Khamis, 25 Ogos 2011

Biaqpila

Biaqpila


Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor peluk Islam

Posted: 25 Aug 2011 03:00 PM PDT


(Oleh: Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR: Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor, Cheryl Chew sah sebagai seorang muslim kira-kira pukul 3.00 petang semalam, apabila beliau memutuskan untuk memeluk agama Islam.
Beliau melafazkan dua kalimah Syahadah itu di pejabat Jemaah Islam Malaysia (JIM) Bukit Malawati dan disaksikan rakan-rakan terdekatnya.
Huda Chew sebelum ini dikatakan sudah mendekati Islam dan menerima banyak hadiah berupa tafsir Al-Quran dan buku-buku agama dari rakan-rakan beliau, lapor sebuah blog.
Kini muslimah itu menggunakan nama baru, dikenali Huda Chew yang bermaksud petunjuk dalam bahasa Arab.
Difahamkan, sebelum ini Huda Chew sudah mula berpuasa dan mendalami Islam secara berperingkat sebelum mengambil keputusan untuk memeluk agama suci itu pada 24 Ramadhan.
Sementara itu, di Facebook, beliau kini menggunakan nama Huda Chew Hong Wah (Cheryl).
Keadilandaily kini sedang cuba menghubungi Huda bagi mendapatkan respon beliau.

KD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Garuda Periksa Payudara Calon Pramugari

Posted: 25 Aug 2011 10:23 AM PDT


JAKARTA 25 OGOS : Garuda Indonesia menafikan dakwaan seorang wanita Korea Selatan yang memohon jawatan pramugari kononnya doktor lelaki memeriksa payu dara semua calon bagi mengesan jika terdapat sebarang implan.

Setiausaha korporat syarikat penerbangan itu, Pujobroto, berkata pemeriksaan kesihatan rutin yang merupakan sebahagian daripada proses pengambilan petugas baru tidak melibatkan pemeriksaan payu dara, lapor Bernama.

Wanita Korea Selatan itu dilaporkan berkata ramai calon yang memohon 18 jawatan pramugari Garuda Indonesia, dikehendaki menanggalkan pakaian kecuali seluar dalam, bagi membolehkan doktor, yang merupakan seorang lelaki, mengesan sama ada terdapat sebarang implan ataupun tatu.

Seorang pegawai Garuda dipetik oleh agensi berita Korea, Yonhap, sebagai berkata bahawa pemeriksaan menggunakan tangan dilakukan kerana implan boleh menimbulkan masalah kepada kesihatan jika tekanan udara rendah semasa penerbangan.

Pegawai itu juga dilaporkan berkata bahawa anak kapal dilarang mempunyai tatu, dan larangan ini juga terpakai kepada rakyat asing yang berkhidmat dengan Garuda.

Pujobroto berkata pemeriksaan fizikal dilakukan oleh satu pasukan perubatan Garuda dari Indonesia yang dibantu oleh petugas wanita dari Korea.

Lima daripada 27 pemohon warga Korea gagal dalam ujian itu, katanya tanpa menyatakan sebabnya.

Laporan mengenai pemeriksaan payu dara itu menimbulkan kemarahan kumpulan hak asasi wanita yang menyifatkannya sebagai melanggar hak peribadi.

Seorang jurucakap Korean Air pula dilaporkan berkata beliau belum pernah mendengar mengenai pemeriksaan mengesan implan pada payu dara calon pramugari.

"Adakah ini bermakna penumpang wanita yang mempunyai implan payu dara juga tidak boleh terbang?" katanya.

tvs


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Bukan anak kite je mati andeh!

Posted: 25 Aug 2011 01:00 AM PDT


Abdul Aziz Mustapha



KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan Pak Pandir yang berkeriau "bukan anak kita saja yang mati, anak orang pun mati".

Beliau juga mengulangi penegasan bahawa kenaikan harga barang lebih diakibatkan oleh kegagalan kerajaan BN menguruskan ekonomi negara dan bukannya semata-mata berpunca dari kenaikan harga barang di peringkat global.

"Reaksi (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri) Ismail Sabri (Yaakob) mencerminkan sikap Pak Pandir kerajaan BN yang tak habis-habis menjerit 'bukan anak kita sahaja yang mati, anak orang pun mati'.

"Bila berlaku kenaikan harga, tak habis-habis menyalahkan faktor luar seperti kenaikan harga di peringkat global, 'imported inflation' dan sebagainya.

"Kalau semata-mata disebabkan tempias kenaikan harga barang diperingkat global seperti yang cuba didakwa olehnya, mengapa harga barang di negara ini naik berkali ganda berbanding kenaikan peringkat global?

"Persoalannya, adakah beliau tahu realiti sebenarnya tentang kenaikan harga barang di negara ini?," kata Mahfuz.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, sebelum ini telah beberapa kali dibangkitkan bahawa kenaikan harga makanan di negara ini berkali ganda lebih tinggi dari kenaikan harga di peringkat global seperti yang dibuktikan oleh angka-angka Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Bangsa-bangsa Bersatu (FAO).

Beliau juga menyelar Ismail Sabri yang membangkitkan soal harga nasi kerabu dan nasi dagang sedangkan kenaikan harga pelbagai barang berpunca dari kenaikan harga barangan asas seperti minyak yang gagal dikawal oleh kerajaan.

"Inilah mentaliti kerajaan BN. Bila harga tepung naik misalnya, yang diburu ialah Mamak jual roti canai dan pekedai runcit sedangkan mereka yang memonopoli perniagaan barangan berkenaan tidak pernah diusik.

"Samalah juga sekarang, kita bincang tentang kenaikan barang yang berpunca dari kegagalan kerajaan mengawal harga barangan asas seperti minyak, dia suruh kita bagi duit kepada penjual nasi kerabu dan nasi dagang supaya mereka dapat turunkan harga.

"Tak pernah berubah perangai BN yang berak di sana-sini dan lepas itu suruh orang cuci," katanya.

Mahfuz sependapat dengan Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat (PR) tentang pasaran negara ini yang dicengkam monopoli, oligopoli dan kartel.

"Masalahnya, kerajaan BN bersungguh-sungguh menyembunyikan punca-punca utama kenaikan harga barang itu dari rakyat demi kepentingan yang semakin disedari rakyat," katanya.

Beliau berkata, Kelab Protes Barang Naik atau ringkasnya Protes BN yang digerakkan oleh Lajnah Pengguna PAS yang diterajuinya akan melipatgandakan penerangan kepada rakyat.

"Kita mahu rakyat sedar punca berlakunya kenaikan harga barangan ini disebabkan kelemahan pengurusan ekonomi oleh kerajaan BN.

"Perkara ini boleh dielak jika tiada keborosan, tiada ketirisan, tiada salah keutamaan dan tiada amalan rasuah dalam pentadbiran negara," kata Mahfuz.


HD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Wartawan TV3 dakwa kena gangguan seksual

Posted: 24 Aug 2011 09:00 PM PDT


Empat wartawan termasuk seorang pembaca berita TV3 mendakwa menjadi 'mangsa' gangguan seksual seorang editor kanan setesen televisyen swasta itu.
Memetik sumber yang rapat dengan kes itu, TV Selangor melaporkan editor berkenaan bagaimanapun dikatakan dibenarkan terus bertugas seperti biasa.

Namun, seorang kakitangan yang enggan lagi bertugas di bawah editor itu meminta dipindahkan ke NTV7 bulan lalu.

Media Prima adalah syarikat yang memiliki TV3, NTV7, TV9 dan TV8 selain memegang kepentingan dalam stesen radio serta Kumpulan New Straits Times.

Menurut TV Selangor, empat orang yang mendakwa diri mereka mangsa ganggual seksual itu tampil baru- baru ini memberi kenyataan kepada pihak pengurusan.

Antara lain, mereka mengemukakan mesej sistem pesanan ringkas (SMS) berunsur lucah yang dihantar oleh editor berkenaan sebagai menyokong dakwaan gangguan seksual yang dialami mereka sejak beberapa bulan itu.

Menurut sumber berkenaan lagi yang dipetik oleh TV Selangor, editor tersebut menggunakan pangkat dan jawatannya untuk "menggoda" mereka secara licik.

Bagaimanapun ketika dihubungi, Pengurus Besar, Pperhubungan Korporat Kumpulan Media Prima, Mastura Adnan menafikan sebarang siasatan berhubung perkara itu.

"Ini kali pertama sata mendengar mengenainya, ini amat melucukan dan langsung tidak berasas," katanya.

Pengerusi Media Prima Datuk Johan Jaffar dan Pengarah Eksekutif, Berita dan Ehwal Semasa Media Prima Datuk Ahmad Talib pula enggan mengulas.

MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: