Selasa, 9 Ogos 2011

Biaqpila

Biaqpila


Proses Penghapusan Bintang Bintang (Supernova) Di Dalam Al-Quran

Posted: 09 Aug 2011 05:00 AM PDT

Oleh: zharifjenn

"
Lihat gambaran Al Quran mengenai bintang-bintang yang berjatuhan dan penghapusan bintang-bintang tersebut seperti-

Firman Allah SWT:


Dan apabila bintang-bintang berjatuhan 

(Takwir :2)


Dan dalam surah lain Allah berfirman :


Dan apabila bintang-bintang itu dihapuskan 

(Mursalat : 8)


Ilmu metafizik diketahui oleh manusia pada akhir kurun ke 20 untuk menegaskan bahawa fasa perjalanan bintang-bintang melalui fasa di mana bintang tersebut berjatuhan dan juga fasa di mana bintang tersebut mengalami fasa penghapusan.


Bintang merupakan objek angkasa yang berpijar (menyala-nyala), bersinar, dan bercahaya dengan sendirinya dan salah satu penyebab yang membuatkan bintang tersebut bersinar ialah proses pemantikan reaksi penggabungan nuklear hasil dari pemanasan di kerak bintang yang ada di dalamnya.


Apabila kandungan bintang berubah dengan sempurna menjadi besi, bintang melalui dua gumpalan proses awal iaitu ia akan meledakkan haba dan memancarkan cahaya. Bintang seperti yang dinyatakan ini di dalam bahasa astronomi di sebut sebagai Supernova dan ada pula bintang yang berakumulasi dengan dirinya sendiri.


 

Supernova


Apabila bintang tersebut berakumulasi terhadap dirinya, bintang tersebut akan membentuk sebuah gumpalan yang keras dan padat sehingga menyebabkan cahaya yang terpancar tidak dapat lepas dari lingkungannya, akan tetapi sebelum bintang-bintang itu berjatuhan sehingga cahaya-cahaya bintang terpadam dan kemudian bintang itu menghilang dengan sempurna.


Sungguh Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang beredar dan tenggelam 

(Takwir: 15-16)


Ayat ini membahas tentang penghapusan bintang-bintanig atau lebih dikenali sebagai Supernova. Terbukti Al-Quran telah melangkaui zaman. Tiada ragu keatas kandungannya. Maha suci Allah.


"



tranungkite



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Aksi Harimau-Garuda ditunda

Posted: 09 Aug 2011 03:00 AM PDT


SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad menafikan laporan sebuah laman sesawang mengenai pengesahan Presiden Bola Sepak Indonesia (PSSI) Djohar Arifin Husin berkenaan perlawanan persahabatan dengan Malaysia, 14 Ogos ini.

Menurut Azzuddin, tiada sebarang perlawanan persahabatan yang akan berlangsung pada tarikh berkenaan.

"Perlawanan pada 14 Ogos depan akan ditunda pada satu tarikh yang lain," katanya yang enggan mengulas lebih lanjut mengenai laporan tersebut.

Sementara itu, Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin terkejut apabila dimaklumkan oleh Sinar Harian mengenai pengesahan Presiden PSSI itu.

Sementara itu, Djohar dalam satu kenyataannya kepada media Indonesia semalam, mengesahkan perlawanan persahabatan itu bakal diadakan di Kuala Lumpur 14 Ogos sebagai persediaan Garuda menghadapi pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia September depan.

"Kami terpaksa menukar jadual perlawanan setelah diberitahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bahawa pemain mereka tidak boleh datang ke Jakarta. Jadi kami putuskan akan datang ke Kuala Lumpur," katanya.

Pada 2 Ogos lalu, Indonesia mempelawa skuad Harimau Malaya untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan namun terpaksa ditunda atas alasan tertentu.

SH



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

PORTAL SPR:1 NAMA ADA 2 TEMPAT MENGUNDI?

Posted: 08 Aug 2011 11:00 PM PDT


Jabatan Pilihan raya PAS Negeri Selangor mendesak SPR mengeluarkan nama-nama pemilih yang berada dalam daftar pemilih bertindih sebanyak 11,000 ditemui di Dun khususnya yang dikuasai Pakatan Rakyat.Daftar pemilih bertindih itu didedahkan Pengarah Jabatan Pilihan raya negeri Selangor, Jaafar Samsudin setelah membuat semakan online daftar pemilih SPR di alamat http//www.spr.gov.my.

Beliau menjelaskan semakan itu ditemui dalam pemilih bagi isu rumah iaitu nama pemilih dan nombor Kad Pengenalan yang sama hanya ditukar tarikh lahir tetapi tempat mengundi di DUN yang sama hanya daerah mengundi berbeza.

Nama yang ditemui Zaidi bin Dol Majid mempunyai nombor Kad Pengenalan 780606105543 alamat PT 13, Sungai Nibong dan Parlimen Sungai Besar DUN Sungai Panjang dan daerah mengundi Batu 23, kampung atau pekan Sungai Nibong.

Katanya, pemilih Zaidi juga mempunyai nombor kad pengenalan 780606105543 di alamat parti 13, Sungai Nibong, Sekinchan dan tempat mengundi Parlimen Sungai Besar, DUN Sungai Panjang dan daerah mengundi Parit 13 Sungai Nipah.

"Kita akan mengemukakan satu lagi bukti ini dan bertanya kepada SPR adakah mereka mengambil tindakan dan jika tidak mengambil tindakan mereka akan terus mengekalkan penipuan ini," katanya.

Ini ternyata kata beliau jumlah pengundi bertindih itu jauh lebih besar daripada mereka yang didaftarkan dalam daftar pemilih di negeri Selangor.

Beliau menegaskan, kaedah itu yang mudah dimana Umno boleh memenangi kerusi di mana mereka menggunakan mekanisma untuk memenangi kerusi jika mereka betul-betul didaftarkan dalam senarai pengundi.

"Mereka tidak boleh dihalang untuk membuang undi, jika ini tidak diatasi ia merupakan satu bebanan yang berat untuk memenangi kerusi kita, sebab jumlah pengundi bertindih ini besar dan begitu mudah untuk dilaksanakan dalam PRU ke13," tegasnya.

Beliau mengimbas kejadian di Parlimen Gombak pada PRU ke12 di mana ramai pengundi yang mengundi di Terengganu dan petang pula balik ke Selangor untuk mengundi di tempat lain.

"Siapakah mereka yang diberikan peluang untuk mengundi lebih daripada sekali, sudah tentu orang ini yang akan dikerahkan untuk mengundi iaitu penyokong Umno-BN," tegasnya.

Beliau akan menunjukkan bukti kepada SPR bagaimana terdapat 10 orang pengundi Sabah yang diberikan oleh Guru Kemas untuk mengundi lebih daripada sekali iaitu pendatang asing dan orang Sabah.

"Nama-nama mereka diambil untuk mereka didaftarkan sebagai pengundi bertindih," tegasnya.

Beliau menegaskan, SPR tidak dapat menolak tentang pendedahan itu dan mesti memberikan jawapan yang rasional dan tidak boleh berdolak dalik.



Katanya, penipuan itu sangat serius dan menjadi tanggungjawab SPR jika Kad Pengenalan Merah boleh diserahkan kepada JPN tetapi pengundi bertindih merupakan tanggungjawab SPR sepenuhnya.

"Ini satu tanggungjawab SPR yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja, SPR mesti bertanggungjawab dan tidak boleh berdolak dalik atau menyalahkan sistem teknikal yang tidak dikemaskini," tegasnya.

Beliau menegaskan tindakan SPR itu satu kegiatan yang paling kotor di mana daftar pemilih induk amat tidak bersih dan tidak bertanggungjawab.

Kata beliau sudah tentu itu amalan biasa yang hendak dibuat sama ada dalam Pilihan raya kecil atau pilihan raya umum tahun 2008 dan PAS Selangor bersedia untuk berjumpa dengan SPR.

"Saya saya harap dilakukan segera jika tidak PAS Selangor akan mengambil tindakan laporan polis dan susulan itu dikemukakan kepada Pakatan Rakyat untuk dibawa ke Parlimen," tegasnya.

Beliau berkata dalam pertemuan dengan SPR pada 22 Julai, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjamin akan membersihkan nama-nama yang didapati bertindih dalam daftar pemilih.

"SPR mesti buang nama tersebut jika tidak dilakukan maka SPR telah mengingkari persetujuan ini," katanya.

kl-today



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Lelaki misteri boleh undi 4 kali di PRU13 didedah

Posted: 08 Aug 2011 07:00 PM PDT


Ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak menolak 8 Tuntutan Bersih 2.0, kes seorang warganegara sah boleh mengundi sebanyak empat kali dalam pilihan raya umum ke-13 didedah.
Pemilik blog Perisik Rakyat mendedahkan, daftar pemilih mengesahkan seorang warganegara bernama Mohd Rashid bin Ismail boleh mengundi di dua kawasan parlimen dan dua kawasan Dun dalam pilihan raya depan.





Topeng Perak Unmasked atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Azmi mendedahkan, lelaki misteri tersebut mempunyai memiliki satu kad pengenalan lama, satu kad pengenalan MyKad (kad pengenalan baru).
Manakala satu lagi MyKad didakwa dalam simpanan Jabatan Pendaftaran Negara.
Berikut adalah butir-butir individu.
No Kad Pengenalan Lama: 6397062
No MyKad 1: 620108-08-6991 (Kad telah diambil)
No Mykad 2: 620108-08-6713 (Kad sedia diambil)
Nama: Mohd Rashid bin Ismail
Bukti semakan dalam laman sesawang JPN seperti dibawah:



Berikut pula adalah hasil semakan di laman sesawang SPR:


Justeru, blogger berkenaan mendesak pentadbiran Najib supaya melaksanakan 8 Tuntutan Bersih 2.0 atau bersedia menghadapi perhimpunan Bersih 3.0 kelak.



penangdaily


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: