Khamis, 11 Ogos 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Sapa Pulak Mamat Ni? Mai Dari Hutan Mana?? Perasan Semacam Saja..

Posted: 10 Aug 2011 11:26 PM PDT

Apa hal mamat ni? tak pasal-pasal suruh orang saman dia.

Diam tak diam tiba-tiba timbul Pengerusi KITA Kedah si Zamil ini mencabar Pakatan Rakyat supaya menyaman beliau jika Pakatan Rakyat benar-benar tidak mempelawa Ku Li..

Nampak macam mencari publisiti murahan saja.. kalau nak saman pun rasanya bukan mamat ini yang memulakan cerita tapi Zahrain, mamat ni sekadar tukang sampuk saja.

Bila Zahrain dah mula cerita baru dia tambah perisa.. Jadi buat apa Pakatan Rakyat nak buang masa layan dia ni..

Kalau bukan mencari publisiti murahan, mungkin nak mencari sedikit duit raya.. maklumlah jadi Pengerusi KITA banyak duit dah habis..


Zamil cabar pembangkang saman

SUNGAI PETANI 10 Ogos - Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim mencabar parti pembangkang menyaman beliau jika mereka benar-benar berpendirian tidak pernah mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengetuai pembangkang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, pembangkang tidak harus bermain wayang dan menipu rakyat dengan isu tersebut kerana ada beberapa bukti yang menunjukkan pertemuan itu benar-benar berlaku.

"Setiap kali ada isu, mereka hanya pandai nafi tetapi tak berani nak saman. Saya beranggapan penafian itu adalah satu penipuan besar terhadap rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Baru-baru ini, beberapa pemimpin pembangkang termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus menafikan dakwaan mengatakan beliau menemui Tengku Razaleigh bagi mempelawa untuk mengetuai pembangkang menggantikan Anwar.

Zamil yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah mencadangkan pembangkang memilih individu lain jika mahukan Ketua Pembangkang pada masa depan.

"Saya percaya Ku Li masih setia dengan Barisan Nasional. Apa kata mereka pilih Datuk Zaid Ibrahim," katanya.

Lidah Rasmi UMNO

Ketua Pengarah JPN Ditemui Bersembunyi Dalam Jamban

Posted: 10 Aug 2011 10:17 PM PDT

Sikap Ketua Pengarah JPN Yang Tidak Bertanggungjawab

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terus mengambil sikap berdiam diri berhubung isu kad pengenalan Mismah yang bertukar status daripada penduduk tetap (PR) kepada warganegara yang didakwa pembangkang diperolehi dalam tempoh singkat.

Sinar Harian menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung dakwaan itu kerana kakitangan JPN yang dihubungi memberitahu hanya Ketua Pengarah Datin Jariah Mohd Said boleh mengeluarkan kenyataan, tetapi beliau bercuti.

Sinar Harian juga ingin mendapatkan penjelasan beberapa perkara lain.


Ia termasuk mengenai laporan sebuah portal berita me-ngenai wujudnya nombor kad pengenalan lama 1479323 yang dimasukkan ke dalam sistem SPR yang menunjukkan dua kemasukan di bawah nama Sa'ad bin Samsudin tetapi dengan dua nombor MyKad yang berbeza iaitu 380913105681 dan 510913105553.

Juga terdapat nama Mohd Rashid bin Ismail (IC lama: 6397062) yang mempunyai dua pendaftaran di kawasan Parlimen Taiping (MyKad: 620108086991) dan kerusi Parlimen Bukit Gantang (MyKad: 620108086713).

Apabila kedua-dua nombor MyKad dimasukkan dalam sistem online JPN, keputusannya menunjukkan kad pertama telah diambil, manakala kad kedua sedia untuk diserahkan ke pejabat JPN Kuala Lumpur. -SH

Lagi Salah Laku Paling Keji SPR

Posted: 10 Aug 2011 10:04 PM PDT

SPR Mendahului JPN Dalam Proses Memadam Maklumat Isacc Yavon !!

Lewat petang semalam, blog edyesdotcom telah buat pendedahan bahawa penama Isacc Yovan A/L K Pitchay mempunyai 2 kad pengenalan yang telah diambil dari JPN. Sila rujuk ke entri PECAH LAGI!! Isacc Yovan Boleh Mengundi 2 Kali di Parlimen Lembah Pantai !!

Ketika bersahur hari ini, seorang pengguna facebook telah memaklumkan kepada saya bahawa setelah beliau usul periksa dalam sistem semakan SPR, beliau mendapati salah satu nombor kad pengenalan yang membawa kepada pengundian di lokaliti R/Pangsa Seri Pahang dalam daerah mengundi Bukit Bangsar, telah DIPADAMKAN. Semakan oleh pengguna facebook tersebut dilakukan jam 1.30 pagi bertarikh hari ini.

Apabila saya usul periksa semula dalam sistem SPR dan mendapati rekod nombor kad pengenalan 630124035077 telah tiada tiada. Lihat gambar di bawah hasilnya;



Namun demikian, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah. Kerja keras SPR hingga lewat malam untuk menyembunyikan penipuan demi penipuan tidak disinkronasikan dengan sistem semakan JPN.

Walaupun SPR telah memadam maklumat yang menunjukkan Isacc Yavon boleh mengundi dua kali dengan menggunakan dua kad pengenalan (yang juga dua nombor kad pengenalan), namun nombor kad pengenalan kedua Isacc Yavon itu masih berada dalam sistem maklumat JPN. Mungkin ini satu lagi peluang untuk JPN dipersalahkan sepertimana yang berlaku dalam kes Mismah.

Lihat gambar di bawah, kali ini saya printscreen waktu dan tarikhnya sekali;


Sekarang komplot SPR dan JPN sudah terbongkar dan terperangkap. Mungkin jika mereka padam kedua-duanya serentak, maka agak susah untuk kita trace di mana kepincangan SPR dan JPN.

Hanya nombor kad pengenalan Isacc Yavon yang kod lahirnya '10' sahaja yang tinggal dalam daftar pemilih dan yang kod lahirnya '03' telah hilang. Tetapi dalam sistem semakan JPN, kedua-dua nombor kad pengenalan ini masih wujud dan saya sempat merekodkan kesemuanya.

Sekarang mari kita sama-sama nantikan, bilakah mereka akan padam pula rekod kad pengenalan dalam sistem maklumat JPN pula setelah berjaya dilakukan dalam daftar pemilih SPR 'tanpa disedari'.

Kepada rakan blogger lain yang banyak buat pendedahan pengundi 'double' ini, sila usul periksa semula maklumat tersebut kerana ianya tidak kekal begitu sahaja. Ini kerja kacang sahaja bagi mereka, sedangkan rekod imigresen Altantuya pun mereka boleh padam, inikan pula rekod daftar pengundi yang begitu mudah dimanipulasi oleh badan yang serba tidak amanah.

Kesempatan ini juga, saya cabar Kerajaan Malaysia supaya membubarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana badan yang diamanahkan untuk menjadi nadi terpenting demokrasi negara ini sudah tidak boleh dipercayai. Rakyat wajar dianugerahkan sebuah badan berkecuali baru yang menguruskan pemilihan wakil rakyat dan kerajaan pemerintah menggantikan SPR yang dilihat tidak lagi kredibel kerana didapati begitu condong membantu kerajaan sedia-ada mengekalkan kuasa!

Cabaran saya ini jangan sesekali dipandang enteng. Berwaspadalah wahai Kerajaan Malaysia, apabila majoriti rakyat yang cintakan demokrasi sudah mula mengugut !!

Edyesdotcom

Umno nak pancing undi Melayu

Posted: 10 Aug 2011 09:42 PM PDT

PETALING JAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang menganggap tindakan media arus perdana mahu dilihat sebagai juara mempertahankan Islam dalam isu serbuan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sebagai usaha untuk memancing undi Melayu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau menyifatkan kenyataan media milik Umno dalam isu gereja lebih bersifat apa yang disebut oleh Imam Ali bin Abi Thalib k.w. sebagai "ucapan yang zahirnya benar tapi matlamatnya kebatilan."

Pada 3 Ogos lalu, sekumpulan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu gereja berkenaan di Seksyen 13, di sini ekoran kehadiran sekumpulan penganut Islam pada majlis makan malam anjuran gereja tersebut.


Menulis dalam Harakah keluaran terbaru, Hadi berkata matlamat media arus perdana dan Umno ialah untuk memancing undi Melayu Islam yang buta Al Quran bagi PRU ke 13.

"Mereka mahu meneruskan agenda warisan penjajah iaitu Islam yang terpimpin bukannya Islam yang memimpin. Islam menjadi agama yang diperintah dan ditadbir, bukannya Islam yang memerintah dan mentadbir.

"Hasilnya masjid boleh digeledah, tidak ada perbezaan dengan gereja dan imam boleh diambil tindakan bukan kerana kesalahan agama tetapi kerana kononnya kesalahan berpolitik dalam masjid.

Memisahkan agama dengan politik

"Politik pula dipisahkan dari agama sama seperti juga pemisahan agama dengan politik dalam lain-lain agama selain dari Islam," terangnya.

Menurut beliau, ketika Islam dalam keadaan berkuasa di Madinah, Rasulullah saw mengizinkan penganut agama lain hidup dalam masyarakat Islam secara aman dengan menjadikan rakyat yang wajib dilayan secara adil tanpa paksaan dalam agama menerusi perjanjian bertulis yang dimeteraikan.

"Dalam masa yang sama Islam mewajibkan penganutnya mempertahankan Islam, yang menjadi hak kepada penganut Islam sendiri dan kerajaannya," katanya.

Ujar Hadi, "berlaku zalim terhadap penganut agama lain juga adalah haram sehingga Rasulullah saw memberi amaran neraka kepada orang Islam yang mengkhianati perjanjian yang sebenarnya adil.

Beliau lalu memetik ayat 40 dari Surah Al-Hajj, firman Allah swt yang bermaksud:

"Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan sesetengahnya yang lain, nescaya runtuhlah biara- biara serta gereja-gereja (kaum Nasrani) dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi) dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang didalamnya banyak disebut nama Allah."

Rasulullah saw menafsirkan perintah Allah secara amalan; apabila Islam melarang penganut Islam menceroboh gereja dan paderi walaupun ketika berlakunya perang maka sudah tentulah ketika damai keadaan ini lebih wajib dipelihara.

Beliau mengajak umat Islam membuka Al Quran dan mengamati ajaran Rasulullah saw dan para sahabat serta ulama muktabar yang menunjukkan cara beramal yang sebenarnya, bukan melalui media dan pengampu di jalanan. - FMT

Britain Tegang, Rusuhan Merebak Ke Luar London..

Posted: 10 Aug 2011 09:02 PM PDT

LONDON - Ribuan anggota polis tambahan yang berkawal di jalan-jalan raya berjaya menyebabkan London tenteram semalam selepas tiga hari berlaku rusuhan dan rompakan oleh sekumpulan golongan muda.

Bandar Manchester dan Liverpool di timur laut dan Birmingham di tengah England berdepan dengan rusuhan selepas London tenteram semalam.
Di Birmingham, polis melancarkan siasatan selepas tiga penganut Islam terbunuh kerana dilanggar sebuah kereta.

Seorang rakan tiga lelaki itu memberitahu stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC) bahawa ketiga-tiga penganut Muslim itu merupakan sebahagian daripada kumpulan keturunan Asia yang melindungi kawasan kediaman mereka daripada menjadi sasaran golongan muda yang merompak.


Menurutnya, ketiga-tiga lelaki itu dilanggar selepas bersolat di sebuah masjid.
"Kereta itu melencong ke arah mereka dengan tiba-tiba," katanya.

Keadaan di London tenteram semalam selepas rusuhan bermula di Tottenham pada malam Sabtu lalu. Kira-kira 16,000 anggota polis mengawal jalan-jalan raya di London semalam.

Rusuhan itu berlaku akibat perasaan tidak puas hati golongan muda terhadap kematian seorang lelaki berusia 29 tahun yang ditembak polis pada minggu lalu. Protes golongan muda itu bertukar menjadi ganas apabila mereka membakar beberapa bangunan, kereta polis dan merompak di Tottenham, utara London.

Perdana Menteri Britain, David Cameron terpaksa menyingkatkan percutiannya di Itali untuk pulang ke London bagi berdepan dengan krisis tersebut. Cameron akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Krisis dan memanggil parlimen bersidang untuk membincangkan isu berkenaan.

Rusuhan itu merupakan situasi yang paling buruk pernah berlaku di London kurang setahun sebelum bandar raya ini menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2012. - Agensi

600 peralatan biometrik daftar pendatang diubahsuai

Posted: 10 Aug 2011 08:32 PM PDT

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat beberapa syarikat pengurus yang dikenal pasti menggunakan khidmat perunding teknologi maklumat (IT) tidak sah untuk mengubahsuai peralatan biometrik yang digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi program 6P.

Program 6P iaitu Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) meliputi enam pelan tindakan iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen KDN Datuk Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan berkata hasil pemantauan oleh KDN sehingga semalam mendapati kira-kira 600 peralatan yang dikendalikan syarikat pengurus telah diubahsuai sekaligus tidak lagi memenuhi spesifikasi ditetapkan kerajaan untuk tujuan kegunaan program itu.


Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan kerosakan kepada sistem yang telah diselaraskan oleh KDN dan pada masa yang sama turut dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi Kerajaan.

"Kesannya, data yang diambil daripada pekerja dan Pati gagal dimuat naik ke dalam server utama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk dijumlahkan dengan statistik lain yang diterima daripada seluruh negara," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata semua syarikat pengurus telah diberi amaran keras supaya tidak melakukan sebarang percubaan serupa kerana gangguan sistem ini berisiko mengeluarkan slip Nexcode pendaftaran Pati dengan nombor kod rujukan berganda.

Jika ini berlaku, Pati kelak akan berhadapan dengan masalah ketika proses pemutihan dan pengampunan, katanya.

Alwi berkata syarikat pengurus yang memerlukan bantuan menyelesaikan kes-kes sedemikian diminta merujuk kepada kaunter setempat KDN di ibu pejabat kementerian yang ditubuhkan sejak 8 Ogos lepas sebagai inisiatif membantu syarikat pengurus menangani masalah teknikal jika masih wujud.

Sementara itu, Alwi berkata jumlah pendaftaran Pati dan Pekerja Asing telah merekodkan sejumlah 1,637,725 orang dan daripada jumlah tersebut, 830,837 adalah angka yang dicatatkan untuk Pendaftaran Pekerja Asing Sah yang bermula 13 Julai lepas.

Sumber Pas Pangkor

Pencacai Angkat Najis Sanggup Makan Taik

Posted: 10 Aug 2011 06:51 PM PDT

NAJIB DAN ROSMAH YANG DIPANGGIL, PENCACAI TUKANG KIPAS PULA YANG TAWARKAN DIRI

APABILA Najib dan Rosmah dipanggil untuk menjadi saksi kes fitnah Liwat II DS Anwar, maka beberapa ekor pencacai berebut-rebut mahu dipanggil menjadi saksi agar dapat dilihat sebagai `Panglima' untuk `cover' bos mereka.

Ezam sesumpah, Zul Kulim `firaun besar' termasuk juga Gobala yang didedahkan dapat wang jutaan ringgit keluar parti itu serta beberapa ekor lagi sanggup menjadi `tukang sapu' najis bos mereka. Ezam sesumpah mendakwa mengapa Najib dan Rosmah dipanggil sebagai saksi sedangkan mereka berdua tiada kena mengena dengan kes tersebut.

Terlalu tumpul otak Ezam sesumpah bila berkata sedemikian. Bukan Ezam sesumpah tidak tahu siapa orang pertama yang ditemui oleh Saiful untuk melaporkan bahawa kununnya dia diliwat. Malahan Saiful ke rumah Najib dengan mudah untuk menceritakan kejadian tersebut. Masih tiada kena mengena jugakah dengan kes Saiful?


Beberapa ekor pencacai ini merasa terlalu hina apabila DS Anwar tidak melayan mereka sejak dari dulu lagi. Mereka lebih merasa hina apabila semua program ceramah mereka untuk memburukkan DS Anwar tidak berjaya mempengaruhi rakyat, bahkan rakyat semakin Linkmenyokong Ketua Umum PKR tersebut. Sebab itu, mereka sanggup jadi pencacai untuk hadir ke mahkamah demi Najib.

Tidak perlu panggil beberapa ekor pencacai ini ke mahkamah kerana watak penting di dalam kes tersebut adalah Najib, Rosmah dan Musa Hassan. Cukuplah dengan mereka ini sahaja untuk kita ketahui kebenarannya nanti. Jika watak penting ini takut atau gentar untuk menjadi saksi, tidak lojik untuk kita dengar cerita dari pencacai `tukang karut' yang mahu mencari makan ini. Lepas ini kita akan tahu siapa lebih `jantan' samada Najib atau Rosmah atau kedua-duanya `betina' belaka./wfauzdin.blogspot.com

Kalau Macam Ni Punya Perangai, Baik Join Kristian Sajalah..

Posted: 10 Aug 2011 07:09 AM PDT

Selamba beli makan tengah hari !!!

Sebahagian daripada pelanggan dipercayai beragama Islam membeli makanan tengah hari di sebuah gerai di AU3 Keramat pada kira-kira pukul 11 pagi, semalam.

Setiap kali bulan Ramadan menjelma hinggalah bulan mulia yang penuh keberkatan itu melabuhkan tirainya, cerita tentang kaki ponteng puasa pasti kedengaran.

Pelbagai alasan diberikan oleh kaki ponteng terbabit untuk mewajarkan perbuatan mereka itu dan mereka juga sering dilihat membeli makanan secara bungkus tanpa rasa bersalah.

Tinjauan berjaya mengesan sebuah gerai di Jalan AU3/29, Keramat di sini yang dilihat menjadi 'lokasi terbaik' untuk kaki ponteng puasa melayan selera.


Golongan tersebut dilihat semakin berani, tanpa segan-silu dan secara terang-terangan mengunjungi gerai nasi berlauk yang dibuka sejak pagi setiap hari itu.

Sepanjang pemerhatian selama satu jam bermula pukul 10.30 pagi semalam, gerai tersebut didatangi lebih daripada 10 lelaki yang dipercayai beragama Islam untuk membeli pelbagai makanan di situ.

Kesemua lelaki berusia awal 20 hinggalah warga emas itu dilihat membungkus makanan sebelum dibawa ke tempat yang lebih selamat seperti rumah masing-masing untuk menikmatinya.

Penulis yang kemudiannya mengunjungi gerai itu dan berpura-pura ingin membeli makanan mendapati terdapat lebih 10 jenis lauk terhidang secara terbuka di gerai tersebut.

Lebih memeranjatkan, minuman teh 0 panas yang sudah siap dibungkus turut disediakan bagi memudahkan kaki ponteng membelinya dan membawa pulang.

Salah seorang pekerja di gerai itu mendakwa gerai tersebut beroperasi pada sebelah malam pada hari biasa dan dibuka pada waktu tengah hari pada bulan Ramadan.

Ditanya tidakkah dia rasa bersalah kerana menggalakkan orang ramai ponteng puasa, pekerja berusia akhir 30-an itu mendakwa dia hanya bekerja di situ dan tidak tahu perkara-perkara lain.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Din berkata, sejak hari pertama berpuasa, gerai itu menjadi tumpuan kaki ponteng puasa dan keadaan itu benar-benar memalukan.

Sehubungan itu, dia meminta supaya tindakan bukan sahaja diambil kepada kaki ponteng puasa tetapi juga kepada peniaga yang membuka perniagaan dan menjual makanan sebelum waktu yang dibenarkan.

Oleh ROSLAH OTHMAN

Ada yang sengaja main isu gereja

Posted: 10 Aug 2011 04:09 AM PDT

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyuarakan kebimbangannya terhadap perkembangan isu serbuan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama yang didakwa "diadun" dengan isu politik.

Katanya, perkara itu boleh dilihat pada pendirian "pihak berkuasa agama" yang bimbang orang Islam memasuki gereja dan melarang bukan Islam memasuki masjid.

"Pihak berkuasa agama bimbang apabila ada orang Islam pergi ke gereja. Risau nanti mereka terpengaruh dengan Kristian.


"Peliknya kenapa dulu mereka menghalang orang bukan Islam masuk ke masjid? Apakah mereka juga bimbang bukan Islam terpengaruh dengan Islam?" soal Dr Asri.

Ogos tahun lalu, isu larangan terhadap bukan Islam memasuki masjid menjadi isu hangat selepas anggota parlimen Serdang Teo Nie Ching memasuki surau di Kajang bagi menyampaikan sumbangan.

JAIS antara pihak pertama dilaporkan mengkritik tindakan itu atas alasan orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

Dalam kenyataannya hari ini, Dr Asri berkata larangan pihak berkuasa agama itu menjadikan orang ramai semakin tidak faham dengan politik negara ini apabila ia "diadun dengan agama".

"Kalaulah masuk ke gereja mempengaruhi seseorang kepada Kristian, patut masuk masjid akan mempengaruhi seseorang kepada Islam.

"Mengapa kita halang? Apakah kita tidak suka mereka terpengaruh dengan Islam?

"Akhirnya, kita pening siapa yang jujur, siapa yg sebaliknya. Siapakah yang hendak menegakkan (keadilan) dan siapakah yang hendak bermain dengan isu?" soalnya lagi.

Tiada ulasan: