Rabu, 10 Ogos 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Agenda Utusan Supaya PAS Gugurkan Islam

Posted: 10 Aug 2011 12:04 AM PDT

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikaitkan dengan Umno hari ini seakan merancang dakyah supaya PAS menggugurkan nama Islam dari parti berkenaan menggunakan akhbar Utusan Malaysia.

PAS didesak demikian gara-gara dituduh seolah-olah tidak membela pendirian Exco Agama Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang menyokong langkah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan kontroversi tanpa waran di majlis makan malam dalam perkarangan Gereja Methodist di Damansara Utama, minggu lepas.

Mereka mendakwa PAS kononnya tidak lagi mementingkan aqidah umat Islam sehingga sanggup tunduk pada kemahuan PKR dan DAP; sebagaimana yang diperlihatkan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.


Walhal, pihak yang menyokong Khalid pula berpendapat bahawa tindakan JAIS yang disokong Hassan tersebut jangan sampai mencalar imej Islam, bahkan imej parti sendiri.

Allah pernah berfirman yang bermaksud, "Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, Karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan." (Surah Al-An'am: 108)

"Kalau mencela agama atau penganut agama lain pun dilarang oleh Allah untuk memeliharan imej Islam sebagai agama yang adil, inikan pula masuk rumah ibadat orang lain tanpa waran serta tuduh penganut agama lain tanpa asas," ujar pihak berkenaan.

Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, perjuangan Pas sekarang hanya semata-mata politik dan bukannya berusaha menegakkan Islam seperti mana matlamat pada awal penubuhannya.

''Disebabkan politik mereka terpaksa akur dengan desakan dan tekanan daripada rakan-rakan partinya yang lain sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahupun DAP. Ini yang berlaku sekarang,'' katanya di sini, hari ini.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin juga mahu Pas menggugurkan perkataan Islam kerana parti berkenaan tidak layak menggunakan perkataan yang amat suci itu.

Beliau berkata, jika Pas sebagai sebuah parti Islam bertanggungjawab sudah tentu parti itu akan segera mempertahankan tindakan JAIS dalam usaha menyelamatkan segelintir akidah umat Islam daripada terpesong.

Dalih beliau lagi, PAS sekarang dituduh tunduk pada kemahuan PKR dan DAP semata-mata.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, sebarang perkara yang melibatkan akidah tidak boleh dikompromi serta bukan perkara dagangan politik. Sepatutnya Pas tegas menyatakan pendirian mereka menegakkan Islam tanpa perlu berdolak dalik.

''Maka wajar perkataan Islam dalam Pas dibuang kerana mereka jelas tunduk kepada tekan pemimpin PKR dan DAP ,'' katanya lagi.

Seorang bekas lagi setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman berkata, apa yang berlaku itu adalah hasil kejayaan Anwar mempengaruhi Pas supaya parti itu lebih terbuka dan liberal.

''Jika dahulu saya sendiri masih ragu-ragu untuk menentang Pas kerana beranggapan Pas sebagai sebuah parti memperjuangkan Islam, kini semuanya sudah jelas.

''Pas tidaklah berbeza dengan PKR dan DAP. Kini kepentingan politik DAP, PKR serta meraih sokongan orang bukan Islam telah menjadi tajuk utama perjuangan Pas,'' katanya lagi sambil berharap Pas sedar dengan kepincangan yang berlaku dan kembali berjuang demi Islam.

Penangdaily

Kerja Jahat SPR Makin Terserlah

Posted: 09 Aug 2011 08:41 PM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan kononnya terdapat tiga 'pengundi hantu' dalam daftar pemilihnya seperti yang didedahkan baru-baru ini.

Sebaliknya, SPR berkata pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) - di mana suruhanjaya itu bergantung ketika mendaftar pengundi, - telah memasukkan butiran ketiga-tiga pengundi berkenaan.

Walau bagaimanapun, suruhanjaya itu gagal menjelaskan mengapa laman web JPN tidak menunjukkan keputusan carian bagi ketiga-tiga mereka apabila semakan dibuat.


"Kami baru semak melalui sistem ALIS (Agency, link-Up System) JPN. Kami mempunyai semua butiran bersama-sama dengan gambar (tiga pengundi)," kata pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof (kiri) dalam satu SMS.

Ditanya mengenai perbezaan maklumat dengan laman web JPN, Abdul Aziz menasihati wartawan Malaysiakini untuk mendapatkan jawapan tersebut daripada JPN.

ALIS adalah pangkalan data yang digunakan oleh SPR bagi mendaftarkan pengundi dan mengesahkan identiti mereka yang berpotensi menjadi pengundi.

JPN juga mengendalikan sebuah laman web yang membolehkan orang ramai menyemak status dokumen pengenalan dengan memasukkan nombor pengenalan mereka.

Sebelum ini, berdasarkan maklumat pembaca, Malaysiakini membuat semakan ke atas tiga nama yang dikatakan sebagai pengundi yang layak dalam daftar pemilih di sistem pengesahan di laman SPR, tetapi tidak dapat mengesan butiran mereka di laman web JPN.

Mereka adalah Farhana binti Abdul Rashid (MyKad: 840505715012), Basri Buru bin Alimin (Mykad: 250622715425) and Soessje Scwanne Jetty Silvana Groeneveld (Mykad: 380424715016).

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Aziz mengakui bahawa pendaftaran pengundi yang bernama 'Kg Baru' adalah satu kesilapan, dan bahawa SPR telah memperbetulkan kesilapan itu berikutan laporan Malaysiakini semalam.

"Rekod itu telah dipinda - nama (individu) berkenaan ialah Noraini binti Abdullah," katanya.

Semakan melalui sistem pengesahan dalam talian SPR juga mengesahkan perkara itu.

Malaysiakini

PRU tidak wajar tanpa penuhi 8 tuntutan Bersih

Posted: 09 Aug 2011 08:21 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum ke 13 tidak wajar diadakan sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan melaksanakan lapan tuntutan Bersih 2.0, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

"Memang kita rasa tak munasabah jika SPR terus mengadakan pilihan raya tanpa betulkan apa yang dituntut oleh Bersih.

"Ini kerana terdapat pelbagai perkara yang serius seperti kewujudan warga asing dalam daftar pemilih, pengundi yang tidak wujud dalam data JPN dan data pengundi yang berumur lebih 100 tahun.

"Kalau BN tak selesai, pilihan raya umum tidak akan bermakna. Kalau BN menang, besar kemungkinan berlaku unsur-unsur penipuan," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga yang berkata gabungan NGO itu tetap dengan pendirian mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menubuhkan jawatankuasa khas bagi membincangkan isu berkaitan pengurusan pilihan raya terutamanya daftar pemilih.


Selain itu, Ambiga juga memberi tempoh tiga bulan kepada SPR untuk melaksanakan lapan tuntutan yang dikemukakan gabungan 62 badan bukan kerajaan (NGO) itu.

Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Beliau juga tidak menolak penipuan yang dilakukan membabitkan agensi seperti SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu direstui pimpinan atasan.

"Ini adalah jaringan yang terancang, kita dapati agensi mendaftarkan warga asing dengan mendaftar kan mereka undi dan memberi mereka IC. Sudah tentu pemimpin atasan kerajaan tahu tentang perkara ini," katanya.

Menurut Tian Chua, dalam masa tiga bulan ini, KEADILAN akan mempergiat usaha untuk mengumpul bukti dan menyediakan data terhadap penipuan dan penyelewengan pilihan raya.

Katanya, penerangan dan kempen akan dipergiatkan untuk memberi maklumat kepada orang ramai mengenai penipuan pilihan raya, terutama pengundi di luar bandar.

"Supaya orang sedar BN tidak berminat untuk membuat pembaharuan dan meneruskan penipuan pilihan raya dengan cara tidak berwibawa untuk mengekalkan kuasa mereka," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=18541

Malaysia Ada 30 Syarikat Penerbangan.. Mana Ada Monopoli.. Hahaha

Posted: 09 Aug 2011 06:57 PM PDT

Dakwaan monopoli AirAsia- MAS adalah 'gila'

Fernandes berkata isu monopoli tidak timbul kerana perjanjian itu hanya melibatkan pertukaran saham antara syarikat penerbangannya AirAsia dengan MAS.

Ketua dua syarikat penerbangan terbesar di Malaysia hari ini menolak kebimbangan bahawa rangka kerja kerjasama komprehensif (CCF) yang baru dimeterai mereka akan mewujudkan monopoli.

Mereka sebaliknya mendakwa tindakan itu akan menjurus ke arah pertumbuhan dan meningkatkan daya saing dalam segmen pasaran masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata isu monopoli tidak timbul kerana perjanjian itu hanya melibatkan pertukaran saham antara syarikat penerbangannya dengan Penerbangan Malaysia (MAS).


"Ini bukan penggabungan ... dakwaan monopoli itu gila," katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani CCF di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Katanya, rangka kerja kerjasama itu akan menguntungkan bukan sahaja kedua-dua syarikat penerbangan berkenaan tetapi juga memberi manfaat kepada pengguna. Ini kerana ia meletakkan pemain industri negara demi kepentingan perniagaan mereka dan ekonomi dan pada masa yang sama menyediakan perkhidmatan yang lebih baik serta menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Pengarah Urusan Khazanah Datuk Azman Mokhtar berkata rangka kerja baru ini akan memberi penekanan kepada kekuatan utama kedua-dua syarikat penerbangan. Katanya, ia adalah "dua syarikat yang berbeza dan berasingan dengan dua model perniagaan yang berlainan.

Menurut beliau, fokus atau tumpuan adalah kecekapan teras kedua-dua syarikat itu, dengan MAS mengendalikan penerbangan perkhidmatan penuh jarak jauh manakala AirAsia pula mengekalkan operasi tambang murah yang berjaya.

Azman turut menafikan bahawa pertukaran saham itu satu bentuk menyelamatkan syarikat penerbangan negara yang didakwa bermasalah itu.

Tegasnya, "tidak ada wang tambahan" yang dikeluarkan sama ada dari pihak kerajaan mahupun AirAsia dalam urusniaga itu.

Menurut Fernandes CCF itu bukan hanya akan meningkatkan daya saing mereka tetapi "menjadikan hub kami lebih kuat" dalam menarik lebih ramai ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Langit had," katanya.

Polis Britain Perlu Belajar Dari Polis Malaysia

Posted: 09 Aug 2011 06:07 PM PDT

Britain Huru Hara Akibat Tindakan Polis, Ekonomi Terjejas Teruk

Dipetik dari Jalan Pulang

Rusuhan yang bermula di London yang kini sudah merebak ke hampir separuh Britain sebenarnya bermula dari perasaan tidak puas hati masyarakat kulit hitam terhadap tindakan polis menembak mati kaum tersebut.

Akibatnya dengan bantuan laman sosial seperti BlackBerry Messanger (BBM), Facebook dan Twitter, berita mengenainya tersebar meluas hinggakan samapi satu tahap pentadbiran David Cameron mahu mengisytiharkan kawasan terbabit sebagai kawasan hitam, yang mana pasukan tentera diberi kuasa penuh untuk melaksanakan undang-undang darurat.

Kesannya, ekonomi negara itu turut berdepan dengan krisis paling buruk kerana pelancong asing makin menjauhi negara itu atau membatalkan tempahan yang telah dibuat lebih enam bulan lalu.


Pengajaran yang dapat kita perolehi adalah, jangan sesekali pihak berkuasa menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan yang mengadakan protes secara aman seperti perhimpunan Bersih di Malaysia sebulan lalu.

Nampaknya polis Britain kena belajar dengan Polis "Raja" Di Malaysia bagaimana mahu mengelakkan pertumpahan darah tapi dalam masa sama lebih 1600 orang ditangkap hanya kerana mahu menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

JALAN PULANG


Bermula dengan satu protes kecil secara aman di pinggir kota London di Tottenham, Sabtu lalu, berpunca seorang remaja kulit hitam ditembak mati oleh polis.

*Ekoran itu, protes bertukar menjadi rusuhan dan merebak ke seluruh kota itu sebelum ke tiga bandar raya utama iaitu Birmingham, Bristol dan Liverpool, semalam.

*Perkhidmatan Ambulans London merawat 16 mangsa rusuhan, 15 daripadanya dimasukkan ke hospital, manakala polis menangkap 334 orang dan mendakwa 69 lagi atas pelbagai kesalahan.

*Seorang pelajar Malaysia mengalami patah tulang rahang dan gigi selepas dibelasah sekumpulan perusuh ketika keluar membeli juadah berbuka puasa.

SEMENTARA ITU

Seorang pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) jurusan Perakaunan sebuah kolej di London tercedera ringan dalam rusuhan di kota itu semalam.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bagaimanapun, pelajar itu, Asyraf Hazlan, 20-an, tidak kritikal dan hanya cedera di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital.

"Pelajar ini tidak terlibat dalam rusuhan, tetapi beliau diserang oleh sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarah rakannya untuk berbuka puasa di utara London.

"Beliau kemudian dipukul dan dirompak, tetapi telahpun dibawa ke hospital untuk rawatan, di mana beliau perlu menjalani pembedahan untuk merawat kecederaan itu," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama warga kementerian berkenaan dan agensi di bawahnya, di Institut Kemajuan Desa (Infra).

Dipetik Bernama Online, Mohd Shafie berkata keluarga mangsa, yang berasal dari Selangor, telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Beliau berkata Mara turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan pelajar di kawasan berisiko tinggi di kota itu ke sebuah penempatan di Leicester Square bagi menjamin keselamatan mereka.





Remaja Koma Gara-Gara Tindakan Polis

Posted: 09 Aug 2011 05:52 PM PDT

ALOR SETAR: "Saya memang tak puas hati. Jika dia terbabas, pasti tubuhnya ada kesan calar dan luka, tetapi apa yang berlaku terdapat benjol besar di belakang kepala dan amat ketara dia dibaling sesuatu," kata Che Kassim Darus, 47, bapa kepada Mohd Solihin, 14, yang koma selepas didakwa terkena topi keledar dibaling dua anggota polis peronda di Jalan Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, dekat Perlis, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 9.40 malam itu, mangsa yang menunggang motosikal bersendirian dikatakan keluar bersama dua rakannya yang menunggang berasingan dan melalui jalan kampung itu untuk ke kedai berhampiran.

Bagaimanapun, mangsa tidak bernasib baik apabila tiba-tiba motosikal ditungganginya terbabas dan dua rakannya mendakwa ternampak seorang anggota polis membaling objek dipercayai topi keledar dan terkena mangsa.


Akibat kejadian itu, Mohd Solihin mengalami kecederaan serius di bahagian belakang kepala apabila ia membengkak serta berlumuran darah dan mangsa berada dalam keadaan separuh sedar.

Mohd Solihin kemudian dibawa ke Hospital Tunku Fauziah, Kangar untuk mendapatkan rawatan tetapi dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, tidak lama kemudian selepas doktor mendapati keadaan mangsa parah dan masih tidak sedarkan diri.

Che Kassim berkata, ketika kejadian dia sedang menunaikan solat Tarawih di surau berhampiran rumahnya di Felcra Lubuk Sireh sebelum didatangi dua rakan anaknya memberitahu Mohd Solihin terjatuh dari motosikal selepas dibaling objek oleh dua anggota polis yang bertugas di kawasan itu.

Beliau berkata, dia kemudian bergegas ke tempat kejadian tidak jauh dari rumahnya dan mendapati anaknya dalam keadaan separuh sedar manakala kepalanya mengalami bengkak sebesar piring dan berlumuran darah.

"Rakan anak saya memberitahu mereka menunggang dua motosikal dalam perjalanan ke kedai berhampiran dengan anak saya menunggang seorang diri. Sebaik tiba di lokasi, secara tiba-tiba Mohd Solihin yang ketika itu menunggang di hadapan terjatuh dan rakannya ternampak seorang daripada anggota polis yang ada di situ membaling sesuatu dipercayai topi keledar.

"Saya difahamkan, anggota polis terbabit tersilap sasaran dan mereka dipercayai cuba membaling ke arah remaja lain tetapi anak saya yang terkena sasarannya, malah ada beberapa saksi yang berada di tempat kejadian turut memberitahu mereka nampak apa yang berlaku.

"Jalan kampung biasanya kurang kenderaan dan saya pelik apabila polis memberitahu anak saya terbabas menyebabkan kemalangan dan bukannya dibaling objek seperti dimaklumkan rakannya," katanya ketika ditemui di perkarangan HSB, di sini, semalam.

Mohd Solihin yang juga anak kedua daripada sembilan beradik itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB dan masih dalam keadaan koma. Che Kassim berkata, berikutan kejadian itu dia membuat dua laporan di Balai Polis Kaki Bukit dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar. Dalam pada itu, dia menafikan anaknya terbabit dalam lumba haram atau lari dari sekatan polis berikutan lokasi kejadian adalah jalan kampung, tetapi mengakui anaknya memang tidak memakai topi keledar.

"Kalau anak saya salah, tahan dia atau saman, saya boleh bayar saman itu tapi jangan membabitkan sebarang insiden yang boleh mengancam nyawanya hinggakan sampai sekarang dia masih tidak sedarkan diri.

"Doktor memaklumkan yang anak saya akan menjalani pembedahan membuang air dalam kepalanya disebabkan kecederaan yang dialami selain bahagian otaknya turut mengalami kecederaan," katanya.

Mangsa dikatakan sudah berhenti sekolah sejak tahun enam disebabkan kemiskinan menyebabkan dia banyak menghabiskan masa membantu bapanya mengambil upah melakukan kerja di sawah serta menghantar dan mengambil adik-adiknya dari sekolah setiap hari.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Deros, ketika dihubungi, berkata mangsa dipercayai menunggang dengan laju sebelum terbabas dan terjatuh.

Menurutnya, ketika kejadian dua anggotanya dari Balai Polis Kaki Bukit sedang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan Felcra Lubuk Sireh selepas mendapat aduan mengenai aktiviti bermain mercun di situ.

Che Man berkata, dua anggota berkenaan sedang memeriksa seorang remaja di dalam kawasan masjid di situ sebelum melihat dua motosikal ditunggang dengan laju.

"Salah seorang anggota berkenaan memberi isyarat menyuruh mereka menghentikan motosikal masing-masing, namun mereka menunggang dengan laju bagi melepasi anggota polis tadi," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurut Che Man, rakan mangsa yang menaiki sebuah lagi motosikal di belakang mangsa tidak memberhentikan motosikalnya dan melarikan diri.

"Polis membantu mengangkat mangsa sambil dibantu orang ramai yang berada di dalam masjid yang tidak jauh daripada tempat kemalangan," katanya.

Che Man juga mengesahkan laporan yang dibuat bapa mangsa dan akan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -hmetro

Lebih Setengah Juta PATI Didaftar Dalam Masa Sembilan Hari

Posted: 09 Aug 2011 08:06 AM PDT

Sungguh mengejutkan apabila kerajaan hari ini mengumumkan bahawa sejumlah 530,625 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) didaftarkan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah, bermula pada 1 Ogos sehingga semalam. Kenyataan tersebut telah dibuat oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Alwi Ibrahim. Beliau berkata pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) telah dilaksanakan di 206 pejabat Imigresen di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah serta 1,934 kaunter pendaftaran yang dikendalikan 336 syarikat pengurus.

Persoalannya sekarang, kenapa begitu ramai PATI boleh masuk ke Malaysia semudah itu?. Maka perginya pasukan imigeresen, polis marin serta lain-lain pihak berwajib yang sepatutnya mengawal keadaan ini?. Difahamkan ramai lagi akan berbuat demikian dalam masa terdekat. Jika ini berlaku mungkin PATI yang ada di Malaysia sekarang ini boleh mencecah satu juta orang. Itu belum termasuk mereka yang masuk dan bekerja di negara ini secara sah. Dari satu segi, memang kita melihat program 6P itu seolah-olah berjaya dilaksanakan.


Namun, dari segi yang lain ia membuktikan tahap keselamatan dan kepercayaan rakyat terhadap pihak yang berkenaan semakin membimbangkan sebenarnya. Nampak sangat kawalan keselamatan negara begitu rapuh dan mudah untuk dibolosi. Jika ini keadaannya, apa akan terjadi jika kumpulan subversif atau penjenayah antarabangsa masuk ke negara ini?. Bukankah ia akan memudaratkan rakyat akhirnya.

Baca seterusnya disini

PAS kunjung Jais, gereja awal minggu depan

Posted: 09 Aug 2011 07:07 AM PDT

PAS telah menghantar surat rasmi kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Gereja Methodist Damansara Utama bagi menetapkan tarikh pertemuan antara mereka — dijangka awal minggu depan.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, kedua-dua surat itu telah dihantar melalui faks ke pejabat kedua-dua badan itu pagi ini.

"Kami cadangkan kunjungan kepada Jais dibuat pada 15 Ogos ini manakala kunjungan ke Gereja Methodist pula akan dibuat 16 Ogos ini. Jika kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh itu, kami akan ke sanalah," kata Mustafa dipetik Harakahdaily hari ini.


Sehingga kini, PAS belum menetapkan siapa wakil mereka ke pertemuan itu namun Mustafa berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan dapat bersama kerana sudah ke luar negara.

"Besar kemungkinan ia akan diketuai oleh Timbalan Presiden Mohamad Sabu di samping saya dan beberapa yang lain," kata Mustafa.

Pertemuan dengan Jais dan gereja diputuskan oleh mesyuarat jawatankuasa PAS pusat, Ahad lalu.

Ia bertujuan untuk mendapat gambaran dari mereka sendiri sebelum membuat apa-apa pendirian ekoran tindakan Jais memeriksa gereja berkenaan baru-baru ini.

Tindakan Jais memeriksa gereja itu telah mendapat reaksi yang panas dari pelbagai pihak di negara ini.

Ada yang menyokong di samping ada yang membantahnya secara keras.

Ekoran itu, PAS memutuskan untuk mendapatkan bukti dan gambaran yang jelas sebelum mengambil apa-apa sikap. - TMI

Lakonan Terbaru Dari Ibrahim Ali

Posted: 09 Aug 2011 06:13 AM PDT

Perkasa 'Berlakon' Dedahkan Peranan Israel Dalam PDRM

Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) dianggap berpura-pura mendedahkan peranan Israel dalam pasukan Polis di Raja Malaysia, kata Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Azmizam Zamanhuri. Beliau mengulas tindakan NGO itu membuat laporan polis pada 4 Ogos lalu, mendakwa penyelewengan dan penglibatan pihak Israel dalam kontrak PDRM. "Saya percaya mereka cuba untuk menonjolkan Perkasa sebagai sebuah pertubuhan yang neutral dan kononnya tidak berpihak kepada mana-mana pihak. "Namun, kita percaya orang ramai tetap tahu Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang amat intim dengan Umno kerana Presidennya sendiri, Ibrahim Ali adalah bekas ahli Umno," katanya.

Menurut Azmizam, isu mengenai hubungan Israel dan polis telah dibongkar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat sejak lebih setahun lalu sehingga menyaksikan Anwar digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat.

"Kalau Perkasa hendak buat laporan tentang elemen Israel dalam PDRM, Pakatan Rakyat dah lama dedahkan," katanya ketika dihubungi. Perkasa minggu lalu mendesak siasatan dijalankan ke atas dakwaan berhubung penyelewengan dan penglibatan pihak Israel dalam kontrak PDRM.


Dalam laporan polisnya, ketua pemuda pertubuhan itu, Irwan Fahmi Ideris berkata siasatan itu perlu dijalankan ke atas dakwaan pengagihan dan pemberian projek melibatkan polis Bukit Aman.

Laporan polis itu dibuat selepas lebih setahun Datuk Seri Anwar mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan polis yang telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman.

Anwar pada April tahun lalu membongkar penglibatan syarikat berkenaan melalui subkontrak daripada sebuah syarikat tempatan untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital.

Kontrak yang dikenali dengan nama APCO 425 itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia pada tahun 2008. Dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC. Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC dan berpengkalan di Israel./kd

Addin

Dia datang peluk dan cium saya..

Posted: 09 Aug 2011 04:28 AM PDT

"Suami saya tanya, 'bila', saya kata 'pagi tadi'...dia tidak kata apa-apa hanya datang peluk dan cium saya," cerita pelakon Catriona Ros dalam rancangan Selami Jiwa yang dihoskan oleh Datuk Fadhilah Kamsah di Astro Oasis.

(Catriona dalam rancangan Selami Jiwa yang dihoskan oleh Datuk Dr Fadhilah Kamsah)

Catriona menceritakan pengalaman beliau yang mula bertudung 16 Julai tahun lepas dalam keadaan beliau adalah seorang pelakon di negara ini.

Catriona mula berhijrah memakai tudung 16 Julai tahun lepas ketika beliau menemani rakan-rakannya untuk membeli tudung di sebuah kedai.


"Oleh kerana lama sangat mereka pilih, saya rasa boring sangat, lalu saya ambil satu tudung dan cuba pakai. Ada satu macam perasaan dalam saya bila saya pakai, rasa berdebar-debar.

"Bila rakan-rakan saya tengok kenapa saya nampak pucat, saya kata saya nak pakai tudung...mereka gelakkan saya..mereka kata kepada saya jadikan ia azam tahun baru ke, puasa tahun depan ke dan sebagai.

"Tetapi bagi saya ketika itu, ia tidak akan lama...saya akan memakainya" cerita Catriona dalam rancangan yang disiarkan jam 1.45 petang tadi.

Catriona berasal dari Kelantan tetapi menetap di Kuala Lumpur.

Beliau bersekolah di sekolah agama Naim Lilbanat di Kota Bharu namun tidak pernah memakai tudung selepas keluar dari sekolah apatah lagi selepas bergelar artis.

"Keluarga saya tidak paksa saya bertudung namun kebanyakan mereka bertudung," cerita Catriona.

Menurut Catriona, ujian terbesar yang beliau hadapi dalam mengekalkan tudungnya adalah ketika suami beliau mengajaknya bercuti selama tujuh hari ke Australia.

"Di sana, tidak ada yang bertudung, ramai yang bermini skirt dan singlet sahaja...namun alhamdulillah saya berjaya untuk mengekalkan tudung saya sepanjang tujuh hari saya di sana," kata Catriona.

Turut menjadi tetamu Dr Fadhilah di rancangan bertajuk "bertudung, fesyen atau tuntutan agama itu adalah seorang remaja Nurul Atikah yang memakai tudung sejak berumur 13 tahun lagi atas didikan keluarga walaupun tidak ada paksaan.

Catriona berkata, respon yang paling beliau tunggu selepas memakai tudung adalah dari suaminya sendiri yang ketika itu berada di luar.

"Apabila dia pulang ke rumah dan membuka pintu, saya sudah memakai tudung...dia nampak sangat terkejut dan bertanya, 'bila', saya kata 'pagi tadi'...dia tidak kata apa-apa hanya datang memeluk dan mencium saya," cerita Catriona.

Suami beliau yang turut hadir ke rancangan Astro Oasis itu berkata, perkara pertama yang terlintas di kepala beliau ketika melihat isterinya bertudung adalah, 'bagaimana dia hendak bekerja' sebagai seorang artis.

"Namun selepas itu saya tahu, bertudung tidak semestinya tidak boleh berlakon," katanya gembira dengan perubahan isterinya.

Menurut Catriona, sambutan dari keluarga beliau juga sangat hebat.

"Selepas mereka tahu saya memakai tudung, mereka terus datang dari Kelantan ke Kuala Lumpur dan membawa tudung yang banyak untuk saya," katanya.

Musa Hassan dan Rodhwan Enggan Ditemuramah Jika Anwar Ada

Posted: 09 Aug 2011 02:46 AM PDT

SHAH ALAM 9 OGOS : Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof enggan ditemuramah peguambela, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir sama pada sesi temubual kes fitnah liwat II.

Anwar melalui laman Twitternya sebentar tadi memetik peguam Karpal Singh bahawa "tertuduh boleh hadir semasa sesi temuramah dengan saksi- saksi pembelaan".

Walau bagaimanapun menurut Anwar, Timbalan Pendakwaraya yang diketuai oleh Datuk Yusof Zainal Abidin akan merujuk kepada hakim mengenai perkara tersebut.

Bercakap kepada media di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, Karpal menegaskan bahawa tertuduh berhak dan akan hadir ketika pasukan peguambela menemuramah saksi- saksi.


Perkara tersebut turut disahkan Anwar yang menyatakan bahawa beliau akan menghadirkan diri pada sesi temuramah itu.

Hakim Zabidin Mohd Diah pada sebelah pagi mengumumkan bahawa pendakwaraya perlu menyediakan saksi-saksi yang telah ditawarkan kepada pasukan peguambela untuk ditemuramah.

Namun perkara yang mengelirukan apabila arahan tersebut turut menyatakan bahawa tindakan menemuramah saksi-saksi itu bergantung kepada kerelaan individu.

Tv Selangor kini masih cuba menghubungi peguam Sankara Nair untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

tv news/-

Azmil keluar MAS, pertukaran saham dengan AirAsia selesai

Posted: 09 Aug 2011 02:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Pengarah Urusan MAS Tengku Datuk Azmil Zaharudin digugurkan daripada jawatan itu selepas pemegang-pemegang saham syarikat penerbangan nasional itu memuktamadkan urusan pertukaran saham dengan AirAsia Berhad hari ini.

The Malaysian Insider difahamkan satu jawatankuasa eksekutif diketuai Tan Sri Azman Yahya akan mengendalikan hal ehwal MAS manakala operasi harian pula akan diuruskan oleh oleh Pengarah Eksekutif Khazanah Nasional Bhd Mohd Rashdan Mohd Yusof, yang juga ahli lembaga syarikat itu.

Azmil akan menyertai Khazanah sebagai pengarah eksekutif berkuat kuasa 12 September 2011.


Di bawah proses pertukaran saham ini, pemegang saham utama AirAsia, Tune Air Sdn Bhd akan menukar 10 peratus pegangannya dalam syarikat penerbangan tambang murah itu untuk mendapatkan 20.25 peratus dalam MAS, yang dihimpit tekanan kewangan, di bawah perjanjian yang dinamakan Rangka Kerja Kerjasama Komprehensif.

Sebelum urusan pertukaran saham, Tune Air merupakan pemegang saham terbesar dalam AirAsia dengan 26.28 peratus pegangan manakala Khazanah memiliki 69.33 peratus saham dalam MAS.

Lembaga MAS juga akan menyaksikan beberapa wajah baru antaranya bekas ketua eksekutif IJM Datuk Krishnan Tan dan ketua eksekutif Astro Datuk Rohana Rozhan dan David Lau dari Shell Malaysia.
Dalam kenyataan dikeluarkan petang ini, MAS secara rasmi mengumumkan pelantikan Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah, Tan, Rohana dan David sebagai pengarah bukan eksekutif.

Rashdan juga dilantik sebagai pengarah eksekutif dan kesemua pelantikan itu berkuat kuasa hari ini, kata kenyataan itu lagi.

Lembaga MAS juga mengumumkan pelantikan Tan Sri Anthony Francis Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun sebagai pengarah bukan eksekutif bukan bebas berkuat kuasa 11 Ogos ini.

Dalam pada itu lembaga juga mengumumkan peletakan jawatan Datuk N. Sadasivan, Keong Choon Keat, Datuk Seri Panglima Mohd Annuar Zaini, Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Datuk Sukarti Wakiman dan Martin Gilbert Barrow sebagai pengarah bukan eksekutif bebas berkuat kuasa 7 dan 8 Ogos.

"Lembaga juga mengumumkan peletakan jawatan Azmil sebagai pengarah urusan, berkuat kuasa hari ini," kata kenyataan itu.

Sebelum dilantik sebagai pengarah urusan Azmil merupakan ketua pegawai kewangan MAS.

Selain itu, menurut lembaga, jawatankuasa eksekutif akan dipengerusikan oleh Tan Sri Md Nor Yusof dan anggotanya terdiri daripada Azman, Rashdan, Fernandes dan Kamarudin.


Tiada ulasan: