:: @ AL-BAKISTANI @ :: |
ORANG UMNO KENA TENGOK VIDEO INI !! Posted: 29 Aug 2011 01:26 AM PDT satu: dua : tak leh buka ketiga : keempat : |
Posted: 29 Aug 2011 12:17 AM PDT OLEH HASMI BIN HASHIM 1 Ogos, 2011, 04:47 pm 1 Ogos 2011 | 1 Ramadhan 1432 Kalau ditunggu orang bergadang, Dari malam sampai ke pagi; Kalau ditunggu saya tak pulang, Hati ku ada dalam negeri. Assalamualaikum-warahmatullahi-wabarakatuh, Kepada saudara-saudaraku Melayu Johor. Baca dan renungkan kata-kata pada surat ini baik-baik. Fahamkan ia. Kalau boleh dijadikan pesan, jadikanlah pesan agar tersebar ke hujung masa. Diajar akan orang tua-tua untuk kasihkan bangsa, taatkan agama. Tidaklah kita punya negeri yang lain lagi kecuali tanah air yang satu ini. Hendaknya jadilah keluarga kita kelak, bangsa yang besar dengan bijaksana. Lalu tak lekang diingatkan sejak kecil agar tak berbohong; tak mencuri; tak menghukum tanpa benar bukti, selain; jangan sombong tinggi melonjak, nanti kepala tersekup tanjak. Ini adalah didikan asas untuk bergelar manusia. Saudara-saudaraku sekalian, Telah sampai kepada kita akan kisah Dato' Onn Jaafar yang pernah dibuang ke Singapura oleh baginda Sultan Johor. Waktu itu, Singapura masih menjadi sebahagian negeri. Tak diberinya Dato' Onn masuk menjejakkan kaki ke Johor lagi. 'Dosa' Dato' Onn hanya apabila menegur tindak-tanduk baginda yang tak menguntungkan barang sesiapa. Tapi, taklah sampai diamuk sampai di anjung istana. Tak dapat diterima oleh Dato' Onn apa yang dilakukan Sultan yang abai dan tak memayungi rakyat jelata; berpihak pula kepada yang kaya, kepada yang kuat kerana jahat. Sedangkan di waktu sama, Inggeris menyusun Malayan Union untuk mengambil seluruh Tanah Melayu jadi milik mereka… selama ada bulan dan matahari di langit tinggi. Hanya apabila rundingan berlangsung, seraya bersetujulah Ratu di England untuk memberi kemerdekaan ke atas Tanah Melayu ini, maka Dato' Onn bersama pemimpin-pemimpin Melayu pun memberi tempat dan mengangkat kembali Sultan-Sultan Melayu ke takhta kerajaan. Dato' Onn tak berdendam orangnya. Berharap dan berpesanlah dia agar Sultan dan Raja-raja Melayu juga mengambil pengajaran dari keterlanjuran lalu di samping terikat janji untuk Raja tetap memelihara rakyat; tidak lagi cuai mahupun berpihak hanya kepada yang berkuasa tanpa dicermati akan benar-salah duduk sesuatu perkara. Kata Dato' Onn, "raja adalah rakyat, rakyat adalah raja". "Merdeka" maksudnya takkan sesiapa boleh berbuat sesuka hati kepada sesiapa pun yang lain. Tidak rakyat kepada Sultan, tidak Sultan kepada rakyat. Tidak pemimpin kepada rakyat, tidak rakyat kepada pemimpin. Tidak juga rakyat sesama rakyat. Saudaraku Melayu Johor, Adalah tak benar perjuangan untuk membebaskan bangsa kita dari penjajahan Inggeris itu tanpa korban nyawa. Takkan dapat ditutup lagi kisah Mohamad Indera, atau dipanggil orang Semerah dengan gelar "Mat Indera" sahaja. Dia khabarnya orang alim berilmu agama. Bagi Mat Indera, tak ada jalan lain untuk melawan Inggeris kecuali dengan angkat senjata. Senapang lawannya senapang. Meriam lawannya meriam. Mat Indera dan orang-orangnya pun masuk ke hutan. Di mata penjajah Inggeris, sesiapa sahaja yang masuk hutan, dituduh sebagai "Komunis" dan "pengganas", termasuk Mat Indera. Dinyalakan bara benci di hati orang-orang Melayu ke atas Melayu lain yang melawan Inggeris. Dijanjikan wang ringgit dan kekayaan kepada siapa yang menangkap Mat Indera, dibawa ke hadapan Inggeris hidup atau mati. Akibat tamak, atau barangkali juga kurang cermat direnung persoalan, maka ada Melayu yang tergamak melakukan muslihat. Dibubuhnya daun kecubong yang ditumbuk halus-halus ke dalam air kopi. Diberi hidang kepada Mat Indera. Dia tahu berulang bulan, Mat Indera beserta dua-tiga orang akan singgah ke rumahnya waktu malam. Berjanji mengambil bekalan makanan, sebelum masuk semula ke hutan. Dalam tak sedarkan diri, Mat Indera pun diikat kaki-tangan dan diserah batang tubuhnya kepada Inggeris. Dipasung di Balai Polis Batu Pahat sebelum dihantar ke Perak untuk dihukum gantung atas tuduhan 'mengkhianati' pemerintahan Inggeris. Orang-orang Melayu pada siang itu pun berhimpun di perkarangan Balai Batu Pahat. Beribu-ribu ramainya. Berlaung-laungkan "allahuakhbar". Bersedih. Menitislah air mata melihat wira Melayu itu akan dihukum mati. Begitulah patut sejarah mengajar bagaimana diputar-belit oleh penjajah atau pemerintah yang punya kuasa senjata dan penjara. Kisah seumpama juga berlaku di negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Kemerdekaan bangsa kita tetap telah terjadi dengan kuderat, darah dan air mata. Maka tak benar kemerdekaan semata-mata dengan jalan rundingan. Bertambah tak benar apabila dikatakan kemerdekaan negeri ini hanya oleh Umno. Sangat tak adil bila disisihkan pertubuhan lain seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) atau berpuluh mahupun beratus lagi nama pejuang Melayu yang tak bersama Umno. Dato' Onn adalah pendiri Umno. Kalau orang yang paling sayangkan Umno, Dato' Onn-lah orangnya. Namun, politik tikam-belakang di kalangan golongan bangsawan Istana menyebabkan Dato' Onn tawar hati. Buah fikiran Dato' Onn untuk membuka pintu parti kepada orang-orang bukan Melayu; mengubah nama daripada "United Malay" atau "Melayu Bersatu" kepada "United Malaya" atau "Malaya Bersatu" pada nama Umno ditolak mentah-mentah. Tak cukup itu, nama Dato' Onn dicemar di surat-surat khabar tanpa terlebih dahulu cuba difikir sedalam-dalamnya kebijaksanaan daripada pandangan itu. Nampak gopoh sekali segelintir "bangsawan istana" untuk merangkul kuasa. Seraya diberi kuasa dan amanah, dilepaskannya pula Singapura dari Johor. Konon tak ada cara untuk menyekat Lee Kuan Yew yang bersifat kuku besi. Selepas era Dato' Onn, Umno payah hendak dibaiki. Renungan Dato' Onn bahawa pemimpin Melayu harus berjiwa besar dan benar-benar bersedia memimpin semua kaum, kini benar. Parti dan pemimpin lama wajib diganti baru. Saudaraku sekalian, Tragedi September '98 menjadi cermin yang politik elit berkuasa sudah keterlaluan. Bukan hanya hendak berkuasa, tetapi memulakan fitnah terang-terangan, ugut dan tangkap. Tak ada bezanya laku sebegitu dengan amalan Perdana Menteri Pertama Singapura yang kita cemoh dahulu. Kita membenci kejahatan dan kezaliman tak kira dari jauh atau dekat. Nama "Melayu" bukan alasan untuk mengizinkan kongkongan dan kezaliman apa pun, termasuk oleh anak watan sendiri. Begitu banyak kerajaan-kerajaan tua di Nusantara di zaman silam runtuh akibat fitnah dan petingginya makan suap. Majapahit, Mataram bahkan Melaka adalah contoh yang ada. Lemahnya kerajaan-kerajaan itu bukan tak punya pasukan perang yang handal, tetapi ia mereput dari dalam. Rosak oleh fitnah, pembohongan dan menteri yang boleh dibeli dengan ufti. Hasut-hasutan membenci kaum lain, yang beragama lain oleh orang-orang politik berkuasa biasanya tak lain untuk menutup kelemahan dan pekong sendiri. Jangan-jangan mereka ada mencuri. Jangan-jangan mereka telah cuai dalam pekerjaannya, lalu ditimbulkan cerita serta fahaman yang bukan-bukan. Dengan laku begini, harapannya agar dia terselamat. Saudara-saudaraku Melayu Johor, Cepat-cepatlah kita kembali kepada niat yang asal; berbuat baik dan melawan kejahatan seperti nenek-moyang kita pernah sekuat daya menentang penjajah. Seperti didikan asas untuk menjadi manusia. Dalam hidup bernegara, kesetiaan orang-orang Melayu wajar selamanya kepada kebaikan dan keadilan itu sendiri. Hanya dengan itu, bangsa kita akan selamat dan kembali terpandang tinggi oleh segala bangsa yang ada di dunia. Barang kata-kata saya ini, kalau boleh dijadikan pesan; jadikanlah pesan kepada saudara-saudaraku di Johor dan orang-orang Melayu di negeri-negeri yang lain juga. Sekian. Wassalam. Hasmi Hashim sumber : Jalantelawi |
Posted: 28 Aug 2011 11:42 PM PDT Abstrak Artikel ini disiarkan bukanlah untuk mengagungkan gerakan komunis di dalam hutan. Tetapi sekadar memberi pengetahuan bahawa komunis melayu itu wujud dan mereka bukanlah jahat seperti komunis yang sebenar. Mereka masuk hutan kerana tiada pilihan untuk berjuang menentang pengganas Britsih yang begitu kuat menyebarkan fitnah terhadap pejuang-pejuang kemerdekaan sebenar. Ingat!! Terwujudnya negara ISRAEL adalah kerana orang BRITISH! LAGENDA MAT INDRA Nama penuh: Ahmad Bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain. Seorang hafiz al-quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiayi Haji Fazil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim dilahirkan pada 1920 di kampung Gombak,Peserai, Batu Pahat. Menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di parit setongkat, muar. melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan inggeris Menjadi ahli sayap pemuda parti kebangsaan melayu malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Mmohammad, dikenali sebagai angkatan pemuda insaf (API), atau dikenali sebagai angkatan pembunuh inggeris oleh golongan pemuda fanatik Mat Indera telah masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan indonesia menentang belanda, dan bergerak di daerah muar, sekitar kawasan lenga, pagoh, jorak, bukit kepong dan poris. satu2nya gerila di hutan ialah kumpulan orang2 cina dikenali sebagai bintang tiga. nak taknak Mat Indera perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza, lalu mat indera dicop sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama.mat indera menjadi ketua komunis melayu bagi daerah Muar,Batu Pahat dan Melaka. Dikaitkan dengan peristiwa serangan balai polis Bukit Kepong. sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak menyerang, sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis. Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam tahun baru cina, sebaliknya orang-orang cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis. Inggeris ambil kesempatan untuk mengukuhkan dakwaan keganasan Mat Indera, lalu menawarkan $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan. namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap inggeris dan dipujuk utk menangkap Mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan 2 org lagi bernama beladang dan misban. bersetuju menerima tawaran setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh inggeris. Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera diajak ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medanb, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, menyebabkan rasa ngantuk dan mabuk, maka segala tangkal dicabut dan beliau ditewaskan. tangan diikat dgn lalang dan dibawa ke balai polis seri medan. dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebal. Mat indera dipamerkan. ada yang suka, ada yang sedih. beliau dipenjarakan di beberapa tempat, dari batu pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Dalam penjara didera. akhirnya hukuman gantung sampai mati dilaksanakan pada jam 11 malam 30 januari 1953 di penjara Taiping. Keesokan hari, dikebumikan di kampung jambu air, taiping. Antara cerita lain tentang mat indera menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis. Chin Peng mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai melayu yang menyertai komunis akan mengikut jejaknya jugak. Adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan balai polis Bukit Kepong cerita orang kali pertama kena tangkap, dia cakap nak semayang, masa ambil air sembahyang dia ghaib kali kedua, dia mintak nak sentuh rumput sebelum kena hukum bunuh, masa dia sentuh jer, dia terus ghaib kali ketiga kena ngan buah kecubung. sumber : malaysiasensasi |
You are subscribed to email updates from :: @ AL-BAKISTANI @ :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan