Biaqpila |
- Kes Qazaf - Anwar di Mahkamah Syariah Tolak wakil Jamil Khir Baharom
- 3 beranak maut nahas selepas beli baju raya
- Dipenjara rakam wanita buang air kecil
- Kes Fitnah Liwat II : Bekas IGP Juga Enggan Jadi Saksi
- PENGAKUAN BBC bakal talkinkan umno apco.. kah kah kah
- Lebih banyak penyelewengan Felcra akan didedah
- Dakwa dibogelkan, ahli PSM serah memo ke Bukit Aman
Kes Qazaf - Anwar di Mahkamah Syariah Tolak wakil Jamil Khir Baharom Posted: 18 Aug 2011 03:00 PM PDT KUALA LUMPUR 18 Ogos - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi menandatangani Afidavit menolak serta merta En. Zainul Rijal. Zainul adalah individu yang mewakili Pendakwa Raya dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagi mengendalikan tuntutan Qazaf yang dikemukakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu. klpos KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
3 beranak maut nahas selepas beli baju raya Posted: 18 Aug 2011 10:39 AM PDT KEMAMANSepasang suami isteri dan anak tunggal mereka terbunuh dalam satu kemalangan malam tadi di km 127 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di persimpangan Resort Awana Kijal di sini selepas membeli baju raya di Kuantan. Mereka yang terbunuh dikenali Nik Herna Mokhtar, 28, suaminya Mohd Aswari Ariffin, 36 dan anak tunggal mereka, Muhammad Airell Zulfairy, 4 tahun. Nik Nor Syafiqah, 10, adik Nik Herna dan pemandu sebuah lagi kereta, Ahmad Tajuddin Mohd Ariffin, 30-an, cedera parah. Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Abdullah Sani Salat berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Viva yang dipandu Mohd Aswari terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta yang dipandu Ahmad Tajuddin. "Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Kuantan ke rumah mereka di Kampung Gong Cengal, Kemasik. Kereta mereka terbabas dan melanggar tiang elektrik sebelum berpusing dan bertembung dengan sebuah kereta lain," katanya. Menurut seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Naim, dia terkejut apabila ternampak sebuah kereta terbalik namun tiada suara meminta tolong didengari. "Selepas diperiksa saya nampak seorang wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak terhimpit di bahagian depan kereta dan sudah meninggal dunia. Seorang lagi kanak-kanak yang duduk di bahagian belakang masih bernyawa tapi lemah. Bapa Nik Herna, Mokhtar Said, 52, berkata bahawa keadaan Nik Nor Syafiqah yang merupakan anak bongsunya adalah kritikal. "Waktu sahur kelmarin Nik Herna dan Nik Nor Syafiqah bawa air sejuk untuk saya sebab saya memang tidak bersahur. Mereka tidak pernah berbuat demikian tetapi ketika itu saya tidak berasa apa-apa yang pelik," katanya ketika ditemui di Hospital Kemaman di sini. - Bernama KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Dipenjara rakam wanita buang air kecil Posted: 18 Aug 2011 03:00 AM PDT Seorang pekerja am dihukum penjara 13 hari dan didenda RM3,800 oleh Mahkamah Majistret di Klang setelah mengaku bersalah merakam video seorang wanita sedang membuang air kecil di tandas sebuah hospital menggunakan telefon bimbit, bulan lalu. Khairulsfairuse Ahmad Madli, 30, didakwa merakamkan video tersebut menggunakan telefon bimbit jenis Sony Ericsson di dalam tandas wanita Unit Forensik, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras di sini pada pukul 10.45 pagi, 7 Julai lalu. Timbalan Pendakwa Raya, Rozana Husin mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya. Majistret Abdullah Siddiq Mohd. Nasir turut mengarahkan rakaman video itu dipadam dan dihapuskan. Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, mangsa ternampak kelibat seorang lelaki sedang merakamnya membuang air kecil dengan menggunakan sebuah telefon bimbit. Mangsa yang terkejut dengan perbuatan itu menjerit dan melarikan diri namun sempat mengunci pintu tandas wanita terbabit. Tertuduh yang tidak dapat melarikan diri kerana terkunci, akhirnya diberkas oleh pihak polis selepas pengadu membuat laporan kepada pihak berkuasa. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Kes Fitnah Liwat II : Bekas IGP Juga Enggan Jadi Saksi Posted: 18 Aug 2011 12:00 AM PDT KUALA LUMPUR 17 OGOS : Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini enggan menjawab soalan yang dikemukakan oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim - apabila mereka mengajukan pertanyaan mengenai merit kes semasa sesi temubual. Menurut peguam Sankara Nair, pada mulanya Musa sedia bekerjasama dengan mereka, termasuk Anwar dengan menjawab beberapa soalan. "Bagaimanapun, apabila kita tanya mengenai merit kes itu, Musa jawab beliau tidak mahu menjadi saksi pembela dan tidak mahu ditemubual," kata Sankara. Anwar mencelah dan berkata, " Ia sudah dalam skrip." Sankara berkata pertemuan dengan Musa hanya berlangsung kira-kira lima minit apabila beliau muncul pada jam 2.30 petang. Bersama Sankara yang mengendalikan temubual itu adalah peguam Ram Karpal dan Param Cumaraswamy. Sankara berkata pihak pembelaan agak kecewa kerana meskipun hakim berkata saksi mempunyai hak untuk tidak menjawap, Musa sepatutnya membantu. "Namanya secara langsung disebut oleh pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Justeru, beliau patut membantu kita," katanya. "Siapa tahu, apa yang diperkatakannya itu mungkin membantu pihak pembelaan. Tetapi Musa memilih untuk tidak berbuat demikian." Mohd Saiful dalam keterangannya sebelum ini berkata dia menelefon telefon bimbit ketua polis negara itu selepas mengadu kepada timbalan perdana menteri ketika itu, datuk Seri Najib Razak berhubung perbualan yang didengarnya. Menurut Sankara, temubual dengan Musa berjalan dengan tenang meskipun beliau pernah disiasat berhubung dakwaan memalsukan bukti pada perbicaran kes liwat pertama yang membabitkan Anwar. Seorang lagi saksi yang ditemubual oleh pihak pembelaan adalah bekas pembantu Anwar, Mohd Khoharullah Abdul Majid.-Malaysiakini tvs KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
PENGAKUAN BBC bakal talkinkan umno apco.. kah kah kah Posted: 17 Aug 2011 09:00 PM PDT ...Bicara Abbs... KAH KAH KAH INGAT ANAK ANAK MUDA SEMUA! PESAN GUA UTK LU ORG! SETIAP UNDIAN LU ORG AKAN MEMBAWA PADAH! KATAKAN AKAN KEBAKULSAMPAH MUZIUM NEGARA PADA UMNO APCO! KAH KAH KAH sebagai tanda akan berakhirnya sebuah pemerintahan yg KORUP dan BASTARD! kah kah kah kah apa lagi yg nak di kata? semuanya adalah hasil lu org jugak yg bagi mandat pada si petualang agama bangsa dan negara ni.. lu org jugak yg takut utk berubah... supaya malaysia lebey BERKEBAJIKAN.. akhir kata.. MENTERI INDON PERTAMA DALAM KABINET MAT MONGOL. kah kah kah kah jika tidak menipu dan pembohong.. bukan umno apco lah namanya beb.. kah kah kah kah |
Lebih banyak penyelewengan Felcra akan didedah Posted: 17 Aug 2011 06:00 PM PDT KUALA LUMPUR, 17 Ogos: Kemenangan waris kepada peserta Felcra di Tapah dalam samannya terhadap Felcra Berhad baru-baru ini membuka jalan untuk lebih banyak penyelewengan didedahkan. Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, penyelewengan yang berlaku di Felcra lebih teruk berbanding Felda. "Ini satu lagi kemenangan manis kepada peneroka di Felcra, satu lagi institusi pembangunan tanah. "Ini membuka jalan kepada pendedahan lebih banyak penyelewengan dan salah guna kuasa yang berlaku di Felcra. Apa yang berlaku di Felcra lebih serius daripada Felda," kata beliau ketika ditemui di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini. Mazlan berkata, Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa) sedang mengumpulkan bukti berkaitan kes-kes penyelewengan Felcra khususnya di Perak untuk didedahkan dan dilaporkan kepada pihak berwajib. "Bapa sudah buat keputusan untuk mendapatkan beberapa sample kes penyelewengan yang berlaku yang sebahagiannya di Perak seperti di Pasir Salak dan baling, Kedah. "Peserta Felcra sudah buat laporan kepada Bapa dan kita akan teliti kes-kes ini untuk dibawa kepada pihak yang bertanggungjawab," katanya. Baru-baru ini, seorang waris kepada peserta Felcra di Tapah, Mohamad Ramly Sanji menang dalam samannya terhadap Felcra Berhad yang didakwa menceroboh tanah milik ibunya. Mahkamah Tinggi Ipoh melalui Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Dr Hassan Abd Rahman yang memutuskan bahawa perjanjian yang dibuat oleh Felcra dengan ibu plaintif sebelum ini tidak sah. Sehubungan itu pihak Felcra diarah membayar ganti rugi kepada plaintif dan kos tindakan itu akan ditaksirkan mahkamah. Selain itu Hakim juga mengeluarkan perintah injuksi yang menetapkan bahawa pihak Felcra perlu mengosongkan tanah tersebut dalam masa 30 hari dan segala kos pengosongan itu perlu ditanggung pihak Felcra. Plaintif menfailkan saman berkenaan pada 2008 selepas mendapati pihak defenden iaitu Felcra Berhad melakukan pencerobohan ke atas tanah seluas dua hektar dijalan Kacu Tapah, yang dibangunkan atas tujuan tanaman kelapa sawit. Kes beliau antara yang mendapat bantuan dan sokongan Bapa, sebuah NGO yang memperjuangkan nasib peserta Felcra. HD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Dakwa dibogelkan, ahli PSM serah memo ke Bukit Aman Posted: 17 Aug 2011 03:30 PM PDT Tiga anggota wanita Parti Sosialis Malaysia (PSM) membuat aduan rasmi kepada lembaga disiplin polis mengenai 'layanan buruk, pencabulan kuasa dan ganguan seksual” ke atas mereka semasa ditahan Jun lalu. G Packialetchumy , P Indra dan P Jody membuat aduan di ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, dengan diiringi beberapa pemimpin PSM hari ini. Mereka menyerahkan memorandum empat halaman bersama tujuh laporan berhubung dakwaan salah laku polis. Wanita berkenaan mendakwa mereka dipaksa berbogel dan menanggalkan pakaian mereka kepada baju lokap di hadapan dua anggota polis lelaki di kawasan terbuka di balai polis Kepala Batas di Pulau Pinang. Ini, kata mereka berlaku pada malam 25 Jun, di mana 31 anggota PSM ditangkap semasa dalam program jelajah parti itu. Tiga belas daripada mereka adalah wanita. “Sebaik saja tiba di lokap, kami bergilir dibawa ke lobi. Saya nampak ada 10 anggota wanita dan dua lelaki,” kata Packialetchumy yang mendakwa beliau kemudiannya diarahkan untuk menanggalkan bajunya. Dakwanya lagi, dua anggota polis lelaki berkenaan yang berdiri kira-kira sejauh dua meter kemudiannya menjerit "Buka, kenapa tak buka?”. "Bila saya enggan buka, seorang anggota wanita mara ke depan dan tarik baju saya,” kata Pakialetchumy (kanan), 40, dengan berang. Beliau kemudiannya berselindung di belakang anggota polis wanita lain dan menukar kepada pakaian lokap itu seperti yang diarahkan. Dalam aduannya juga, Jodie, 51, mendakwa seorang anggota polis lelaki menyepak kakinya apabila pada mulanya dia enggan mematuhi arahan itu. Indra, 53, pula mendakwa seorang anggota polis cuba melondehkan seluarnya. Menurut ketiga-tiga mereka, nasib yang sama juga dialami tahanan wanita lain. MK KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan