Khamis, 18 Ogos 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Harga barang dan Kerajaan yang boros

Posted: 18 Aug 2011 09:07 AM PDT

Kos sara hidup rakyat melonjak tinggi sejak harga minyak tidak lagi mendapat subsidi sebanyak dahulu. Di merata tempat kita dengar keluhan orang ramai mengenai perkara yang sama, iaitu harga barang naik secara tidak terkawal walaupun gaji dan pendapatan masih tertinggal di tahap era 80-an, terutamanya bagi mereka yang berkerja di luar Kerajaan.

Harga minyak mentah pada awal tahun 2008 mencapai sebanyak USD95 setong. Pada awal tahun 2011 harga tersebut meningkat ke USD114. Ini bererti bahawa Petronas (iaitu, Kerajaan Pusat) telah menikmati keuntungan tambahan sebanyak USD19 setong.


Sekali lagi timbul persoalan yang sama: bagaimanakah Kerajaan Pusat menggunakan hasil tambahan ini demi menjaga kepentingan Rakyat?

Sementara itu, jumlah hasil jualan minyak dan gas untuk Kerajaan telah meningkat dari RM106 bilion pada tahun 2005, kepada RM162 bilion pada tahun lalu. Kesimpulannya, semakin kaya Kerajaan semakin sengsara Rakyat jelata.

Sudah jelas bahawa Kerajaan telah meraih pendapatan tambahan penjualan minyak dan gas, tetapi rakyat secara umum tidak begitu bernasib baik. Rakyat Malaysia tenat menampung kos kehidupan yang meningkat hari demi hari.

Pada bulan Oktober yang akan datang, Bajet baru akan diumumkan. Pelbagai ramalan telah dibuat mengenai cara-cara Rakyat kita akan mendapat pertolongan baru.

Saya ingin mengajak Rakyat Malaysia berfikir seketika dancuba mengambil pendekatan baru apabila mengkaji Bajet ini. Selalunya, sesudah Rakyat diberi satu dua "gula-gula", mereka segera melupakan beban-beban lain yang terdapat dalam Bajet tersebut.

Mereka hanya sibuk mengenal pasti harga yang turun, cukai yang turun, dan bagi pegawai Kerajaan: bila nak dapat bonus? Kebelakang ini telah pun para pegawai berasa selesa dengan bonus Hari Raya.

Apa kata kita lebih teliti dan lebih berwaspada kali ini? Apa kata kita semua bersepakat menuntut dari Kerajaan secara terperinci, bagaimana wang Rakyat dibelanjakan?

Berapa jumlah wang Rakyat akan dijimatkan sekiranya Kerajaan berbelanja secara sederhana dan tidak terlalu boros?

Sanggupkah kita menelitikan berapa banyak wang Rakyat diperuntukkan dengan cermat bagi Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertahanan? Adakah pemimpin kita berhati-hati mengendalikan wang kita?

Adakah mereka lebih tertarik dengan berpoya dan bergaya, seolah-olah menggunakan wang mereka sendiri? Contohnya banyak:

~Apa gunanya kita berbelanja RM11 bilion untuk dua kapal selam Scorpene dan membeli kereta kebal berharga RM9 bilion? Tidak lama lagi, Kerajaan akan menjalankan kontrak yang bernilai RM8 bilion untuk membina kapal peronda.

~Apa guna kita membayar RM6.5 bilion untuk menolong sebuah syarikat air swasta menjelaskan hutang mereka kepada Kerajaan Selangor?

~Kenapa perlu PM dan DPM berbelanja sebanyak RM28 juta untuk kos perjalanan ke sana-sini dalam masa tiga tahun ketika Rakyat bersusahan?Satu masa dulu, dalam penerbangan ke Wellington, New Zealand, saya ditempatkan di belakang bekas PM New Zealand. Bukan kelas pertama,tetapi kelas ekonomi. Begitulah pemimpin negara lain. Hidup macam manusia biasa.

Janganlah Rakyat Malaysia terlalu mudah puas hati. Kali ini, biarlah kita mempertanggungjawabkan pemimpin-pemimpin kita dengan satu kaedah baru.

Biar mereka terangkan kenapa perlu belanja mewah, naik jet persendirian dan berbelanja sebagai orang kaya apabila Rakyat masih menderita? Sepatutnya mereka menunjukkan teladan untuk mentadbir secara cermat dan jangan bertabiat boros.

Yang patut menjadi pegangan kuat setiap warga Malaysia ialah, Kerajaaan mesti sentiasa telus dalam hal-hal pentadbiran negara. Biar semua pemimpin bertanggungjawab terhadap kita semua.

Selagi Rakyat bersikap "tidak apa" dan sentiasa tidak memandang berat tentang soal-soal pembaziran, amanah dan kecekapan pemimpin, selagi itulah Rakyat akan terus mendapat pendapatan rendah walaupun sentiasa menanggung kos kehidupan yang tinggi.


Siapa 'Saya' sila lihat di SINI

APA?? Mamak Azeez dah jadi DEWA?

Posted: 18 Aug 2011 07:46 AM PDT



Masa PRU12 dulu Azeez ni telah bertanding bagi Kerusi Parlimen Baling, cara kerjanya aku akui memang agak berkesan, beliau berjaya menjelajah hampir keseluruh Baling bagi mendekati pengundi bersama konvoi kenderaan yang orang Baling jarang lihat menurut seorang sahabat yang bertugas untuk Taib Azamuddin yang menentang Azeez masa tu..


Malangnya Azeez tewas di situ.. tewas bukan kerana beliau malas tapi tewas kerana sabotaj dari Ahli UMNO disitu yang tidak puas hati bila nama Azeez dicalonkan untuk bertanding di kawasan itu.. yang menyebabkan segelintir ahli yang teringin menjadi calon terpinggir..

Setelah tewas.. berbagai aktiviti Azeez lakukan, pendek kata apa saja kerja kebajikan yang mendapat liputan TV semua boleh dikatakan nampak muka dia, dari menyelamat anak dara orang yang dilarikan ke Lombok hingga menghantar bantuan ke Loji Nuklear Fukushima di Jepun..

Yang aku tahu misi bantuan ke Jepun ni berjalan sekerat jalan saja kerana mereka tak cukup duit untuk menyewa kenderaan untuk mengangkut bantuan tersebut, kerana kos pengangkutan dari airport ke loji tersebut mencecah RM900,000.00.. aku tak tahu apa dah jadi dengan bekalan tu..

Bagaimanapun Tahniah aku ucapkan biarpun misi itu gagal tapi niat itu baik.

Tersenyum aku membaca satu artikel dari blog Pro-UMNO hari ini.. Azeez tiba-tiba telah diangkat darjatnya.. dari seorang manusia kini menjadi dewa.. Dewa Penyelamat.. ha..ha..ha..

Tujuan Azeez itu baik, tapi lu dah angkat dia tinggi sangat Bro.. err.. lu patut tambah tangannya biar jadi tiga pasang semuanya barulah sama dengan dewa yang ada kat Kuil Hindu tu…

Petika dari sebahagian artikel..

AZEEZ RAHIM DAH JADI DEWA PENYELAMAT!!!

"Kalau kami tahu, sudah lama bantuan disalurkan kepada keluarga ini yang terpaksa merayu untuk mendapatkan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung mereka."

Itu kata-kata yang dizahirkan oleh Azeez Rahim, Ketua Putera UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Baling.

Sepasang suami isteri yang tinggal di Kampung Kubang Rusa, Kampung Lalang, Baling berhadapan dengan keperitan membesarkan tiga bayi kembar perempuan mereka yang berusia tiga bulan.

Ketiga-tiga bayi tersebut dijadikan anak angkat Majlis Kebajikan dan Pembangunan Penyayang (Mayang) Parlimen Baling.

Azeez mengakui, kesusahan pasangan tersebut hanya diketahui menerusi laporan akhbar.

Artikel sepenuhnya sila baca di The Flying Kick

Baitulmal mana?? Nak tunggu Gereja membantu lagi ke?

Posted: 18 Aug 2011 06:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Rintihan seorang mualaf, Eh Jun Guang, 22, atau lebih dikenali sebagai Adam untuk mendapatkan bantuan bagi menyambung pelajarannya mendapat perhatian daripada Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma).

Penolong Setiausaha Agung Macma, Norlaili Yap Abdullah berkata, pihaknya akan cuba membantu Adam bagi mendapatkan biasiswa untuk menyambung pelajarannya.

Katanya, perbincangan akan diadakan dengan ahli persatuan bagi memikirkan langkah sesuai membantu Adam.


Harian Metro semalam melaporkan Adam yang disisihkan keluarga selepas memeluk agama Islam ketika berusia 18 tahun memohon bantuan daripada orang ramai agar dapat kembali menyambung pelajarannya.

Selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dia menyambung pelajarannya di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), tetapi terpaksa berhenti akibat masalah kewangan.

Adam terpaksa menampung kos sara hidup dengan bekerja sebagai ahli silap mata dan pembantu kedai buku selepas tiada seorang pun ahli keluarga yang mempedulikan nasibnya.

Norlaili berkata, dia pernah berhubung dengan Adam sebelum ini, namun Adam tidak pernah menyatakan hasratnya untuk menyambung pelajaran.

"Dia nak sambung belajar dalam bidang pentadbiran, sebab itu susah sikit untuk dapatkan biasiswa. Kalau dia sambung belajar dalam bidang pengajian Islam atau berkaitan dengan Islam memang mudah.


myMetro

Daftar pemilih: Lain ditanya, lain dijawab

Posted: 18 Aug 2011 02:22 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Dewan Pemuda PAS Pusat kecewa dengan jawapan balas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pendedahan mereka bahawa wujudnya penyelewengan dalam daftar pemilih.

Exconya, Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, jawapan balas Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria bahawa ramai individu yang mempunyai ejaan nama yang sama adalah perkara biasa ibarat "lain biduk lain digalang".


Menurutnya yang tidak berpuas hati dengan jawapan itu, apa yang dipertikai oleh pemuda PAS bukanlah soal ramai yang mempunyai ejaan nama sama, namun yang dipertikai adalah corak perbezaan nombor kad pengenalan mereka yang meragukan.

"Kita tak pertikai soal nama sama, kita tahu nama bukan unik. Kalau ikutkan nama (seperti Timbalan Pengerusi SPR) Wan Ahmad Wan Omar pun ada dua, tapi kita tidak pertikai pun.

"Yang kita pertikai, corak perbezaan no IC mereka yang mempunyai nama sama itu," kata Suhaizan ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penjelasan Kamaruddin semalam yang berkata, nama Azhar bin Ahmad seperti yang didedah pemuda PAS sebelum ini mempunyai 825 nama dengan ejaan serupa.

Beliau juga menafikan dakwaan terdapat penyelewengan kerana mereka semua memiliki nombor kad pengenalan berbeza meskipun ejaan nama sama.

Suhaizan yang juga Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS sebelum ini mendedahkan individu bernama Azhar bin Ahmad memiliki ejaan nama sama, namun perbezaan hanya di dua digit terakhir pada nombor kad pengenalan mereka meragukan dan didaftarkan di dua tempat berbeza dalam Daftar Pemilih SPR.

Perbezaan nombor kad pengenalan Azhar bin Ahmad dan maklumat tempat mengundinya adalah seperti berikut:

Azhar bin Ahmad

MyKad pertama: 680713095049

Lokaliti: Batu 13

Daerah mengundi: Tasoh

DUN: Beseri

Parlimen: Padang Besar

MyKad kedua: 680713095057

Lokaliti: Kg Baru Chuping

Daerah mengundi: Sg Buloh

DUN: Chuping

Parlimen: Padang Besar

Mengulas lanjut berhubung perbezaan yang lain, Suhaizan berkata pihaknya mengesan sekurang-kurangnya enam trend perbezaan corak no kad pengenalan.

Ianya seperti berbeza pada tahun lahir iaitu dua digit paling awal, bulan lahir, tarikh lahir, kod negeri dan pada dua digit paling akhir.

"SPR jangan cepat melatah, kita bukan nak malukan SPR. Kita bangkit soal ini sejak 2007 lagi namun tiada sebarang tindakan proaktif yang dibuat SPR.

"Jadi kita tidak ada pilihan, kita dedah kepada rakyat supaya rakyat pula dapat menilai," katanya lagi sebagai menjawab gesaan SPR agar perkara itu dirujuk kepada mereka dan bukan didedah kepada umum.

Dari sudut lain katanya, persoalan itu sebenarnya bukan sahaja harus dijawab oleh SPR, tetapi juga oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara JPN kerana data dalam daftar pemilih SPR tersebut adalah dari data JPN sendiri.

Bagaimanapun SPR sepatutnya boleh bertindak proaktif jika benar mahu membersihkan daftar pemilih dan bukannya hanya menerima data dari JPN bulat-bulat dan tidak mengendahkan pula pendedahan penyelewengan yang dibuat oleh rakyat.

"Sebab itu saya cadang SPR proaktif. Senaraihitamkan nama yang meragukan itu dan semak semula dengan JPN kenapa berlaku seperti itu," katanya.


Harakahdaily

Soalnya Khairy.. apakah UMNO dipercayai rakyat?

Posted: 18 Aug 2011 01:11 AM PDT

PETALING JAYA: Penulis blog dan pemerhati politik veteran Aspan Alias hari ini membidas kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkenaan keperluan Umno mencalonkan individu yang boleh menang di dalam pilihan raya umum akan datang.

"Ini bukan masalah calon. Ini masalah keyakinan kepada parti itu yang menjadi perkara pokok yang wajib diselesaikan.


"Kita tentu masih ingat semasa parti Umno itu merupakan parti yang 'winnable' dahulu, calon-calon Umno pernah berkata yang mereka tidak payah berkempen kuat kerana kalau calon-calon itu mewakilkan songkok atau kasut mereka dalam kempen itu pun, mereka masih menang," tulis Aspan di dalam artikel blog yang bertajuk "Khairy!! Kalau Umno itu masih parti yang 'winnable', semua calonnya akan menjadi calon 'winnable'".


Khairy!! Kalau UMNO itu masih parti yang winnable, semua calonnya akan menjadi calon 'winnable'.

Semalam Khairy membuat kenyataan yang UMNO akan hanya menurunkan calon yang mempunyai kelulusan akademik dan yang boleh di anggap sebagai calon yang 'winnable'.

Ini juga merupakan tema ucapan Najib di dalam perhimpunan agong UMNO tahun lepas. Cita-cita Khairy untuk menurunkan calon yang mampu membawa kepada kemenangan UMNO merupakan niat yang sangat baik dan patut mendapat sokongan semua pihak terutamanya di kalangan pimpinan dan ahli UMNO setiap peringkat.

Elok kita memberikan sedikit input kepada Khairy apa sebenarnya masalah yang UMNO sedang hadapi untuk membantu beliau untuk membantu UMNO menyelesaikan masalah mengikut kehendak orang ramai yang sebenarnya sekarang ini.

DS Najib sendiri merupakan calon yang 'winnable' di Pekan. Begitu juga Muhyiddin di Pagoh dan Zahid Hamidi di Bagan Datoh. Hishamuddin dengarnya menghadapi masalah di Semberong tetapi beliau masih merupakan 'winnable candidate' di sana. Ramai lagi yang 'winnable candidates' dalam UMNO.

Tetapi setelah mendapat mandat kesemua mereka yang 'winnable candidates' inilah yang telah menyebabkan kita menghadapi masalah yang kini kita hadapi. Maksud saya ia bukan setakat mendapatkan 'winnable candidates' dalam pilihanraya yang akan datang tetapi Khairy mesti cari selain dari 'winnable candidates' itu ialah untuk mendapatkan calon yang boleh dipercayai jika mendapat mandat dari rakyat untuk memerintah lagi.

Di sinilah masalah besar yang sedang di hadapi oleh UMNO. Semua yang ada di dalam kabinet itu adalah 'winnable candidates' tetapi kejujuran mereka yang telah berjaya menempa kemenangan itu masih di persoalkan ramai.

Khairy mesti sedar rakyat bukan setakat mencari 'winnable candidate' tetapi sekarang rakyat sudah lebih 'sophisticated' dalam kemahuan mereka. Sekarang ini rakyat sedang mencari parti yang 'winnable' dan bukan setakat mencari 'winnable candidates'.

Jika rakyat sudah sampai ke tahap mencari 'winnable party', maka semua calon yang di anggap 'winnable' oleh UMNO itu akan kalah jika rakyat sudah sampai ketahap mencari 'winnable party'. Yang penting bagi UMNO ialah untuk menentukan samada masalah dan perkara yang di isukan oleh rakyat sekarang mendapat penyelesaian atau pun tidak.

Dalam artikel ini tidak payah lagi mengulangi segala isu yang sedang di hadapi oleh UMNO dalam menghadapi rakyat. Semua pihak tahu apa masalah dan isu yang belum di selesaikan oleh UMNO. Selagi isu kejujuran kepimpinan atasan dan banyak lagi yang semua pihak tahu belum di atasi, UMNO itu sendiri mesti menilai samada parti itu masih parti yang 'winnable'.

Ini bukan masalah calon. Ini masalah keyakinan kepada parti itu yang menjadi perkara pokok yang wajib di selesaikan. Kita tentu masih ingat semasa parti UMNO itu merupakan parti yang 'winnable' dahulu, calon-calon UMNO pernah berkata yang mereka tidak payah berkempen kuat kerana kalau calon-calon itu mewakilkan songkok atau kasut mereka dalam kempen itu pun, mereka masih menang.

Sekarang ini PAS dan DAP diundi kerana simbolnya kerana rakyat sudah berkeyakinan kepada parti itu. Ibrahim Ali semasa bertanding sebagai calon bebas telah tewas dan hilang wang pertaruhannya, tetapi apabila bertanding dengan menggunakan tiket PAS beliau telah mendapat lebih dari 7000 majoriti kemenangan beliau. Itulah sebabnya keyakinan terhadap parti itu adalah perkara yang paling pokok.

Sebenarnya, jika orang ramai yang mengundi masih meyakini UMNO, maka semua calon UMNO itu secara automatik menjadi 'winnable candidates'. Maksud saya UMNO itu sendiri mesti menjadi parti yang 'winnable'.

Sila sambung bacaan anda di SINI

Dedah Penyelewengan satu pengkhianatan?

Posted: 18 Aug 2011 12:53 AM PDT

Berikutan dari pendedahan yang dibuat oleh empat bekas anggota Tentera semalam yang mendakwa pernah memangkah ribuan kertas undi pos anggota-anggota tentera lain dan kertas-kertas undi isteri anggota tentera, atas arahan pegawai atasannya. Sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini menyifatkan mereka yang mendakwa pihak tentera terbabit dengan penyelewengan sistem pengundian pos sebagai tindakan pengkhianatan.


"Dalam konteks ini persoalannya adalah 'How can we be loyal to you if you are disloyal to us'."

Pengkhianatan?? Pengkhianatan terhadap apa atau siapa?

Adakah mendedahkan kepincangan yang berlaku dianggap satu pengkhianatan?


PAT: Dakwaan undi pos diseleweng, pengkhianatan

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini menyifatkan mereka yang mendakwa pihak tentera terbabit dengan penyelewengan sistem pengundian pos sebagai tindakan pengkhianatan.

Dalam satu kenyataan media yang penuh emosi, petang ini, Zulkifeli mencabar mereka yang membuat dakwaan itu dan mempersoalkan kesetiaan mereka kepada Angkatan Tentera Malaysia.

"Tindakan-tindakan seumpama ini boleh ditafsirkan sebagai satu tindakan pengkhianatan dan harus dihentikan serta merta. ATM sebagai benteng pertahanan negara harus disokong dan diberi sokongan padu oleh semua lapisan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan pendirian politik...

"Diharap semua pihak tidak menjadikan ATM sebagai scapegoat dalam meraih sokongan dan memenuhi kepentingan mereka... Rakyat perlu menunjukkan sokongan, menghargai sumbangan dan peranan ATM.

"Dalam konteks ini persoalannya adalah 'How can we be loyal to you if you are disloyal to us'."


Malaysiakini

PANAS!! WikiLeaks dedahkan Demi Undi, UMNO beri 600,000 warga asing taraf Warganegara.

Posted: 17 Aug 2011 08:43 PM PDT

Menurut pendedahan terbaru yang dibuat pada Rabu 18/08/2011 oleh WikiLeaks berdasarkan satu kabel rahsia selain dari mendedahkan bahawa pendatang dari Filipina adalah sinonim dengan masaalah sosial yang tercetus di Sabah, WikiLeaks juga telah mendedahkan bahawa dalam satu skim yang diperkenalkan pada tahun 90-an, UMNO telah memberikan kerakyatan Malaysia dan hak mengundi kepada lebih 600,000 warga asing.


Kebanyakannya mereka adalah umat Islam dari Mindanao dan Indonesia, sebagai balasan warga asing tersebut perlulah mengundi BN dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Hmmm.. memang Haram Jadah!!

WikiLeaks cable: Filipinos 'troublesome' in Sabah

by Jojo Malig
Posted at 08/18/2011

MANILA, Philippines - Migrant Filipinos are synonymous with the word trouble in Malaysia's Sabah state, according to a confidential cable from the US embassy in Kuala Lumpur that was released by WikiLeaks on Wednesday.

Masidi Manjun, Sabah's Minister of Youth and Sports, told US diplomats in Malaysia that his state was "flooded with foreigners" and "singled out Filipino Muslims from Mindanao as 'especially troublesome.'"

Manjun claimed that the Filipinos were "using our [Malaysia's] social services and not integrating into society," and that "vagrancy and violence" were rampant within Sabah's Filipino community, according to the diplomatic cable dated October 10, 2006 that was deemed classified by US embassy political section chief Mark D. Clark.

The Sabah official, who headed government-funded think tank Institute of Development Studies, said the state's maritime and land borders are "very porous" and expressed concern that Sabah's foreign residents were starting to become politically active.

"He acknowledged, however, the economic importance of Sabah's foreign population," the US embassy cable said. "With regard to Sabah's large number of illegal foreign workers, estimated to total over 750,000, Manjun said, 'We need them here, or our economy would collapse."

Sabah's then Acting Police Commissioner, Mohd Bakri Zinin, also told American officials that "illegal migrants and other foreigners" account for about three-fourths of violent crimes committed in the state.

The embassy cable also quoted a state assemblyman, Samson Chin Chee Tsu, who said Filipinos and Indonesians outnumber Malaysians 3 to 1 along Sabah's east coast.

"He (Samson) and his wife recently refused to attend an event that gathered public and private sector leaders on the resort island of Mabul, off the east coast of Sabah, as he feared an attack on the gathering by Mindanao-based Muslim extremists," it added.

Simon Sipaun,then vice-chairman and state head of the Malaysian human rights commission Sukaham, also told US officials that the large number of Filipinos on the state's east coast represented a potential security threat "if they decide to become more politically active, or if parts of Mindanao become more autonomous."

Project Mahathir

Samson and another PBS state assemblyman, Ching Eng Leong, told US officials that the large number of native Filipinos in Sabah can be attributed to a program hatched by dominant political party UMNO.

Under the scheme implented in the 1990s, UMNO gave Malaysian citizenship and voting rights to over 600,000 foreigners, predominantly Muslims from Mindanao and Indonesia, in return for their votes in Sabah's state assembly elections.

"UMNO's control was further solidified during the 1999 state election, as UMNO granted more foreigners citizenship and voting rights under what came to be known as 'Project Mahathir,'" the US embassy cable revealed, in apparent reference to then-Prime Minister Mahathir Mohamad.

According to a probe made by Suhakam on Project Mahathir, Sabah's legal resident population increased 362% to 2.6 million from 1970 to 2000.

"This substantial increase in Sabah's legal residents excludes an influx of over 750,000 foreigners holding invalid identity cards and visas - or no documents at all - according to Suhakam," the cable added.

"Filipinos and Indonesians move easily -- and often illegally -- between Sabah and their respective home countries," it said.

In its analysis of Sabah's problems with Filipinos, the US embassy said a significant reduction in Sabah's foreign-born population could only be reversed through an UMNO-led effort to round up and deport the foreigners, whom Sabah's economy ironically relies upon.

"While Malaysia periodically launches campaigns to expel illegal workers, even PBS' leaders concede this is highly unlikely to be carried out to the point of seriously harming the state's economy," it said. "The US Border Control Assessment Initiative (BCAI) focused on the Sulu and Sulawesi sea areas of Malaysia, Indonesia and the Philippines will enhance our understanding of the security challenges facing Sabah and ways we can assist."

The Philippines has a dormant claim on Sabah that was not resolved by the Manila Accord, or the United Nations Treaty No. 8029 between the Philippines the Federation of Malaya, and Indonesia, that was signed in July 31, 1963 and the succeeding exchange of notes between Manila and Kuala Lumpur in February 7, 1966.

Former Presidents Diosdado Macapagal and Ferdinand Marcos pursued the Philippines' claim on the territory but those who succeeded them did not do so.

The dispute resulted in the 1968 Jabidah Massacre that was exposed by the late Sen. Ninoy Aquino, father of President Benigno Aquino III, according to MalacaƱang.

ARMM on undocumented Filipinos in Sabah

Officials of the Autonomous Region in Muslim Mindanao (ARMM) said they are trying to address the "cycle of arrest and detention" of undocumented Filipinos through talks with Malaysian authorities.

ARMM Executive Secretary Atty. Naguib Sinarimbo led an 8-member team in a visit to Kuala Lumpur and Kota Kinabalu last July to discuss the problem with Malaysian Parliament House Speaker Seri Utama Pandikar Amin Bin Haji Mulia.

Sinarimbo "proposed a 'non-political' solution to the Sabah proprietary dispute vis-a-vis its effects on the unabated detention and arrests of undocumented Filipinos in Malaysia," according to the ARMM website.

The ARMM has admitted that hundreds of Filipinos continue to go Sabah and later end up getting arrested and deported.

Most of those who go to Sabah are allegedly recruited to work as domestic helpers or bar girls.

"Those coming from ARMM areas, especially from Basilan, Sulu and Tawi-Tawi were found to be stubbornly returning to Sabah after deportation on the belief that the Sulu Sultanate owns the state," according to the ARMM.

Sinarimbo and Mulia have allegedly approved of a plan to set up a center in Tawi-Tawi province that will provide passports and other official documents for Filipinos heading to to Sabah or other parts of Malaysia.

"Other ARMM officials had earlier thought of putting up even a 'desk' in Sabah to facilitate the documentation of Filipinos working or staying in Malaysia without documents or permits. But legal luminaries opposed the concept, saying that such facility would mean an official structure of the Philippines and, thus, signify a waiver of Filipinos' claim over Sabah," the ARMM website said.


abs-cbnNEWS.com

Papa gomo kata 'Orang dalam MBPJ berinya dokumen'

Posted: 17 Aug 2011 08:01 PM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Papa Gomo menafikan dia memalsukan dokumen Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berhubung dakwaan campur tangan pemimpin Pakatan Rakyat berkaitan operasi menyita premis Gereja Methodist Damansara Utama atas dakwaan ia tidak pernah diluluskan sebagai rumah ibadat.

Sebaliknya Papa Gomo berkata, dia mendapat maklumat tentang operasi itu daripada "orang dalam" MBPJ yang turut menyerahkan dokumen yang didakwa palsu itu.


"Mana ada saya palsukan, orang dalam MBPJ hantar (dokumen) itu kepada saya... saya mana pandai nak palsukan dokumen.

"Tapi kalau betul saya salah mengapa MBPJ tidak jelaskan perkara sebenar iaitu dewan (di Dream Centre) telah disalah guna sebagai gereja," katanya kepada The Malaysian Insider.

Papa Gomo, pemblog pro-Umno dalam entri di laman blognya mendakwa operasi menyita premis Gereja Methodist Damansara Utama dibatalkan setelah mendapat arahan pemimpin Pakatan Rakyat.

Dokumen dengan label "Sulit" bertajuk "Laporan Ops Sita Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya" itu dimuatkan di laman blog Papa Gomo sejak 13 Ogos lalu.

Dokumen berkenaan antara lainnya mendakwa, operasi untuk menyita gereja berkenaan telah dibatalkan selepas mendapat arahan daripada pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan tiga Exco Kerajaan Negeri Selagor Ronnie Liu, Elizabeth Wong dan Teresa Kok.

Ekoran pendedahan di blog Papa Gomo itu, ahli-ahli MBPJ termasuk Khalid telah membuat satu laporan polis terhadap Papa Gomo kelmarin.

Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan MBPJ Mohd Fauzi Maarop dalam laporan polis itu berkata tiada sebarang mesyuarat diadakan untuk mengambil tindakan ke atas premis Gereja Methodist Damansara Utama.

Papa Gomo berkata dia sedia disoal siasat oleh polis dan sanggup mempertahankan kesahihan dokumen yang diterima daripada "orang dalam" MBPJ.

"Pada saya sebagai blogger yang membawa kebebasan bersuara adalah kewajipan saya untuk menyampaikan sesuatu berita kepada rakyat.

"Dokumen tersebut dihantar kepada saya dari orang dalam MBPJ, saya yakin kesahihan apa yang dilaporkan dalam dokumen tersebut," katanya.

Beliau menambah, MBPJ harus mengambil tindakan ke atas premis Gereja Methodist Damansara Utama kerana beroperasi secara haram.

Selain itu "Papa Gomo" turut mencabar Nik Nazmi, Liu, Kok dan Wong untuk turut membuat laporan polis terhadapnya.

"Saya cabar Nik Nazmi, Ronie Liu, Teresa Kok dan Elizabeth Wong dan nama-nama lain yang disebut dalam dokumen itu untuk turut membuat laporan polis, janganlah MBPJ dan Khalid Samad sahaja yang buat.

"Terutamanya Teresa Kok dan Ronie Liu," katanya.

Gereja Methodist Damansara Utama, menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.

Jais berkata tindakan mereka hanya bersifat pemeriksaan tetapi pengurusan gereja mendakwa agensi itu melakukan serbuan.

Pemeriksaan itu mendapat bantahan banyak pihak dan kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim meminta satu laporan daripada Jais.

The Malaysian Insider

Serbuan JAIS : Dari mana Blogger pro-UMNO peroleh bukti?

Posted: 17 Aug 2011 06:02 PM PDT

Sebagaimana kita telah melihat dalam kes Video Seks edaran Three Stooges yang mana rakaman asal yang kononnya hanya mempunyai satu salinan, tetapi setelah diserahkan kepada pihak Polis pada waktu siang hari, pada malam hari pula ianya telah diupload kedalam YouTube oleh beberapa orang Blogger Pro-UMNO.

Biarpun pada awalnya pihak UMNO menafikan mereka terlibat dengan pengedaran Video Seks tersebut namun akhirnya banyak bukti-bukti dan maklumat-maklumat yang tersebar di internet menjurus kearah itu.

Bermula dari tempahan dewan di Sri Carcosa hinggalah pengedaran secara terbuka dan berleluasa tanpa sebarang halangan dari pihak berkuasa, jelas kelihatan tindakan penyebaran video seks itu didalangi oleh pihak yang lebih berkuasa dari pihak berkuasa..


Adakah begitu juga halnya dalam isu serbuan JAIS terhadap Gereja ini? Blog-blog pro UMNO menyebarkan bukti yang wujudnya usaha pengkristianan,sedangkan semua bukti itu adalah bahan sulit yang tidak sepatutnya dikeluarkan selagi belum ada dakwaan di mahkamah.

Ini termasuklah soal-selidik, nama mereka yang hadir, jumlah wang yang dibekalkan, dan terbaru klip video serbuan tersebut dan juga laporan Jais yang sepatutnya diberikan kepada Sultan Selangor terlebih dahulu.

Siapa yang membekalkan Blog-Blog pro-UMNO itu dengan segala bukti ini?

Jika ianya benar mereka mempertahankan akidah umat Islam yang dikatakan cuba dikristiankan oleh pihak gereja tersebut mengapa hanya Blog-Blog pro-UMNO yang memperolehi dokumen itu tidak Blog-blog prp PR?

Kalau mempertahankan akidah umat Islam tujuan mereka kali ini... dimana mereka agaknya ketika kes Lina Joy sedang berjalan??

Dan dimana pula mereka yang mahu mempertahankan akidah ummat Islam itu setelah 54 tahun UMNO/BN berkuasa 230,000 ummat Islam Malaysia telah murtad? - sila baca di SINI


Bukti blog pro-Umno: Rakyat tunggu tindakan Jais
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang melengah-lengah isu menyiasat Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) atas laporan murtad sehingga menimbulkan polemik umum tentulah tidak mendatangkan kebaikan kepada semua, apabila di waktu yang sama, ada pihak dalaman yang meledakkan pelbagai bukti dalam blog pro-Umno.

"Kini, rakyat tengah menanti tindakan Jais, lebih-lebih lagi PAS Pusat telah menyatakan pendirian mempertahankan aqidah umat Islam dari sebarang usaha untuk mengganggu-gugat oleh mana-mana pihak.

"Kita sedar dalam sebarang tindakan kita perlu berhemah dan tepat dalam tindakan, kerana bukan soal kita tidak pertahan aqidah ummah, tetapi tindakan yang terburu-buru hanya menjerumus kita kepada perangkap yang sengaja dipasang oleh Umno dan merosakkan lagi nama baik agama Islam yang kini sudah tercacat cela akibat perbuatan Umno selama ini," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Dalam isu Jais, Tuan Ibrahim hari ini juga menimbulkan persoalan terhadap beberapa reaksi dan tindakan Umno sejurus selepas cetusan isu Jais menyiasat gereja – yang beliau sifatkan sebagai amat mencurigakan.

Tuan Ibrahim berkata perkara paling aneh ialah semua bukti wujudnya usaha pengkristianan dibongkar dan dipelopori oleh blog-blog pro-Umno dan bukan oleh Jais, sedangkan semua bukti itu adalah bahan sulit yang tidak sepatutnya dikeluarkan selagi belum ada dakwaan di mahkamah.

Ini termasuklah soal-selidik, nama mereka yang hadir, jumlah wang yang dibekalkan, dan terbaru klip video serbuan tersebut dan juga laporan Jais yang sepatutnya diberikan kepada Sultan Selangor terlebih dahulu.

"Isu siapa dalang di sebalik tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kini semakin hangat diperkatakan; terutama apabila Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan beliau mempunyai bukti kukuh penglibatan Umno dalam isu ini.

"Dengan ledakan sedemikian di blog pro-Umno, umum mengetahui dan boleh menjangkakan sememangnya wujudnya tangan-tangan ghaib di sebalik tindakan yang aneh ini. Kenapa perkara ini dapat keluar dan disiarkan oleh blog-blog pro-Umno?" soal Tuan Ibrahim.

Selain itu, kata beliau ialah kecepatan media pro-Umno yang terus melonjak isu ini dengan membuat serangan kepada Menteri Besar Selangor dan kerajaan negeri dan juga demonstrasi yang dilakukan Senator Umno Mohamad Ezam Mohd Nor dibuat di masjid negeri dengan membuat kecaman kepada kerajaan Selangor, termasuk penyapu tandas, mangkuk tandas dihantar ke pejabat Menteri Besar.

"Anehnya, mereka ini dikatakan menentang proses kristianisasi yang dilakukan pihak gereja, bukankah ia sepatutnya demonstrasi dibuat di hadapan gereja?" soal beliau.


Harakahdaily

Tiada ulasan: