Ahad, 14 Ogos 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Sekarang Sabah.. sikit hari lagi Selangor..

Posted: 14 Aug 2011 08:53 AM PDT

Kenapa aku kata sikit hari lagi Selangor pula yang bakal menyaksikan perkara sebegini berlaku di Selangor? kerana sekarang di Selangor telah dilaporkan ribuan PATI telah diberikan IC bagi membolehkan mereka mengundi..

PENDATANG Asing Tanpa Izin (PATI) yang mendapat MyKad melalui pintu belakang, Wahab Bin Nonong telah bertindak menghalau Imam Rawatib yang dilantik Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan melantik dirinya sebagai 'Imam Bertauliah' di surau yang dibina di atas tanah adat yang dicerobohnya; milik Anak Negeri Sabah, Nina Bte Gaya.


Natijahnya, penduduk kampung terpaksa membina surau sementara beratap dan berdindingkan karung plastik terpakai untuk membolehkan mereka menunaikan solat lima waktu, tarawih dan majlis tadarus Al-Quran.

Selepas kejadian Surau PPRT di Bukit Belacon, Lahad Datu, Surau di Kampung Lamak Bukit, 20 kilometer dari Lahad Datu ini lebih daif kerana hanya berlantaikan plastik dan mudah diterbangkan angin sehingga jemaah terpaksa menunaikan sembahyang dalam hujan lebat.

"Kita bercadang mahu bina surau baru, tetapi JHEAINS tidak benarkan kerana ada surau yang dibuat Wahab di atas tanah adat peninggalan bapa saya. Wahab halau imam yang dilantik JHEAINS, jadi saya ambil imam itu untuk berkhidmat di surau sementara yang kami buat secara gotong-royong," ujar Nina sambil menitiskan air mata kesedihan kerana terkenangkan kezaliman Wahab terhadap Umat Islam di kampungnya.

Kata Nina, beliau sedih kerana penduduk kampung terpaksa beribadah dalam keadaan tidak selesa dan daif di sebuah Negara yang agama rasminya Islam dan Adun serta Ahli Parlimennya beragama Islam.

"Kelmarin hujan lebat dan semua jamaah basah kuyup, tapi mereka tetap teruskan solat tarawih kerana Wahab tidak benarkan kita sembahyang di suraunya," kata Nina yang menegaskan Wahab tidak layak menjadi imam kerana fasik dan jahil.

Memandangkan Imam Rawatib (Imam Tetap) berkenaan, Jimlok Bin Zakariah telah lama berkhidmat di Kampung Lamak Bukit, maka kata Nina beliau menggunakan khidmat Imam Jimlok sejak Januari 2011 (tarikh dihalau Wahab) di surau sementara yang dibina di tanah wakaf yang diperuntukan arwah bapa, Gaya Bin Mansur.

Menurut Nina, beliau bercadang untuk membina surau atau Madrasah di lokasi surau sementara kerana sudah mula mengumpul bata, tiang dan perkakas lain tetapi tergendala kerana ketiadaan bekalan simen.

Dalam separa berbisik, Nina mengharapkan penduduk kampung dapat sembahyang di surau yang didirikannya sebelum fajar Aidil Fitri menjelang tiba, namun hambatan birokrasi menyebabkan hasratnya terpaku di atas kedegilan JHAEINS mengiktiraf surau yang bakal dibinanya secara gotong royong.

"JHEAINS tidak mahu melayan rayuan kami dan hanya mendengar aduan Wahab sahaja; sedangkan hakikatnya beliau menumpang di tanah adat milik bapa saya dan mendirikan surau secara haram; tetapi dibenarkan JHEAINS sekalipun arah kiblatnya tidak tepat," kata Nina yang menggesa campurtangan Adun Lahad Datu, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur dan Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam di Sabah, Dato' Seri Nasir Tun Sakaran.

Bagaimanapun, jika keadaan berterusan, Nina bercadang akan memfailkan kes ini ke mahkamah, termasuk mendapatkan perintah mengusir Wahab daripada tanah adat yang dicerobohnya dengan restu Penolong Pemungut Hasil Tanah Lahad Datu sedangkan permohonan tanah Wahab telah dibatalkan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur.

Kes Wahab ini telah dilaporkan Sabahkini.net bertajuk 'PATI IC Projek Kini Menjadi 'Raja' Di Tanah Adat?' namun PATI berkenaan terselamat daripada tindakan undang-undang kerana menjadi Ketua Cawangan UMNO Silam Pacific Hardwood.

Oleh: MUHAMMAD HAIKAL HALIM (sabahkini)

Najib pasti terkencing bila membaca amaran dari PERKASA ini..

Posted: 14 Aug 2011 07:04 AM PDT

Najib pasti terkencing jika terbaca amaran dari Presiden PERKASA ini buatnya.. kalau tak terkencing pasti tidurnya tak lena..

Presiden PERKASA Ibrahim Ali buat lawak lagi.. kali ini Ibrahim Ali berkata ahli-ahli PERKASA sudah hilang keyakinan ke atas pentadbiran Najib sambil mendakwa Putrajaya gagal mempertahankan keluhuran undang-undang oleh itu beliau mengugut akan "melakukan sesuatu" terhadap kerajaan jika gagal mengambil tindakan berhubung tiga perkara tertunggak.


Melakukan sesuatu?? ceh!! tak lebih dari seperti anjing menyalak bukit saja ugutan Pak Brahim ni.. bukit tak runtuh anjing yang letih..

Paling kuat pun jadi bahan lawak saja kenyataan Pak Brahim ini..

Perkasa beri Putrajaya kata dua jika gagal hukum Anwar, Ambiga, DAP

KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Perkasa hari ini mengugut akan "melakukan sesuatu" terhadap kerajaan jika gagal mengambil tindakan berhubung tiga perkara tertunggak — perhimpunan Bersih 2.0, video seks didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan "konspirasi Kristian" DAP.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata ahli-ahlinya sudah hilang keyakinan ke atas pentadbiran Najib sambil mendakwa Putrajaya gagal mempertahankan keluhuran undang-undang.

"Ini keputusan kami hari ini," kata beliau pada sidang media sempena majlis berbuka puasa Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman di sini.

"Jika tiada tindakan diambil berhubung tiga isu ini dalam waktu tertentu, kami akan melakukan sesuatu," kata beliau sambil menambah, kelewatan keadilan bermakna keadilan dinafikan.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini tidak menjelaskan tindakan mereka jika gesaan pihaknya tidak menemui hasil atau dipenuhi.

Katanya, Perkasa "sangat bersabar" meskipun berhadapan dengan penghinaan daripada pihak lain khususnya berhubung perhimpunan Bersih 2.0.

"Kami dipanggil pengecut kerana tidak meneruskan perarakan kami apabila kami menghormati undang-undang dan nasihat Yang di-Pertuan Agong," selar Ibrahim.

Pada awalnya Perkasa merancang untuk mengadakan perhimpunan balas pada 9 Julai lalu, hari Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bebas dan adil.

"Jadi sekarang, jika kerajaan tidak mengambil tindakan dalam tempoh masa tertentu, kami akan ambil tindakan dan kerajaan tidak harus menyalahkan Perkasa," katanya.

"Kami diminta untuk menghormati kerajaan dan undang-undang, dan kami melakukan semua itu, tetapi kerajaan tidak responsif," katanya lagi.

Ibrahim juga mendakwa "majoriti senyap" kemungkinan akan menghukum pentadbiran Najib jika beliau gagal menyelesaikan tiga isu terbabit.

Katanya, satu dunia tahu bahawa Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan yang bertindak secara tidak sah apabila meneruskan perhimpunan 9 Julai.

Katanya, pakar-pakar asing juga merumuskan bahawa 99.99 peratus lelaki dalam rakaman video seks adalah Anwar.

Mengenai konspirasi Kristian yang dibawa oleh Utusan Malaysia, akhbar milik Umno, Ibrahim berkata seorang ahli DAP beragama Islam telah membuat laporan polis dan ia menunjukkan adalah betul.

"Apa lagi kita perlukan? Apa lagi perlu disoal siasat? Ada 4,000 laporan polis ke atas Ambiga, sebagai contoh.

"Kami mahu Peguam Negara teruskan dengan tindakan ke atas isu-isu ini dan sama ada ada kes prima facie, biar mahkamah yang menentukan," kata Ibrahim.


The Malaysian Insider

Koh Tsu Koon dibelasah Lidah Rasmi UMNO..

Posted: 14 Aug 2011 03:14 AM PDT

Untuk menjadikan angan-angan mereka satu kenyataan, BN Pulau Pinang khususnya GERAKAN perlu merombak kepimpinan mereka kata sesetengah orang.

Dan Koh Tsu Koon mula menjadi sasaran serangan oleh Katak-katak yang melompat keluar dari PKR dan juga lidah Rasmi UMNO.Kerana mereka megatakan punca tumbangnya BN di Pulau Pinang adalah kerana lemahnya Tsu Koon.


Sedangkan ketika BN menguasai Pulau Pinang, UMNO mendominasi kebanyakan kerusi yang ada jadi adakah benar kerana Tsu Koon lemah BN kalah?

Berundur: Tolonglah faham, akhbar Umno gesa Tsu Koon

KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Mingguan Malaysia, akhbar milik Umno menggesa Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon agar menerima "mesej yang jelas" daripada gelombang kritikan terhadap beliau agar memberi laluan kepada kepimpinan baru menerajui parti itu.

"Tolonglah faham," kata Mingguan Malaysia menerusi ruangan Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat hari ini.

Awang Selamat menulis bahawa Koh (gambar) tampil menjawab kritikan kelmarin tetapi penjelasan beliau tidak meyakinkan sambil menyerlahkan sindrom penafian.

Ia seterusnya meminta Koh agar tidak selalu "menyalahkan orang lain atas kegagalan sendiri."

Sejak kebelakangan ini, Koh menjadi sasaran beberapa pihak termasuk bekas naib presiden Gerakan Huan Cheng Guan, Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang Tan Sri Tan Kok Ping dan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang berpandangan Gerakan perlu merombak semula kepimpinan parti jika mahu memastikan Pulau Pinang kembali ke tangan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Masing-masing juga berpandangan pemimpin Gerakan sedia ada sudah tidak relevan selain tidak melakukan apa-apa perubahan sepanjang meneraju parti itu.

Dalam reaksinya kelmarin, Koh membidas tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan kewibawaannya memimpin parti itu dan keupayaannya merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Sebaliknya kata Koh, 'serangan' terhadap kepimpinan beliau itu didalangi pihak tertentu yang cuba mensabotaj Gerakan dan juga Barisan Nasional (BN) dalam usaha parti menawan semula Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat.

Koh juga Pengerusi BN Pulau Pinang.

"Kita tahu siapa jadi dalang kerana siapa makan cabai dia akan terasa pedasnya. Saya tidak akan cakap apa-apa, biar tok dalang muncul sendiri jika dia mahu... apa yang penting kita tahu siapa di sebalik semua ini," katanya.

Koh berkata dakwaan individu berkenaan tidak munasabah memandangkan sepanjang 18 tahun beliau meneraju Pulau Pinang sebagai ketua menteri, pembangunan dan kemajuan negeri itu meningkat daripada semua segi.

Dalam ruangannya, Awang Selamat juga berkata dia tidak terkejut apabila Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng iaitu bekas pemimpin Gerakan dan PKR, melemparkan kritikan secara terbuka terhadap Koh Tsu Koon baru-baru ini.

"Apa yang disuarakan oleh Tee Beng sebenarnya dikongsi oleh banyak pihak terutama di Pulau Pinang. Menurut Tee Beng, selagi Gerakan dipimpin oleh (Koh) Tsu Koon, selagi itulah peluang BN untuk menawan kembali Pulau Pinang daripada pembangkang, amat tipis.

"Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang dan beberapa pemimpin termasuk Huan Cheng Guan turut membidas Tsu Koon. Ada yang merasakan perlunya kepimpinan parti itu dirombak dengan mendapat teraju baru. Awang setuju," katanya.

Awang Selamat menambah selepas pilihan raya umum 2008, Gerakan seakan lumpuh dan hilang arah dan tidak kelihatan tanda-tanda untuk kebangkitan.

"Ia berkait rapat dengan soal kepimpinan. Pemimpin bukan sahaja diuji ketika berada di puncak kuasa dan semasa situasi tenang.

"Ujian terbaik untuk menilai seseorang pemimpin ialah kemampuan untuk bangkit dan menempuh detik getir," kata Awang Selamat sambil menambah, "setakat ini, Awang tidak nampak keghairahan dan keyakinan Tsu Koon untuk membawa kebangkitan."

Sebaliknya kata Awang Selamat, yYang beliau lebih ghairah, menurut ramai pemerhati, ialah untuk memastikan wajahnya terselit bersama pemimpin negara bagi tujuan publisiti media.

"Dalam kaitan ini, nampaknya jawatan menteri Kabinet yang diberikan kepada beliau (di sebalik kekalahan terburuk Gerakan), bagaikan sia-sia.

"Tsu Koon patut sedar, jawatan itu bukan sekadar untuk disandang suka-suka. Ia adalah untuk memberi kekuatan dan motivasi kepada Gerakan bagi merampas Pulau Pinang," kata Awang Selamat lagi.

Awang Selamat juga berkata, apakah Koh yang kini merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seakan rela DAP terus memerintah Pulau Pinang.


The Malaysian Insider

Rais menabur fitnah dibulan puasa..

Posted: 14 Aug 2011 01:47 AM PDT

JEMPOL 14 Ogos - Ada peserta diupah RM50 seorang untuk memakai baju kuning dan menyertai perhimpunan Bersih pada 9 Julai lepas, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata selain itu, mereka juga diberi makan dan perkara tersebut didedahkan dalam satu laporan yang dikeluarkan kementerian berkenaan.


"Ini jelas membuktikan upah politik itu berlaku dalam tindakan dan tindak-tanduk pemakai baju kuning atau pemimpin-pemimpin mereka," katanya pada majlis berbuka puasa di Felda Lui Timur Sabtu.

Rais berkata bukan semua peserta perhimpunan haram itu mempunyai matlamat yang jelas, kecuali sebahagian dengan matlamat politik sendiri.

Merujuk situasi di London, beliau berkata polis di luar negara tidak teragak-agak menggunakan kekerasan bagi menegakkan undang-undang, sebaliknya di Malaysia, meskipun berdepan ejekan peserta Bersih, mereka masih mampu bersabar.

"Lihat dengan apa yang kita alami di Malaysia, dan ini kita harus ambil sebagai satu perbandingan untuk keinsafan kita, yang mana betapa tertibnya Polis Diraja Malaysia mengawal keadaan berbanding dengan apa yang berlaku di luar negara," katanya

Beliau juga berkata demontrasi di negara maju berlaku ekoran masalah tekanan hidup, dan bukan disebabkan perkara remeh-temeh seperti memperjuangkan agenda politik tokoh pemimpin pembangkang.

KLpos.com

Tsu Koon didesak berundur dari BN Penang.

Posted: 14 Aug 2011 01:29 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berhadapan dengan nasib dialami oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menjelang pilihan raya negeri baru-baru ini, ekoran kritikan dan kecaman agar berundur daripada menerajui Gerakan.

Rata-rata pandangan umum di Putrajaya ialah ketua Gerakan lemah lembut ini seharusnya berundur sebelum pilihan raya umum ke-13 jika perikatan tersebut mahu merampas balik Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat.


Sementara Koh tidak dihimpit dakwaan rasuah dan salah guna kuasa sebagaimana dialami Taib, beliau dilihat sebagai pemimpin yang tidak tegas dan simbol kepimpinan BN membawa kepada keputusan pengundi menolak pada 2008.

Difahamkan, Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN telah pun mengadakan perbincangan di sebalik tabir tentang keperluan menyegarkan Gerakan dengan kepimpinan muda yang berbakat dan sedar bahawa parti-parti komponen BN memerlukan bakat-bakar baru jika mahu kukuh kembali di Pulau Pinang, di mana Lim Guan Eng dari DAP merupakan pemimpin mengerunkan.

Dalam edisi terbaru 13 Ogos, majalah mingguan antarabangsa The Economist menggambarkan Pulau Pinang sebagai "bandar raya globalisasi ditempah khas" dan memberikan kredit kepada Lim kerana mempromosikan bandar raya pelabuhan itu dengan memperkenalkan dasar ekonomi bercirikan layanan istimewa bagi mewujudkan lebih banyak peluang penyertaan, yang menarik pelabur-pelabur asing.

"Beliau menjadi ketua menteri pertama di Malaysia yang membuka kesemua tender kerajaan kepada persaingan. Ini telah mengetepikan layanan-layanan istimewa bagi kaum Melayu yang menopang di bawah kerajaan BN sejak 1970-an," kata majalah berpengaruh dalam bidang ekonomi dan hal ehwal antarabangsa mengenai Lim dan pembaharuan ekonominya.

Pujian antarabangsa ke atas Lim itu menunjukkan indikmen terhadap kepimpinan Koh di Pulau Pinang, yang makmur ketika diterajui oleh mentonya mendiang Tun Lim Chong Eu.

Koh, graduan dari Princeton mengambil alih jawatan ketua menteri pada 1990 dan menyandangnya sehingga 2008.

Hari ini, Mingguan Malaysia, akhbar milik Umno menggesa Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon agar menerima "mesej yang jelas" daripada gelombang kritikan terhadap beliau agar memberi laluan kepada kepimpinan baru menerajui parti itu.

"Tolonglah faham," kata Mingguan Malaysia menerusi ruangan Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat.

Awang Selamat menulis bahawa Koh tampil menjawab kritikan kelmarin tetapi penjelasan beliau tidak meyakinkan sambil menyerlahkan sindrom penafian.

Ia seterusnya meminta Koh agar tidak selalu "menyalahkan orang lain atas kegagalan sendiri."

Sejak kebelakangan ini, Koh menjadi sasaran beberapa pihak termasuk bekas naib presiden Gerakan Huan Cheng Guan, Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang Tan Sri Tan Kok Ping dan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang berpandangan Gerakan perlu merombak semula kepimpinan parti jika mahu memastikan Pulau Pinang kembali ke tangan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Masing-masing juga berpandangan pemimpin Gerakan sedia ada sudah tidak relevan selain tidak melakukan apa-apa perubahan sepanjang meneraju parti itu.

Dalam reaksinya kelmarin, Koh membidas tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan kewibawaannya memimpin parti itu dan keupayaannya merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Sebaliknya kata Koh, 'serangan' terhadap kepimpinan beliau itu didalangi pihak tertentu yang cuba mensabotaj Gerakan dan juga Barisan Nasional (BN) dalam usaha parti menawan semula Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat.

"Kita tahu siapa jadi dalang kerana siapa makan cabai dia akan terasa pedasnya. Saya tidak akan cakap apa-apa, biar tok dalang muncul sendiri jika dia mahu... apa yang penting kita tahu siapa di sebalik semua ini," katanya.

Taib menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi BN Rabu lalu tetapi sumber memberitahu bahawa beliau kelihatan sangat diam.

Bertolak daripada perkembangan sejak April lalu, seorang pegawai kanan kerajaan memberitahu The Malaysian Insider: "Hubungannya dengan Perdana Menteri tidak begitu baik beliau merasakan beliau telah dijadikan kambing hitam bagi pilihan raya negeri Sarawak dan kecewa SPRM juga digunakan oleh kerajaannya sendiri untuk memburukannya."

Najib dilihat perlu mengukuhkan hubungan dengan Taib sebab Sarawak akan menyediakan 31 kerusi Parlimen dan negeri itu dilihat sebagai simpanan hayat bagi BN untuk terus kekal berkuasa.


The Malaysian Insider

Tiada ulasan: