacu negara ke arah perpaduan dan keadilan kaum seperti di dalam Pakatan Rakyat. Katakan , "Selamat tinggal UMNO, BN, selamanya!"

Tulangsekah


PERKASA Ugut Lagi.. Jom Gelak.. Kahkahkah...

Posted: 14 Aug 2011 05:15 AM PDT

Perkasa beri Putrajaya kata dua jika gagal hukum Anwar, Ambiga, DAP

KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Perkasa hari ini mengugut akan "melakukan sesuatu" terhadap kerajaan jika gagal mengambil tindakan berhubung tiga perkara tertunggak — perhimpunan Bersih 2.0, video seks didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan "konspirasi Kristian" DAP.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata ahli-ahlinya sudah hilang keyakinan ke atas pentadbiran Najib sambil mendakwa Putrajaya gagal mempertahankan keluhuran undang-undang.

"Ini keputusan kami hari ini," kata beliau pada sidang media sempena majlis berbuka puasa Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman di sini.


"Jika tiada tindakan diambil berhubung tiga isu ini dalam waktu tertentu, kami akan melakukan sesuatu," kata beliau sambil menambah, kelewatan keadilan bermakna keadilan dinafikan.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini tidak menjelaskan tindakan mereka jika gesaan pihaknya tidak menemui hasil atau dipenuhi.

Katanya, Perkasa "sangat bersabar" meskipun berhadapan dengan penghinaan daripada pihak lain khususnya berhubung perhimpunan Bersih 2.0.

"Kami dipanggil pengecut kerana tidak meneruskan perarakan kami apabila kami menghormati undang-undang dan nasihat Yang di-Pertuan Agong," selar Ibrahim.

Pada awalnya Perkasa merancang untuk mengadakan perhimpunan balas pada 9 Julai lalu, hari Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bebas dan adil.

"Jadi sekarang, jika kerajaan tidak mengambil tindakan dalam tempoh masa tertentu, kami akan ambil tindakan dan kerajaan tidak harus menyalahkan Perkasa," katanya.

"Kami diminta untuk menghormati kerajaan dan undang-undang, dan kami melakukan semua itu, tetapi kerajaan tidak responsif," katanya lagi.

Ibrahim juga mendakwa "majoriti senyap" kemungkinan akan menghukum pentadbiran Najib jika beliau gagal menyelesaikan tiga isu terbabit.

Katanya, satu dunia tahu bahawa Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan yang bertindak secara tidak sah apabila meneruskan perhimpunan 9 Julai.

Katanya, pakar-pakar asing juga merumuskan bahawa 99.99 peratus lelaki dalam rakaman video seks adalah Anwar.

Mengenai konspirasi Kristian yang dibawa oleh Utusan Malaysia, akhbar milik Umno, Ibrahim berkata seorang ahli DAP beragama Islam telah membuat laporan polis dan ia menunjukkan adalah betul.

"Apa lagi kita perlukan? Apa lagi perlu disoal siasat? Ada 4,000 laporan polis ke atas Ambiga, sebagai contoh.

"Kami mahu Peguam Negara teruskan dengan tindakan ke atas isu-isu ini dan sama ada ada kes prima facie, biar mahkamah yang menentukan," kata Ibrahim.

**Tak penat ker bercakap berdegar-degar bulan puasa nie?? Ker memang tak puasa?? Kahkahkah.. Aku yakin Najib sama Kah Ros pon gelak berguling-guling dengan ugutan katak nie..



Larang guna pembesar suara selaras syarak

Posted: 14 Aug 2011 02:29 AM PDT

KOTA BHARU, 14 Ogos: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan arahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak membenar masjid menggunakan pembesar suara menyiar bacaan al-Quran sebelum Subuh selari dengan syarak.

Menteri Besar berkata, Islam tidak menggalakkan bacaan al-Quran diperdengar dengan kuat terutamanya menggunakan pembesar suara kecuali azan.

"Hanya azan sahaja yang perlu dikuatkan dengan tujuan untuk menyeru umat Islam menunaikan solat dan meninggalkan sementara urusan dunia," katanya selepas merasmikan pelancaran Koperasi Rakyat Kelantan Berhad di KTC hari ini.


Beliau diminta mengulas larangan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menggunakan pembesar suara di masjid sebelum solat Subuh kerana ia dianggap mengganggu ketenteraman masyarakat berbilang kaum.

Sebelum ini media melaporkan JHEAIPP mengarahkan semua masjid dan surau menghentikan bacaan al Quran menggunakan pembesar suara sebelum Subuh kerana bercanggah dengan hukum syarak.

Arahan tersebut juga selaras dengan keputusan masyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri berkenaan pada 7 April lalu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, umat Islam jangan begitu seronok membaca al-Quran dengan menggunakan pembesar suara kerana ia tidak elok dan boleh mengganggu ketenteraman orang ramai terutama kanak-kanak sedang tidur.

"Di Kelantan mungkin tak apa, sebab sudah menjadi perkara biasa, namun sesetengah tempat mungkin tidak boleh dan keputusan itu perlu dihormati," ujarnya.

Ketua Pengelola Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, suasana masyarakat berbilang kaum perlu diambil kira apabila memperdengarkan bacaan al Quran secara kuat sebelum Subuh.

Katanya, bagi penduduk tinggal di negara yang majoritinya orang Islam perkara seperti itu tidak berbangkit kerana orang ramai sudah faham.

"Apa yang diputus di Pulau Pinang itu selaras dengan kehendak syarak kerana suasana persekitarannya bukan hanya didiami orang Islam sahaja.

"Syarak hanya membolehkan azan dilaungkan dengan kuat bagi menyedarkan orang yang tidur supaya bangun menunaikan solat," ujarnya di sini.

Tindakan JHEAIPP turut disokong pensyarah USM, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin dan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang memberi contoh Rasulullah saw pernah melarang orang membaca al-Quran secara kuat dalam masjid kerana boleh mengganggu jemaah lain.


Lain Pulak Senatak Ezam Ni Cakap.. Lidah Biawak Betul La..

Posted: 14 Aug 2011 02:21 AM PDT

Ezam: Saya tak maksud 'bakar' betul, tapi simbolik..

Senator Mohd Ezam Mohd Nor menjelaskan dia tidak bermaksud untuk membakar betul Malaysiakini dan Malaysia Insider, "tetapi hanya simbolik kemarahan terhadap mereka yang bakar hati umat Islam" berhubung isu murtad.

Dalam tweetnya hari ini, bekas pemimpin pembangkang yang kini menjadi aktivis Umno itu mendakwa apa yang dimaksudkan ialah untuk
"membakar" Malaysiakini dan The Malaysian Insider kerana mereka telah "membakar" hati umat Islam mengenai isu murtad.

Tweetnya berbunyi: MK/MI portal news dialam siber. mcmana BAKAR alamsiber?x ancam bakar reporter/bangunan.ianya simbolik kemarahan terhdp mrk yg BAKAR hati umat.


Dalam perhimpunan selepas solat Jumaat lalu di masjid negeri Selangor Shah Alam, bekas pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bersumpah untuk melancarkan "perang habis-habisan" ke atas portal Malaysiakini yang didakwanya sebagai "ejen" kepada "pengkhianat Islam".

Perhimpunan anjuran kumpulan Gerakan Cegah Murtad itu diadakan ekoran kontroversi berhubung tindakan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya pada minggu lalu.

"Kita akan lancarkan perang habis-habisan jika mereka tidak hentikan dengan ejen mereka -- Malaysiakini, Malaysian Insider -- yang biadap kepada JAIS, kononnya mereka menceroboh masuk gereja.

"Kita beri anda amaran terakhir. Jika anda tidak hentikan sampah ini, kita akan bakar anda," katanya lagi di perhimpunan itu.


Tiada ulasan: