Addin |
- Tragedi Somalia : Ibu Harus Pilih, Anak Mana Yang Akan Mati
- Panas!! Cara SPR Membantu BN Menipu
- Anak Taib Mahmud Bebas Dari AIDS
- Puasa Selama 21 Jam Di Greenland
- Panas!! Wang Rasuah Bina Bangunan Umno?
- Panas!! PATI Halau Imam, Rampas Surau
- Panas!! Bekas Komando Dedah Penipuan Undi Pos
Tragedi Somalia : Ibu Harus Pilih, Anak Mana Yang Akan Mati Posted: 14 Aug 2011 06:00 PM PDT Perjalanan para penduduk Somalia menuju negara tetangga untuk mencari makan kadang menghabiskan waktu berhari-hari. Dalam perjalanan, seorang ibu terpaksa meninggalkan anak mereka yang tidak berdaya, demi kelangsungan hidup anak yang lainnya. Kenyataan pahit ini harus dijalani oleh Wardo Mohamud Yusuf, seorang ibu berusia 29 tahun. Wardo telah berjalan selama dua minggu di tengah terik menuju perbatasan Kenya. Di tempat ini, dia berharap mendapatkan makanan dan minuman di khemah pelarian yang disediakan negara jiran. Wardo menggendong anak perempuannya yang berusia satu tahun di punggungnya, sementara anak lelakinya yang berusia empat tahun berjalan bersamanya. Dua minggu berjalan dengan makanan dan minuman yang sedikit, anak lelaki malang tersebut pengsan. Wardo langsung memberikan sedikit minuman yang dia bawa di kepalanya kepada putranya. Namun, kerana tidak sedarkan diri, anak itu tidak dapat meneguk air untuk menghilangkan dahaga. Wardo berteriak minta tolong, keluarga dan kerabatnya tidak ada yang berhenti. Mereka tetap berjalan, mengkhuatirkan diri mereka sendiri. Akhirnya, Wardo harus memilih. Sebuah pilihan yang ibu manapun pasti sulit melakukannya. "Akhirnya, saya putuskan untuk meninggalkan dia, menitipkannya kepada Tuhan, di tengah jalan," ujar Wardo ketika diwawancara di khemah pelarian di Dadaab, Kenya, dilansir dari lamanDaily Mail, Jumaat, 12 Ogos 2011. Pengalaman serupa pernah dialami oleh Faduma Sakow Abdullahi, janda 29 tahun. Dia mengaku berjalan berhari-hari dari kampung menuju Dadaad bersama lima orang anaknya yang berusia 5, 4, 3, 2 dan seorang bayi yang baru dia lahirkan. Tinggal sehari lagi sampai di khemah pelarian, putra dan putrinya yang berusia 5 dan 4 tahun tidak bangun setelah istirahat sejenak di bawah pohon. Air yang dia bawa tinggal sedikit, Faduma mengaku tidak ingin mensia-siakan air yang boleh diberikan kepada anak-anaknya yang lain itu. Dia harus memilih, memberikan air kepada anak-anaknya yang sekarat dan membiarkan bayinya kehausan, atau meninggalkan kedua anaknya di jalan dan memberikan air kepada anaknya yang lain. Akhirnya dia memilih untuk meninggalkan mereka berdua. Ragu, Faduma sempat balik untuk memastikan kedua anaknya telah tewas. Baik Faduma mahupun Wardo sedar betul apa yang mereka lakukan. Mereka mengaku selalu dihantui rasa bersalah yang teramat besar. Wardo mengatakan dia selalu terbayang putranya ketika melihat anak sebayanya bermain. Dr. John Kivelenge, ahli masalah kejiwaan di Dadaad mengatakan keputusan mereka adalah keputusan yang normal. "Itu adalah reaksi normal di tengah situasi yang abnormal. Mereka tidak mungkin duduk dan menunggu lalu mati bersama-sama," kata Kivelenge. "Namun setelah beberapa bulan, mereka akan mengalami post-traumatic stress disorder. Mereka akan mendapatkan mimpi buruk dan kilas balik peristiwa tersebut," lanjut Kivelenge lagi. Menurut laporan pemerintah Amerika Syarikat, kelaparan di Somalia telah menewaskan 29.000 anak-anak di bawah umur lima tahun dalam tiga bulan terakhir. Kelaparan antara lain disebabkan kemarau panjang, mahalnya harga pangan, dan konflik berkepanjangan. Bagi yang ingin memberikan bantuan, boleh melalui Program Food for Somalia yang digagas oleh ACT. |
Panas!! Cara SPR Membantu BN Menipu Posted: 14 Aug 2011 09:54 AM PDT Sistem demokrasi pada umumnya merupakan suatu proses di mana pilihanraya akan diadakan bagi membolehkan rakyat jelata untuk memilih kerajaan mereka. Sesebuah kerajaan perlu memperbaharui mandate mereka apabila tibanya masa sebagai penilaian terhadap prestasi kerajaan tersebut di penggal yang lalu yang jauh bezanya dengan sistem autokratik di mana pemerintahnya tidak perlu menghadapi sebarang pilihanraya. Walaubagaimanapun, sesuatu pilihanraya tidak semestinya membawa kepada perubahan menyeluruh di dalam pentadbiran kerajaan bercirikan sistem satu parti di mana parti memerintah sahaja yang berpeluang untuk memenangi pilihanraya tersebut. Kerajaan yang tidak berani menghadapi pertandingan di dalam pilihanraya tetapi tetap terpaksa menghadapi pilihanraya akan mencuba untuk mencacatkan sistem demokrasi tersebut dengan memutarbelit dan menyulitkan perjalanan sistem tersebut. Di Malaysia, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah ditugaskan untuk menguruskan pilihanraya di negara ini. Pendek kata, SPR sepatutnya bebas dan berkecuali dari segi pengurusan dan pandangannya serta bertanggungjawab terus kepada Yang DiPertuan Agong, tetapi adalah amat berdukacita melihat SPR tidak menjalankan tanggungjawabnya secara bebas dan berkecuali yang mana ia sepatutnya. Kaedah 'gerrymandering' ini adalah merupakan suatu amalan memanipulasi sempadan pilihanraya bagi mewujudkan lebih banyak kerusi perundangan untuk parti memerintah. Kaedah tersebut termaktub setelah Elbridge Gerry, Gabenor Massachusettes (1810-1812) di Amerika pada masa itu telah menandatangi rang undang-undang bagi mewujudkan lebih banyak kawasan pilihanraya di kawasan perundangan yang dikuasai partinya. SPR juga turut menggunakan kaedah ini dengan sepenuhnya. Kata pengerusi penganjur Bersih 2.0 Ambiga Sreenevasan: "kita telah mengkaji persempadanan semula yang telah dilaksanakan pada tahun 2003 yang meliputi pelbagai keadaan yang dipersoalkan kesahihiannya di mana sesetengah kawasan perundangan telah melepasi had sempadan di antara kerajaan-kerajaan tempatan dan juga yang merangkumi keadaan yang cukup aneh. Salah satu amalan 'gerrymandering' adalah untuk mewujudkan lebih banyak kerusi-kerusi parlimen atau dewan undangan negeri di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh BN. Apa yang telah kita perhatikan adalah tidak banyak kerusi baru yang diwujudkan di Kelantan yang telah sekian lama diperintah oleh PAS. Oleh kerana kawasan luar Bandar dianggap lebih pro-BN, maka lebih banyak kerusi-kerusi baru diwujudkan di kawasan-kawasan ini jika dibandingkan dengan jumlah kerusi di kawasan bandar. Keadaan ini telah mengakibatkan banyak perbezaan yang ketara di antara saiz kawasan dengan jumlah penduduk di kawasan tersebut. Misalannya kerusi parlimen Kapar yang kini dikuasai oleh PKR mempunyai jumlah pengundi seramai 112,224 orang, manakala banyak kerusi-kerusi di kawasan luar bandar yang dikuasai oleh BN hanya mempunyai jumlah pengundi pada kadar 50,000 orang sahaja. Di kawasan parlimen Putrajaya pula, hanya terdapat 7,000 pengundi sahaja di kawasan tersebut yang kebanyakan terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan pusat. Setelah pilihanraya umum 1999, SPR telah menumpukan perhatian mereka dalam mewujudkan lebih banyak kerusi campuran pelbagai kaum sebagai menghalang perkembangan pengaruh PAS pada masa itu. Kerusi campuran pelbagai kaum ini juga dianggap sebagai kawasan-kawasan yang selamat buat BN disebabkan oleh corak pemilihan pada masa itu di mana orang-orang Cina hanya mengundi DAP manakala orang-orang Melayu bertumpu kepada PAS. Bagaimanapun kerusi-kerusi campuran ini telah memberikan tamparan yang hebat kepada BN pada pilihanraya umum 2008 yang lalu. Persempadanan semula yang terbaru telahpun bermula pada Mac 2011 yang lalu dan ianya akan mengambil masa selama setahun untuk diseragamkan. Bagi menyempurnakan proses persempadanan semula ini, BN memerlukan sokongan majority dua pertiga undian di parlimen tetapi BN kini tidak lagi mempunyai majoriti tersebut. Oleh itu, adalah kurang pasti sama ada persempadanan semula ini dapat dilaksanakan oleh BN di dalam pilihanraya yang akan datang. Pemindahan pengundi Walaupun tidak melaksanakan proses persempadanan semula, SPR turut mencuba cara lain dengan memindahkan para pengundi dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain ataupun dari sati pusat mengundi ke satu pusat mengundi yang lain bagi mengelirukan para pengundi sewaktu pilihanraya diadakan. Kegiatan pemindahan tidak sah yang dilakukan oleh SPR jelas bertentangan dengan undang-undang pilihanraya di mana hanya pengundi itu sendiri yang berhak untuk menentukan samada seseorang pengundi itu hendak berpindah dari satu kawasan ke satu lagi kawasan. Undi pos merangkumi para pengundi yang berkhidmat sebagai anggota tentera, polis dan lain-lain pasukan keselamatan yang tidak akan dapat mengundi di kawasan mereka masing-masing sewaktu pilihanraya diadakan. Kritikan yang berterusan terhadap perlaksanaan undi pos ini adalah kerana selama ini para pemerhati adalah tidak dibenarkan untuk memerhati proses undi pos ini sewaktu ianya dijalankan. Sistem pengundian pos ini telah diketahui umum sebagai suatu langkah untuk menyelamatkan kerusi-kerusi parlimen atau dewan undangan negeri yang berisiko tinggi untuk BN. Contoh yang paling ketara adalah perdana menteri sekarang Najib Razak yang kalah di dalam pengiraan pertama di kerusi parlimen Pekan pada tahun 1999, tetapi beliau tiba-tiba diumumkan menang setelah pengiraan semula diadakan hasil daripada penambatan undi-undi pos ke kawasan tersebut. Selain dari itu, kekuatan pasukan simpanan askar wataniah juga telah ditambah oleh Kementerian Pertahanan sebagai langkah kerajaan untuk turut menambah jumlah undi-undi pos. Kementerian Pertahanan juga telah merancang untuk menambah kekuatan jumlah kekuatan pasukan askar wataniah kepada 58 kompeni di setiap kawasan parlimen di masa yang terdekat sebagai langkah berjaga-jaga. Satu lagi masalah yang sering dinafikan oleh SPR adalah kewujudan pengundi hantu. Contohnya di negeri Perak terdapat lebih 1600 orang pengundi yang telah berumur lebih daripada 100 tahun, terdapat lebih daripada 100 orang pengundi yang berdaftar di satu alamat rumah di kawasan-kawasan yang tertentu, jumlah pengundian di sesuatu kawasan telah melebihi jumlah pengundi yang sebenarnya dan sebagainya. Walaupun terdapat banyak tanda-tanda dan bukti-bukti kukuh mengenai kewujudan amalan-amalan tidak sihat sewaktu pengundian, ianya sering dinafikan oleh SPR yang selalu memberi alasan bahawa kesemua taktik ini hanya mainan politik pembangkang semata-mata. Selain dari itu, permintaan umum agar SPR menggunkan dakwat kekal bagi membendung kegiatan pengundi hantu juga ditolak mentah-mentah oleh SPR. Sebagai imbasan kembali, SPR telah menarik balik penggunaan dakwat kekal pada saat-saat akhir pada pilihanraya umum 2008 yang lalu, setelah 47,000 botol dakwat tersebut telah dibeli. Kelayakan sebagai pengundi seberang laut Mengikut undang-undang yang ada sekarang hanya empat kategori rakyat Malaysia yang berada di luar negara layak sebagai pengundi seberang laut iaitu: anggota tentera, polis, pegawai kerajaan, pegawai dan kedutaan, serta pelajar-pelajar sepenuh masa bersama dengan suami dan isteri masing-masing. Manakala mereka yang bekerja di sektor swasta diseberang laut atau mereka yang berniaga di negara lain adalah tidak layak untuk menjadi pengundi seberang laut. Adalah dianggarkan terdapat lebih satu juta rakyat Malaysia yang bermastautin dan bekerja di seberang laut bagi menggelak daripada layanan tidak adil dan ketidakadilan social dan perkauman yang telah lama berleluasa di negara ini. Pembawa kesulitan kepada pengundi Kita telah beberapa kali perhatikan di beberapa siri pilihanraya kecil baru-baru ini di mana SPR telah banyak kali menetapkan tarikh pilihanraya diadakan pada hari-hari bekerja dan enggan mengadakan pilihanraya tersebut di hujung minggu bagi menggalakan lebih ramai pengundi keluar mengundi. Jelas terbukti bahawa amalan SPR mengadakan pilihanraya ini pada hari-hari bekerja telah menyulitkan ramai pengundi kerana tidak mendapat cuti ataupun para pengundi akan menghadapi kesulitan untuk pulang ke kawasan mengundi mereka kerana keadaan yang tidak mengizinkan. Keengganan SPR untuk melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik apabila seseorang rakyat Malaysia telah mencapai umur 21 tahun juga menjadi tanda tanya apakah sebab yang sebenarnya SPR berbuat demikian. Jelas terbukti dengan pelbagai karenah di sini telah menunjukkan bahawa sekatan-sekatan ini adalah bertujuan untuk mengekalkan kerajaan dan kuasa BN yang ada sekarang. Selagi BN masih ada, demokrasi akan tetap dikekang dengan cara-cara begini dan selagi itulah demokrasi akan dilemahkan./mc |
Anak Taib Mahmud Bebas Dari AIDS Posted: 14 Aug 2011 05:39 AM PDT Sulaiman anak bongsu kepada Menteri Besar Sarawak Taib Mahmud disifatkan sebagai kaki joli dikatakan sedang menyelam bersama anak remajanya di sebuah resort yang terletak di Sabah. Seorang peloncong dari Sarawak mengatakan yang dia boleh mengecam anak Taib yang "manja" itu. Desas desus yang telah lama didengar sama sekali tidak benar kerana dia nampak bersemangat dan sihat. Sudah berbulan lamanya cerita tentang Sulaiman 43 tahun telah tersebar yang beliau menghadapi AIDS dan kini berada dalam kemurangan disebabkan terlantar di katil. Penduduk di mana Sulaiman kini seorang Ahli Parlimen Kota Semarahan tidak puas hati kerana beliau tidak pernah turun padang. Selepas memenangi kerusi itu pada tahun 2008, beliau pernah cuba menjadi Timbalan Menteri Pelancongan tetapi rakan-rakan beliau memberitahu yang beliau telah jemu dengan jawatan berkenan kerana beliau menganggap ia membosankan. Sejak kematian ibunya, Laila Taib, yang disayangi akibat kancer paru-paru pada April 2009, beliau tidak lagi bergiat dalam arena politik. Bapanya menerangkan bahawa anaknya masih bersedih atas kematian ibunya. Kenyataan itu membuatkan orang Sarawak tertanya mengapa seorang anak muda yang hidupnya suka bergembira masih mentangisi kematian ibunya setelah enam bulan berlalu. Beliau jugak dikatakan mempunya suka berfoya-foya dan mempunyai ramai teman wanita diseluruh pelusuk dunia. Walaupun beliau mempunyai akal yang waras untuk meletak jawatan dalam Kabinet, kelibat beliau tidak pernah kelihatan di Semarahan. Dengan melteak jawatan di parlimen, orang-orang Sarawak kini mempersoalkan mengapa beliau masih menerima gaji seorang ahli parlimen. Gaji itu sememangnya hanya segintil bagi Sulaiman kerana bapanya memiliki harta yang tidak mungkin akan habis. Pada realitinya ramai penduduk Samarahan hanya kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Samarahan Diserahkan kepada Bekir Dilahirkan dalam salah satu keluarga yang terkaya di dunia kehidupan Sulaiman menjadi impian setiap insan. Hidupnya penuh dengan kemewahan, kereta sports, arak dan perempuan. Apa yang dia harus peduli tentang orang miskin di Samarahan, yang kebanyakan hidup dalam keadaan yang daif? Adakah dia akan melawat meraka, berjabat tangan dengan mereka dan memancing undi mereka? Mengapa dia harus berpeluh dalam terik mentari untuk memberi ceramah dalam Bahasa Ingerris dalam khemah yang sesak lagi panas kepada penduduk kampong sedangkan dia boleh besenang lenang dengan duit yang dimiliki. Pada 2008 Sulaiman menunjukkan belangnya apabila dalam proses berkempen sistem bunyi rosak dan acara pada hari itu tertangguh. Tidak puas hati dengan kejadian yang menimpa dirinya Sulaiman hanya duduk merajuk dan bapa saudaranya Mohamad Ali Mahmud, adun untuk Muara Tuang besama ahli PBB yang lain bertegur sapa dengan penduduk tempatan. Sulaiman jugak tidak mengambil endah untuk bertegur dengan penyokongnya di belakang khemah. Ramai yang percaya bahawa banyak wang ringgit telah "dilaburkan", dikawasan itu yang diwarisi oleh Sulaiman dari bapanya tetapi adalah sesuatu perkara yang mustahil jika ia jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Calon PBB layak juga tidak berani untuk bertanding kerana mereka tahu kawasan itu milik Taib. Pada majlis-majlis rasmi sebelum beliau menghilangkan diri dari dunia politic, isteri beliau Anisa Hamidah Mahmud anak kepada George Chan jarang membuat penampilan dan jika ada meraka tidak akan bersama. Anisa can berada di satu penghujung sambil melihat suaminya sibuk melayan tetamu. Mereka tidak lagi berusaha untuk membuktikan mereka adalah sepasang suami isteri. Pertembungan Anak dan Ayah Mengikut seorang kenalan, Sulaiman mengambil keputusan untuk meninggalkan Sarawak selepas berdebat hebat dengan bapanya apabila ibunya sedang sakit tenat. Taib melihat potensi Sulaiman sebagai waris kepada jawatan Ketua Menteri kerana Sulaiman yang paling bijak di antara empat orang adik beradiknya namun dia juga yang paling suka berjoli. Sulaiman tidak pernah mengambil endah soal hidupnya. Adalah sesuatu perkara yang sedih bahawa seorang yang dianugerahkan dengan kebijaksaan merosakkan hidupnya dengan kereta mewah, arak dan perempuan. Bapa Sulaiman yang marah kerana cadangannya di tolak anak lelakinya mengambil keputusan untuk membuang negeri darah daginya sendiri. Kerja beliau di Samarahan diserahkan kepada bapa saudaranya Ali dan seorang daripada setiausaha politiknya, Idris Buang. Sulaiman jugak tidak hadir apabila bapanya berkahwin dengan seorang rupawan Ragad Waleed,28 pada bulan January tahun ini. Walaupun masih muda hidup Sulaiman telah dipenuhi dengan kontroversi. Sikap panas baran beliau juga telah menyusahkan diri beliau pada tahun 2003 disebabkan beliau melepaskan geram ke atas seorang personaliti TV. Beliau juga pernah disenaraikan sebagai Lembaga Pengarah syarikat Cahaya Mata Sarawak Bhd millik keluarganya selama tiga tahun dan beliau juga pernah menyandang jawatan Pengarah Bank RHB. Melihat sikap Sulaiman yang endah tak endah Bank Sentarl menyuruh beliau untuk melepaskan jawatan tersebut. Apabila meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri, bapa beliau memberi seribu satu alasan untuk anaknya. Seorang rakan mengatakan yang selepas Sulaiman enggan menerima sebarang pekerjaan, politik sebidang tanah yang luas 269 ekar bernilai RM 291,000 setiap ekar(satu ekar bernilai RM 1-RM 5million) nama Sulaiman tidak tercatat. Tetapi abang beliau Mahmud Abu Bekir mendapat 52%, sementara dua kakak beliau Jamilah dan Hanifah, isteri beliau Anisa dan seorang kroni Chung mendapat 12% setiap seorang. Tanah itu dibahagi kepada mereka pada 1 per lima harga pasaran. Hidup Seorang Kaki Joli Anak ketiga daripada empat orang adik beradik perempuan, Anisa berkahwin dengan Sulaiman dalam tahun 90an. Hasil perkahwinan mereka dikurnaikan seorang putera dan tiga orang puteri. Anisa dipercayai pernah dipukul suaminya jika dia bersuara tentang Sualaiman bermain kayu tiga. Pernah sekali kerana tidak tahan dengan sikap suaminya yang ringan tangan, dia terpaksa berlari pulang ke rumah ayahnya untuk bertenang. Selepas Sulaiman dibuang negeri ke Kanada oleh bapanya, Anisa dinasihatkan untuk tidak meminta cerai tetapi berpindah ke Kanada. Seluruh Sarawak tahu akan cerita ini. Persoalannya adakah air yang dicincang tidak akan putus atau Anisa bertahan semata mata kerana harta kekayaan sumainya. Walaupun sudah sekian lama merana Anisa membawa dir bersama-sama anaknya untuk memulakan kehidupan baru di Kanada dan suaminya terus dengan cara hidupnya yang daus. Percutian menyelam ke Sabah itu adalah perkara yang julung kali berlaku kerana Sulaiman tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebai seorang ayah kepada anak-anaknya. |
Puasa Selama 21 Jam Di Greenland Posted: 14 Aug 2011 03:00 AM PDT Greenland adalah pulau terbesar di dunia; terletak antara Atlantik Utara dan Lautan Artik di sebuah kawasan di Denmark.Menurut sebuah laporan televisyen, Wassam Azaqeer, seorang lelaki berbangsa Arab yang menetap di Greenland sejak beberapa tahun lalu kini digelar "Arab Columbus" kerana dia adalah satu-satunya orang Islam Arab yang bukan sahaja berjaya menetap di Greenland – walaupun dengan segala cabaran yang terpaksa dihadapi, malah, dia juga merupakan seorang yang berjaya dalam perniagaan di ibu kota Greenland, Nuuk. Wassam mempunyai restorannya sendiri yang didatangi oleh sekurang-kurangnya 200 orang pelanggan setiap hari. Bagi bulan Ramadan tahun ini, ianya jatuh pada musim panas di Greenland, jadi, Wassam perlu berpuasa selama 21 jam dan selepas berbuka, dia hanya mempunyai masa 2 jam untuk menyediakan sahur untuk berpuasa bagi keesokan harinya. Dalam masa dua jam ini, Wassam perlu menunaikan solat Maghrib dan Isyak. Wassam berkata bahawa dia bangga kerana dia adalah satu-satunya umat Islam yang berpuasa, menunaikan solat serta mengerjakan suruhan Allah di sana. Dia berkata bahawa kadangkala dia terfikir untuk ke Lebanon sempena bulan puasa ini, namun, dia terus melupakan hasratnya itu kerana berfikir bahawa jika dia meninggalkan Greenland, tiada siapa yang akan berpuasa dan beribadat di situ. |
Panas!! Wang Rasuah Bina Bangunan Umno? Posted: 14 Aug 2011 01:00 AM PDT Minggu lalu ketika saya ke Semporna bersama Tim Pemantau AMK PKR, saya didatangi beberapa orang informer yang memaklumkan kepada saya bahawa Bangunan Pejabat UMNO Semporna yang terletak berhadapan KFC, dibina dan dihadiahkan oleh pemilik sebenar Ternama Tabah Sdn.Bhd, Albert Chan Sew Leang yang mendapat kontrak ratusan juta ringgit daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Menurut maklumat yang diterima Bangunan UMNO Semporna adalah 'Mercutanda Rasuah' terunggul di Semporna yang telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini, tetapi memandangkan Menteri KKLW, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilindungi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, maka beliau selamat buat sementara waktu. Albert Chan Sew Leang merupakan tokoh penting di zaman Parti Bersatu Sabah (PBS) dan pernah menjadi proksi Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan rakan kongsi adiknya, Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Kini, Albert Chan merupakan salah satu kroni dan proksi Shafie dalam kegiatan Penggubahan Wang Haram melalui projek pembangunan termasuk NKRA yang disalurkan melalui Ternama Tabah Sdn. Bhd dan beberapa syarikat dormant lain. Albert Chan bukan sahaja bijak memburu projek, malah bijak melarikan cukai kerana semua syarikatnya mencatatkan kerugian sekalipun mendapat keuntungan beratus juta ringgit setahun. Sewajarnya SPRM membuka kertas siasatan kerana UMNO Semporna tidak mempunyai wang untuk membina bangunan sendiri melainkan secara 'Project Swap' sebagaimana dipraktikkan Shafie selama ini. Jika Ahli UMNO Semporna masih tidak sedar dengan jenayah kolar putih yang dilakukan Shafie, mereka akan terus ditindas sekurang-kurangnya dalam tempoh lima tahun akan datang; sebelum ada pihak yang berani menentang Shafie dalam pilihanraya umum kelak. Andai Sindrom Bog Bog, sebagaimana yang dilaporkan Sabahkini.net masih kental dan bersemadi dengan jatidiri masyarakat Semporna, maka Semporna akan terketinggalan 30 tahun di belakang Lahad Datu dan menjadi Bandar Pengemis Pertama di Dunia! |
Panas!! PATI Halau Imam, Rampas Surau Posted: 13 Aug 2011 10:28 PM PDT Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang mendapat MyKad melalui pintu belakang, Wahab Bin Nonong telah bertindak menghalau Imam Rawatib yang dilantik Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan melantik dirinya sebagai 'Imam Bertauliah' di surau yang dibina di atas tanah adat yang dicerobohnya; milik Anak Negeri Sabah, Nina Bte Gaya. Natijahnya, penduduk kampung terpaksa membina surau sementara beratap dan berdindingkan karung plastik terpakai untuk membolehkan mereka menunaikan solat lima waktu, tarawih dan majlis tadarus Al-Quran. Selepas kejadian Surau PPRT di Bukit Belacon, Lahad Datu, Surau di Kampung Lamak Bukit, 20 kilometer dari Lahad Datu ini lebih daif kerana hanya berlantaikan plastik dan mudah diterbangkan angin sehingga jemaah terpaksa menunaikan sembahyang dalam hujan lebat. "Kita bercadang mahu bina surau baru, tetapi JHEAINS tidak benarkan kerana ada surau yang dibuat Wahab di atas tanah adat peninggalan bapa saya. Wahab halau imam yang dilantik JHEAINS, jadi saya ambil imam itu untuk berkhidmat di surau sementara yang kami buat secara gotong-royong," ujar Nina sambil menitiskan air mata kesedihan kerana terkenangkan kezaliman Wahab terhadap Umat Islam di kampungnya. Kata Nina, beliau sedih kerana penduduk kampung terpaksa beribadah dalam keadaan tidak selesa dan daif di sebuah Negara yang agama rasminya Islam dan Adun serta Ahli Parlimennya beragama Islam. "Kelmarin hujan lebat dan semua jamaah basah kuyup, tapi mereka tetap teruskan solat tarawih kerana Wahab tidak benarkan kita sembahyang di suraunya," kata Nina yang menegaskan Wahab tidak layak menjadi imam kerana fasik dan jahil. Memandangkan Imam Rawatib (Imam Tetap) berkenaan, Jimlok Bin Zakariah telah lama berkhidmat di Kampung Lamak Bukit, maka kata Nina beliau menggunakan khidmat Imam Jimlok sejak Januari 2011 (tarikh dihalau Wahab) di surau sementara yang dibina di tanah wakaf yang diperuntukan arwah bapa, Gaya Bin Mansur. Menurut Nina, beliau bercadang untuk membina surau atau Madrasah di lokasi surau sementara kerana sudah mula mengumpul bata, tiang dan perkakas lain tetapi tergendala kerana ketiadaan bekalan simen. Dalam separa berbisik, Nina mengharapkan penduduk kampung dapat sembahyang di surau yang didirikannya sebelum fajar Aidil Fitri menjelang tiba, namun hambatan birokrasi menyebabkan hasratnya terpaku di atas kedegilan JHAEINS mengiktiraf surau yang bakal dibinanya secara gotong royong. "JHEAINS tidak mahu melayan rayuan kami dan hanya mendengar aduan Wahab sahaja; sedangkan hakikatnya beliau menumpang di tanah adat milik bapa saya dan mendirikan surau secara haram; tetapi dibenarkan JHEAINS sekalipun arah kiblatnya tidak tepat," kata Nina yang menggesa campurtangan Adun Lahad Datu, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur dan Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam di Sabah, Dato' Seri Nasir Tun Sakaran. Bagaimanapun, jika keadaan berterusan, Nina bercadang akan memfailkan kes ini ke mahkamah, termasuk mendapatkan perintah mengusir Wahab daripada tanah adat yang dicerobohnya dengan restu Penolong Pemungut Hasil Tanah Lahad Datu sedangkan permohonan tanah Wahab telah dibatalkan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur. Kes Wahab ini telah dilaporkan Sabahkini.net bertajuk 'PATI IC Projek Kini Menjadi 'Raja' Di Tanah Adat?' namun PATI berkenaan terselamat daripada tindakan undang-undang kerana menjadi Ketua Cawangan UMNO Silam Pacific Hardwood./sabahkini |
Panas!! Bekas Komando Dedah Penipuan Undi Pos Posted: 13 Aug 2011 07:55 PM PDT "Saya berani tanggung risiko kerana menegakan kebenaran. Buat apa takut untuk berhadapan dengan penipuan sebab merekalah yang sebenarnya patut malu kerana bertindak sebagai pengkhianat memangkah undi pos tanpa pengetahuan si pengundi," ujar pesara komando Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Kamel Haji Omar (gambar) yang berpangkalan di Butterworth. Beliau ketika menceritakan detik-detik yang berlaku pada pilihan raya umum ke-10 iaitu tahun tsunami politik Malaysia 1999 menjelaskan, undi pos memang talian hayat Umno dan Barisan Nasional (BN) seandainya rakyat berpaling tadah tidak menyokong parti pemerintah. Jelasnya, semua itu berlaku di hadapan matanya sendiri ketika diberikan amanah menjaga uncang undi pos sebelum dibawa ke tempat pengiraan. Menurut beliau, tidak dinafikan memang tiada penipuan ketika dihari pengundian secara pos kerana ada wakil parti yang bertanding tetapi ianya berlaku setelah uncang berkenaan dikumpul untuk dibawa di hari pengundian sesuatu pilihan raya sebenar. "Di hari tersebutlah pegawai dan orang pangkat bawah bertungkus lumus buat kerja memangkah kertas undi yang tiada bertuan atau lebihan kertas undi kerana si pengundi berpindah tempat kerja atau tidak datang menunaikan amanah kepada negara," tambahnya. Contohnya, kata beliau satu uncang itu patut diisi 1,500 pengundi pos tetapi yang datang mengundi sekitar 1,000 orang sahaja. Maka, lebihan 500 undi lagi dipangkah oleh individu lain. Beliau terkejut apabila melihatnya sendiri setelah kembali dari tugasan mengambil uncang undi pos daripada pasukan lain seperti tentera laut dan darat di sebelah pulau untuk dikumpul di pangkalan TUDM, Butterworth. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan